pentadbiran tanah

19
Pentadbiran Tanah (Dari sudut Tanah Adat) Galus Ahtoi Penyelaras Program Hak Tanah PACOS TRUST

Upload: amanda-leonie

Post on 22-May-2015

1.779 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

https://www.facebook.com/notes/jaringan-orang-asal-semalaysia-joas/resolusi-tanah-orang-asal/678593068848372

TRANSCRIPT

Page 1: Pentadbiran Tanah

Pentadbiran Tanah

(Dari sudut Tanah Adat)

Galus AhtoiPenyelaras Program Hak

TanahPACOS TRUST

Page 2: Pentadbiran Tanah

Kandungan:Kandungan:

1.1.Pengenalan amPengenalan am

1.1.Latarbelakang Latarbelakang Pentadbiran Tanah Pentadbiran Tanah di Malaysiadi Malaysia

1.1.Cabaran Cabaran Pentadbiran TanahPentadbiran Tanah

1.1.Penyelamatan Penyelamatan Tanah AdatTanah Adat

1.1.KesimpulanKesimpulan

Page 3: Pentadbiran Tanah

1. Pengenalan am:

i.Tanah merangkumi Tanah, Hutan dan Sungai yang menjadi / memberi sumber penghidupan.

ii.Orang asal bergantung kepada tanah untuk membentuk kehidupan, identiti, kepercayaan dan adat resam.

iii.Suatu kawasan penempatan/penghunian orang asal di mana persempadanan kawasan telah ditentukan menurut adat / warisan turun-tumurun juga dikenali sebagai kawasan Wilayah Tanah Adat (WTA).

iv.Pentadbiran dan pengurusan sumber dalam kawasan WTA adalah berasaskan pengetahuan tradisi menurut undang-undang adat dan amalan tradisi.

v.Kepupusan/kerosakan WTA akan memupuskan/merosakan kehidupan orang asal yang bergantung kepadanya.

vi.Tanah amat penting dan menjadi suatu harta yang sangat berharga.

Page 4: Pentadbiran Tanah

1. Latarbelakang Am Pentadbiran Tanah di Malaysia:

i. Di Malaysia, terdapat 3 perundangan tanah yang berbeza iaitu Kanun Tanah Negara 1965 yang berkuatkuasa di seluruh Semenanjung Malaysia, Kanun Tanah Sarawak 1958 (Bab 81) di Negeri Sarawak dan Ordinan Tanah Sabah 1930 (Bab 68) di Negeri Sabah.

ii. Terdapat empat sumber undang- undang tanah negara iaitu undang-undang adat, undang-undang Islam, undang-undang Inggeris & Kanun Tanah Negara.

iii. Perundangan tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens (yang diamalkan di Australia) yang diperkenalkan oleh pemerintah British.

iv. Sistem Torrens ialah suatu sistem pendaftaran hakmilik tanah yang secara prinsipnya memperuntukkan hakmilik tanah yang tidak boleh disangkal serta membolehkan urusniaga berkaitan tanah.

Page 5: Pentadbiran Tanah

1. ..sambungan:

i. Dari sudut Perlembagaan (Perkara 91), Kerajaan Persekutuan berperanan sebagai penasihat dan penyelaras dan tanggungjawab ini dilaksanakan melalui Majlis Tanah Negara. Majlis yang biasanya dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ini dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Ia berperanan sebagai penyelaras perhubungan di antara Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di dalam menentukan keseragaman pentadbiran tanah. Di samping itu ia juga berkuasa meluluskan sebarang dasar dan perundangan berkaitan dengan penggunaan tanah

@ Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi -2003

Page 6: Pentadbiran Tanah

1. ..sambungan:

a. Semenanung Malaysia:

i. Kanun Tanah Negara 1965

Seksyen 4(2) – memberi peruntukan kepada pengiktirafan pegangan adat

ii. Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974)

Boleh melalui pemberitahuan warta mengisytiharkan mana-mana kawasan yang didiami oleh Orang Asli sebagai Rizab Orang Asli [seksyen 7(1)] atau Kawasan Orang Asli [seksyen 6] atau Kawasan Kediaman Orang Asli

iii. Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

Pengambilan tanah oleh agensi kerajaan untuk tujuan pendiaman tanah – Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)

Page 7: Pentadbiran Tanah

1. ..sambungan:

a. Sarawak:

i. Kanun Tanah Sarawak 1958 (Bab 81)

a. Sumber rujukan awal ialah Perintah-Perintah Tanah 1931 / Ordinan Pendudukan Tanah 1933 / Ordinan Aplikasi Undang-Undang1949 / Ordinan (Klasifikasi) Tanah 1948 / Akta Undang-Undang Sivil 1956 / dan kini Kanun Tanah Sarawak 1958

b. Mengiktiraf pemilikan tanah hak adat anak negeri [NCR] yang wujud sebelum 1 Januari 1958

c. Seksyen 5 (1), melarang penubuhan hak adat anak negeri selepas 1 Januari 1958, kecuali mengikut keperluan statut

d. Seksyen 10 memperuntukan pengwujudan tanah hak adat anak negeri di kawasan Tanah Pedalaman (IAL) jika mendapat permit daripada Supritenden

Page 8: Pentadbiran Tanah

a. Sarawak (sambungan):

i. Ordinan Penyatuan Tanah Sarawak dan Kuasa Pemuliharaan 1976

Penubuhan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) untuk membangunkan tanah pertanian in-situ secara usahasama dengan pemilik tanah hak adat anak negeri (NCL)

ii. Ordinan Kuasa Penyatuan dan Pembangunan Tanah 1981

a. Kuasa kepada Pihak Berkuasa Penyatuan dan Pembangunan Tanah (LCDA) untuk dapatkan tanah bagi pembangunan ladang swasta samada di tanah kawasalan kerajaan mahupun tanah NCR

b. Penubuhan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) untuk pembangunan pertanian dan yang berbentuk bukan pertanian

c. Pengenalan kepada Syarikat Usahasama (JVC) sebagai Konsep Baru berasaskan bahawa Pemilik NCR menjadi rakan kongsi tanpa perlu menyumbang model dalam bentuk wang

Page 9: Pentadbiran Tanah

1. ..sambungan:

a. Sabah:

i. Ordinan Tanah Sabah 1930 (Bab 68)

a. Sumber rujukan bermula dari Artikel 9, Royal Charter oleh Raja Inggeris pada 1 November 1881 / Proklamasi No.2, September 1888 / Proklamasi Tanah 1889 / Proklamasi 1903 / Proklamasi 1913 / dan diguna sekarang ialah Ordinan Tanah Sabah 1930

b. Pengiktirafan pemilikan tanah menurut pegangan adat (Tanah adat/NCR) sepertimana dinyatakan di seksyen 13, 14, 15, 16 dan Part IV (Tanah Anak Negeri-Native Land)

c. Pengiktirafan pemilikan tanah adat secara individu (Seksyen 15-Maksud Tanah Adat) dan juga secara berkumpulan (Seksyen 76-Geran Komunal & Seksyen 78-Rezab Anak Negeri)

d. Prosedur pendaftaran hak milik tanah adat sepertimana yang diperuntukan di seksyen 14 (Tuntutan pemilikan tanah adat)

Page 10: Pentadbiran Tanah

a. Sabah:

i. Enakmen Hutan Simpan Sabah 1968

a. Anak Negeri Sabah mempunyai hak atau “hak keistimewaan yang diberi” oleh anak negeri yang bergantung kepada sumber hutan dan tinggal dikawasan tersebut.

b. Seksyen 41 (Saving native rights), membenarkan anak negeri mengambil sumber hutan tertentu untuk kegunaan sendiri dari mana-mana tanah kerajaan

c. Prosedur untuk mewartakan sesuatu kawasan hutan simpan telah diperuntukan di seksyen 8 dan seksyen 9 yang menjelaskan tanggungjawab pihak Pegawai Daerah atau Pemungut (Penolong Pemungut Hasil Tanah – PPHT) untuk mengeluarkan notis pewartaan serta penyiasatan terperinci ke atas kewujudan hak milik tanah adat dalam sesuatu kawasan yang ingin diwartakan sebagai Hutan Simpan.

Page 11: Pentadbiran Tanah

a. Sabah:

i. Pengambilan tanah secara paksa atas nama “Kegunaan Umum”

a. Ordinan Pengambilan Tanah (1950), di seksyen 2(e)

b. Enakmen Taman Sabah 1984, di seksyen 10

c. Enakmen Pihak Berkuasa Kemajuan Perhutanan Sabah 1981, di seksyen 39 (SAFODA boleh meminta Yang di-Pertua Negeri)

d. Enakmen Lembaga Industri Getah Sabah 1981, di seksyen 39 (Lembaga boleh meminta Yang di-Pertua Negeri)

e. Enakmen Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah 1981, di seksyen 41 (LKTNS boleh meminta Yang di-Pertua Negeri)

Page 12: Pentadbiran Tanah

1. Cabaran dalam Pentadbiran Tanah

A. Pengiktirafan dan pelaksanaan pengiktirafan terhadap hak pemilikan tanah menurut pegangan adat / tanah warisan (Tanah Adat);

i. Semenanjung Malaysia

a. Pejabat Tanah dan Galian (yang berkuasa ke atas tanah) hanya menerima/melayan permohonan untuk mewartakan sesuatu kawasan sebagai Rizab Orang Asli jika ia dibuat oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli [JHEOA] / Jabatan Kemajuan Orang Asli [JAKOA] sahaja.

b. Seringkali banyak aduan oleh pihak Orang Asli tidak diambil perhatian oleh pihak JHEOA/JAKOA.

c. Kekangan keatas pengiktirafan keseluruhan kawasan wilayah tanah adat orang asli

Page 13: Pentadbiran Tanah

1. Cabaran dalam Pentadbiran Tanah (sambungan)

A. Pengiktirafan dan pelaksanaan pengiktirafan terhadap hak pemilikan tanah menurut pegangan adat / tanah warisan (Tanah Adat);

i. Sarawak

a. Pembuktian kewujudan hak milik tanah adat pada tempoh sebelum 1 Januari 1958

b. Pengiktirafan keseluruhan kawasan wilayah tanah adat [termasuk kawasan Pemakai Menoa & Pulau Galau yang diiktiraf oleh pihak Mahkamah tetapi masih tidak diiktiraf dalam Kanun Tanah Sarawak sepertimana yang disebut di Seksyen 5(2)]

Page 14: Pentadbiran Tanah

1. Cabaran dalam Pentadbiran Tanah (sambungan)

A. Pengiktirafan dan pelaksanaan pengiktirafan terhadap hak pemilikan tanah menurut pegangan adat / tanah warisan (Tanah Adat);

i. Sabah

a. Proses/prosedur pemberi-milikan tanah adat yang dipinda untuk memansuhkan kuasa/peranan Ketua Masyarakat/Ketua Kampung dalam mengesahkan sebarang permohonan tanah di dalam kawasan jagaanya (untuk memastikan hanya penduduk kampung di kawasan tersebut yang layak memohon tanah / memiliki hak milik tanah)

b. Prosedur pengeluaran dan penyampaian Notis (seksyen 13, Ordinan Tanah Sabah) menjadi alasan untuk menolak kewujudan hak milik tanah adat (Notis tidak diterima atau Notis dihantar ke kampung lain)

Page 15: Pentadbiran Tanah

1. Cabaran terkini dalam Pentadbiran Tanah

A. Polisi-polisi / dasar-dasar pengiktirafan pemilikan tanah adat yang bercanggah dengan ciri-ciri / konsep hak milik tanah adat;

i. Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli;

Pemberian geran hakmilik tetap (individu) hanya untuk lot tanah pertanian bersaiz antara 0.8 hektar hingga 2.4 hektar dan lot tanah rumah bersaiz 1,524 meter hingga 0.1 hektar

ii. Pengukuran keliling Tanah Hak Adat Bumiputera di bawah Inisiatif Baru, Kerajaan Sarawak yang tidak mengiktiraf keseluruhan kawasan wilayah tanah adat.

iii. Pemberian Geran Komunal oleh Kerajaan Sabah yang hanya mengiktiraf kewujudan sebagai Benefesiari sahaja dan bukan sebagai pemilik.

Page 16: Pentadbiran Tanah

1. Penyelamatan Pemilikan Tanah Adat

a. Pihak Kerajaan melaksanakan 18 syor-syor yang dikemukakan oleh pihak SUHAKAM hasil dapatan daripada Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asal / Asli.

b. Perundangan Negara / Negeri berkenaan Tanah Adat dan pemilikannya dipinda selari dengan keputusan-keputusan Mahkamah serta merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan instrumen-instrumen antarabangsa yang diterima sendiri oleh pihak Kerajaan Malaysia apabila melaksanakan sebarang program pembangunan yang melibatkan kawasan wilayah tanah adat orang asal.

c. Mengakui dan menghormati serta menggalakan penerusan amalan cara hidup tradisi ke atas wilayah tanah adat yang ternyata mampu mengekalkan kesinambungan sumber alam serta kesejahteraan antara manusia dan sumber alam.

Page 17: Pentadbiran Tanah

1. Penyelamatan Pemilikan Tanah Adat (sambungan)

a. Penambahbaikan Prosedur Pentadbiran.

i. Prosedur penuntutan hak milik tanah adat diperjelaskan secara telus kepada umum

ii. Mengguna-pakai sistem berkomputer dalam semua bentuk permohonan tanah bagi mengelakan permohonan bertindih untuk satu kawasan yang sama.

iii. Penguasa tanah / Penolong Pemungut Hasil Tanah –PPHT (Sabah) mesti mendapat latihan khusus tentang pemilikan tanah menurut pegangan adat (Khususnya Pegawai Daerah yang juga memegang jawatan sebagai PPHT) dan bertugas di kawasan tersebut tidak lebih daripada 3 tahun.

iv. Satu badan perunding bebas perlu ditubuhkan untuk menyelidik secara terperinci berkenaan pertikaian tanah yang sedang berlaku sekarang

Page 18: Pentadbiran Tanah

1. Penyelamatan Pemilikan Tanah Adat (Sambungan)

a. Penambahbaikan Prosedur Pentadbiran (sambungan).

i. Sebarang Permohonan Tanah (LA) diproses tertakluk kepada kewujudan hak milik tanah adat (Permohonan Tanah mesti bebas daripada kewujudan hak milik tanah adat)

ii. Pegawai dan kakitangan pihak berkuasa ke atas tanah dan orang asal mesti mengikuti latihan berkenaan hak asasi manusia supaya mereka menjalankan tugas berlandaskan pematuhan kepada prinsip hak asasi manusia

iii. Suatu Kumpulan Pakar yang bebas perlu ditubuhkan bagi mengkaji secara mendalam kesan baik dan buruk berkenaan polisi/dasar pemberi-milikan tanah (DPPTOA / Konsep Baru / Geran Komunal)

iv. Kuasa dan peranan Ketua Masyarakat / Ketua kampung dikembalikan dalam mengesahkan sebarang tuntutan atau permohonan tanah dalam kawasan wilayah jagaanya / WTA.

Page 19: Pentadbiran Tanah

1. Kesimpulan.

i. Petadbiran tanah yang Cekap, Telus dan Amanah amat penting ke arah keseimbangan dan kemakmuran negara serta keseimbangan sumber-sumber alam dan penghuninya.

ii. Pentadbiran tanah yang Cekap, Telus dan Amanah hanya akan menjadi realiti apabila penghormatan dan keadilan diberikan kepada semua pihak selaras dengan perundangan antarabangsa, negara dan keputusan-keputusan mahkamah yang berkaitan.

Salam Perjuangan!..

Terima kasih.