teori pembelajaran sosial (edu 3103)

Post on 28-May-2015

11.000 Views

Category:

Education

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TEORI PEMBELAJARAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIALSOSIAL

TEORI PEMBELAJARAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIALSOSIAL

Disediakan Oleh :Disediakan Oleh :

Noorezayu Bt. Mohd SaidNoorezayu Bt. Mohd Said

Matematik Kumpulan 4Matematik Kumpulan 4

PPG Semester 2PPG Semester 2

PELOPOR dan PRINSIP

• Albert Bandura (1925) - ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal.

• Menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu (modelling).

• Memerhatikan gerak balas yang ditonjolkan.

EKSPERIMEN PATUNG BOBO

• Kajian Bandura pada tahun 1961 yang berfokuskan pola tingkah laku yang berhubung kait dengan tingkah laku agresif.

• Satu kumpulan kanak-kanak (3-6 tahun) diarahkan melihat filem yang menunjukkan aksi menumbuk, menendang dan menjerit terhadap satu patung besar berisi udara (Bobo).

• Bandura mendapati kanak-kanak yang menonton filem tersebut menunjukkan tingkah laku agresif seperti mana di dalam filem tersebut.

• Kesimpulannya, Bandura menamakan fenomena ini sebagai pembelajaran pemerhatian.

4 LANGKAH PROSES MODELLING MENURUT BANDURA:

LANGKAH 1• Perhatian yang teliti kepada

gerak balas yang hendak dicontohi sama ada melalui penglihatan, pendengaran atau penggunaan deria.

LANGKAH 2• Pengekalan iaitu mengingat

kembali ciri atau tingkah laku yang diperhatikan.

• Hasil pemerhatian disimpan di dalam ingatan.

LANGKAH 3• Penghasilan semula iaitu

menghasilkan semula apa yang telah diperhatikan dan disimpan diingatan melalui amalan atau praktis.

LANGKAH 4• Motivasi iaitu ganjaran yang diberi

untuk meneguhkan gerak balas tersebut.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

GURU SEBAGAI ROLE MODEL DAN MODEL SIMBOLIK

• Guru perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi pakaian, tingkah laku, pertuturan dsb kerana guru sering dijadikan contoh oleh murid.

• Murid juga boleh meniru secara langsung contoh-contoh pengajaran yang diberikan oleh guru.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

MODIFIKASI TINGKAH LAKU• Permodelan adalah merupakan satu cara modifikasi

tingkah laku.• Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti

bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah,

• Apabila murid meniru tingkah laku yang baik, guru perlu memberi peneguhan untuk melazimkan tingkah laku tersebut.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CONTOH DAN HASILAN YANG BAIK• Guru perlu menunjukkan hasil tangan, seni

lukis dan kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup dan sebagainya.

• Murid dapat meniru dari contoh-contoh yang ditunjukkan untuk menghasilkan kerja-kerja mereka.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

PENIRUAN MELALUI MAIN PERANAN & SIMULASI

• Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi.

• Murid dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditunjukkan watak-watak dalam simulasi tersebut.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

RAKAN SEBAYA SEBAGAI MODEL• Guru boleh menggunakan murid-murid yang

menunjukkan tingkah laku yang baik untuk dijadikan model di dalam kelas.

• Guru harus membentuk kumpulan yang terdiri daripada murid yang pandai dan lemah supaya murid yang lemah dapat meniru tingkah laku murid yang pandai dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.

KESIMPULAN

• Teori Pembelajaran Sosial memberi tumpuan kepada perhubungan antara manusia, tingkah laku dan persekitaran.

• Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran yang selesa dan kondusif agar mereka berjaya mencontohi sesuatu tingkah laku yang baik.

top related