qkm 3013 - organisasi/pentadbiran program pendidikan kesihatan - tugasan 1
Post on 24-Apr-2015
230 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
QKM 3013
ORGANISASI/PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN
Tugasan 1 – Individu
Tugasan – Mengumpul dan menyediakan satu laporan yang lengkap mengenai “Program-program kesihatan berkaitan Kurikulum Bersepadu Sekolah”.
NITO ANAK TONY
D20112055167
AT 05J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEMESTER 2
SESI 2012/2013
KUMPULAN : UPSI 02
PENSYARAH
DR. GUNATHEVAN A/L ELUMALAI
FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan
izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan
ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-
sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr.
Gunathevan a/l Elumalai kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan
penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama
membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan
menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan
ini.
Sekian, terima kasih.
Kandungan
Bil Perkara Muka surat
1 i. Program-program kesihatan yang dijalankan. 1
1. PROGRAM SEHARI BERSAMA PROSTAR SMKE
2 ii. Tarikh, tempoh, sasaran dan pihak luar yang terlibat. 2
3 iii. Carta organisasi. 3
4 iv. Bidang tugas setiap AJK. 4
5 v. Belanjawan. 8
6 vi. Keberkesanan program 8
7 vii. Pandangan mengenai kerelevenan program yang dijalankan. 10
8 viii. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan. 11
9 i. Program-program kesihatan yang dijalankan. 12
2. PROGRAM SEHARI PENCEGAHAN DENGGI SMKE
10 ii. Tarikh, jangkamasa, sasaran dan pihak luar yang terlibat. 13
11 iii. Carta organisasi. 14
12 iv. Bidang tugas setiap AJK. 15
13 v. Belanjawan. 18
14 vi. Keberkesanan program 18
15 vii. Pandangan mengenai kerelevenan program yang dijalankan. 19
16 viii. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan. 20
Bahagian A
i. 1. PROGRAM SEHARI BERSAMA PROSTAR SMKE
Pengenalan
Kelab PROSTAR SMK Engkilili sememangnya sudah lama wujud di sekolah namun
Kelab ini begitu asing dengan pelajar lain kerana kurangnya aktiviti yang berkaitan
dengan PROSTAR di peringkat sekolah. Kebanyakan penyertaan ahli Kelab ini terus
kepada peringkat Bahagian dan Negeri Sahaja. Oleh itu, Kelab ini ingin menyuburkan
lagi namanya di peringkat sekolah agar dikenali serta mudah mendekati pelajar lain
dalam usaha memastikan semua pelajar dapat mempraktikkan gaya hidup yang sihat
dan bebas daripada gejala negative yang merugikan.
Bagi merealisasikan impian ini, Kelab ini bersedia untuk mengorak langkah
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat di peringkat sekolah. Pada tahun 2012
ini, Kelab PROSTAR ingin mengadakan aktiviti senamrobik dan sukaneka untuk
menarik perhatian pelajar khususnya untuk sama-sama mendekati aktiviti yang
berfaedah, menyihatkan tubuh badan serta mengeratkan silaturrahim antara Kelab ini
dengan seluruh pelajar di sekolah amnya.
Oleh itu, kami berharap cadangan kami dalam kertas kerja ini akan mendapat
perhatian pihak yang sewajarnya untuk sama-sama membantu merealisasikan impian
serta hasrat murni kami ini.
Rasional
Melahirkan ahli Kelab PROSTAR yang aktif melaksanakan tanggungjawab sosialnya
dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Di samping itu, dapat melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,, intelek, rohani dan sahsiah yang
menyeluruh.
1
Objektif
a. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli PROSTAR dengan warga
sekolah.
b. Menarik minat pelajar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah.
c. Melatih ahli PROSTAR bersosial dengan semua orang untuk cuba mendekati
dan memahami mereka.
d. Melatih ahli PROSTAR mengendalikan sesuatu aktiviti dengan berkesan.
e. Menyedarkan pelajar tentang isu-isu yang melibatkan remaja masa kini dan
langkah-langkah menanganinya.
ii. Tarikh, tempoh, sasaran dan pihak luar yang terlibat
a. Tarikh: 23 Jun 2012 (Sabtu).
b. Tempoh: 1 hari.
c. Tempat perlaksanaan: Dewan Tiang Laju SMK Engkilili
d. Kumpulan Sasaran: 50 orang yang terdiri daripada Ahli Kelab Prostar,
Kelab Bimbingan & Kerjaya, Ahli Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS), Ahli SLAD, Ahli Kelab
Pencegahan Jenayah Dan Ahli Kelab Usahawan
Muda.
e. Pihak luar yang terlibat:
1. Dr. Musalnizam binti Mustalkah (Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman)
2. En. Gabriel Alexis ak Kibes (Penyelaras PROSTAR Bahagian Sri Aman)
e. Aktiviti - aktiviti dalam program:
2
1. Senamrobik
2. Poco-poco
3. Pertandingan ‘Chicken Dance’
4. Pertandingan Sukaneka
5. Pertandingan Bola Tampar
iii. Carta organisasi kelab PROSTAR sekolah
PENAUNG
(PENGETUA SEKOLAH)
GURU PENOLONG KANAN
(HAL EHWAL MURID)
GURU PENASIHAT KELAB
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
BENDAHARI SETIAUSAHA
3
PEN. SETIAUSAHA
7 ORANG AHLI
JAWATANKUASA
iv. Bidang tugas setiap AJK
a. Ahli jawatankuasa program
Penaung : En. Mhd Othman Bin Jaini
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Pengerusi Bersama : Dr. Musalnizan Bt Mustalkah
(Peg. Kesihatan Bhgn Sri Aman)
Timb. Pengerusi I : En. Jamil Bin Mazuki
( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Timb. Pengerusi II : En. Simong Ak Ambak
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras I : En. Kullin Ak Djayang
(Guru Penasihat Kelab PROSTAR SMK Engkilili)
Penyelaras II : En. Gabriel Alexis Ak Kibes
(Penyelaras PROSTAR Bahagian Sri Aman)
Setiausaha : Cik Sabtuyah Binti Jiffri
(Guru Penasihat Kelab PROSTAR SMK Engkilili)
Bendahari : En. Rozy Bin Abu Bakar
4
(Guru Penasihat Kelab PROSTAR SMK Engkilili)
Ahli-Ahli : Ahli Kelab PROSTAR (15 orang)
b. Tugas setiap AJK
1. Pegawai Kesihatan Daerah
- Bertanggungjawab memberi nasihat dalam merancang, menyelaras dan
memantau aktiviti di peringkat daerah dengan dibantu oleh Inspektor Kesihatan.
2. Pengetua Sekolah
- Berperanan memberi sokongan dari segi penyediaan fasiliti dan pelepasan ahli
kelab dalam melaksana atau menyertai kelab PROSTAR.
3. Guru Penasihat
- Bertanggungjawab membimbing, merancang, menyelaras dan memantau
aktiviti kelab PROSTAR Sekolah dan memberi maklumbalas aktiviti kelab serta
permasalahan kepada Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan
Daerah.
4. Ahli Jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah
- Bertanggungjawab melaksana dan menjalankan aktiviti kelab serta memberi
maklumbalas kepada guru penasihat.
5. Pengerusi/Timbalan Pengerusi
- Mempengerusi mesyuarat AJK dan menghadiri Majlis Penutupan.
6. Penyelaras
- Memaklumkan panduan dan syarat-syarat serta kategori pertandingan kepada
sekolah-sekolah.
5
- Menyediakan borang penyertaan pertandingan.
- Berhubung dengan setiap ketua AJK tentang perkembangan tugas mereka.
7. Setiausaha
- Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
- Mencatat dan menaip serta mengedar minit mesyuarat.
8. Urusetia
- Membuat pendaftaran semasa peserta melapor diri.
9. Protokol/Jemputan
- Menulis surat jemputan kepada tetamu dan jemputan.
- Menyambut ketibaan para tetamu.
10. AJK Pertandingan
- Menyediakan tempat pertandingan.
- Mendapatkan peraturan pertandingan dan penghakiman.
11. AJK Penghakiman
- Menentukan cara atau syarat penghakiman.
- Memberi taklimat kepada para hakim dan guru.
12. AJK Peralatan Dan Kelengkapan
- Menyediakan peralatan dan kelengkapan.
- Menyusun kerusi dan meja di dewan untuk majlis penutupan.
13. AJK Publisiti Dan ‘Backdrop’
6
- Membuat ‘backdrop’ tentang program tersebut.
14. AJK Makanan Dan Minuman
- Menyediakan makan dan minum bagi para guru, hakim, peserta dan AJK
bertugas.
- Mengagihkan makanan dan minuman kepada guru, hakim, peserta dan AJK
bertugas.
15. AJK Siaraya
- Menyediakan, meminjam dam memasang peralatan yang digunakan dalam
setiap pertandingan.
16. AJK Hadiah
- Menempah cenderahati untuk hakim dan jemputan.
- Menyusun hadiah dan sijil untuk diserahkan pada majlis penutupan.
17. AJK Buku Program
- Menyediakan buku program.
18. AJK Penutupan
- Menyediakan aturcara penutupan.
19. AJK Kebersihan
- Membersihkan tempat pertandingan dan penutupan sebelum dan selepas
program.
20. AJK Pengacara
- Mengacara Majlis Penutupan.
7
v. Belanjawan
BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
1.
2.
3.
4.
5.
Makan Tengahari
Pembelian Peralatan Sukaneka
Hadiah (hamper)
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
Saguhati
Cenderahati Pengadil
Belanja Luar Jangka
RM 5.00 x 72 orang
RM 70.00 x 3
RM 50.00 x 3
RM 40.00 x 3
RM 20.00 x3
RM 30.00 x5
360.00
200.00
210.00
150.00
120.00
60.00
150.00
150.00
JUMLAH KESELURUHAN 1400.00
vi. Keberkesanan program
a. Perlaksanaan Aktiviti
TENTATIF PROGRAM
0730 Semua peserta berkumpul
0800 Senamrobik daripada Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman
8
0900 Pertandingan tarian ‘Chicken Dance ‘
1030 Minum Pagi
1100 Pertandingan Sukaneka
- Lari dan Tari Upih
- Boling Kelapa
- Anyam Ketupat
- Masam-masam manis
- Tasik Beracun
- Musang Berjanggut
- Si Pekak dan si bisu
1330 Rehat/ Makan Tengahari
1430 Pertandingan Bola Tampar
1630 Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
1730 Bersurai
b. Peranan yang dilakukan oleh remaja bagi menangani wabak jangkitan HIV
di kalangan remaja.
1. Sedar akan bahaya HIV dan cara-cara ia merebak dan berjanji menghindari
tingkahlaku di samping mengamalkan cara hidup berlandaskan akhlak yang
mulia.
2. Berusaha mewujudkan suasana mesra di dalam keluarga dan menyedarkan ahli
keluarga akan bahaya HIV dan menghindari tingkahlaku berisiko serta
mengamalkan cara hidup sihat.
9
3. Mempengaruhi rakan sebaya supaya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko:
- Di dalam pergaulan seharian, kita seharusnya berusaha mempengaruhi kawan-
kawan kepada cara hidup positif seperti bersukan, rekreasi dan lain-lain aktiviti
yang berfaedah dan menghindari tingkahlaku berisiko seperti menghisap dadah,
minuman keras dan seks luar nikah.
- Merancang dan melaksanakan progam-program pendidikan AIDS di kalangan
rakan sebaya seperti menyertai kempen-kempen kesedaran AIDS, mengatur
ceramah-ceramah AIDS, pameran, drama/sketsa, sajak/puisi dan sebagainya.
- Menjadi fasilitator bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain supaya
turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. Ini terutamanya boleh
dilakukan melalui persatuan-persatuan atau di sekolah.
vii. Berikan pandangan anda mengenai kerelevanan program yang dijalankan.
1. Memberi pendedahan kepada guru-guru penasihat dan pelajar tentang
pengurusan dan operasional kelab melalui program fasilitator Kelab PROSTAR
yang dianjurkan.
2. Membentuk jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah di kalangan pelajar-pelajar.
3. Membuat penilaian dan memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli kelab
sebagaimana yang dilakukan oleh kelab-kelab ko-kurikulum yang lain di sekolah.
4. Mendapat khidmat nasihat pengurusan dan teknikal daripada pegawai
penyelaras Kelab PROSTAR Daerah.
5. Merancang takwim aktiviti dan melaksanakannya secara berkesan dan
berterusan.
6. Mewujud dan meningkatkan kerjasama dengan agensi luar yang berkaitan dalam
melaksanakan aktiviti Kelab PROSTAR.
10
viii. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
a. Tingkahlaku peserta dan cara mengatasi:
1. Bercakap tanpa berhenti – mencelah bila berpeluang dan minta panda peserta
yang lain.
2. Pencelah – mencadangkan supaya beliau hanya memberikan pendapat selepas
peserta yang diajukan soalan selesai memberikan pandangan.
3. “The rambler” (keluar dari tajuk perbincangan/aktiviti) – ulangi soalan, aktiviti dan
komen untuk membawa perbincangan kepada persoalan/aktiviti asal.
4. Pembisik (mengganggu perbincangan/aktiviti kumpulan) – ajak peserta
berkongsi idea/kemahiran dengan semua ahli kumpulan bukan peserta di
sebelahnya sahaja.
5. Pendiam – beri peluang untuk diskusi dua hala dan penglibatan. Cuba cari jalan
untuk merangsang penglibatan peserta.
b. Penutup
Semoga program seumpama ini akan dapat membantu ahli Prostar menjalinkan
hubungan baik dengan rakan sebaya serta menggalakkan mereka mengamalkan gaya
hidup yang sihat dan aktiviti yang berfaedah sepanjang masa. Di samping itu juga,
diharap ahli Prostar dapat mempraktikkan segala kemahiran kepimpinan dan juga cara
menguruskan sesuatu aktiviti dengan baik.
Diharapkan juga semoga program seumpama ini akan dapat diteruskan setiap tahun.
Disediakan Oleh;
(NITO ANAK TONY)
Pelapor Program PROSTAR SMKE.
11
i. Program-program kesihatan yang dijalankan.
2. PROGRAM SEHARI PENCEGAHAN DENGGI SMKE
Pengenalan
Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global
dan endemik di beberapa buah negara seperti Afrika, Amerika Syarikat, Mediteranean
Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat (WHO 2002). Penyakit ini adalah disebabkan
oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan morbiditi dan
mortaliti.
Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih
merupakan satu masalah kesihatan awam. Sejak lima tahun yang lalu, bilangan kes
demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan peningkatan iaitu
daripada 4, 718 kes pada tahun 1999 kepada 15, 442 kes pada tahun 2003. Kadar
insidens pula meningkat daripada 20.7/100, 000 penduduk pada tahun 1999 kepada
61.6/100, 000 penduduk pada tahun 2003 (KKM 2003). Mengikut statistik dari
Kementerian Kesihatan Malaysia didapati seramai 668 murid dijangkiti demam denggi
dari bulan Januari hingga September 2005 manakala 38 buah sekolah dikesan ada
pembiakan nyamuk Aedes.
Program Sehari Pencegahan Denggi SMKE dijalankan bertujuan memberi
panduan agar pembiakan nyamuk Aedes tidak berlaku di sekolah. Program ini juga
bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid supaya mengambil
langkah-langkah pencegahan demam denggi secara menyeluruh dan bersepadu.
Misi
Tiada Aedes Tiada Denggi.
Visi
Melahirkan Generasi Yang Prihatin Terhadap Pencegahan Pembiakan Nyamuk
12
Aedes.
Objektif
1. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat.
2. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga
sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi.
3. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan
nyamuk Aedes.
4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan bebas
pembiakan nyamuk Aedes.
ii. Tarikh, jangkamasa, sasaran dan pihak luar yang terlibat.
a. Tarikh: 06 Oktober 2012 (Sabtu).
b. Tempoh: 1 hari.
c. Sasaran: Semua warga yang tinggal di dalam kawasan sekolah terdiri
daripada guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal,
penyelia asrama, tukang kebun, tukang masak dan para
pelajar yang tinggal di asrama sekolah.
d. Pihak luar yang terlibat:
1. Dua orang pegawai kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Bahagian Sri
Aman.
2. Dua orang pegawai daripada Majlis Daerah Lubok Antu.
e. Tempat yang dibersihkan:
1. Sekitar bangunan kelas.
13
2. Sekitar rumah kediaman staf.
3. Sekitar bangunan asrama.
4. Sekitar tempat pembuangan sampah.
f. Aktiviti – aktiviti dalam program:
1. Pembersihan blok-blok bangunan kelas.
2. Pembersihan bangunan-bangunan asrama pelajar.
3. Pembersihan rumah kediaman para staf sekolah.
4. Pembersihan tempat pembuangan sampah.
iii. Carta organisasi
PENGERUSI
PENGETUA
NAIB PENGERUSI
GURU PENOLONG KANAN HEM
SETIAUSAHA
GURU KESIHATAN SEKOLAH
AHLI-AHLI
14
KETUA/PENGAWAS MURID WADEN ASRAMA
GURU TINGKATAN KETUA KELAS
PEGAWAI KESIHATAN MAJLIS DAERAH
KONTRAKTOR SEMUA STAF
PEMBERSIHAN SEKOLAH SMKE
iv. Bidang tugas setiap AJK
a. Peranan Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di
Sekolah:
1. Merancang dan melaksana pelan tindakan pencegahan pembiakan
nyamuk Aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai
kawasan bebas denggi.
2. Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaras aktiviti pendidikan
pencegahan denggi dan peranan murid sebgagai agen perubahan
di sekolah, rumah dan masyarakat.
3. Menyebar maklumat tentang bahaya Nyamuk Aedes dan Demam Denggi
dalam pelbagai kaedah dan media.
4. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam
15
merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi.
5. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi
di Sekolah kepada Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah.
6. Memantau, melapor dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi
kepada pihak berwajib.
b. Tugas-tugas setiap AJK Kecil:
1. Pengerusi/Naib Pengerusi
- Mempengerusi mesyuarat AJK.
- Berhubung dengan penyelaras tentang perjalanan program.
2. Penyelaras
- Menyusun aturcara program.
- Berhubung dengan setiap ketua AJK tentang perkembangan tugas mereka.
- Memberi taklimat kepada AJK.
- Menetapkan tarikh dan tempat pembersihan.
- Menyediakan anggaran perbelanjaan.
3. Setiausaha
- Mencatat dan menaip serta mengedar minit mesyuarat.
- Bertanggung jawab dalam urusan surat-menyurat.
4. Urusetia
- Memantau perjalanan dan kelancaran setiap tugas AJK.
- Membuat laporan kepada Pengerusi/Penyelaras tentang masalah yang
mungkin timbul.
5. Jemputan
16
- Menulis surat jemputan kepada tetamu.
- Mengesahkan kehadiran para tetamu.
6. AJK Peralatan
- Melantik AJK Kecil dari kalangan pelajar.
- Menyediakan peralatan yang mencukupi untuk program pembersihan.
- Mengembalikan peralatan yang dipinjam dan menyimpan ke tempat asalnya.
7. AJK Publisiti
- Mengambil gambar yang sesuai untuk majalah sekolah.
- Memasang kain rentang program.
8. AJK Makanan/Minuman
- Menyediakan makanan dan minuman untuk para jemputan, staf sekolah dan
para pelajar.
- Mengagihkan makanan dan minuman kepada peserta program.
9. AJK Cenderahati
- Menempah cenderahati untuk para jemputan.
10. AJK Buku Program
- Menaip dan menyediakan buku program.
11. AJK Kebersihan
- Memastikan peralatan bersih sebelum dan selepas digunakan.
- Melantik AJK Kecil dari kalangan pelajar.
17
v. Belanjawan
BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
1.
2.
3.
4.
5.
Makan Tengahari
Pembelian Air Minuman
Peralatan:
Tong Sampah
Plastik Sampah
Bakul
Pungkis
Cenderahati Jemputan
Belanja Luar Jangka
RM 5.00 x 500 orang
RM 7.00 x 30
RM 5.00 x 30
RM 4.00 x 30
RM 5.00 x30
RM 30.00 x4
2500.00
500.00
210.00
150.00
120.00
150.00
120.00
250.00
JUMLAH KESELURUHAN 4000.00
vi. Keberkesanan program
a. Kesan terhadap guru:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru mengenai cara menjaga
kesihatan diri dari aspek rohani dan jasmani.
2. Meningkatkan kesedaran guru pentingnya kesihatan dalam kehidupan
seharian.
18
3. Meningkatkan amalan menjaga kesihatan diri sepanjang hayat.
b. Kesan terhadap pelajar:
1. Mengetahui dan memahami bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi.
2. Membantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.
3. Memaklumkan kepada guru sekiranya melihat/mengetahui ada tempat-
tempat pembiakan Aedes.
4. Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan sekolah.
5. Memaklumkan kepada guru jika diri atau rakan-rakan demam.
vii. Berikan pandangan anda mengenai kerelevanan program yang dijalankan.
a. Pelajar di rumah:
1. Memberikan penerangan kepada keluarga berkaitan bahaya nyamuk
Aedes dan Demam Denggi dan langkah-langkah pencegahannya.
2. Membersih kawasan rumah bersama keluarga setiap minggu.
3. Membuat pemeriksaan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di
dalam dan di luar rumah. Menghapuskan tempat-tempat nyamuk
Aedes dengan membersihkannya atau membubuh ubat jentik-
jentik.
4. Elakkan berada di luar rumah pada masa nyamuk Aedes aktif menggigit
iaitu pada awal pagi (5.00 – 8.00) dan lewat petang (5.00 – 7.00).
Memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang jika
perlu berada di luar rumah.
b. Pelajar dalam masyarakat:
1. Memaklumkan kepada jiran dan masyarakat setempat tentang bahaya
19
nyamuk Aedes dan Demam Denggi.
2. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-
royong, pameran dan sebagainya.
3. Melakukan aktiviti-aktiviti pencegahan pembiakan nyamuk Aedes seperti
menanam semua jenis bekas terbuang yang boleh menakung air
dan membubuh ubat jentik-jentik ke dalam bekas-bekas air simpanan
dan sebagainya.
4. Memaklumkan kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan di klinik
atau hospital jika ada tanda-tanda demam.
viii. Cadangan penambahbaikkan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah perlu merancang
aktiviti secara berterusan dan berkala untuk memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan
dengan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah adalah:
a. Mengadakan Mesyuarat JK Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah
(Sekurang-kurangnya 4 kali setahun).
b. Penyebaran maklumat program aktiviti pencegahan denggi kepada warga
sekolah dan ibu bapa.
c. Mengadakan gotong-royong bersama ibubapa dan agensi luar.
d. Pemeriksaan mingguan kawasan sekolah seperti bilik darjah, bilik-bilik khas,
tandas, kantin dan lain-lain kawasan sekeliling sekolah.
e. Menghantar laporan bulanan ke Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah.
f. Melaksanakan secara berterusan program aktiviti Pendidikan Pencegahan
Denggi seperti kuiz, ceramah, pameran, sudut kesihatan dan minggu kesihatan.
g. Mewujudkan kawasan angkat kepada murid untuk pembersihan kawasan.
20
Rujukan
Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah (1997). Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kullin D.J. (2012). Program Sehari Bersama PROSTAR SMKE. SMK Engkilili: Unit
Bimbingan & Kaunseling.
Kullin D.J. (2012). Program Sehari Pencegahan Denggi SMKE. SMK Engkilili: Unit
Bimbingan & Kaunseling.
Konsep Dan Manual Sekolah Selamat (2002). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Panduan Aktiviti Amalan Kebersihan Sekolah (1998). Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Panduan Melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (2002). Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah (2006). Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
PROSTAR (2001). Manual Latihan PROSTAR Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:
Kementerian Kesihatan Malaysia.
top related