tugasan individu tz20106 enriquez oribio
Post on 06-Apr-2018
229 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
1/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
DEFINISI PENGAJARAN
Pengajaran merupakan tugas utama atau hakiki seorang insan yang bergelar guru. Pengajaran
menrupakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.
Pengajaran formal adalah dirancang secara sistematik dan teliti oleh guru dengan
menggunkan kaedah dan teknik pengajaraan yang sesuai. Objektif utama pembelajaran adalah
untuk membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai sesuatu kemahiran yang
diperlukan dalam kehidupan. Ciri-ciri ataupun elemen pengajaran adalah seperti berikut:
Terdiri daripada guru dan murid. Guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar. Hanya bermakna apabila ada pembelajaran. Melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, pengayaan, indoktrinasi dan pelaziman. Pengajaran melibtkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa dan simbol. Tugasan dan pencapaian mestilah berkait dengan pengajaran yang diberikan. Proses pengajaran boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan
gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber.
Meliputi dan mempunyai rancangan pengajaran. Pengajaran yang berkesan malibatkan proses interaksi dua hala antara guru dan murid. Pengajaran mempunyai unsur seni dan sains.
Daripada ciri-ciri diatas dapatlah disimpulkan bahawa pengajaran merupakan proses
penterjemahan isi kandungan kurikulum dalam bentuk atau pendekatan yang mudah difahami
oleh murid. Dalam dunia pendidikan formal amalan pengajaran yang berkesan memerlukan
seorang guru berjaya memyampaikan isi pengajaran disamping memotivasikan murid-murid
supaya bersedia untuk belajar, mengurus murid-murid supaya mempunyai disiplin diri serta
menggerakkan mereka dengan interaksi yang positif. Dalam erti kata lain pengajaran
merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan
kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-pekara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian berterusan dengan tujuan menyampaikan kemahiran
kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
2/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
DEFINISI PEMBELAJARAN
Secara umumnya pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengatahuan atau
kemahiran. Mengikut Robert M Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,
pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan
Menurut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pemeblajaran dilihat
sebagi perubahan dalaman yang berlaku kepada seseoarng dengan membentuk perkaitan yang
baru, atau sebagau potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas baru.
Pembelajaran juga oleh dihuraikan sebagai:
Satu proses yang berterusan; pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran boleh berlaku secara formal atai tidak formal. Pembelajaran secara formal melalui sekolah dengan aktiviti seperti membaca, menulis,
mengira dan menaakul.
Pembelajaran secara tidak formal melalui keluarga, rakan sebaya, persekitaran danmedia massa.
Terdapat empat mazhab pembelajaran utama iaitu:1. Teori pembelajaran behavioris2. Teori pembelajaran kognitif3. Teori pembelajaran sosial dan4. Teori pembelajaran humanis.
Dengan erti kata lain pembelajaran adalah perunahan tingkah laku. Perunahan tingkah laku
melalui pembelajaran iaitu perunahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada
tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran berlaku. Pembelajaran juga
merupakan proses membina pengetahuan yang berguna atau diaplikasikan dalam kehidupan
para pelajar.
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
3/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
MENGAPA ANDA PERLU TAHU TENTANG PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Sebagai seorang guru atau pendidik, guru mestilah terlebih dahulu menguasai teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di bahu seorang guru tergalasnya peranan
mendidikan anak bangsa generasi masa depan bagi menetukan hala tuju pembangunan negara.
Seperti yang dikatakan tadi tugas utama atau tugas hakiki seorang guru adalah untuk
mendidik dan menjalankan proses pengajaran agar berlakunya berubahan tingkah laku yang
positif terhadap murid-murid yang diajar.
Ciri-ciri guru yang efektif adalah seperti ;
menentukan objektif pengajaran dan pebelajaran, menyediakan rancangan mengajar, mempunyai pengetahuan dan kecekapan terhadap kemahiran yang diajar. Mempelbagaikan kaedah pengajaran Mewujudkan kecerian, interaksi dan penglibatan murid Memupuk motivasi, minat dan perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. Kejelasan penyampaian dan huraian isi kandungan pembelajaran. Melakukan ujian dan penilaian Melakukan tindakan susulan melalui aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Daripada ciri-ciri guru efektif dinyatakan diatas adalah amat penting guru-guru mesti
mempunyai kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar pembelajaran murid-
murid mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Pengetahuan mengenai kemahiran pengajaran dan pembelajaran juga membolehkan para guru
merancang dan membuat persediaan yang sesuai untuk murid-murid yang diajar, ini adalah
kerana pengetahuan mengenai kediaan murid untuk menerima pembelajaran dan tahap
kognitif murid penting untuk diambil kira dalam menyediakan rancangan pengajaran yang
sesuai. Objektif pembelajaran juga haruslah releven dan boleh dicapai oleh kelompok murid-
murid yang diajar.
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
4/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
MENGAPAKAH FASA DEVELOPMENT DIKATAKAN SEBAGAI JAMBATAN
KEPADA FASA ANALISIS DAN DESIGN? BAGAIMANA?
Menurut model pembelajaran ADDIE, terdapat lima prinsip utama iaitu:
1. Fasa Analisis ( Analyze )2. Fasa Rekabentuk ( Design )3. Fasa Pembangunan ( Development )4. Fasa Implement ( Implement ) dan5. Fasa Penilaian ( Evaluation )
Fasa analisis merupakan fasa pertama dalam membangunkan sesuatu courseware yang
digunakan untuk pembelajaran. Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesutu
courseware diperkenalkan kepada murid. Dalam fasa analisi ini juga masalah dan keperluan
pelajar diambilkira seperti apakah ilmu-ilmu yang atau kemahiran sedia ada pada pelajar,
kesesuaian kandungan courseware dengan peringkat kognitif pelajar, serta kesesuaian
courseware tersebut adakah sesuai untuk pembelajaran individu atau secara berkumpulan.
Fasa rekabentuk atau design pula merupakan langkah seterusnya selepas fasa analisi selesai
dijalankan. Dalam fasa ini penentuaan dan mereka kaedah instruksional sesebuah couseware
yang akan digunakan. Sebagai contoh courseware tersebut mungkin akan menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesaian masalah, permainan, simulasi,
perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonsrasi atau secara pembentangan. Kesemua
kaedah diatas tadi adalah objektif pembangunan courseware yang hendak dicapai dalam
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu penentuan alatan yang digunakan
juga perlu diambilkira dalam fasa rekabentuk ini, sebagai contoh sama ada menggunakan
medium audio, video, komputer, intenet dan sebagainya.
Fasa pembangunan atau develop pula merupakan proses penghasilan courseware yang telah
direkabentuk dalam fasa sebelumnya. Sebagai contoh pembangunan caurseware yang biasa
dibangunkan ialah perisian multimedia bagi sesuatu matapelajaran sesuatu tahun atau
tingkatan tertentu. Fasa pembangunan perisian mulitimedia ini boleh dimulakan dengan
penghasilan dahulu papan cerita, merebentuk grafik yang mesra penggun, memilih bahasa
pengaturcaraan yang protable, membuat ujian terhadap berisian seterusnya menyebarkan
perisian untuk digunakan kepada sasaran pengguna yang telah dikenalpasti.
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
5/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
Dalam rekabentuk model pengajaran ADDIE, fasa pembanguan dikatakan jambatan kepada
fasa analisis dan fasa rekabentuk adalah kerana melalui fasa pembanguan ini lah
menghubungkan kedua-dua fasa analisis masalah dengan rekabentuk dapat disatukan bagi
mencapai objektif pembinaan sesebuah courseware. Kesemua elemen dalam fasa
pembangunan adalah bersandarkan sepenuhnya kepada hasil dapatan atau analisis pada fasa
sebelumya iaitu fasa analisis dan rekabentuk. Fasa rekabentuk tidak boleh terkeluar daripada
spesifikasi yang telah ditetapkan dalam fasa analisis dan rekabentuk, kerana jika ia berlaku,
maka objektif membinaan courseware tidak tercapai.
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
6/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
APAKAH PERBEZAAN DAN PERSAMAAN MODEL DAN TEORI
PEMBELAJARAN?
Teori pembelajaran
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang
psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus
kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip
tertentu. Teori juga boleh dikatakan sebagai prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan
sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia
ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat
baru.
Maksud teori pembelajaran pula adalah : Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikolgi tentang
maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses
pembelajaran.
Dalam dunia pembelajaran teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada
empat mazhab utama iaitu; behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Jadual dibawah
menunjukan secara ringkas maksud teori-teori pembelajaran yang ada;
Teori Pembelajaran Unsur Berkaitan Tokoh
Behavioris Pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Berkaitan dengan
tingkah laku pelaziman klasik (sifat) (tabiat).
Pelaziman operan, cuba ralat dan peneguhan.
1. Pavlov
2. Watson
3. Guthrie
4. Thondike
5. Skinner
Kognitif Pembelajaran ialah suatu proses pendalaman
yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak
dapat diperhatikan secara langsung dengan
tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif
seperti Bruner dan Piaget menjelaskan kajian
kepada berbagai jenis pembelajaran dalam
proses penyelesaian masalah dan akal
berdasarkan berbagai peringkat umur dan
kecerdasan pelajar.
1. Bruner
2. Piaget
3. Koffka
4. Gagne
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
7/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
Manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa
proses pembelajaran, otak akan menyusun
segala pernyataan di dalam ingatan.
Sosial teori pembelajaran sosial menggabungkan teori
behavioris bersama dengan kognitif. Teori ini
juga dikenal sebagai Teori Perlakuan Model.
Albert Bandura, seorang tokoh teori sosial ini
menyatakan bahwa proses pembelajaran akan
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan
dengan menggunakan pendekatan
permodelan. Beliau menjelaskan lagi, bahwa
aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang
disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga
aspek peniruan oleh pelajar akan dapat
memberikan kesan yang menarik kepada
kefahaman pelajar. Sehingga dalam
pembelajaran perlu ada objek pembelajaran
sehingga seorang guru dapat mempraktikkan
bahan untuk lebih difahami pelajar dengan
objek tersebut.
1. Bandura
2.
Humanis Pembelajaran manusia bergantung kepada
emosi dan perasaannya. Seorang ahli teori
humanis, Carl Rogers menyatakan bahawa
setiap individu itu mempunyai cara belajar
yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh
itu, strategi dan pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dirancang dan disusun mengikut kehendak dan
perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga
menjelaskan bahwa setiap individu mempunyai
potensi dan keinginan untuk mencapai
kejayaan diri. Maka, guru hendaknya menjaga
psikologi pelajar dan memberi bimbingan
1. Rogers
2. Maslow
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
8/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
supaya potensi mereka dapat diperkembangkan
ke tahap maksima.
Peranan dan fungsi-fungsi teori pembelajaran adalah untuk mendorong kaji selidik dan
pemikiran saintifik. Pendekatan dalam sesuatu bidang pengetahuan akan memberi panduan
kepada apa yang harus dikaji, pembolehubah yang terlibat, teknik kajian dan cara
menguraikan hasil kajian serta dokumentasi yang terlibat mengenai kajian yang telah
dilaksanakan. Teori pembelajaran juga memainkan peranan dengan menghuraikan perkara-
perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan
ringkas. Dengan teori pembelajaran kita dapat menghurai dan memberi kesimpulan tentang
erti pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan juga faktor-faktor yang mempengaruhinya.
Konsep dan Definisi Model Pembelajaran
Gunter ( 1990 ) mendefinasikan model pembelajaran sebagai kerangka konseptual yang
digunakan sebagai panduan atau pedoman dalam proses pembelajaran. Dengan kata lain
model pembelajaran merupakan kerangka konseptual yang menggariskan prosedur yang
sistematik dalam mengorganisasikan pengalaman belajar untuk mencapai tujuan atau objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum.
Ciri-ciri model pembelajaran adalah seperti berikut;
1. Syntax ; iaitu langkah-langkah pembelajaran2. Sistem sosial ; merupakan suasana dan norma yang berlaku dalam pembelajaran.3. Principles of reaction ; menggambarkan bagaimana sepatutnya seorang guru
memandang, memperlakukan dan bertindakbalas terhadap pelajar.
4. Support system; merupakan bahan bantu mengajar bagi mengahsilkan pembelajaranyang lebih berkesan.
Terdapat beberapa konsep atau istilah yang berhubungan dengan model pembelajaran,
diantaranya adalah :
1. Pendekatan Pembelajaran diartikan sebagai sudut pandang kita terhadap prosespembelajaran, yang merujuk tentang terjadinya suatu proses yang sifatnya masih
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
9/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
sangat umum, di dalamnya dapat mewadahi, menginspirasi, menguatkan dan melatari
dengan cakupan teoritis tertentu.
2. Strategi Pembelajaran merupakan kegiatan pembelajaran yang harus dijalankan olehguru dan pelajar agar dapat mencapai tujuan pembelajaran secara efektif dan efisien.
3. Method Pembelajaran ialah cara atau jalan yang dipilih dan disusun untukmengimplementasikan rancangan pembelajaran dalam bentuk kegiatan praktikal dan
nyata untuk mencapai tujuan pembelajaran.
4. Teknik Pembelajaran adalah cara yang dapat dilakukan seseorang dalammengimplentasikan suatu method secara spesifik.
Model-model Pembelajaran
Terdapat enam model pembelajaran yang selalu diguna pakai antaranya ialah;
1. Model Pembelajaran Kontektual ; model yang dibentuk berasaskan keadaan, situasiatau kejadian. Kebanyakan pelajar tidak mampu menghubungkait apa yang dipelajari
untuk dimanfaatkan dalam kehidupan harian. Menurut model pembelajaran
konstektual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau
ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa makna dalam
kerangka rujukan mereka sendiri. Model kontektual membantu guru mengaitkan bahan
subjek yang diajar dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikanpelajar untuk
membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian
mereka sebagai masyarakat.
2. Model Pembelajaran Kooperatif ; adalah salah satu bentuk pembelajaran yangberdasarkan fahaman konstuktisme. Pembelajaran kooperatif merupakan stategi
pembelajaran dimana pelajar dikumpulan dalam kelompok kecil yang mempunyai
kemampuan kognitif yang berbeza. Dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
setiap ahli dalam kumpulan mesti menguasai kemahiran atau tugassan yang diberikan.
Pembelajaran dikatakan tidak berjaya jika ada salah seorang pelajar yang tercicir dari
menguasai kemahiran dan tugasan yang diberikan. Apa yang ditegaskan dalam model
pembelajaran kooperatif ini adalah kerjasama antara ahli kumpulan, menyelesaikan
masalah atau tugasan bersama bagi mencapai tujuan atau objektif pembelajaran
tertentu.
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
10/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
3. Model Pembelajaran Kuantum : proses dalam model pembelajaran kuantum ialahpembelajaran secara interaktif dan tidak membosankan para pelajar dengan kaedah
pembelajaran tradisional. Jika objektif pembelajaran tidak tercapai guru harus
mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan perisian interaktif
multimedia bagi menghasilkn output pembelajaran yang lebih efektif, mengaktifkan
interaksi pembelajaran dengan suasana yang kondusif dan berorentasi tujuan.
Pembelajaran quantum merupakan gabungan teori atau pandangan psikologi kognitif
dan neorologi yang jauh sebelumnya sudah ada dikaitkan dengan penemuan empiris
sehingga terjadi keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan yang pada dasarnya
murid mempunyai kecerdasan pelbagai. Model pembelajaran ini lebih bersifat
konstruktisma dan berlandaskan kebolehan kognitif. Model pembelajaran ini
memandang pelaksanaan pembelajaran seperti permainan musik orkestra-simfoni.
Guru harus menciptakan suasana kondusif, kohesif, dinamis, interaktif, partisipatif, dan
saling menghargai. Prinsip quantum adalah semua berbicara-bermakna, semua
mempunyai tujuan, konsep harus dialami, setiap usaha pelajar mesti diberi ganjaran.
4. Model Pembelajaran Tematik ; model pembelajaran tematik bermaksudpembelajaran yang berdasarkan tema untuk pelajar menguasai sesuatu kemahiran
dalam lingkungan tema yang dibarikan. Contoh tema yang biasa digunakan di sekolah
rendah ialah tema patriotik, dunia haiwan, flaura, keluarga dan sebagainya. Tema
selalunya merupakan bidang yang luas yang menjadi fokus dalam pembelajaran bagi
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Model pembelajaran tematik
meransang minda murid secara kreatif untuk berinteraksi bagi mengembangkan idea
menganai tema yang diberikan. Oleh pemilihan tema adalah amat penting dalam model
ini. Sebagai contoh untuk matapelajaran bahasa melayu tahun enam, kemahiran yang
hendak diajar ialah syarahan, maka guru boleh memilih tema yang positif seperti
patriotik, gaya hidup sihat dan sebagainya. Murid akan menjana idea dalam lingkungan
tema yang diberikan.
5. Model Pembelajaran Kolabaratif ; model pembelajaran biasanya melibatkan duaorang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran.
Kolabarasi ini diadakan dari segi merancang dan menyediakan rancangan pengajaran,
melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam sesuatu mata
pelajaran. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolabaratif oleh dua orang
guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yangsama pada waktu yang sama. Pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama
-
8/2/2019 Tugasan Individu TZ20106 Enriquez Oribio
11/11
TZ20106 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1
agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. Dalam pengajaran
kolaboratif, guru saling bergantung untuk memberi dan menerima idea atau maklumat,
sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi
atau profesional. Kebaikan model kolabarasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti
hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digemblingkan.
6. Model Pengajaran Inkuiri ; model inkuiri merupakan satu cara mengajar pelajarmenggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu.
Matlamat model ini adalah untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan
intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu. Model inkuiri digunakan
secara meluas dalam bidang sains dan dalam kebanyakkan matapelajaran yang lain.
Model ini merupakan satu pengajaran yang menarik serta meransang pelajar-pelajar
kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.
Perbezaan dan Persamaan Teori dan Model Pembelajaran.
Seperti yang dihuraikan diatas teori merupakan prinsip kasar yang menjadi dasar kepada
pembentukkan sesuatu ilmu pengetahuan, teori juga merupakan satu rumusan kepada
pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan untuk
mendapatkan maklumat baru. Manakala model pembelajaran lebih menjurus kepada
kaedah sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu disampaikan dan diperolehi murid. Model
dibentuk berdasarkan teori-teori pembelajaran yang sedia ada. Tidak terdapat perbezaan
yang ketara antara teori dan model pembelajaran, Cuma selalunya model pembelajaran
disesuaikan untuk satu-satu teori pembelajaran yang sedia ada sama ada teori sognitif,
sosial, humanis atau behavioris. Persamaan antara teori dan model pembelajaran adalah
dari segi objektifnya iaitu ;
Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Sebagai garis panduan kepada guru untuk merancang dan menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Memudahkan guru memahami tingkah laku dan kecenderungan murid.
top related