apakah itu dadah

15
Apakah itu Dadah? Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis- jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokainb, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah- dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna". Dadah dan Ciri-cirinya Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang); Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang; Diperoleh secara haram; Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang. Jenis-jenis Dadah Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut : Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna Apa itu Opiat?

Upload: rk9608

Post on 06-Jun-2015

62.445 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

panduan dadah ppda

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah itu Dadah

Apakah itu Dadah?

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah  rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokainb, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem

saraf pusat (Otak dan saraf tunjang);  Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan

penggunaannya adalah dilarang; Diperoleh secara haram; Membawa kepada pergantungan fizikal dan

psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan

mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut : Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna

Apa itu Opiat? 

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat  

1. Candu

Page 2: Apakah itu Dadah

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

2. MorfinMorfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses

daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntikNama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"

Morfin Mentah Bentuk blok/serbuk Bertanda "999" Megandungi 70% - 90% morfin Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin Seperti serbuk kopi halus Megandungi 60% - 70% morfin

 

Pil-pil Morfin Megandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid Pil kecil berwarna putih/coklat pucat

3. HeroinHeroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh

penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan :  Menyuntik, menghidu, menghisapNama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"

4. KodeinKodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di

dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntikNama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sentetik Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone" ,

"pethidine", "dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini

mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini "methadone" digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, MenyuntikNama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"

Stimulan 

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini

tidak ada ubat yang menganduni amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sanat berbahaya.

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur ("chasing the dragon")

2. Methamphetamine"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang

berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon") Nama Jalanan : "Ice"

3. KokainKokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang

terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Page 3: Apakah itu Dadah

Cara Menggunakan :  Menyuntik, menghidu, menghisapNama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"

Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas.

Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo

meskalin dan amfetamin. ia dipanggil "feel good drug"  dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"

Ganja/Kanabis

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis HerbaKanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok

"genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan atau sate. ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% - 8%Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama

makanan/minuman)Nama Jalanan : "Ganja"

2. HashishResin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang

dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% - 12% Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak HashishMinyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid

dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Kandungan THC :  Sehingga 60%Cara Menggunakan : Menghisap

 

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. 

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. 

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat. 

Depresen

1. Ubat "Depresen"Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan

"tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh "tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol" dan "valium".

"Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yan menyalahguna "club drugs" untuk membantu mereka

Page 4: Apakah itu Dadah

kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap "erimin-5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.

"Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai "club drugs", bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh perogol. "Rohypnol" boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. AlkoholAlkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna

terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. alkohol juge bertindak ke atas  sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan perlbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak  balas  kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

Cara Menggunakan : Minum Nama Jalanan : Pelbagai jenis "Bir", "wine" dan minuman keras lain.

3. GHB"Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk

cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau "gamma-hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs" kerana boleh mempitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : MenelanNama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"

4. KetaminKetamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan.

Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat. Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau "snorted" untuk mendatangkan khayalan seperti bius. Ubat-ubatan dan Bahan Yang disalahguna

1. SteriodSteriod sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik.

Steriod digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steriod tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steriod mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati. 

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Kini Kerajaan Malaysia sedan dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

3. Daun KetumSelain daripada itu, daun ketum atau "species mytragynine" yang

telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.

4. Ubat-ubatanSelain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan

yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya. Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan. Dadah Dari Sudut Agama

Dadah Menurut Pandangan IslamHukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram

berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hokum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

“..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..”    Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaugi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“..peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...”     Surah At-Tahrim : 06

Page 5: Apakah itu Dadah

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya.”    Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat UlamaBerdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah

bahawa penyalahgunaan dadah hukumnua haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar.

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6) penuangnya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.”

Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti:

Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah Menjual beli dadah. Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan

sebagainya yang berkaitan

Pandangan Agama Hindu 

Di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut bahawa: “Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri

(pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati”.

Manusia adalah makhluk yang berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala tindak tanduknya dengan kuasa pemikirannya dan tidak sekali-kali membiarkan pemikirannya menyeleweng daripada sebab memasukkan dadah ke dalam badan, yang bukan sahaja memusnahkan pemikiran tetapi juga tubuh fizikal.

Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, merbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira “adharmic”  yang mana pembalasannya adalah penderitaan. Oleh kerana itu, penggunaan dadah juga dianggap “adharmic”.

Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah. 

Daripada hujah dan pandangan di atas, maka jelaslah bahawa penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah. Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu.

Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunaakna secara kerap dan berterusan ialah:

Pergantungan secara fizikalPergantungan secara fizikal ialah satu keadan di mana badan

penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.

Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkah laku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu.

Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

Pergantungan secara psikologikalPergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu

keadaan dimana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahapp kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :- Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan

seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.

Daya tahan meningkat. Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah

Page 6: Apakah itu Dadah

Berada terdesak atau gian untuk menggunkan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.

Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (sama ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah aktiviti penagih.f) Situasi ketika menggunakan dadah

Keadaan atau tempat menggunakan dadah sama ada ketika ada orang atau tiada orang lain hadir bersama.

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara factor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :-

Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri

Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.

Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.

Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.

Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.

Masalah dan tekanan rumah tangga Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak. Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi

daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar. Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar

untuk mempengaruhi pengguna baru. Kurangnya pengetahun agama, penghayatan nilai-nilai serta

amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :- kesan kepada penagih kesan kepada keluarga kesan kepada masyarakat kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan

bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.

Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas

dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan. Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti

seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa,

tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Rumah tangga menjadi porak peranda. berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan

anggota keluarga.3. Kesan Kepada Masyarakat

mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan.

Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.

Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara

Page 7: Apakah itu Dadah

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :

Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan  daya pengeluaran ekonomi.

Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah

Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah

bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah :

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.

Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau

dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan

berair atau mata yang redup dan kuyu. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar

warna akibat menghisap ganja. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-

barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.

Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti menghilang, memgimport, meneksport, menyimpan, memyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya :-

15 gram atau lebih berat heroin 15 gram atau lebih berat morfin 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

1,000 gram atau lebih berat candu masak 1,000 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah  200 gram atau lebih berat ganja 200 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja 40 gram atau lebih berat kokain 2,000 gram atau lebih berat daun koka 50 gram atau lebih berat Amino—hoxy-4 methyl phenypropane 50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl)

phenylpropane 50 gram atau lebih berat amphetamine 50 gram atau lebih berat 2,5-Dimethoxyyamphetamine (DMA) 50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB) 50 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine

(DOET) 50 gram atau lebih berat Methamphetamine 50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-

Methylenedioxyamphetamine (MMDA) 50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA 50 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA 50 gram atau lebih berat N-methy-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-

butanamine 50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine

(MDMA) 50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)

Page 8: Apakah itu Dadah

50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA)

Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berhahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya terdapat :-

5 gram atau lebih berat heroin 5 gram atau lebih berat morfin 5 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

250 gram atau lebih berat candu masak 250 gram atau lebih berat candu mentah Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah 50 gram atau lebih berat ganja 50 gram atau lebih berat resin ganja Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja 15 gram atau lebih berat kokain 750 gram atau lebih berat daun koka 30 gram atau lebih berat Amino—hoxy-4 methyl phenypropane 30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl)

phenylpropane 30 gram atau lebih berat amphetamine 30 gram atau lebih berat 2,5-Dimethoxyyamphetamine (DMA) 30 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB) 30 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine

(DOET) 30 gram atau lebih berat Methamphetamine 30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-

Methylenedioxyamphetamine (MMDA) 30 gram atau lebih berat N-ethyl MDA 30 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA 30 gram atau lebih berat N-methy-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-

butanamine 30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine

(MDMA) 30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA) 30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-

TMA)Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z).

Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semual selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.  Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.

Akta Rawatan/Pemulihan 1983

Seseorang boleh di tahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah.Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :

menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2 tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau

diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun.

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :-

Mengesan Membeku

Page 9: Apakah itu Dadah

Merampas asset pengedarAkta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :-

Seksyen 39(B) ADB 1952 Seksyen 6(B) ADB 1952 Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :-

Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.

Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan:- Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah

Berbahaya (LLPK) 1952. Tidak dibicarakan di mahkamah

Proses Siasatan: Laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada

Siasatan. Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki

itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah. Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan

kepada Menteri Dalam Negeri. Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat

keputusan samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

  Sumber : http://adkperlis.gov.my/

Page 10: Apakah itu Dadah

STATISTIK

Sumber : http://adkperlis.gov.my/

Page 11: Apakah itu Dadah
Page 12: Apakah itu Dadah
Page 13: Apakah itu Dadah