analisis penggunaan ijtihad dalam pentadbiran kerajaan ... · pdf file1 | p a g e analisis...

15
1 | Page Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2010 An Analysis of the Use of Ijtihad in Kelantan State Administration from 1990 to 2010 Shukeri, M (Corresponding author) Academy of Islamic Studies, University of Malaya Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia Tel: +6019-9897547 E-mail: [email protected] Mohamad Azrien, M.A. Academy of Islamic Studies, University of Malaya Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Tel: +6013-9828898 E-mail: [email protected] Syed Abdurahman, S.H Academy of Islamic Studies, University of Malaya Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Tel: +6019-9453839 E-mail: [email protected] Mohd Alwee, Y Academy of Islamic Studies, University of Malaya Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia Tel: +6013-9822484 E-mail: [email protected] Abstrak Para sarjana dan penganalisispolitik Islam menegaskan bahawa penggunaan ijtihad dalam pentadbiran negara sangat penting kerana ia dapat menjamin kepentingan masyarakat dan mengukuhkan kedudukan Islam itu sendiri. Ini kerana kaedah ijtihad adalah berpandukan skima syarak yang terjamin dan mampu melahirkan pelbagai produk pentadbiran yang berjenama Islam serta mengutamakan kesejahteraan umat. Kaedah ijtihad seperti ini amat berbeza dengan cara pentadbiran sekular yang mengambil peluang atau kesempatan untuk mengaut keuntungan kerana ia tidak mempunyai sistem kawalan yang kukuh. Melalui kaedah ijtihad yang dianjurkan oleh Islam, kerajaan juga dapat mengembangkan aktiviti dan program baru yang membawa kebaikan kepada rakyat samada bagi jangka pendek atau jangka panjang.Bertolak dari peranan dan kepentingan ijtihad di atas, kertas ini akan membicarakan bagaimana kaedah ijtihad telah dijalankan oleh Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besarnya Dato’ Nik Aziz semenjak tahun 1990 dan sejauhmana kesannya kepada pembangunan masyarakat. Diharapkan kertas ini dapat menambahkan koleksi pengurusan politik dan pentadbiran Islam, terutamanya di pusat pengajian tinggi. Katakunci: Ijtihad, Pentadbiran, Negeri Kelantan Abstract The Islamic scholars and political analysts have asserted that the use of ijtihad in the country's administration is very important because it ensure the interests of society and strengthen the position of Islam itself. This is because the method of ijtihad is based on Islamic scheme and be

Upload: trinhhanh

Post on 07-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

1 | P a g e

Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri

Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2010

An Analysis of the Use of Ijtihad in Kelantan State Administration from

1990 to 2010

Shukeri, M (Corresponding author)

Academy of Islamic Studies, University of Malaya Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan,

Malaysia

Tel: +6019-9897547 E-mail: [email protected]

Mohamad Azrien, M.A.

Academy of Islamic Studies, University of Malaya Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan,

Malaysia.

Tel: +6013-9828898 E-mail: [email protected]

Syed Abdurahman, S.H

Academy of Islamic Studies, University of Malaya Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan,

Malaysia.

Tel: +6019-9453839 E-mail: [email protected]

Mohd Alwee, Y

Academy of Islamic Studies, University of Malaya Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan,

Malaysia

Tel: +6013-9822484 E-mail: [email protected]

Abstrak

Para sarjana dan penganalisispolitik Islam menegaskan bahawa penggunaan ijtihad dalam

pentadbiran negara sangat penting kerana ia dapat menjamin kepentingan masyarakat dan

mengukuhkan kedudukan Islam itu sendiri. Ini kerana kaedah ijtihad adalah berpandukan skima

syarak yang terjamin dan mampu melahirkan pelbagai produk pentadbiran yang berjenama Islam

serta mengutamakan kesejahteraan umat. Kaedah ijtihad seperti ini amat berbeza dengan cara

pentadbiran sekular yang mengambil peluang atau kesempatan untuk mengaut keuntungan kerana ia

tidak mempunyai sistem kawalan yang kukuh. Melalui kaedah ijtihad yang dianjurkan oleh Islam,

kerajaan juga dapat mengembangkan aktiviti dan program baru yang membawa kebaikan kepada

rakyat samada bagi jangka pendek atau jangka panjang.Bertolak dari peranan dan kepentingan

ijtihad di atas, kertas ini akan membicarakan bagaimana kaedah ijtihad telah dijalankan oleh

Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besarnya Dato’ Nik Aziz semenjak tahun 1990

dan sejauhmana kesannya kepada pembangunan masyarakat. Diharapkan kertas ini dapat

menambahkan koleksi pengurusan politik dan pentadbiran Islam, terutamanya di pusat pengajian

tinggi.

Katakunci: Ijtihad, Pentadbiran, Negeri Kelantan

Abstract

The Islamic scholars and political analysts have asserted that the use of ijtihad in the country's

administration is very important because it ensure the interests of society and strengthen the

position of Islam itself. This is because the method of ijtihad is based on Islamic scheme and be

Page 2: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

2 | P a g e

able to produce a variety of branded products focusing on the welfare of Islam and Muslims. This

method of ijtihad is very different compared to the secular administrations that take advantage to

make money because they do not have a strong control system. Through this method, the

government can also develop new programs and activities that will benefit the people either for

short or long term. Based on the role and the importance of ijtihad, this paper will discuss how the

methods of ijtihad have been carried out by the Kelantan government under the leadership of Chief

Minister Dato’ Nik Aziz since 1990 and the extent of its impact on community development. It is

hoped that this paper would add some collection of political and administrative management of

Islam, especially in higher education

Keywords: Ijtihad, Administration, State of kelantan

Kaedah-Kaedah Ijtihad Yang Utama Dalam Pentadbiran (Kaedah Istislah, Sad Al-

Zara’)(Abd al-Rahman Taj, 1415H):

Perkataan ijtihad berasal dari kata dasar al-jahd atau al-juhd yang bermaksusud al-masyaqqah iaitu

kepayahan, melakukan sessuatu dengan bersungguh-sungguh(Ibn Manzur, 1990). Dari segi istilah,

ijtihad bermaksud melakukan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hukum syarak

samada yang berkaitan dengan aqliyyat atau naqliyyat iaitu dalil nas yang qat`i atau zanni.

Di antara kaedah ijtihad yang terlibat dalam urusan pentadbiran ialah: Istislah, Sad al-

Dhar’i`dan.Urfatau budayaDengan menggunakan kaedah ijtihad, pentadbiran kerajaan akan

menjadi selaras dengan kehendak syarak dan dapat mengelakkan daripada penyelewengan serta

dapatmemenuhi matlamat pentadbiran.. Contoh ijtihad siasah ialah kerajaan melaksanakan

kodifikasi hukum (taqnin al-ahkam) bagi melicinkan pentadbiran mahkamah, meningkatkan

pentadbiran mahkamah, menjatuhkan hukuman mati ke atas pengedar dadah, menahan orang yang

disyaki penjenayah berbahaya dan sebagainya.

Kaedah ijithad ini dilakukan oleh kerajaan apabila tidak ada dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang

menjelaskan permasalahan tersebut secara langsung, terutamanya kes-kes baru dalam masyarakat

yang berlaku hasil perkembangan budaya, gaya hidup, kemajuan teknologi dan sebagainya. Ijtihad

juga dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatur pendekatan yang lebih tepat bagi menjayakan

pelaksanaan hukum Islam yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah atau Syariah Islamiah itu

sendiri. Namun harus diingat bahawa ijtihad tidak dilakukan untuk mengubah atau menolak hukum

yang thabit secara qat`i di dalam nas syarak(al-Umariy, 1985).

Al-Istislah

Maksud Istislah menurut para ulama’ ialah: cara menentukan hukum syarak berpandukan Masalih

Mursalah(al-Buti, 1992; al-Zarqa, 1988),Masalih Mursalah bermaksud mana-mana maslahahyang

mendokong Maqasid Syariah(matlamat Syariah Islamiah). Maslahah tersebut pada asasnya tidak

dinyatakan oleh nas syarak secara langsung samada menerima atau menolaknya(al-Zarqa,

1988).Contoh-contoh berikut dapat menjelaskan maksud kaedah di atas.

Khalifah Uthman telah menyalin semula al-Quran yang dibukukan oleh Sayyidina Abu Bakar ke

dalam beberapa salinan, kemudian mengedarkannya keseluruh wilayah Islam, seterusnya

mengeluarkan arahan supaya membakar semua catitan/tulisan al-Quran yang dimiliki oleh orang

Islam ketika itu(Ibn al-Qayyim, 1995). Tindakan menyalin semula al-Quran itu sebenarnya tidak

dinyatakan oleh mana-mana nas syaraksecara langsung samada menyuruh atau melarangnya.

Sebaliknya langkah itu diambil berdasarkan kaedah maslahahiaitu bagi mengelakkan perpecahan

umat Islam, dan mengembalikan kesatuan umat dengan cara merujuk kepada satu mushaf yang

seragam. Mengelakkan perpecahan dan menguatkan kesatuan adalah sebahagian daripada Maqasid

Page 3: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

3 | P a g e

Syariah, sebagaimana yang ditekankan oleh firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 103 yang

bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam) dan

janganlah kamu kamu bercerai berai. (al-Quran 3:103)

Nas ini menyatakan bahawa maslahah kesatuan adalah suatu yang amat dituntut oleh Islam kerana

ia merupakan satu Maqasid Syariahyang penting. Oleh itu tindakan Khalifah Uthman di atas adalah

dapat memenuhi kehendak Maqasid Syariah.

Khalifah Umar pula telah menggunakan kaedah maslahah apabila beliau mengenakan kharaj (cukai

yang dikenakan oleh kerajaan ke atas tanah pertanian)ke atas pemilik-pemilik tanah di Iraq(Abu

Yusuf, t.t). Apa yang dilakukan oleh Khalifah Umar ialah mengembalikan tanah tersebut kepada

pemiliknya dengan mengenakan cukai tertentu yang dipanggil sebagai kharaj. Sebenarnya tidak ada

nas secara langsung yang menyuruh kerajaan Islam mengenakan cukai tersebut. Begitu juga tidak

ada nas yang melarangnya. Oleh itu, tindakan yang diambil oleh Khalifah Umar adalah berdasarkan

maslahahnegara dan umat Islam seperti yang dijelaskan sendiri oleh beliau iaitu; untuk

menambahkan pendapatan negara Islam dan untuk menampung keperluan golongan yang tidak

mampu dari segi kewangan seperti balu-balu tentera Islam yang syahid, anak-anak para syuhada’,

anak yatim dan sebagainya.

Maslahah-maslahah di atas begitu banyak dinyatakan oleh al-Quran dan al-Sunnah, contohnya

firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa’ ayat 5 yang bermaksud:“Dan janganlah kamu berikan

(serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam

jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas

pembangunan kehidupan kamu, dan berikanlah belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya

(yang kamu perniagakan) dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.(al-Quran

4:5)

Kedudukan Istislahsebagai kaedah ijtihad telah diterima oleh madhhab-madhhab Islam secara

dasarnya.Mereka cuma berbeza dari segi skop penggunaannya sahaja.Al-Shafi`i dan sebahagian

daripada madhhab Hanafi mengambil pendekatan sederhana, sedangkan Imam Malik menggunakan

kaedah ini dengan lebih meluas.

Namun begitu mereka bersepakat dengan satu syarat iaitu istislah tersebut hendaklah membawa

maslahahkulliyyah (kepentingan yang menyeluruh, dan tidak hanya khusus kepada satu individu

tertentu sahaja) dan tidak pula bercanggah dengan nas-nas syarak. Al-Shatibiy telah menjelaskan

beberapa contoh dan kajian berhubung dengan pemakaian maslahah di dalam kitabnya al-I`tisam.

Banyak contoh yang beliau petik daripada tindakan para Khulafa’ al-Rasyidin dan para sahabat

yang lain.

Dengan menggunakan kaedah istislah kerajaan dapat memaju dan membangunkan berbagai sektor

pentadbiran dengan tepat dan berkesan seperti pembangunan infrastruktur, pentadbiran, kehakiman

dan mahkamah, perundangan, kewangan, dan sebagainya. Perkara ini pernah dikupas oleh Syeikh

al-Zarqa dalam bukunya al-Istislahdengan menarik sekali(al-Zarqa, 1988). Beliau menyatakan

bahawa pembangunan yang dicetuskan melalui kaedah istislah adalah selaras dengan maqasid

syariah dan mendatangkan faedah kepada kepentingan awam, contohnya ;

a) Mengambil cukai dari golongan kaya secara berpatutan untuk tujuan yang penting dan

mendesak seperti membangunkan angkatan tentera, membina jambatan dan terowong,

memperbanyakkan sekolah, kilang-kilang, hospital, mempertingkatkan sistem perhubungan

jalanraya dan sebagainya.

b) Meningkatkan kualiti dan sistem kerja serta peralatan-peralatan pejabat.

Page 4: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

4 | P a g e

c) Mengenakan tindakan undang-undang ke atas kes-kes yang mengganggu ketenteraman

awam dengan adil.

d) Menubuhkan institusi dan badan-badan kebajikan untuk kepentingan umum.

e) Menyusun pentadbiran mahkamah supaya lebih kemas dan berkesan seperti jadual, masa,

fail dan dokumen dan sebagainya.

Page 5: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

5 | P a g e

Sadd al-Dhar’i`

Mengikut para ulama’, Sad al-Dhar’i` bermaksud: cara menentukan hukum syarak

denganmenggunakan kaedah menutup pintu atau saluran yang membawa kepada keburukan dan

kerosakan, walaupun saluran itu pada asalnya harus(al-Burhani, 1985).Kaedah ini biasa juga

diluaskan pemakaiannya kepada konsep membuka pintu-pintu yang membawa ke arah kebaikan

atau sesuatu yang bermanfaat.

Ini bererti, walaupun tidak ada nas al-Quran dan al-Sunnah yang melarang sesuatu perkara secara

langsung, tetapi berdasarkan kaedah Sad al-Dhar’i, kerajaan boleh mengambil tindakan menyekat

sesuatu perkara yang boleh membawa kepada keburukan demi menjaga kepentingan rakyat dan

negara. Begitulah juga dalam hal-hal yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat,

pihak kerajaan wajar melaksanakan perkara itu demi kebaikan semua.

Di dalam al-Quran dan al-Sunnah, terdapat banyak contoh pemakaian Sad al-Dhar’isebagaimana

yang telah dikemukakan oleh Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya I`lam al-Muwaqqi`in Beliau

menyebut sebanyak 99 contoh Sad al-Dhar’isebagai mengambil sempena 99 nama Allah(Ibn al-

Qayyim, 1977). Beliau juga menghuraikan penggunaan kaedah Sad al-Dhar’ipada zaman

pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

Dalam kertas ini dipilih beberapa contoh berikut bagi memperlihatkan perhubungannya dengan

urusan pentadbiran.Contoh-contoh ini memberikan gambaran bahawa apabila mafsadah

(kerosakan) lebih besar daripada maslahah, maka Allah S.W.T mengharamkan perkara tersebut.

Contoh 1

Allah S.W.T melarang orang Islam mencaci tuhan-tuhan orang kafir secara terbuka seperti di

tempat ibadat mereka.Tujuannya ialah supaya orang kafir tidak membalas cacian terhadap Allah

S.W.T dalam keadaan marah dan geram.Firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat 108 yang

bermaksud: “Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah,

kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampau batas dengan ketiadaan

pengetahuan.(al-Quran 6:108)

Contoh 2

Rasulullah SAW tidak membunuh golongan munafiq yang sangat merbahaya seperti Abdullah bin

Ubai bin Salul, bagi mengelakkan timbulnya fitnah yang lebih besar, di mana Rasulullah S.A.W

akan dituduh membunuh sesama Islam. Sebenarnya Rasulullah S.A.W mengenali golongan

munafik tersebut melalui wahyu dari Allah S.W.T, tetapi baginda tidak membunuh mereka itu

kerana orang ramai tidak mudah mengenali puak-puak munafiq yang bijak berlakon dan

memperdayakan masyarakat dengan gaya dan percakapan yang amat menarik, sehingga mereka itu

kadang-kadang dianggap oleh masyarakat sebagai orang Islam yang benar-benar beriman. Jadi

untuk menutup ruang fitnah, maka Rasulullah S.A.W tidak membunuh golongan munafiq walaupun

sepatutnya mereka itu perlu dibunuh bagi menyelamatkan masyarakat Islam dari kejahatan

mereka.Namun begitu, baginda mempunyai pendekatan sendiri untuk menangani kejahatan puak-

puak munafiqin ini.

Contoh 3

Para sahabat bersetuju menjatuhkan hukuman bunuh ke atas semua anggota kumpulan dalam kes

melakukan pakatan bunuh ke atas seorang mangsa(al-Asqalani, 1986). Sedangkan kaedah asal

dalam kes Qisas mengatakan satu nyawa dibalas dengan satu nyawa sahaja. Namun begitu

Page 6: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

6 | P a g e

sekiranya jenayah bunuh yang dilakukan secara berkumpulan boleh terlepas daripada hukuman

qisas, sudah tentu ia membuka jalan kepada penjenayah lain untuk menggunakan helah/strategi

tersebut, kerana mereka tahu boleh terlepas daripada hukuman qisas Jadi untuk menutup ruang

jenayah yang canggih itu, maka hukuman qisass hendaklah dikenakan ke atas semua yang terlibat

melakukan pakatan bunuh, setelah sabit kesalahan mereka di mahkamah.

Dalam konteks semasa, peranan kaedah Sad al-Dhar’iamat besar kepada kesejahteraan masyarakat

dan juga pembangunan negara, contohnya kerajaan bertindak mengharamkan penanaman ganja

kerana penggunaannya membawa kesan negatif kepada akal manusia. Kerajaan tidak boleh menjual

senjata kepada pihak musuh semasa peperangan kerana amat merbahaya kepada keselamatan

negara.Kerajaan perlu bertindak mengharamkan majalah-majalah yang merosakkan pemikiran dan

akhlak muda mudi.

Kaedah Sad al-Dhar’iini sebenarnya dapat memberikan kekuatan dan kemantapan kepada kerajaan

Islam dalam pentadbiran dan pengurusan kerana mampu menghalang segala unsur buruk dan

negatif daripada mengancam kestabilan negara.Mengikut kaedah ini, pihak kerajaan dapat

menyekat segala perkara yang menjadi faktor berlakunya kerosakan, maksiat, jenayah, gejala sosial

dan sebagainya. Apabila kerajaan menghalang sumber atau faktor kemungkaran, maka kejadian-

kejadian buruk tidak mudah berlaku, kerana ia dikawal dengan rapi di peringkat awalnya. Kaedah

Sad al-Dhar’ijuga membantu kerajaan untuk membangunkan negara secara teratur dan selamat.

Projek-projek pembangunan dapat dibangunkan dengan baik dan tidak menimbulkan unsur-unsur

kezaliman, penindasan, pencemaran alam sekitar, kerosakan alam semulajadi, kejadian banjir kilat,

dan sebagainya, kerana langkah-langkah pencegahan telah diambil lebih awal selaras dengan

kehendak Sad al-Dhar’iContohnya menghalang kegiatan rasuah dapat menjamin kualiti kerja dan

projek yang dijalankanJelasnya pembangunan yang berlandaskan kaedah ini benar-benar dapat

membangunkan tamaddun kemanusiaan, pembangunan fizikal yang canggih dan terjamin

keselamatan, keharmonian, ketenangan, dan sebagainya.

Namun begitu harus diingat bahawa kaedah Sad al-Dhar’iini tidak boleh dijadikan alat untuk

mengaut keuntungan peribadi dengan menutup mulut pihak tertentu yang memberikan teguran atau

nasihat membina kepada kerajaan dengan alasan untuk menjaga keselamatan awam dan sebagainya.

Dasar Islam Kelantan Sebagai Asas Pelaksanaan Kaedah Ijtihad

PAS telahmemperkenalkan dasar Islam dalam politik dan pentadbiran kepada rakyat Kelantan

menggunakan slogan “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”. Iabertujuan menjana dan

merealisasikan hasrat pelaksanaan Islam secara menyeluruh dalam urusan politik dan pentadbiran.

Kerajaan mahu menjadi masyarakat dan negeri mencapai kemajuan dengan cara yang tidak

bercanggah dengan ajaran Islam atau sesuai dengan ajaran Allah S.W.T.(Unit Perancangan

Ekonomi Negeri, 1996)Dasar ini telahmembuka ruang yang baik kepada pelaksanaan Islam dan

dapat menjaga kesucian Islam dalam pentadbiran dan masyarakat (Urusetia Penerangan Kerajaan

Negeri Kelantan, April 1995).

Bagi Menteri Besar Kelantan, segala pentadbiran yang dibuat adalah semata-mata bertujuan untuk

menjayakan kehendak al-Quran(Zainuddin Awang Hamat, 2000). Beliau menjelaskan bahawa

menjayakan kehendak Quran itulah dipanggil “Membangun Bersama Islam”. Pembangunan yang

dijalankan pula adalah bertujuan untuk memenuhi tiga tuntutan kehidupan manusia yang utama,

iaitu; Pertama: memenuhi keperluan pokok (Dharuriyyat, kedua: memenuhi keperluan pelengkap

(Hajiyat) dan ketiga: memenuhi keperluan menyempurna (kamaliyyat). Dengan itu program

keislaman yang dijana adalah selari di antara aspek kemanusiaan (insaniah) dan kebendaan

(jasmaniah)(Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, 1999). Oleh itu sepanjang tempoh 1990-

2000 banyak perubahan diperkenalkan di Negeri Kelantan ke arah mencapai falsafah “Membangun

Page 7: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

7 | P a g e

Bersama Islam”. Kerajaan ingin membentuk seramai mungkin modal insan yang berketerampilan

dari segi keimanan dan ketakwaan(Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan,

November/Disember 1993). Perkara ini disokong oleh Ustaz Idris B. Ahmad, bekas Ahli Mesyuarat

Kerajaan Negeri Kelantan (Temubual dengan Ustaz Idris B. Ahmad, pada 10 Feb. 2005.

Secara keseluruhuannya dasar "Membangun Bersama Islam" merupakan asas penting dalam

menentukan halatuju Kerajaan Kelantan. Ia merupakan falsafah politik yang dinamik dan telah

berjaya mencetuskan produk-produk keislaman dalam pentadbiran semasa seperti: penonjolan Islam

sebagai dasar kerajaan, pemakaian al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan tertinggi, penyuburan

amalan ijtihad dalam pentadbiran, peningkatan aktiviti kebajikan, program pembasmian dan

pencegahan maksiat termasuk penghapusan kegiatan pelacuran, penyelarasan aktiviti kebudayaan

dan kesenian mengikut prinsip Islam, penyediaan sistem perundangan Islam, peningkatan aktiviti

dakwah dan penghayatan Islam, penyelarasan aktiviti ekonomi dan kewangan mengikut prinsip

Islam, pengukuhan sistem pendidikan Islam, penerapan konsep kepimpinan ulama dan sebagainya.

Hidupnya Amalan Ijtihad dalam Pentadbiran Kelantan

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa sebahagian daripada urusan pentadbiran

Negara Islam menggunakan kaedah ijtihad bagi mempastikan tidak berlakunya perkara-perkara

yang melanggar prinsip Islam atau menjejaskan kepentingan awam. Dengan kata lain penggunaan

ijtihad dalam urusan pentadbiran amat penting memandangkan terlalu banyak kes dan perkara yang

memerlukan penyelesaian secara ijtihad. Dengan itu, penggunaan kaedah ijtihad dalam

pembaharuan akan memantapkan pentadbiran kerajaan kerana otoriti ijtihad amat tinggi dalam

sistem pentadbiran Islam.

Tumpuan utama penggunaan ijtihad ialah dalam perkara yang tidak dinyatakan oleh nas secara

langsung seperti persoalan semasa yang diamalkan dalam sistem politik dan ekonomi moden

sekarang ini. Selain daripada itu, penggunaan ijtihad selalu digunakan dalam menentukan cara

terbaik melaksanakan nas-nas syarak dalam konteks semasa. Contohnya dalam menjalankan

undang-undang jenayah Islam, kerajaan perlu melakukan banyak ijtihad bagi merangka strategi

perlaksanaannya supaya dapat mencapai tujuan dan matlamat perundangan Islam tersebut.

Di Kelantan, Kepimpinan Ulama telah banyak menggunakan kaedah istislah dan sad a- zarai`dalam

berbagai urusan pentadbiran.Pemakaian kaedah Masalih Mursalah/Istislah agak menyeluruh dalam

program pembaharuan di Kelantan, meliputi aspek kebajikan kakitangan kerajaan, kebajikan orang

awam, kepentingan dakwah, syiar Islam dan sebagainya. Apabila kaedah ini digunakan, maka ia

bermakna kerajaan tidak menggunakan peruntukan nas secara langsung, sebaliknya merujuk terus

kepada asas-asas maslahah yang dapat menjamin kepentingan masyarakat di mana kepentingan

tersebut adalah disokong penuh oleh Maqasid Syariah

Contoh Produk Pentadbiran Yang Dihasil Melalui Kaedah Istislah

Di antara langkah kerajaan negeri yang merujuk kepada kaedah maslahah ini ialah:

i. Mewujudkan Tabung Serambi Mekah

Asas penubuhannya adalah untuk membantu golongan yang menghadapi kesulitan hidup kerana

ditimpa bencana seperti banjir, kebakaran, ribut, hakisan ombak dan sebagainya.Berpandukan garis

panduan Tabung tersebut dan pelaksanaannya didapati Tabung ini telah berjaya memainkan

peranan yang besar dalam memenuhi tuntutan kebajikan rakyat yang berhadapan dengan kesusahan

dan tekanan hidup. Buletin Kerajaan Kelantan telah membuat liputan yang begitu banyak tentang

Page 8: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

8 | P a g e

perkembangan Tabung ini samada dari segi kutipan dana atau pengagihannya. Pada masa yang

sama perjalanan Tabung ini dapat menanamkan semangat muhibbah dan menghapuskan sikap benci

membenci antara golongan masyarakat sebagaimana yang ditegaskan oleh MB(Urusetia

Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Februari 1995).

Para penerima sumbangan tabong tersebut mengakui bahawa sumbangan itu amat bermakna bagi

mereka kerana dapat meringankan beban kewangan dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka. MB

dalam ucapan-ucapan beliau menegaskan bahawa langkah kerajaan menubuhkan tabung ini adalah

semata-mata untuk menjamin kemaslahatan rakyat yang berada di bawah pemerintahannya(Wan

Ismail Wan Jusoh, 1999).

Dari sini jelas bahawa penubuhan "Tabung Serambi Mekah" adalah berpaksi kepada asas maslahah

yang benar-benar positif kerana memenuhi tuntutan Maqasid Syariah iaitu membantu golongan

yang memerlukan pertolongan (al-Taawun ala al-Birr wa al-Taqwa)

ii. Menambah bilangan hari cuti bersalin menjadi 60 hari

MB dalam kenyataan resmi beliau menyebut beberapa tujuan yang tersirat daripada pembaharuan

ini iaitu bagi menjamin kepentingan (maslahah) ibu-ibu dan bayi mereka dari segi kesihatan dan

kasih sayang yang sangat diperlukan dalam kehidupan manusia(Zainuddin Awang Hamat &

Dinsman, 2000). Tempoh cuti yang lebih panjang itu dapat memberikan ruang masa yang

secukupnya untuk ibu menjaga dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka yang baru

dilahir. Beliau menyedari bahawa tempoh pergaulan yang amat terbatas antara ibu dengan anak

yang baru dilahirkan akan memberikan kesan yang tidak baik kepada psaikologi anak dan ibu.

Sebab itu bagi menjaga dan menjamin maslalah mereka itu, selaras dengan prinsip dan asas

kekeluargaan Islam, maka bilangan cuti tersebut dipanjangkan menjadi enam puluh hari.

iii. Memendekkan masa kerja pada bulan Ramadan

Pembaharuan ini telah mengambil kira kepentingan masyarakat Islam dari aspek ibadat dan

kelebihannya pada bulan Ramadan, terutamanya ibadat khusus seperti solat jamaah, zikir, tadarus

al-Quran, tarawih, sedekah dan sebagainya. Untuk menyahut peringatan Rasulullah SAW supaya

memuliakan bulan Ramadan sebagai bulan yang paling mulia, amat dinantikan dalam hidup seorang

yang beriman, maka Kerajaan Kelantan mengambil langkah mempercepatkan masa pulang bagi

kakitangan kerajaan dengan cara memendekkan masa rehat tengahari. Langkah ini bertepatan

dengan maÎlaÍah umat Islam yang ingin memperbanyakkan amal ibadat di sepanjang bulan

tersebut.Disamping itu, wanita yang bekerja pula mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan

hidangan berbuka selepas waktu pejabat.

iv. Memberikan dua hari cuti umum kepada kakitangan kerajaan

Dari segi perhitungan ekonomi moden, ramai yang mengatakan langkah kerajaan menambah cuti

hari sabtu kepada kakitangan kerajaan adalah satu langkah yang salah dan merugikan. Sebenarnya

langkah tersebut merujuk kepada maslahah pembangunan keluarga yang menjadi tunggak penting

dalam kemakmuran Negara.MB mengatakan bahawa penambahan cuti pada hari sabtu sebagai cuti

umum bertujuan menghidupkan aktiviti kekeluargaan supaya lebih baik dan dapat melahirkan

keluarga yang mantap dari segi perhubungan kekeluargaan, kerana anggota keluarga dapat bersama

dalam tempoh masa yang lebih berkesan. Sebab itu MB menamakan hari Sabtu sebagai hari

keluarga, manakala hari jumaat diisytiharkan sebagai hari ilmu dan pengajian.

Page 9: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

9 | P a g e

v. Menghapuskan lesen beca roda tiga

Pembaharuan ini dapat memenuhi kehendak maslahah golongan yang berpendapatan rendah kerana

ia sekaligus dapat meringankan bebanan kewangan mereka. Sudah tentu langkah dan pembaharuan

yang diambil itu selaras dengan Maqasd Syariah yang menekankan pembelaan terhadap golongan

yang lemah dan miskin. Walaupun Kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM24,000 setahun

kerana penghapusan lesen tersebut, tetapi kerajaan tetap melakukan pembaharuan tersebut kerana ia

merupakan sebahagian daripada tuntutan maslahah rakyat dan disokong kuat oleh Maqasid Syariah.

vi. Menubuhkan Pusat rawatan al-Nisa’.

Bagi memenuhi tuntutan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada wanita terutamanya

kepada wanita Islam, maka Kerajaan Negeri melalui telah mengambil langkah menubuhkan pusat

rawatan al-Nisa’.

Penubuhan pusat rawatan ini adalah merujuk kepada tuntutan maslahah kaum wanita atau kaum ibu

supaya lebih terjamin dari segi perkhidmatan kesihatan dan rawatan yang selaras dengan

panduan syariah.

Contoh Produk Pentadbiran Yang Dihasil Melalui Kaedah Sad Al-Zara’i`

Kaedah Sad al-zara’i` telah mengambil peranan yang amat luas dan ketara dalam pembaharuan

yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sebab itu di dapati sebahagian besar daripada

pembaharuan yang dilaksanakan itu bertujuan untuk mencegah dan mengawal daripada berlakunya

gejala tidak sihat atau menyekat daripada merebaknya suasana gawat dan tidak menentu dalam

masyarakat.Antara pembaharuan yang merujuk kepada kaedah tersebut ialah:

i. Peraturan baru kedai gunting

Semasa pentadbiran Kerajaan BN di Kelantan (sebelum tahun 1990), kegiatan kedai gunting

melibatkan beberapa suasana yang boleh membawa kepada gejala maksiat seperti pelacuran dan

sebagainya.Termasuk juga di pusat-pusat kecantikan.Apabila Kerajaan Angkatan memperkenalkan

falsafah pentadbiran Islam "Membangun Bersama Islam", maka unsur-unsur yang tidak sihat atau

yang membawa kepada maksiat dihapuskan.Langkah yang diambil itu adalah berlandaskan kaedah

Sad al-zarai`iaitu langkah pengawalan dan pencegahan.Dengan itu Kerajaan mengambil

pendekatan menutup pintu dan ruang yang boleh mendorong kepada maksiat, melalui pencegahan

atau kawalan sebelum berlaku gejala mungkar, seperti menetapkan tukang gunting hanya dbenarkan

menggunting rambut kaum sejenisnya sahaja.

ii. Pengharaman permainan yang melekakan, atau menakutkan atau yang mendorong kepada

maksiat

Semasa Kerajaan mengambil tindakan menutup pusat snuker, billiard dan pusat video game, MB

menyatakan alasannya adalah untuk mengelakkan para remaja membuang masa dan lepak atau

mengelakkan mereka dari terjebak dengan kegiatan maksiat dan jenayah.Menurut laporan Buletin

Kerajaan Kelantan, penglibatan remaja dan kanak-kanak di pusat-pusat video games dan snuker

tidak terkawal dan sangat membimbangkan.Para pengusaha pusat-pusat tersebut tidak melarang

kanak-kanak dan remaja memasuki premis mereka kerana mereka mendapat keuntungan. Tanda

larangan yang tertera di pintu masuk tidak memberi apa-apa makna(Urusetia Penerangan Kerajaan

Negeri Kelantan, Julai 1993).

Page 10: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

10 | P a g e

Dengan langkah Kerajaan tersebut, para remaja terselamat daripada aktiviti yang negatif.Bagi

pelajar sekolah pula sudah tentu mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengajian, seterusnya

membantu meningkatkan pencapaian mereka sendiri.Terdapat alasan yang munasabah apabila ibu

bapa mempunyai masa yang cukup untuk menumpukan perhatian kepada pengajian anak-anak

dengan menghantar mereka ke pusat tusyen tanpa menghabiskan masa dengan hiburan pada waktu

malam. Begitu juga dengan para pelajar sekolah tidak terdedah kepada budaya membuang masa

sehingga mengabaikan pelajaran mereka(Wan Ismail Wan Jusoh, 1999).

iii. Menghapuskan amalan memberi hadiah kepada pemimpin semasa lawatan resmi ke sesuatu

upacara.

Menurut MB Kelantan, pembaharuan ini dapat mengelakkan berlakunya perbuatan rasuah di

kalangan kakitangan kerajaan.Ini yang dikehendaki oleh kaedah Sad al-zarai`di mana langkah

pembaharuan tersebut dapat menghindarkan perbuatan mengambil kesempatan untuk

menggunakan hadiah sebagai umpan bagi mendapatkan sesuatu kehendak dan kepentingan. Apabila

amalan itu dihapuskan, ia dapat membendung kegiatan rasuah daripada berleluasa. Dengan itu hak-

hak masyarakat dapat dipelihara daripada dizalimi atau dirampas oleh golongan yang

berkepentingan.Malah pembaharuan ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan untuk disalurkan

kepada rakyat dalam perkara yang lebih berfaedah.

iv. Menghentikan kegiatan kelab malam

Kegiatan kelab malam sebenarnya suatu yang bercanggah dengan kehendak Islam kerana

melibatkan unsur maksiat seperti pergaulan bebas, minuman keras, mendedahkan aurat, pembaziran

wang dan sebagainya.Ia mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat. Walaupun ada pihak

yang menganggap bahawa kegiatan kelab malam adalah untuk tujuan hiburan, tetapi ia banyak

melibatkan perkara mungkar. Melalui kaedah Sad al-zarai`, Kerajaan menghentikan kegiatan kelab

malam kerana ingin menutup ruang ke arah bertambahnya unsur maksiat dalam masyarakat yang

boleh menjadi satu budaya yang membahayakan generasi muda.

v. Menghapuskan amalan tender runding dalam pemberian kawasan balak.

Pembaharuan ini diambil berdasarkan kaedah Sad al-zarai`iaitu mengelak dari berlaku

penyelewengan dalam urusan tender kawasan balak sehingga merugikan Kerajaan. Amalan tender

runding yang digunakan sebelum ini membuka peluang yang agak luas untuk diperalatkan oleh

pihak tertentu bagi kepentingan peribadi. Untuk menutup ruang penyelewengan itu, Kerajaan

Kelantan tidak lagi menggunakan cara tender runding tersebut, sebaliknya mengamalkan sistem

tender secara terbuka. Menurut MB Pembaharuan ini telah memudahkan pentadbiran beliau,

sekaligus menghapuskan amalan rasuah yang menyebabkan kerajaan mengalami kerugian besar

setiap tahun kerana pendapatan yang kecil dari hasil balak, sedangkan kawasan yang dibuka begitu

luas.Inilah kebaikan kaedah Sad al-zarai`yang memainkan peranan mengawal urusan pentadbiran

daripada dibelenggu dengan gejala rasuah, penyelewengan dan pecah amanah yang merupakan

musuh ketat kepada pentadbiran Islam. Buletin Kerajaan Kelantan telah melaporkan kesan positif

yang dinyatakan diatas, di samping beberapa perkembangan yang menarik daripada pelaksanaan

kaedah ini, antaranya dapat menghindarkan berlakunya monopoli syarikat-syarikat besar atau

syarikat bayangan orang berpengaruh, seterusnya telah menambahkan pendapatan kerajaan berlipat

kali ganda seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah(Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri

Kelantan, Jun 1993):

Page 11: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

11 | P a g e

Jadual 1: Pungutan Hasil Sumber Perhutanan

Tahun Kutipan Hasil

1989 RM39,898,004.75

1990 RM43,738,810.81

1991 RM44,946,771.77

1992 RM49,559,735.81

Sumber:Buletin Kelantan Jun 1993

Jadual 2 di bawah ini pula memberikan gambaran yang lebih jelas bagaimana pelaksanaan sistem

tender terbuka dapat meningkatkan hasil balak yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kawasan

balak yang dibuka pada zaman Kerajaan Barisan Nasional sebelum tahun 1990.

Jadual 2 : Pungutan Hasil Perhutangan Melalui Tender Terbuka

Tahun KeluasanPembalakan( (Hektar) Pungutan Hasil(RM Juta)

1984 46,031.91 29.9

1985 37,516.22 25.1

1986 74,275.07 32.2

1987 57,366.80 33.1

1988 54,397.80 37.6

1989 74,087.42 42.9

1990 69,237.40 43.7

1991 50,384.28 44.9

1992 45,507.20 45.5

1993 39,916.70 85.6

1994(OKT) 21,881.03 76.1

Sumber: Buletin Kelantan Keluaran Khas Februari 1995

vi. Mengemaskini penjualan arak

Dalam keadaan penjualan arak tidak dikawal, ia boleh membuka ruang yang luas kepada orang

Islam untuk mengambil kesempatan mendapatkan arak dengan cara yang lebih mudah. Walaupun

sudah ada undang-undang syarak yang mengharamkan orang Islam meminum arak, tetapi Kerajaan

mahu mengambil langkah pencegahan yang lebih berkesan.Menjual arak bukanlah satu kesalahan

mengikut undang-undang Negara. Sebab itu ia mudah di dapati di kebanyakan kedai. Ia hanya

dianggap sebagai satu kesalahan apabila memandu dalam keadaan mabuk atau memandu selepas

mengambil alkohol, sedangkan perbuatan minum arak itu sendiri bukanlah satu kesalahan di sisi

undang-undang. Sebagai langkah kawalan dan pencegahan selaras dengan kaedah Sad al-zarai`ini,

maka Kerajaan menyusun semula penggunaan arak di Negeri Kelantan dengan mengurangkan lesen

penjualan arak daripada 36 kepada 19 untuk tempoh masa enam bulan. Bermula pada 1hb Julai

1993 Kerajaan telah menguatkuasakan peraturan tidak membenarkan minum minuman keras atau

arak ditempat-tempat awam.Dengan itu hotel-hotel milik kerajaan, pasaraya, pasar mini dan

emporium tidak dibenarkan menjual arak.Langkah ini menjadikan ruang untuk mendapat arak dan

meminumnya di kalangan orang Islam sudah tertutup. Kawalan cara begini lebih berkesan untuk

mendidik dan menyelamatkan masyarakat daripada bahaya arak. Menurut YB Dato’ Halim

Mohamed, peraturan baru itu memberikan kelonggaran untuk upacara-upacara berkaitan dengan

kebudayaan dan kepercayaan kaum bukan Islam yang menggunakan arak untuk majlis tersebut

seperti majlis perkahwinan, keagamaan dan untuk tujuan perubatan.Mereka tidak perlu memohon

kebenaran, tetapi hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan. Dengan penguatkuasaan

peraturan baru itu, kerajaan memberikan masa sebulan kepada pemilik kedai untuk menghabiskan

stok-stok yang masih ada(Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Julai 1993).

Page 12: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

12 | P a g e

vii. Pemasangan lampu semasa tayangan gambar di pawagam

Kerajaaan Kelantan tidak mengambil tindakan menutup pawagam, sebaliknya mengambil

pendekaatan Siasah yang lebih sesuai iaitu meminimakan keadaan yang membawa kepada gejala

maksiat dalam pawagam semasa taayangan filem sedang dijalankan. Langkah Kerajaan

mengarahkan pemasangan lampu semasa tayangan itu dapat mengurangkan perbuatan maksiat

antara pasangan yang biasanya cuba mengambil kesempatan dalam suasan gelap dalam pawagam.

Contoh Produk Pentadbiran Yang Dihasil Melalui Kaedah Penjagaaan Maqasid Syariah

Dalam Pentadbiran

Menurut konsep Maqasid Syariah, Syariah Islamiah seluruhnya bertujuan untuk menjamin

maslahah manusia di dunia dan di akhirat. Sebab itu Islam telah menyediakan berbagai bentuk

program pembangunan insan dan program perlindungannya yang mantap di semua peringkat.

Bertolak daripada falsafah pentadbiran Islam, maka seluruh matlamat dan hala tuju pembaharuan

yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan adalah mengambil kira tuntutan maqasid

syariah.Secara keseluruhannya, analisis yang dibuat menunjukkan terdapat satu kesedaran yang

jelas dan usaha yang sungguh-sungguh di pihak Kerajaan Kelantan untuk menajaga, menjamin serta

merealisasikan tuntutan Maqasid Syariah melalui pembaharuan yang mereka perkenalkan.Bermula

dengan maqasid/maslahah Agama Islam, maslahah nyawa, maslahah keturunan, maslahah maruah

dan akhirnya maslahah harta telah dijadikan sebagai matlamat utama dalam pembaharuan mereka.

Pada masa yang samamaqasid lain tidak diabaikan bagi menjamin keselesaan, keceriaan dan

kesempurnaan hidup masyarakat iaitu MaqasidHajiyat dan Maqasid Kamaliyat.

Dalam konteks Kerajaan Kelantan, maqasid yang berkaitan dengan kepentingan agama menjadi

agenda utama, di mana pembaharuan yang dilakukan dapat menjaga dan membangunkan Agama

Islam dari aspek prinsip dan falsafah, hukum, imej dan sebagainya. Secara ringkas ia mengambil

dua pendekatan berikut dalam mendaulatkan maqasid Agama Islam:

Pertama: Menghapuskan amalan dan perkara yang bercanggah dengan Islam dan prinsipnya.

Dengan cara itu kepentingan dan kedudukan agama Islam terpelihara daripada ajaran sesat dan

sebagainya. Atas dasar itu maka kesenian dan budaya yang mempunyai unsur syirik atau maksiat

diharamkan. Namun begitu, jika perkara yang bercanggah dengan Islam itu dibersihkan, pihak

kerajaan akan membenarkannya.

Kedua: Mengadakan berbagai program baru yang dapat meningkat dan mengukuhkan kedudukan

Agama Islam seperti langkah-langkah ke arah perlaksanaan undang-undang Islam, menghidupkan

budaya sembahyang, budaya ilmu, upacara sambutan hari kebesaran Islam, mengukuhkan sistem

pendidikan Islam, program dakwah dan pembangunan insan dan sebagainya.

Dalam soal maqasid yang berkaitan dengan kepentingan nyawa dan diri manusia, Kerajaan

mengambil langkah tidak mendedahkan masyarakat kepada bahaya, sebaliknya mendorong ke arah

meningkatkan jaminan keselamatan diri dan kualiti diri melalui berbagai agensi seperti pihak

kesihatan, keselamatan dalam negeri, penguatkuasaan undang-undang, Anti Dadah Kebangsaan dan

agensi-agensi lain yang berkaitan.

Dalam menjamin maqasid yang berkaitan dengan kepentingan keturunan dan kesinambungan

generasi, langkah pembaharuan telah menekankan kepada aspek pembangunan keluarga menurut

tuntutan syariah seperti program bimbingan perkahwinan dan penghayatan rumahtangga

Islam.Kerajaan yakin bahawa melalui program pembanguann insan dan keluarga dapat melahirkan

Page 13: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

13 | P a g e

generasi yang memahami tanggungjawab dan mampu merealisasikan tuntutan hidup keluarga

dengan sempurna. Pada masa yang sama usaha membenteras kegiatan yang merosakkan

pembangunan keluarga ditingkatkan seperti usaha membenteras kegiatan pelacuran dalam Bandar

Kota Bharu. Begitu juga kegiatan maksiat di kalangan remaja lelaki dan wanita seperti lepak dan

sebagainya.Mereka diawasi oleh unit penguatkuasa atau dikenakan tindakan sewajarnya.

Namun satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa budaya seks dan nafsu telah disuburkan

begitu rupa oleh berbagai pihak melalui alat media masa sehingga banyak mempengaruhi pemikiran

dan gaya hidup remaja. Ramai di kalangan mereka yang terdorong melakukan kegiatan tidak

bermoral dan mungkar itu. Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal penerbitan dan

penyiaran media masa tersebut yang banyak menyuburkan budaya seks dan berahi seperti filem

Eropah, Hindi, penyebaran CD dan sebagainya

Manakala dalam aspek maslahah yang berkaitan dengan maruah/kehormatan diri dan

penjagaannnya, Kerajaan Kelantan telah membangunkan pemikiran masyarakat yang sihat dan

seimbang. Melalui berbagai program dakwah dan pembangunan insan, masyarakat diajar dan didik

menghormati orang lain dan tidak meruntuhkan maruah orang lain termasuk orang bukan Islam.

Kehormatan wanita diberi keutamaan yang sewajarnya apabila langkah kerajaan membersihkan

papan-papan iklan daripada pendedahan wanita secara tidak sopan seperti mendedahkan tubuh

badannya.

Dalam aspek penjagaan harta sebagai salah satu asas keperluan hidup, Kerajaan Kelantan

mengambil pendekatan yang sederhana iaitu tidak mengejar kekayaan yang mendatangkan

kemurkaan Allah, kerana kekayaan tersebut tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.Namun begitu

pembaharuan yang dibawa dapat menimbulkan kesedaran terhadap keselamatan harta di mana

orang ramai dididik bertanggungjawab menjaga harta masyarakat dan negara dengan baik.

Langkah positif dalam merealisasikan maqasid harta ini ialah apabila Kerajaan Kelantan

meluluskan Undang-undang Kanun Jenayah Syariah 2 (Hudud dan Qisas).Ia merupakan langkah

penguatkuasaan undang-undang Islam dalam bentuk hukuman ke atas pihak yang melakukan

jenayah, termasuklah golongan yang mengganggu dan merosakkan kepentingan harta seperti yang

dinyatakan di atas. Namun begitu Kanun Jenayah 2 yang diluluskan tersebut tidak dapat

dilaksanakan di Negeri Kelantan kerana dihalang oleh Kerajaan Pusat yang mempunyai bidang

kuasa perundangan yang lebih luas dan lebih tinggi daripada Kerajaan Negeri.

Penutup

Peruntukan ijtihadamat penting dalam menentukan strategi dan pendekatan yang sesuai, tepat dan

berkesan, terutamanya bagi menyelesaikan kes-kes baru atau dalam menyediakan perancangan

pembangunan masa depan bagi sebuah negara. Begitu juga dalam menangani perubahan dan

pembaharuan semasa yang begitu pesat pada zaman ini. Tanpa peruntukan ijtihad, banyaklah

kepincangan dalam urusan pentadbiran negara, kerana gagal menghadapi perkembangan semasa

yang mencabar dan kritikal dari masa ke semasa.Kelemahan dan kegagalan seperti ini pastinya

bukan milik Islam kerana Islam adalah suatu yang maju dan dinamik. Sebab itu aktiviti pentadbiran

tidak dapat lari daripada kaedah ijtihad. Cuma pelaksanaan kaedah ijtihad itu hendaklah dijalankan

dengan penuh tanggungjawab mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama’ muktabar,

bagi mengelakkan penyelewengan dan pengkhianatan.

Page 14: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

14 | P a g e

Rujukan

Abd al-Rahman Taj. (1415H). al-Siyasah al-Syar`iyyah wa al-Fiqh al-Islamiy. Kaherah: t.p.

Abu Yusuf. (t.t). al-Kharaj. Beirut: Dar al-Ma'rifah.

al-Asqalani, I. H. (1986). Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (Vol. 12). Kaherah: Dar al-Rayyan li

al-Turath.

al-Burhani, M. H. (1985). Sadd al-Dharai' fi al-Syariah al-Islamiyyah. Beirut: Matba'ah al-

Raihaniy.

al-Buti, R. (1992). Dawabit al-Maslahah fi al-Syariah al-Islamiyyah. Beirut: Muassasah al-Risalah.

al-Umariy, N. S. (1985). al-Ijtihad fi al-Islam. Beirut: Muassasah al-Risalah.

al-Zarqa, M. A. (1988). al-Istislah wa masalih al-Mursalah wa Usul Fuqaha’. Dimasq: Dar al-

Qalam.

Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan. (1999). Program PAS Negeri Kelantan: Pilihanraya

Umum 1999. Kota Bharu: Perniagaan Fajar Hijrah.

Ibn al-Qayyim. (1977). I'lam al-Muwaqqi'in an Rabb al-Alamin (Vol. 3). Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn al-Qayyim. (1995). al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Syariyyah. Beirut: Dar al-Kutub

al-Ilmiyyah.

Ibn Manzur. (1990). Lisan al-Arab (Vol. 1). Beirut: Dar al-Fikr.

Unit Perancangan Ekonomi Negeri. (1996). Konsep Membangun Bersama Islam Dalam

Pentadbiran Kerajaan Negeri. Paper presented at the Majlis Perhimpunan Unit Dakwah

Halaqah & Penghulu Peringkat Negeri Kelantan, Dewan Teratai, Kota Darul Naim.

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. (April 1995). Buletin (Vol. Keluaran Khas, pp. 4).

Kota Bharu: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. (Februari 1995). Buletin (Vol. Keluaran Khas, pp.

12). Kota Bharu: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. (Julai 1993). Buletin (Vol. 35, pp. 5 dan 10). Kota

Bharu: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. (Jun 1993). Buletin (Vol. 34, pp. 4). Kota Bharu:

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. (November/Disember 1993). Buletin (Vol. 39, pp.

1). Kota Bharu: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Wan Ismail Wan Jusoh. (1999). Koleksi Ucapan Rasmi YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz

Haji Nik Mat. Kota Bharu: Dian Darulnaim.

Zainuddin Awang Hamat. (2000). Bagaimana Kelantan Memilih Kerajaan. In Dinsman (Ed.),

Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam. Kota Bharu: Pusat Kajian Strategik Negeri

Kelantan.

Page 15: Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan ... · PDF file1 | P a g e Analisis Penggunaan Ijtihad dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun

15 | P a g e

Zainuddin Awang Hamat, & Dinsman. (2000). Kepimpinan dan Pentadbiran Membangun Bersama

Islam. In Dinsman (Ed.), Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam (pp. 59). Kota Bharu:

Pusat kajian Strategik.