analisis masalah

5
2.2 Analisis Masalah Melalui pemerhatian dan analisis terhadap kertas jawapan murid daripada ujian diagnostik, saya mendapati terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa membuat soalan mengenai mencerakinkan nombor mengikut nilai digit. Murid sentiasa melakukan kesilapan dengan mengelirukan nilai digit dengan nilai tempat. Pada mulanya, saya telah mengajar murid langkah demi langkah untuk mencerakinkan mengikut nilai digit. Saya memberi tunjuk ajar kepada murid untuk membezakan nilai tempat dengan nilai digit. Namun, murid menulis jawapan seperti di bawah:-

Upload: sathis-menagah

Post on 08-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jhnkjh

TRANSCRIPT

Page 1: analisis masalah

2.2 Analisis Masalah

Melalui pemerhatian dan analisis terhadap kertas jawapan murid daripada

ujian diagnostik, saya mendapati terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh

murid semasa membuat soalan mengenai mencerakinkan nombor mengikut nilai

digit.

Murid sentiasa melakukan kesilapan dengan mengelirukan nilai digit

dengan nilai tempat. Pada mulanya, saya telah mengajar murid langkah demi

langkah untuk mencerakinkan mengikut nilai digit. Saya memberi tunjuk ajar

kepada murid untuk membezakan nilai tempat dengan nilai digit. Namun, murid

menulis jawapan seperti di bawah:-

Rajah 2 : Murid membuat kesilapan dengan mencerakinkan nombor mengikut

nilai digit

Saya mengajar mereka satu demi satu iaitu, nilai tempat harus menulis

dalam perkataan dan nilai digit harus menulis dalam nombor. Apabila saya

memberi soalan berkaitan mencerakinkan nombor mengikut nilai digit masih ada

Page 2: analisis masalah

pelajar mencerakinkan nombor dengan menulis dalam perkataan. Dari situ saya

memahami masih segelintir murid tahun 2 Al-Biruni kurang memahami perbezaan

antara nilai tempat dengan nilai digit. Dalam rajah ini, murid mencerakinkan

nombor dalam nilai digit dan juga nilai tempat. Murid ini hanya mencerakinkan

nombor mengikut nilai digit bagi tempat ra sahaja seperti 100, 300, 700, 800 dan

900. Selepas itu, nilai digit bagi tempat pu dan sa, murid ini membuat dalam nilai

tempat. Murid ini membuat kesilapan dengan mencampurkan nilai digit dan nilai

tempat dalam soalan yang sama. Murid agak mengelirukan tentang nilai digit dan

nilai tempat. Mereka masih keliru dengan cara menulis jawapan bagi cerakinkan

nilai tempat dan nilai digit, iaitu jawapan bagi cerakinkan nilai tempat adalah

dalam perkataan manakala, jawapan bagi cerakinkan nilai digit adalah dalam

bentuk angka.

Selain itu, murid tidak memahami nilai digit bagi sebarang nombor. Konsep

nilai digit adalah jawapan harus menulis dalam bentuk angka. Mereka mengingati

bahawa nilai digit harus mempunyai 3 digit (dalam Rajah 3).

Page 3: analisis masalah

Rajah 3 : murid tidak tahu nilai bagi suatu nombor

Pada mulanya, saya telah mengajar murid langkah demi langkah untuk

mencerakinkan mengikut nilai digit. Saya mula dengan nilai digit sa, sa

mempunyai 1 digit atau angka (1) , pu mempunyai 2 digit (10) dan ra mempunyai

3 digit (100). Namun masih segelintir murid kurang memahami tentang konsep

nilai digit.

Murid ini telah memahami konsep nilai digit dan nilai tempat. Dalam

jawapan ini, murid telahpun menguasai nilai digit di mana murid ini menulis

dalam angka tetapi kurang memahami nilai bagi nombor – nombor tersebut. Murid

ini menggangap bahawa setiap nilai digit bagi sesuatu bagi sesuatu nombor adalah

mempunyai 3 digit atau angka. Hal yang demikian kerana, murid menulis semua

jawapan dengan mempunyai 3 digit ( 134 = 100 + 300 + 400). Bagi soalan –

soalan berikut, murid juga melakukan kesilapan yang sama.