organisasi dan pentadbiran - townplan.gov.my · 2.1 struktur pentadbiran kerajaan malaysia 2.1.1...

96
2001 Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa BAB 2 : ORGANISASI DAN PENTADBIRAN KANDUNGAN 2.0 PENGENALAN 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 2.1.2 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI 2.1.3 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN 2.1.4 PEMBAHAGIAN KUASA DAN PENYELARASAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN PERSEKUTUAN, NEGERI DAN TEMPATAN 2.2 PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA DI MALAYSIA 2.2.1 MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA 2.2.2 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA 2.2.3 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI Perkhidmatan Perancangan Bandar Negeri Sarawak Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Wilayah Negeri Sabah 2.2.4 JABATAN/UNIT PERANCANGAN BANDAR DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Majlis Perbandaran Pulau Pinang Majlis Bandaraya Shah Alam

Upload: doanquynh

Post on 19-Jul-2018

299 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2001

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

BAB 2 : ORGANISASI DAN PENTADBIRAN KANDUNGAN

2.0 PENGENALAN 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 2.1.2 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI 2.1.3 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN 2.1.4 PEMBAHAGIAN KUASA DAN PENYELARASAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN PERSEKUTUAN, NEGERI DAN TEMPATAN 2.2 PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA DI MALAYSIA

2.2.1 MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA 2.2.2 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

2.2.3 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI Perkhidmatan Perancangan Bandar Negeri Sarawak Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Wilayah Negeri Sabah

2.2.4 JABATAN/UNIT PERANCANGAN BANDAR DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Majlis Perbandaran Pulau Pinang Majlis Bandaraya Shah Alam

Page 2: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2002

2.2.5 PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN YANG DIPERBADANKAN Perbadanan Putrajaya Perbadanan Labuan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang

2.2.6 PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DI AGENSI PEMBANGUNAN WILAYAH Lembaga Pembangunan Wilayah Skim Pembangunan Tanah Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah

SENARAI JADUAL

Jadual 2.1 : Peringkat dan Bidang Kuasa Kerajaan di Malaysia

Jadual 2.1.1 : Struktur Kerajaan Persekutuan

Jadual 2.1.3a : Bilangan dan Taraf Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia

Jadual 2.1.3b : Kerajaan Tempatan Bertaraf Wilayah Persekutuan

Jadual 2.2 : Sistem Perancangan dan Pelaksanaan di Peringkat Kerajaan Persekutuan

Jadual 2.2.6 : Keluasan Kawasan Jajahan KESEDAR

SENARAI RAJAHRajah 2.1.1 : Struktur Pentadbiran Kerajaan di Peringkat Persekutuan

Rajah 2.1.2a : Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia

Rajah 2.1.2b : Struktur Organisasi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Rajah 2.1.2c : Struktur Organisasi Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak

Page 3: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2003

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 2.1.4a : Penyelarasan di Peringkat Pentadbiran Persekutuan dan Negeri

Rajah 2.1.4b : Pembahagian Kuasa Antara Persekutuan dan Negeri

Rajah 2.2.1 : Kedudukan MPFN dalam Organisasi Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 2.2.2a : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 2.2.2b : Fungsi Bahagian di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 2.2.3a : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (Contoh; Negeri Selangor)

Rajah 2.2.3b : Struktur Organisasi Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak

Rajah 2.2.3c : Fungsi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (Ibu Pejabat)

Rajah 2.2.3d : Struktur Organisasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (Ibu Pejabat)

Rajah 2.2.3e : Struktur Organisasi Cawangan Perancangan Bandar dan Desa (Ibu Pejabat), Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak

Rajah 2.2.3f : Fungsi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (Pejabat Bahagian)

Rajah 2.2.3g : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Sabah

Rajah 2.2.4 : Struktur Organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Rajah 2.2.4a : Struktur Organisasi Jabatan Pelan Induk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Rajah 2.2.4b : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Page 4: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2004

Rajah 2.2.4c : Struktur Organisasi Majlis Bandaraya Shah Alam

Rajah 2.2.4d : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar di Majlis Bandaraya Shah Alam

Rajah 2.2.5 : Carta Organisasi Perbadanan Putrajaya

Rajah 2.2.5a : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya

Rajah 2.2.5b : Struktur Organisasi Perbadanan Labuan

Rajah 2.2.5c : Struktur Organisasi PBT Pasir Gudang

Rajah 2.2.6 : Zon Pembangunan Iskandar Malaysia

Page 5: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2005

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

2.0 PENGENALAN

Struktur organisasi dan pentadbiran yang mantap memainkan peranan penting bagi memastikan perancangan fizikal sentiasa konsisten dan berdaya tahan.

Bab 2 ini menjelaskan kedudukan perancangan bandar dan desa dalam struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia dan membincangkan perhubungan antara ketiga-tiga peringkat kerajaan di Malaysia iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Bab ini juga mengenalpasti jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap perancangan bandar dan desa dan turut juga membincangkan peranan dan tanggungjawab badan-badan dan jabatan-jabatan berkenaan dan struktur organisasi masing-masing dalam perancangan bandar dan desa.

2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan dan mempunyai satu Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi. Semua undang-undang dan kuasa pemerintahan kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan ini. Terdapat tiga peringkat kerajaan di Malaysia iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dan ketiga-tiganya sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.

Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan perkara ‘perancangan bandar dan desa, kecuali di ibukota persekutuan,’ di bawah Senarai Bersama. Ini bermakna kuasa menggubal undang-undang mengenai perancangan bandar dan desa dikongsi bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dengan penggubalan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Kerajaan Persekutuan kini mempunyai kuasa eksekutif ke atas perancangan bandar dan desa. Ketiga-tiga peringkat kerajaan mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan beberapa Akta Parlimen. Lihat Jadual 2.1.

Page 6: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2006

Peringkat Bidang Kuasa

Kerajaan PersekutuanBertanggungjawab dalam hal-hal luar negara, keselamatan dalam negeri, pertahanan, pelajaran dan kewangan.

Kerajaan Negeri Bertanggungjawab berkenaan dengan hal-hal agama dan tanah.

Kerajaan Tempatan

Bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan serta pemajuan tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

Jadual 2.1 : Peringkat dan Bidang Kuasa Kerajaan di Malaysia

2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-raja, Kabinet dan beberapa Majlis sama ada yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan Persekutuan, mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan atau mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Selain daripada itu, struktur Kerajaan Persekutuan juga merangkumi pelbagai suruhanjaya yang dibentuk untuk memenuhi pelbagai keperluan dan fungsi. Kerajaan Persekutuan juga telah menubuhkan Jabatan Audit Negara bagi memastikan tahap akauntabiliti yang berkesan. Jadual 2.1.1 dan Rajah 2.1.1. menjelaskan struktur pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Page 7: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2007

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 2.1.1 : Struktur Pentadbiran Kerajaan di Peringkat Persekutuan

Suruhanjaya

Majlis Tindakan Negara

Majlis Keselamatan

Negara

Jabatan / Agensi Perbadanan Awam

Jawatankuasa Jemaah Menteri

JEMAAH MENTERI

Cawangan Negeri

YANG DI-PERTUAN AGONG

Cawangan Daerah

Kementerian

Majlis Tindakan Ekonomi Negara

Jabatan Perdana Menteri

Petunjuk :Badan-badan yang berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa

Page 8: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2008

Jadual 2.1.1 : Struktur Kerajaan Persekutuan

Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan AgongYang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan merupakan ketua negara.

Timbalan Yang di-Pertuan AgongTimbalan Yang di-Pertuan Agong lazimnya dilantik daripada kalangan Raja yang kedua dalam senarai pemilihan Yang di-Pertuan Agong. Beliau akan memegang jawatan Yang di-Pertuan Agung selama lima tahun apabila jawatan Yang di-Pertuan Agong dikosongkan.

Majlis Raja-RajaMajlis Raja-Raja terdiri daripada semua raja dan Yang di-Pertua Negeri (bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja). Majlis tersebut bertanggungjawab untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah MenteriJemaah Menteri bertanggungjawab untuk melaksanakan pemerintahan negara. Ia diketuai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri sebagai ahli.

Majlis-majlisTerdapat tiga jenis majlis dalam Kerajaan Persekutuan iaitu:• Majlis yang diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan terdiri

daripada Majlis Tanah Negara, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Angkatan Tentera.

• Majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk melicinkan perjalanan jentera pentadbiran iaitu Majlis Pembangunan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Keselamatan Negara.

• Majlis yang ditubuhkan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen seperti Majlis Perancang Fizikal Negara.

Suruhanjaya-SuruhanjayaPerlembagaan Persekutuan telah membentuk dua jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya dan beberapa Suruhanjaya Perkhidmatan iaitu:• Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang• Suruhanjaya Perkhidmatan Awam• Suruhanjaya Pasukan Polis• Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Juruaudit NegaraJuruaudit Negara dilantik di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, bertanggungjawab mengaudit semua akaun agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Page 9: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2009

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan diselia oleh Jemaah Menteri dan setiap menteri penuh dalam Jemaah Menteri memegang portfolio di mana satu kementerian ditubuhkan untuk mentadbir portfolio tersebut. Sebanyak 28 kementerian wujud dalam jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia pada tahun 2007, manakala pada tahun 2008, bilangan kementerian telah dikurangkan menjadi 27, yang mana Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diserapkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kementerian-kementerian berkenaan ialah:

• Jabatan Perdana Menteri;• Kementerian Kewangan;• Kementerian Pertahanan;• Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri;• Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;• Kementerian Pelajaran;• Kementerian Luar Negeri;• Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi;• Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan;• Kementerian Pengajian Tinggi;• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;• Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;• Kementerian Pelancongan;• Kementerian Wilayah Persekutuan;• Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;• Kementerian Pengangkutan;• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;• Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi;• Kementerian Kerja Raya;• Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi;• Kementerian Kesihatan;• Kementerian Penerangan;• Kementerian Sumber Manusia;• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;• Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;• Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan• Kementerian Belia dan Sukan.

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merupakan salah satu kementerian dalam jentera pentadbiran Kerajaan Malaysia. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertanggungjawab kepada Parlimen bagi perkhidmatan dan strategi perancangan bandar dan

Page 10: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2010

desa di negara ini. Dalam urusan hariannya, perundingan, perbincangan dan kerjasama sentiasa diadakan di antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ke arah mencapai matlamat organisasi dan perkhidmatan.

Matlamat utama KPKT ialah untuk menyediakan satu persekitaran hidup yang sihat, selamat, sejahtera dan indah dengan pertumbuhan sosio ekonomi bagi satu masyarakat Malaysia yang maju dan berdisiplin. Bagi mencapai matlamat tersebut, KPKT telah membentuk lima objektif utama iaitu:

Mewujud dan melaksanakan perancangan yang seragam ●untuk seluruh negara dengan memperkukuhkan sistem fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar di kawasan bandar serta luar bandar;

Menggalak, memaju dan membimbing pihak berkuasa ●tempatan untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran yang bermutu tinggi, kemudahan-kemudahan sosial, rekreasi serta peluang-peluang ekonomi yang seimbang;

Memastikan pemajuan perumahan yang sempurna, ●selesa dan seimbang serta lengkap dengan segala kemudahan sosial dan rekreasi; dan

Memastikan keselamatan nyawa dan harta benda ●melalui perkhidmatan pencegahan, pengawalan kebakaran serta ancaman daripada bahan-bahan membahaya, penyelamatan yang cekap dan berkesan semasa kecemasan serta peningkatan pengetahuan orang awam terhadap bahaya kebakaran dan pencegahannya.

Mewujudkan pembangunan landskap, taman dan ●rekreasi yang berkualiti secara menyeluruh di seluruh negara bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara taman.

Page 11: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2011

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

2.1.2 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

Sebagai sebuah negara persekutuan, Malaysia ditadbir oleh sebuah Kerajaan Persekutuan, 13 Kerajaan Negeri dan 1 Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 3 kawasan pentadbiran meliputi Bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Setiap Kerajaan Negeri mempunyai struktur dan jentera pentadbirannya tersendiri.

Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri merupakan institusi penting dalam jentera pentadbiran negeri. Sembilan buah negeri Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu masing-masing mempunyai seorang raja yang mewarisi institusi ini secara turun-temurun. Seseorang Raja atau Yang di-Pertua Negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau seorang daripada ahlinya, lazimnya Menteri Besar atau Ketua Menteri, yang bertindak di bawah kuasa am majlis itu atau dengan kaedah lain seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri. Badan tersebut merupakan organisasi pembentuk dasar tertinggi bagi peringkat negeri.

Raja dan Yang di-Pertua Negeri

Raja yang memerintah Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perak, Pahang, Terengganu dan Selangor dikenali sebagai Sultan. Di Negeri Perlis baginda dikenali sebagai Raja, manakala di Negeri Sembilan baginda dikenali sebagai Yang di-Pertuan Besar. Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai raja tetapi mempunyai seorang Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Di Semenanjung Malaysia, kuasa eksekutif Raja atau Yang di-Pertua Negeri akan dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Di Sarawak pula badan tersebut dikenali sebagai Majlis Tertinggi, manakala di Sabah ia dikenali sebagai Kabinet.

Jabatan yang terdapat di peringkat negeri boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan-jabatan Persekutuan.

Page 12: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2012

Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan - jabatan Persekutuan

Jabatan-Jabatan Kerajaan di peringkat negeri terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Jabatan negeri di bawah tanggungjawab Setiausaha ●Kerajaan Negeri. Jabatan-jabatan negeri ini sepenuhnya di bawah perkhidmatan negeri dan tertakluk kepada arahan dan pengurusan kerajaan negeri. Jabatan-jabatan ini antara lainnya ialah Pejabat Kewangan dan Jabatan Agama. Di beberapa negeri tertentu diwujudkan juga Pejabat Pelancongan Negeri, Pejabat Landskap Negeri dan sebagainya di mana perlu dan masing-masing kadangkala dikenali sebagai jabatan, pejabat, unit atau urusetia.

Jabatan negeri di bawah pengurusan dan ●tanggungjawab bersama Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Perkhidmatan di peringkat persekutuan menguruskan hal ehwal yang dimaksudkan di bawah Senarai Bersama di bawah Perlembagaan Persekutuan yang dijelaskan terdahulunya. Keseluruhan anggota kakitangannya dilantik dan diletakkan di bawah perkhidmatan negeri kecuali Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan yang ditempatkan / dipinjamkan dari perkhidmatan persekutuan. Jabatan-jabatan ini antara lainnya ialah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhutanan dan sebagainya.

Pejabat Cawangan Jabatan Persekutuan di negeri ●adalah Jabatan-jabatan yang sepenuhnya di bawah pengurusan dan tanggungjawab Ketua Perkhidmatan masing-masing di peringkat persekutuan. Cawangan Jabatan-jabatan Persekutuan ini walaupun bertanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi tertakluk kepada usaha penyelarasan yang dilakukan oleh pentadbiran negeri. Untuk memenuhi keperluan negeri, ketua-ketua jabatan tersebut boleh dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Negeri di samping menjadi ahli dalam Jawatankuasa

Page 13: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2013

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pembangunan Negeri dan jawatankuasa negeri yang lain, lihat Rajah 2.1.2a. Jabatan-Jabatan ini antara lainnya ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perangkaan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya.

Rajah 2.1.2a : Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia

RAJA/YANG DI-PERTUA NEGERI

MAJLIS MESYUARATKERAJAAN (MMK)

PEJABAT SETIAUSAHAKERAJAAN NEGERI

JawatankuasaMajlis

Mesyuarat

Majlis Tindakan

Negeri

MajlisKeselamatan

Negeri

JawatankuasaPembangunan

Negeri

SuruhanjayaPerkhidmatan Awam Negeri

Pihak Berkuasa Tempatan

Pejabat Daerah dan Tanah

Jabatan Di Bawah Senarai Bersama

Jabatan-Jabatan Negeri

Cawangan JabatanPersekutuan

Petunjuk : Badan-badan yang berkaitandengan Perancang Bandar dan Desa

Page 14: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2014

Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak

Walaupun struktur dan jentera pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia hampir sama, terdapat sedikit perbezaan pada struktur dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri di Sabah dan Sarawak. Struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak terdiri daripada Yang di-Pertua Negeri, Majlis Tertinggi/Kabinet dan Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua Negeri

Yang di-Pertua Negeri merupakan institusi penting dalam jentera pentadbiran negeri Sabah dan Sarawak. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertua Negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau seorang daripada ahlinya, lazimnya Ketua Menteri, yang bertindak di bawah kuasa am majlis tersebut atau dengan kaedah lain seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri. Yang di-Pertua Negeri memainkan peranan penting dalam proses pembangunan dan pentadbiran berdasarkan hierarki yang berada pada kedudukan tertinggi dalam struktur jentera pentadbiran Kerajaan Negeri.

Majlis Tertinggi/Kabinet

Kuasa eksekutif Kerajaan Negeri terletak pada Yang di-Pertua Negeri mengikut perlembagaan masing-masing. Di Sarawak, kuasa eksekutif ini dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi manakala di Sabah ia dikenali sebagai Kabinet yang menyerupai bentuk kabinet di peringkat Persekutuan. Badan-badan ini merupakan organisasi pembentuk dasar yang tertinggi di peringkat negeri. Yang di-Pertua Negeri harus bertindak mengikut nasihat Majlis Tertinggi/Kabinet dalam semua perkara kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Majlis Tertinggi / Kabinet dianggotai oleh menteri-menteri yang bertanggung jawab ke atas kementerian-kementerian tertentu. Pegawai pentadbir utama bagi sesebuah kementerian di peringkat negeri digelar Setiausaha Tetap dan peranannya sama dengan peranan Ketua Setiausaha Kementerian di peringkat Persekutuan.

Page 15: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2015

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Kementerian-kementerian yang terdapat di bawah Kerajaan Negeri Sabah ialah:

Jabatan Ketua Menteri; ●Kementerian Kewangan; ●Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah; ●Kementerian Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan ●dan Alam Sekitar;Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal ●Ehwal Pengguna;Kementerian Pembangunan Infrastruktur; ●Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; ●Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan; ●Kementerian Pembangunan Perindustrian; ●Kementerian Belia dan Sukan; dan ●Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi ●Maklumat.

Perancangan bandar dan desa di negeri Sabah dipertanggungjawabkan ke atas Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, lihat Rajah 2.1.2b. Di antara fungsi kementerian ini yang menyentuh perancangan bandar dan desa ialah:

perancangan bandar dan desa untuk memastikan ●penggunaan tanah dan kawasan yang sistematik dan teratur; danmengkaji semula Ordinan Wilayah dan Perancang ●Bandar.

Rajah 2.1.2b : Struktur Organisasi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

MENTERI

TIMBALANMENTERI

SETIAUSAHA TETAP

TIMBALANSETIAUSAHA

TETAP

Bahagian Pentadbiran dan

Latihan

BahagianPerkhidmatan Teknikal

BahagianPenilaian

Bahagian Perancangandan Kawal Selia

BahagianAkaun

BahagianPerundangan

Bahagian Pengawal Perumahan

Pejabat Hal-Ehwal AnakNegeri Sabah

Page 16: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2016

Di negeri Sarawak, kementerian-kementerian yang terdapat di bawah Kerajaan Negeri ialah:

Jabatan Ketua Menteri; ●Kementerian Kewangan; ●Kementerian Pemodenan Pertanian; ●Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan ●Perhubungan;Kementerian Pembangunan Perindustrian; ●Kementerian Perumahan; ●Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi; ●Kementerian Kemajuan Tanah; ●Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber; ●Kementerian Pembangunan Luar Bandar; ●Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan; ●Kementerian Kemudahan Am Awam; dan ●Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam; ●

Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber

bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa di Sarawak, iaitu melalui Bahagian Perancangan (lihat Rajah 2.1.2c) yang melaksanakan kawalan pembangunan dan penyeliaan reka bentuk struktur. Bahagian ini mempunyai fungsi-fungsi berikut:

Merancang strategi untuk membangunkan tanah ●bandar dan desa;Mempertimbangkan permohonan tentang tapak ●bangunan kerajaan;Mempertimbangkan permohonan untuk memecah ●sempadan tanah; danMempertimbangkan permohonan untuk menukar ●syarat-syarat yang dikenakan pada tanah.

Page 17: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2017

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 2.1.2c: Struktur Organisasi Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak

SETIAUSAHATETAP

BAHAGIANHUTAN DAN

PENTADBIRAN

BAHAGIANPERANCANGAN

BAHAGIANTANAH DAN

PERLOMBONGAN

Unit Galian danPembangunan Tanah Unit Hutan Unit Kawalan

Pembangunan

Unit RekabentukStruktur

Unit PentadbiranTanah

Unit LembagaKumpulan Wang Konsesi Hutan

Unit Akaun

Unit Pentadbiran

UnitAkuakultur

2.1.3 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN

Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga dalam hierarki pentadbiran Kerajaan Malaysia dan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Tempatan bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan serta pemajuan tanah dan bangunan dalam kawasannya. Ia juga bertindak untuk mengendali, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian serta penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa serta kaedah-kaedah di bawah Akta 172. Selain daripada itu, Kerajaan Tempatan juga melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

Page 18: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2018

Asas perundangan bagi Kerajaan Tempatan diperuntukkan dalam Butiran IV Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ini bermakna Kerajaan Negeri mempunyai hak eksklusif ke atas Kerajaan Tempatan. Walau bagaimanapun, dengan wujudnya Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada tahun 1960 dan juga Akta Kerajaan Tempatan 1976, Kerajaan Persekutuan juga terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju Kerajaan Tempatan di Malaysia.

Undang-undang yang digunapakai di peringkat Kerajaan Tempatan adalah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Terdapat juga undang-undang kecil yang disediakan di bawah undang-undang induk di atas seperti Undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang disediakan di bawah Akta 133 dan Kaedah-kaedah Kawalan Perancangan (Am) yang disediakan di bawah Akta 172.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memperuntukkan perlantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ahli-ahli Majlis bertindak sebagai penasihat dan berkeupayaan untuk membuat keputusan. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan terdiri dari Datuk Bandar atau Yang di-Pertua, dan tidak kurang daripada 8 dan tidak lebih daripada 24 orang ahli.

Pada tahun 2007, terdapat sejumlah 144 pihak berkuasa tempatan yang diwartakan di bawah seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di seluruh Malaysia. Taraf pihak berkuasa tempatan dikategorikan kepada Dewan/Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Kriteria untuk Dewan/Majlis Bandaraya ialah kawasan di mana penduduknya melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan bagi pihak berkuasa tempatannya melebihi RM20 juta. Majlis Perbandaran tertumpu di kawasan bandar-bandar utama di mana penduduknya melebihi 100,000 orang dan hasil atau pendapatan tahunan pihak berkuasa tempatannya melebihi RM5 juta. Majlis Daerah pula adalah tertumpu di kawasan bercirikan luar bandar atau desa di mana penduduknya adalah kurang daripada 100,000 orang dan hasil atau pendapatan tahunan pihak berkuasa tempatannya kurang daripada RM5 juta.

Page 19: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2019

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Jadual 2.1.3a: Bilangan dan Taraf Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia

Negeri Majlis Majlis Majlis Jumlah Bandaraya Perbandaran Daerah

Johor 1 5 8 14

Kedah 1 3 7 11

Kelantan - 1 11 12

Melaka 1 2 - 3

Negeri Sembilan - 3 5 8

Pahang - 3 8 11

Perak 1 4 10 15

Perlis - 1 - 1

Pulau Pinang - 2 - 2

Selangor 2 6 4 12

Terengganu 1 1 5 7

Wilayah Persekutuan 1 - - 1

Sabah 1 2 19 22

Sarawak 3 2 20 25

JUMLAH 12 35 97 144

Sumber : Jabatan Kerajaan Tempatan 2007

Terdapat 7 kawasan di Malaysia yang diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai kawasan pihak berkuasa tempatan yang diperbadankan atau ditubuhkan secara korporat. Kawasan pihak berkuasa tempatan tersebut adalah:

Perbadanan Putrajaya (Wilayah Persekutuan); ●Perbadanan Labuan (Wilayah Persekutuan); ●PBT Pasir Gudang (Johor); ●Lembaga Bandaran Johor Tenggara (Johor); ●PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (Kedah); ●Lembaga Pembangunan Tioman (Pahang); dan ●Lembaga Kemajuan Bintulu (Sarawak). ●

Di kawasan-kawasan ini, Pihak Berkuasa Negeri boleh memilih untuk menerimapakai seksyen-seksyen dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk tujuan pentadbiran mengikut seksyen 7 Akta tersebut.

Page 20: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2020

Kerajaan Tempatan Bertaraf Wilayah Persekutuan

Terdapat 3 Kerajaan Tempatan bertaraf Wilayah Persekutuan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan. Dua daripada tiga kerajaan tempatan ini diperbadankan dan semua kerajaan tempatan ini ditubuhkan melalui akta parlimen masing-masing seperti berikut:

Jadual 2.1.3b : Kerajaan Tempatan Bertaraf Wilayah Persekutuan

Kerajaan Tempatan Akta Parlimen

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Akta Ibukota Persekutuan 1960 (Akta 190)Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971 (Akta 59)

Perbadanan Putrajaya Akta Perbadanan Putrajaya 1995(Akta 536)

Perbadanan Labuan Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609)

Di bawah akta-akta tersebut, kerajaan tempatan bagi kawasan masing-masing mempunyai struktur organisasi tersendiri.

2.1.4 PEMBAHAGIAN KUASA DAN PENYELARASAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN PERSEKUTUAN, NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN

Dalam sistem kerajaan federalisme yang dipraktikkan di Malaysia, suatu mekanisme bagi mengelakkan konflik dan pergeseran kuasa dalam bidang kuasa perundangan dan perlaksanaan kuasa eksekutif di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sangat penting. Mekanisme ini telahpun disediakan dan wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pembahagian kuasa dan penyelarasan perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan pembahagian kuasa perundangan dalam tiga senarai, iaitu, Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Perkara 73 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Dewan Undangan Negeri pula boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian negeri itu. Parlimen dan Dewan

Page 21: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2021

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Undangan Negeri mempunyai kuasa bersama semasa membuat undang-undang yang termasuk dalam Senarai Bersama.

Bagi menentukan supaya undang-undang Negeri tidak bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa sekiranya terdapat undang-undang negeri bercanggah dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, undang-undang Persekutuan itu hendaklah terpakai dan undang-undang negeri tersebut terbatal setakat yang bercanggah sahaja.

Selain daripada itu, pembahagian kuasa eksekutif di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut diperjelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 80(1) dan (2) dalam Perlembagaan menyebut bahawa kuasa-kuasa pemerintahan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing tertakluk kepada pembahagian kuasa perundangan seperti yang tertera dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Namun, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa eksekutif terhadap perkara-perkara dalam Senarai Negeri kecuali dalam beberapa peruntukan yang dibuat dalam Perlembagaan itu sendiri mengenai penyiasatan, tinjauan dan mengambil perangkaan (Perkara 93), penyelidikan, nasihat dan bantuan teknikal (Perkara 94) dan pemeriksaan ke atas kegiatan negeri (Perkara 95).

Bagi perkara dalam Senarai Bersama, jika Parlimen telah menggubal undang-undang yang memberikan kuasa eksekutif khusus kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan bolehlah menjalankan kuasa eksekutif tersebut tanpa mengira kuasa eksekutif kerajaan Negeri dalam hal tersebut. Contohnya, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Perlembagaan Persekutuan juga telah membuat peruntukan Perkara 80 tentang perlunya pemerintah di Kerajaan Negeri mematuhi undang-undang Persekutuan yang berkuatkuasa di Negeri itu dan tidak menghalang atau menyentuh perjalanan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan.

Untuk mengelakkan timbulnya sebarang kerumitan dalam hal pentadbiran kuasa masing-masing, Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan sistem Majlis dan Jawatankuasa, lihat Rajah 2.1.4a dan 2.1.4b. Majlis-majlis dan jawatankuasa tersebut menyediakan forum untuk perbincangan dan penyelarasan di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dalam bidang kuasa masing-masing.

Page 22: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2022

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) merupakan salah satu daripada tiga ‘Majlis Perundangan’ yang terdapat di peringkat Kerajaan Persekutuan. MNKT ini diwujudkan melalui pindaan kecil kepada Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1960. Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan MNKT yang berfungsi sebagai badan merangka dasar-dasar negara bagi menggalak, memaju dan mengawal Kerajaan Tempatan. Ia berperanan sebagai penasihat dan membolehkan perkongsian pendapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta terlibat dalam perangkaan dasar bagi menggalak, memaju dan mengawal perkembangan sistem Kerajaan Tempatan di peringkat Persekutuan. Melalui MNKT, segala dasar, garis panduan, kaedah dan peraturan dapat disalurkan dengan tujuan untuk menyelaras serta memperkukuhkan sistem perancangan bandar dan desa di peringkat pihak berkuasa tempatan di setiap negeri di Malaysia. Pengerusi Majlis ini adalah Timbalan Perdana Menteri.

Page 23: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2023

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 2.1.4a : Penyelarasan di Peringkat Pentadbiran Persekutuan dan Negeri

MAJLIS RAJA-RAJA

KABINET

MESYUARAT MENTERI-MENTERI BESAR DAN

KETUA-KETUA MENTERI

MESYUARATSETIAUSAHA-SETIAUSAHA

KERAJAAN NEGERI

Pejabat Setiausaha Persekutuan

(Bagi Sabah dan Sarawak)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Jawatankuasa Pembangunan Negeri

Jawatankuasa Perancang

Negeri

Jawatankuasa Keselamatan NegeraNegeri

MajlisTindakan

Negeri

MajlisTindakan

Negeri

MajlisEkonomiNegara

MajlisKeselamatan

Negara

MajlisPerancang

Fizikal Negara

MajlisTanahNegara

Jawatankuasa Perhubungan Persekutuandan Negeri

Kementerian-kementerian

JABATAN PERDANA MENTERI

Majlis Kewangan

Negara

Majlis Negara bagi Kerajaan

Tempatan

MajlisTindakan Negeri

RAJA/YANG DIPERTUA

NEGERI

YANG DIPERTUAN AGONG

PERINGKAT PERSEKUTUAN

PERINGKAT NEGERI

Page 24: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2024

Rajah 2.1.4b : Pembahagian Kuasa Antara Persekutuan dan Negeri

Dalam hal perancangan bandar, Kerajaan Persekutuan boleh meluluskan peraturan-peraturan bagi memastikan keseragaman dalam perancangan bandar bagi semua negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak peraturan-peraturan yang telah diluluskan. Ini bermakna, sesuatu peraturan tidak dapat dilaksanakan sehingga mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri.

Kawalan oleh Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan adalah lebih jelas berbanding kawalan Kerajaan Persekutuan. Yang di-Pertua serta ahli-ahli majlis Kerajaan Tempatan dilantik oleh Kerajaan Negeri. Justeru, pandangan dan tindakan Kerajaan Tempatan adalah selaras dengan pandangan dan tindakan Kerajaan Negeri. Kerajaan Tempatan juga dibentuk oleh Kerajaan Negeri. Oleh itu, kawasan dan kuasa Kerajaan Tempatan telah digariskan oleh Kerajaan Negeri. Di antara kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Tempatan ialah menyediakan pelan-pelan pembangunan dan melaksanakannya.

JENIS KUASA

EKSEKUTIF KEHAKIMANEKSEKUTIF

PARLIMEN

Dewan RakyatDewan Negara

DEWAN UNDANGANNEGERI

PERDANAMENTERI

Jemaah MenteriKementerian Jabatan

MAJLIS MESYUARATKERAJAAN NEGERI

KETUA HAKIM

Mahkamah TinggiMahkamah Rendah

MAHKAMAHSYARIAH

PERSEKUTUAN

NEGERI

Page 25: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2025

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

2.2 PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA DI MALAYSIA

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perancangan Bandar

dan Desa merupakan tanggungjawab bersama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan melalui tiga peringkat iaitu peringkat Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan. Proses Perancangan Bandar dan Desa dengan itu, turut melalui beberapa organisasi di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan untuk menghasilkan perancangan yang berkesan. Sistem perancangan dan pelaksanaan di peringkat Persekutuan melibatkan aspek penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian, lihat Jadual 2.3.

Jadual 2.2 : Sistem Perancangan dan Pelaksanaan di Peringkat Kerajaan Persekutuan

Penggubalan Dasar Menyatakan dasar, matlamat dan objektif kerajaan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu-padu dan adil.Perancangan Membentuk strategi perancangan dan pembangunan peringkat nasional, wilayah, bandar dan luar bandar.Pelaksanaan Pelaksanaan perlu menepati rancangan-rancangan pembangunan yang dibentuk untuk menyokong dan menterjemah dasar-dasar pembangunan negara.Penyelarasan Penyelarasan pelaksanaan antara agensi perlu dilakukan untuk mengelakkan pertindihan yang akan memberi implikasi kos, masa dan tenaga.Penilaian Penilaian dilakukan dengan mengenalpasti kesan sesuatu projek bagi tujuan mengadakan perancangan yang lebih baik pada masa akan datang.

2.2.1 MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA Pada tahun 1999, satu langkah pembaharuan

dicadangkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dalam pentadbiran perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Pembaharuan ini bertujuan untuk memperkukuhkan perkhidmatan perancangan bandar dan desa melalui perseimbangan kuasa perundangan Persekutuan

Page 26: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2026

dan Negeri. Salah satu cadangan yang dikemukakan ialah dengan meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) untuk menubuhkan satu majlis di peringkat persekutuan yang dapat mengukuhkan peranan kerajaan Persekutuan dalam memastikan bahawa perancangan fizikal selaras dengan dasar-dasar negara di peringkat persekutuan.

Pada tahun 2001, Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976 (Akta 172) telah dipinda menerusi Akta A1129 untuk memasukkan seksyen 2A bagi menubuhkan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). Majlis ini ditubuhkan sebagai badan penyelaras perancangan fizikal di peringkat persekutuan. Ianya merupakan majlis yang tertinggi dalam perancangan fizikal negara.

MPFN dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan

timbalan pengerusi ialah Timbalan Perdana Menteri. Ahli-ahlinya yang lain termasuk menteri-menteri Kabinet Persekutuan yang berkenaan seperti menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, Menteri Kewangan, menteri yang bertanggungjawab bagi tanah dan menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan. Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi tiap-tiap negeri turut juga menjadi sebahagian daripada ahli MPFN. Pengerusi MPFN boleh melantik tidak lebih dari tujuh ahli yang lain untuk sama-sama menduduki MPFN. Tujuh ahli lain yang telah dilantik adalah:

Menteri Pengangkutan; ●Menteri Kerja Raya; ●Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; ●Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; ●Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi; ●Ketua Setiausaha Negara; dan ●Peguam Negara. ●

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 telah

memperuntukkan dalam subseksyen 2B(2) bahawa Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa adalah Setiausaha kepada MPFN.

Page 27: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2027

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 2.2.1 : Kedudukan MPFN dalam Organisasi Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Tugas utama MPFN adalah untuk menggalakkan perancangan bandar dan desa, dalam rangka dasar negara, sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu perancangan yang mampan di dalam negara. Ia juga berfungsi untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mengenai perkara-perkara berhubung dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta 172.

MPFN boleh memberi arahan kepada Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa dan Ketua Pengarah hendaklah menguatkuasakan arahan tersebut. MPFN mempunyai peranan menasihati Kerajaan Negeri tentang perancangan bandar dan desa tetapi nasihat MPFN tidak mengikat (’binding’) mana-mana undang-undang.

Mesyuarat MPFN telah mula bersidang pada tahun 2003.

Ianya hendaklah bersidang setiap 4 bulan seperti di bawah peruntukan Akta 172.

MAJLIS PERANCANGFIZIKAL NEGARA

Pengerusi: YAB Perdana Menteri

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI

Pengerusi:YAB Menteri Besar / Ketua Menteri

PIHAK BERKUASAPERANCANG TEMPATAN

Ketua Pengarah Perancang Bandar danDesa selaku Setiausaha

Pengarah Negeri selaku ahli danSetiausaha Jawatankuasa

PERSEKUTUAN

NEGERI

Page 28: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2028

2.2.2 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia (JPBD) ditubuhkan di bawah Senarai Bersama (Concurrent List) dalam Perlembagaan Persekutuan dan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Fungsi utama yang dimainkan oleh Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia ialah memperkenalkan serta meningkatkan mutu perancangan bandar di negara ini melalui penggubalan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. Dengan adanya akta ini, buat pertama kalinya negeri-negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai perundangan perancangan yang seragam. Selain itu, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia juga menerbitkan jurnal, menganjurkan seminar dan bengkel bagi meningkatkan pengetahuan umum dan juga ahli-ahli perancang bandar dan orang ramai.

Visi JPBD ialah menjadi peneraju yang cemerlang,

gemilang dan terbilang dalam perancangan bandar dan desa. Misi JPBD pula ialah mewujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti selaras dengan Wawasan 2020. Jabatan ini khususnya berperanan untuk memberi nasihat perancangan tentang arah pembangunan fizikal dan guna tanah kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan bagi merealisasikan dasar-dasar dan strategi pembangunan sosio ekonomi negara yang telah ditetapkan.

Empat pejabat wilayah bagi Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa telah ditubuhkan sebagai usaha untuk memperkukuhkan sistem perancangan melalui penyediaan Rancangan Pemajuan. Wilayah Utara meliputi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, manakala Wilayah Timur meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Wilayah Tengah meliputi Perak dan Selangor, manakala Wilayah Selatan meliputi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Keempat-empat pejabat wilayah tersebut terletak di Alor Star bagi Wilayah Utara, di Kuala Terengganu bagi Wilayah Timur, Kuala

Page 29: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2029

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Lumpur bagi Wilayah Tengah dan Melaka bagi Wilayah Selatan.

Matlamat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia ialah memastikan perancangan gunatanah dan pemajuan tanah yang sempurna di kawasan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia melalui pencapaian objektif-objektif seperti berikut:

merancang bagi memaju dan mengukuhkan sistem ●fizikal, sosial, ekonomi, alam sekitar dan landskap di kawasan bandar dan desa bagi meningkatkan taraf kehidupan selaras dengan matlamat negara;

mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, ●penggunaan dan pemuliharaan tanah melalui perlaksanaan berkesan Akta Perancangan Bandar dan Desa dan akta-akta berkaitan;

merangka dan melaksanakan kaedah, dasar, pelan ●dan garispanduan perancangan serta memastikan pemakaian yang berkesan oleh semua agensi di peringkat perancangan; dan

memastikan perkhidmatan perancangan bandar dan ●sistem maklumat yang berkualiti bagi perancangan jangka panjang.

Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa bagi

Semenanjung Malaysia dijalankan melalui tiga peringkat iaitu, Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri dan Peringkat Tempatan.

Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

JPBD diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dua Timbalan

Ketua Pengarah. Ketua Pengarah JPBD telah diberi kuasa di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) untuk menjalankan fungsi-fungsi berikut:

memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan ●dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah;

Page 30: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2030

bertindak sebagai urus setia Majlis Perancang Fizikal ●Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), untuk membuat laporan dan menasihati Majlis mengenai perkara yang berkaitan dengan penggunaan perancangan bandar dan desa dalam pemuliharaan, perkhidmatan dan pemajuan tanah di dalam negara dan mengenai apa-apa pindaan yang difikirkannya wajar kepada mana-mana undang-undang yang menyentuh perancangan bandar dan desa dan mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Majlis kepadanya;

menggalakkan sistem perancangan yang ●komprehensif, efektif dan efisien melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian perancangan, piawaian dan prosedur perancangan;

menterjemahkan dasar sosio ekonomi nasional ●kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program petempatan;

membantu Kerajaan Negeri, pihak berkuasa ●tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan Daerah; dan

menyelia, mengemaskini dan menerbitkan ●perangkaan, buletin dan kaedah berkaitan dengan perancangan bandar dan desa untuk memberikan maklumat dan pendidikan kepada orang ramai berkenaan dengan perancangan bandar dan desa.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada 8 bahagian, (lihat Rajah 2.2.2a dan 2.2.2b) dengan objektif utama dan fungsi setiap bahagian seperti berikut:

Page 31: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2031

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Unit Perancangan Sumber Manusia

TIMBALAN KETUA PENGARAH II

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

Bahagian Perundangan, Perancangan dan

Kawal Selia

Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Keurusetiaan, Penyelarasan dan

Perancangan Korporat

Jawatan Kader

Bahagian Khidmat Pengurusan

JPBD Negeri

KETUA PENGARAH

TIMBALAN KETUA PENGARAH I

Pejabat Penyelarasan Projek

Pejabat Projek Alor Star

Pejabat Projek Kuala Lumpur

Pejabat Projek Melaka

Pejabat Projek Kuala Terengganu

Bahagian Rancangan Fizikal Negara

Bahagian Perancangan Wilayah

Bahagian Rancangan Pembangunan

Rajah 2.2.2a : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007.

Page 32: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2032

Rajah 2.2.2b : Fungsi Bahagian di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007.

JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA

BAHAGIANKHIDMAT

PENGURUSAN

• Urusan kewangan, perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran awam

• Merancang, mengendali dan memantau dasar program pembangunan sumber manusia

BAHAGIAN RANCANGAN

FIZIKAL NEGARA

• Kajian semula: - Rancangan

Fizikal Negara (RFN) - Dasar

Perbandaran Negara

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN

PEMBANGUNAN

• Menjalankan penyelidikan:

- Pembangunan manusia

- Perbandaran - Utiliti - Pengangkutan dan kemudahan• Mengumpul

maklumat penyelidikan mengenai perancangan

bandar dan desa

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

• Khidmat Teknologi Maklumat

BAHAGIAN RANCANGAN

PEMBANGUNAN

• Menyediakan rancangan-rancangan pembangunan iaitu:

- Rancangan Struktur

- Rancangan Tempatan

- Rancangan Kawasan Khas

BAHAGIAN PERANCANGAN

WILAYAH

• Projek berkepentingan nasional

• Menggerakkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Perancangan Wilayah

• Menasihati Jawatankuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam wilayah

BAHAGIAN KEURUSETIAAN, PENYELARASAN

DAN PERANCANGAN KORPORAT

• Urus setia Majlis Perancang Fizikal Negara dan semua mesyuarat utama Jabatan

• Sebaran maklumat publisiti serta perhubungan awam termasuk maklum balas soalan Parlimen, minit pasca kabinet, minit mesyuarat Kementerian

• Pelantikan perunding

BAHAGIAN PERUNDANGAN, PERANCANGAN

DAN KAWAL SELIA

• Khidmat nasihat dan rundingan perundangan perancangan bandar dan desa

• Semakan dan gubalan akta, kaedah-kaedah, garis panduan dan peraturan perancangan bandar dan desa

Page 33: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2033

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

2.2.3 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri diletakkan di

bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dalam hal-hal berkaitan dengan dasar dan kewangan. Hal-hal berkaitan perancangan fizikal masih terletak di bawah kawalan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Secara keseluruhannya, objektif utama Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa Negeri ialah untuk menasihati, merancang dan menyelaras di peringkat negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan berkenaan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah melalui perancangan dan kawalan pembangunan dalam negeri berkenaan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berperanan

penting sebagai penasihat kepada Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam urusan perancangan dan pembangunan spatial melalui aktiviti-aktiviti kawalan pembangunan dan penyediaan pelan-pelan susun atur bagi kawasan perkampungan, perumahan, perindustrian, pelancongan dan sebagainya di samping menjalankan kajian-kajian perancangan.

Selaras dengan pemakaian Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976 (Akta 172), peranan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri telah diperkukuhkan. Pengarah Negeri merupakan pihak berkuasa perancang tempatan bagi mana-mana kawasan di dalam negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan. Pengarah Negeri juga berperanan sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar / Ketua Menteri.

Peranan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri kini

tidak hanya tertumpu kepada aktiviti kawalan pembangunan semata-mata. Jabatan juga terlibat dalam merancang projek-projek pembangunan seperti penyusunan semula penempatan, projek-projek pelancongan, rekreasi dan landskap. Pertambahan peranan dan tanggungjawab Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dapat dilihat berdasarkan penglibatan serta keanggotaannya dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan Kerajaan Tempatan.

Page 34: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2034

Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri

Struktur organisasi Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa Negeri telah mengalami beberapa perubahan dengan kewujudan pengkhususan aktiviti sejak tahun 1992. Salah satu bahagian baru yang terhasil daripada perubahan ini ialah Bahagian Korporat iaitu selaras dengan struktur pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di Ibu Pejabat. Oleh itu, kerja-kerja perancangan dapat dikhusus dan dilaksanakan dengan lebih licin, jelas dan teratur. Walaupun struktur organisasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri-negeri mempunyai sedikit perbezaan, secara amnya, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal (lihat Rajah 2.2.3a).

Rajah 2.2.3a : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar

dan Desa Negeri (Contoh; Negeri Selangor)

Sumber : Laporan Tahunan JPBD Negeri Selangor 2005.

Unit Pembangunan Mapan

Unit Pemprosesan• Unit 1• Unit 2

Unit Sumber & Projek Khas

Unit PerundanganUnit PenguatkuasaanUnit RT & RKK

Unit Penyelarasan Dasar

PENGARAH

BAHAGIANPERANCANGAN

KORPORAT

BAHAGIANPENTADBIRAN

KEWANGAN

Unit PenyelarasanPerancangan

BAHAGIANPENGAWALAN

PERANCANGAN

Unit RSN & Projek Khas

BAHAGIANRANCANGAN

PEMBANGUNAN

Page 35: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2035

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Jawatankuasa Perancang Negeri Jawatankuasa utama dalam menentukan arah perancangan

bandar di peringkat negeri ialah Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN), yang dibentuk berdasarkan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).

JPN dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri

dan dianggotai oleh ketua-ketua jabatan yang berkaitan. Pelantikan ahli-ahli JPN dibuat secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut amalan semasa.

Ahli-ahli JPN terdiri daripada:

Pengerusi iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri ●Negeri;Timbalan Pengerusi iaitu Ahli Majlis Mesyuarat ●Kerajaan Negeri yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;Tidak lebih daripada tiga orang ahli yang dilantik ●oleh Pihak Berkuasa Negeri dari kalangan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang mana seorang daripadanya haruslah memegang portfolio berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dalam Negeri;Setiausaha Kerajaan Negeri; ●Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri yang ●berperanan sebagai Setiausaha Jawatankuasa;Pengarah Tanah dan Galian Negeri; ●Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau ●pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal tersebut di negeri berkenaan;Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri; ●Penasihat Undang-undang Negeri; ●Pegawai Kewangan Negeri; ●Pegawai Kemajuan Negeri atau pegawai yang ●bertanggungjawab bagi hal ehwal tersebut di sesebuah negeri;Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri atau pegawai ●yang bertanggungjawab bagi hal ehwal tersebut di sesebuah negeri; dantidak lebih daripada empat orang ahli lain yang dilantik ●oleh Kerajaan Negeri.

Page 36: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2036

Setiausaha JPN ialah Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri mengikut seksyen 4(1)(d) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Di samping itu, beliau merupakan penasihat utama kepada JPN berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas perancangan bandar dan desa mengikut seksyen 4(8). Semasa menjalankan tugas sebagai Setiausaha Jawatankuasa, beliau boleh menggunakan sumber kewangan, kemahiran dan sumber-sumber lain di jabatannya. Semasa ketiadaan Pengarah Negeri, Timbalan Pengarah Negeri paling sesuai melaksanakan peranan Pengarah sebagai Setiausaha JPN melalui penurunan kuasa.

Fungsi JPN dijelaskan dalam Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976. Di samping tugasnya sebagai sebuah Jawatankuasa yang meluluskan Rancangan Struktur bagi pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing, JPN juga menjalankan tugas-tugas utama seperti berikut:

menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar ●negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri;mengawal selia, mengawal, merancang dan ●menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya ●usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri;mengusahakan, membantu dan menggalakkan ●pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya; danJPN boleh dari semasa ke semasa memberikan ●arahan kepada mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan selaras dengan kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172). Pihak berkuasa perancangan tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan JPN tersebut.

Page 37: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2037

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Perkhidmatan Perancangan Bandar Di Negeri Sarawak Sistem perancangan di Sarawak sangat berbeza jika

dibandingkan dengan sistem perancangan di Semenanjung Malaysia. Ini kerana, Negeri Sarawak mengamalkan sistem perundangan pembangunan tanah yang berbeza dengan sistem perundangan pembangunan tanah di Semenanjung Malaysia.

Antara perundangan berkaitan perancangan dan pembangunan

yang digunapakai di Sarawak ialah:

The Town & Country Planning Ordinance 1952 (never ●invoked); The Land Code of Sarawak 1958 (Swk. Cap. 81); ●The Land (Control of Subdivision) Ordinance, 1954 ●(repealed by the 1997 amendment);Strata Ordinance, 1995; ●The Buildings (Amendment) Ordinance, 1997; ●The Land Code (Amendment) Ordinance, 1997. ●(Amendment/incorporation of Part X of the Land Code); The Land Use (Control of Prescribed Trading Activities) ●Ordinance, 1997; danThe Land Code (Development & Subdivision of Land) ●(Qualified Persons) Rules, 1998.

Agensi yang terlibat dalam bidang perancangan bandar dan

desa di Negeri Sarawak adalah Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber. Kementerian ini telah wujud secara rasminya pada tahun 1965. Dahulunya dikenali dengan nama Kementerian Pembangunan dan Sumber Asli sebelum ditukarkan nama pada Kementerian Sumber Asli. Seterusnya ia ditukarkan nama menjadi Kementerian Tanah dan Hasil Bumi sehingga ia ditukar nama pula kepada Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber (KPPS). Kementerian ini berfungsi sebagai penggubal dasar kerajaan negeri dalam bidang perhutanan, pembangunan tanah, perancangan bandar dan perlombongan. Salah satu matlamat Kementerian ini ialah memastikan persekitaran hidup yang sihat di kawasan bandar dan luar bandar, iaitu melalui objektif-objektifnya, antaranya:

Untuk mengoptimumkan penggunaan tanah sejajar ●dengan keperluan kerajaan Sarawak dan penduduk bagi tujuan-tujuan pembangunan sosial, ekonomi, politik melalui pentadbiran tanah secara efektif dan efisen;

Page 38: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2038

Merancang kawasan bandar dan luar bandar secara ●efektif untuk memastikan persekitaraan hidup sihat yang berterusan dan berkekalan; dan Untuk memulihara dan membangunkan semula kawasan ●yang terjejas dengan aktiviti-aktiviti pembalakan.

Terdapat dua jabatan di bawah Kementerian ini, (lihat Rajah 2.2.3b) iaitu:

Jabatan Tanah dan Survei; dan ●Jabatan Hutan. ●

Manakala terdapat empat agensi yang menyelaraskan program-program pembangunan dan aktiviti-aktiviti agensi di bawah KPPS iaitu :

Land Custody and Development ● (LCDA);Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak ●(PUSAKA);Sarawak Biodiversity Centre ● (SBC); dan Sarawak Forestry Corporation ● (SFC).

Bahagian yang bertanggungjawab terhadap perancangan bandar dan desa adalah Bahagian Perancangan, dengan melaksanakan fungsi-fungsinya:-

merancang strategi untuk membangun tanah bandar ●dan desa;mempertimbangkan permohonan tentang pertapakan ●bangunan kerajaan;mempertimbangkan permohonan untuk memecahkan ●tanah (sub-division);mempertimbangkan permohonan untuk menukar ●syarat-syarat yang dikenakan pada tanah; danMenyelaraskan program-program pembangunan dan ●aktiviti-aktiviti agensi di bawah KPPS.

Page 39: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2039

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 2.2.3b : Struktur Organisasi Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak

Kementerian Perancangan & Pengurusan Sumber

Jabatan Tanah& Survei

Jabatan Hutan LCDA SFCPUSAKA SBC

SETIAUSAHA TETAP

Bhg. Tanah & Perlombongan Bhg. Hutan &

PentadbiranBhg.

Perancangan

Unit Galian & Pembangunan

Tanah

UnitHutan

Unit Kawalan Pembangunan

UnitPentadbiran

Tanah

Unit Lembaga Kump. Wang

Konsesi Hutan

UnitRekabentuk

Struktur

UnitAkuakultur

UnitAkaun

UnitPentadbiran

JABATAN AGENSI

Sumber : Laman Web Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber, 2008

Page 40: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2040

Bahagian Perancangan bertanggungjawab untuk memproses dan membuat keputusan bagi permohonan pecah tanah dan tukar syarat tanah bagi pembangunan perumahan, komersial, perindustrian dan pembangunan-pembangunan lain.

Jabatan Tanah dan Survei pula bertindak sebagai salah satu agensi penyelaras program-program pembangunan dan aktiviti-aktiviti agensi-agensi di bawah Kementerian ini. Pihak berkuasa tempatan pula hanya berfungsi untuk menyelenggara kerja-kerja berkaitan dengan perbandaran.

Dalam proses pembangunan di Sarawak, sebarang bentuk kelulusan pembangunan harus diperolehi daripada Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak setelah memperolehi kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Tanah dan Survei di peringkat bahagian atau Ibu Pejabat.

Majlis Perancangan Negeri (State Planning Authority)

Di antara peruntukan utama dalam Part X, Chapter A50, Land Code (Amendment) Ordinance, 1997 ialah penubuhan Majlis Perancangan Negeri yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak.

Fungsi Majlis Perancangan Negeri ialah merancang, mengatur dan mengawal pembangunan dan penggunaan tanah dan bangunan di negeri Sarawak.

Keahlian Majlis Perancangan Negeri ialah:

Menteri sebagai Pengerusi; ●Setiausaha Negeri sebagai Timbalan Pengerusi; ●Ahli-ahli lain: ●

Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan –dan Pengurusan Sumber selaku Setiausaha kepada Majlis Perancangan Negeri;Pengarah Tanah dan Survei; dan –tidak lebih daripada tiga ahli lain yang dilantik –oleh Menteri, yang mana dua daripadanya ialah Pegawai Kerajaan.

Page 41: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2041

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Selain daripada itu, Majlis Perancangan Negeri juga bertanggungjawab:

meneliti dan meluluskan pelan bagi pecah sempadan ●dan pemajuan tanah;menentukan lokasi dan perletakan bangunan- ●bangunan kerajaan, kemudahan-kemudahan awam dan peletakan bandar-bandar baru, perkampungan dan kawasan-kawasan penempatan semula;merangka polisi dan garis panduan serta memberi ●panduan kepada pihak berkuasa tempatan berhubung penggunaan dan pemajuan tanah;menggubal polisi dan pelan bagi pembangunan dan ●pembangunan semula termasuk penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan; danmenjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan ●oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri.

Majlis Perancangan Negeri boleh menurunkan kuasa kepada Pengarah atau Pegawai Kerajaan untuk melaksanakan fungsi-fungsi di atas, mengikut syarat-syarat tertentu. Majlis Perancangan Negeri boleh menyediakan kaedah-kaedah dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi pelaksanaan peruntukan-peruntukan termasuk hal-hal yang berhubung dengan piawaian perancangan, bentuk dan kandungan pelan, orang yang berkelayakan mengemukakan pelan, bayaran pemajuan, rayuan terhadap keputusan Majlis Perancangan Negeri dan sebagainya.

Jabatan Tanah dan Survei Jabatan Tanah dan Survei terletak di bawah bidang kuasa

Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak yang bertanggungjawab dalam pentadbiran tanah dan undang-undang statutori. Peranan utama jabatan ini ialah untuk melaksanakan polisi Kerajaan negeri mengenai pengurusan tanah. Antara polisi yang dilaksanakan ialah ‘Memastikan tanah diurus dengan cekap untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang maksimum kepada Kerajaan Negeri dan penduduk negeri Sarawak amnya serta merancang pembangunan dan keperluan tanah untuk masa hadapan berdasarkan faktor pertambahan penduduk dan konsep pembangunan politik negeri’.

Selaras dengan polisi tersebut, Jabatan Tanah dan Survei

menggariskan beberapa objektif-objektif seperti berikut:

Page 42: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2042

mentadbir tanah berdasarkan bidang politik, sosial, ●perundangan dan struktur ekonomi semasa untuk memastikan penggunaan tanah yang cekap dan menguntungkan;mengawal perpindahan milik tanah-tanah Kerajaan ●Negeri supaya faedah yang maksimum dapat diperolehi terutamanya kepada masyarakat secara keseluruhan;mempercepatkan pengambilan keputusan ● ‘Native Customary Land’ dan pengeluaran ‘title’ seksyen 18;membentuk satu jaringan kawalan survei untuk ●seluruh negeri bagi menghasilkan peta-peta dan pelan kadastral yang terkini bagi menangani keperluan terhadap penggunaan peta-peta tersebut untuk memenuhi keperluan/memandu arah pembangunan tanah yang semakin pesat;menyediakan perkhidmatan penilaian yang efisien dan ●cepat kepada sektor-sektor kerajaan dan swasta;mengawal dan mengatur penggunaan tanah untuk ●memastikan pembangunan bandar dan luar bandar di negeri Sarawak dilaksanakan berdasarkan keperluan prinsip perancangan bandar dan desa (Town and Country Planning Principles);mempercepatkan pengeluaran lesen mencari gali ●(prospecting licences) dan geran perlombongan (mining lease) bagi memastikan sumber mineral negeri dapat dieksploitasi sepenuhnya untuk memberi faedah kepada penduduk dan Kerajaan Negeri; danpengkomputeran fungsi-fungsi utama Jabatan bagi ●menyediakan perkhidmatan yang cekap, efisien dan tepat kepada agensi kerajaan yang lain dan pihak awam.

Selaras dengan objektif-objektif yang telah digariskan,

Jabatan Tanah dan Survei berfungsi secara ‘multi-functional’ dan ‘multi-discipline’. Untuk mencapai objektif-objektifnya, Jabatan Tanah dan Survei dibahagikan kepada beberapa cawangan bagi membolehkan pengkhususan kerja cawangan-cawangan tersebut dibuat (lihat Rajah 2.2.3c):

Cawangan Survei; ●Cawangan Perancangan Bandar dan Desa; ●Cawangan Penyelesaian dan Penyatuan ● (Adjudication and Consolidation Branch);Cawangan Pembangunan Sumber Manusia ● (Human Resources Development Branch);

Page 43: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2043

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Cawangan Tanah dan Penilaian ● (Land & Valuation Branch);Cawangan Pentadbiran ● (Administration Branch); danCawangan Sistem Maklumat ● (Information System Branch).

Di peringkat ibu pejabat, Jabatan Tanah dan Survei diketuai

oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah dan lima Penolong Pengarah yang bertugas di setiap cawangan kecuali Cawangan Sistem Maklumat. Cawangan Sistem Maklumat terletak di bawah bidang kuasa Pengarah dan Cawangan Pentadbiran di bawah Timbalan Pengarah.

Berdasarkan perkembangan bandar yang semakin pesat, peranan Cawangan Perancangan Bandar dan Desa menjadi begitu penting untuk merancang, merangka dasar dan strategi, mencorak pola pembangunan serta melaksanakan setiap pembangunan tersebut secara bersepadu dan menyeluruh. Cawangan Perancangan Bandar dan Desa di ibu pejabat Tanah dan Survei dibahagikan kepada lima seksyen utama iaitu Seksyen Kawalan Pembangunan, Seksyen Perancangan Bandar, Rekabentuk dan Pertapakan, Seksyen Perancangan dan Pelaksanaan Projek Pembangunan, Seksyen Perancangan Wilayah dan Penyelidikan Perancangan dan Seksyen Kejuruteraan.

Page 44: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2044

Sum

ber

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

200

0

PE

NG

AR

AH

TIM

BA

LAN

P

EN

GA

RA

H

• Pe

nguk

uran

G

eoda

tic

Peng

ukur

an

Topo

graf

ik

• Pe

nguk

uran

K

ontr

ak B

engk

el

Peng

ukur

an

• K

adas

tral

Sist

em

Mak

lum

at T

anah

Pe

nguk

uran

La

tihan

Tek

nika

l •

Pem

etaa

n To

pogr

afi

Foto

graf

i Uda

ra

Mik

rofil

m

SUR

VE

I

• K

awal

an

Pera

ncan

gan

Stat

ut P

emili

han

Ta

pak

& K

awal

an

Gun

a Ta

nah

Pera

ncan

gan

Peng

angk

utan

dan

Tr

afik

Pera

ncan

gan

Band

ar &

Rek

a Be

ntuk

Stra

tegi

Pe

ranc

anga

n W

ilaya

h •

Pera

ncan

gan

&

Pera

ncan

gan

Proj

ek

• Re

ka b

entu

k K

ejur

uter

aan

• Pe

nasi

hat

Pera

ncan

gan

Am

PE

RA

NC

AN

GA

N

BA

ND

AR

& D

ESA

Peng

asin

gan

Tana

h •

Peny

atua

n Ta

nah

• Pe

lanj

utan

asa

s H

akm

ilik

• Pe

ntad

bira

n Ta

nah

• Pe

ngua

tkua

saan

Lese

n da

n H

asil

Pend

apat

an

• Sk

im

Pe

ndaf

tara

n Pe

nila

ian

Pero

leha

n •

Tana

h, D

uti

Sete

m d

an C

ukai

K

eunt

unga

n •

Har

tana

h •

Pero

leha

n Ta

nah

• Se

mak

an S

ewaa

n Ta

nah

• Pe

nasi

hat

Peni

laia

n ke

pada

la

in-la

in ja

bata

n da

n or

gani

sasi

TAN

AH

&

PE

NIL

AIA

N

• Pe

ngur

usan

pe

riba

di

• H

al-h

al

pert

ubuh

an

• Pe

rsur

atan

Bela

njaw

an

Kew

anga

n •

Kaw

alan

K

ewan

gan

• Pe

ngaw

alan

, pe

nerb

itan,

pe

mbe

lian

dan

bela

njaw

an s

tor

• Pe

ngur

usan

pe

ntad

bira

n da

n be

lanj

awan

Se

kola

h La

tihan

Su

rvei

usa

ham

a Sa

raw

ak /

Saba

h •

Peng

urus

an A

spek

ke

wan

gan

dan

pent

adbi

ran

pera

lata

n su

rvey

da

n op

tical

w

orks

hop

dan

boat

yard

PE

NYE

LESA

IAN

&

PE

NC

AN

TU

MA

N

TAN

AH

Perk

hidm

atan

Te

knik

al

• O

pera

si

Kom

unik

asi

• So

kong

an

divi

syen

Pent

adbi

ran

peng

kala

n da

ta

• Pe

rmoh

onan

Pe

nyel

engg

araa

n •

Pem

bang

unan

PE

NTA

DB

IRA

N

• U

saha

sam

a Se

kola

h La

tihan

Sur

vei

Saba

h /

Sara

wak

Prog

ram

la

tihan

da

lam

an

• Pr

ogra

m

latih

an lu

aran

Pepe

riks

aan

Jaba

tan

• An

uger

ah

Kua

liti d

an

Inov

asi

• To

tal Q

ualit

y M

anag

emen

t (T

QC

) •

Qua

lity

Con

trol

C

ircl

e (Q

CC

) •

Perp

usta

kaan

Ja

bata

n

• Pe

ndid

ikan

La

tihan

So

kong

an P

C

SIST

EM

M

AK

LUM

AT

• Pe

nyel

esai

an k

e at

as N

ativ

e C

usto

mar

y La

nd

• M

engk

oord

inas

i da

n m

enga

wal

ak

tiviti

-akt

iviti

pe

nyel

esai

an

• Pe

rlak

sana

an

dan

peng

awal

an

Pera

ncan

gan

peny

antu

man

ta

nah

• Pe

nyel

idik

an

dan

pem

bang

unan

P

EM

BA

NG

UN

AN

SU

MB

ER

M

AN

USI

A

Raj

ah 2

.2.3

c : F

ungs

i Jab

atan

Tan

ah D

an S

urve

i Sar

awak

(Ibu

Pej

abat

)

Sum

ber :

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

200

0

Page 45: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2045

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 2.2.3d : Struktur Organisasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (Ibu Pejabat)

PENGARAH

TIMBALANPENGARAH

PERANCANGAN

PERANCANGAN

PENTADBIRAN PEMBANGUNANSUMBER MANUSIA

PENYELESAIAN

PENYELESAIANDAN

PENYATUAN

SUPERINTENDEN

SISTEMMAKLUMAT

SISTEMMAKLUMAT

TANAH

PENILAIAN

PENILAIAN

SURVEI

SURVEI

TANAH PENDAFTARAN PENTADBIRAN PENGUATKUASAAN

Sumber: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, 2000

Page 46: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2046

Rajah 2.2.3e : Struktur Organisasi Cawangan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Tanah Dan Survei, Sarawak (Pejabat Bahagian)

Di peringkat Bahagian pula, Jabatan Tanah dan Survei diketuai oleh Penguasa dan dibantu oleh Penolong Seksyen yang bertanggungjawab ke atas setiap sub-cawangan dan seksyen. Pengurusan di peringkat ini dibahagikan kepada lapan cawangan iaitu cawangan Perancangan Bandar dan Desa, Cawangan Penilaian, Cawangan Survei, Cawangan Tanah, Cawangan Penyelesaian, Cawangan Penguatkuasaan, Cawangan Sistem Maklumat dan Cawangan Pentadbiran. Fungsi-fungsi setiap cawangan ini ialah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.3f.

Sumber: Kerajaan Negeri Sarawak, 2000.

PERANCANGAN WILAYAH &

PENYELIDIKAN PERANCANGAN

• Kajian Pelan Wilayah, Kajian Kemungkinan, EIA

• Penyelidikan Perancangan

KEJURUTERAAN

• Pelan Kejuruteraan • Anggaran Kos

Pembangunan

KAWALAN PEMBANGUNAN

• Pecah Sempadan • Tukar Syarat • Pelan Bangunan

PERANCANGAN & PERLAKSANAAN

PROJEK PEMBANGUNAN

• Kawalan Perbelanjaan Pembangunan

• Anggaran Perbelanjaan & Kawalan Kewangan

PENOLONG PENGARAH (PERANCANG)

PERANCANGAN BANDAR,

REKABENTUK & PERTAPAKAN

• Pertapakan Projek Kerajaan

• Perancanagan dan Rekabentuk Bandar

Page 47: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2047

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

R

ajah

2.2

.3f :

Fu

ngsi

Jab

atan

Tan

ah d

an S

urve

i Sar

awak

(Pej

abat

Bah

agia

n)

Sum

ber

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

200

0

• Pe

nyel

esai

an h

ak-h

ak ta

nah

berd

asar

kan

Baha

gian

V, b

agi L

and

Code

(Cap

81)

PE

NYE

LESA

IAN

• M

engu

rusk

an s

iste

m s

umbe

rjaya

unt

uk

mem

aksi

mum

kan

taha

p pe

nggu

naan

nya

• M

embi

na d

an m

elih

at p

rose

dur k

esel

amat

an,

back

up, l

apor

an k

esal

ahan

unt

uk p

erkh

idm

atan

ya

ng e

fekt

if da

n ef

isen

Men

gum

pulk

an b

elan

jaw

an o

pera

si ta

huna

n •

Men

yedi

akan

sok

onga

n te

knik

al ta

hap

pert

ama

kepa

da p

engg

una

SIST

EM

MA

KLU

MA

T

• Tu

kar

syar

at ta

nah,

pec

ah s

empa

dan,

per

sedi

aan

gera

n ta

nah,

pem

baha

ruan

tem

poh,

ves

ting

of la

nd d

an

seba

gain

ya

• se

mua

jeni

s pe

lupu

san

tana

h, te

rmas

uk p

erta

nian

, pe

rum

ahan

, per

indu

stri

an, p

erda

gang

an d

ll.

• Pe

ndaf

tara

n ge

ran

tana

h da

n se

mua

uru

san

berk

atita

n ta

nah

TAN

AH

SUP

ER

INT

EN

DE

NT

• Pe

ngum

pula

n pe

ndap

atan

unt

uk

Jaba

tan

ini

• Le

sen-

lese

n ‘g

ener

al/

excl

usiv

e pr

ospe

ctin

g’,

lese

n un

tuk

men

gam

bil

tana

h, p

asir

dan

bat

u ke

likir

, paj

akan

pe

rlom

bong

an, l

esse

n ku

ari,

lese

n pe

rsin

ggah

an d

ll.

• Pe

nem

pata

n ha

ram

,pen

yele

ngga

raan

sy

arat

tana

h,’ri

ght o

f w

ay’,

perp

arita

n,

soko

ngan

dll.

PE

NG

UA

TKU

ASA

AN

• Pe

nguk

uran

kaw

alan

K

adas

ter

• Pe

nguk

uran

kad

aste

r •

Peng

ukur

an p

erlo

mbo

ngan

Peng

swas

taan

pen

guku

ran

kada

stra

Peng

ukur

an u

kura

n •

Penj

anaa

n da

n pe

nyel

angg

araa

n Pe

lan

Indu

k Ja

ring

an K

awal

an K

adas

ter

• Pe

met

aan

kada

ster

Peng

elua

ran

dan

peny

elen

ggar

aan

syit-

syit

kada

ster

Men

yela

ngga

raka

n bi

lik b

esi

untu

k m

enyi

mpa

n bu

ku-b

uku

lapa

ngan

, pel

an-p

elan

, pet

a-pe

ta, f

otog

raf-f

otog

raf u

dara

da

n tr

aver

s vo

lum

es b

agi s

yit-

syit

kada

ster

Penj

uala

n pe

ta-p

eta,

pel

an

dan

doku

men

yan

g di

hasi

lkan

se

mul

a •

Penj

anaa

n da

n pe

nyel

angg

araa

n pe

ngka

lan

data

gra

fik (n

umer

ic a

tau

digi

tal)

bagi

Sis

tem

Mak

lum

at

Tana

h &

Mic

rofil

min

g

SUR

VE

I

• M

empr

oses

per

moh

onan

pe

cah

sem

pada

n •

Mem

pros

es p

engh

anta

ran

Dra

f Pel

an P

ecah

Sem

pada

n •

Mem

pros

es p

engh

anta

ran

Pela

n K

ejur

uter

aan

• M

empr

oses

per

moh

onan

H

ak u

ntuk

Uku

r •

Mem

pros

es p

engh

anta

ran

Pela

n Ba

ngun

an

• M

empr

oses

kel

ulus

an a

khir

ba

gi P

ecah

Sem

pada

n be

rsam

a de

ngan

Tuk

ar

Syar

at T

anah

, AVT

C (b

agi

tana

h di

luar

‘des

igna

ted

Area

’ •

Mem

pros

es k

elul

usan

akh

ir

bagi

pec

ah s

empa

dan

tanp

a tu

kar s

yara

t tan

ah, A

VTC

(bag

i tan

ah d

i lua

r ‘d

esig

nate

d Ar

ea

PE

RA

NC

AN

GA

N

• Pe

nila

ian

prem

is d

an s

ewa

tahu

nan

bagi

pel

upus

an

tana

h, tu

kar

syar

at ta

nah,

pe

lanj

utan

tem

poh,

ski

m

pene

mpa

tan

sem

ula,

sew

aan

tana

h dl

l. •

Perk

hidm

atan

pen

ilaia

n un

tuk

duti

sete

m, d

uti e

stet

, ar

ahan

lelo

ngan

ole

h m

ahka

mah

ting

gi, p

inja

man

pe

laja

r, se

waa

n, le

sen

pend

uduk

an s

emen

tara

dll.

Peni

laia

n pr

emis

dan

sew

aan

tana

h un

tuk

dilu

pusk

an

kepa

da p

egaw

ai ti

nggi

tana

h pe

rsek

utua

n, b

uku-

buku

be

rkan

un n

eger

i dan

pe

rsek

utua

n, p

ihak

ber

kuas

a te

mpa

tan

dan

seba

gain

ya

• La

pora

n-la

pora

n pe

nila

ian

• Pe

rmin

taan

unt

uk ta

bung

Ker

ja p

embe

rim

ilika

n ta

nah

yang

muk

tam

ad

• M

embe

ri p

erkh

idm

atan

dan

m

eman

du p

erse

diaa

n no

tis

berk

enaa

n.

PE

NIL

AIA

N

• M

enan

gani

seg

ala

sura

tan

kelu

ar

dan

mas

uk

• M

engh

asilk

an in

deks

abj

ad d

an

nom

bor

untu

k sy

stem

pen

gisi

an

subj

ek d

an in

divi

du

• M

emas

tikan

kes

elam

atan

dan

ke

sulit

an s

egal

a fa

il su

lit

• M

enge

ndal

ikan

sem

ua p

erka

ra y

ang

berk

enaa

n de

ngan

peg

awai

sep

erti

peng

atur

an p

erju

mpa

an,

pem

inda

han,

ket

idak

hadi

ran,

pi

njam

an, a

nuge

rah

perk

hidm

atan

da

n pe

ncen

Pem

belia

n da

n pe

nyim

pana

n st

or,

alat

tulis

dan

per

alat

an

• Pe

nyel

angg

araa

n re

kod-

reko

d ka

jian

bagi

seg

ala

pera

bot d

an

pera

lata

n pe

jaba

t, m

esin

, ke

nder

aan,

‘out

boar

d m

otor

s’,

peny

aman

uda

ra, t

elef

on d

an k

apal

pe

jaba

t •

Peng

atur

an u

ntuk

mem

baik

i dan

m

enye

lang

gara

mes

in-m

esin

dan

pe

rala

tan

peja

bat

• Pe

rsed

iaan

bel

anja

wan

tahu

nan

• M

enga

wal

bel

anja

wan

Peng

urus

an b

erhu

bung

den

gan

gaji,

tu

ntut

an d

an p

emba

yara

n

PE

NTA

DB

IRA

N

Page 48: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2048

Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Wilayah Di Negeri Sabah

Di Negeri Sabah, perundangan yang berkaitan dengan bidang perancangan bandar ialah Ordinan Perancangan Bandar dan Desa, Cap. 141, 1969. Agensi yang bertanggungjawab terhadap perancangan bandar ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah di bawah kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Jabatan tersebut berfungsi sebagai penasihat teknikal dan ketua pegawai eksekutif kepada Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Kampung (Central Board).

Penubuhan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Sabah telah diluluskan oleh Kabinet Negeri Sabah pada tahun 1976 selepas beberapa siri mesyuarat dengan jabatan Ketua Menteri dan Kuasa-kuasa Persekutuan. Jabatan tersebut mula beroperasi pada 1 Januari 1980 dan tertakluk kepada Ordinan Perancangan Bandar dan Desa, Bab 141, 1969. Pada tahun 1984, Pejabat Cawangan Sandakan telah dibuka diikuti dengan pembukaan Pejabat Cawangan Tawau pada tahun 1988. Cawangan Sandakan bertanggungjawab terhadap pentadbiran pembangunan di daerah Sandakan, Daerah Labuk Sugut dan Kinabatangan yang diketuai oleh seorang Pegawai Perancang dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perancang. Cawangan Tawau pula bertanggungjawab ke atas Daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak yang juga diketuai oleh seorang Pegawai Perancang dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perancang.

Untuk mencapai objektif jabatan bagi mewujudkan persekitaran hidup manusia yang berkualiti di seluruh negeri Sabah, jabatan ini memainkan berperanan untuk:

menterjemahkan polisi-polisi nasional, negeri, wilayah ●dan tempatan ke atas pelan-pelan fizikal seperti penyediaan Pelan Struktur, Pelan Tempatan, Pelan Pembangunan Komprehensif, Skim-skim Bandar (termasuk tatatur pusat bandar), Pelan Peluasan Sempadan bandar dan Pelan-pelan Landskap;memberi nasihat kepada Kerjaan Negeri dan Pihak ●Berkuasa Tempatan serta Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta dalam semua perkara yang berkaitan bidang perancangan bandar dan desa;

Page 49: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2049

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

menasihati Pihak Berkuasa Tempatan mengenai ●penyediaan draf skim, pelan-pelan dan piawaian-piawaian perancangan pengawalan pembangunan;menggubal polisi, pelan dan piawaian-piawaian ●perancangan yang berkaitan untuk diterima pakai dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta yang berkaitan;menasihati kerajaan terhadap pemilihan juru perunding ●untuk membuat kajian-kajian yang berkaitan dengan perancangan dan seterusnya memberi penyeliaan kepada juru perunding berkenaan;menasihati dan membantu Pihak Berkuasa Tempatan ●serta lain-lain agensi kerajaan dalam menyediakan perancangan dan kerja-kerja landskap;menjadi Urusetia dan Penasihat Teknikal utama ●kepada Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa; danmengkaji semula pelan dan piawaian perancangan dari ●masa ke semasa.

Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah. Jabatan ini terdiri daripada dua bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Akaun serta Bahagian Teknikal (Lihat Rajah 2.2.3g).

Page 50: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2050

Rajah 2.2.3g : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Sabah

Bahagian Pentadbiran dan Akaun bertanggungjawab ke atas hal ehwal pentadbiran jabatan seperti mengendalikan perjalanan pentadbiran dalaman iaitu pentadbiran dan pengurusan kewangan, pengambilan kakitangan, pengurusan fail, pengurusan kakitangan dan belanjawan jabatan.

Bahagian Teknikal pula merupakan bahagian terpenting dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan perancangan bandar. Bahagian ini dibahagikan kepada lima bahagian kecil bagi melaksanakan tugas-tugas yang lebih spesifik iaitu Bahagian Perancangan Awam, Bahagian Kawalan Pembangunan dan Piawaian Perancangan, Bahagian Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Wilayah (Central Board), Bahagian Pejabat Lukisan, dan Bahagian Landskap dan Senitaman.

Bahagian Perancangan Awam

Terbahagi kepada empat unit di mana setiap unit diketuai oleh Pegawai Perancang Bandar dan dibantu oleh Penolong Pegawai Perancang Bandar. Unit-unit tersebut ialah:

Unit Pelan Tempatan – bertanggungjawab menyediakan ●Pelan Tempatan bagi sesuatu kawasan yang telah dikenal pasti;

PENGARAH

TIMBALAN PENGARAH

BAHAGIAN TEKNIKALBAHAGIAN PENTADBIRANDAN AKAUN

BahagianPerancangan Awam

BahagianKawalan Pembangunan

danPiawaian Perancangan

BahagianLembaga

PusatPerancanganBandar dan

Wilayah

BahagianPejabat Lukisan

BahagianLandskap dan

Senitaman

• Unit Pelan Tempatan

• Unit Pelan Struktur

• Unit Kaji Selidik• Unit Latihan

• Unit Sandakan • Unit Tawau• Unit Pantai Barat

Selatan • Unit Pantai Barat Utara• Unit Pendalaman

• Unit Semaian• Unit Pantai Barat & Pantai Timur

Sumber : Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Sabah, 2000

Page 51: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2051

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Unit Pelan Struktur – bertanggungjawab menyediakan ●Pelan Struktur bagi sesuatu kawasan yang lebih khas;Unit Kaji Selidik – bertanggungjawab mengumpul dan ●analisis data dan penilaian dalam sesuatu kawasan meliputi kajian demografi penduduk, faktor sosio- ekonomi, keadaan fizikal dan persekitaran, struktur bandar dan luar bandar serta tugas-tugas yang akan diarahkan dari masa ke semasa; danUnit Latihan – bertanggungjawab menyelaras hal ●ehwal berkaitan program-program latihan untuk kakitangan.

Bahagian Kawalan Pembangunan dan Piawaian Perancangan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk memproses dan mempertimbangkan permohonan-permohonan tanah, pengezonan semula dan memecah bahagi tanah, pelan pembangunan serta pelan bangunan. Bahagian ini dibahagikan kepada beberapa unit / kawasan mengikut pembahagian daerah iaitu:

Bahagian Sandakan – meliputi daerah Sandakan, ●Labuk Sugut dan Kinabatangan.Bahagian Tawau – meliputi daerah Tawau, Lahad ●Datu, Semporna dan Kunak;Unit Pantai Barat Selatan – meliputi daerah Kota ●Kinabalu, Penampang dan Papar;Unit Pantai Barat Utara – meliputi daerah Tuaran, ●Kudat, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan Ranau; danUnit Pendalaman – meliputi daerah Tambunan, ●Keningau, Tenom, Nabawan/ Pensiangan, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.

Page 52: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2052

Bahagian Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Wilayah (Central Board)

Bahagian ini bertanggungjawab untuk berperanan sebagai urusetia dan penghubung antara Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Wilayah dengan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri selaras dengan Ordinan Perancangan Bandar dan Wilayah (Bab 141). Bahagian ini bertanggungjawab untuk:

memperakukan yang diterima daripada Pihak berkuasa ●tempatan;memberi sokongan ke atas skim yang diterima kepada ●Yang di-Pertua Negeri;memberi khidmat nasihat kepada Yang di-Pertua ●Negeri berkenaan dengan pembangunan tanah di negeri Sabah; danmengarah dan mengawal pihak berkuasa tempatan ●berkenaan dengan bidang kuasa berdasarkan Ordinan Perancangan Bandar dan Wilayah (Bab 141).

Bahagian Pejabat Lukisan Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyediakan Peta

Dasar bagi keseluruhan negeri Sabah bagi tujuan perancangan. Bahagian ini turut terlibat dengan penyediaan pelan tatatur perumahan dan perindustrian dalam pembangunan bandar-bandar baru.

Bahagian Landskap dan Seni Taman

Bahagian ini bertanggungjawab membantu Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan agensi lain dalam kerja-kerja landskap. Ini termasuklah membantu pihak berkuasa tempatan untuk mendirikan tapak semaian bagi tujuan pengindahan. Pentadbiran di bahagian ini dibahagikan kepada tiga unit iaitu Unit Semaian, Unit Pantai Barat dan Unit Pantai Timur.

2.2.4 JABATAN/UNIT PERANCANGAN BANDAR DI PIHAK

BERKUASA TEMPATAN Peringkat pentadbiran kerajaan yang paling bawah di

Semenanjung Malaysia ialah Pihak Berkuasa Tempatan. Ia meliputi Dewan/Majlis Bandar Raya (City Council), Majlis Perbandaran (Municipal Council) atau Majlis Daerah (District

Page 53: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2053

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Council). Bagi Dewan / Majlis Bandar Raya dan Majlis Perbandaran, organisasi jabatan perancangan bandarnya lebih lengkap berbanding dengan Majlis Daerah. Ini boleh dikaitkan dengan tahap pembangunan dan perkhidmatan yang diberikan kepada lebih dari 100,000 orang penduduk.

Kewujudan dan kuasa yang dipegang oleh Pihak Berkuasa

Tempatan telah diperjelas di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Antaranya, Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa bagi menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran, mengawal pembangunan tanah dan membuat undang-undang kecil bagi melicinkan perjalanan tugas mereka. Undang-undang juga membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pemajuan tanah.

Dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta

172), Pihak Berkuasa Tempatan adalah Pihak Berkuasa Perancang Tempatan bagi kawasannya dan dikehendaki memulakan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perancangan bandar atau memudahkan kerja-kerja perancangan. Ini bertujuan untuk:

mengawal, mengawal selia, dan merancang pemajuan ●dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya;mengusahakan, membantu dan menggalakkan ●pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya; danmenjalankan fungsi-fungsi lain yang diarah oleh Pihak ●Berkuasa Negeri atau Jawatankuasa Perancang Negeri dari semasa ke semasa.

Instrumen yang digunakan untuk menjaga, mengawal,

merancang pembangunan serta penggunaan tanah ialah Rancangan Pemajuan yang merangkumi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Walau bagaimanapun, tidak semua Pihak Berkuasa Tempatan

mempunyai Jabatan Perancang Bandar, mahupun Pegawai Perancang Bandar yang berkelayakan untuk menyediakan pelan-pelan pembangunan, penyelidikan, pengurusan data dan kawalan pembangunan termasuk memproses permohonan perancangan.

Page 54: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2054

Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai Jabatan Perancangan Bandar/Unit Perancangan kebanyakannya adalah pihak berkuasa tempatan yang bertaraf Dewan/Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan PBT bertaraf Wilayah Persekutuan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kuala Lumpur dianugerahkan taraf bandaraya pada 1 Februari

1972 dan menjadi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1974. Pembangunan Kuala Lumpur pada masa itu diletakkan di bawah penyeliaan dan penyelarasan Kementerian Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan pada 1978 tetapi kemudian dimansuhkan pada Mei 1987. Pentadbiran DBKL dan Perancangan Lembah Kelang seterusnya diletakkan pula di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Kelang, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Akta Ibu Kota Persekutuan, 1960 (Akta 190), Kuala

Lumpur hendaklah ditadbir oleh seorang Datuk Bandar yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Akta ini juga memperuntukkan perlantikan Ahli Lembaga Penasihat untuk menasihati Datuk Bandar berkaitan dengan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa tempatan bagi Kuala Lumpur ialah Datuk

Bandar Kuala Lumpur. Peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengawal dan mengatur perancangan yang teratur di Wilayah Persekutuan ialah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, 1982 (Akta 267). Akta ini mengariskan tugas-tugas dan kuasa-kuasa Datuk Bandar, prosedur penerimaan pakai pelan-pelan pembangunan, kawalan perancangan, pemeliharaan dan penanaman pokok, caj pembangunan, Lembaga Rayuan, notis pembelian dan pengambilan tanah pembangunan, kawasan tindakan serta kawasan pembangunan. (Rujuk Bab 4 untuk huraian terperinci tentang undang-undang berkaitan perancangan dan pentadbiran Kuala Lumpur.

Visi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah menjadikan

Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia. Manakala Misi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula ialah merancang, membangun, mentadbir dan mengurus Bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya bertanggungjawab membangunkan

Page 55: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2055

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Kuala Lumpur dalam pelbagai aspek seperti perkhidmatan, perancangan dan pembangunan bagi mencerminkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai ibu negara.

Untuk mencapai matlamat tersebut, Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur telah memberi penekanan pada aspek-aspek perancangan, pengawalan pembangunan bandar serta pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti pembangunan. Program-program ini termasuklah pembangunan perdagangan, perindustrian, institusi, perumahan, taman-taman rekreasi, perkhidmatan bandar, infrastruktur, utiliti dan kemudahan awam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk

mengetuai, mengurus dan mentadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dalam struktur organisasi pentadbiran, Datuk Bandar dibantu oleh seorang Ketua Pengarah dan 3 orang Timbalan Ketua Pengarah, masing-masing bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pembangunan dan perkhidmatan. Terdapat 24 jabatan dan 5 unit dalam sistem pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan ianya dibahagikan mengikut fungsi dan tanggungjawab yang berbeza untuk menjalankan tugas-tugas yang berlainan secara sistematik. Setiap jabatan/unit diketuai oleh seorang Pengarah/Ketua Unit yang kesemuanya bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah dan Datuk Bandar. Jabatan-jabatan dan unit-unit yang berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah seperti di Rajah 2.2.4.

Dalam sistem pentadbiran perancangan di Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur, terdapat dua buah jabatan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti perancangan bandar iaitu Jabatan Pelan Induk dan Jabatan Perancang Bandar. Walau bagaimanapun, terdapat juga jabatan-jabatan lain yang terlibat secara tidak langsung dalam perancangan iaitu Jabatan Perancang Ekonomi & Penyelarasan Pembangunan, Jabatan Saliran dan Pengurusan Sungai, Jabatan Kerja Awam, Jabatan Pengangkutan Bandar, Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Unit Reka Bentuk dan Warisan. Jabatan-jabatan ini turut menganggotai Jawatankuasa Pusat Setempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Page 56: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2056

Rajah 2.2.4 : Struktur Organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jabatan Pelan Induk Jabatan Pelan Induk ditubuhkan untuk memberi perhatian

khusus kepada proses penyediaan pelan-pelan pembangunan iaitu pelan struktur dan pelan tempatan bagi Kuala Lumpur. Penyediaan pelan-pelan pembangunan ini adalah selaras dengan peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, 1982 (Akta 267). Matlamat utama Jabatan Pelan Induk ialah untuk merancang, memandu arah serta memastikan kerja-kerja dalam penyediaan pelan-pelan pembangunan dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik demi mencapai objektif-objektif berikut:

DATUK BANDARPEJABAT DATUK

BANDAR

UNIT AUDIT DALAM KETUA

PENGARAH

TIMBALAN KETUA PENGARAH

PENTADBIRAN

TIMBALAN KETUA PENGARAH

PEMBANGUNAN

TIMBALAN KETUA PENGARAH

PERKHIDMATAN

LEMBAGA PENASIHAT

• Jabatan Pengurusan Sumber Manusia

• Jabatan Kewangan

• Jabatan Hal Ehwal

Undang-undang

• Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

• Jabatan Pentadbiran

• Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

• Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan

• Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan

• Jabatan Perancang Bandar

• Jabatan Pengangkutan Bandar

• Jabatan Arkitek

• Jabatan Bangunan

• Unit Pembangunan Harta Tanah

• Jabatan Pelan Induk

• Jabatan Kerja Awam

• Jabatan Saliran dan Pengurusan Sungai

• Jabatan Ukur Bahan

• Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

• Unit Rekabentuk Bandar dan Warisan

• Unit Ukur Geomatik

• Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan

• Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar

• Jabatan Pengurusan Perumahan

• Jabatan Perlesenan

• Jabatan Pembangunan Pengurusan Peniaga Kecil

• Jabatan Kesihatan

• Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial

• Unit Penyelenggaraan Bangunan

11 Pejabat Cawangan

• Batu

• Wangsa Maju

• Kepong

• Segambut

• Titiwangsa

• Bukit Bintang

• Lembah Pantai

• Cheras

• Setiawangsa

• Bandar Tun

Razak

• Seputeh

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2007

Page 57: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2057

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

mengkaji semula Pelan Struktur Kuala Lumpur ●setiap 5 atau 10 tahun selaras dengan perkembangan pembangunan, perancangan negara;menyediakan Pelan-Pelan Tempatan selaras ●dengan wawasan, matlamat, strategi dan dasar-dasar perancangan dan strategi pembangunan yang digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur;menyediakan penilaian perancangan untuk menyokong ●aktiviti kawalan pembangunan;menyediakan pelan-pelan susunatur bagi memastikan ●pelbagai pembangunan dapat dirancang dan diatur secara seimbang bersesuaian dengan keperluan infrastruktur dan kesejahteraan alam sekitar; danmenyediakan piawaian dan garispanduan perancangan ●sebagai panduan kepada kawalan pembangunan.

Jabatan Pelan Induk juga terlibat dalam penyelidikan dan penyediaan pangkalan data pembangunan, mengawasi dan mengemaskini pelan dan maklumat perancangan serta menjalankan kajian-kajian khusus di samping memandu aktiviti pembangunan tanah supaya selaras dengan pelan-pelan pembangunan melalui penyediaan laporan kajian penilaian perancangan untuk pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat I dan II (OSC I dan OSC II), iaitu dalam memproses permohonan perancangan dan pembangunan.

Jabatan ini juga bertanggungjawab terhadap perancangan

pembangunan fizikal di Kuala Lumpur. Tugas ini dilaksanakan melalui 3 fungsi utama iaitu:

merancang - menyediakan pelan pembangunan yang ●terdiri daripada Pelan Struktur, Pelan Tempatan dan Pelan Susunatur yang dapat menghasilkan penggunaan tanah secara optimum dan pembangunan yang seimbang dan mapan selaras dengan matlamat, strategi dan dasar pembangunan Negara;mengawas - membangunkan dan menyelenggara ●pangkalan data perancangan yang dikemaskini, mengawasi dan memandu aktiviti pembangunan tanah supaya selaras dengan pelan-pelan pembangunan yang telah diterimapakai serta menyediakan petunjuk bandar dan penandaaras bagi mengukur pencapaian Kuala Lumpur berbanding dengan sasaran ditentukan; dan

Page 58: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2058

menilai - menilai matlamat, strategi dan dasar ●pelan-pelan pembangunan yang diterimapakai dan mengubahsuainya selaras dengan keperluan semasa.

Struktur Organisasi Jabatan Pelan Induk diketuai oleh

seorang Pengarah dan 2 orang Timbalan Pengarah. Jabatan ini mempunyai 4 bahagian utama (sila rujuk Rajah 2.2.4a).

Bahagian Perancangan Strategik

menyediakan Pelan Struktur Kuala Lumpur; ●menyediakan Semakan Pelan Struktur Kuala Lumpur; ●menyediakan Pelan Tempatan Kuala Lumpur; dan ●menyediaan Semakan Pelan Tempatan Kuala Lumpur. ●

Bahagian Penyelidikan dan Pengurusan Maklumat

Bertindak Sebagai Ketua Urus Setia Program LA21 KL; ●Bertindak Sebagai Sekretariat Pelaksanaan Petunjuk ●Bandar Sejahtera (MURNInet);Mengumpul dan Menguruskan Maklumat Perancangan; ●Menguruskan Pelan Digital GIS; ●Menyediakan Kajian-kajian khusus; ●Menguruskan Pusat Sumber Jabatan; dan ●Menguruskan Sistem ICT Jabatan. ●

Bahagian Penilaian Perancangan

Menyediakan Kajian Penilaian Perancangan Yang ●Diarahkan Bagi Membantu Membuat Keputusan Permohonan Perancangan; Menyediakan Pelan Susun Atur Dan Pindaan Pelan ●Susun Atur Yang Diarahkan Bagi Membantu Membuat Keputusan Permohonan Tanah; dan Menyediakan Garis panduan Perancangan Bagi ●Membantu Membuat Keputusan Penilaian perancangan.

Bahagian Pentadbiran

Menguruskan hal ehwal kewangan Jabatan; ●Menguruskan hal pentadbiran Jabatan; dan ●Menguruskan hal perkhidmatan Jabatan. ●

Page 59: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2059

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Raj

ah 2

.2.4

a: S

truk

tur

Org

anis

asi J

abat

an P

elan

Ind

uk, D

ewan

Ban

dara

ya K

uala

Lum

pur

Sum

ber:

Dew

an B

anda

raya

Kua

la L

umpu

r, J

anua

ri 2

008.

Page 60: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2060

Jabatan Perancang Bandar Jabatan Perancang Bandar (JPRB) merupakan jabatan yang

penting dalam sistem pentadbiran perancangan. Ia juga merupakan salah sebuah jabatan yang terbesar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Selain memberikan perkhidmatan kepada orang awam dari aspek kawalan pembangunan, kawalan bangunan dan penguatkuasaan perancangan, Jabatan ini turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil pendapatan bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pentadbiran JPRB diketuai oleh seorang Pengarah dan tiga

orang Timbalan Pengarah. JPRB dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran & Urusetia Mesyuarat, Bahagian Penyelidikan & Perancangan, Bahagian Pemprosesan Permohonan & Penguatkuasaan Perancangan dan Urusetia Pusat Setempat.

Bagi memastikan pembangunan berjalan dengan lancar,

teratur dan seimbang dari setiap aspek sama ada dari aspek pembangunan ekonomi, fizikal mahupun sosial, JPRB umumnya melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

menterjemahkan dasar-dasar kerajaan kepada ●perancangan fizikal;mengawal dan mengatur pembangunan di Kuala ●Lumpur supaya ia dapat menghasilkan pembangunan seimbang dam mapan;menyediakan piawaian dan garis panduan kawalan ●perancangan untuk menjaga kepentingan awam dan keselesaan penduduk;mengemaskini pangkalan data kawalan perancangan; ●menguatkuasakan Akta (Perancangan) Wilayah ●Persekutuan 1982 (Akta 267), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang Kecil Bangunan (WPKL) 1985 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 172); danmemberi khidmat nasihat kawalan perancangan kepada ●agensi kerajaan, pihak swasta dan orang awam.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 15hb Disember 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, dengan penggabungan

Page 61: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2061

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Majlis Bandaraya George Town bersama Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang. MPPP diketuai seorang Yang di-Pertua, seorang Setiausaha Perbandaran, 24 orang Ahli Majlis, 8 jabatan dan beberapa unit di bawah jabatan masing-masing. Jabatan-jabatannya ialah:

Jabatan Khidmat Pengurusan; ●Jabatan Perbendaharaan; ●Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Kesihatan Awam ●dan Perlesenan;Jabatan Bangunan; ●Jabatan Kejuruteraan; ●Jabatan Perancangan Pembangunan; ●Jabatan Penilaian dan Pengurusan Aset; dan ●Jabatan Perkhidmatan Kemasyarakatan. ●

Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, MPPP berfungsi merancang dan menggalakkan pemajuan kawasannya selaras dengan undang-undang dan dasar-dasar pembangunan kerajaan negeri serta negara. Jabatan di MPPP yang bertanggungjawab dalam hal perancangan bandar dan kawalan pemajuan mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ialah Jabatan Perancangan Pembangunan.

Jabatan Perancangan Pembangunan MPPP

Matlamat Jabatan ini ialah menghasilkan satu bandar yang sejahtera bagi seluruh kawasan MPPP mengikut konsep “Penang, the Most Livable City”. Objektif Jabatan ini ialah untuk menentukan pemajuan di Pulau Pinang dijalankan secara teratur dan dirancang supaya ia membawa faedah-faedah sosial, ekonomi dan fizikal yang optima kepada orang ramai di samping mewujudkan suatu suasana yang bersesuaian untuk kehidupan, bekerja dan bermain seperti digariskan dalam matlamat Rancangan Struktur Pulau Pinang 2020.

Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah dan mempunyai 6 bahagian seperti berikut:

Bahagian Kawalan Pemajuan; ●Bahagian Rancangan Pemajuan; ●Bahagian Pentadbiran dan Am; ●Bahagian Penyelidikan dan Projek; ●Unit Pendaftaran Pelan; dan ●Bahagian Lanskap. ●

Page 62: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2062

Bahagian Kawalan Pemajuan bertanggungjawab untuk menerima permohonan kebenaran merancang dan menentukan permohonan diproses mengikut kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Bahagian Rancangan Pemajuan bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Sebelum pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, MPPP telah menyediakan 2 draf Rancangan Struktur iaitu Draf Rancangan Struktur MPPP 1985-2000 dan Draf Rancangan Struktur (Pengubahan) MPPP 2000-2020. Setelah Akta A1129 dilaksanakan, seksyen 8 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 meletakkan tanggungjawab menyediakan Rancangan Struktur ke atas Pengarah JPBD Negeri. Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 telah diwartakan pada 28 Jun 2007.

Bahagian Rancangan Pemajuan juga bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan Tempatan dan lain-lain pelan. Ianya telah menyediakan Rancangan Tempatan Kawasan Bukit Bendera yang telah diwartakan pada 15 April 1999. Bahagian ini juga menggubal polisi-polisi dan garispanduan untuk tujuan kawalan pemajuan dan kegunaan tanah, perancangan pembangunan dan pemeliharaan bandar.

Bahagian Penyelidikan dan Projek bertanggungjawab untuk mengumpul dan menganalisa data, kajian-kajian dan penyelidikan berkaitan dengan perancangan, kawalan pemajuan dan pemeliharaan serta merancang dan memantau projek-projek pembangunan majlis.

Bahagian Landskap bertanggungjawab untuk memproses dan meluluskan permohonan Pelan Landskap yang dikemukakan oleh pemaju dan memproses permohonan bagi mendapatkan Sijil Siap Kerja. Ia juga memproses permohonan penebangan pokok-pokok bagi tujuan pembangunan. Selain itu, Bahagian Landskap ini memantau kerja-kerja penyelenggaraan pemotongan rumput di kawasan lapang dan bahu-bahu jalan kecuali jalan-jalan persekutuan. Bahagian ini juga merancang, menyedia dan melaksanakan projek lanskap serta menyelenggarakan projek tersebut. Penyediaan peralatan untuk rekreasi di kawasan-kawasan lapang MPPP juga dibawah bidangkuasa Bahagian Landskap.

Page 63: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2063

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Sebelum perlaksanaan Pusat Setempat Bagi Cadangan Pemajuan (OSC) di MPPP, Unit Pendaftaran Pelan di Jabatan Perancangan Pembangunan bertanggungjawab untuk menerima pelan-pelan dan mendaftar pelan-pelan tersebut dengan memberikan nombor pelan bagi setiap pelan. Unit Pendaftaran Pelan di Jabatan Perancangan Pembangunan telah diserap menjadi sebahagian daripada Urus Setia Pusat Setempat bagi MPPP. Urus Setia ini memainkan peranan yang penting dalam menjayakan perlaksanaan OSC di MPPP di mana ianya menerima, menyemak dan memantau permohonan pemajuan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan.

Permohonan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat yang terdiri dari Yang Dipertua MPPP sebagai pengerusi dan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPPP sebagai setiausaha. Ahli-ahli lain terdiri dari pengarah atau ketua jabatan-jabatan teknikal masing-masing seperti Pejabat Tanah dan Galian atau Pentadbir Tanah Daerah, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Kesihatan MPPP, Jabatan Kejuruteraan MPPP dan 4 orang ahli majlis. MPPP mempunyai 2 jawatankuasa pusat setempat, iaitu jawatankuasa dalaman dan jawatankuasa luaran. Jawatankuasa dalaman bermesyuarat sekali seminggu manakala jawatankuasa luaran bermesyuarat dua kali sebulan.

Page 64: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2064

Raj

ah 2

.2.4

b : S

truk

tur

Org

anis

asi J

abat

an P

eran

cang

an P

emba

ngun

an, M

ajlis

Per

band

aran

Pul

au P

inan

g

YAN

G D

IPE

TU

A

SET

IAU

SAH

APE

RB

AN

DA

RA

N

PEN

GA

RA

HPE

RA

NC

AN

GA

NPE

MB

AN

GU

NA

N

Bah

agia

n K

awal

an

Pem

ajua

nB

ahag

ian

Ran

cang

an

Pem

ajua

n

Uni

t Ran

cang

anTe

mpa

tan

Uni

t Ran

cang

anK

awas

an K

has

Uni

tPe

nyel

idik

an

& B

ank

Dat

a

Uni

t GIS

&

Kom

pute

risas

i

Uni

t Pen

yela

rasa

n &

Pem

anta

uan

Proj

ek

Uni

t Ran

cang

an /

Das

ar &

Pro

jek

Uni

tPe

nyel

engg

araa

n U

nit

Proj

ek

Bah

agia

n Pe

ntad

bira

nda

n A

mB

ahag

ian

Peny

elid

ikan

& P

roje

k U

nit P

enda

ftara

nPe

lan

Bah

agia

n La

nska

p

Sum

ber:

Maj

lis P

erba

ndar

an P

ulau

Pin

ang,

200

7

Page 65: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2065

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Majlis Bandaraya Shah Alam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditubuhkan dibawah

Akta Kerajaan Tempatan 1976 pada 17 Disember 1978 serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Pentadbirannya bermula pada 1 Januari 1979. Shah Alam diisytiharkan sebagai Bandaraya pada 10 Oktober 2000.

Pembangunan Shah Alam bermula pada tahun 1963 dengan keputusan rasmi kerajaan negeri Selangor membuka bandar baru di Sungai Renggam yang akan dijadikan ibunegeri baru bagi Selangor. Kawasan tersebut yang asalnya ladang kelapa sawit dan getah dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

MBSA di ketuai oleh seorang Datuk Bandar dan seorang Timbalan Datuk Bandar. Ahli Majlis terdiri daripada 23 orang. Terdapat 7 bahagian, dimana 3 adalah dibawah pengawasan Datuk Bandar iaitu Bahagian Pelaburan dan Perdagangan, Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Pengurusan Stadium. 4 lagi bahagian diletak di bawah pengawasan Timbalan Datuk Bandar iaitu Bahagian Tender dan Kontrak, Bahagian Urus Setia Mesyuarat dan Bahagian Pengurusan Hasil (lihat Rajah 2.2.4c).

MBSA mempunyai 14 buah jabatan iaitu:

Jabatan Kewangan; ●Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; ●Jabatan Perancangan; ●Jabatan Taman dan Rekreasi; ●Jabatan Bangunan; ●Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; ●Jabatan Khidmat Pengurusan; ●Jabatan Perkhidmatan Bandar; ●Jabatan Perlesenan dan Penjaja; ●Jabatan Kejuruteraan; ●Jabatan Penguatkuasaan; ●Jabatan Korporat; ●Jabatan Pusat Setempat; dan ●Jabatan Undang-undang. ●

Page 66: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2066

Sum

ber:

Maj

lis B

anda

raya

Sha

h Al

am 2

007

Baha

gian

Pe

ngur

usan

Has

il Ba

hagi

an T

ende

r &

Kon

trak

Ba

hagi

an U

rus

Setia

Mes

yuar

at

Tim

bala

n Se

tiaus

aha

Jaba

tan

Kew

anga

n Ja

bata

n Pe

nila

ian

&

Peng

urus

an

Har

ta

Jaba

tan

Per

anca

ngan

Ja

bata

n Te

knol

ogi

Mak

lum

at &

K

omun

ikas

i

Jaba

tan

Tam

an &

Re

krea

si

Jaba

tan

Bang

unan

Jaba

tan

Khi

dmat

Pe

ngur

usan

Ja

bata

n Pe

rkhi

dmat

an

Band

ar

Jaba

tan

Kor

pora

t Ja

bata

n K

ejur

uter

aan

Jaba

tan

Peng

uatk

uasa

an

Ahli

Maj

lis

DA

TUK

B

AN

DA

R

Baha

gian

Aud

it D

alam

&

Peng

adua

n Aw

am

Baha

gian

Pe

ngur

usan

St

adiu

m

Peja

bat C

awan

gan

Sg. B

uloh

Pe

jaba

t Caw

anga

n K

ota

Kem

unin

g Ti

mba

lan

Dat

uk

Band

ar

Jaba

tan

Und

ang-

Und

ang

Jaba

tan

Pele

sena

n &

Pe

njaj

a

Raj

ah 2

.2.4

c :

Stru

ktur

Org

anis

asi M

ajlis

Ban

dara

ya S

hah

Ala

m

DAT

UK

BA

ND

AR

Page 67: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2067

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Struktur Jabatan Perancangan di MBSA

Jabatan Perancangan di MBSA mempunyai saiz yang lebih besar (70 orang pada akhir tahun 2007) jika dibandingkan dengan pihak berkuasa tempatan yang lain kecuali DBKL kerana saiz kawasan pentadbiran Shah Alam menjangkau 290.3 km persegi. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah, 6 pegawai perancang bandar (seorang mengetuai setiap bahagian) dan 13 penolong pegawai perancang bandar. Terdapat 6 bahagian di dalam jabatan ini seperti berikut:

Bahagian Penguatkuasaan (Zon 1); ●Bahagian Pengurusan Tanah (Zon 2); ●Bahagian Projek Khas (Zon 3); ●Bahagian Rancangan Pemajuan (Zon 4); ●Bahagian Penyelarasan Pelan (Zon 5); dan ●Bahagian Pembangunan Mampan. ●

Kawasan MBSA dibahagikan kepada 5 zon pembangunan mengikut Rancangan Tempatan MBSA dan setiap bahagian dalam Jabatan Perancangan bertanggungjawab mengawal pemajuan kecuali Bahagian Pembangunan Mampan.

Selain mengawal pemajuan di Zon 1 (meliputi seksyen 1-24 di Shah Alam) Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab untuk menguatkuasa dan memantau salahguna tanah, salah guna bangunan dan kawasan sensitif alam sekitar.

Bahagian Pengurusan Tanah bertanggungjawab untuk memproses permohonan pelan susunatur, permohonan tukar syarat tanah, permohonan tanah kerajaan, permohonan lesen menduduki sementara dan permit bahan batuan, penyediaan maklumat pewartaan tanah, memproses permohonan memecah sempadan tanah atau menyatukan tanah, memproses permohonan penamaan jalan dan kawasan, menyemak dan memberi ulasan permohonan permit kenderaan perdagangan, memantau pembangunan dan perancangan kemudahan awam, menyelaras pembangunan dan garispanduan ’gated community’, penyediaan maklumat pengwartaan kawasan lapang dan pengumpulan maklumat gunatanah (GIS) selain mengawal pemajuan di Zon 2 (meliputi seksyen 25-36 di Shah Alam).

Page 68: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2068

Bahagian Projek Khas, selain mengawal pemajuan di Zon 3 (meliputi seksyen U1-U9, kecuali U4 dan U5), bertanggungjawab untuk menyelesaikan petempatan setinggan sifar, memutihkan kilang tanpa kebenaran, serta menganjur seminar dan bengkel perancangan.

Bahagian Rancangan Pemajuan, selain mengawal pemajuan di Zon 4 (meliputi seksyen U10-U15), bertanggungjawab untuk membantu JPBD Negeri Selangor dalam penyediaan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020, menyediakan Rancangan Tempatan MBSA dan menyediakan kajian pelan induk pembangunan.

Bahagian Penyelarasan Pelan, selain mengawal pemajuan Zon 5 (meliputi Seksyen U16-U20, U4 dan U5), bertanggungjawab untuk memproses permohonan pelan pendirian bangunan, permohonan Pelan Bangunan permohonan tukarguna bangunan, permohonan sijil menduduki bangunan, menyemak dan memberi ulasan permohonan lesen komposit, memantau pembangunan rumah kos rendah serta memantau dan menyelesai aduan awam.

Bahagian Pembangunan Mampan bertanggungjawab untuk menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Mapan, mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Petunjuk Bandar (MURNInet) MBSA dan mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Program Bandar Selamat. Selain itu bahagian ini juga menyelaras kursus, bengkel, seminar atau dialog dan taklimat pelawat. Bahagian ini juga berfungsi mengumpul maklumat (MURNInet, Bandar Selamat, Maklumat Am dan Kemiskinan Bandar). Ia juga menyelaraskan Laporan Local Agenda 21 (LA21) di MBSA serta menyelaras pengangkutan awam.

Di MBSA, Urusetia Pusat Setempat telah dinaiktaraf sebagai sebuah jabatan dan bukan terletak di bawah Jabatan Perancangan seperti di pihak berkuasa tempatan lain.

Struktur organisasi Jabatan Perancangan, MBSA, seperti di Rajah 2.2.4d.

Page 69: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2069

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

P

EN

GA

RA

H

PE

NTA

DB

IRA

N

PE

NG

UA

TKU

ASA

AN

&

KP

ZO

N 1

( SE

K. 1

- 24

)

PEG

AWAI

PER

ANCA

NG

BA

ND

AR

• 1

Pen.

Peg

awai

Per

. Ba

ndar

Kan

an

• 1

Pen.

Peg

awai

Per

. Ba

ndar

1 Ju

rute

knik

Per

anca

ng

Band

ar K

anan

5 Ju

rute

knik

Per

anca

ng

Band

ar

• 1

Pem

bant

u Ta

dbir

PE

NG

UR

USA

N T

AN

AH

&

KP

ZO

N 2

( SE

K. 2

4 - 3

6 )

PEG

AWAI

PER

ANCA

NG

BA

ND

AR

• 3

Pen.

Peg

awai

Per

. Ba

ndar

1Jur

utek

nik

Pera

ncan

g Ba

ndar

Gre

d Te

rtin

ggi

• 6

Juru

tekn

ik P

eran

cang

Ba

ndar

1 Pe

mba

ntu

Tadb

ir

PR

OJE

K K

HA

S &

K

P Z

ON

3 (

SEK

. U1

- U9

ke

cual

i U4,

U5

)

PEG

AWAI

PER

ANCA

NG

BA

ND

AR

• 2

Pen.

Peg

awai

Per

. Ba

ndar

6 Ju

rute

knik

Per

anca

ng

Band

ar

• 1

Pem

bant

u Ta

dbir

PE

NYE

LAR

ASA

N P

ELA

N

&

KP

ZO

N 5

( SE

K. U

4, U

5,

U16

- U20

)

PEG

AWAI

PER

ANCA

NG

BA

ND

AR

• 3

Pen.

Peg

awai

Per

. Ba

ndar

6 Ju

rute

knik

Per

anca

ng

Band

ar

• 1

Pem

bant

u Ta

dbir

BA

HA

GIA

N

PE

MB

AN

GU

NA

N

MA

MP

AN

• 2

Pen.

Peg

awai

Per

. Ba

ndar

3 Ju

rute

knik

Per

anca

ng

Band

ar

RA

NC

AN

GA

N P

EM

AJU

AN

&

KP

ZO

N 4

( SE

K. U

10 -

U15

)

PEG

AWAI

PER

ANCA

NG

BA

ND

AR

• 2

Pen.

Peg

awai

Per

. Ba

ndar

7 Ju

rute

knik

Per

anca

ng

Band

ar

• 1

Pem

bant

u Ta

dbir

PEG

AWAI

PER

ANCA

NG

BA

ND

AR

Raj

ah 2

.2.4

d : S

truk

tur

Org

anis

asi J

abat

an P

eran

cang

an B

anda

r, M

ajlis

Ban

dara

ya S

hah

Ala

m

Page 70: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2070

2.2.5 PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN YANG DIPERBADANKAN

Di Semenanjung Malaysia terdapat kawasan yang dibangunkan sebagai kawasan pembangunan khusus dan unik mengikut keperluan serta ciri-ciri setempat. Kawasan-kawasan ini telah dibangunkan dan ditadbir sebagai satu kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperbadankan melalui akta yang digubal khusus bagi maksud pembangunan masing-masing.

Perbadanan Putrajaya

Pemajuan Wilayah Persekutuan Putrajaya bertitik tolak daripada keperluan mengimbangi dan menyebar pemajuan ke kawasan di luar Lembah Kelang dan untuk mewujudkan satu pusat pentadbiran baru yang lebih cekap dan berkesan. Ianya satu keputusan yang dimotivasikan oleh kehendak kerajaan untuk memperbaiki persekitaran bandar dan kualiti hidup dan mengurangkan tekanan pembangunan dan infrastruktur di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

Satu perjanjian telah termeterai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor pada 20 Julai 1995 berikutan daripada keputusan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan satu kawasan baru sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di luar Kuala Lumpur. Perjanjian tersebut termaktub di bawah subseksyen 80(5) Perlembagaan Persekutuan. Melalui perjanjian tersebut, Kerajaan Persekutuan boleh melaksanakan mana-mana fungsi Kerajaan Negeri Selangor termasuk menubuhkan pihak berkuasa tempatan untuk mentadbir dan mengurus kawasan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan.

Perbadanan Putrajaya ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536), setelah Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memindahkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan ke Perang Besar (nama asal bagi Putrajaya). Di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) juga, Perbadanan Putrajaya telah dikorporatkan pada tahun 1996 sebagai sebuah badan korporat. Selaku pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan, Perbadanan Putrajaya bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub di dalam

Page 71: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2071

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Bahagian II Subseksyen 3(2), Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536).

Matlamat utama penubuhan Perbadanan Putrajaya ialah untuk membangun, mentadbir dan mengurus Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan. Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif telah digariskan iaitu:

melaksanakan fungsi sebagai Kerajaan Tempatan di ●dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; memaju, menggalak, memudah dan mengusahakan ●pembangunan ekonomi dan sosial di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya;memaju, menggalak, memudah dan mengusahakan ●pembangunan komersil, pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; danmengawal dan menyelaraskan perlaksanaan aktiviti- ●aktiviti kediaman di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Fokus pembangunan perlu selaras dengan Wawasan Perancangan Pembangunan Putrajaya iaitu ke arah kesempurnaan hidup dengan mengutamakan pembangunan insan dan masyarakat di samping mewujudkan persekitaran kehidupan bermasyarakat yang serba lengkap, memupuk semangat kejiranan dan kekeluargaan serta menggalakkan interaksi di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan di dalam Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536), sistem pentadbiran Perbadanan Putrajaya telah dibahagikan kepada beberapa jabatan (lihat Rajah 2.3.5).

Ahli Lembaga Pengarah menduduki hierarki tertinggi yang bertindak selaku peneraju di dalam pengurusan Perbadanan Putrajaya. Ianya terdiri daripada seorang Presiden yang berperanan sebagai Pengerusi, Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan anggota-anggota lain daripada sektor swasta. Ahli-ahli Lembaga Pengarah dilantik oleh Perdana Menteri seperti yang termaktub di dalam Bahagian II, Subseksyen 5(1) Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536). Presiden Perbadanan juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan seperti yang termaktub di dalam bahagian II, Subseksyen 14(1), Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536).

Page 72: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2072

Terdapat 5 buah jabatan yang merupakan penggerak kepada pembangunan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Jabatan Perkhidmatan Korporat, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Jabatan Pembangunan Bandar, Jabatan Perancangan Bandar dan Jabatan Landskap dan Taman.

Page 73: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2073

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

PRE

SID

EN

PER

BA

DA

NA

N P

UT

RA

JAYA

JAB

ATA

N A

UD

ITD

AL

AM

AN

PEJA

BAT

S/U

PE

RB

AD

AN

AN

/ JA

B. U

ND

AN

G-U

ND

AN

G

BA

HA

GIA

NU

ND

AN

G -

UN

DA

NG

JAB

. PE

RK

HID

MAT

AN

K

OR

POR

AT

JAB

.PE

MB

AN

GU

NA

N

BA

ND

AR

JAB

.PE

RA

NC

AN

GA

N

BA

ND

AR

JAB

.L

AN

DSK

AP

&

TAM

AN

JAB

. PE

RK

HID

MAT

AN

B

AN

DA

R

Bhg

.Pe

ranc

anga

n

Bhg

.K

ewan

gan

Bhg

. Pen

guru

san

Sum

ber

Bhg

.Pe

ntad

bira

n

Bhg

. Per

hubu

ngan

Aw

am

Bhg

. Ict

Bhg

. Kaw

alan

B

angu

nan

Bhg

. Kaw

alan

In

fras

trukt

ur &

Pe

nyel

engg

araa

n

Bhg

. Kon

trak

&

Uku

r Bah

an

Bhg

. Pem

bang

unan

K

emud

ahan

Aw

am

Bhg

.Pe

ranc

anga

n

Bhg

. Ala

m S

ekita

r,Ta

sik

& W

etla

nd

Bhg

. Pen

tadb

iran

Tana

h &

Pen

ilaia

n

Bhg

. Per

anca

ngan

&

Kaw

alan

La

ndsk

ap

Bhg

. Pem

bang

unan

Ta

man

Bhg

. Pen

guru

san

&

Peny

elen

ggar

aan

Bhg

. Hor

tikul

tur &

Su

mbe

r Lan

dska

p

Bhg

. Pen

gang

kuta

n &

Tra

fik

Bhg

. Per

khid

mat

an

Kom

uniti

Bhg

. Kom

ersi

l,Pe

ngem

bang

an P

erni

agaa

n &

Pe

lese

nan

Bhg

. Kaw

alan

Keb

ersi

han

Ban

dar R

aya

Bhg

.Pe

ngua

tkua

sa

Raj

ah 2

.2.5

: C

arta

Org

anis

asi P

erba

dana

n P

utra

jaya

Sum

ber:

Per

bada

nan

Putr

ajay

a, L

apor

an T

ahun

an 2

006

Page 74: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2074

Jabatan Perancangan Bandar Perbadanan Putrajaya

Berbanding dengan jabatan perancangan bandar di pihak berkuasa tempatan yang lain, Jabatan Perancangan Bandar di Perbadanan Putrajaya memainkan peranan yang lebih meluas meliputi aspek pengurusan alam sekitar, hidrologi dan kawasan tadahan serta pengurusan tanah. Objektif utama penubuhan Jabatan Perancangan Bandar di Perbadanan Putrajaya ialah untuk merancang, mengkaji dan meluluskan pelan pembangunan Putrajaya serta menyelaras pelaksanaan pembangunan berdasarkan Pelan Induk Putrajaya dan garis panduan yang telah disediakan. Jabatan ini bertanggungjawab untuk:

merancang, mengkaji dan meluluskan pelan-pelan ●pembangunan Putrajaya dan menyelaras perlaksanaan pembangunan berdasarkan kepada Pelan Induk Putrajaya dan garis panduan yang telah disediakan;merangka dan melaksanakan pelbagai dasar dan aspek ●berkaitan perancangan bandar yang merangkumi pelan induk, rancangan pemajuan, rekabentuk bandar, pelan pengangkutan dan lain-lain aspek berkaitan kualiti kehidupan bandaraya;menyediakan tata cara dan garispanduan yang ●merangkumi prosedur kelulusan Kebenaran Merancang, prosedur penguatkuasaan perancangan, garispanduan reka bentuk bandar, pencahayaan bangunan dan aktiviti tasik serta lain-lain garispanduan yang berkaitan;merancang dan melaksanakan pembangunan kawasan ●Presint Diplomatik;mentadbir, mengurus alam sekitar, kawasan tadahan, ●sistem pengairan dan saliran dan memantau kerja tanah dan keperluan alam sekitar bagi kedua-dua Fasa Pembinaan dan Operasi melalui perancangan, pengawasan, audit serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam sekitar di Putrajaya;menguruskan pelbagai urusan pentadbiran tanah ●seperti permohonan yang berkaitan dengan pembangunan tanah, pengambilan tanah, pendaftaran dan pengeluaran hak milik, urusniaga dan lain-lain transaksi tanah, kutipan hasil tanah serta memproses pemilihan pembeli Rumah Mampu Milik (RMM) bagi kawasan Putrajaya; dan

Page 75: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2075

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

menguruskan Tasik Putrajaya dan Wetland dari aspek ●perancangan dan pembangunan (meliputi kawasan persisiran, pembangunan kemudahan awam serta infrastruktur yang berkaitan dengan aktiviti tasik); operasi dan penyelenggaraan Tasik dan Wetland (termasuk pemantauan kualiti air, struktur, ekologi dan hidologi); serta kawalan dan penguatkuasaan (termasuk penyelarasan penggunaan serta penguatkuasaan aktiviti).

Struktur organisasi Jabatan Perancangan Bandar di Perbadanan Putrajaya diperkukuh dengan tiga bahagian profesional dalam bidang masing-masing iaitu Bahagian Perancangan Bandar, Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetlands dan Bahagian Pentadbiran Tanah dan Penilaian (lihat Rajah 2.2.5a).

Page 76: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2076

Unit Perancangan &

Pengawasan Alam Sekitar

Unit Penguatkuasaan

Alam Sekitar

Unit Tasik & Hidrologi

PENGARAH

Unit Kawalan Reka Bentuk

Bandar

Unit Kawalan Pembangunan

Unit Rancangan

Pembangunan

Urus Setia Pusat

Setempat

BAHAGIAN PERANCANGAN

BANDAR

BAHAGIAN ALAM SEKITAR, TASIK &

WETLAND

Unit Pentadbiran

Tanah

Unit Penilaian

BAHAGIAN PENTADBIRAN

TANAH & PENILAIAN

Rajah 2.2.5a : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya

Page 77: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2077

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Bagi memperkukuhkan lagi struktur organisasi Perbadanan Putrajaya amnya dan Jabatan Perancangan Bandar, khususnya, pada tahun 2004, Bahagian Lanskap dinaiktaraf sebagai satu jabatan tersendiri manakala Unit Infrastruktur dan Utiliti diletakkan di bawah Jabatan Pembangunan Bandar. Dengan itu fungsi Jabatan Perancangan Bandar di Perbadanan Putrajaya tertumpu kepada empat perkara iaitu kawalan pemajuan, penyediaan rancangan pemajuan, kaedah-kaedah dan garispanduan perancangan, hal-hal permohonan mengenai tanah dan penilaian serta pengurusan alam sekitar.

Bahagian Perancangan Bandar mempunyai 4 unit iaitu:

Unit Kawalan Rekabentuk Bandar; ●Unit Kawalan Pembangunan; ●Unit Rancangan Pembangunan; dan ●Urusetia Pusat Setempat. ●

Unit Kawalan Rekabentuk Bandar menyediakan Garispanduan Rekabentuk Bandar Terperinci (’Detailed Urban Design Guidelines’) untuk presint-presint di Putrajaya. Di Putrajaya, usaha ke arah rekabentuk bandar dan perancangan landskap yang baik dicapai melalui penggunaan garispanduan tersebut yang disediakan di tahap presint. Garispanduan tersebut menggariskan ciri-ciri am dan suasana setiap plot pemajuan dan dalam masa yang sama menyelaraskan dengan parsel pemajuan yang berhampiran serta presint tersebut secara keseluruhan. Dengan ini, Garispanduan Rekabentuk Bandar Terperinci menggalakkan persekitaran bandar melalui kandungan elemen-elemennya, menggabungkannya untuk mencerminkan petempatan dan ciri-ciri yang unik. Ini dicapai berpandukan prinsip-prinsip seperti struktur bandar, bentuk bandar dan ciri atau sifat bandar. Garispanduan tersebut telah digunapakai untuk mewujudkan ruang bandar dan koridor-koridor yang unik supaya mudah dikenalpasti seperti Putrajaya Boulevard dan Dataran Putrajaya.

Unit Kawalan Pembangunan menyediakan draf undang-undang, kaedah-kaedah dan garispanduan untuk tujuan menimbangkan permohonan kebenaran merancang. Unit ini mengikut peruntukan Pindaan Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976) 2005 serta Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 1997 secara amnya untuk tujuan kawalan pemajuan di Putrajaya.

Page 78: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2078

Unit Pentadbiran Tanah dan Penilaian bertanggungjawab terhadap hal-hal menyentuh permohonan tanah serta penilaian tanah. Ia membantu Urusetia Pusat Setempat dalam memproses permohonan tanah.

Unit Rancangan Pembangunan menyediakan data dan analisis untuk penyediaan rancangan pemajuan di Putrajaya. Rancangan Struktur Putrajaya dan Sebahagian Sepang menyediakan asas rangka perancangan untuk memenuhi keseluruhan kehendak kerajaan Wilayah Persekutuan Putrajaya, melalui strategi-strategi yang cekap dan meluas. Konsep perancangan di Putrajaya menggunakan konsep ’Bandar Dalam Taman’ dan berteraskan Doktrin Perancangan Sejagat (’Total Planning Doctrine’). Pelan Induk Putrajaya dijadikan panduan untuk perlaksanaan pemajuan gunatanah dan infrastruktur dan semua bentuk fizikal untuk seluruh 4581.1 hektar kawasan Putrajaya.

Ianya mengekalkan konsep ”Bandar Dalam Taman dan Bandar Pintar Alaf 21” (”Garden and Intelligent City of the 21st Century”). Unit Rancangan Pembangunan telah menyediakan Rancangan Tempatan untuk presint-presint di Putrajaya. Sehingga tahun 2007, beberapa Rancangan Tempatan telahpun diwartakan iaitu Rancangan Tempatan bagi Presint 1 dan 13, Presint 7,8,9,10 dan Presint 11. Rancangan Tempatan yang masih dalam peringkat penyediaan ialah untuk Presint 2,3,4 dan 18 dan juga Presint 14 dan 15.

Urusetia Pusat Setempat menerima dan memproses permohonan Kebenaran Merancang serta permohonan mengenai tanah bagi tujuan pembangunan seperti permohonan pecah sempadan atau penyatuan tanah atau tukar-syarat tanah. Permohonan disampaikan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat di Putrajaya untuk keputusan. Piagam pelanggan Jabatan ini menyatakan bahawa permohonan Kebenaran Merancang bagi pelan susunatur dan pendirian bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap. Permohonan Kebenaran Merancang bagi mendirikan bangunan bagi rumah sesebuah akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan lengkap. Manakala kelulusan pelan pra-hitungan atau pindaannya akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan lengkap.

Jabatan Perancangan Bandar Putrajaya merupakan satu-satunya jabatan perancangan di pihak berkuasa tempatan di

Page 79: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2079

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Malaysia yang dilengkapkan dengan pengurusan alam sekitar. Ini dilihat sebagai usaha bersepadu terhadap pencapaian pembangunan mampan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland mempunyai 5 unit iaitu Unit Perancangan dan Kawalselia, Unit Penguatkuasaan (Projek Perbadanan Putrajaya dan Kemudahan Awam), Unit Penguatkuasaan (Projek Putrajaya Holdings Sdn. Bhd.), Unit Pengurusan Hidrologi dan Unit Pengurusan Pengairan. Bahagian ini berfungsi untuk memastikan alam sekitar dilindungi dan dipulihara dengan mengintegrasikan aspek alam sekitar dalam semua peringkat perancangan, pembangunan dan operasi Putrajaya. Ia juga memastikan cadangan pembangunan yang dicadangkan mematuhi peraturan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Pengurusan Alam Sekitar dan memastikan kerja-kerja di tapak pembinaan tidak merosakkan alam sekitar.

Program pemantauan kualiti air, udara dan bunyi bising dijalankan sekali setiap bulan bagi memastikan kualiti alam sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya terus terpulihara. Bahagian ini melaksanakan program pemantauan hidrologi, hujan dan cuaca sekali setiap bulan bagi memastikan pengurusan hidrologi dan kawasan tadahan yang sistematik. Ia memproses permohonan penggunaan tasik dan pengambilan air serta melaksanakan kerja-kerja pengurusan tasik bagi mencapai tahap kualiti air yang baik supaya boleh digunakan bagi pelbagai aktiviti dengan selamat.

Bahagian Pentadbiran Tanah dan Penilaian bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir tanah dan mewujudkan bank data tanah di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia juga membuat penilaian bagi maksud cukai taksiran dan sumbangan membantu kadar, membuat tuntutan sumbangan membantu kadar, mengemaskini Borang I yang telah diterima dan merekod alamat pemilik harta yang diterima serta menjadi Urus Setia bagi Mesyuarat Bantahan.

Kakitangan Jabatan Perancangan Bandar ini merupakan mereka yang arif mengenai bidang-bidang serta aspek-aspek yang terlibat dalam perancangan sesebuah bandar. Hasil gabungan 3 bahagian tersebut di dalam Jabatan Perancangan Bandar telah menghasilkan perancangan yang lebih holistik. Dengan terbahaginya Jabatan Perancangan Bandar ini kepada 3 bahagian tersebut juga, urusan meluluskan sesebuah

Page 80: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2080

cadangan pembangunan akan menjadi lebih singkat. Hampir kesemua aspek perancangan, termasuk Alam Sekitar, Landskap, Hidrologi dan Bahagian Tanah, terletak di bawah satu jabatan. Ini memudahkan urusan penyemakan dan memendekkan masa memproses permohonan pembangunan.

Perbadanan Labuan Perbadanan Labuan juga merupakan pihak berkuasa

perancang tempatan yang diperbadankan oleh statut iaitu Akta Perbadanan Labuan 2001. Struktur organisasinya kecil berbanding dengan DBKL dan Perbadanan Putrajaya. Perbadanan Labuan mempunyai satu Lembaga Pengarah dan satu Majlis Penasihat. Majlis Penasihat berfungsi untuk menasihati Perbadanan berhubung dengan fungsi-fungsi kerajaan tempatan yang dijalankan oleh Perbadanan. Terdapat seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Perbadanan untuk mengawal secara am semua pegawai dan pekhidmatan lain di bawah Perbadanan. Terdapat 3 jabatan yang bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Eksekutif iaitu:

Jabatan Perhubungan Awam; ●Jabatan Audit Dalam; dan ●Jabatan Perundangan. ●

Terdapat 2 orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang

mana seorang mengetuai Bahagian Pengurusan dan seorang lagi mengetuai Bahagian Pembangunan. Struktur organisasi Perbadanan Labuan adalah seperti di Rajah 2.2.5b.

Fungsi perancangan bandar dijalankan oleh Bahagian

Perancangan dan Kawalan Pembangunan yang terletak di bawah pengawasan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan). Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah yang merupakan seorang perancang bandar. Terdapat seorang penolong pengarah dan empat orang juruteknik dalam bahagian ini. Bahagian ini dibahagikan kepada 3 unit iaitu:

Unit Perancangan; ●Unit Kawalan Pembangunan; dan ●Unit Landskap. ●

Unit perancangan berfungsi menyemak laporan cadangan pemaju yang dikemukakan oleh pemaju serta memberi khidmat nasihat amalan perancangan. Unit ini juga menjalankan kajian perancangan pembangunan bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Page 81: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2081

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Unit Kawalan Pembangunan menjalankan fungsi memproses kelulusan pelan tatatur dan pelan landskap. Unit ini juga memproses permohonan pelan pecah sempadan atau bahagian dan tukar syarat tanah. Selain itu, unit ini membuat pemeriksaan dan mengulas permohonan kebenaran merancang. Buat masa ini, undang-undang perancangan yang digunakan ialah Ordinan Tanah Sabah (Cap. 68). Selaras dengan itu, unit ini berfungsi juga untuk menyediakan garis panduan perancangan dan pembangunan, pelan pengezonan dan pelan induk landskap. Usaha sedang dijalankan di Jabatan Peguam Negara untuk menguatkuasakan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di Labuan.

Unit Landskap berfungsi memberi perkhidmatan dan penyeliaan landskap di Wilayah Persekutuan Labuan. Ianya menyelaras cadangan projek landskap di antara Perbadanan Labuan, perunding dan pihak pemaju. Unit ini akan di naik taraf sebagai sebuah bahagian tersendiri di masa terdekat.

Rajah 2.2.5b : Struktur Organisasi Perbadanan Labuan

LEMBAGA PENGARAH

PERHUBUNGAN AWAM

AUDIT DALAM

PERUNDANGAN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

MAJLISPENASIHAT

TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

(PENGURUSAN)

TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

(PENGURUSAN)

TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

(PEMBANGUNAN)

• Harta dan Penilaian• Khidmat Pengurusan• Pengurusan Sumber Manusia• Teknologi Maklumat• Pelancongan & Kebudayaan• Pengurusan Kewangan• Perpustakaan Awam

• Pembangunan dan Kejuruteraan• Perancangan dan Kawalan

Pembangunan • Perbandaran dan Kerajaan

Tempatan• Pelaburan dan Sosio Ekonomi• Unit Ukur Bahan

Sumber : Perbadanan Labuan 2008

Page 82: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2082

Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang

Pada tahun 1977, Kerajaan Negeri Johor telah menguat-kuasakan beberapa peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (di bawah seksyen 7) keatas kawasan Pasir Gudang. Kerajaan Negeri Johor juga telah melantik Johor Corporation untuk menguruskan kawasan perindustrian Pasir Gudang secara korporat dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta tersebut. Johor Corporation telah menubuhkan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBT Pasir Gudang) sebagai pihak berkuasa tempatan bagi kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di Johor yang berkeluasan 8923 hektar. PBT Pasir Gudang merupakan pihak berkuasa tempatan yang dikorporatkan dan tidak ditubuhkan di bawah Akta Parlimen tersendiri sepertimana Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

PBT Pasir Gudang diketuai oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Penasihat dan Jawatankuasa Penyelarasan. Setiausaha dan Timbalan Setiausaha di PBT Pasir Gudang dipertanggungjawabkan untuk mengurus 7 buah jabatan, iaitu:

Jabatan Kemasyarakatan; ●Jabatan Pengurusan Harta; ●Jabatan Kewangan dan Pentadbiran; ●Jabatan Penguatkuasa; ●Jabatan Perkhidmatan Bandar; ●Jabatan Teknikal; dan ●Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan. ●

Fungsi kawalan pembangunan dijalankan oleh Bahagian Kelulusan Merancang dan Pelan Bangunan, iaitu salah satu bahagian yang terletak di bawah Jabatan Teknikal. Bahagian ini hanya mempunyai seorang pegawai perancang bandar dan seorang pembantu teknik. PBT Pasir Gudang telah dinobatkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai sebuah model penswastaan pihak berkuasa tempatan pada tahun 1991. Pasir Gudang juga telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai ’Bandar Perindustrian Sihat’. Struktur Organisasi PBT Pasir Gudang adalah seperti di Rajah 2.2.5c.

Page 83: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2083

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 2.2.5c : Struktur Organisasi Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang

YANG DIPERTUA

SETIAUSAHA

BahagianAudit Dalaman

JABATAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN

JABATAN TEKNIKALJABATAN

PERKHIDMATAN BANDAR

JABATANPENGUATKUASAAN

JABATANKEWANGAN /

PENTADBIRAN

JABATANKEMASYARAKATAN

JABATAN PENGURUSAN

HARTA

• Bhg. Kewangan• Bhg. Komputer• Unit Pentadbiran Am• Unit Perancangan

Korporat• Unit Perjawatan /

Latihan

• Unit Perpustakaan Awam

• Unit Sukan / Pelancongan / Kebudayaan

• Unit Muzium / Seramik• Unit Tanah/Bangunan /

Sewa• Unit Perlesenan /

Penilaian Harta

• Bhg. Penyelenggaraan• Bhg. Pembangunan Projek• Bhg. Kelulusan

Merancang Pelan & Bangunan

• Unit Kebersihan• Unit Landskap• Unit Kesihatan• Unit Kualiti

• Unit Keselamatan

Sumber : Perbadanan Labuan, 2006.

Page 84: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2084

2.2.6 PERKHIDMATAN PERANCANGAN OLEH AGENSI PEMBANGUNAN WILAYAH

Pentadbiran perancangan wilayah di Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

Lembaga Pembangunan Wilayah; ●Skim Pembangunan Tanah; dan ●Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah. ●

Lembaga Pembangunan Wilayah

Pendekatan pembangunan wilayah yang digunapakai bagi merealisasikan Rancangan Malaysia Lima Tahun Pertama (1965-1970) untuk meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar telah menyaksikan penubuhan Lembaga Pembangunan Wilayah (RDA). Pada 1970-an DARA, JENGKA, KEJORA, KETENGAH, KEDA, PERDA dan KESEDAR telah dibentuk bagi membangunkan bandar-bandar baru di kawasan luar bandar dalam usaha menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dalam negara. Keluasan kawasan bagi ketujuh-tujuh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah tersebut meliputi 31% daripada keseluruhan keluasan tanah di Semenanjung Malaysia.

Objektif asal penubuhannya ialah untuk menangani pembangunan sumber sempadan (‘resource frontier development’) iaitu:

Mengurangkan ketidak-seimbangan ekonomi; ●Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan; ●Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi; dan ●Membangunkan kawasan luar bandar. ●

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

DARA telah ditubuhkan pada September 1971 bagi membolehkan rancangan pembangunan yang dirancang berjalan dengan lebih lancar dan tersusun. DARA ditubuhkan untuk memajukan kawasan seluas 1 juta hektar yang terletak di Tenggara Pahang.

Lembaga pembangunan wilayah ini ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan sosio-ekonomi wilayah tersebut dan bukan hanya tertumpu sepenuhnya kepada

Page 85: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2085

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

perancangan fizikal. Ianya ditubuhkan melalui Akta Parlimen dan diterima pakai melalui enakmen negeri.

Allahyarham Tun Abdul Razak semasa menjelaskan kepada

rakyat mengenai penubuhan DARA menyatakan bahawa, kerajaan membuka kawasan-kawasan di Pahang Tenggara ini dan membangunkan bandar-bandar baru bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk, kediaman yang sempurna dan mempunyai masa depan yang terjamin.

Penubuhan Lembaga Kerajaan Pahang Tenggara dan melaui

Akta Parlimen ini telah berjaya memajukan kawasan Pahang Tenggara yang dahulunya dipenuhi oleh hutan rimba. Beberapa bandar baru yang lengkap infrastrukturnya telah dibangunkan dan dibuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk.

Antara fungsi, peranan dan tanggungjawab DARA ialah:

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan ●pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Pahang Tenggara;Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan ●pembangunan kawasan kediaman, pertanian, perusahaan dan perdagangan dalam kawasan Pahang Tenggara; danMengawal dan menyelaraskan perlaksanaan kegiatan- ●kegiatan pembangunan dalam kawasan Pahang Tenggara.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Keluasan wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan jumlah keluasan 300, 111 hektar. Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah seluas 149, 009 hektar dan Pengerang seluas 151, 356 hektar. Ia terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (25%). KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Parlimen 75 (Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara).

Page 86: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2086

Objektif penubuhan KEJORA ialah:

Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi; ●Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan; dan ●Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. ●

Antara peranan dan tanggungjawab KEJORA ialah:

Memaju dan menggalakkan ekonomi dan sosial; ●Pembangunan tempat tinggal; ●Pembangunan pertanian; ●Pembangunan perusahaan; dan ●Mengawal dan menyelaras perlaksanaan aktiviti sosial ●dan ekonomi.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan salah satu kawasan pembangunan wilayah di letakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengikut Dasar Ekonomi Baru Malaysia.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Objektif adalah berasaskan Perancangan Strategik KETENGAH sepuluh tahun (2001-2010) dengan matlamat :

Melahirkan sekurang-kurangnya 5,000 orang ●“Ketengah - MAN” atau ringkasnya K-Man yang mempunyai ciri-ciri purata pendapatan bulanan tidak kurang RM2,000, komputer peribadi di setiap rumah, berpendidikan sekurang-kurangnya SPM, anak-anak belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT), mempunyai kereta serta berperibadian mulia.

Page 87: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2087

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Memberi tumpuan yang jitu ke arah pembangunan ●usahawan dengan bermatlamat untuk menambah pendapatan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) kepada sekurang-kurangnya RM1,000 ke atas;Menjadikan kawasan-kawasan indah di Wilayah ●KETENGAH termasuk Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancong terkemuka di rantau Asia Tenggara;Melahirkan masyarakat KETENGAH yang celik ●komputer bagi membolehkan segala pengetahuan yang diperolehi diaplikasikan dalam pelbagai bidang kerja;Mewujudkan peluang-peluang perniagaan yang ●berpasukan pasaran dalam pelbagai bidang termasuk berasaskan sumber dan perkhidmatan dalam usaha melahirkan usahawan dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan di Wilayah KETENGAH; Pengwujudan peluang-peluang pekerjaan dengan ●pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan juga industri berat;Mengadakan kemudahan pendidikan dan latihan untuk ●penduduk memperolehi peluang bagi mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan ilmu untuk lebih berdaya saing;Meneruskan aktiviti penyediaan kemudahan fizikal ●untuk mempertingkatkan kualiti hidup; dan Melaksanakan pendekatan baru Pembangunan Insan ●berdasarkan matlamat yang jelas sebagai pelengkap kepada program melahirkan K-Man.

Antara fungsi-fungsi KETENGAH ialah:

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan ●pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Terengganu Tengah;Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan ●pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Terengganu Tengah;Mengawal dan menyelaras kegiatan-kegiatan yang ●tersebut di atas dalam kawasan Terengganu Tengah.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya

Page 88: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2088

disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yang berbukit-bukau dimana hampir 50% daripadanya mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°. Walaupun mempunyai kawasan yang luas namun hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian.

Kepentingan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan telah mendorong Kerajaan Persekutuan menubuhkan KESEDAR supaya pembangunan dapat diseimbangkan antara wilayah di negara ini. KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah yang keempat ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA-1971), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA-1972) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973).

Kedudukan kawasan Kelantan Selatan yang jauh daripada Pusat Pentadbiran Kota Bharu telah menyukarkan sebarang bentuk pembangunan. Kemudahan asas, infrastruktur dan sosial disediakan pada tahap paling minima berbanding kawasan lain di negeri ini. Keadaan sebegini telah memberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk.

Kawasan Operasi KESEDAR merangkumi keluasan 1.234 juta

hektar (2/3 daripada keluasan negeri Kelantan) meliputi 4 jajahan. (lihat Jadual 2.2.6)

Jadual 2.2.6 : Keluasan Kawasan Jajahan KESEDAR

Jajahan KeluasanGua Musang 797,976 ha.Kuala Krai 235,689 ha.Jeli 128,304 ha.Tanah Merah 72,263 ha.

Sumber :

Page 89: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2089

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

KEDA telah ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta Parlimen 249 (Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981) bertujuan untuk membantu dan mempercepatkan lagi pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan KEDA.

Misi KEDA ialah berusaha mengeksploitasikan sepenuhnya segala sumber manusia dan ekonomi serta membangunkan kawasan luar bandar bagi mengujudkan satu order sosio-ekonomi yang lebih mantap dan berdaya maju sejajar dengan dasar-dasar pembangunan negara.

Antara fungsi - fungsi KEDA adalah seperti berikut:

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan ●pembangunan ekonomi dan sosial;Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan ●pembangunan kawasan - kawasan pertanian, industri dan perdagangan; danMengawal serta menyelaras pelaksanaan aktiviti - ●aktiviti tersebut di dalam kawasan KEDA.

Objektif KEDA adalah seperti berikut:

Untuk memajukan masyarakat luar bandar khususnya ●golongan sasar KEDA dalam semua bidang sosio ekonomi melalui usaha - usaha pembangunan manusia, latihan, kemahiran, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan taraf hidup; Untuk meningkatkan penyertaan golongan sasar dalam ●kegiatan ekonomi ‘people empowerment’ supaya terdedah kepada aktiviti - aktiviti ekonomi pasaran; dan Untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang ●antara kawasan bandar dan luar bandar dalam wilayah KEDA.

KEDA komited melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan berteraskan ciri - ciri professionalisme serta cekap, amanah dan berkesan bagi mencapai matlamat “Pembangunan Seimbang Rakyat Sejahtera”.

Page 90: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2090

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1983 dibawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282.

Sejarah penubuhan PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983.

Pada 27 Oktober 1990 PERDA telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Berkuatkuasa 15 Ogos 2005, PERDA telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Antara fungsi PERDA ialah:

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan ●pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang;Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan ●pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang; danMengawal dan menyelaras perlaksanaan aktiviti- ●aktiviti yang tersebut di atas dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.

Skim Pembangunan Tanah

Selain daripada Lembaga Kemajuan Wilayah di atas terdapat agensi lain yang menyumbang kepada pembangunan negara seperti FELDA dan FELCRA.

Page 91: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2091

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merupakan sebuah badan berkanun bagi melaksanakan skim pembangunan tanah yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 7 Julai 1956 dan merupakan salah satu daripada badan berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek pembangunan tanah luar bandar serta penempatan semula penduduk. Felda ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956. FELDA menjalankan penyelidikan, perancangan serta pelaksanaan skim-skim kemajuan tanah untuk memperbaiki taraf kehidupan penduduk-penduduk yang menyertai rancangan tersebut. Kawasan FELDA telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perumahan, sekolah, kedai, pos dan lain-lain. Dalam tempoh 50 tahun, FELDA telah memajukan lebih 800,000 hektar kawasan ladang melalui 309 skim pembangunan tanah dengan pelbagai tanaman komersial termasuk getah, kelapa sawit, koko dan tebu di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Antara peranan FELDA ialah:

Berusaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat ●peneroka melalui jentera pengurusan yang berdedikasi dan cekap sepanjang masa serta menyumbangkan kepada kejayaan Wawasan Negara melalui peningkatan hasil, mewujudkan perindustrian yang berdaya-saing, maju dan menguntungkan; danMenggalakan pertumbuhan masyarakat yang maju, ●produktif dan berdisiplin untuk meningkatkan taraf hidup dan menjamin mutu kehidupan yang lebih sempurna.

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. FELCRA merupakan skim pembangunan tanah yang kedua terbesar di Malaysia. Program pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh FELCRA terdiri daripada Pemulihan Tanah, Penyatuan Tanah, Skim Tanah Pemuda dan Projek In-situ.

Page 92: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2092

Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah

Perkembangan terkini menyaksikan penubuhan pihak berkuasa pembangunan wilayah yang menjurus kepada pembangunan sosio-ekonomi melalui tarikan pelabur asing. Penglibatan pihak swasta yang mampu melabur dalam pembangunan wilayah merupakan tonggak utama perkembangan ini. Satu pihak berkuasa ditubuhkan melalui statut yang melibatkan keahlian dari kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak swasta yang terlibat untuk menerajui pembangunan wilayah tersebut. Contohnya, Wilayah Pembangunan Johor Selatan yang juga dikenali sebagai Iskandar Malaysia (Pihak Berkuasa Iskandar Malaysia).

Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia telah ditubuhkan melalui Akta Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 (Akta 664). Iskandar Malaysia merupakan salah satu daripada pembangunan komprehensif di kawasan Selatan Johor yang diwujudkan untuk menjadi pemandu arah kepada pembangunan zon ekonomi di Selatan Negeri Johor. Ianya mempunyai segala elemen yang diperlukan untuk membangun sebagai sebuah metropolis yang dinamik dan bertaraf dunia. Iskandar Malaysia meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi. Visi pembangunan wilayah ini adalah untuk menjadi sebuah metropolis bertaraf antarabangsa yang berdaya saing dan mampan. Iskandar Regional Development Authority (IRDA) merupakan pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menentukan halatuju, dasar dan strategi pembangunan kawasan-kawasan dalam wilayah tersebut. Pihak berkuasa wilayah ini terdiri daripada:

Pengerusi Bersama (Perdana Menteri dan Menteri ●Besar Johor);Setiausaha (Ketua Eksekutif Iskandar Malaysia); ●Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan; ●Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi; ●Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; ●Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor; dan ●Pengarah Pengurusan Khazanah Nasional Bhd. ●

IRDA bertanggungjawab di dalam menyediakan satu Rancangan Pembangunan Komprehensif yang mengandungi cadangan dan strategi pembangunan Iskandar Malaysia termasuk pembangunan fizikal. Rancangan Pembangunan

Page 93: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2093

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Komprehensif ini memuatkan berbagai inisiatif termasuk pengurusan kegunaan tanah, pengurusan dan pemajuan pembandaran, perlindungan, pemeliharaan dan peningkatan sumber alam sekitar semula jadi, taman dan tanah lapang, pembangunan kawasan pantai, dan sebagainya. Fungsi IRDA ini tidak akan bercanggah atau melanggar fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri Johor dari segi perancangan fizikal kerana Rancangan Pembangunan Komprehensif yang disediakan oleh IRDA perlu diluluskan oleh Jawantankuasa Perancang Negeri terlebih dahulu sebelum ianya boleh dikuatkuasa.

Pembangunan Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan melebihi dua (2) kali ganda keluasan Singapura. Iskandar Malaysia juga dipercayai mampu menarik firma besar dan pelabur bertaraf antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.

Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang. Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.

Keunikan Iskandar Malaysia dapat dilihat berdasarkan pembangunan sedia ada seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, Bandar Nusajaya, kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) dengan projek-projek pembangunan yang baru. Projek Pembangunan Nusajaya yang dirancang sebagai sebuah bandar bertaraf dunia terbesar di Asia Tenggara juga termasuk dalam Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia dijangka akan berkembang menjadi sebuah metropolis termaju di selatan Semenanjung Malaysia di mana kemajuan serta kepesatan pembangunan ekonomi, sosial serta persekitaran akan saling membangun dalam suatu suasana yang harmoni. Iskandar Malaysia akan menjadi hub ekonomi Asia Tenggara yang bersifat global.

Page 94: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2094

Rajah 2.2.6 : Zon Pembangunan Iskandar Malaysia

Sumber : Iskandar Malaysia, 2007.

Gambaran Hub Pendidikan

Gambaran Hub Peranginan

Gambaran Hub Perubatan

Zon PembangunanIskandar Malaysia

Page 95: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2095

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Development Region – NCER) telah ditubuhkan melalui Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008 (Akta 687) dan telah dilancarkan pada 30hb Julai 2007. Wilayah ini merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sime Darby Bhd. telah dipertanggungjawab untuk menyediakan pelan komprehensif bagi pembangunan sosio-ekonomi di kawasan terbabit. Tempoh inisiatif ialah dari tahun 2007 sehingga tamat Rancangan Malaysia ke-12 iaitu pada tahun 2025. Objektif NCER adalah untuk membantu wilayah ini memaksimumkan potensi ekonominya dan merapatkan jurang pendapatan di antara pelbagai kawasan yang berlainan di Malaysia. Tema keseluruhan bagi inisiatif koridor utara adalah ”meningkatkan nilai tambah kepada industri yang sedia ada” iaitu memberi tekanan kepada transformasi dan pengembangan sektor pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik di Wilayah ini. Selain itu penekanan juga diberi kepada membangunkan kesaksamaan sosial.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

Pada akhir bulan Oktober 2007, kerajaan telah mengumumkan inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Eastern Corridor Economic Region - ECER) yang melibatkan negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Ekonomi Pantai Timur (Akta 688). Teras pembangunan ECER ialah memajukan sektor pelancongan, industri minyak dan gas asli, industri pembuatan, pertanian, pendidikan, prasarana, perikanan dan pelabuhan.

Pelan Induk yang telah disediakan akan memandu pembangunan wilayah ini bagi tempoh 12 tahun. Berlainan dari NCER, sebuah Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur akan ditubuhkan untuk memandu perlaksanaan Pelan Induk ECER. Majlis ini dipengerusikan Perdana Menteri dan ahli-ahli yang lain ialah Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Besar Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, 2 menteri persekutuan, seorang wakil perkhidmatan awam dan 2 ahli sektor awam. Antara fungsi-fungsi majlis ini ialah:

Page 96: ORGANISASI DAN PENTADBIRAN - townplan.gov.my · 2.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN ... mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

2096

Merangka dasar, arah dan strategi bagi pembangunan ●ECER;Menjadi organ koordinasi utama atau agen berkuasa ●bagi pihak entiti-entiti kerajaan dalam ECER untuk menerima, memproses dan menyegerakan kelulusan sektor perniagaan, pelaburan dan pembangunan dalam ECER;Mempromosi dan merangsang perniagaan, pelaburan ●dan pembangunan dalam ECER;Mempromosi, merangsang dan mempermudahkan ●pembangunan pelancongan, infrastruktur, pertanian, industri dan komersil;Mempromosi pembangunan ekonomi dan sosial; ●Mempromosi pelaburan pihak swasta; dan ●Mengesyorkan kepada entiti-entiti kerajaan insentif ●mengenai cukai, duti kastam dan eksais dan lain-lain insentif kewangan untuk para pelabur.

Kedua-dua wilayah NCER dan ECER ini masih lagi di dalam peringkat awal perancangan kerajaan persekutuan dan masih belum ada struktur pentadbiran yang nyata untuk menerajui pembangunan wilayah ini. Model Wilayah Pembangunan Iskandar hanya untuk wilayah pembangunan yang di dalam sempadan sebuah negeri sahaja manakala NCER melibatkan kawasan dalam 4 buah negeri. Penubuhan satu Pihak Berkuasa Perancang Wilayah di bawah Seksyen 6A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 merupakan struktur pentadbiran yang sedia ada dalam undang-undang yang mungkin digunapakai dalam NCER dan ECER.