refleksi

Post on 19-Dec-2015

15 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi tugasan

Kerja Kursus Pendek (Tugasan Projek) PSV 3101 : “Pandangan dan

Sumbangan Tokoh-tokoh Seni”. Tugasan ini adalah untuk menghurai dan

membuat ulasan tentang pandangan dan sumbangan yang dikemukakan

oleh tokoh-tokoh seni. Tugasan ini memerlukan kefahaman dan kajian yang

mendalam. Saya, Norizan bt Abdul Rahman, merasa amat bersyukur

kerana telah berjaya menyempurnakan tugasan ini pada masa yang

ditetapkan. Alhamdulillahm, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,

serta sokongan padu daripada suami, anak-anak dan rakan-rakan di

sekolah, telah banyak memberi pertolongan kepada saya. Saya begitu

bangga dengan hasil kerja saya ini kerana saya telah berusaha dengan

bertungkus lumus untuk mencari bahan-bahan. Terima kasih kepada

pensyarah pembimbing, Pn Norasyikin bt Abd Jalal kerana bagi saya

beliau sangat banyak membantu terutama dari segi nota-nota dalam modul

yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini memudahkan saya

untuk memahami modul tersebut. Sesungguhnya, saya begitu terharu

kerana sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini, melihat suami dan

anak-anak yang kurang mendapat perhatian daripada saya. Pun begitu,

segala-segalanya dapat diselesaikan dan saya berpuas hati. Saya berharap

kerja kursus ini sudah menepati apa yang dikehendaki oleh soalan. Sekian

terima kasih. Harap maklum

top related