antara pendekatan konstruktivisme dan pendekatan masteri

Upload: fiqreen

Post on 08-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Antara Pendekatan Konstruktivisme Dan Pendekatan Masteri

    1/2

    Pendekatan Konstruktivisime

    Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuandisusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam

    kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak

    begitu ketara dan tidak ditekankan.

    Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan

    daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatupengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha

    murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmupengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai

    bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapirealiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti

    yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yangmembentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

    Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kirastruktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan

    diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka barutentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

    Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang

    bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

    Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentanghampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan

    miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asalmereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan

    seperti yang dikehendaki oleh guru.

    John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik

    yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun ataumembina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid

    di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah.Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan

    cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajarandan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang

    disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepadakejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia

    juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata gurukepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

    Pendekatan Masteri

  • 8/7/2019 Antara Pendekatan Konstruktivisme Dan Pendekatan Masteri

    2/2

    Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat

    menguasai apa yang diajar.

    Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu

    prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya:

    a. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; danb. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti

    Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai

    perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit

    pembelajaran atau tajuk yang lain.

    Hasil dari Pengertian Dua Pendekatan yang dibincangkan, saya menggunakan pendekatanmasteri dalam pengajaran saya.Saya menggunakan kemudahan ICT dan pelbagai bahan bantu

    mengajar bagi menerangkan sesuatu maksud yang hendak saya sampaikan kepada murid-murid

    saya.Saya merasakan bahawa pendekatan ini sesuai untuk mencapai objektif pengajaran.saya

    menggunakan pendekatan ini kerana lebih pratikal dan sempat menghabiskan sukatan yang

    diajar pada tahun itu serta segala objektif yang ditetapkan dapat dicapai.