apa itu teknik latih tubi

Upload: anok-tranung

Post on 10-Feb-2018

466 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Apa Itu Teknik Latih Tubi

    1/2

    Apa itu teknik latih tubi ?TEKNIK LATIH - TUBI

    Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

    Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.

    Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu

    Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,

    ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

    Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud

    perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

    Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam

    pengajaran bahasa kedua.

    Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa

    iaitu :

    I. Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betultermasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

    II. Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasadaripada semua aspek.

    III. Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yangsesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

    IV. Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpamemikirkan apakah maksudnya.

    V. Kefahaman (comprehension)

    -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

    Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

    Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya

    kreativiti murid.

    Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang

    memerlukan ikutan dan ulangan.

    Latih Tubi

    Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada

    murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh

    menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara

    penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan

    baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk

    pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan,

    mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya). Kaedah latih tubi

    mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini boleh

    menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas

  • 7/22/2019 Apa Itu Teknik Latih Tubi

    2/2

    bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi

    murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:

    mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu,

    iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan

    dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan

    dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat. bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara

    memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi,

    cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan

    akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.

    Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih

    tubi ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting

    dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.