anatomi kayak & paddle

6

Click here to load reader

Upload: suhailah-fauzi

Post on 22-Nov-2014

1.225 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Anatomi kayak & paddle

ANATOMI KAYAK

Sebagaimana fizikal manusia, kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam

menentukan prestasinya. Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut

namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya. Ia bergantung kepada jenis

kayak. Penerangan di bawah akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang terdapat pada

sesebuah kayak.

1) Bow dan Stern

Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak yang berbentuk tajam dan bulat. Bow

adalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang.

Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini

boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.

Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik. Fungsi utamanya ialah

untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.

2) Hull (Dinding lantai)

Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza

bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.

3) Deck (Geladak atas)

Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit. Ia berfungsi untuk menutup

bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran

gulingan. Dek hadapan dipanggil foredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck.

4) Toggle

Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern.

Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik

dan mengikatnya ketebing.

Page 2: Anatomi kayak & paddle

5) Cockpit (Ruangan tempat duduk)

Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia

merupakan kawasan di mana pendayung diletakkan di dalamnya. Bahagian hadapan dan

belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian

hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang.

6) Seat (Tempat duduk)

Tempat duduk terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat

duduk standard (mempunyai saiz yang tetap), tempat duduk sederhana (untuk kegunaan

rekreasi), tempat duduk ketat (untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras) dan tempat

duduk boleh laras.

7) Coaming

Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari

memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.

8) Knee Brace

Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck. Fungsi utamanya ialah untuk

penahan lutut dan memberikan cengkaman kaki yang lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya

terdapat pada kayak arus deras.

9) Deckline

Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia

berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak.

Tidak semua kayak memiliki deckline.

Page 3: Anatomi kayak & paddle

10) Keel

Terletak di bahagian bawah geladak belakang kayak. Fungsi utamanya ialah untuk membelah

arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus

dengan cepat.

11) Bouyancy (Bahan Apungan)

Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan

stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan dimasuki air.

Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara

amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.

12) Footrest

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki. Ia berfungsi untuk

memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di hasilkan melalui

kombinasi pergerakan tangan, bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest.

13) Hatch

Lubang berpenutup yang terdapat di bahagian tengah foredeck dan aftdeck. Fungsinya ialah

untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatch ini bergantung kepada saiz dan

bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak ekspedisi atau laut sahaja.

14) Deck Eye / Eye Cleat

Eye deck / eye cleat ialah lubang untuk mengikat tali (deckline) yang terletak di atas geladak.

15) Eye pit

Eye pit ialah lubang yang terletak di hujung haluan (bow) dan stern pada jenis kayak yang

tertentu sahaja.

Page 4: Anatomi kayak & paddle

ANATOMI PENDAYUNG

1) Blade (Bilah mata dayung)

Blade merupakan kepingan yang berada pada hujung batang pendayung. Ia berfungsi untuk

mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak yang lebih laju. 

2) Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)

Berbentuk bulat dan lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.

3) Drip Ring (bulatan Getah)

Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck.

Fungsinya untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan

pendayung. Tidak semua pendayung mempunyai Drip Ring.

4) Neck (leher Pendayung)

Bahagian yang bercantum antara blade dan shaft.

5) Tip (pelindung mata pendayung)

Kepingan logam yang berada di hujung mata pendayung. Sesetengah pendayung tidak

mempunyai logam. Fungsinya untuk melindungi mata pendayung (blade) daripada kerosakan

akibat hentakan.

6) Front of Blade (Permukaan Pendayung)

Bahagian hadapan bilah pendayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Page 5: Anatomi kayak & paddle

7) Back of Blade (Belakang pendayung)

Bahagian belakang muka pendayung. Berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang

kuat kepada mata pendayung.