analisis swot

2
ANALISIS SWOT KEKUATAN 1. Pemilihan penceramah jemputan Penceramah jemputan bagi sesi seminar BIG dan Bengkel Guru Cemerlang adalah menepati objektif BIG kali ini. Kedua-dua penceramah ialah guru cemerlang dan telah berkhidmat lama dalam bidang perguruan. Oleh itu, pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna yang dapat dikongsikan bersama guru pelatih. 2. Pemilihan tempat Bengkel Guru Cemerlang. Bengkel Guru Cemerlang telah diadakan di dalam bilik tutorial di blok tutorial. Pemilihan tempat ini adalah bersesuaian kerana bilik tutorial dilengkapi dengan LCD Projector, layar putih, wifi institut dan pendingin hawa. Oleh itu, bengkel dapat dijalankan dengan jayanya dalam keadaan yang kondusif dengan menggunakan semua infrastuktur yang terdapat dalam bilik tutorial. 3. Urusan jemputan guru cemerlang ke Bengkel Guru Cemerlang. Bagi menjalankan Bengkel Guru Cemerlang, setiap kumpulan diminta untuk menjemput seorang guru cemerlang di sekolah- sekolah sekitar kawasan institut untuk mengendalikan bengkel. Urusan jemputan dan surat menyurat kepada guru-guru cemerlang ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama pihak institut dan para guru pelatih. KELEMAHAN 1. Pengurusan masa Masa seminar dijadualkan bermula ialah pada pukul 8 pagi. Walaubagaimanapun, seminar hanya bermula pada pukul 9.00 pagi. Hal ini berlaku disebabkan oleh kelewatan penceramah tiba di maktab. Walaubagaimanapun, kelewatan penceramah adalah kerana beliau kurang mengetahui selok belok kawasan Nilai. 2. Pemilihan tempat seminar BIG. Seminar BIG dijalankan di dewan besar IPG KPT. Hal ini kerana dewan besar mampu memuatkan lebih ramai peserta. Walaubagaimanapun, keadaan dewan adalah kurang kondusif dan

Upload: norakmalina-ahmad-tarmizi

Post on 28-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Swot

ANALISIS SWOT

KEKUATAN

1. Pemilihan penceramah jemputan

Penceramah jemputan bagi sesi seminar BIG dan Bengkel Guru Cemerlang

adalah menepati objektif BIG kali ini. Kedua-dua penceramah ialah guru

cemerlang dan telah berkhidmat lama dalam bidang perguruan. Oleh itu,

pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna yang dapat dikongsikan

bersama guru pelatih.

2. Pemilihan tempat Bengkel Guru Cemerlang.

Bengkel Guru Cemerlang telah diadakan di dalam bilik tutorial di blok

tutorial. Pemilihan tempat ini adalah bersesuaian kerana bilik tutorial

dilengkapi dengan LCD Projector, layar putih, wifi institut dan pendingin

hawa. Oleh itu, bengkel dapat dijalankan dengan jayanya dalam keadaan

yang kondusif dengan menggunakan semua infrastuktur yang terdapat

dalam bilik tutorial.

3. Urusan jemputan guru cemerlang ke Bengkel Guru Cemerlang.

Bagi menjalankan Bengkel Guru Cemerlang, setiap kumpulan diminta untuk

menjemput seorang guru cemerlang di sekolah-sekolah sekitar kawasan

institut untuk mengendalikan bengkel. Urusan jemputan dan surat menyurat

kepada guru-guru cemerlang ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama

pihak institut dan para guru pelatih.

KELEMAHAN

1. Pengurusan masa

Masa seminar dijadualkan bermula ialah pada pukul 8 pagi.

Walaubagaimanapun, seminar hanya bermula pada pukul 9.00 pagi. Hal ini

berlaku disebabkan oleh kelewatan penceramah tiba di maktab.

Walaubagaimanapun, kelewatan penceramah adalah kerana beliau kurang

mengetahui selok belok kawasan Nilai.

Page 2: Analisis Swot

2. Pemilihan tempat seminar BIG.

Seminar BIG dijalankan di dewan besar IPG KPT. Hal ini kerana dewan

besar mampu memuatkan lebih ramai peserta. Walaubagaimanapun,

keadaan dewan adalah kurang kondusif dan terdapat gangguan gema suara.

Ia menyebabkan suara penceramah kurang jelas kedengaran terutamanya

kepada pelajar yang duduk di bahagian belakang. Keadaan dewan besar

juga agak panas kerana jumlah kipas yang sedikit. Ia menyebabkan guru

pelatih kurang dapat memberi tumpuan pada ceramah yang disampaikan.

PELUANG

1. Pemilihan tempat seminar BIG.

Selain dewan besar, seminar BIG juga sebenarnya sesuai dijalankan di

dewan kuliah. Dewan kuliah cukup untuk memuatkan semua pelajar

semester 6 yang berjumlah hampir 200 orang. Dewan kuliah dilengkapi

dengan pendingin hawa, kerusi dan meja dan PA system di dewan kuliah

adalah lebih baik dan jelas. Oleh itu, semestinya seminar dapat dijalankan

dalam keadaan yang lebih kondusif dan dapat memberikan imej yang baik

kepada penceramah.

ANCAMAN

1. Kerjasama antara guru pelatih

Memandangkan program yang dijalankan memerlukan kerjasama jitu

daripada guru pelatih, semua pihak harus memberikan komitmen dengan

penuh iltizam dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan. Jika tidak

perpecahan dan perbalahan boleh berlaku. Tugas yang diamanahkan juga

tidak dapat dijalankan dengan baik serta tidak dapat memenuhi objektif BIG

kali ini iaitu melahirkan guru yang profesional dan cemerlang.

Page 3: Analisis Swot