tutorial 10 an

Post on 24-Jun-2015

834 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TUTORIAL 10i. JELASKAN SIKAP AKOMODATIF

YANG WUJUD SEMASA PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

MALAYSIA

DEFINISI AKOMODASI

• Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

• Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.

MALAYAN UNION (MU)• Kaum Melayu menentang pembentukan MU.

Kerana mengenepikan hak Orang Melayu.• Kaum Bukan Melayu menyokong Malayan

Union kerana mampu memberikan keadilan kepada semua pihak di Tanah Melayu.

• Kita dapat melihat perbezaan pendapat di antara kaum Melayu dan Bukan Melayu.

• Ekoran penentangan hebat oleh kaum Melayu, maka British akur serta membubarkan MU.

• Pada 1 Februari 1948, British mengisytiharkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Ini adalah hasil rundingan Jawatankuasa Kerja pada 1946 yang mengambil kira pendapat orang Melayu dan Bukan Melayu.

• Dengan wujudnya persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan Bukan Melayu semakin kuat. Maka tertubuhnya CLC.

COMMUNITIES LIASON COMMITTEE1949

• Communities Liason Committee(CLC) ditubuhkan untuk membincangkan pelbagai isu seperti kewarganegaraan dan keistimewaan orang Melayu serta dasar pendidikan.

• Pemimpin dari pelbagai golongan etnik telah berbincang secara terbuka dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

• Pemimpin yang terlibat ialah Dato Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, Dr. J.S Goonting dan E.E.C Thuraisingham.

SUMBANGAN CLC• a)Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan.• b)Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada

orang Melayu.• c)Pilihan raya akan diadakan pada masa yang

sesuai di peringkat majlis bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.

• d)Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar.

PILIHAN RAYA 1953

• Kerjasama yang erat terjalin apabila pilihan raya diadakan. Penubuhan Parti Perikatan adalah gabungan UMNO dan MCA telah membuahkan hasil apabila memenangi 9 kerusi dalam pilihan raya 1953.

• Rundingan Meja Bulat diadakan antara UMNO dan MCA untuk mencari persefahaman dan kerjasama dalam menuntut kemerdekaan.

• MCA bersetuju dengan syarat UMNO iaitu mengiktiraf segala hak orang Melayu.

PILIHAN RAYA 1955

• Pilihan Raya Persekutuan 1955 menunjukkan bibit-bibit perpaduan di mana UMNO, MCA dan MIC bergabung dalam Parti Perikatan. Kemenangan berpihak kepada mereka.

• Sikap akomodasi wujud apabila UMNO bersedia berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC di mana pembahagian kerusi mengikut jumlah pengundi untuk mengekalkan perpaduan.

• Kerjasama yang terjalin antara Melayu dan Bukan Melayu ini terus erat apabila British mensyaratkan bahawa kemerdekaan hanya akan diberikan jika rakyat Tanah Melayu bersatu padu.

• MCA dan MIC yang merupakan parti memperjuangkan nasib kaum masing-masing telah menunjukkan sikap terbuka untuk menyertai Parti Perikatan dan bergabung dengan orang Melayu demi kemerdekaan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

• Digubal oleh Suruhanjaya Reid. Pada tahun 1956.• Hasil daripada Perjanjian London iaitu untuk

menuntut kemerdekaan oleh Wakil Parti Perikatan dan Wakil Raja-Raja Melayu.

• Perlembagaan menjadi kukuh dan praktikal kerana Suruhanjaya Reid telah meminta pendapat semua etnik.

• Inilah kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan Bukan Melayu bersetuju untuk kestabilan negara.

• Sikap akomodasi yang ditunjukkan oleh kaum Melayu iaitu orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.

• Hak orang Melayu , kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu, serta kedudukan Raja-Raja Melayu turut dikekalkan.

• Ini menunjukkan sikap toleransi antara kaum memupuk semangat perpaduan antara kaum.

• iii) Huraikan peranan yang dimainkan oleh setiap

golongan etnik di Malaysia dalam menuntut

kemerdekaan.

Kaum Melayu

• Kaum Melayu adalah kaum yang paling bersemangat menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

• Kaum Melayu telah menentang Malayan Union iaitu mengetepikan MU hak Orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja serta Agama Islam.

• Menunjukkan sikap tolak ansur iaitu sanggup berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC.

• Mengorbankan harta serta masa untuk mencapai kemerdekaan. Mengadakan rundingan dengan British dalam menuntut kemerdekaan.

• Berusaha dengan mengekalkan perpaduan iaitu bertolak ansur dengan kaum-kaum lain untuk mencapai.

Kaum Cina• Peranan kaum Cina dalam menuntut

kemerdekaan hanya bermula pada penubuhan CLC.

• Ini kerana, pada masa itu, barulah mereka dapat melihat bahawa kemerdekaan itu boleh dicapai melalui kerjasama antara kaum.

• Penglibatan dan sumbangan orang cina seperti Tun HS Lee dan Tun Tan Cheng Lock yang menyertai rombongan menuntut kemerdekaan daripada British yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman tidak boleh diperkecilkan.

KAUM INDIA

• Tun V.T.Sambanthan merupakan pemimpin Tamil pertama serta presiden MIC.

• Merupakan sahabat karib Tunku Abdul Rahman.

• Bersama-sama Tunku berjuang untuk menuntut kemerdekaan.

• Kaum India juga sama seperti Cina, gerakan menuntut kemerdekaan hanya bermula selepas pilihan raya serta kesedaran dari CLC.

top related