psikologi pendidikan
Post on 28-Dec-2015
44 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PSIKOLOGI PENDIDIKAN-GGGB1133-
Tajuk: Teori Pembelajaran Kognitif dan Peranan Guru
dalam memaksimakan Pemahaman Murid.
NAMA:
NOR HASMALIZA BT HASAN (P69386)
NASYIMAH BT ISMAIL (P66404)
WAN NUR FATIHAH BINTI MAT DAUD (P73675)
Pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu.
Pembelajaran kognitif merujuk kepada manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung dan membuat keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif (Woolfolk, 1998).
Daripada perspektif kognitif, pembelajaran berlaku apabila pengetahuan baru diperolehi atau pengetahuan sedia ada diubahsuai melalui pengalaman.
Teori Pembelajaran
Kognitif
Teori Ausube
l
Teori Bruner
Teori Gagn
e
Teori Gestal
tTeori
Kohler
Diasaskan oleh Wolfgang Kohler yang merupakan ahli kumpulan Gestalt dari Jerman
Merupakan seorang ahli psikologi
Terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal hasil kajian beliau mengenai pemprosesan kognitif khususnya proses menyelesaikan masalah
melibatkan aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal.
Dengan menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang baru.
Teori Ausubel lebih menekankan kepada penyampaian pelajaran secara terancang oleh guru
Advance organizer perlu diberikan lebih awal kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang perlu untuk membolehkan pelajar mempelajari sesuatu yang berkaitan dengannya.
Terdapat dua jenis Advance Organizer iaitu i) Pengurusan Awal Perbandingan Komparatifii) Pengurusan Awal Ekspositori
PENGURUSAN AWAL PERBANDINGAN KOMPARATIF
Ia merujuk kepada pengetahuan sedia ada pelajar yang mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari
Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif akan digunakan untuk mempelajari maklumat baru
PENGURUSAN AWAL EKSPOSITORI
Ia bermaksud maklumat awal didedahkan atau dipersembahkan lebih awal agar pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada untuk mempelajari maklumat baru
Pelajar belum mempunyai pengetahuan sedia ada yang berkait dengan isi pelajaran yang akan dipelajari
Oleh sebab itu, guru boleh memberikan maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks, lakaran peristiwa dan lain-lain
PENGGUNAAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AUSUBEL
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:
a) Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.
b) Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.
Bruner berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan pengalaman untuk membantu mereka menemui sesuatu idea, konsep atau pola.
Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan satu fenomena.
Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas yang mengandungi ais di dalamnya.
Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi.
Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN
Teori Pembelajaran Gagne memperkenalkan 5 jenis atau peringkat pembelajaran.
Setiap jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan yang berlainan. Faktor luaran dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap peringkat /jenis pembelajaran.
Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi melengkapkan pembelajaran peringkat tersebut.
1. Maklumat lisan – Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam pembelajaran.
2. Kemahiran Intelek – Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pemikiran.
3. Strategi Kognitif – Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan masalah(menguasai prosesnya
4. Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal eg: menulis ,berenang .
5. Sikap – mempamerkan tingkah laku dan tindakan (didedahkan kepada role model dan perbincangan yang berhemah dan menarik,
Lapan syarat pembelajaran Gagne:
Memotivasikan murid
Mengenal pasti isi kandungan pengajaran yang hendak diajarkan
Mengingatkan murid tentang pengetahuan lampau dan mengaplikasikannya.
Mewujudkan pembelajaran secara aktif
Memberikan latihan penggayaan/pemulihan
Melebihkan pembelajaran secara visual.
Menggunakan BBM yang dapat memberikan pemahaman yang baik kepada murid.
Menggunakan teknik penyoalan yang bersesuaian dengan tahap kefahaman murid.
Menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai.
Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Ia menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.
Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah.
Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid.
top related