135881787 kepentingan psikologi dan kurikulum dalam pendidikan

32
KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN KDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012 Pengenalan Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .Aspek aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran – pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Menurut Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah . Smith ( 1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Selain itu, Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid ,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip- prinsip psikologi dalam pengajaran. Secara kesimpulan atau keseluruhan, pengertian psikologi boleh dikatakan psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran. 1

Upload: mxmen

Post on 25-Nov-2015

99 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

135881787 Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

TRANSCRIPT

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

PengenalanPsikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .Aspek aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Menurut Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah . Smith ( 1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Selain itu, Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid ,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran. Secara kesimpulan atau keseluruhan, pengertian psikologi boleh dikatakan psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran.

1.1. Definisi PsikologiPsikologi adalah perkataan yang berasal daripada tamadun Greek purba, iaitu daripada perkataan psyche dan logos . ' Psyche bermaksud jiwa dan 'logos' bermaksud kajian mengenai sesuatu. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang. Merujuk kepada Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia Daripada definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa kajian mengenai sesuatu yang dimaksud oleh perkataan logos ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.

1.2. Konsep Psikologi PendidikanPsikologi pendidikan ialah satu displin ilmu yang mengkaji tingkahlaku murid dengan aplikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas apa jua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah . Menurut Banks dan Thompson (1995) psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian tingkahlaku manusia dan pendidikan adalah profesion yang mengkaji dan membina metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Borich dan Tombari (1977) menyatakan psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang memfokus kajian kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ahli-ahli psikologi mengaplikasikan prinsip psikologi pendidikan bagi mengkaji proses-proses pertumbuhan dan perkembangan serta perbezaan individu, proses belajar, strategi pengajaran dan pembelajaran dan kaedah untuk menilai pencapaian yang secara tidak langsung dapat mengembangkan minat dan bakat murid supaya akhirnya dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Penjelasan di atas jelas membuktikan kepentingan psikologi dalam mengkaji tingkah laku manusia yang sentiasa berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan yang digunakan. Antara pendekatan yang utama ialah pendekatan behaviorisme, kognitivisme, humanistik, psikoanalitik dan pendekatan biologi. Kelima-lima prespektif ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Setiap prespektif mempunyai kebaikan masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan.Matlamat pendidikan psikologi ialah untuk memahami tingkahlaku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru. Dengan cara ini ,guru dapat membina kebolehan membuat jangkaan tingkahlaku alternatif yang diperlukan untuk menggantikan tingkahlaku yang tidak dikehendaki.1.3. Teori Perkembangan dan PertumbuhanPengenalanPengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1987) matlamat bidang psikologi pertumbuhan dan perkembangan adalah :i.Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut.ii. Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku.iii. Untuk meramal tingkah laku.

1.3.1.Definisi PertumbuhanKamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan perubahan dari segi kuantiti seperti berat badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju kematangan. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Kuantiti pertumbuhan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa. Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin (1997), mengatakan bahawa pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelah. Beliau berpendapat walaupun tidak terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia.1.3.2.Definisi PerkembanganPerkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses menccapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembanga juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan bo;eh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa sesuatu organisma ke peringkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan telah dilampaui.

1.3.3.Ciri-ciri PerkembanganDi antara ciri-ciri perkembangan ialah:-i.Secara umumnya perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.ii.Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama tetapi dalam kadar yang berlainan.iii.Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu sepanjang hayat seseorang individu itu.iv.Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.v.Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan ke satu tahap maksimum.vi. Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi bahasa, suara, tingkah laku, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya.

1.3.4. Perbezaan antara Pertumbuhan dan PerkembanganProses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan saling berkait yang meliputi perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan kualitatif. Keselurauhan proses perubahan tersebut dinamakan sebagai penyuburan. Perbezaan yang nyata di antara pertumbuhan dan perkembangan dari segi jasmani, mental,emosi dan sosial.

Jadual 1: Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

1.4.Teori Perkembangan Arnold GesellArnold Lucius Gesell (1880-1961), merupakan seorang ahli psikologi yang mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Beliau mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama di dalam menentukan proses pembelajaran. Kebolehan kanak kanak akan muncul apabila kanak-kanak sampai ke titik atau peringkat kematangan tertentu. Beliau berpendapat semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan , oleh itu perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Misalnya, semasa berumur 4 bulan, Ali telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya ialah duduk dan mula belajar berdiri. Gesell (1925), telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku (perkembangan motor). Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara seorang individu dengan individu lain. Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap individu. Menurut Gesell, kanak-kanak sebelum berumur 2 tahun, tidak berkebolehan melukis bulatan dan garisan melintang. Semasa berumur 2 hingga 4 tahun, mereka boleh melakukannya dengan mudah. Semasa berumur 4 tahun, kanak-kanak belum berkebolehan menyalin rajah berlian. Setiap kali seseorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan baru (awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak dan sebagainya), dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia perlu mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, temperamen, intelektual dan sikap. Beliau juga menegaskan lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek lain yang membawa kepada perkembangan seterusnya.Buku beliau bertajuk An Atlas of Infant behaviour(1934) danInfantand Child in the Culture of Today(1943) beliau mempercayai bahawa perkembangan berlaku secara dalaman. Ini bermakna,ciri-ciri yang tertentu akan muncul bila tiba peringkat kematangan yang bersesuaian. Sekiranya otot,saraf,otak dan tulang tidak bersedia atau tidak matang,peluang-peluang yang diberikan kepada kanak kanak untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif.Menurut Gessell juga, faktor baka merupakan penggerak utama terhadap perkembangan individu. Perkembangan menurutnya berlaku secara dalaman dan mengikut pola serata urutan tertentu yang dikawal oleh kematangan. Oleh kerana perkembangan kanak-kanak ini sudah ditentukan oleh pola, maka tingkah laku kanak-kanak adalah senang untuk diramal. Gessell juga mengutarakan bahawa setiap individu adalah unik dan seharusnya dihormati. Dengan ini kanak-kanak mestilah dibenarkan berkembang mengikut tahap perkembangan di mana setiap kanak-kanak itu mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Teori perkembangan Arnold Gesell berpendapat seseorang individu mampu berkembang mengikut tahap umur dari satu peringkat kesatu peringkat mengikut kadar perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangan tersebut. Ini kerana menurut Gesell proses perkembangan individu adalah dikawal oleh kematangan atau fisiologi, selagi kematangan fisiologi tidak dicapai apa saja yang dilakukan tidak akan berjaya. Oleh yang demikian itu, seseorang guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dan memahami bahawa setiap murid perlu dibenarkan berkembang atau melakukan sesuatu mengikut kadar perkembangan mereka sendiri.Sehubungan itu untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan ynag optimum, guru mestilah mengetahui tahap perkembangan murid dan menghormati keupayaan dan keunikan setiap murid. Guru juga tidak boleh terlalu mendesak murid meakukan aktiviti yang sukar dan tidak bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kematangannyaGuru juga harus mengetahui perkembangan yang menyuluruh setiap murid, Dengan pengetahuan ini, barulah guru dapat menyediakan aktiviti dan program yang berkesan untuk para pelajar seterusnya meningkatkan keyakinan kanak- kanak ke arah yang lebih progresif. Sikap guru yang prihatin ini akan dapat membantu murid mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum .

1.5 Teori Perkembangan Jean PiagetJean Piaget ialah ahli psikologi Swirtzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan- perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Empat faktor telah dikenalpasti oleh Piaget yang saling berkait yang boleh mempengaruhi pemikiran individu iaitu :-i. Kematangan biologiProses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka / genetikii.Interaksi individu dengan persekitaranIndividu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.iii.Pengalaman sosialPerkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran contoh ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.iv.KeseimbanganProses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.1.5.1.Proses Mencapai KeseimbanganJean Piaget berpendapat setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Kecenderungan untuk memahami sesuatu situasi dan menyelesaikan sesuatu kekusutan sentiasa berlaku pada setiap individu. Seseorang itu akan berasa kurang selesa seandainya berdepan dengan keadaan yang tidak terjangka dan keadaan yang tidak menentu. Ketidakselesaan yang berlaku ini menyebabkan individu itu terdorong untuk mencari penyelesaian atau keseimbangan. Pengalaman yang diperolehi oleh seseorang individu akan disusun di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang di kenali sebagai skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini pula dipanggil organisasi. Apabila berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan satu penyelesaian seseorang individu itu akan menggunakan menggunakan skema-skema ini. Sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan, skema ini mula terbentuk. Bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Seseorang individu juga akan sentiasa mengalami situasi-situasi yang baru. Pelbagai masalah akan dihadapi dalam situasi-situasi yang baru ini.Pengubahsuaian skema yang lama perlu dilakukan agar dapat diadaptasi dengan situasi baru tersebut.Proses penukaran dan perubahan skema lama kepada yang baru atau dikenali adaptasi akan melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu :i. Asimilasiberlaku apabila pengalaman baru diterima dan penyesuaian pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada.ii. Akomodasi berlaku apabila penukaran skema yang lama dapat dilakukan untuk disesuaikan dengan pengalaman yang baru. Seterusnya skema baru akan terbentuk setelah seseorang individu itu mengubah cara pemikirannya berdasarkan pengalaman baru yang diterima. Menurut Piaget kognitif manusia perkembangannya secara berperingkat, bersifat rasional dan intelek serta menjadi penggerak kepada kognitif masing-masing. Proses pemikiran manusia sentiasa berubah dan cuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan maklumat tersebut dengan persekitaran semasa individu. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka membina skemata daripada pegalaman persekitaran yang diperolehinya. Skemata-skemata ini akan berubah-ubah melalui adaptasi kanak-kanak ke atas pengalaman-pengalaman baru yang dibina.

1.5.2.Tahap-tahap Perkembangan Kognitif PiagetJean Piaget telah membina empat tahap perkembangan kognitif manusia mengikut umur seperti berikut :i.Tahap sensori motor ( semenjak lahir 2 tahun ) Pada peringkat bayi, tiada persepsi yang berlaku pada dirinya. Pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan pada gerakan spontan yang tidak dipelajari seperti melihat, menghisap dan memegang. Peringkat sensorimotor adalah peringkat di mana bayi mengkooridnasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka dan mengetahui tentang persekitaran mereka. Contohnya : bayi menghisap ibu jari, memasukkan objek ke dalam mulut, mencapai objek yang berbunyi dan lain-lain lagi tingkahlaku yang dilakukan tanpa dipelajari daripada sesiapa. Selain daripada itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga menunjukkan permulaan pemikiran logik. Aktiviti-aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat yang mudah. Contohnya : ketika kanak-kanak berumur satu tahun, mereka mempunyai keupayaan untuk menyusun skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup atau boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh. Tahap sensorimotor ini diakhiri dengan kanak-kanak memperolehi kepercayaan tentang kekekalan objek, iaitu ia sedar, objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh. Satu sifat lain ialah tindakan ulangan, iaitu kanak-kanak boleh mengulang semula proses ini ke asal secara fizikal. Misalnya, memasukkan semula objek ke dalam bekas dan menutupnya. Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia belajar daripada orang lain dan objek yang dapat dilihat atau disentuh. Contohnya : kanak-kanak meniru perlakuan melambai tangan dan memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan. Piaget menyifatkan aktiviti ini sebagai permulaan proses menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat yang abstrak.ii. Tahap praoperasi ( 2-7 tahun ) Pada tahap ini kanak-kanak berupaya menggunakan simbol (imej atau perkataan) yang juga menunjukkan keupayaannya menggunakan bahasa. Contohnya, kanak-kanak menggunakan kayu sebagai kereta. Tetapi apa yang menarik ialah kanak-kanak pada masa ini banyak bergantung pada persepsi daripada logik. Mereka kebanyakannya melihat persekitaran mengikut persepsi mereka sendiri iaitu bersifat egosentrik. Walau bagaimanapun, pada tahap ini kanak-kanak tidak boleh menguasai konsep kekalan. Ini adalah disebabkan oleh kanak-kanak hanya memberi tumpuan kepada satu ciri masalah saja, egosentrik dan tidak dapat menukarbalikan sesuatu tingkah laku secara mental.iii. Peringkat Operasi Konkrit (dari umur 7 tahun hingga 11 tahun) Kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara.Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti lebih berat, lebih tinggi dan sebagainya.Mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak dan ingatan mereka semakin bertambah.Walaubagaimanapun,pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya konsep ketuhanan,neraka dan syurga. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu :i.Prinsip identiti mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan , bilangan/amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.ii. Prinsip ganti rugi (compensation) mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain.iii.Prinsip keterbalikan kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.1.5.3.Peringkat Operasi Formal (dari umur 11 tahun hingga 15 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik,termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan dan sanggup membuat hipotesis.Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan apa yang mungkin berlaku daripada apa yang bakal berlaku. Oleh kerana pemikir operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan,ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.

2.Ciri Perkembangan dan Pertumbuhan Dua orang Pelajar2.1. Profil Kanak-KanakKanak-kanak 1Kanak-Kanak 2

Nama : Nur Najiha Binti IsmailNama: Muhd. Rafique Bin Mahidi

Alamat :Kampung Semera Lot, Semera.Alamat: Kampung Semera Lot, Semera

Tarikh Lahir : 17 November 2007Tarikh Lahir : 12 Januari 2008

Umur : 6 TahunUmur : 5 Tahun

Jantina : PerempuanJantina :Lelaki

Agama: IslamAgama: Islam

Bangsa:MelayuBangsa: Melayu

Anak Ke :4Anak Ke : 6

Bilangan adik-beradik :4Bilangan adik-beradik : 6

Nama bapa : Ismail Bin KederiNama bapa : Mahidi Bin Bujang

Pekerjaan bapa:PetaniPekerjaan bapa: Petani/ Nelayan

Nama ibu : Haminah Bt. ChiNama ibu : Rozita Binti Putit

Pekerjaan Ibu : Suri rumahPekerjaan Ibu : Suri rumah

Pendapatan Isirumah : RM800Pendapatan Isirumah : RM900

Kecenderungan :Bijak, PendiamKecenderungan :Aktif, Bersosial

2.2.Ciri-ciri pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak/RespondenBerdasarkan pada pemerhatian dan profil dua responden berkenaan mendapati perbezaan pertumbuhan dan perkembangan terhadap ke dua kanak-kanak ataupun responden ini adalah seperti berikut:-2.2.1. Sudut perbezaan fizikalDari sudut perbezaan fizikal, Adik Muhd. Rafique Bin Mahidi memiliki tubuh badan agak gemuk berbanding tubuh badan adik Nur Najiha Binti Ismail. Pemerhatian menunjukkan jika dilihat dari sudut faktor baka ( genetik ) di mana ke dua-dua ibubapa adik Muhd. Rafique Bin Mahidi memiliki bentuk fizikal badan yang besar ( gemuk ) berbanding ibubapa adik Nur Najiha Binti Ismail yang agak sederhana saiz fizikalnya. Saiz fizikal responden ini juga agak kecil berbanding adik Muhd. Rafique. Faktor jantina merupakan pengaruh utama dalam perbezaan pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak ini.2.2.2.Sudut KognitifDari sudut Faktor Kognitif pula pemerhatian mendapati bahawa adik Muhd. Rafique memiliki tahap kecerdasan yang lebih tinggi berbanding adik Nur Najiha . Adik Muhd. Rafique ialah seorang anak yang aktif dan suka bersosial berbanding adik Nur Najiha yang agak pendiam dan bersahaja .Gaya penampilan dan personailitinya memiliki gaya personaliti introvert. Ini dapat dilihat dari sudut penampilan adik Nur Najiha yang agak pendiam, pemalu,suka tersinggung dan pendiam. Namun disebalik sikap pemalunya itu dia memiliki ramai kawan-kawan yang baik lantaran sikapnya yang tidak suka menyakiti orang lain. Berdasar kajian personaliti , pemerhatian mendapati faktor keluarga dan persekitaran membentuk personalitinya sedemikian. Berdasarkan kedudukan status ekonomi dan pendidikan adik Nur Najiha mempunyai kalangan ahli keluarga yang mendapatkan pendidikan yang baik berbanding adik Muhd. Rafique. Ibubapanya yang bekerja sebagai petani dan bilangan adik beradik yang tidak ramai, dan juga dia merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik merupakan faktor utama dalam menentukan status sosial adik Nur Najiha. Adik Muhd. Rafique pula mempunyai ahli keluarga yang besar dan disebabkan oleh tempat tinggal kejiranannya berdekatan dengan orang lain, maka pengaruh sosialnya menyebabkan responden ini agak agak aktif dan mudah bergaul dengan orang lain. Berbeza pula dengan personaliti Muhd. Rafique yang memiliki gaya imbivert. Cergas dan lincah dalam apa jua aktiviti lasak, aktif dalam kegiatan sukan permaianan, mudah mesra, ramai kawan. Faktor persekitaran masyarakat kampung dan terdedah dengan rakan sebaya, sentiasa ada bersama ibubapa, memperlihatkan ciri bahawa Adik Muhd. Rafique lebih menonjol dari sudut sosial, berbakat dan mempunyai kepimpinan berbanding adik Nur Najiha.Berdasarkan pendapat kenyataan pertumbuhan dan perkembangan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa kedua-dua pelajar berkenaan mempunyai persaingan yang hebat berbagai sudut. Dari sudut pencapaian Akademik, Kedua-dua mereka mempunyai pencapaian prestasi yang baik dan cemerlang berbanding rakan-rakan sedarjah mereka, Ini dibuktikan melalui pencapaian Ujian Bulanan mereka yang sentiasa bersaing peratusan markah yang cemerlang. Melalui pemerhatian mendapati mereka begitu perihatin terhadap setiap kerja pembelajaran yang diberikan.

3.Kepentingan psikologi dalam pendidikan awal kanak-kanak.Terdapat beberapa sebab mengapa guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya. Dengan adanya pengetahuan guru dalam psikologi pendidikan ia membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku begini atau begitu, membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri, membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supayampelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkannya. Psikologi pendidikan akan dapat membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.

Selain itu guru juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu. Oleh itu pengetahuan ini dapat membantu guru merancang peneguhanmyang sesuai untuk pelajarnya di dalam usaha mengawal tingkah lakumpelajar dan di dalam memotivasi pelajar supaya rajin belajar.Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal,kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran danb pembelajaran sesuai dengan tahap perkembangan pelajarnya. Guru juga dapat merekacipta soal selidik yang mudah di dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah. bSetelah guru mengetahui aras perkembangan pelajar, dapatlah diabmenyediakan program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar tersebut di dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya.Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu di dalam bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, masalah ponteng sekolah, masalah merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang diperoleh akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Di antara kepentingan-kepentingan psikologi pendidikan kepada guru ialah :-3.1.memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah. 3.2.Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal, minat demi membolehkan mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan.3.3.Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkahlaku murid agarmembolehkan guru mencegah masalah displin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan .3.4.Melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu guru membentuk personaliti mereka yang sihat dan konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar.3.5.Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunya meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah.3.6.Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu guru penggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik diantara guru dan muridnya.3.7.Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan ,kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.

4. Kesesuaian Kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK)Dengan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanakKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) merupakan satu usaha kerajaan dalam memberikan pendidikan awal diperingkat prasekolah kepada kanak-kanak. Ia digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.Prasekolah merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), tadika ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih manakala pendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.Kurikulum Standaerd Pendidikan Prasekolah Kebangasaan bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.Keunikan kandungan kurikulum yang digubal membolehkan pelajar ataupun kanak-kanak di peringkat prasekolah dapat membina sahsiah, sosial dan perkembangan serta pertumbuhan diri individu disamping membekalkan pengetahuan asas kepada kanak-kanak dengan aktiviti pedagogi pembelajaran seperti membaca,menulis, mengira, melukis dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dan dirancang oleh guru membolehkan murid menjalankan aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi,social dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran kanak-kanak selain menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah Kesesuaian Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK) memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah memastikan Kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Kurikulum baru ini juga boleh memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan. Selain itu, murid dipastikan mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama.

Justeru, sesuai dengan acuan tersendiri dalam membina pendekatan terbaik dalam memastikan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat prasekolah Kurikulum Standard Prasekolah dapat membentuk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak melalui beberapa kriteria seperti di bawah ini :-4.1.Jasmani: Mempunyai tubuh badan yang sihat. Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan. Menguasai kemahiran psikomotor asas kemahiran motor halus dan motor kasar.4.2.Emosi: Mempunyai konsep kendiri yang positif. Mempunyai keyakinan diri. Mempunyai jati diri. Berani mencuba. Mempunyai kematangan emosi. Menghormati perasaan dan hak orang lain. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

4.3.Intelek Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia. Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris. Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan). Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan). Memperolehi kemahiran proses sains asas. Memperolehi kemahiran matematik asas. Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul. Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid. Mempunyai daya kreatif dan estetika. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.4.4.Rohani Mengamalkan nilai murni. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

4.5.Sosial: Berkebolehan berkomunikasi yang mantap. Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Menyuarakan pandangan dan perasaan. Bekerjasama dengan orang lain.5.KesimpulanDalam melahirkan diri individu yang cemerlang dan berupaya menangani cabaran semasa dalam pendidikan, guru seharusnya berupaya dan membekalkan diri dengan ilmu dan disiplin tertentu seperti mengetahui asas-asas dalam psikologi pendidikan sebagai satu maklumat dan imbuhan tambahan untuk guru menangani permasalahan bila berdepan dengan kanak-kanak yang berkemungkinan mempunyai perkembangan dan pertumbuhan yang berbeza dari setiap sudut. Disiplin-disiplin yang berguna dalam psikologi pendidikan seharusnya menjadi panduan dan berupaya menangani segala kekangan bila berdepan dengan kanak-kanak. Personaliti dan ketrampilan guru juga bila berdepan dengan kanak-kanak merupakan salah satu kriteria yang boleh membantu mereka membina keyakinan diri dan asas-asas lain dalam menguasai sesuatu kemahiran yang di ajar. Untuk merealisasikan aspirasi negara untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani atas landasan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Para guru perlu bersedia dari pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang. Dengan tahap persediaan yang tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas walaupun behadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.

BIBLIOGRAFI

Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhb.

Banks dan Thompson 1995. Educational Psychology: For teachers in training.West Pub. Co. (Minneapolis).

Borich, G. D. & Tombari, M. L. (1997). 2nd Edition. Educational Psychology: AComtemporary Approach. New York / London : Merrill Publishe

Crow and Crow, A. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Slavin, R.E. (1991). Educational Psychology: Theory into Practice. New Jersey: Prentice Hall.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi pendidikan 1. Longman MalaysiaSdn. Bhd.

Kamaruddin Husin.1997 Psikologi bilik darjah: Asas Pedagogi:Utusan. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard PrasekolahKebangsaan:Dokumen Standard Prasekolah. Kurikulum Pendidikan Islam (Online).

24