pentadbiran kewangan

32
PENTADBIRAN KEWANGAN

Upload: ai-ying

Post on 10-Jun-2015

190 views

Category:

Leadership & Management


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentadbiran kewangan

PENTADBIRAN KEWANGAN

Page 2: Pentadbiran kewangan

SOALAN

Dasar Perolehan Negara bertindak sebagai umpilan (leverage) bagi merealisasikan tanggungjawab kerajaan kepada masayarakat. Sejauh manakah keberkesanan strategi-strategi utama yang wajib diikuti oleh semua agensi kerajaan dalam membantu pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara.

Page 3: Pentadbiran kewangan

DASAR PEROLEHAN KERAJAAN

Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan

Mempertingkatkan keupayaan industri tempatan

Menggalakkan penglibatan usahawan Bumiputera

Untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

Page 4: Pentadbiran kewangan

1.UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

a)AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 (Disemak1972) “Suatu Akta yang diperuntukan bagi pengawalan dan

pengelolaan wang awam Malaysia, dan bagi acara pengakaunan serta kewangan, termasuk acara bagi pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam Persekutuan dan Negeri-negeri dan pembelian, penjagaan dan pelupusan harta awam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya”.

Page 5: Pentadbiran kewangan

Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957

“ Pengelolaan Kumpulan wang Disatukan Persekutuan dan penyeliaan, pengawalan dan arahan semua perkara berhubung dengan hal ehwal kewangan Persekutuan, yang tidak diserahkan khususnya kepada sesiapa oleh sebarang undang-undang lain hendaklah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, diletak hak pada Menteri”

Page 6: Pentadbiran kewangan

b)PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN

(P.U.(A) 206 bertarikh24 Jun 2004)

Tanggungjawab berkaitan Perolehan Kerajaan Menggubal dasar-dasar perolehan Kerajaan Menimbang dan meluluskan tender yang dirujuk ke

Kementerian Kewangan Menimbang dan memutuskan permohonan pengecualian

daripada peraturan perolehan Kerajaan Memberi khidmat nasihat mengenai perolehan Kerajaan Pendaftaran kontraktor bagi bekalan/perkhidmatan dan

perunding Kerajaan

Page 7: Pentadbiran kewangan

c)AKTA PEWAKILAN KUASA 1956 (Disemak 1988) memberi kuasa untuk mewakilkan/menurunkan kuasa

d)AKTA KONTRAK KERAJAAN 1949 (Disemak1973) memberi kuasa/membolehkan Menteri-menteri yang

berkaitan mengikat kontrak. Memberi kuasa/membolehkan Menteri-menteri

menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan mengikat/menandatangani kontrak.

Page 8: Pentadbiran kewangan

e)ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP) (AP 166 HINGGA 206 DAN AP 229 HINGGA

300) menjelaskan dengan terperinci tatacara kewangan dan

perakaunan dalam menguruskan wang awam/kerajaan

f)SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN (SPP) dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk

memperbaiki, melaksana, memaklumkan, menjelaskan dan meminda dasar, peraturan dan tatacara pengurusan kewangan dan tatacara perakaunan.

Page 9: Pentadbiran kewangan

g)PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN (PKP)

Dikeluarkan untuk mengumumkan barangan guna sama yang boleh diperolehi melalui kontrak pusat.

h)SURAT ARAHAN PERBENDAHARAAN Dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk

menjelaskan dan memperingatkan mengenai peraturan dan tatacara perolehan Kerajaan.

Page 10: Pentadbiran kewangan

OBJEKTIF

Menguruskan perolehan secara cekap dan berkesan

Mendapatkan harga yang paling menguntungkan Kerajaan

Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan barangan tempatan

Menggalakkan pemindahan teknologi Sebagai alat untuk mencapai dasar-dasar

nasional

Page 11: Pentadbiran kewangan

PRINSIP

Akauntabiliti Awam  Diuruskan Secara Telus  Memberi Nilai Faedah Yang

Terbaik  Saingan Terbuka  Adil dan Saksama 

Page 12: Pentadbiran kewangan

SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN

~Secara Centralised(Kementerian Kewangan)  ~Secara Decentralised(Kementerian/Jabatan/Agensi Lain)

Page 13: Pentadbiran kewangan

PEROLEHAN KERAJAAN DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA KATEGORI

Kerja•melibatkan kerja-kerja pembinaan seperti bangunan dan kerja perparitan •berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

Bekalan•merangkumi barangan/peralatan yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu program seperti makanan•berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Perkhidmatan

•sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran•terbahagi kepada perkhidmatan perunding dan bukan perunding•berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Page 14: Pentadbiran kewangan

KAEDAH PEROLEHAN

Panjar Wang Runcit•Untuk kegunaan segera•Tidak melebihi RM500.00•Tiada dokumen pembelian diperlukan

(cukup dengan resit sahaja)

Page 15: Pentadbiran kewangan

Kontrak Pusat•Barang-barang guna sama•Perlu rujuk kepada Pekeliling Kontrak•Guna pesanan kerajaan sebagai

dokumen pembelian Contoh: Bas,Kabinet, rak, Perabot

pejabat

Page 16: Pentadbiran kewangan

PEMBELIAN TERUS

Bagi bekalan dan perkhidmatan yang tidak melebihi RM10,000 setahun bagi satu item. Kerajaan dibenarkan membuat pembelian secara terus daripada mana-mana pembekal.Pembekal tidak semestinya berdaftar asalkan harga ditawar berpatutan.

Bagi pembelian bernilai antara RM10,000 hingga RM20,000 setahun bagi 1 item. Pihak pengawai dibenarkan oleh kerajaan untuk membuat pembelian terus daripada pembekal. Pembekal hendaklah telah secara berterusan menawarkan harga berpatutan.

Page 17: Pentadbiran kewangan

REQUISITION (UNTUK PEROLEHAN KERJA)

Pembaikan yang tidak mengubah struktur asal

Kerja-kerja yang bernilai tidak melebihi RM50000 dan mesti mengikut jadual kadar kerja kejuruteraan awam.

Pelawaan kontraktor kelas F dibawah kepala dan sub kepala berkaitan secara undian atau pusingan atau sebut harga.

Page 18: Pentadbiran kewangan

SEBUT HARGA

Kaedah ini digunakan bagi perolehan dan perkhidmatan yang bernilai lebih daripada RM20000 hingga RM50000 setahun. Sebut harga perlu dipelawa daripada sekurang-kurangnya lima pembekal atau kontraktor Bumiputera.

Jika tidak dapat lima pembekal, Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah berpuas hati bahawa bilangan pembekal adalah kurang daripada lima.Pembekal Bumiputera perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan.

Page 19: Pentadbiran kewangan

TENDER

Apabila perolehan melibatkan nilai melebihi RM 50000 setahun, maka tender hendaklah dipelawa daripada para pembekal atau kontraktor.Terdapat empat kategori tender iaitu:

Tender Terbuka• Tender jenis ini terbuka untuk ditandingi oleh semua

kontraktor atau pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan, dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(LPIPM) dan Pusat Khidmat Kontraktor(PKK) bagi kerja.

Page 20: Pentadbiran kewangan

Tender terbuka yang dikhaskan kepada kontraktor bumiputera

• Tender ini dilaksanakan dengan mempelawa hanya kontraktor bumiputera yang berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam perolehan bekalan, perkhidmatan atau kerja yang diperlukan oleh agensi tersebut.

Page 21: Pentadbiran kewangan

Tender Terbuka Berasaskan Prakelayakan• Peraturan pra-kelayakan ini diadakan bertujuan

membuat tapisan agar hanya kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai kemampuan teknikal, kewangan dan pengurusan bagi melaksanakan sesuatu tender sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender. Kaedah ini memerlukan kelulusan khas Perbendaharaan terlebih dahulu.

Tender Terhad• Tender terhad hanya boleh dilaksanakan setelah

agensi mendapat kelulusan khas Pembedaharaan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Page 22: Pentadbiran kewangan

PEROLEHAN DARURAT

Tidak melebihi keperluan semasa.  Prosedur biasa perolehan dikecualikan.  Kemukakan laporan terperinci kepada

Pegawai Pengawal dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh perolehan untuk dihantar kepada Perbendaharaan bagi tujuan penyiasatan dan audit

Page 23: Pentadbiran kewangan

MELALUI PENGGUNAAN KONTRAK JABATAN LAIN

Mendapatkan persetujuan daripada agensi yang mengikat kontrak;

kontrak masih berkuatkuasa; tiada tambahan kuantiti kepada

kontrak asal; tertakluk kepada baki kuantiti yang

masih ada dan belum digunakan oleh agensi utama.

Page 24: Pentadbiran kewangan

PEROLEHAN SECARA GOTONG ROYONG

Kriteria bagi menentukan projek-projek secara gotong royong:

Had maksimum kewangan atau peruntukan sebanyakRM100,000.

Boleh dilaksanakan sendiri oleh Pihak Peneraju Projek yang terdiri daripada oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Jawatankuasa KemajuanMukim/ Badan /Pertubuhan/ Persatuan atau Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang melibatkan masyarakat setempat.

Page 25: Pentadbiran kewangan

PEROLEHAN MELALUI PERLANJUTAN/ PERUBAHAN KONTRAK

Bekalan/Perkhidmatan Boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak berkuasa yang meluluskan tender asal dengan syarat-syarat berikut:

kontrak masih berkuatkuasa; tidak melibatkan kenaikan harga; perlanjutan hanya untuk sekali sahaja dan tempoh

maksimum sehingga 2 tahun; dan tambahan kuantiti atau nilai tidak melebihi 50%

dari kontrak asal tertakluk maksimum RM5 juta dengan syarat jumlah tambahan dan kontrak asal tidak melebihi RM15 juta.

Page 26: Pentadbiran kewangan

PEROLEHAN MELALUI PERUNDING

Rujuk projek kepada Jabatan Teknik terlebih dahulu. Sekiranya Jabatan Teknik mengesahkan tidak berkemampuan, boleh melantik perunding mengikut tatacara yang berkuatkuasa.

Hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemilihan dan Pelantikan Perunding (JPPP) atau Jawatankuasa Perunding Peringkat Agensi (JPPPA) yang berkenaan.

Kelulusan bayaran perkhidmatan perunding hendaklah diperolehi dari Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan atau JPPPA mengikut mana yang berkenaan.

Page 27: Pentadbiran kewangan

STRATEGI PELAKSANAN

Page 28: Pentadbiran kewangan

 PENGGUNAAN BAHAN/BARANGAN/ PERKHIDMATAN TEMPATAN

a)Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah diperolehi secara tempatan

b)Bahan/ barangan keluaran tempatan hendaklah memenuhi Standard Malaysia (MS) atau standard antarabangsa yang diiktiraf

c)Agensi wajib menggunakan bahan/ barangan/ perkhidmatan keluaran tempatan yang dinyatakan .

Page 29: Pentadbiran kewangan

PEROLEHAN BARANG-BARANG IMPORT

i) Bahan/ barangan import melebihi RM50,000 perlu mendapat kelulusan.

ii)Bahan/barangan yang bernilai melebihi RM200,000 bagi satu kontrak hendaklah dilaksanakan secara Free On Board (FOB)

iii)Menggunakan syarikat perkhidmatan pengangkutan tempatan

iv)Perlindungan insurans.

Page 30: Pentadbiran kewangan

PEMINDAHAN TEKNOLOGI UNTUK INSTITUSI DAN INDUSTRI TEMPATAN

i)Membantu institusi dan industri tempatan dalam

Mempertingkatkan kepakaran dalam pelbagai

Bidang terutamanya yang berteknologi canggih dan terkini.

ii)Lazimnya dilaksanakan melalui program offset dengan kerjasama industri tempatan terutama sekali bagi perolehan strategik dan berteknologi tinggi.

Page 31: Pentadbiran kewangan

KEUTAMAAN KEPADA SYARIKAT BUMIPUTERA

i)Syarikat yang diiktiraf sebagai syarikat Bumiputera: sekurang-kurangnya 51% dikuasai Bumiputera (Saham,Lembaga Pengarah dan Pengurusan).

ii)Sijil dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (bekalan/perkhidmatan) atau Pusat Khidmat Kontraktor(kerja).

Page 32: Pentadbiran kewangan

TERIMA KASIH