tugasan epm233 model pembelajaran

Post on 03-Jan-2016

100 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Tugasan EPM233

TUGASAN

JANUARI 2013 SEMESTER

KOD KURSUS EPM 233

NAMA KURSUS MODEL & STRATEGI PEDAGOGI

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN

NO. MATRIK E30209121175

NAMA FASILITATORAKADEMIK

EN. SAMRI BIN SUHAILI

PUSAT PEMBELAJARAN AEU ( UPM BINTULU)

1

Tugasan EPM233

KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat

Bahagian A

1 Soalan a 3 - 4

2 Soalan b 5 - 10

3 Soalan c 11 - 15

4 Soalan d 16 - 17

5 Rujukan 18

Bahagian B

Rancangan Pelajaran 19 - 23

Bahan Bantu Belajar 24 - 28

BAHAGIAN A Soalan (a)

2

Tugasan EPM233

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi

persekolahan Januari 2012 adalah sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik

kurikulum sedia ada dengan menekankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

berkonsepkan didik hibur untuk merealisasikan transformasi pengajaran dan pembelajaran yang

berlaku dalam bilik darjah dengan harapan akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

interaktif dan berpusatkan murid supaya pengajaran guru melalui strategi seperti permainan,

nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi yang dirancang secara sistematik lebih mudah dihayati

dan difahami oleh murid.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Pembangunan Kurikulum telah membekalkan

dokumen kurikulum KSSR berserta dengan buku panduan guru bagi memastikan hasrat kerajaan

dilaksanakan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, kejayaan pelaksanaannya dipengaruhi oleh

faktor lokasi sekolah, kemudahan-kemudahan yang menyokong pelaksanaan serta kesedaran

dan kerjasama oleh para ibu bapa tentang kepentingan pelajaran dan memastikan anak-anak

mereka menghadiri sesi persekolahan agar pembelajaran anak-anak tidak tertinggal yang

memaksa guru acapkali mengulangi pengajaran yang akhirnya tidak lagi mewujudkan

keseronokan bagi murid-murid yang sudah menguasai objek pembelajaran yang dirancang untuk

dicapai oleh murid-murid.

Di Sekolah Kebangsaan Nanga Tau, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran masih

berpusatkan guru kerana tahap penguasaan kemahiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, dan Matematik masih rendah. Kebanyakan pelajar yang memasuki alam

persekolahan tidak terdedah dengan pendidikan awal sama ada prasekolah mahupun tabika.

Pelaksanaan Program LINUS memerlukan pendekatan berpusatkan guru kerana guru-guru

terpaksa mengajar para pelajar menghafal fakta melalui latihan latih tubi supaya para pelajar

berupaya melepasi saringan-saringan LINUS bagi memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain tahap penguasaan murid yang masih rendah, bahan sokongan yang dibekalkan oleh pihak

kementerian tidak dapat digunakan secara praktikal di sekolah ini kerana aras pengetahuan yang

digunakan secara relatifnya lebih tinggi daripada keupayaan sebenar pelajar di sekolah.

3

Tugasan EPM233

Guru-guru terpaksa menyediakan sendiri bahan sokongan untuk sesi pembelajaran sesuai dengan

perancangan dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang harus dicapai. Pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan lebih menekankan pencapaian pelajar dalam akademik dan

bukannya penguasaan kemahiran-kemahiran yang diajar.

Kerjasama dan sokongan ibu bapa yang masih rendah dalam menyokong pembelajaran anak-

anak memaksa guru lebih mengutamakan pendekatan berpusatkan guru kerana bilangan hari para

pelajar tidak menghadiri sesi persekolahan tinggi. Guru-guru terpaksa mengulangi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran supaya jurang pencapaian antara murid yang pandai dan yang

selalu ponteng tidak terlalu ketara supaya sekolah ini tidak kekal berada dalam kelompok

sekelah berprestasi rendah dengan Gred Purata Sekolah yang perlu diambil perhatian sewajarnya.

4

Tugasan EPM233

Soalan (b)

Penggunaan bahan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikaitkan dengan

penggunaan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan yang sesuai untuk membantu

pemahaman murid-murid serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang

untuk tempoh masa tertentu sesuatu mata pelajaran itu dilaksanakan di dalam bilik darjah. B.J

Enright (1972) menyatakan, “media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau

menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar

dengan cara grafik, fotogarfik, elektronik ataupun cara mekanik”. Yusuf Hashim (1997) pula

menyatakan “media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan terbahagi

kepada lapan iaitu:

a. Media tayang kaku ( transparensi, slaid, mikrofilem dan lain-lain)

b. Media tayang gerak ( video, flem, cakera dan lain-lain)

c. Grafik ( lukisan, poster, kartun dan lain-lain )

d. Gambar kaku ( gambar foto, kad imbasan, poskad dan lain-lain )

e. Media pameran ( model, boneka, diorama dan lain-lain )

f. Media paparan ( papan kapur, papan flannel, papan berita dan lain-lain )

g. Media audio ( tutur, pita audio, cakera pada dan lain-lain )

h. Media cetak ( modul pengajaran, buku teks, buku rujukan, akhbar, majalah dan lain-lain )

Oleh yang demikian, guru perlu merancang pengajarannya dengan lebih tersusun dengan

pendekatan yang bersesuaian agar dapat menerbitkan rasa seronok kepada murid dengan

persekitaran bilih darjah yang ceria. Keseronokan melihat atau mendengar media pengajaran

tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan menjadi lebih mudah terhasil dan pembelajaran aktif

berlaku sebagaimana yang dirancang oleh guru untuk membantu mencapai objektif pengajaran

guru. Pengajaran boleh berpusat murid dan dijalankan secara individu atau kumpulan mengikut

kebolahan dan kecepatan murid itu untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan tanpa perlu

menanti guru untuk mengajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap

kebolehan murid. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang

berkembang secara berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat tersebut adalah ;

5

Tugasan EPM233

1. Tarik perhatian pelajar.

2. Beritahu objektif pembelajaran.

3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.

4. Sampaikan isi pelajaran atau bahan pengajaran dan pembelajaran.

5. Bimbing pembelajaran pelajar.

6. Uji penguasaan pembelajaran melalui aktiviti.

7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar

8. Taksir pencapai pelajar.

9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

Media Dan Bahan Sumber

Setiap perancangan pengajaran yang baik untuk melibatkan penglibatan aktif murid dalam

pembelajaran dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai memerlukan pemilihan media,

kaedah pengajaran dan bahan sumber supaya pengajaran dapat berlaku secara berstruktur. Proses

pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek seperti yang berikut:

a. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak

dicapai.

b. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

c. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pengajaran.

Media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah dimanfaatkan oleh guru dan

pelajar. Sebelum media dan bahan sumber tersebut digunakan di dalam bilik darjah guru

hendaklah memastikan bahan-bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kaedah pembelajaran

yang akan digunakan sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

Di sini guru pula harus tahu strategi pemeringkatan bahan yang dapat mencambah pemikiran

pelajar. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang mempunyai ciri-

ciri berikut;

6

Tugasan EPM233

a. Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak

b. Bahan yang mudah kepada bahan yang kompleks

c. Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan

bersepadu

d. Bahan yang deduktif kepada bahan yang induktif

e. Bahan yang induktif kepada bahan yang deduktif

f. Bahan induktif kepada teori

g. Bahan masa kini kepada masa akan datang

Penglibatan Pelajar Dalam Pembelajaran

Penglibatan pelajar secara aktif dan menyeronokkan akan menghasil tingkah laku yang kekal di

samping dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran sama ada melalui

kaedah kelas, kumpulan atau individu dengan pendekatan yang bersesuai. Penggunaan media

dan bahan sumber yang sesuai akan dapat membantu mengekalkan penglibatan pelajar dalam

proses belajar. Gambar foto, slaid gambar bersiri, komputer, melayari laman internet dan media-

media lain akan dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan seterusnya menjaga idea dan

penyelesaian aktiviti penyelesaian masalah.

Dengan penggunaan pelbagai bahan media sebagai bahan bantu mengajar, guru dapat memenuhi

kehendaki kepelbagaian tahap penguasaan murid di samping menyediakan cara bagi murid

mempelajari sesuatu pada bila-bila masa. Guru pula lebih berperanan untuk membimbing murid

mendapatkan maklumat yang sesuai berdasarkan masalah serta menggalakkan interaksi murid

dalam kerja berkumpulan.

Strategi Dan Kaedah

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para murid, guru harus terlebih

dahulu memikirkan tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijak

mampu menjamin kelancaran serta keberkesanan penyampaian isi pelajaran. Mok Soon Seng (1992)

menyatakan pendekatan ialah cara mendekati suatu mata pelajaran iaitu bagaimana diajar berdasakan

objektifnya yang merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula merupakan satu siri tindakan

yang sistematik untuk mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.

7

Tugasan EPM233

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah melibat tiga kaedah utama iaitu

pembelajaran secara kelas, pembelajaran secara kumpulan dan juga pembelajaran secara

individu. Selain itu kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelaiaran di bilik

darjah bagi KSSR ialah dengan secara didik hibur, teknik penyelesaian masalah, pembelajaran

berasaskan projek, pembelajaran koperatif, inkuiri penemuan, pembelajaran di luar bilik darjah

dan pembelajaran secara tematik.

Didik Hibur

Sesi pembelajaran secara didik hibur bersifat santai dan berhibur dengan menekan empat

komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Melalui

pembelajaran ini tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru dapat dikurangkan kerana

terdapat sunsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya di

samping itu murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti sambil berhibur ditambah lagu

dengan penggunaan ICT dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menarik penglibatan

murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Teknik Penyelesaian Masalah

Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran dimana

ianya melibatkan pelajar bergerak secara aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil dan

menyelesaikan masalah yang diberikan secara berhati-hati (Glen & Wilkie, 2000). Murid-murid

dapat berfikir secara aktif dan ini dapat membantu proses pembelajaran mereka. Kaedah ini juga

dapat menyediakan peluang untuk murid-murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang

telah dipelajari. Ini bermakna ia dapat menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan

rasional. Selain daripada itu ia dapat membina sifat keyakinan dan melengkapi pelajar-pelajar

dengan kemahiran menyelesaikan masalah.

8

Tugasan EPM233

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek adalah kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam

bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu yangmenekankan pembelajaran kendiri

serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas,

pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya

boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains contohnya

dalam malata pelajaran Sains.. Ianya juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta

mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan

projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan di bawah bimbingan guru. Kementerian

Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan kaedah ini

sebagai strategi pembelajaran melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di

luar bilik darjah atau dunia sebenar.

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai

kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin,

1982). Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam

kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang

tidak terancam, sesuai dengan teori konstruktivisme. Pengajaran dan pembelajaran yang dirancang

dan dilaksanakan dengan sempurna akan memastikan setiap murid mempunyai tanggungjawab

untuk menguasai kemahiran sesuatu topik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli

kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini , murid perlu memahami topik tersebut bukan sekadar

menghafal sesuatu topik supaya penguasaan kemahiran pada aras yang lebih tinggi untuk

meningkatkan daya ingatan serta menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

9

Tugasan EPM233

Inkuiri Penemuan

Kaedah inkuiri menitikberatkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorentasikan

teknik, prosedur dan cara-cara melihat masalah serta menyelesaikan masalah dalam

pembelajaran. Pengajaran secara inkuiri akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar

melakukan operasi intelektual dan memerlukan pelajar memperoleh pengetahuan dan

pemahaman melalui proses inkuiri yang mereka jalankan.  Melalui kaedah ini pengetahuan

diperoleh oleh murid melalui proses mengenal pasti, mencari dan menguji pengetahuan. Murid

akan melibatkan diri secara aktif dalam proses yang berbentuk penyiasatan. Kaedah ini

membolehkan guru tidak terlalu terikat menyampaikan maklumat sedia ada. Sebaliknya, sesi

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri memerlukan penglibatan murid

sendiri bertindak memainkan peranan sebagai perancang dan pelaku proses pembelajaran.

Dalam hal ini guru bertindak sebagai pembimbing dan penggalak dalam proses pengajaran dan

pembelajaran atau bertindak sebagai penasihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung

Rumusan

Dalam usaha untuk melibatkan murid secara aktif dan seronok dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dengan sokongan pelbagai bahan media, peranan guru memainkan peranan utama

terutama dari segi komitmen untuk melaksanakan pengajaran yang telah dirancang. Tanpa

komitmen dan persiapan yang bersungguh-sungguh proses pengajaran dan pembelajaran hanya

akan berbalik kepada kaedah tradisional yang menekan penggunaan syarahan dan papan tulis

sebagai medium yang paling mudah untuk digunakan. Murid hanya menjadi penerima ilmu

kerana proses pengajaran adalah lebih berpusatkan guru.

10

Tugasan EPM233

Soalan C

Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran merupakan proses penilaian untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif

pengajaran atau pembelajaran tercapai. Oleh itu, pentaksiran perlulah dijalankan berterusan

dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui pentaksiran yang berterusan guru

dapat memastikan tindakan susul yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk

memberi latihan pemulihan atau pengayaan. Didik hibur adalah kaedah alternatif semasa proses

pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk menjadikan isi pengajaran dan pembelajaran

yang dilaksanakan seronok untuk diikuti oleh murid-murid.

Didik hibur dilaksanakan dengan cara menyerap pelbagai disiplin ilmu, nilai murni dan

kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu

subjek dan proses penyerapan tersebut melalui melalui pelbagai aktiviti secara santai .Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah guru adalah segala-galanya (Pullis &

Young,1982) yang akan menjalankan pelbagai peranan di dalam bilik darjah ( Syed Lufti, 1994).

Kejayaan didik hibur dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran terletak kepada

kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang yang berkesan.

Oleh yang demikian guru perlu mengambil kira berberapa ciri semasa merancang aktiviti

didik hibur seperti di bawah supaya pengesanan atau pentasiran prestasi murid dapat

dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku;

i) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

ii) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang

sama.

iii) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa yang

sesuai atau waktu yang fleksibel.

iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksanakan, dijalankan dan diselesakan bersama-sama

murid-murid tanpa banyak masaalah atau halangan.

v) Aktiviti yang diplih tidak menjurus kea rah permusuhan atau konflik antara murid.

vi) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami oleh murid.

11

Tugasan EPM233

vii) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka

yang menyertai, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Guru-guru pula harus memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada

murid itu sendiri melalui pendekatan didik hibur. Pendekatan yang digunakan mesti memberi

peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan

murid-murid tersebut.Dalam pelaksanaan PBS, pentaksiran formatif atau assessment for learning

diberi penekanan utama untuk meningkatkan pembelajaran murid dan dengan harapan dapat

membina potensi murid secara menyeluruh ( Na’imah, 2011 ) Selain memberi penegasan

kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran berkonsepkan didik

hibur juga boleh dilaksanakan bagi menjadikan pentaksiran semasa pengajaran dan

pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak berorientasikan kepada peperiksaan.

Pelbagai kaedah pentaksiran boleh digunakan untuk menilai tahap penguasaan murid.

Pentaksiran berkonsepkan didik hibur perlu bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan

untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan,

pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid

mencapai standard yang ditetapkan. Pentaksiran berkonsepkan didik hibur dijalankan secara

tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu,

kumpulan atau menyeluruh sama ada melalui pemerhatian ,sesi soaljawab, penglibatan murid

dalam aktiviti yang dilaksanakan untuk merekod prestasi murid atau sebagai satu senarai semak

untuk membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau

pemulihan di dalam kelas.

Pemilihan kaedah pentaksiran bergantung kepada:

1. hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

2. kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan

maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan

kemajuan murid.

12

Tugasan EPM233

Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

a. Mengesan serta-merta

- mengesan penguasaan hasil pembelajarandengan serta-merta dalam pengajaran harian

- tidak memerlukan instrumen yang khusus

• Mengesan kemajuan

- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran

- perlu dirancang secara individu atau kumpulan

- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis

• Mengesan pencapaian

- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program

- perlu dirancang secara individu

- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian

Lisan

INTEGRASI PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN

13

PEMBELAJARAN(MURID)

PENGAJARAN(GURU)

PENTAKSIRAN(GURU DANMURID)

Guru menambah baik pengajaran

secara keseluruhan

Murid meningkatkan pembelajaran

secara keseluruhan

Tugasan EPM233

BENTUK, KAEDAH DAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Pentaksiran yang dilaksanakan perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu

bapa pada awal proses pembelajaran. Setiap aktiviti yang direkodkan seharusnya terdiri daripada

kejayaan daripada siri tugasan yang bermakna dan berkesan. Pentaksiran boleh dibuat melalui

kaedah-kaedah berikut;

1. Pencerapan

Dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan

hasil penyelesaian yang umum dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen yang sesuai

untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak yang tidak memerlukan masa

yang panjang untuk membuat catatan dan merekod.

2. Tugasan

Tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi dan

konteks yang sebenar dan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan

menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Antara contoh ialah projek,

pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.

3. Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan

Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid

memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi

dengan tepat. Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk

menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi ke atas pembelajaran seseorang

adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran. Pentaksiran begini memberi kuasa

kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka selain menilai

kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan .Pentaksiran

kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantu membantu, pengagihan

kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai

melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran

sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja kumpulan.

14

Tugasan EPM233

Rumusan

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan

pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan

membina instrument penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasilpenilaian, menganalisis

maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Ini memberi peluang kepada guru

untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan

tersebut tidak terhimpun. Penilaian yang dirancang oleh guru melalui konsep didik hibur aktiviti

penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK).Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan

kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut sesuai

dengan konsep Pentaksiran Berasakan Sekolah bersifat holistik iaitu menilai aspek kognif

(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) sesuai dengan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah ( KSSR) Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan

perkembangan murid dari semasa ke semasa.

15

Tugasan EPM233

Soalan D

Pengenalan

Didik Hibur, adalah kaedah pengajaran secara aktif dan menyeronokkan memang menjadi isu

yang sedang hebat dibincangkan, sejajar dengan tuntutan KSSR. Implementasi didik hibur

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain memberi keseronokan murid untuk belajar, ia

juga dapat mencungkil bakat terpendam yang ada pada seseorang murid tersebut Didik hibur di

dalam kelas boleh diaplikasikan melalui nyanyian, lakonan, pendeklamasian sajak, dan banyak

lagi. Paling penting, unsur didik hibur ini bukan sahaja terhad dalam penggunaan pembelajaran

Bahasa Melayu, tetapi boleh juga digunakan dalam hampir semua mata pelajaran di sekolah

rendah. Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang.

Walaupun pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk membantu guru menggunakan pendekatan pengajararan dan secara aktif dan

menyeronokkan namun guru gagal meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam bilik

darjah.Terdapat pelbagai isu yang dihadapi dalam usaha untuk memupuk kreativiti dalam bilik

darjah seperti sistem pendidikan, guru dan rakan sebaya.Salah satu isu yang menjadi penghalang

ialah sistem pendidikan negara yang masih lagi beroientasikan peperiksaan.Walaupun dalam

KSSR menekan PBS untuk mentaksir penguasaan kemahiran secara holistic tetapi kenyataan

sebenar ialah penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi tertumpu kepada pencapaian

penguasaan akademik pelajar yang diukur dengan melihat Gred Purata Sekolah.

Penekanan kepada peperiksaan terutamanya UPSR telah menyebabkan guru lebih cenderung

untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah

tersebut lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi

dalam peperiksaan ( Toh, 2003). Kejayaan guru menghasilkan bilangan ramai pelajar yang

mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan dilihat sebagai guru yang berkesan. Kesan negatif

akibat penekanan terhadap peperiksaan dalam memgembangkan pengajaran dan pembelajaran

secara aktif dan menyeronokkan dan berpusatkan murid ialah pelajar hanya menerima segala

maklumat yang pasif dan kurang kreatif serta inovatif.

16

Tugasan EPM233

Satu isu penting yang boleh memberikan kesan negatif kepada daya pembelajaran murid ialah

rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan penghalang utama yang menyebabkan para pelajar tidak

mahu terlibat dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokan terutama gangguan murid

hiperaktif yang sering mengganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir.

Kewujudan murid seperti ini akan memberi implkasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas kerana murid lain tidak dapat memberi perhatian semasa belajar, wujud pergaduhan ,

interaksi antara guru dan murid lain terganggu malah proses pengajaran dan pembelajaran tidak

dapat berlangsung dengan lancar.

Selain daripada tiga isu yang telah dinyatakan, isu-isu lain yang boleh dianggap relevan ialah

pengurusan bilik darjah. Mengawal bilik darjah termasuk mengurus tingkah laku bermasalah

akan menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jika pengurusan bilik darjah tidak

diambil dengan serius walaupun persediaan untuk pengajaran dan pembelajaran dirancang

dengan baik, objektif pengajaran tidak akan tercapai. Persekitaran bilik darjah yang sesuai boleh

membantu mengurangkan gangguan tingkah laku pelajar. Kebanyakan tingkahlaku dipengaruhi

oleh keadaan persekitaran sesuatu tempat(Levin & Nolan, 1996). Sehubungan itu, guru harus

bijak dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif, bersih dan kemas.

Dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan

menyeronokkan, Tan (2001) mencadangkan pengajaran yang berpusatkan pelajar. Pendekatan

pengajaran yang berpusatkan pelajar akan merangsang keseronokkan, penglibatan dalam aktiviti

bilik darjah, konsep-kendiri dan bakat pelajar Menurut Cropley (1997) pula dalam pengajaran

berpusatkan pelajar ini guru sangat menilai danmempromosikan tingkah laku pelajar seperti

ketekunan, ketabahan, semangat ingin tahu, suka menghadapi cabaran, suka mengambil risiko

dan keazaman yang tinggi.

17

Tugasan EPM233

Rujukan

B.J Enright (1992) ,New media and the library in educations, London Clive Bigley

Brooks, J.G. & Brooks, M.G. (1993), In search of understanding: The case for constructivist

classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Cropley, A. J. (2001). Creativity in Education and Learning a guide for Teachers and Educators.London: Kogan Page Limited.

Dale, E. (1969), Audio-visual methods in teaching. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Gagne, R.M (1985), The Conditions Of Learning and Theory of Instruction. 4 th Edition, New

York

Levine, J. C. (1996). Personal Creativity and Classroom Teaching Style of Second Year Inner SchoolTeacher. Doctor Of Philosophy, Fordham University.

Meyers, C. & Jones, T. (1993), Promoting active learning: Strategies for the college classroom.

San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Mok Soon Seng (1992),Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman

Na’imah Ishak (2011), School based assessment as transformation in educational assessment,

Keynote dalam International Seminar On Measurement and Evaluation (ICMEE 4) USM,Pulau

Pinang, 9-12 Oktober

Slavin, R.E. (2005). Educational psychology.Theory and practice. (5thed.).Boston:Allyn and Bacon.

Soh, K. C. (2000). Indexing Creativity Fostering Teacher Behavior: A Preliminary Validation Study.Journal of Creative Behavior, 34 (2), 118-134.

Toh, W. S., (2003). Student-Centered Educational Beliefs and Teacher Education. Jurnal Penyelidikan MPBL, 4, 20-22. Laman Web :

Diperolehi pada 25 Feb, 2013 , http://mfariz.wordpress.com/2009/02/22/pembelajaran-kooperatif-yang-berkesan/

18

Tugasan EPM233

BAHAGIAN B

RANCANGAN PELAJARAN

Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Kelas Tahun 5

Masa 40 minit

Objektif Pelajaran

Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk

mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji

termasuk maklumat dari internet.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid

dapat;

1. Mengguna dan merujuk kamus untuk mencari

makna, sebutan yang betul, ejaan dan

penggunaan perkataan yang tepat.

2. Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan

dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

3. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk

berdasarkan tajuk.

Konsep/Prinsip/Teori/Hukum Kitar Semula/Kolaboratif/Koperatif/Didik Hidup

Bahan Pembelajaran & Pengajaran

Kamus, Keratan Iklan Kempen, Gambar ,Lembaran

Kerja, http://www.youtube.com/watch?

v=c7FPAiDwmCs-Video Kempen Kitar Semula

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

a. Kemhiran Berfikir : mengimbas kembali , menghubung kait

b. Kemahiran belajar : menerima maklumat, memproses dan melapor

Langkah Pengajaran Dan Pembelajaran

19

Tugasan EPM233

Langkah

MasaIsi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set Induksi

( 3 Minit )

a. Gambar

Pelbagai

bahan

b. Soaljawab

1. Guru bertanya

khabar dan

menerangkan tajuk

pelajaran serta

meminta murid

memberi tumpuan

dan perhatian agar

murid bersedia untuk

belajar.

2. Guru

menayangkan

gambar sampah

sarap.

3. Guru

bersoaljawab dengan

murid dan

mengaitkan

perbualan dengan isi

pelajaran.

1. Murid guru di

tempat masing-

masinh dan

bersedia untuk

belajar.

2. Murid

memerhatikan

gambar dengan

teliti.

3. Menjawab soalan

yang dikemukakan

oleh guru.

BBB

Gambar

KB

-Mengimbas

kembali

-menghubung-

kait

Nilai

-Menghayati

Perkembangan Melihat

gambar –

1. Guru

mengagihkan murid

1. Murid duduk

dalam kumpulan

20

Tugasan EPM233

Langkah 1

( 7 minit)

gambar

berkaitan

dengan

Kempen Kitar

Semula

kepada murid

kepada empat

kumpulan.

2. Guru

mengedarkan

gambar iklan

berkaitan dengan

Kempen Kita

Semula

3. Guru

menunjukkan simbol

bagi kitar semula.

4. Guru meminta

murid mengenal

pasti tong sampah

kitar semula yang

bersesuaian bahan

bahan buangan

5. Guru meminta

murid mengelaskan

gambar bahan

buangan berdasarkan

tong sampah kitar

semula yang sesuai.

yangtelah diagihkan

2. Murid melihat

gamnbar dan

membaca maklumat

yang tertera.

3.Murid

menyatakan

maksud symbol.

4. Murid

menyatakan tujuan

tong yang berlainan

warna dan

menyatakan

kegunaannya

5. Murid

mengelaskan

gambar mengikut

kumpulan dan

mencatat kumpulan

sampah dan tong

sampat kitar semula

yang harus

digunakan.

Nilai

-kerjasama

-yakin

Kaedah

-kolaboratif

Langkah 3

(15 minit )

Membaca Teks

Tajuk :

1. Guru meminta

murid membaca teks

1. Murid membaca

teks dengan sebutan

21

Tugasan EPM233

Kempen Kitar

Semula

dengan sebutan yang

jelas dan intonasi

yang betul secara

kelas.

2. Guru mengedar

kamus lembaran

kerja dan meminta

setiap kumpulan

menyenaraikan

perkataan sukar.

3. Guru meminta

wakil setiap

kumpulan membaca

perkataan sukar dan

mencatat perkataan

yang disebut oleh

wakil kumpulan di

papan tulis.

4. Guru meminta

murid secara kelas

dan secara kumpulan

menyebut perkataan

tersebut secara kelas.

5. Guru

menerangkan dan

menunjuk cara-cara

menggunakan kamus

6. Guru meminta

murid menulis

makna perkataan

pada lembaran kerja

yang jelas dan

intonasi yang betul.

2. Murid

mencatatkan

perkataan-perkataan

sukar pada

lembaran kerja

yang diberi oelh

guru.

3. Setiap murid

dalam kumpulan

membaca

perkataan-perkataan

sukar secara bergilir

4. Murid menyebut

perkataan yang

dicatat oleh guru di

papan tulis secara

kelas dan secara

kumpulan.

5. Murid memerhati

dan membuka muka

surat seperti yang

ditunjukkan guru.

6. Murid menulis

maksud perkataan

pada lembaran

kerja.

BBB

-lembaran kerja

-kamus

Kaedah

-Kolaboratif

-Koperatif

22

Tugasan EPM233

yang telah ditulis

dengan perkataan-

perkataan sukar.

Langkah 4

( 10 minit )

Menulis ayat

tungal dan ayat

majmuk

- membina

lima ayat

tunggal dan

ayat majmuk

daripada

perkataan

sukar yang

telah dicatat.

1. Guru meminta

murid menulis alat

tunggal dan ayat

majmuk daripada

perkataan sukar

secara berkumpulan

2.Guru memantau

aktiviti murid dan

menyemak serta

membetulkan ayat

yang dtulis oleh

murid murid.

Penutup

( 5 minit )

Penutup

kognitif

-membuat

rumusan

Penutup Sosial

-menonton

video kempen

kitar semula

-Guru bersoaljawab

dengan murid-murid

mengenai aktiviti

yang telah dijalankan

dan merumuskan isi

pelajaran

- Guru meminta

menonton video

kempen kitar semula

-Murid menjawab

soalan guru

-kerja rumah

Murid menonton

video

KB

-Mengimbas

kembali

-merumus

BBB

-lembaran kerja

Kaedah

Didik hibur

23

Tugasan EPM233

Teks Pengajaran Dan Pembelajaran

Faedah Kitar Semula / Kebaikan Kitar semula

24

Tugasan EPM233

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 3 tapak

pelupusan sampah di daerah Manjung. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi

sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular

mencerobohi ruang hidup kita.   

Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan bersih.   

Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi

tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat

mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.  

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan

salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan

ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.   

Kitar semula untuk menjimatkan kos   

Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha

menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula

bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan

memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.   

Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita  

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah

anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk

menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport

bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain.   

25

Tugasan EPM233

Gambar-gambar

Lembaran Kerja

26

Tugasan EPM233

Tarikh :________________________________

Nama Kumpulan :________________________

Tajuk :_________________________________

Arahan : Cari perkataan sukar dari teks dan catatkan setiap perkatan tersebut di bawah :

Lembaran Kerja

27

Tugasan EPM233

Nama Kumpulan : ___________________________________

Tarikh : _____________________

Berdasarkan perkataan-perkataan yang telah dicatat, bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat majmuk.

1

Ayat

tunggal

Ayat

majmuk

2

Ayat

tunggal

Ayat

majmuk

3

Ayat

tunggal

Ayat

majmuk

4

Ayat

tunggal

Ayat

majmuk

5

Ayat

tunggal

Ayat

majmuk

28

top related