minit mesyuarat unit beruniform

Post on 30-Jun-2015

3.649 Views

Category:

Documents

30 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT UNIT BERUNIFORMSEKOLAH KEBANGSAAN 2 TAMAN KERAMAT

JALAN ENGGANG TIMUR 154200 SELANGOR D.E.

Tarikh : 28.08.2008

Hari : Khamis

Masa : 1.00 tengahari

Tempat : Bilik Tayang

Kehadiran : 1. En Mohd Isa bin Abd Rashid ( GPK Kokurikulum )2. En Hisham bin Hassan ( Penyelaras Unit Beruniform )3. Pn Hjh. Siti Jumaijah bt Sarmo ( Setiausaha )4. En Mohd Shukri bin Yahya - TKRS5. Pn Azrul Naemi bt Mokhtar - Tunas Puteri6. Pn Suzanawati bt Tambi - PBSM7. En Mohd Nazri bin Shamsudin - Pengakap8. Pn Nor Hayati bt Jaffar - Puteri Islam

Agenda

1. Ucapan Pengerusi1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua unit beruniform kerana sudi

hadir.1.2 Memaklumkan mesyuarat bertujuan untuk membincangkan tentang program

perkhemahan yang akan dijalankan pada sesi 2008.

2. Ucapan En Isa bin Abdul Rashid ( GPK Kokurikulum )2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.2.2 Memaklumkan bahawa aktiviti perkhemahan penting kepada murid-murid di mana

murid perlu menyertai sekurang-kurangnya sekali semasa mereka di sekolah rendah.

2.3 Meminta guru-guru menggalakkan murid-murid bagi menyertai aktiviti luar sekolah.

3. Ucapan En Hisham bin Hassan ( Penyelaras Unit Beruniform )3.1 Memaklumkan akan mengadakan Perkhemahan Dalaman Unit Beruniform sesi

2008 pada 24, 25 dan 26 Oktober 2008.3.2 Meminta persetujuan daripada ahli mesyuarat berkenaan tarikh tersebut dan semua

ahli bersetuju sebulat suara.3.3 Membentangkan kertas cadangan perkhemahan.3.4 Meminta pandangan tentang sumbangan penyertaan murid yang ditetapkan iaitu

RM 25.00 dan semua ahli mesyuarat bersetuju.3.5 Meminta pandangan ahli mesyuarat tentang penambahbaikan tentang kertas

cadangan perkhemahan tersebut.3.6 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan kertas cadangan tersebut.

4. Hal-hal Lain4.1 Pn Suzanawati menyarankan supaya keutamaan diberikan kepada murid-murid

Tahun 4 kerana ini merupakan pengalaman pertama dalam diri mereka.4.2 En Mohd Shukri meminta supaya sumbangan penyertaan tidaklah terlalu tinggi

bagi menggalakkan murid menyertai perkhemahan.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 02.15 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………... …………………………………( Pn Hjh Siti Jumaijah bt Sarmo ) ( En Mohd Isa bin Abdul Rashid ) Setiausah Perkhemahan GPK Kokurikulum SK 2 Taman Keramat SK 2 Taman Keramat

top related