hubungan antara agama dalam pengamalan demokrasi di malaysia

21
HUBUNGAN ANTARA AGAMA DALAM PENGAMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA Syed Haashim Bin Syed Abdul Rahman No Matrik: P78833 Penyelia Tugasan: PROF. MADYA DR. JAFFARY BIN AWANG : DR. INDRIATY BINTI ISMAIL FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Upload: man-ana-man-anta

Post on 13-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ANTARA AGAMA DALAM PENGAMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

Syed Haashim Bin Syed Abdul RahmanNo Matrik: P78833

Penyelia Tugasan: PROF. MADYA DR. JAFFARY BIN AWANG : DR. INDRIATY BINTI ISMAIL

FAKULTI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA2015HUBUNGAN ANTARA AGAMA DALAM PENGAMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIAAbstrakPengalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang dijajah telah meninggalkan kesan dalam masyarakat negara ini. Amalan pecah dan perintah yang menjadi formula asas bagi penjajah untuk memudahkan segala dasar pemerintahannya dapat dilaksanakan. Pemisahan antara agama, bangsa dan budaya dalam segi ruang pekerjaan, tempat tinggal dan parti politik mewujudkan jurang antara agama dan bangsa untuk berinteraksi dan bersosial bagi mewujudkan satu keadaan yang kondusif. Kajian ini adalah untuk menganalisis dan mengkaji satu mekanisma iaitu sistem demokrasi yang digunapakai di negara kita ini sebagai wasilah penghubung antara agama dan bangsa. Kemajmukkan yang wujud ini harus disusun dengan sebaiknya, agar peluang yang disediakan ini memberi manfaat yang besar. Jaminan perlembagaan dan media massa adalah agen yang utama berperanan untuk mewujudkan situasi ini. Analisa ini dijalankan berdasarkan kajian dokumen dan temu ramah beberapa tokoh politik bagi mendapatkan maklumat dan tindak balas berkenaan peluang penyatuan antara agama ini dalam pengamalan sistem yang digunakan ini. Analisa ini mendapati bahawa sistem demokrasi yang digunakan ini adalah antara pendekatan yang terbaik dalam mewujudkan penyatuan dan mendekatkan jurang perbezaan. Kata Kunci: Kemajmukkan, Demokrasi, Perlembagaan, Media Massa. Abstract Malaysia's experience as a country that colonized has left traces in the community of this country. The practice of breaking and order become the basic formula for colonial to simplify all of his policies can be implemented. The separation between religion, ethnicity and culture in terms of public employment, shelter and political parties create a gap between the religion and the nation to interact and socialize in order to create a conducive situation. This study is to analyse and study a mechanism which is the democratic system that is used in our country as a liaison agent between religion and race. The diversity that exists this should be sorted amicably, so that this opportunity provided benefits are great. Constitutional guarantee and the mass media was the main agent responsible for creating this situation. This analysis is carried out based on a review of documents and interviews several political figures for further details and the reaction of consolidation opportunities between these religions in practice this system used. This analysis found that the system of democracy that is used is the best approach in creating the consolidation and gap difference. Keywords: Pluralism, Democracy, Constitution, Mass Media.

PendahuluanMasyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama, bangsa, bahasa dan budaya dengan keunikannya yang tersendiri. Namun begitu, kemajmukan ini turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam misi menjayakan pembangunan negara ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara contoh dalam pembangunan masyarakat budaya dan agama yang pelbagai. Situasi semasa yang berkaitan dengan aspek agama dan hubungan antara agama khususnya antara Islam dan bukan Islam dalam kalangan masyarakat Malaysia merupakan fenomena dalam perhubungan antara penganut agama sekarang. Kewujudan iklim yang plural dari segi agama, bangsa dan budaya di negara Malaysia menjadikan seluruh rakyat dan pemimpin berusaha mencari satu mekanisme kearah pembentukan dan penyatuan masyarakat secara efektif. Gagasan masyarakat Malaysia merupakan keadaan seluruh masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya, sewajarnya mempunyai semangat dan perasaan sebangsa dengan nama kolektif (bangsa Malaysia) yang sama berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan bersama dengan rupa bangsa yang sepunya (Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaluddin, 2011:32). A nation is a group of people with a sense of unity based on the importance the group of attributes to a shared trait or custom. A common language, religion, ethnicity, race and culture have often served as the foundations of national identity. (Ellen Grigsby, 2015:73)Agama dan etnisiti merupakan faktor yang penting dalam masyarakat dan politik Malaysia kontemporari. Dua bentuk keadaan di Malaysia yang menentukan politik dan hubungan etnik, iaitu masyarakat bi-racial (dua bangsa) dari kalangan penduduk asal dan golongan imigran. Salah satu dua bangsa tersebut (penduduk asli dan pendatang lain) adalah kelompok yang utama (Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaluddin, 2011:80).Justeru, satu mekanisma yang bersifat menyeluruh dan perlu digunapakai untuk merealisasikan dan mewujudkan hubungan antara agama dan kaum yang berlandaskan realiti dan mentaliti tempatan. Kepelbagaian agama, budaya dan bangsa merupakan satu fitrah yang perlu dihargai dan dihubungkan. Pada dekad akhir ini, demokrasi menjadi agenda utama para negarawan dan intelektual terutamanya di dunia ketiga. Persoalannya bagaimana mencari model pemerintahan yang mampu menggabungkan tuntutan efektif dan birokrasi dengan mencipta dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat, jasmani dan spritiual (M.Imam Aziz, 1993: 114).Demokrasi Sebagai Jalan PenghubungDemokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem pemerintahan suatu negara sebagai usaha untuk mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warganegara) atas negara untuk dijalankan oleh pemerintah sesebuah negara. Demokrasi dari sudut tinjauan bahasa adalah berasal dari bahasa Yunani iaitu demos yang berarti rakyat atau penduduk suatu tempat, cratos ialah kekuasaan atau kedaulatan. Oleh itu, demoscratos (demokrasi) adalah keadaan sesebuah negara di mana di dalamnya mengamalkan sistem pemerintahan meletakkan kedaulatan berada di tangan rakyat, kekuasaan tertinggi berada dalam keputusan bersama rakyat, rakyat berkuasa, pemerintahan rakyat dan kekuasaan oleh rakyat (Nurkhalis Majid, 2012:156). Demokrasi memberikan kebebasan dan ruang kepada rakyat dalam menetapkan perwakilan bagi penggubalan dan pembinaan halatuju dan visi bagi sesebuah negara. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa membawa bersama-sama mereka adat resam, bahasa, agama, dan cara hidup yang berlainan malah mungkin bertentangan antara satu dengan yang lain. Oleh kerana binaan majmuk yang kompleks ini, membuatkan penelitian sesuatu dasar yang hendak dilaksanakan menjadi satu perkara yang amat penting (Hairany Naffis, T.t:7). Pembinaan dan pembentukkan sesebuah negara dengan mewujudkan peluang dan ruang kepada rakyat dalam menentukan bentuk dan visi merupakan satu mekanisma yang berkesan dalam membentuk acuan yang kukuh. Penilaian dan penghayatan kepada perbezaan dan pertentangan mampu dilunasi dan diatasi dengan meletkkan garis perbezaan dan persamaan dalam lingkungan dan naungan nilai-nilai demokrasi, di bawah undang-undang dan naungan perlembagaan yang disepakati.Amalan demokrasi yang sihat membantu akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan bersandarkan undang-undang (Raja Nazrin Shah, 2006:8). Pada asasnya, pengamalan demokrasi ini, membentuk sikap dan nilai di dalam diri masyarakat, tentang keperluan dan hubungan untuk mewujudkan suatu bentuk kehidupan kearah melahirkan masyarakat yang berwawasan dan tersemai nilai-nilai yang baik. Ruang dan peluang yang diwujudkan dalam lingkungan masyarakat seperti kebebasan bersuara, memilih perwakilan serta hak untuk memilih dan mengamalkan agama, adalah satu keadaan yang kondusif iaitu wujdukan sikap toleransi dan menghormati pandangan bagi setiap kelompok parti politik, agama dan bangsa dalam menjalankan kegiatan mereka. Semua hak asasi manusia adalah sejagat, tidak dapat dipisahkan, bergantung antara satu sama lain dan berkaitan. Walaupun kepentingan negara dan daerah dan latar belakang sejarah, budaya dan agama perlu diambil kira, ia menjadi tugas negara, tanpa mengira sistem politik, ekonomi dan budaya serta agama untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan ini. Dalam mengamalkan hak dan kebebasannya, semua orang tertakluk hanya kepada had-had yang ditentukan oleh undang-undang supaya ia tidak menyekat hak dan kebebasan orang lain dan dapat memastikan syarat yang adil seperti kepentingan moral, ketenteraman awam dan kebajikan awam di dalam sebuah masyarakat yang demokratik (V.Gayathry. 2003:11).Nilai dan konsep kebebasan yang diwujudkan adalah peluang yang harus di ambil dan digunakan sebaiknya oleh masyarakat untuk mewujudkan sebuah masyarakat madani dan impian bagi seluruh individu adalah kebahagiaan dan keamanan. Masyarakat madani (civil society) merupakan nilai yang terhasil dalam jiwa masyarakat yang memiliki keteraturan dan matlamat kehidupan yang jelas dalam suasana terwujudnya sikap bergantung kepada diri atau berdikari, keadaan sosial masyarakat yang seimbang pembangunan fizikal dan nilai serta kesejahteraan yang terhasil. Masyarakat madani mencerminkan sifat kemampuan dan kemajuan masyarakat yang tinggi untuk menunjukkan sikap yang kritis dan melibatkan diri dalam menghadapi berbagai persoalan sosial.Pembentukkan masyarakat madani adalah hasil daripada pengembangan dan pembangunan masyarakat, yang saling berinteraksi dalam suasana yang harmoni serta hubungan komuniti yang tersemai nilai persaudaraan sesama agama atau sebagai sebuah masyarakat Malaysia. Perbezaan agama dan bangsa yang wujud, merupakan satu keseimbangan dalam menjana pembangunan dari sudut wujudnya satu sistem kuasa semak dan imbang (check and balance). Justeru itu, kesedaran sebagai pentingnya sebuah komuniti yang inklusif, toleransi, terbuka, beradab, dan berbudaya harus dipelihara dan dikembangkan untuk menjadi masyarakat yang kondusif.Pengamalan demokrasi atau pembentukkan halatuju sesebuah negara yang barasal dari rakyat, dengan rakyat dan untuk rakyat merupakan peluang yang mesti dihargai dan digunakan dengan sepenuhnya oleh seluruh masyarakat. Namun, ini tidak bermakna bahawa kebebasan ini bersifat mutlak, tetapi menjadi suatu kemestian kepada semua negara, bahawa kebebasan ini dinaungi oleh sebuah perlembagaan yang menjadi rujukan utama. Oleh itu, Malaysia yang mengamalkan sistem ini turut menjadikan perlembagaan ini bukan hanya menjadi panduan membina halatuju, tetapi perlembagaan ini juga berperanan menjadi tempat untuk mengikat seluruh warga bernaung dalam suatu naungan. Perlembangaan Sebagai Pusat PenyatuanPerlembagaan merupakan suatu dokumen yang paling penting dan tinggi kedudukkannya dalam pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan mengandungi peraturan asas dan undang-undang bagi seseuah negara. Perlembagaan juga adalah sebagai menifestasi sistem politik dan pentadbiran kerajaan yang dipraktikkan dalam sesebuah negara. Pembentukkan undang-undang mesti selaras dan sesuai dengan semangat perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan adalah suatu dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagi-bahagikan dan digunakan. Perlembagaan juga perlu melihat prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi-institusi negara (Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah, 2009). Antara tujuan utama pembentukkan perlembagaan adalah untuk menjelaskan peranan, hak dan tanggungjawab rakyat sebagai warganegara yang menentukkan kelangsungan sesebuah negara dan menjamin keamanan, keharmonian sesebuah negara. Isu-isu perlembangaan merupakan perkara yang paling serius dibincangkan oleh penduduk di negara ini. Hal ini disebabkan pembentukkan perlembagaan adalah perkara pokok atau nadi dalam menuju pembentukkan negara-bangsa Tanah Melayu yang merdeka. Cabaran dalam memastikan pembentukkan negara Malaysia ini khususnya adalah kepelbagaian budaya, agama dan bangsa. Secara asasnya, faktor perkauman berperanan sebagai sebuah sistem dalaman yang boleh menstabilkan sistem politik. Ini ada kaitannya dengan kesedaran elit politik pemerintah dan pembangkang bahawa semangat perkauman yang melampau atau chauvinist akan menghancurkan seluruh sistem politik dan merugikan kedua-dua belah pihak (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2008). Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai banyak agama. Rakyat dinegara ini mengamalkan agama-agama yang berlainan seperti Hindu, Buddha, Kristian dan kepercayaan lain (Mohd Salleh Abbas, 1997:45). Kewujudan keharmonian, persefahaman dan toleransi adalah elemen yang paling penting bagi memastikan kestabilan politik dan keamanan dalam masyarakat terjaga. Kesatuan dan perpaduan adalah matlamat utama yang harus disedari oleh setiap individu di dalam masyarakat Malaysia. Pembentukan perlembagaan yang berperanan sebagai tali pengikat dan penyatu kepada semua perkara yang bernaung dalam negara Malaysia perlu dihayati dan menjadi rujukan kepada setiap perkara yang berlaku. Perlembagaan negara adalah merupakan sumber utama untuk kefahaman setiap warganegara dan pembinaan kenegaraan. Setiap rakyat perlu akur dan menghormati intisari dan semangat perlembagaan. Pembentukkan perlembagaan adalah permuafakatan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Pembentukkan kepada permuafakatan dan penyatuan masyarakat, jaminan perlembagaan dalam meletakkan hak kebebasan asasi setiap perkara dan pengamalan dalam ajaran setiap kaum merupakan inti yang paling utama untuk meletakkan dan menjamin keadilan bagi setiap agama dan bangsa. Menurut H.E Groves: Kebebasan asasi itu sesungguhnya mungkin berubah mengikut setiap masyarakat yang memilih untuk mentakrifkannya. Dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia Sembilan kebebasan atau hak digolongkan sebagai asasi. Kebeasan itu ialah, Kebebasan Diri, Bebas dari abdi dan menjalankan kerja paksa, Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang, Sama rata, Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, Kebebasan beragama, Hak-hak berkenaan pelajaran dan Hak terhadap harta (Groves. Harry E. 1983). Jaminan perlembagaan terhadap pengamalan setiap agama yang wujud dalam masyarakat Malaysia ini, seharusnya menjadi satu mekanisma penyatuan semua agama dalam konteks kebebasan untuk setiap agama beramal dan melakukan pengajaran dalam kelompok mereka. Semangat perpaduan yang dijamin oleh perlembagaan ini tidak boleh dicerobohi dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang berasalan ingin mempertahankan agama mereka. Semangat perpaduan dan keharmonian ini adalah matlamat utama yang ingin dicapai oleh semua kaum dan bangsa dalam sesebuah negara. Oleh itu, peruntukkan perlembagaan dalam maksud memelihara hak setiap agama ini mesti dijadikan sebagai tunjang asas dan disemai dalam seluruh masyarakat di Malaysia. Dalam pembentukkan semangat ini, nilai-nilai dan perkara yang tertulis di dalam perlembagaan adalah rujukkan utama setiap masyarakat dalam memutuskan segala perkara yang melibatkan sentimen atau pertembungan yang boleh menyebabkan pertentangan berlaku. Peruntukkan perkara 3 perlembagaan Malaysia yang mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah memberikan pertimbangan kepada kepercayaan lain. Justeru itu, Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan yang menyebut tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Kebebasan beragama dijamin bagi semua agama dans etiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal 4, untuk mengembangkannya (Mohd Salleh Abbas, 1997:47).Kebebasan asasi yang termaktub dalam perlembangaan merupakan asas yang mesti difahami dan dihayati oleh semua. Kebebasan Asasi mengikut tatabahasa peruntukkan perlembagaan yang ia menjadi sebahagian daripadanya, ternyata sebagai mutlak: Kebebasan menganuti dan mengamalkan sesuatu agama, kebebasan dari percukaian khas, tetapi bukannya secara umum, untuk membantu sesuatu agama yang lain dari agamanya sendiri, Kebebasan suatu kumpulan agama untuk menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri, menubuh serta menyenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, Hak tidak menerima ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang suatu agama lain daripada agamanya sendiri (Groves. Harry E, 1983). Perbezaan bangsa, budaya dan agama, merupakan satu cabaran yang seharusnya disedari oleh semua masyarakat bagi memastikan kemakmuran, keharmonian dan semangat patrotisma yang telah dibina ini terus dikekalkan dan disemai kepada ganerasi yang baru. Hubungan antara agama dan bangsa adalah isu yang begitu asas dan merupakan tapak yang utama dalam menjayakan visi dan misi ini. Cetusan dan perlakuan yang membawa kepada pergeseran dan pertembungan adalah satu tindakan yang sesekali menyalahi semangat perlembagaan dan hilangnya nilai patrotisma yang membawa negara lebih maju kehadapan. Peruntukkan terhadap hak asasi setiap agama dan bangsa ini tidak sesekali boleh dipandang ringan dan digugat oleh mana-mana pihak. Peruntukkan yang termaktub ini menjadi rujukkan dan panduan oleh semua agama dan bangsa untuk saling bertaut dan mewujudkan tali perpaduan dalam masyarakat. Ekstremis agama dan assabiyah perkauman adalah penyakit paling utama yang mengundang kepada perpecahan dan pergolakkan dalam masyarakat. Oleh itu ruangan dialog, wacana dan penyebaran nilai-nilai murni oleh setiap agama adalah tuntutan yang mesti dipenuhi oleh setiap penganut agama. Media massa khususnya sama ada media cetak atau media elektronik harus menjadi tulang belakang kepada perlaksaan proses ini. Di samping itu juga media adalah lidah rasmi kepada mana-mana kelompok yang menjadi agen yang membawa isu dan berita kepada arus perdana. Oleh itu, media adalah wasilah terbaik dalam pembentukkan dan penjalin kebersamaan dan penghubung yang utama. Media Sebagai Wasilah PerpaduanMedia merupakan aspek penting bagi memastikan segala perancangan, wawasan dan halatuju yang dirangka mencapai matlamat dan dapat dijayakan. Media adalah agen terbesar di Malaysia sama ada media elektronik atau media cetak dalam memainkan peranan sebagai lidah rasmi kepada sesuatu parti, kaum sebagai penyampai dan penghubung kepada masyarakat luar tentang isu dan perkara yang berlaku dalam kelompok tersebut.Political scientists have pointed out that media's relation to political events can be multidimensional, with media coverage appearing sometimes to shape and other times to be shaped by events (Ellen Grigsby, 2015:295).Peristiawa dan isu yang dilaporkan oleh media massa berpotensi untuk memberi dan membentuk pengaruh terhadap masyarakat, baik pengaruh berbentuk negatif mahupun positif seperti meningkatkan aspirasi kepada mayarakat agar lebih mudah untuk mendapatkan segala isu dan pengetahuan yang berlaku. Di samping itu juga, wujudnya kepelbagaian pendapat dan aliran di berbagai media cetak, menjadikan setiap individu itu tidak hanya mendapatkan penjelasan hanya dari sudut yang sama, tetapi membuka ruang yang lebih besar untuk dianalisa segala peristiwa dan isu yang berlaku.Kemajmukkan atau kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia, tidak menghalang masyarakatnya untuk setiap kelompok melaporkan segala peristiwa seperti perayaan dan sambutan hari kebesaran setiap agama atau bangsa. Media massa adalah wasilah terbaik untuk lebih mempromosikan dan bertindak sebagai alat penyatu bagi semua masyarakat untuk mendapatkan info tentang sesuatu budaya atau amalan agama melalui media arus perdana ini. Ruang yang diwujudkan ini, boleh menjadikan suasana menjadi keruh atau jernih. Peristiwa pergaduhan antara bangsa Cina dan Melayu pada 13 Mei adalah tanda dan contoh dimana media arus perdana ini menjadi alat kepada setiap kaum untuk menyemai sikap perkauman yang negatif, maka wujudlah suasana seperti yang dilaporkan. Kebebasan dan peluang yang disediakan seharusnya menjadi tempat untuk saling bertukar dan memahami amalan dan ajaran agama dan bangsa yang berbeza. Namun, terdapt juga segelintir masyarakat ini menggunakan peluang ini untuk terus mengapikan nilai negative terutamanya badan politik hanya semata-mata untuk menarik simpati masyarakat kepada parti mereka.

Di Malaysia, demokrasi kewartawanan dan etika media massa masih menjadi perdebatan umum walaupun kebebasan media telah diberikan ruang dalam proses partisipasi demokrasi apabila akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dimansuhkan kelak. Tetapi pandangan ahli akademik komunikasi di Malaysia bahawa kawalan yang ketat terhadap penyebaran maklumat yang meluas adalah wajar sebagai asas bagi tindakan politik dan kestabilan serta perkembangan negara adalah lebih diutamakan dan perkara yang berkaitan dengan individu dianggap tidak penting juga tidak seharusnya diketepikan begitu sahaja. Dan pada masa yang sama fungsi media baru yang semakin popular dan mengatasi peranan media konvensional ini juga perlu dianalisis secara kritikal (Norazleen Bt. Mohd Nor, Edwin Michael, Afi Roshezry B. Abu Bakar, Ira Meilita Bt. Ibrahim, Mohd Azmir B. Mohd Nizah, 2010:1).

Pengawasan dan pemantauan terhadap berita dan maklumat yang disampaikan oleh media arus perdana ini, menjadi satu kewajaran oleh pihak pemerintah agar segala maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tidak mempunyai unsur yang ebrsifat permusuhan. Kemajmukan atau kepelbagaian yang wujud dinegara ini, seharusnya dihormati dan diberi peluang kepada setiap agama, bangsa atau kelompok untuk mengenengahkan segala maklumat kepada masyarakat bagi mengelakkan segala perbezaan itu menjadi satu agenda untuk terus dibincangkan mengatasi segala bentuk perkongsian bersama seperti hak sebagai warganegara, pendidikan dan sebagainya menjadi penghalang untuk melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan kondusif.

KesimpulanKemajmukkan yang wujud di dalam masyarakat Malaysia kini yang terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan bangsa telah membentuk satu keadaan yang begitu kompleks dan dinamik. Mekanisma yang digunakan dalam mencari titik temu bagi menyatukan dan mendekatkan jurang perbezaan adalah satu perkara yang perlu di ambil perhatian yang khusus. Pendekatan demokrasi yang diamalkan sejak sekian tahun terdahulu, membolehkan beberapa titik perbezaan dari sudut pengamalan budaya dan agama serta hak sebagai seorang warganegara dapat dipadukan dan diikat berlandaskan perlembagaan. Jaminan dan peruntukkan perlembagaan yang digunapakai oleh seluruh masyarakat adalah mekanisma yang terbaik dalam bertindak sebagai tali pengikat bagi setiap agama, bangsa dan budaya untuk menjalankan segala aktiviti mereka dengan bebas. Keharmonian, kedamaian dan toleransi yang merupakan agenda utama setiap individu dalam masyarakat Malaysia tidak mampu dikecapi sekiranya setiap agama dan bangsa hanya memikirkan kepentingan sendiri. Media massa yang menjadi agen penyatu haruslah memainkan peranan dalam menyemai sikap toleransi ini. Oleh itu, perbezaan dan kepelbagaian ini harus diikat dan dipadukan bagi mewujudkan kondisi yang harmoni dan melangkah sebagai sebuah Negara yang maju dan berwawasan.

BIBILIOGRAFIA.Rahman Zainuddin. 1992. Kekuasaan Dan Negara Pemikiran Ibn Khaldun. Jakarta. Penerbit Gramedia Pustaka Utama. Abdul Latif Abu Bakar. 1998. Peranan Media Dalam Pilihanraya Persekutuan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.Andrew Harding. 2012. The Constitution Of Malaysia: A Contextual Analysis. United Kingdom. Oxford And Portland, Oregon. Bonnie Setiawan. 2000. Perjuangan Demokrasi Dan Masyarakat Sipil. Indonesia. Pustaka Pelajar. Dorothy Pickles. 1984. Pengantar Imu Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.Ellen Grigsby. 2015. Analyzing Politics An Introduction To Political Science. United States Of America. Cengage Learning. Ghazali Mayudin. 2008. Politik Malaysia Prespektif Teori Dan Praktik. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Hussin Muhamed. 1986. Membangun Demokrasi Pilihanraya Di Malaysia. Kuala Lumpur. Karya Bestari SDN BHD. Kua Kia Soong. 2005. The Malaysian Civil Rights Movement. Petaling Jaya. Strategic Information Research Development. M.Imam Aziz. 1993. Agama, Demokrasi Dan Keadilan. Jakarta. Penerbit Gramedia Pustaka Utama. Mahathir Mohamad. 2003. Politik, Demokrasi Dan Asia Baru. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.Malik Bennabi. 2003. The Question Of Ideas In The Muslim World. Kuala Lumpur. Islamic Book Trust. Muhammad Abu Bakar. 1987. Penghayatan Sebuah Ideal Suatu Tafsiran Tentang Islam Semasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.Muhammad Immarah. 1999. Islam Dan Pluralitas: Perbedaan Dan Kemajmukkan Dalam Bingkai Persatuan. Jakarta. Gema Insani Press. Nasr, Seyyed Hossein. 2010. Islamic Life And Thought. Kuala Lumpur. Islamic Book Trust. Norani Othman, Virgina Hooker. 2003. Malaysia Islam, Society And Politics. Singapore. Institute Of Southeast Asian Studies. Nurkhalis Majid. 2012. Konstruksi Demokrasi Dalam Pemikiran Nurcholish Madjid, SOSIO-RELIGIA, Vol. 10, No.1. Jakarta. Perry, Micheal J. 2010. The Political Morality Of Liberal Democracy. Cambridge. Cambridge University Press. Raja Nazrin Shah. 2006. Titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Sempena Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Dewan Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Kali Yang Ke-35. Perak Darul Ridzuan.Saifuddin Abdullah. 2009. Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Salleh Abbas. 1997. Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Scott. James C. 1968. Political Ideology In Malaysia Reality And The Belief Of An Elite. Singapore. University Of Malaya Press. Shireen Haron dan Zuraidah Musib. 2012. Pemasaran Politik Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.Syed Arabi Idid. 1994. Penentuan Agenda: Peranan Media Massa Dalam Pilihanraya Umum. Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka. V.Gayathry. 2003. Malaysia Hak Asasi Dipertikaikan: Undang-undang Mengonggkong Kebebasan Di Sebuah Negara Berparlimen. Kuala Lumpur. Vinlin Press SDN BHD.