tesis rosyati (autosaved)
Post on 25-Jun-2015
836 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB I
MASALAH KAJIAN
1.1 Pengenalan
Pelbagai program telah dijalankan untuk mengatasi masalah murid yang tidak
menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. KIA2M (2006)
memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru
pemulihan khas, PROTIM memfokuskan pada murid Tahap 2 yang dirasakan terlalu
lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi. Namun masalah ini
masih membimbangkan. Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi
masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1. Kumpulan gagal menguasai masalah
ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan
pelajaran dan kerjaya.
Sebagai usaha untuk memperbaiki keadaan, pengkaji memberi fokus
mengenalpasti punca kepada pemasalahan ini dengan mengambil kira bahawa
permasalahan yang wujud ini adalah selari dengan isu pendidikan negara yang masih
hangat dibincang dan diperdebatkan sehingga kini.
1
1.2 Pernyataan Masalah
Kebimbangan banyak pihak berkaitan dengan kelemahan yang dikaitkan
dengan pelaksanaan KBSR, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan faktor-
faktor lain menjadi punca kepada ketidakupayaan murid dalam kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira tidak dapat dinafikan lagi sehinggalah ke hari ini.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telahpun mengambil perhatian
kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran sejak tahun enam
puluhan lagi. Dalam usaha untuk membantu pelajar-pelajar tersebut mengatasi
pembelajaran maka dua strategi telah dijalankan.
Strategi pertama telah bermula pada tahun 1967 di mana Bahagian Sekolah-
sekolah di Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program pemulihan di beberapa
buah sekolah rendah dengan menggunakan strategi , “ Withdrawal System “ bagi
pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam Bahasa Melayu dan Matematik.
Strategi yang ke dua ialah mulai tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam
pendidikan imbuhan di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas sendiri. Pelajar
yang terlibat dengan projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran
ringan dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Sekiranya projek sekolah itu mempunyai Guru Khas Pemulihan, pelajar-pelajar yang
menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks diserahkan kepada mereka untuk
mengelolakannya.
2
Namun begitu , perancangan KBSR yang begitu rapi dan teliti tidak dapat di
implimentasikan dengan lebih berkesan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak
dapat dielakkan. Ia jelas diperbahaskan dan secara rasional Ketua Perancang atau
arkitek perancangan KBSR iaitu Dato’ Asiah bte Abu Samah , Pengarah Pusat
PerkembanganKurikulum (PPK) pada ketika itu telah menyatakan dalam kenyataan
akhbar New Straits Times Mac 28, 1992 : 12, bahawa permasalahan dan kebimbangan
yang wujud berkaitan 3M ini telah bermula sejak berakhirnya satu pusingan
pelaksanaan KBSR pada tahun 1998 lagi yang perlu diberi perhatian. Bilangan pelajar
yang tidak boleh membaca dan menulis di seluruh negara nampaknya masih lagi
mempunyai bilangan yang besar
Pada tahun 2006, YB Dato’ Noh Omar, semasa beliau menjadi Timbalan
Menteri Pelajaran telah membuat kenyataan bahawa seramai 166,000 orang murid
sekolah rendah di seluruh negara adalah buta 3M. Timbalan Perdana Menteri
mengatakan bahawa mulai tahun ini (2010) semua murid Tahun Satu akan menjalani
ujian khusus selepas dua bulan memulakan persekolahan bagi menguji tahap
penguasaan dalam menulis, membaca dan mengira (3M) selaras dengan pelaksanaan
program Literasi dan Numerasi (Linus). Menerusi ujian itu, murid yang dikenal pasti
lembap dalam pembelajaran akan dimasukkan ke kelas pemulihan, manakala yang
mengalami kecacatan fizikal seperti masalah telinga atau mata ditempatkan di kelas
pendidikan khas di sekolah sama.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program itu
adalah antara empat inisiatif sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi
memperkukuhkan tahap literasi murid sekolah rendah daripada 87 peratus tahun lalu
3
kepada 90 peratus tahun ini. Salah satu programnya adalah LINUS. Program LINUS
adalah salah satu perkara yang dipandang serius oleh Perdana Menteri kerana ramai
murid-murid tahun 1 yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan
mengira. Atas dasar itulah satu program (LINUS) telah dibentuk bagi tujuan mengatasi
masalah ini. Ekoran daripada ujian saringan LINUS untuk murid-murid tahun 1,ujian
pelepasan untuk murid pemulihan khas tahun 2 dan 3 dan PROTIM untuk murid-murid
Tahun 4,5,dan 6 di Sekolah Kebangsaan Peserai, didapati peratusan yang gagal dalam
ujian-ujian yang ditetapkan membimbangkan pihak sekolah.
Walaupun bilangan ini masih dianggap kecil, namun kajian mengenainya
diperlukan kerana masalah ini akan memberi impak kepada pendidikan yang lebih
menyeluruh. Jika tidak diambil tindakan atau dikesan lebih awal kemungkinan
bilangan yang besar ini tidak dapat dikurangkan. Negara kita tidak akan mencapai
wawasan yang dicadangkan iaitu sebagai negara maju pada tahun 2020.
Oleh itu, kajian ini sangat diperlukan untuk meninjau persepsi dan pandangan
mereka terhadap perkembangan psikososial pelajar dan tingkahlaku overt murid
dengan masalah pembelajaran mereka. Segala dapatan, rumusan dan cadangan yang
dihasilkan dalam kajian akan menyumbang ke arah penyelesaian masalah murid-murid
yang tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Ini kerana
kemahiran 3M amat penting bagi kemajuan pembelajaran setiap murid di sekolah
rendah bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran persekolahan yang lebih
tinggi.
4
Teori Maslow
Gangguan Perkembangan
Psikososial
1.3 Kerangka Konsep
Kerangka konsep 1.3 di bawah berdasarkan Teori Motivasi Maslow yang
menjelaskan bahwa struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai
keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling
tinggi mempunyai keperluan yang kompleks.
Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan
bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat
keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih
rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.
Rajah 1.3 Rangka Konsepsual Kajian
5
Peranan Guru Ke ArahPerkembangan Psikososial
Normal Murid
sosial /moral
kognitif
emosi
Keperluan estetik
keperluan mengetahui
Penyempurnaan diri
penghargaan diri
Kasih sayang
Keselamatan
Fisiologi
Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan
fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti
keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan
diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat
keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Model tersebut mempunyai hubungan rapat
dengan perkembangan psikososial murid-murid dalam pembelajaran mereka.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi dan pandangan guru terhadap
murid LINUS, PROTIM dan Pemulihan Khas. Objektif kajian ini secara khusus adalah
seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti keperluan perkembangan psikososial terhadap pembelajaran
murid;
1.4.2 Mengenalpasti tingkahlaku overt yang diperlihatkan oleh murid-murid yang
mengalami masalah pembelajaran;
1.5 Persoalan Kajian
Terdapat dua persoalan utama untuk untuk mencapai objektif kajian ini.
1.5.1 Apakah persepsi guru tentang keperluan perkembangan psikososial terhadap
pembelajaran murid?;
6
1.5.2 Apakah tingkahlaku yang diperlihatkan oleh murid-murid yang mengalami
masalah pembelajaran murid menurut pandangan guru?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian juga diharap dapat mengenalpasti secara lebih khusus faktor-faktor
kelemahan tersebut bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program sedia ada
untuk tujuan penambahbaikan. Selain itu, kajian ini sangat penting kerana hasil kajian
diharap dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian akademik anak-anak terutama
dalam penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis serta dalam bidang-bidang
lain yang amat memerlukan perhatian dan tindakan yang lebih berkesan.
Dapatan kajian ini juga diharap dapat memberi sumbangan dan memberi
maklum balas kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat
tentang punca masalah kemerosotan akademik pelajar supaya semua pihak tersebut
berganding bahu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan juga mencari suatu
penyelesaian terhadap masalah sosial pelajar bagi memperkembangkan personaliti
pelajar secara menyeluruh. Ini adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara yang berusaha memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
7
1.7 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih 30 orang guru di sekolah yang
dikaji. Seramai 4 orang guru kelas LINUS tahun 1, seorang guru di kelas Pemulihan
Khas tahun 2 dan 3 iaitu pengkaji sendiri, 4 orang guru di kelas PROTIM tahap 2,
seorang guru penolong kanan Hal Ehwal Murid serta 2 orang guru Bimbingan dan
Kaunseling selebihnya adalah guru-guru kelas. Mereka dipilih sebagai sampel bagi
mewakili populasi guru di sekolah tersebut dengan andaian bahawa ia dikira lebih
sahih dan tepat untuk memperoleh rumusan kajian kelak dan mengikut kemudahan dan
kesesuaian pengkaji agar pemprosesan data responden dapat dijalankan dengan lebih
lancar.
Kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif secara deskriptif menggunakan
reka bentuk tinjauan. Kaedah utama yang akan dijalankan adalah menggunakan set
soalan selidik yang akan diedarkan kepada responden atau sampel yang terpilih.
Kesemua set soalan tersebut dikutip dalam jangka masa yang ditetapkan kelak.
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Masalah Pembelajaran
Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997 mentakrifkan
masalah pembelajaran sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau
8
penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar,
berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna.
1.8.2 Perkembangan psikososial
Perkembangan psikososial menurut Kementerian Kesihatan Malaysia ialah
proses sepanjang hayat sehingga membentuk personaliti diri tetapi apa yang dipelajari
semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini boleh
dibahagikan kepada :
Kognitif ( proses mental ) – memahami , membuat perkiraan, membuat
pertimbangan menyelaras fungsi motor,persepsi dan sebagainya.
Emosi- perkembangan pantas sewaktu pra- sekolah, tugasan ini termasuk :
o Mengenal pasti kepentingan dan jenis-jenis emosi
o Belajar mengawal emosi
o Memahami kesan emosi terhadap tingkah laku
Sosial - Dipengaruhi oleh suasana dan bentuk pergantungan kepada ibu bapa
atau penjaga utama dan individu di persekitaran
Moral - Melibatkan isu-isu betul atau salah.
Menurut ahli psikologi, Erikson perkembangan psikososial terdiri daripada 8
peringkat perkembangan di mana terdapat matlamat yang perlu dicapai pada setiap
peringkat perkembangan dengan melalui krisis perkembangan. Kejayaan mencapai
matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej
kendiri kanak-kanak. Perkembangan psikososial menekankan kepentingan hubungan
9
sosial dengan individu di persekitaran. Perkembangan sosial ini akan membentuk
personaliti kanak-kanak. Personaliti tidak bersifat kaku dan tidak boleh berubah tetapi
boleh berubah mengikut situasi.
1.8.3 Personaliti
Menurut Ee, Ah Meng (1997:131), personaliti merujuk kepada pembentukan
psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai,
kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Oleh itu,
bolehlah dirumuskan bahawa personaliti merujuk kepada perwatakan dan tindakan
individu bergantung kepada keadaan, situasi dan juga persekitaran. Personaliti manusia
boleh diperhati, dikenal pasti dan seterusnya boleh diperihalkan.
1.8.3.1 Tingkahlaku Overt
Tingkahlaku overt ialah tingkahlaku yang boleh dilihat termasuklah
tingkahlaku verbal (penggunaan bahasa) dan tingkahlaku motor (pergerakan badan).
Tingkahlaku-tingkahlaku ini boleh dilihat dan diperhatikan oleh individu lain.( Dr.
Mahani Razali )
10
1.8.4 Jenis-jenis Program Pemulihan
1.8.4.1 Program Pemulihan
Program ini dijalankan di dalam kelas biasa bagi membantu murid lemah
menguasai kemahiran yang telah dipelajari
1.8.4.2 LINUS (Literasi dan Numerasi)
Definisi Literasi
Literasi adalah kebolehan murid membaca, menulis dan memahami perkataan,
ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
Definisi Numerasi
Numerasi adalah kebolehan murid melakukan operasi asas matematik serta
memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Program pemulihan LINUS akan memastikan semua murid Tahap 1 sekolah
rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012
kecuali murid berkeperluan khas. Saringan ini dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu,
Matematik dan Guru Pemulihan Khas. Semua murid tahun 1 yang dikenal pasti tiada
11
masalah pembelajaran akan menduduki saringan pertama LINUS untuk menilai tahap
penguasaan kemahiran mereka pada awal tahun setiap tahun. Ada 3 saringan yang
perlu dilalui oleh murid tahun 1 yang akan bermula pada bulan Mac, Jun dan
September. Sekiranya murid gagal melepasi saringan 1, mereka akan ditempatkan di
kelas LINUS.
1.8.4.3 PROTIM
PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid
tahun 4, 5 dan 6 (Tahap 2) di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi
masalah penguasaan asas membaca atau lebih dikenali dengan masalah 3M.
Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru
pemulihan khas bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.
Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan satu program
khas bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan Khas. Program
tersebut dinamakan PROTIM.. Murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’.
Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat
dalam program PROTIM.
1.8.4.4 Program Pemulihan Khas
Program Pemulihan Khas didefinisikan sebagai Sistem Penarikan Keluar
(withdrawl System) ke kelas yang dikhususkan kepada murid yang mengalami
masalah atau kesukaran belajar untuk menguasai kemahiran-kemahiran sama ada
12
membaca, menulis dan mengira pada waktu tertentu untuk Bahasa Melayu dan
Matematik dan dihantar balik ke kelas setelah menguasai kemahiran asas. ( Buku
Panduan AM KBSR, 1982 )
1.8.4.5 Murid Pemulihan
Murid Pemulihan adalah ,“ … kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang
kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan
dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak” (. M.F.Clough )
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin murid pemulihan
adalah murid yang dikenal pasti lembap dalam pembelajaran. Murid Tahun 1 yang
gagal dalam ujian-ujian saringan yang ditetapkan akan menjalani kelas pemulihan
khas, manakala yang mengalami kecacatan fizikal seperti masalah telinga atau mata
ditempatkan di kelas pendidikan khas di sekolah sama.
1.8.4.6 Guru Pemulihan Khas
Guru Pemulihan Khas adalah guru yang memiliki kelulusan ikhtisas yang
diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dilantik oleh Pengarah Pelajaran
secara bertulis dengan mengambil kira kualiti guru berkenaan yang disarankan dalam
Ringkasan Laporan Kajian Pelaksanaan Program Pemulihan Khas di Sekolah Rendah
tahun 2002 kerana mereka boleh meningkatkan keupayaan dan kejayaan murid-murid
pemulihan khas.
13
1.9 Rumusan
Berdasarkan pernyataan masalah kajian ,kepentingannya dan tujuan kajian ini
perlu dijalankan diharapkan satu tindakan selanjutnya dapat diambil bagi mengambil
kira keperluan perkembangan psikososial murid-murid pemulihan dan murid
pemulihan khas. Untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran asas 3M,
mereka perlulah melalui tahap perkembangan psikososial yang normal dan tinggi,
untuk memiliki personaliti yang baik dan sifat-sifat yang positif seperti percaya pada
diri dan orang lain, berautonomi, bersikap inisiatif, berkeupayaan memperkembangkan
kemahiran-kemahiran hidup, mengenal identiti diri, dapat membina hubungan yang
mesra dengan orang lain, menyumbang tenaga kepada orang lain dan masyarakat serta
mencapai kesempurnaan ego.
14
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji cuba menghubungkaitkan kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan tajuk yang dikaji iaitu keperluan perkembangan psikososial
mempengaruhi pembelajaran murid pemulihan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu
termasuk teori-teori perkembangan psikososial dari beberapa aspek yang berkaitan
dengan masalah pembelajaran murid-murid pemulihan, aspek-aspek perkembangan
manusia daripada kajian-kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara yang
berkaitan dengan kajian ini dan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
psikososial memberi kesan kepada pembelajaran murid-murid pemulihan.
Justeru itu hasil daripada tinjauan dan bacaan yang telah dilakukan oleh
pengkaji, penyelidikan terhadap perkembangan psikososial kanak-kanak boleh
memberi kesan kepada tingkahlaku mereka dan pembelajaran murid-murid pemulihan
menurut persepsi dan pandangan guru. Penyelidikan perlu dikaji secara mendalam
untuk memahami perkara ini dan boleh memikirkan bagaimana cara untuk membantu
mengurangkan masalah pembelajaran mereka dan juga mengurangkan peratusan murid
yang tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
15
2.2 Literatur Berkaitan
2.2.1 Teori Perkembangan Psikososial Erikson.
Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh
Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson
menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan hidup
manusia dari mula lahir hingga kematiannya melalui lapan tahap perkembangan.
Dalam semua tahap, seseorang itu perlu menghadapi krisis perkembangan.
Dalam tahap pertama hingga keempat, seseorang individu itu melalui tahap
kelahiran hingga berumur 12 tahun. Dalam tahap ini, seseorang itu mula menyayangi
dan mempercayai pihak-pihak tertentu. Seseorang itu juga mula mempelajari perkara-
perkara baru, lebih berinisiatif dan mempelajari banyak kemahiran. Galakan dan pujian
akan menambahkan keyakinan mereka sebaliknya jika keinginan mereka dihalang
akan menyebabkan mereka berasa rendah diri, merasai kegagalan dan
ketidakmampuan. Perkembangan psikososial yang seimbang di setiap peringkat
perkembangan manusia membolehkan seseorang individu menuju ke arah berdikari,
bertanggung jawab, meningkatkan keupayaan, menyesuaikan diri dengan persekitaran
sosial, mengawal diri dengan baik, mengurangkan sifat agresifnya serta mencapai
kesempurnaan diri (Erikson, 1965).
16
Kajian beliau menunjukkan bahawa perkembangan sahsiah manusia adalah
hasil daripada interaksi antara baka dan persekitaran. Erikson menyatakan peringkat ini
kanak-kanak berada pada tahap Berdaya Tindak lawan Rasa Bersalah, iaitu:
2.2.1.1 Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa
dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.
2.2.1.2 Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya
usaha dan daya tindak tetapi masih wujud keinginan untuk
mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan
menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.
Cara seseorang itu menghadapi dan menyelesaikan krisis itulah akan memberi
kesan terhadap sahsiah diri dan pandangan masyarakat terhadapnya. Cara penyelesaian
yang tidak baik terhadap sesuatu krisis dalam suatu tahap perkembangan akan
memberi kesan negatif dalam keseluruhan perkembangan hidupnya walaupun
kadangkala kesalahan yang dilakukan boleh dibaiki pada tahap-tahap berikutnya
(Woolfork, 1993).
2.2.2 Teori Humanistik – Maslow
Abraham Maslow (1970) telah memberi sumbangan besar menerusi kajian
mengenai perkembangan personaliti manusia. Teori Humanistik menyatakan bahawa
gangguan emosi akan berlaku jika potensi individu tidak berkembang atau
keperluannya tidak dipenuhi. Keadaan ini sudah tentu mengganggu konsep kendirinya
17
(Rohayati et al, 1991). Keperluan seseorang jarang-jarang dapat dipenuhi sepenuhnya.
Ini bermakna, pembaikan sentiasa boleh dilakukan. Dengan itu, seseorang selalu
dimotivasikan oleh keperluannya.
Menurut Maslow, manusia mempunyai tujuh hierarki keperluan yang perlu
disempurnakan. Empat keperluan peringkat bawah iaitu keperluan untuk hidup,
keperluan untuk keselamatan daripada bahaya dan ancaman persekitaran, keperluan
untuk pengumpulan harta dan kasih sayang dan keperluan pencapaian diri. Keempat-
empat keperluan ini disebut ‘deficiency needs’. Manakala tiga peringkat di atas yang
dipanggil ‘being needs’ terdiri daripada keperluan terhadap pengetahuan dan
kefahaman, keperluan terhadap estetik dan yang paling atas adalah keperluan terhadap
pencapaian hasrat diri iaitu potensi dan kebolehan (Woolfork, 1980:340).
Di sekolah, pelajar-pelajar mempunyai pelbagai keperluan dan akan berusaha
memenuhi keperluan-keperluan itu. Kegagalan mereka memenuhi keperluan tertentu
akan mengakibatkan mereka menghadapi kesukaran semasa berada dalam satu
peringkat keperluan lagi dan dengan ini gangguan emosi terjadi. Pelajar yang
menghadapi gangguan emosi biasanya tidak dapat menumpukan perhatian dalam
pelajaran dan oleh itu, pencapaian akademik mereka tidak memuaskan. Inilah yang
berlaku pada murid-murid pemulihan di dalam kelas LINUS, PROTIM dan Pemulihan
Khas..
18
2.2.3 Teori-Teori Pembelajaran Sosial
Albert Bandura adalah seorang ahli psikologi daripada Teori Pembelajaran
Sosial yang menekankan pengaruh model pada perkembangan sosial. Bandura
memanggil ini pembelajaran secara pemerhatian. Ini bermakna kanak-kanak mendapat
maklumat daripada pemerhatian orang lain, perkara-perkara, dan peristiwa-peristiwa
yang berlaku di sekelilingnya (Decay:1996: 42).
Beliau menunjukkan bukti bahawa pembelajaran berlaku melalui pemerhatian,
membendung pemerhatian, menghasilkan tingkahlaku yang dibendung serta
peneguhan dan motivasi terhadap tingkahlaku yang dihasilkan.
Teori-teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa tingkahlaku dipelajari.
Kanak-kanak biasanya mengikuti tingkahlaku orang-orang di sekitarnya. Proses ini
menjadi lebih cepat jika mereka diberi galakan dan peneguhan. Sebagai contohnya,
jika seseorang pelajar dipuji kerana dapat menghasilkan lukisan yang bermutu, maka
ada kemungkinan besar pelajar itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
menghasilkan lukisan yang lebih bermutu pada masa akan datang.
Tetapi jika seseorang kanak-kanak itu berhadapan dengan keganasan dan
tingkahlaku yang agresif di rumah, kemungkinan besar kanak-kanak itu mempelajari
tingkahlaku itu. Ini bermakna, faktor-faktor persekitaran seperti keluarga, sekolah dan
rakan sebaya boleh mempengaruhi tingkahlaku seseorang.
19
Dalam menjelaskan teorinya, Bandura telah menyatakan empat elemen utama
pembelajaran melalui pemerhatian serta harus diberi penekanan iaitu perhatian,
pembendungan, penghasilan, peneguhan dan motivasi.
Perhatian adalah elemen pertama pembelajaran. Bagi kanak-kanak, perhatian
mereka lebih terhadap ibu bapa, abang dan kakak atau guru-guru. Bagi pelajar-pelajar
yang lebih tua, perhatian mereka lebih banyak diberi kepada rakan sebaya yang
popular, penyanyi dan pelakon atau watak-watak utama televisyen.
Pembendungan merupakan tahap kedua dalam pembelajaran. Ini boleh berlaku
dengan cara mengingati perbuatan-perbuatan yang diperhatikan. Pembendungan
menjadi kukuh dengan berfikir tentang itu berulangkali atau melatih perbuatan yang
diperhatikan.
Penghasilan adalah tahap ketiga dalam pembelajaran. Ini bermakna seseorang
itu melakonkan apa yang dipelajarinya dalam kehidupan seharian. Ini memerlukan
latihan supaya penghasilannya licin tanpa sebarang masalah.
Tahap keempat dalam pembelajaran adalah pembelajaran melalui motivasi dan
peneguhan yang boleh menyebabkan sesuatu yang diperhati dan dipelajari
dipertunjukkan.
Teori ini sangat sesuai diaplikasikan dalam konteks sekolah. Pelajar-pelajar
cenderung mempelajari daripada guru-guru yang mengajar mereka. Sekiranya guru-
guru di sekolah dapat memaparkan contoh yang baik dalam aktiviti harian di sekolah,
20
pembentukan personaliti pelajar akan lebih cenderung kepada ciri-ciri yang sihat dan
baik. Rakan sebaya memainkan peranan yang paling besar dalam mempengaruhi
pembentukan personaliti pelajar. Oleh itu, budaya sekolah yang sihat amat digalakkan
dalam persekitaran sekolah.
2.3 Kajian Berkaitan
Banyak pendapat menyatakan bahawa pencapaian akademik seseorang pelajar
berkait rapat dengan faktor kecerdasan mental pelajar. Walau bagaimanapun, peranan
faktor lain seperti faktor personaliti, faktor persekitaran, faktor psikososial juga
menyumbang kepada prestasi pencapaian akademik.
Kajian “The Role of Trait Emotional Intelligence in Academic Performance
and Deviant Behavior At School” oleh Petrides, Norah dan Furnham, 2002. mendapati
trait kecerdasan emosi dapat menyeimbangkan hubungan antara keupayaan kognitif
dengan pencapaian akademik seseorang individu. Di samping itu, pelajar yang
mempunyai skor yang tinggi dalam trait kecerdasan emosi tidak berkecenderungan
ponteng sekolah ataupun dibuang sekolah.
Coover & Murphy (2000) menguji hubungan di antara identiti diri dengan
pencapaian akademik dan mendapati konsep kendiri antara dimensi yang lebih positif
berkait dengan pencapaian akademik. Menurutnya identiti diri boleh berubah melalui
interaksi sosial dan komunikasi antara lain yang mana boleh meninggikan pencapaian.
21
Selain daripada itu, Digman dan Takemoto-Chock (1981) dalam kajian mereka
mengenai perasaan tanggungjawab pelajar, keazaman dan ketekunan melaporkan yang
ciri-ciri ini berkaitan dengan pencapaian akademik seperti nilai purata gred (GPA).
Satu kajian yang mengaitkan perkembangan psikososial seperti personaliti dan
pencapaian telah dijalankan di Universiti Pertanian Malaysia ( UPM ), bertujuan untuk
melihat hubungan antara ciri personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan
pelajar UPM. Dalam kajian ini ciri personaliti diwakili oleh 7 dimensi iaitu motivasi,
keyakinan, konsep kendiri, perhubungan dengan orang lain, kebimbingan, fokus dan
emosi (Rosini et al, 2005).
Dapatan dimensi motivasi, konsep kendiri, kebimbingan dan fokus
menunjukkan hubungan yang positif dalam perkembangan psikososial dan pencapaian
akademik. Justeru itu, murid-murid pemulihan memerlukan hubungan ini. Kajian-
kajian tersebut menunjukkan terdapat hubungan ciri-ciri personaliti dalam
perkembangan psikososial dengan pencapaian akademik bagi pelajar-pelajar.
2.3.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Manusia
Pembentukan personaliti seseorang individu melalui perkembangan psikososial
adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
22
2.3.1.1 Baka
Faktor baka akan mempengaruhi personaliti secara langsung. Kesemua unsur
yang terkandung dalam baka memberi kesan kepada perkembangan personaliti
seseorang.
a. Saiz badan. Saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang melakukan sesuatu
aktiviti. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang
tinggi untuk dirinya. Ini menyebabkan seseorang itu diminati oleh rakan-rakannya dan
seterusnya meningkatkan harga dirinya. Harga diri yang meningkat akan membentuk
personaliti yang sihat.
b. Penyakit. Melalui baka, kemungkinan seseorang itu mewarisi penyakit seperti lelah
dan kencing manis. Kanak-kanak yang kurang bertenaga dan kerap sakit akan
menyukarkannya menyertai aktiviti sosial. Ini menyebabkan perkembangan sosialnya
terganggu. Hubungan dengan rakan-rakan yang lain juga kurang. Individu ini akan
kesunyian. Perkembangan psikososial individu ini akan menjadi tidak sihat disebabkan
perkembangan sosial, emosi dan kognitif juga terjejas.
c. Kecerdasan. Perbezaan kecerdasan yang diwarisi antara individu adalah suatu
kenyataan. Kecerdasan membantu seseorang individu menyelesaikan masalah sehari-
hari dan masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan dalam peperiksaan dan
membentuk personaliti yang menyakinkan dalam bilik darjah. Sebaliknya seseorang
yang kurang kecerdasan menyebabkan sukar untuk menyelesaikan tugasan akademik
dan sering mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan. Ini akan
23
menyebabkan seseorang itu menarik diri daripada rakan-rakannya dan menjadi pemalu
dan menjejaskan pembelajarannya.
.
2.3.1.2 Persekitaran
Faktor-faktor persekitaran seperti keluarga, pengalaman awal, sekolah, dan
rakan sebaya, mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan personaliti
murid-murid pemulihan khas.
2.3.1.2.1 Keluarga
i. Suasana rumah. Oleh kerana manusia pertama yang ditemui dan dipelajari
perlakuannya ialah ibu dan bapa, maka, cara mereka dididik boleh mempengaruhi
personaliti seseorang. Terdapat empat dimensi penjagaan yang akhirnya boleh
menghasilkan beberapa personaliti. Dimensi ini ialah autonomi, kawalan, kasih sayang
dan kekasaran. Dalam ikatan sosial keluarga, terdapat sifat kasih sayang, saling
menghormati dan pelaksanaan tanggungjawab oleh setiap ahli keluarga, di mana ayah
menjadi penanggungjawab keluarga. Suasana dan cara perhubungan dalam keluarga
memberi kesan terhadap perkembangan personaliti seseorang individu. Perkembangan
personaliti terancam apabila ibu bapa bercerai dan keluarga retak.
ii. Pemakanan. Jika pemakanan tidak seimbang, pertumbuhan mungkin akan terbantut
ataupun mungkin akan keterlaluan. Kekurangan zat-zat makanan akan menyebabkan
seseorang individu cepat berasa letih dan mudah dijangkiti penyakit. Individu yang
kurang sihat tidak akan belajar dengan penumpuan yang sepenuhnya dan tidak dapat
24
menyertai aktiviti kokurikulum dengan penglibatan yang menggalakkan. Ini akan
menjejaskan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial individu
tersebut.
iii. Taraf Sosioekonomi Keluarga . Keadaan kewangan keluarga akan menentukan
tahap pendedahan seseorang individu terhadap kemudahan-kemudahan pembelajaran
yang ada. Individu yang datang dari keluarga miskin biasanya tidak mempunyai
kemudahan-kemudahan tersebut dan mereka biasanya kekurangan keyakinan pada diri
dan berasa rendah diri. Majoriti murid-murid begini mempunyai latar belakang dari
golongan ini (miskin).
2.3.1.2.2 Pengalaman Awal
Perkembangan personaliti seseorang individu dipengaruhi oleh pengalaman
awal. Kanak-kanak yang cenderung merasa bimbang dan bersalah adalah kanak-kanak
yang selalu dihukum ketika melakukan kesilapan. Kanak-kanak yang tidak pernah
didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan merasa rendah diri serta terancam
apabila tidak boleh mengenal huruf dan nombor. Keadaan ini menjejaskan harga diri
serta konsep kendiri kanak-kanak tersebut.
2.3.1.2.3 Sekolah
Pengalaman di rumah tidak sama dengan pengalaman di sekolah. Kedua-dua
pengalaman ini saling bantu-membantu dalam perkembangan personaliti seseorang
25
individu. Di sekolah, pengalaman kegagalan, kejayaan, persaingan, kerjasama,
kekitaan dan pelbagai lagi pengalaman dalam kehidupan akan dilalui.
Sekolah adalah agen sosialisasi yang beroperasi secara formal. Ianya
mengandungi struktur pentadbiran dalam mengurus program pengajian. Kuasa di
sekolah terletak kepada orang tertentu seperti pengetua, guru penolong kanan, guru
disiplin dan lain-lain lagi. Stail kepemimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang individu. Pengetua sekolah yang tegas akan
melahirkan pelajar yang berdisiplin dan pengetua yang tidak tegas akan melahirkan
pelajar yang pasif, kurang inovatif dan tidak berani menerima cabaran. Guru yang
penyayang akan membentuk emosi pelajar yang stabil. Guru yang suka mendera
pelajar akan melahirkan personaliti pelajar yang kurang baik. Ini disebabkan guru
merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh (Keith, 1979). Persekitaran sekolah
yang baik akan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang sempurna.
Bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan memainkan peranan yang
penting dalam membentuk hubungan sosial antara pelajar. Keperluan ini sangat-sangat
diperlukan dalam mengatasi masalah pembelajaran murid-murid pemulihan .
2.3.1.2.4 Rakan Sebaya
Glidewell (1966) mendapati tiga keadaan utama pelajar-pelajar akan
dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka.
i. Pelajar-pelajar ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka.
ii. Pelajar-pelajar terpengaruh dengan kepemimpinan dan kemampuan rakan mereka.
iii. Mereka ingin membuktikan kebolehan dan memperolehi pengakuan dan
26
penghargaan rakan.
2.4 Rumusan
Merujuk kepada tinjauan kajian-kajian yang dinyatakan di atas jelas
menunjukkan bahawa masalah pembelajaran murid pemulihan mempunyai hubungan
yang rapat dengan perkembangan psikososial murid-murid.. Teori-teori para
psikologi perlu dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam membantu
pemasalahan ini. Justeru, kejayaan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
murid adalah terletak kepada sejauh mana semua yang terlibat itu mampu memberi
sumbangan berkesan terhadap kemajuan pembelajaran murid-murid yang memerlukan
perhatian khas ini.
27
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan metodologi kajian yang telah dijalankan yang
merangkumi penerangan mengenai reka bentuk kajian yang dipilih, populasi, sampel
kajian, instrumen yang telah digunakan, prosedur kajian yang dilaksanakan, kaedah
penganalisisan data yang digunakan.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan. Abdul Aziz (1995) berpendapat
bahawa penggunaan soal selidik adalah satu cara yang baik dalam kajian analisis
disebabkan cara ini mampu memberi banyak maklumat. Dalam kajian ini, pengkaji
ingin melihat 2 persoalan kajian iaitu:
i. Apakah keperluan perkembangan psikososial terhadap pembelajaran murid?
ii. Apakah tingkahlaku overt yang diperlihatkan oleh murid bermasalah
pembelajaran?
28
Mula
Mengenalpasti isu, masalah dan persoalan kajian
Mengemukakan kertas cadangan
Menyediakan instrumen kajian
Mengedar dan memungut borang soal selidik
Membuat perbincangan, cadangan penambahbaikan dan rumusan
tamat
Ya : Mendapat kelulusan
Projek Sarjana Muda1
ProjekSarjana Muda 2
Tidak: Penambahbaikan
Mengubahsuai Instrumen kajian
Instrumen utama dalam kajian ini adalah menggunakan set soalan soalan selidik
yang akan diedarkan kepada sampel yang terpilih. Kesemua set soalan tersebut
dikutip dalam jangka masa yang ditetapkan.
3.2 Reka bentuk kajian
3.3 Sampel Kajian
29
Dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih 30 orang guru di sekolah yang
dikaji.. Seramai 4 orang guru kelas LINUS tahun 1, seorang guru di kelas Pemulihan
Khas tahun 2 dan 3 iaitu pengkaji sendiri, 4 orang guru di kelas PROTIM tahap 2,
seorang guru penolong kanan Hal Ehwal Murid serta 2 orang guru Bimbingan dan
Kaunseling dan selebihnya adalah guru-guru kelas. bagi meninjau persepsi mereka
tentang perkembangan psikososial terhadap pembelajaran pelajar dan tingkahlaku
overt yang diperlihatkan oleh mereka menurut pandangan guru-guru.
Segala dapatan, rumusan dan cadangan yang dihasilkan dalam kajian
diharapkan dapat menyumbang ke arah penyelesaian masalah murid-murid yang tidak
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
3.4 Instrumen Kajian
Sebelum itu, pengkaji mendapatkan kebenaran sekolah untuk menjalankan
penyelidikan. Pengkaji mentadbir sendiri alat kajian. Satu set soal selidik berskala
likert telah digunakan untuk mendapatkan data.
Soal selidik ini terdiri daripada 2 bahagian, iaitu :
Bahagian A : Latar belakang demografi diri responden
Bahagian B : Mengandungi 20 soalan kajian yang terdapat di bahagian B1 dan B 2
30
Untuk menjawab objektif kajian pertama iaitu apakah keperluan perkembangan
psikososial terhadap pembelajaran murid mengikut persepsi guru, maka pengkaji telah
menggunakan soal selidik B1 di mana B1 mengandungi 10 item iaitu:
i. Murid-murid perlu makan makanan seimbang sebelum ke sekolah
ii. Murid perlu mendapat pengalaman awal di pra sekolah
iii. Mereka perlukan penghargaan dan pencapaian diri dari orang di
sekeliling mereka
iv. Bantuan pakaian untuk murid bermasalah yang memerlukan
v. Kehadiran ibu bapa perlu dalam program anjuran sekolah untuk
membincangkan hal anak mereka
vi. Kemudahan pembelajaran anak di rumah perlu terurus
vii. Bilik darjah yang lebih kondusif dengan nisbah 1: 25 orang murid
selesa untuk pengajaran & pembelajaran
viii. Seorang guru pembantu diperlukan untuk membantu murid seperti
mana murid-murid di pra sekolah dan di kelas J-Qaf
ix. Kemudahan ICT diperlukan untuk murd-murid bermasalah
pembelajaran
x. Bilik rawatan dan staf diperlukan untuk murid sakit
Manakala untuk menjawab soal selidik B2 bagi menjawab objektif kajian ke
dua , iaitu apakah tingkahlaku overt yang diperlihatkan oleh murid yang mengalami
masalah pembelajaran, pengkaji telah menggunakan 10 item seperti di bawah:
i. Murid-murid perlu makan makanan seimbang sebelum ke sekolah
ii. Murid perlu mendapat pengalaman awal di pra sekolah
31
iii. Mereka perlukan penghargaan dan pencapaian diri dari orang di
sekeliling mereka.
iv Bantuan pakaian untuk murid bermasalah yang memerlukan
v. Kehadiran ibu bapa perlu dalam program anjuran sekolah untuk
membincangkan hal anak mereka
vi Kemudahan pembelajaran anak di rumah perlu terurus
vii Bilik darjah yang lebih kondusif dengan nisbah 1: 25 orang murid
selesa untuk pengajaran & pembelajaran
viii. Seorang guru pembantu diperlukan untuk membantu murid seperti mana
murid-murid di pra sekolah dan di kelas J-Qaf
ix Kemudahan ICT diperlukan untuk murd-murid bermasalah
pembelajaran
x. Bilik rawatan dan staf diperlukan untuk murid
Dalam bahagian B juga, skala likert 5 mata digunakan untuk mengukur
jawapan responden. Arahan kepada responden diberikan supaya menandakan pilihan
jawapan berdasarkan darjah pencapaian yang difikirkan sesuai sebagaimana
ditunjukkan dalam jadual berikut:
Darjah Persetujuan Skor
Sangat Tidak Setuju (STS)
Tidak Setuju
Tidak Pasti (TP)
Setuju (S)
Sangat Setuju (SS)
1
2
3
4
5
3.4.3: Skala Likert
32
3.5 Analisis Data
Data-data yang dikumpulkan telah dianalisis dengan menggunakan stastik
desktritif untuk melihat apakah keperluan perkembangan psikososial murid-murid dan
tingkahlaku overt yang diperlihatkan oleh murid-murid yang mengalami masalah
pembelajaran.
3.6 Rumusan
Dalam bab ini sebagai rumusannya ialah pengkaji telah menyentuh tentang
bagaimana kajian ini dijalankan. Ia menggunakan reka bentuk tinjauan, 30 sampel
yang dipilih dengan instrumen soal selidik dan menyenaraikan item-item yang perlu
ditanda oleh responden dengan menggunakan skala likert untuk mengumpulkan data.
Segala dapatan dianalisis dengan statistisk desktrititf secara peratusan. Dapatan kajian
yang telah dikumpulkan akan dibincangkan dalam bab seterusnya.
33
BAB IV
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Keseluruhan bab ini akan memberi tumpuan kepada analisis dapatan kajian
yang diperolehi melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 30 orang responden
yang terdiri daripada guru-guru di sekolah yang dikaji. Bab ini turut membincangkan
keputusan dan penganalisisan daripada soal selidik yang telah dilengkapkan oleh
responden.
4.2 Hasil Kajian
Penganalisisan dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu Bahagian A dan
Bahagian B, yang berasaskan kepada dua persoalan kajian yang telah dikemukakan
dalam bab 1, iaitu :
i. Analisis terhadap persepsi guru tentang keperluan psikososial murid
terhadap pembelajaran murid;
ii. Analisis terhadap tingkahlaku overt yang diperlihatkan oleh murid
pemulihan di dalam kelas menurut pandangan guru.
34
4.2.1 Bahagian A- latar belakang demografi diri responden
Jadual di bawah merujuk kepada latar belakang sampel kajian. Sampel ini
terdiri daripada sekolah yang dikaji yang terdiri daripada 6 orang guru lelaki 24 orang
guru perempuan. Lingkungan umur sampel kajian 20 hingga 29 tahun adalah seramai
6 orang, 30 hingga 39 tahun adalah seramai 6 orang, 40 hingga 49 tahun adalah
seramai 14 orang dan lebih daripada 50 orang adalah seramai 4 orang. Sampel kajian
telah berkhidmat kurang dari 10 tahun seramai 6 orang dan lebih dari 11 tahun
seramai 24 orang.Sampel kajian adalah berbangsa Melayu dan seorang berbangsa
Cina.
Latar belakang sampel Kajian kekerapan
Jantina
Lelaki
perempuan
6
24
Umur
20- 29 tahun
30-39 tahun
40-49 tahun
Lebih 50 tahun
6
6
14
4
Tempoh berkhidmat
Kurang dari 10 tahun
lebih dari 11 tahun
6
24
35
Bangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain
29
1
0
0
0
4.2.1 - Jadual latar belakang demografi diri respondn
4.2.2 Dapatan Kajian
Bahagian B: Persepsi Guru Terhadap Persoalan Kajian
B1: Apakah keperluan perkembangan psikososial terhadap pembelajaran
murid?
Dalam Bahagian B1, skala likert 5 mata digunakan untuk mengukur jawapan
responden. Pengkaji telah menggunakan soal selidik B1, yang mengandungi 10 item di
mana ini akan menjawab persoalan kajian yang pertama dan hasil kajian mendapati:
Bi
l
Item
Respon %
STS TS TP S SS
1 Murid-murid perlu makan makanan seimbang sebelum ke sekolah
50
15
50
15
2 Murid perlu mendapat pengalaman awal di pra sekolah
16.7
5
83.3
25
3 Mereka perlukan penghargaan dan pencapaian diri dari orang di sekeliling mereka
40 60
36
12 18
4 Bantuan pakaian untuk murid bermasalah
yang memerlukan.
13.
3
4
46.7
14
40
12
5 Kehadiran ibu bapa perlu dalam program anjuran sekolah untuk membincangkan hal anak mereka
66.7
20
33.3
10
6 Kemudahan pembelajaran anak di rumah perlu terurus 36.7
11
63.3
19
7 Bilik darjah yang lebih kondusif dengan nisbah 1: 25 orang murid selesa untuk pengajaran & pembelajaran
100
30
8 Seorang guru pembantu diperlukan untuk membantu murid seperti mana murid-murid di pra sekolah dan di kelas J-Qaf
100
30
9 Kemudahan ICT diperlukan untuk murd-murid bermasalah pembelajaran
16.
7
5
50
15
33.3
10
10 Bilik rawatan dan staf diperlukan untuk murid sakit 56.7
17
43.3
13
Jadual 4.2.2: B1:Keperluan Perkembangan Psikososial Murid
Jadual menunjukkan maklum balas sampel kajian mengenai keperluan
psikososial murid-murid pemulihan. Hasil kajian mendapati 50% (15 orang)
responden setuju dan 50% (50 orang) responden yang lain pun sangat setuju dengan
item 1 iaitu murid-murid perlu makan makanan seimbang sebelum ke sekolah. Ini
bermakna tiada seorang responden pun yang tidak bersetuju dengan item 1.
Item kedua (murid perlu mendapat pengalaman awal di pra sekolah) mendapati
16.7% (5 orang) responden setuju dan 83.3% ( 25 orang) responden sangat setuju.
Rata-rata responden bersetuju dan sangat setuju dengan item-item 3,5,6,7,8,dan 10.
Item 3 (mereka perlukan penghargaan dan pencapaian diri dari orang di sekeliling
37
mereka) dengan 40% (12 orang) dan 60% (18 orang) , item 5 ( kehadiran ibu bapa
perlu dalam program anjuran sekolah untuk membincangkan hal anak mereka)
mencatat 66.7% (20 orang) dan 33.3% (10 orang) , item 6 (kemudahan pembelajaran
anak di rumah perlu terurus) dengan 36.7% (11 orang) dan 63.3% (19 orang), item 7
(Bilik darjah yang lebih kondusif dengan nisbah 1: 25 orang murid selesa untuk
pengajaran & pembelajaran), item 8 (Seorang guru pembantu diperlukan untuk
membantu murid seperti mana murid-murid di pra sekolah dan di kelas J-Qaf) dan
item 10 (bilik rawatan dan staf diperlukan untuk murid sakit) masing-masing mendapat
100% (30 orang), dan item 10 (bilik rawatan dan staf diperlukan untuk murid sakit)
dengan 56.7% (17 orang ) dan 43.3% (13 orang). Manakala item 4 (bantuan pakaian
untuk murid bermasalah yang memerlukan) 13.3% (4 orang) tidak pasti, 46.7% ( 14
orang) setuju, 40% (12 orang) sangat setuju dan item 9 (kemudahan ICT diperlukan
untuk murd-murid bermasalah pembelajaran) 16.7% ( 5 orang ) tidak pasti, 50% ( 15
orang ) setuju dan 33.3% (10 orang)sangat setuju..
Keseluruhannya menunjukkan soal selidik B1 mendapat respon yang baik
pada setiap item iaitu setuju dan sangat setuju kecuali item 4 dan item 9 iaitu tidak
pasti, setuju dan sangat setuju.
B2: Tingkahlaku Overt Yang Diperlihatkan oleh Murid Pemulihan
Dalam Bahagian B2 juga, skala likert 5 mata digunakan untuk mengukur
jawapan responden. Pengkaji telah menggunakan soal selidik B1, yang mengandungi
10 item di mana ini akan menjawab persoalan kajian yang kedua dan dapatan kajian
mendapati:
38
Peratus
Bil Item STS TS TP S SS
1 Kurang memberi tumpuan semasa pengajaran & pembelajaran. 33.3
10
50
15
16.7
5
2 Suka mengganggu rakan sehingga menyebabkan kelancaran pengajaran & pembelajaran terganggu..
16.7
5
43.3
13
40
12
3 Sering meninggalkan alat tulis dan buku di rumah 16.7
5
40
12
43.3
13
4 Kurang perbendaharaan kata dan bahasa sukar difahami 16.7
5
40
12
43.3
13
5 Penglibatan tidak aktif dalam bilik darjah 30
9
33.3
10
36.7
11
6 Sering tidak menyiapkan latihan bertulis dalam kelas dan kerja rumah yang diberi.
53.3
16
46.7
14
7 Sukar memahami dan menerima arahan guru 10
3
50
15
40
12
8 Rendah diri, pemalu dan penakut 30
9
46.7
14
23.3
7
9 Mengadu sakit perut dan sakit kepala kerana lapar 53.3
16
46.7
14
10 Kurang motivasi untuk belajar 6.67
2
43.3
13
50
15
Jadual 4.2.2: B2 Tingkahlaku Overt Yang Diperlihatkan oleh Murid Yang Bermasalah
pembelajaran
Jadual 4.2.1: B2 menunjukkan maklum balas sampel kajian mengenai
tingkahlaku yang diperlihatkan oleh murid yang mengalami masalah pembelajaran.
Hasil kajian mendapati item 1 (kurang memberi tumpuan semasa pengajaran &
pembelajaran ) 50% (15 orang) responden setuju dan 16.7% (5 orang) yang sangat
setuju manakala 33.3% (10 orang) tidak tidak setuju. Item 2 (suka menganggu rakan
39
sehingga menyebabkan kelancaran pengajaran & pembelajaran terganggu) mendapati
seramai 13 orang responden (43.3%) dan 12 orang (40%) responden yang lain sangat
setuju, manakala ada responden seramai 5 orang (16.7%) yang tidak setuju. Item 3
(sering meninggalkan alat tulis dan buku di rumah) menunjukkan 16.7% ( 5 orang )
tidak setuju, 40% responden ( 12 orang) mengatakan setuju dan 43.3% responden (13
orang) lagi sangat setuju tentang hal ini.Item 4 (kurang perbendaharaan kata dan
bahasa sukar difahami) mendapati tiada responden tidak setuju, 16.7% ( 5 orang )
responden tidak pasti manakala 40% ( 12 orang ) setuju dan 43.3% (13 orang )
menyatakan sangat setuju. Item 5 ( penglibatan tidak aktif dalam bilik darjah ) tiada
responden menyatakan sangat tidak setuju, 30% ( 9 orang )responden menyatakan
tidak setuju, sedangkan 33.3% ( 10 orang ) menyatakan setuju dan 36.7% ( 11 orang )
menyatakan sangat setuju. Item 6 (sering tidak menyiapkan latihan bertulis dalam
kelas dan kerja rumah yang diberi) mendapati semua seorang responden pun
menyatakan setuju dan sangat setuju. 53.3% ( 16 orang ) menyatakan setuju, dan
46.7% ( 14 orang ) menyatakan sangat setuju. Item 7 (Sukar memahami dan menerima
arahan guru) tiada seorang responden menyatakan sangat tidak setuju, 10% ( 3 orang )
menyatakan tidak setuju, manakala 50% (15 orang ) menyatakan setuju dan 40% ( 12
orang ) menyatakan sangat setuju. Item 8 (rendah diri, pemalu dan penakut) mendapati
tiada responden menyatakan sangat tidak setuju, 30% (9 orang) tidak setuju manakala
46.7% (14 orang ) setuju dan sama peratusnya ( 7 orang yang lain) menyatakan sangat
setuju (23.3%). Item 9 (mengadu sakit perut dan sakit kepala kerana lapar) mendapati
semua responden 53.3% ( 16 orang ) mengatakan setuju dan 46.7% sangat setuju. Item
10 (kurang motivasi untuk belajar) mendapati 6.67% ( 2 orang ) tak pasti, 43.3% ( 13
orang ) setuju dan 50% ( 15 orang ) menyatakan sangat setuju.
40
4.3. Rumusan
Pada keseluruhannya dapatan kajian ini yang diperolehi melalui soal selidik
yang telah dilengkapkan oleh 30 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di
sekolah yang dikaji mendapati majoriti responden memberi persepsi dan pandangan
yang berbeza tetapi memberi jawapan setuju dan sangat setuju.Bab ini turut
membincangkan keputusan dan penganalisisan daripada soal selidik yang telah
dilengkapkan oleh responden.
mendapati majoriti responden bersetuju dan sangat bersetuju dengan item-item
dalam soal selidik B1 dan B2 yang diberikan kepada mereka walaupun ada yang
menyatakan ketidak setujuan dan ketidak pastian.
41
BAB V
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
5.1 Pengenalan
Bab ini akan memberikan rumusan hasil kajian, membincangkan dapatan-
dapatan kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi
dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan kajian lanjut.
5.2 Rumusan Hasil Kajian
Kajian ini dilaksana untuk menentukan bahawa murid-murid yang bermasalah
pembelajaran khususnya, dan amnya pada murid yang normal memerlukan
perkembangan psikososial yang sihat. Murid-murid yang mengalami gangguan
perkembangan psikososial boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran mereka.
Mereka akan memperlihatkan tingkahlaku overt di dalam kelas kerana keperluan
psikososial mereka tidak dipenuhi.
42
Pengkaji telah menggunakan satu kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dengan
menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru di sebuah
sekolah kebangsaan di negeri Johor. Data dianalisis dengan menggunakan kekerapan
dan peratus.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
Perbincangan dapatan berasaskan kepada maklum balas yang diberikan oleh
sampel kajian. Dapatan kajian ini sebagai menyokong dapatan kajian lepas dengan
menggunakan model, teori-teori ahli psikologi, pengalaman dan rasional.
5.3.1 Keperluan Perkembangan Psikososial Terhadap Pembelajaran Murid
Pada keseluruhannya dapatan kajian yang mengandungi 10 item ini
memberikan gambaran yang jelas bahawa murid-murid sememangnya memerlukan
aspek psikososial dalam pembelajaran mereka. Dapatan ini disokong oleh Maslow
menerusi kajiannya tentang perkembangan personaliti dalam Teori Humanistik
menyatakan manusia mempunyai tujuh hierarki keperluan yang perlu disempurnakan.
Empat keperluan peringkat bawah iaitu keperluan untuk hidup, keperluan untuk
keselamatan daripada bahaya dan ancaman persekitaran, keperluan untuk
pengumpulan harta dan kasih sayang dan keperluan pencapaian diri. Keempat-empat
keperluan ini disebut ‘deficiency needs’. Manakala tiga peringkat lagi yang dipanggil
‘being needs’ terdiri daripada keperluan terhadap pengetahuan dan kefahaman,
keperluan terhadap estetik dan yang paling atas adalah keperluan terhadap pencapaian
hasrat diri iaitu potensi dan kebolehan (Woolfork, 1980:340).
43
Selain itu dapatan daripada Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah Tahap Satu (1984), masalah-masalah berkaitan dengan
pembelajaran murid-murid pemulihan ini mungkin berpunca daripada faktor-faktor
berikut:
(a) Masalah bahasa yang dikaitkan dengan bacaan dan matematik.
(b) Masalah sikap, tabiat, tingkah laku negatif atau disiplin seperti ketidakhadiran
ke sekolah yang mungkin disebabkan dengan masalah emosi dan pengabaian
ibu bapa serta persekitaran.
(c) Masalah pengamatan, pendengaran, penglihatan dan lain-lain yang berkaitan
dengan masalah fizikal mereka.
(d) Masalah kesihatan yang biasanya dikaitkan dengan kemiskinan keluarga,
sejarah kelahiran dan keturunan.
(e) Suasana dan keadaan fizikal sekolah yang mengganggu keselesaan murid untuk
belajar.
(f) Masalah-masalah kepelbagaian faktor seperti yang dinyatakan di atas.
Melalui pengalaman pengkaji sebagai seorang guru pemulihan khas, keperluan
inilah yang diberikan kepada murid-murid pengkaji selain menggunakan strategi
pengajaran yang sesuai mengikut kebolehan mereka. Terlebih dahulu pengkaji akan
memberi murid-murid makan supaya keperluan fisiologi mereka dapat dipenuhi dan
mereka boleh fokus pada pembelajaran mereka nanti. Murid dibekalkan dengan alat
tulis dan kemudahan bilik darjah yang kondusif dengan bilangan murid yang kecil dan
pengajaran guru berbantukan komputer. Murid rasa seronok dengan pengalaman yang
44
mereka tidak dapat di dalam kelas dan rumah. Jelas, emosi mereka terkawal kerana
keperluan psikososial mereka dapat dipenuhi.
Pengkaji mengaplikasi teori Maslow dan Teori Pembelajaran Sosial, Bandura
di mana kanak-kanak mendapat maklumat daripada pemerhatian orang lain, perkara-
perkara, peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya (Decay: 1996:42) Kanak-
kanak menjadi lebih cepat jika mereka diberi galakan dan peneguhan.
Menurut Dr. Melissa (2009), keperluan seseorang murid ( 6-11 tahun) ialah
harapan dan maklum balas tentang kebolehannya untuk belajar. Mereka mempunyai
keinginan untuk menunjukkan diri mereka berguna, berpengetahuan, mampu berfikir
dan boleh mempelajari sesuatu.
Dapatan Dr. Melissa juga disokong dengan dapatan responden yang
memperlihatkan 100% responden bersependapat mengatakan murid-murid
memerlukan penghargaan dan pencapaian diri dari orang di sekeliling mereka
khususnya ‘ kehadiran’ ibu bapa mereka yang mengambil berat tentang pelajaran
mereka di rumah dan guru serta rakan-rakan mereka di sekolah.
Daripada dapatan kajian oleh Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar,
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), juga mendapati bahawa ibu bapa tidak
mengambil berat tentang pelajaran anak-anak dan tidak memberikan kerjasama kepada
pihak sekolah dalam program-program yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak.
Pentingnya kerjasama ibu bapa kepada pihak sekolah untuk pendidikan anak-anak
telah dikemukakan oleh Dryfoos (1994) dalam Mohd. Sharani (2006) menyatakan
45
bahawa perkongsian di antara ibu bapa dan guru adalah sangat penting bagi
mendorong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajarannya.
Kemudahan pembelajaran murid sangat penting dan juga boleh mempengaruhi
pembelajaran mereka. Dapatan kajian ini memperlihatkan 100% responden bersetuju
dalam hal ini. Dapatan ini sesuai dengan pandangan Suhaimi (1995), dalam kajiannya
mendapati bahawa kemudahan tempat belajar adalah amat penting dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran. Penyediaan tempat belajar yang sistematik dan
persekitarannya yang kondusif dapat mempengaruhi proses pembelajaran murid.
Pengkaji juga bersetuju jika kemudahan bilik darjah untuk kelas biasa disediakan
sebagaimana kelas pemulihan khas sesuai dengan bilangan murid yang tidak ramai.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang
baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru.
5.3.2 Tingkahlaku Overt Yang Diperlihatkan Oleh Murid Yang Mengalami
Masalah Pembelajaran
Dapatan kajian mendapati responden kebanyakkannya bersependapat dengan
item-item dalam soal selidik. Dapatan ini menyokong Teori Perkembangan
Psikososial Erikson di mana manusia melalui lapan siri perkembangan hidup iaitu
mulai lahir hinggalah kematiannya. Melalui tahap pertama hingga keempat ( sejak
lahir hingga umur 12 tahun), seseorang itu mula menyayangi dan mempercayai pihak-
pihak tertentu, mempelajari perkara-perkara baru, lebih berinisiatif dan mempelajari
banyak kemahiran.
46
Galakan dan pujian akan menambahkan keyakinan mereka sebaliknya jika
keinginan mereka dihalang akan menyebabkan mereka berasa rendah diri, merasai
kegagalan dan ketidakmampuan. Perkembangan psikososial yang seimbang di setiap
perkembangan manusia membolehkannya ke arah berdikari, bertanggung jawab,
meningkatkan keupayaan, menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial tanpa sifat
agresif di samping mencapai kesempurnaan diri. Menurut Maslow, kegagalan murid-
murid memenuhi keperluan tertentu akan mengakibatkan gangguan emosi iaitu tidak
dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan pencapaian akademik mereka tidak
memuaskan. Maka, tingkah laku- tingkah laku overt akan diperlihatkan oleh murid
kesan daripada gangguan psikososial yang mereka alami.
Mengikut kajian Kuen (1991), terdapat perkaitan yang signifikan antara
penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Dalam kajiannya, beliau
mendapati bahawa 71.7% daripada 60 pelajar yang dikaji, suka jika ibu bapa lebih
banyak bertanyakan pelajaran mereka di sekolah, manakala 88.3% pelajar pula lebih
suka jika ibu bapa mereka memberi perhatian terhadap pelajaran. Mereka mendapat
motivasi dan perhatian daripada keluarga.
Pada keseluruhannya tingkahlaku-tingkahlaku overt yang diperlihatkan oleh
murid-murid bermasalah ini memerlukan sangat motivasi dan penghargaan serta
pencapaian diri mereka diiktiraf oleh semua yang terlibat dengan mereka di samping
keperluan mereka yang lain dipenuhi.
5.4 Implikasi Dapatan Kajian
47
Kajian ini mendapati keperluan psikososial dan tingkahlaku-tingkahlaku overt
yang diperlihatkan oleh murid-murid yang bermasalah pembelajaran adalah signifikan
kepada kajian ini. Walaupun banyak usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi
masalah mereka seperti strategi pengajaran guru, melakukan ujian demi ujian namun
begitu masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira masih
menjadi kebimbangan banyak pihak.
Oleh itu, guru boleh membantu pelajar-pelajar dari aspek personaliti guru itu
sendiri bagi meningkatkan prestasi pencapaian akademik mereka. Untuk tujuan ini,
guru seharusnya bermula dengan pembentukan personaliti yang bersifat analitikal,
intelektual, kepelbagaian, mengawal dan pencapaian di kalangan pelajar. Usaha ini
memerlukan guru-guru mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran yang dapat
mengukuhkan sifat-sifat personaliti tersebut. Misalnya, kaedah strategi inkuiri dan
penemuan sesuai digunakan disebabkan kaedah ini dapat membangkitkan naluri ingin
tahu pelajar serta menimbulkan minat mereka supaya berusaha mengejar ilmu
pengetahuan selanjutnya. Kaedah ini selari dengan perkembangan trait-trait personaliti
analitikal dan intelektual yang melatih pelajar berfikir secara saintifik dan rasional
supaya menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan dan
generalisasi yang diperolehi.
Kaedah kerja kumpulan selain dapat memudahkan penguasaan kemahiran
mengikut kadar pembelajaran yang setimpal dengan kebolehan pelajar, kaedah ini
dapat menyediakan peluang untuk pelajar-pelajar berinteraksi sesama sendiri. Agar
menikmati perasaan pencapaian dalam hasil tugasan yang diperolehi. Pengiktirafan
48
dan penghargaan adalah sangat-sangat diperlukan oleh murid-murid yang bermasalah
pembelajaran ini.
Selain kaedah-kaedah tersebut, terdapat banyak lagi kaedah pembelajaran yang
dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru-
guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran memandangkan sifat
personaliti kepelbagaian mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian
akademik pelajar. Oleh hal yang demikian adalah lebih baik, dapatan kajian ini perlu
dipertimbangkan dengan mengambil kira keperluan psikososial murid selain daripada
pendekatan dan strategi guru.
Kehadiran murid-murid LINUS, PROTIM dan Pemulihan Khas memberi
implikasi bahawa guru-guru dan pihak sekolah agar lebih prihatin akan keperluan
murid-murid ini di sekolah seperti mengambil kira dalam aspek-aspek kognitif , afektif
dan psikomotor murid-murid ini. Tumpuan utama dalam mengatasi masalah-masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid adalah masalah sikap, emosi dan kelemahan-
kelemahan murid dalam aspek kognitif dan psikomotor yang boleh dikurangkan
melalui kemahiran dan komitmen guru sebagai pembimbing dan pemudahcara yang
berkesan. Sehubungan itu, guru adalah penyumbang utama dalam menentukan
kejayaan murid-muridnya
Menurut Khadijah Rohani Mohd Yunus (2000) pendidikan yang berjaya
apabila terdapat koloborasi yang tinggi antara semua guru dalam usaha memenuhi
keperluan semua murid seperti komunikasi para guru yang bersifat jujur, terbuka,
bersedia, berkompromi, bertanggungjawab serta bersikap positif.
49
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian lanjutan berkaitan masalah pembelajaran murid-murid pemulihan wajar
dilaksanakan pada masa akan datang dengan mengambil kira aspek-aspek berikut:
a) Memperluaskan skop dan sampel kajian : Pentadbir sekolah, guru-guru asas,
ibu bapa dan murid boleh dilibatkan dalam kajian dan diperluaskan skopnya ke
sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan juga sekolah menengah.
b) Soal selidik terbuka atau subjektif: Digunakan untuk membantu
memperkukuhkan dapatan kajian, kerana responden boleh mengemukakan
pandangannya secara terbuka tanpa terikat kepada soalan yang telah ditentukan
oleh pengkaji.
c) Soal Selidik menggunakan ujian formatif : Murid-murid juga boleh
digunakan sebagai responden dengan menggunakan ujian formatif bagi
menentukan sama ada mereka boleh menjawab atau tidak soalan-soalan yang
dikemukakan.
d) Memanjangkan tempoh kajian : Untuk menghasilkan kajian yang lebih
berkesan adalah dicadangkan tempoh kajian dipanjangkan lagi bagi memberi
peluang penyelidik melaksanakan kajian ke atas responden yang lebih ramai
bilangannya dan dari pelbagai lapisan. Selain tempoh masa responden
menjawab kajian juga perlu selesa dan tidak memberi tekanan untuk
50
mengelakkan responden bersikap kurang serius terhadap soal selidik yang
diberikan
5.6 Penutup
Kajian mengenai masalah pembelajaran murid-murid LINUS, PROTIM dan
Pemulihan Khas ini telah dapat dilaksanakan sebagaimana dirancang. Hasil daripada
dapatan kajian juga telah dapat menjawab persoalan dan objektif kajian yang dapat
membantu menambahbaik program-program pemulihan pada masa akan datang.
Adalah menjadi harapan kita bersama agar pihak-pihak yang terlibat secara
langsung terutama kepimpinan pendidikan di semua peringkat dapat sama-sama
berganding bahu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan murid-murid
yang memerlukan perhatian khas ini dapat menerima pendidikan yang lebih berkualiti
demi masa hadapan mereka dan negara.
Sesuai dengan hasrat kerajaan yang meletakkan pendidikan sebagai agenda
utama pembangunan modal insan pada masa hadapan, semua pelajar wajar menerima
pendidikan yang sewajarnya mereka terima, bagi menjana kemajuan negara pada masa
hadapan. Sesungguhnya anak-anak yang menghadapi masalah pembelajaran ini,
berpotensi untuk ditingkatkan kemahirannya melalui usaha-usaha yang berterusan dan
kerjasama yang mantap semua pihak khususnya di antara pihak sekolah dengan ibu
bapa.
51
Rujukan
Atan Long (1978). “Psikologi Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2002). “Laporan Kajian Pelaksanaan Program Pemulihan Khas.”, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood, NJ: Prentice-Hall.
Ee, Ah Meng (1997:131), Ee Ah Meng (1997), “ Pedagogi III. Pengujian, Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn., Bhd.
Erikson, Erik H. (1965). “Childhood and Society.” Penguin Books Ltd: England.
Khadijah Rohani Mohd Yunus (2000). Seminar Pendidikan Cabaran Kerjasama Dan Koloborasi Antara Paraprofesional Dalam Sistem pendidikan Inklusif. Institut Aminuddin Baki Genting Highland,
Maslow, A. (1954). “Motivation and Personality”. New York: Harper.
Murphy, C.A., Coover, D., & Owen, S.V. (1989). Development and validation of the computer self-efficacy scale. Educational and Pyschological Measurement, 49, 893- 899.
Petrides, Norah dan Furnham, (2002). The Role of Trait Emotional Intelligence in Academic Performance and Deviant Behavior At School. Institute of Education, University of London.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984). ”Buku Panduan Kurikulum Baru Sekolah Rendah,.Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Robiah, K.H. (1988). “Fungsi Dan Masalah Guru Khas Pemulihan Di dua Buah Sekolah Rendah di Selangor” . Unpublished M.E.d, thesis, University Of Malaya.
52
top related