pengajaran berasaskan sekolah
Post on 09-Dec-2015
66 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SOALAN :
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebenarnya telah lama diamalkan oleh guru di Malaysia,
namun tidak pernah diketengahkan sebagai salah satu cara untuk menilai keberkesanan proses
pengajaran guru, khususnya dalam mata pelajaran bahasa. Bagaimanakah PBS dapat dimurnikan
bagi meningkatkan lagi mutu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sekali gus
mengiktiraf tugas guru sebagai pakar dalam bidang pengukuran dan pentaksiran bahasa di
sekolah.
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu
bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). PBS dikendalikan oleh pihak sekolah
1
SOALAN :
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebenarnya telah lama diamalkan oleh guru di
Malaysia, namun tidak pernah diketengahkan sebagai salah satu cara untuk menilai
keberkesanan proses pengajaran guru, khususnya dalam mata pelajaran bahasa.
Bagaimanakah PBS dapat dimurnikan bagi meningkatkan lagi mutu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sekali gus mengiktiraf tugas guru sebagai
pakar dalam bidang pengukuran dan pentaksiran bahasa di sekolah.
dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) . Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran
Psikometrik.
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilaporoleh
guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran
kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
PentaksiranPusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh
guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan
dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan
kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum (contohnya
penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK surau tempat murid
tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah). Pentaksiran
Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/ atau pusat untuk mengukur kebolehan
(innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum. Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk mendapatkan gambaran secara
keseluruhan tentang potensi individu, memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan
potensi individu serta membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.
Jelaslah,pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk
menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. PBS dikatakan dapat memastikan murid yang
2
melalui sistem pendidikan negara mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kecekapan.
2.0 KONSEP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini
dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal jawab dan lain-lain). PBS
yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana
dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS
(SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. PBS adalah lebih
holistik dan memberikan penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani
dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberikan penumpuan kepada
pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara
formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning manakala fokus utama
pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid pada akhir pembelajaran yang
merupakan assessment of learning.
3
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran
Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan
dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. PBS juga
merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh
buat atau telah menguasai apa-apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen
kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid
lain tetapi melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan kemajuan dan
pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.
PBS juga memberikan pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Situasi ini akan dapat meningkatkan
integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai
untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka :
i. Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
ii. Boleh memberikan maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
iii. Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
iv. Mentaksir dan memberikan maklum balas berpandukan standard prestasi
Dalam PBS, pencapain murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor
mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.
4
BAND STANDARD
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu
Contoh Penggunaan Band Secara Umum
KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR
LISAN
1 Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan
kehidupan harian dengan menggunakan perkataan yang
mudah.
2 Mendengar, memahami dan menceritakan sesuatu
perkara yang didengar dengan betul.
3 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara dengan betul dan
bahasa yang sesuai.
4 Berbincang dan mengemukakan hujah yang relevan untuk
menerima atau menolak pendapat secara sopan dalam
pelbagai situasi.
5
5 Menyatakan pendirian dengan mengemukakan pendapat
yang rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
6 Membuat pertimbangan tentang pendapat yang
dikemukakan dalam perbincangan dengan menyampaikan
hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya
yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak
lain.
Contoh Penggunaan Band Berdasarkan Aspek Kemahiran Lisan Dalam Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui
penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti
yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar. Penjaminan kualiti bagi
melaksanakan PBS dapat dicapai melalui :
i. Pementoran - Proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan
boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
ii. Penyelarasan – Proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard
Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah
sah dan boleh dipercayai.
iii. Pemantauan – Proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan
mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang
6
dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai
PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.
iv. Pengesanan – Proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan
kebolehtadbiran instrument pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan
pegawai KPM.
Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua
Bidang, Guru Besar, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang.
Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran
pendidikan bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.
3.0 CARA-CARA PEMURNIAN PBS
3.1 Modul Pelaksanaan Pentaksiran
Modul ini penting untuk menjadi panduan kepada guru Bahasa Melayu
melaksanakan pentaksiran, terutama membuat laporan deskriptif tentang kemajuan
murid. Pentaksiran yang menggunakan gred dan nombor tidak memberikan makna
kepada murid dalam PBS. Murid perlu mengetahui cadangan guru dan pelbagai inisaitif
yang dicadangkan oleh guru untuk menambah baik pembelajaran mereka. Hal ini sangat
baharu bagi guru. Jika tidak disediakan panduan, guru sendiri akan menghadapi masalah
membuat laporan deskriptif ini.
7
3.2 Penglibatan Ibu Bapa dalam PBS
Ibu bapa merupakan individu yang tidak kurang pentingnya dalam memastikan
kejayaan PBS. Sekolah perlu membina hubungan yang rapat dengan ibu bapa. Walaupun
dalam PBS tidak dijalankan peperiksaan seperti biasa, maklumat pembelajaran murid
dalam bentuk laporan deskriptif perlu disampaikan kepada ibu bapa secara berkala. Jadi,
sekolah perlu memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk melaporkan kemajuan
pembelajaran murid kepada ibu bapa mereka. Bagi sekolah-sekolah yang terletak di
bandar dan mempunyai kemudahan yang cukup, laporan deskriptif ini mungkin boleh
dihantar secara atas talian sahaja, jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang kurang
kemudahan, laporan deskriptif ini boleh dihantar melalui pos atau dengan menjemput ibu
bapa hadir dalam konferensi ibu bapa –guru murid yang diaturkan oleh pihak sekolah.
Sekolah yang ada kemudahan boleh menyediakan bilik khusus untuk pertemuan ibu bapa,
guru dan murid bagi menbincangkan perihal pembelajaran anak mereka termasuklah
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.3 Memudahkan Penggunaan Dokumen Standard Presatsi (DSP) Menjadi
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan DSP dipermudah menjadi
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid merupakan langkah yang tepat. Guru
mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema,
tajuk, atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya
mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian
mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
8
tersebut. Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan
kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu
bapa. Guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens yang terlalu
kompleks. Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka,
pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian
bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah. Berikut
merupakan perbandingan DSP dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu :
Jumlah Bilangan Pernyataan Deskriptor dan Pernyataan Evidens
Mata
Pelajaran
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
DSP Panduan
Perkembanga
n
Pembelajaran
Murid
DSP Panduan
Perkembanga
n
Pembelajaran
Murid
DSP Panduan
Perkembanga
n
Pembelajaran
Murid
Bahasa
Melayu
46 18 46 18 50 18
9
Perbandingan DSP dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu
3.4 Pengurusan Fail Perkembangan Murid (FPM), Rekod Transit serta Sistem
Pengurusan PBS (SPPBS) Atas Talian Dibuat Penambahbaikan
Seharusnya guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod
Transit berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu . Perekodan perkembangan
pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. Disebabkan
bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara automatik guru-
guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian murid
ke dalam sistem komputer berpusat. Bagi memastikan guru memberikan fokus terhadap
pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid
menerusi SPPBS secara atas talian seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan
perkembangan pembelajaran murid secara ‘offline’.
3.5 Penambahbaikan Pentaksiran Pusat (Penambahbaikan Pentaksiran Tingkatan
Tiga)
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mula dilaksanakan pada tahun 2014 bagi
menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang digunakan sebelum
ini. Walaupun baru setahun PT3 menggantikan peperiksaan PMR, pelaksanaannya masih
boleh dibuat penambahbaikan. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, seharusnya
penyediaan kepelbagaian set soalan diberikan perhatian dan pemberatan. Hal ini kerana,
terdapat soalan-soalan yang tidak mempunyai aras yang sama apabila setiap sekolah
mengendalikannya mengikut cara masing-masing. Sebagai contoh, soalan yang berkaitan
10
dengan komponen sastera (KOMSAS). Soalan pemahaman yang menggunakan teks
prosa moden dan teks prosa tradisional mempunyai aras yang berbeza. Teks pemahaman
prosa moden seperti cerpen dan drama lebih mudah difahami jika dibandingkan dengan
teks pemahaman prosa tradisional. Jadi, soalan-soalan yang berkaitan dengan
pemahaman teks ini tidak boleh dirangkumkan sekali kerana jelas menunjukkan
penggunaan teks pemahaman prosa moden dan teks pemahaman prosa tradisonal adalah
berbeza. Seharusnya, pemilihan soalan berkaitan teks pemahaman ini diselaraskan. Jika
satu set soalan menggunakan teks pemahaman prosa moden, set soalan-soalan yang lain
juga perlu menggunakan teks pemahaman moden, agar keselarasan aras bagi setiap
soalan adalah lebih seragam. Selain itu, penyemakan kertas-kertas soalan juga perlu
dilakukan dengan lebih teratur. Seperti yang dilaksanakan dalam peperiksaan sebelum
ini, yang mengambil kira jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh pelajar dan
diadakan pemurnian skema jawapan, agar jawapan-jawapan lain yang relevan boleh
diterima, terutama soalan yang melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Soalan-soalan KBAT ini sebenarnya soalan berbentuk pendapat yang memerlukan murid-
murid berfikir secara kritis untuk memperoleh jawapan. Penerimaan jawapan lain yang
difikirkan relevan dengan kehendak soalan perlu diambil kira agar idea yang diberikan
oleh pelajar tidak menjadi sia-sia. Jadi, skema jawapan sebenarnya perlu disediakan
selepas mengambil kira jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid,
bukannya skema jawapan yang telah disediakan tanpa boleh dilakukan sebarang
penambahan jawpan-jawpan lain difikirkan relevan dengan kehendak soalan. Setiap
skema jawpan yang disediakan juga perlu mempunyai sebab yang kukuh bagi setiap
jawpan yang disediakan. Perkara ini penting pada peringkat penyelarasan agar tidak
11
timbul ketidakpuasan hati dalam kalangan guru apabila mereka menanda dan
memberikan markah yang sewajarnya terhadap murid-murid.
Penyediaan kepelbagaian set soalan juga perlu diambil kira. Keadaan ini
kerana,kepelbagaian set soalan memberikan bebanan kepada Pentaksir Kawasan untuk
melakukan penyelarasan markah di setiap sekolah yang dipertanggungjawabkan. Sebagai
permulaan pelaksanaan PBS pada tahun 2014, terdapat tiga set soalan yang telah
disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Keadaan ini bermaksud,
Pentaksir Kawasan perlu menguasai tiga skema jawapan yang berlainan jika sekolah-
sekolah yang berada di bawah tanggungjawabnya memperoleh set soalan yang berbeza.
Pastinya situasi seperti ini membebankan Pentaksir Kawasan dan kemungkinan
berlakunya kekeliruan sewaktu melakukan penyelarasan markah. Penyediaan set soalan
perlulah diseragamkan hanya menggunakan satu set soalan sahaja agar penyelarasan
markah juga boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan efektif.
3.6 Latihan Semula kepada Guru-guru
Guru-guru yang ada di sekolah merupakan guru yang telah lulus dari pusat
pengajian pendidikan tertentu. Dari segi kewibawaan mereka, memang tidak dinafikan.
Mereka telah benyak menyumbang kepada negara dan masyarakat dalam bidang
pendidikan. Namun begitu, dari segi pengetahuan dan kemahiran baharu mungkin mereka
agak ketinggakan. Jadi, mereka perlu diberikan input baharu ini melalui latihan jangka
pendek setahun atau enam bulan di mana-mana institusi pengajian tinggi untuk
memantapkan penguasaan mereka dalam menjayakan pelaksanaan PBS. Pendedahan
12
selama sehari atau dua hari tidak mencukupi untuk mendalami banyak perkara baharu
dalam pendidikan , khususnya kurikulum dan pentaksiran. Contohnya, bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, kursus jangka pendek boleh diikuti oleh seseorang guru Bahasa
Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), mahupun
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sememangnya menawarkan kursus-
kursus yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Langkah ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan tahap profesion seseorang guru Bahasa Melayu itu untuk memartabatkan
dirinya agar boleh dijadikan ‘role model’ untuk generasi akan datang.
4.0 KESIMPULAN
Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang
prestasi murid bagi memperkembang sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan
yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
PBS diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana
pentaksirannya dilakukan dari peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang
akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.
13
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktirafdan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang.
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan
menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat
boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. PBS juga merupakan jalan terbaik untuk
mendidik murid menjadi modal insan yang cemerlang. Kegagalan pelaksanaan PBS
merupakan kerugian yang besar. Banyak negara seperti Hong Kong, United Kingdom,
Finland dan Australia telah menjalankan PBS. Walaupun pada awalnya mereka juga
menghadapi masalah yang pelbagai, akhirnya berkat usaha dan kolaboratif pelbagai pihak,
PBS mula menampakkan hasil. Untuk berjaya dalam PBS kita perlu mengambil contoh
terbaik dari negara yang telah melaksanakan PBS.
BIBLIOGRAFI
Asraf Mubarak Bin Atan 2013. Beban tugas guru dalam pelaksanaan pbs di sekolah kebangsaan
bandar dan luar bandar di daerah muar. Universiti Teknologi Malaysia.
Kenyataan Media YAB Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Mengenai
Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Pbs) 18 March 2014
http://www.moe.gov.my.
14
Nik Aziz Nik Pa &Noraini Idris.2008. Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia
pengalaman 50 tahun merdeka. Selangor : Utusan Pulications and Distributors S.dn Bhd
Tan Ai Mei .2010. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di Malaysia. kesediaan guru, isu dan
panduan pelaksanaan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zulkifli Osman, Sanat Md. Nasir & Dahlia Janan. 2014. Jaringan pedagogi bahasa melayu.
Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
15
top related