tutorial nctm
Post on 25-May-2015
5.431 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA
LIPIS
TUTORIAL TAJUK 2
PEMBELAJARAN AWAL MATEMATIK DI PRASEKOLAH
Pengertian Matematik
Kepentingan Pembelajaran Matematik
Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik National Council Teaching Mathematic (NCTM)
PENGERTIAN PENGERTIAN MATEMATIKMATEMATIK
• Matematik berasal dari ‘máthēma’ yang bermaksud mempelajari, menimba, sains, dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal.
• Didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
• Satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling atau cakerawala.
• Satu sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa matematik yang tersendiri daripada simbol, hukum atau operasinya.
• Dilahirkan daripada kehendak atau keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
• Contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.
• Dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
• Satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
• Melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif menggunakan nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik.
KEPENTINGAN DAN KEPENTINGAN DAN PERANAN PEMBELAJARAN PERANAN PEMBELAJARAN
MATEMATIKMATEMATIK
• Melatih individu menaakul secara logik dan rasional.
• Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan, makanan, pembelajaran dan membuat kerja.
• Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol dalam matematik.
• Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor.
• Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.
• Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir.
• Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat.
• Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik.
• Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea di dunia yang abstrak.
NATIONAL COUNCIL TEACHING MATHEMATIC [NCTM]
President : Hendry Kepner
Misi :
Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai
pendidikan matematik.
Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan
profesionalisme dikalangan guru.
Menyumbang kepada suasana pembelajaran matematik yang
berkualiti.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN MATEMATIK NATIONAL COUNCIL
TEACHING MATHEMATICS (NCTM)
PERKONGSIAN / EQUITY
• Suasana perkongsian adalah bergantung kepada usaha untuk
melibatkan diri antara murid, guru, keluarga dan masyarakat.
Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan
menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain.
Pihak sekolah perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan
cara untuk meneroka Matematik.
Semua keperluan bahan untuk pengajaran yang optimum dan
perkembangan individu murid dan guru adalah diperlengkapkan.
Murid didedahkan dalam suasana yang berhadapan dengan cabaran
dan pengalaman pembelajaran matematik yang bermakna.
• Elemen dalam Perkongsian
Harapan yang tinggi
Menghormati
Memahami
Sokongan moral yang tinggi kepada murid
• Semua perkara dalam elemen ini hendaklah
dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran
Matematik bagi memaksimumkan pemerolehan
pembelajaran murid.
KURIKULUM / CURRICULUM
• Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan, berfokuskan kepentingan
matematik dan mengikut perkembangan tahap murid.
Kurikulum perlu mempunyai perkaitan antara satu topik dan topik
yang lain.
Murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik.
Maka, murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam dan
berkembang.
Murid perlu diberi peluang untuk meneroka dunia Matematik yang
akan meningkat mengikut tahap perkembangan mereka.
PENGAJARAN / TEACHING
• Guru perlu memahami pengetahuan sedia ada murid
dan apa yang mereka perlu belajar.
Guru perlu menguasai bidang Matematik yang
beliau ajari dan bersikap komited kepada
murid.
Guru perlu mencipta suasana pembelajaran yang
menggalakkan budaya pemikiran
matematik.
– Pengajaran yang efektif dalam Matematik:• Pilih dan guna ABM yang sesuai.• Gunakan teknik penyampaian arahan yang sesuai.• Menjalankan penambahbaikan yang berterusan
dalam diri guru tersebut.• Menentukan topik yang hendak difokuskan pada
hari itu.• Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk
melakukan aktiviti.• Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras
kesukaran.
PEMBELAJARAN / LEARNING
• Murid perlu belajar secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan
sedia ada.
Murid memahami konsep Matematik terlebih dahulu dan kemudian
mampu menggunakannya dalam pelbagai keadaan.
Cara terbaik dalam penguasaan Matematik ialah dengan cara
penggabungan pemahaman fakta, konsep dan prosedur.
Pembelajaran perkara asas dalam Matematik adalah penting.
Apabila murid mula menguasai sesuatu topik, maka dia boleh
menyelesaikan masalah yang berkaitan atau yang lebih sukar.
PENAKSIRAN / ASSESSMENT
• Penaksiran mestilah menyokong kepentingan
pembelajaran Matematik dan membekalkan maklumat
penting kepada guru dan murid.
Melalui penaksiran, guru dapat menentukan
kaedah terbaik untuk program pengayaan
sama ada dalam bentuk pemberian bahan rujukan
tambahan, mengajar semula topik yang sukar
atau menyediakan sesuatu yang berlainan
kepada murid yang memerlukan latihan tambahan.
Guru perlu melalukan pelbagai jenis
penaksiran agar memperoleh keputusan yang
lebih tepat.
Guru perlu memastikan semua murid diberi
peluang untuk mendemonstrasikan apa
yang telah mereka pelajari.
Contoh penaksiran:
• Soalan
• Temu bual
• Ujian bertulis
TEKNOLOGI / TECHNOLOGY
• Tekonolgi merupakan satu keperluan dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik, ia juga
mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh
pengetahuan murid.
Penggunaan komputer dan kalkulator
membenarkan murid mempelajari
Matematik secara mendalam melalui cara
penggunaan yang betul.
Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah yang
sukar dengan kemudahan-kemudahan fungsi istimewa.
Teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran murid
tetapi bukan sebagai guru sebenar.
Murid perlu memahami sesuatu konsep terlebih dahulu
sebelum boleh menggunakan teknologi.
Guru pula perlu menentukan bila murid boleh menggunakan
teknologi.
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA
AKTIVITI
Mengikut pemahaman anda…
Bagaimana guru dapat mengaplikasikan 6 prinsip NCTM dalam pengajaran dan pembelajaran mereka??
top related