antara syura dan demokrasi

20

Click here to load reader

Upload: fendybuli

Post on 09-Jun-2015

4.465 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Antara Syura Dan Demokrasi

ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI:ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI:KAEDAH PENTADBIRAN YANG KAEDAH PENTADBIRAN YANG

BERKESANBERKESAN

ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI:ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI:KAEDAH PENTADBIRAN YANG KAEDAH PENTADBIRAN YANG

BERKESANBERKESAN

MOHAMED AFFENDI B MOHAMED SUDINMOHAMED AFFENDI B MOHAMED SUDIN

JEA 040 185JEA 040 185

Page 2: Antara Syura Dan Demokrasi

KONSEP SYURA Drsegi bahas terbit drpd perkataan Arab syawara. Syawara = mengeluarkan madu lebah drpd

sarangnya@memeriksa badan binatang sblm membelinya.

Al-musyawarah bermaksud bermesyuarat dlm sesuatu perkara @ mengeluarkan sesuatu yg ada padanya.

Drsegi istilah = syura adalah mendapatkan pandangan drpd orang yg mempunyai pengalaman mengenai sesuatu perkara untuk mencapai kebenaran pada kebanyakan perkara.

Dlm lisan arab, syura bermaksud meminta sesuatu dan menyatakan apa yg diminta setelah dibuat kesimpulan/keputusan

Page 3: Antara Syura Dan Demokrasi

KONSEP DEMOKRASI demokrasi berasal daripada perkataan Greek

iaitu “demos” yang ertinya rakyat atau penduduk dan “kratos” yang bererti pemerintahan atau kekuasaan.

bahasa Latin dan bahasa Perancis demokrasi disebut “democratia” dan “democratie”.

“demos kratos” bermaksud pemerintahan dari

pihak rakyat.

Page 4: Antara Syura Dan Demokrasi

Menurut Kamus Dewan demokrasi bermaksud 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya;~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan; 2.unit politik atau social yang pada dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3.keadaan social tanpa perbezaan keistimewaan kelas.

Page 5: Antara Syura Dan Demokrasi

DEMOKRASI• demokrasi didasarkan kepada pendekatan

yang menyatakan bahawa semua manusia bebas dan mempunyai hak yang sama rata dalam menyatakan pendapat.

• ciri-ciri seperti:1. Kuasa tertinggi sesebuah pemerintahan

demokrasi terletak di tangan rakyat dan ia tidak boleh dipusakai.

2. adanya anggota perwakilan yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka.

Page 6: Antara Syura Dan Demokrasi

3. system pilihan raya menjadi ciri utama dalam system pemerintahan demokrasi.

4. kesemua warganegara mempunyai hak yang sama, tiada keistimewaan antara satu sama lain.

• demokrasi yang dibawa oleh barat berlainan daripada konsep “demokrasi” yang diperkenalkan oleh islam.

• demokrasi barat berpandukan kepada akal semata-mata dalam memperkenalkan segala teori dan praktiknya sedangkan unsure demokrasi islam berpandukan kepada wahyu Allah S.W.T.

Page 7: Antara Syura Dan Demokrasi

SYURA• syura adalah satu system perundangan bersama

dalam semua peringkat. • Allah S.W.T memerintahkan Rasulullah S.A.W

supaya melaksanakan syura dengan sahabat-sahabatnya dalam memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan awam

• firman allah yang bererti: Kerana itu maafkanlah mereka,

mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.

Page 8: Antara Syura Dan Demokrasi

• Syura adalah system yang secara terang-terangan diperkatakan di dalam al-Quran dan al- Sunnah

• firman allah S.W.T dalam surah Al-Imran, ayat 159:

Page 9: Antara Syura Dan Demokrasi
Page 10: Antara Syura Dan Demokrasi

• Bermaksud: maka dengan kerahmatan dari Allah, kamu lembut dengan mereka. Dan sekiranya kamu kasar dan keras hati nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu, maka maafilah mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan berbincanglah dengan mereka pada perkara tersebut. Maka sekiranya kamu bertekad, maka bertawakallah kepada Allah, maka sesungguhnya Allah amat mencintai orang-orang yang bertawakal.

Page 11: Antara Syura Dan Demokrasi

• Pada masa pemerintahan Rasulullah S.A.W dan para sahabat Baginda, majlis syura merupakan lambang suara rakyat kerana dibentuk berasaskan suara rakyat.

• Rakyat mewakilkan pada Majlis Syura untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada Ketua Negara, badan perundingan, badan pelaksanaan dan kehakiman.

• Syura adalah salah satu prinsip asas pengurusan dan pentadbiran yang telah dilaksanakan dalam pengurusan Negara Islam yang lampau.

• Ini kerana ia adalah satu suruhan Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W kira-kira 1400 tahun yang lalu. Syura adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang pemimpin dan pengurus.

Page 12: Antara Syura Dan Demokrasi

PERSAMAAN SYURA & DEMOKRASI

kita sedia maklum, orang ramai mempunyai mandat dan berkuasa dalam memilih dan melantik serta meletakkan beberapa tanggungjawab ke atas ketua atau pemerintah.

kedua-dua system diwujudkan bagi membentuk pengasingan kuasa antara sesuatu bidang kuasa yang ada dalam organisasi. Tujuannya bagi memudahkan urusan pentadbiran dan mengelakkan dari berlakunya pemusatan kuasa.

Page 13: Antara Syura Dan Demokrasi

syura dan demokrasi mengiktiraf suara terbanyak dalam membuat keputusan sesuatu yang melibatkan kepentingan ramai.

syura dan demokrasi digunakan dalam membuat perbincangan dan memutuskan kata sepakat dalam sesebuah organisasi melalui musyawarah.

Page 14: Antara Syura Dan Demokrasi

PERBEZAAN SYURA & DEMOKRASI

syura adalah satu perbuatan yang berkembang dalam asuhan keimanan,ditanah yang suci dan ditempat yang baik, manakala demokrasi tumbuh untuk mengemukakan jenayah dan membentangkan berbagai kelemahan.

majlis syura tidak berkuasa membuat sebarang keputusan atau undang-undang yang bertentangan dengan hukum Allah. Sedangkan demokrasi bebas membuat keputusan dan tindakan tanpa ada kuasa yang menghalangnya

Page 15: Antara Syura Dan Demokrasi

undang-undang dalam system demokrasi disesuaikan dengan nafsu manusia, kerana itu kuasa membuat undang-undang tidak terbatas, dan perlembagaan boleh diubah bila dirasakan tidak sesuai dengan nafsu itu. Di dalam islam, manusia harus menyesuaikan diri dengan undang-undang di dalam batas-batas yang tidak bertentangan dengan nas al-Quran dan sunnah

anggota Majlis Syura tidak boleh mencalonkan diri untuk menjadi ahli dalam majlis perwakilan tersebut. Ini berbeza dengan system demokrasi kerana semasa pilihanraya, semua calon bertanding, berkempen, meraih undi, menyebar poster dan berceramah semata-mata untuk mendapatkan undi orang ramai walaupun terpaksa membuat penipuan dan fitnah.

Page 16: Antara Syura Dan Demokrasi

KEPENTINGAN SYURA Amalan syura dilihat sebagai satu bentuk

pegawalan bagi setiap individu @ organisasi. Syura berperanan dlm menyatukan kesemua

pandangan serta idea yg berbeza utk diperdebatkan.

Syura digunakan sbg benteng kpd manusia yg terlupa & bersifat tergopoh gapah.

Syura melatih sentiasa bersikap tenang & bersabar dlm menghadapi apa jua situasi.

Page 17: Antara Syura Dan Demokrasi

Syura membawa manusia kearah kesejahteraan & kemuliaan.

Drsegi organisasi, amalan syura akan membantu sesuatu perancangan organisasi bg mencapai matlamat yg ditentukan dlm tempoh yg ditetapkan.

Syura mewujudkan pelaksanaan hak manusia dimuka bumi agar terus terpelihara & dijaga. Hak-hak itu ialah nyawa, akal, agama, keturunan & harta.

Page 18: Antara Syura Dan Demokrasi

KESAN SYURA dapat melihat kepentingan dan keputusan yang adil

serta bijaksana dari pendapat yang berbeza. Keputusan yang adil dapat dicapai melalui syura kerana setiap ahli syura akan berbincang sesuatu perkara dengan mendalam serta berpandukan ajaran islam yang sebenar.

syura merupakan kunci atau rahsia kepada pembentukan pasukan yang sangat rapat,terikat dengan emosi yang positif antara satu sama lain. Ia akan mengikat kita kerana sikap hormat-menghormati,percaya mempercayai, ikhlas, benar, adil, bijaksana, dansebagainya yang sentiasa akan tertanam di kalangan kita.

Page 19: Antara Syura Dan Demokrasi

syura sebenarnya merupakan proses membuat keputusan yang amat penting dianjurkan oleh islam. Tujuan syura adalah untuk mencari keputusan yang terbaik berlandaskan kebenaran dan keadilan.

syura mengalakkan penyertaan berasaskan ilmu. Setiap ahli syura diwajibkan mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

melalui syura kita dapat bertukar-tukar pendapat dan fikiran untuk membangunkan pengurusan islam.

Page 20: Antara Syura Dan Demokrasi

KESIMPULAN• antara demokrasi dan syura yang paling berkesan

untuk dilaksanakan dalam pentadbiran dan pengurusan adalah system syura. Ini kerana syura adalah satu system yang telah diiktiraf oleh Allah S.W.T dan Rasulullah sendiri. Semasa pemerintahan Rasulullah dan para sahabat Baginda, syura memainkan peranan penting dalam membuat keputusan yang melibatkan kepentingan bersama.Oleh itu, penubuhan Majlis Syura pada masa itu, merupakan lambang suara rakyat kerana dibentuk berasaskan suara rakyat. Selain itu, Allah S.W.T telah menurunkan surah al-Syura kepada Rasulullah untuk menunjukkan betapa pentingnya syura dalam membuat sesuatu keputusan. Jelaslah disini, pengamalan syura dalam pentadbiran dan pengurusan memberi impak yang baik terhadap organisasi dan seharusnya syura diserapkan dalam menjalankan pentadbiran dan pengurusan.