kuliah waj 3106 - m10 (pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia)

Post on 07-Feb-2016

56 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Kuliah Waj 3106 - m10 (Pembangunan P

TRANSCRIPT

1samsudin.saad@iptho.edu.my

KULIAH M10

SAMSUDIN BIN HAJI SAADPENSYARAH AKADEMIK

JABATAN KAJIAN SOSIAL (D14)

2samsudin.saad@iptho.edu.my

FOKUS KULIAH M10

1. PENGENALAN

2. KONSEP MODENISASI DAN

PEMBANGUNAN POLITIK

3. PELAKSANAAN MODENISASI DAN

PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA

4. KEMAJMUKAN MASYARAKAT DALAM

PROSES POLITIK DI MALAYSIA

5. KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN

ETNIK

3samsudin.saad@iptho.edu.my

FOKUS KULIAH M9

6. PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK

SECARA FORMAL

7. HUBUNGAN ETNIK SELEPAS

PENUBUHAN MALAYSIA

4samsudin.saad@iptho.edu.my

HASIL PEMBELAJARAN KULIAH M10

1. MAMPU MENJELASKAN KONSEP PEMBANGUNAN POLITIK

2. DAPAT MENYATAKAN PROSES DAN PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA

3. MENGHURAIKAN PROSES KEMUNCULAN POLITIK BERPARTI DI MALAYSIA

4. MENGANALISIS PROSES DAN TINDAKAN POLITIK MAMPU MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS

5samsudin.saad@iptho.edu.my

KONSEP MODENISASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK

Konsep modenisasi :

merujuk kepada suatu proses transformasiatau perubahan berencana dalam segalaaspek kehidupan masyarakat.

Modenisasi mengandungi dua aspek utama:

1. Pembangunan ekonomi

2. Pembangunan politik.

6samsudin.saad@iptho.edu.my

Matlamat pembangunan ekonomi: untuk mencapai kemajuan dan

pertumbuhan ekonomi denganmewujudkan sebuah masyarakatindustri.

Matlamat pembangunan politik: pembinaan negara bangsa.

Negara bangsa diertikan: suatu wilayah yang mempunyai

sempadan, pemerintahan atau kerajaandan warganegara atau bangsa.

7samsudin.saad@iptho.edu.my

Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melaluikaedah yg bersifat top-down seperti:1. Penghayatan ideologi negara,2. Penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan

oleh pihak kerajaan,3. Penanaman semangat nasionalisme melalui

simbol-simbol dan ritual negara.

Lazimnya, penilaian ke atas dasar-dasar awam yangdilaksanakan menjadi asas kepada pengukurankejayaan atau pencapaian pembinaan negara bangsa.

Pembangunan politik turut melibatkan perubahandalam aspek struktural dan budaya sehinggamembawa kepada perubahan sistem politikmasyarakat.

8samsudin.saad@iptho.edu.my

Pembangunan politik dalam konteks iniberlangsung melalui 3 proses utama:

1. Differensiasi struktur politik;

2. Sekularisasi budaya politik;

3. Partisipasi politik yang besar oleh rakyat.

9samsudin.saad@iptho.edu.my

1. Differensiasi struktur politik:

Perubahan daripada struktur politikyang bersifat feudal atau autoritariankepada struktur politik yang berpegangkepada prinsip trias politica,

Kekuasaan politik terletak kepada 3badan yang terpisah dan salingmengawasi iaitu, kehakiman,perundangan dan eksekutif.

10samsudin.saad@iptho.edu.my

2. Sekularisasi budaya politik:Perubahan budaya politik

daripada budaya politik feudaldan yang tidak memisahkanantara agama dengan negarakepada budaya politik yangmemisahkan kedua unsurtersebut.

11samsudin.saad@iptho.edu.my

3. Perubahan dalam budaya politik ituakhirnya membawa kepada prosesselanjutnya, iaitu:partisipasi politik yang besar oleh

rakyat dalam proses politik. rakyat yang mempunyai

kedaulatan dan berhakmenentukan pemimpin mereka.

12samsudin.saad@iptho.edu.my

Pembangunan politik dalam konteksmewujudkan amalan demokrasidianggap tercapai apabila terdapatkomponen berikut dalam suatu sistempolitik, iaitu:1. Parti-parti politik2. Majlis perwakilan rakyat atau

parlimen3. Perlembagaan negara4. Pilihanraya

13samsudin.saad@iptho.edu.my

Kewujudan keempat-empat unsurtersebut menjadi ukuran sama ada suatunegara sudah atau belum mengamalkanamalan demokrasi.

Pembinaan negara-bangsa danperubahan dalam aspek struktural danbudaya merupakan dua hal yang salingmempengaruhi dalam menentukantercapainya pembangunan politik dalamsesebuah negara.

14samsudin.saad@iptho.edu.my

MODENISASI DI MALAYSIA Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah

Barat akibat daripada Revolusi Perancis dan RevolusiIndustri.

Konsep modenisasi dan proses tersebar dan digunapakai di seluruh dunia - melalui proses imperialismedan kolonialisme.

Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengankehadiran kolonial Inggeris - mencontohi jejak langkahpengalaman modenisasi di Eropah Barat.

Projek modenisasi dilanjutkan – melakukan pelbagaiperubahan dan penyesuaian.

15samsudin.saad@iptho.edu.my

MODENISASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK

Dalam konteks pembangunan politikMalaysia, isu pembinaan negarabangsa adalah sangat penting.

Malaysia turut berusaha mencapaipembinaan negara - bangsa melaluibeberapa kaedah yang bersifat top-down.

16samsudin.saad@iptho.edu.my

Program penghayatan ideologi negara:

Rukunegara,

Penerapan dasar-dasar awam, (Dasar EkonomiBaru, Dasar Pembangunan Nasional, DasarPembangunan Wawasan, dan Dasar PendidikanKebangsaan)

Antara usaha yang telah atau sedang dijalankan olehkerajaan bagi mencapai matlamat pembinaannegara-bangsa

Usaha dan penilaian yang berterusan ke atas dasar-dasar awam iaitu penting bagi memastikan kejayaanatau pencapaian pembinaan negara-bangsa.

17samsudin.saad@iptho.edu.my

KEMAJMUKAN ETNIK DALAM

PROSES POLITIK DI MALAYSIA

18samsudin.saad@iptho.edu.my

Semenanjung Malaysia

Melayu adalah etnik terbesar diSemenanjung. Perlembagaan PersekutuanMalaysia memperuntukkan masyarakatMelayu menganut agama Islam.

Sebahagian besar Melayu (Semenanjung)merupakan penduduk luar bandar.

19samsudin.saad@iptho.edu.my

Peratusan ini mula berkurangan keranapenghijrahan mereka ke bandar bermula sejak1970an dan selepas itu, ia kian meningkat.

Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakantertumpu kepada aktiviti tradisional sepertipertanian dan nelayan peringkat sara diri.

1980-an, ramai di antara mereka yang terlibat dlmbidang pertanian secara besar-besaran di estet danladang komersial yang mengusahakan tanamankelapa sawit.

Namun, sebahagian besar Melayu di bandar masihtertumpu kpd perkhidmatan awam, walau punterdapat sebilangan kecil berjaya dalam sektorperdagangan dan perniagaan.

20samsudin.saad@iptho.edu.my

Cina adalah etnik kedua terbesar diSemenanjung. Masyarakat ini penganut pelbagai agama

seperti ajaran Buddha dan Konfusius,Kristian, kepercayaan tradisional dansegelintir yang memeluk Islam.

Sebahagian besar - tertumpu kepadasektor perdagangan dan komersial.

Tertumpu di bandar-bandar utama,khasnya di Lembah Klang.

21samsudin.saad@iptho.edu.my

India adalah etnik ketiga diSemenanjung. Sebahagian besar masih tertumpu di

estet-estet, (penempatan tradisionalmereka).

Namun, terdapat kalangan merekayang berpindah ke bandar-bandardan menerokai pekerjaan sertapenghidupan yang berbeza daripadaibu bapa mereka.

22samsudin.saad@iptho.edu.my

Terdapat antara mereka berjaya menembusi sektorperdagangan dan komersial.

India Malaysia terdiri daripada pelbagai puakberasaskan asal usul mereka di Tanah Besar India.

Kepelbagaian ini jarang diakui dalam data-datarasmi seperti - puak Sikh, Tamil, Malayalee danSinghalese.

Mereka juga menganut pelbagai agama seperti -Hindu, Sikh dan juga Islam.

23samsudin.saad@iptho.edu.my

Orang Asli merupakan etnik terkecil diSemenanjung. Kebanyakan penduduk pendalaman di beberapa negeri di

Semenanjung.

mengikut kepercayaan tradisional, animisme, Kristian danIslam.

Terdapat juga kelompok-kelompok kecil lain:1. Baba-Nyonya di Melaka dan Penang - menghasilkan

percantuman elemen-elemen budaya Cina dan budayaMelayu

2. Portugis di Melaka - mengamalkan budaya Portugis yg di-Malaysia-kan.

3. Siam di beberapa kawasan di negeri-negeri di utaraSemenanjung.

24samsudin.saad@iptho.edu.my

Sarawak

Hampir semua etnik Dayak, sama ada Iban, Bidayuh atau OrangUlu, merupakan penganut kepercayaan tradisional atau Kristian,sebilangan kecil sahaja menganut agama lain terutamanyaIslam.

Dayak: Penduduk luar bandar, walaupun peratusan ini menurun

semenjak tahun 1970-an. Penduduk di luar bandar dan pendalaman di rumah panjang,

aktiviti utama ialah pertanian sara diri. Aktiviti ini semakin berkurangan dan kebanyakan mereka

bergiat dalam sektor pembalakan dan juga buruh upahan. sebilangan mereka telah berjaya menerokai sektor

perdagangan atau komersial di bandar-bandar utama negeriberkenaan.

25samsudin.saad@iptho.edu.my

Etnik Melayu:

Merupakan penghuni luar bandarterutama di pinggiran bandar Kuching,Kota Samarahan dan Sibu.

Aktiviti utama yang tinggal di luarbandar adalah pertanian sara diri.

Tinggal di bandar, tertumpu di sektorperkhidmatan awam.

26samsudin.saad@iptho.edu.my

Etnik Melanau:

• Penduduk pantai Sarawak.• Menganut agama Islam, Kristian dan

juga kepercayaan tradisional.• Tinggal di kawasan tradisional, bekerja

sebagai nelayan dan petani sertapengutip sagu.

27samsudin.saad@iptho.edu.my

Etnik Cina:

• Tinggal di kawasan bandar, terdapatsebilangan kecil tinggal di luar bandar.

• Tertumpu pada perdagangan.

• Menganut pelbagai agama seperti ajaranBuddha, Konfusianis dan Kristian.

28samsudin.saad@iptho.edu.my

Sabah

• Kadazandusun menganut agama asal dan Kristian,sementara Bajau, Murut dan “bumiputera lain”menganut agama Islam.

• Purata bilangan penduduk yang menganut Islam danKristian dalam kalangan etnik bumiputera ini hampirsama jumlahnya.

• Kebanyakan mereka adalah penduduk : Luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara

diri sebagai aktiviti utama, disamping mencariproduk hutan.

Di bandar-bandar, tertumpu kepada sektorperkhidmatan awam.

29samsudin.saad@iptho.edu.my

Sabah

Masyarakat Cina:

• Tertumpu di pusat-pusat bandar utama.• Terlibat dalam aktiviti perdagangan dan

sektor komersial.• Penganut pelbagai agama seperti Buddha,

Kristian dan sebilangan kecil yangmemeluk Islam.

30samsudin.saad@iptho.edu.my

KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

Semasa penjajahan, penglibatan rakyat tempatandalam proses politik dan pentadbiran terhad.

Di akhir penjajahan, rakyat - dilibatkan dalam prosespolitik dan pentadbiran di peringkat paling bawah,(pegawai rendah).

Gerakan lebih besar ialah pada zaman berakhirnyapenjajajan Jepun - bermula dengan pelancaranMalayan Union di negeri-negeri di SemenanjungMalaysia dan penyerahan Sabah dan Sarawakkepada Inggeris untuk ditadbirkan sebagai tanahjajahan Inggeris pada petengahan 1946.

31samsudin.saad@iptho.edu.my

Semenanjung Malaysia Sekembalinya mereka ke Persekutuan Tanah

Melayu, Inggeris merancang dan melancarkanMalayan Union pada 1946. Kesatuan ini terdiridaripada 9 negeri Melayu, Pulau Pinang danMelaka.

Beberapa ciri penting Malayan Union adalahseperti berikut:

1. Pemusatan kuasa di kerajaan pusat.2. Raja-raja Melayu hilang kuasa, kecuali ke atas

hal berkaitan Islam dan adat Istiadat Melayu3. Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan prinsip

jus soli.

32samsudin.saad@iptho.edu.my

Malayan Union disambut dengan tentangan hebatdaripada orang Melayu.

Di bawah pimpinan Onn Jaafar, merekamenubuhkan Pertubuhan Kebangsaan MelayuBersatu (United Malays National Organization[UMNO] ).

UMNO ditubuhkan hasil daripada gabunganpelbagai persatuan / pertubuhan Melayu.

Tentangan Melayu terhadap Malayan Uniondisalurkan melalui parti ini yang juga mendapatpelbagai sokongan seperti daripada bekas pegawai-pegawai Inggeris.

33samsudin.saad@iptho.edu.my

Dalam suasana politik yang tegang ini, lahir dua buah partipolitik.

Kongress India Persekutuan Tanah Melayu (Malayan IndianCongress [MIC]).

Ditubuhkan pada penghujung tahun 1946, iaitu beberapabulan setelah UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Diketuai oleh John Thivy.

Matlamat utamanya: menjaga kepentingan dan kebajikanetnik India di Persekutuan Tanah Melayu.

2. Persatuan Cina Persekutuan Tanah Melayu (Malayan ChineseAssociation [MCA]).

Ditubuhkan pada 1949 oleh Tan Cheng Lock.

Tujuan: menjaga kepentingan dan kebajikan etnik Cina diPersekutuan Tanah Melayu.

34samsudin.saad@iptho.edu.my

35samsudin.saad@iptho.edu.my

Tujuan penubuhan MCA & MIC – membuktikankepada Inggeris bahawa Cina dan India sediaberkerjasama dgn Melayu dan setia kepadaPersekutuan Tanah Melayu.

Kerjasama erat ini membawa kejayaan besar dalampolitik awal Persekutuan Tanah Melayu. Contoh:

Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur 1952; partiPerikatan menang 9/12 kerusi yg dipertandingkan.

Pilihanraya Umum Pertama; menang 51 drpd 52kerusi yang dipertandingkan.

Situasi ini adalah asas menunjukkan kepada Inggeris– Persekutuan Tanah Melayu sudah bersedia untukdibebaskan daripada kuasa Inggeris.

36samsudin.saad@iptho.edu.my

Selepas penubuhan Malaysia 1963, kerjasama /perbincangan antara parti politik diperluaskan lagi.Parti Perikatan ditukar namanya kepada BN.

Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan etnikdan penubuhan parti politik seterusnya terus menepatigaris etnik.

37samsudin.saad@iptho.edu.my

Malaysia Timur

Proses dan penubuhan parti politik diSabah dan Sarawak merupakan responsterus kepada cadangan yang melibatkankedua-dua negeri itu dalam PersekutuanMalaysia.

Ada yang ditubuhkan dengan restupentadbiran kolonial dan ada juga yangditubuhkan atas inisiatif rakyattempatan.

38samsudin.saad@iptho.edu.my

SARAWAK

Parti terawal - Parti Bersatu Rakyat Sarawak(Sarawak United Peoples’ Party atau SUPP).

mendapat galakkan daripada pentadbirankolonial sebagai persediaan awal ke arahpemerintahan sendiri.

menggabungkan pelbagai kegiatan sosial dankebajikan Cina demi menjaga kepentinganmereka di negeri berkenaan.

parti berbilang etnik, namun pucuk kepimpinanjelas dimonopoli oleh etnik Cina.

hilang sifat berbilang etnik apabila calon-calonbukan Cina kalah dalam pilihanraya kerajaantempatan pada tahun 1963.

39samsudin.saad@iptho.edu.my

Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia pada awal tahun1960 turut mendesak etnik bumiputera menubuhkan partimasing-masing.

Dalam kalangan Dayak dan Iban:

• SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak NationalParty) ditubuhkan oleh etnik Iban, khasnya dr kawasanSkrang-Saribas pada 1961.

• dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.

Dakwaan Dayak dan Iban di Lembah Rejang tdk mendapattempat dlm SNAP, maka:

• Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) ditubuhkan

• oleh Temenggong Jugah Anak Barieng dr Rejang pada1962.

40samsudin.saad@iptho.edu.my

Bagi Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkanberasaskan etnik dan kawasan.

1. PANAS (Parti Negara Sarawak) ditubuhkanpada tahun 1960

-dipimpin oleh golongan perabangan dariKuching iaitu Abang Mustapha.

2. Barjasa (Barisan Rakyat Jati Sarawak) 1961.- ditubuhkan oleh Melayu / Melanau dari

Lembah Rejang atas dakwaan mereka tidakdiwakili dalam PANAS.

41samsudin.saad@iptho.edu.my

42samsudin.saad@iptho.edu.my

Perubahan besar proses politik di Sarawak selepasMalaysia berlaku kepada etnik Cina, Melayu danMelanau.

Bagi etnik Cina:• selepas tahun 1970 SUPP menjadi teman pilihan

bagi Melayu dan Melanau untuk menubuhkankerajaan campuran selepas pilihanraya umumtahun 1969/71.

• di akhir 1970an, DAP muncul di Sarawak sebagaipesaing kepada SUPP untuk mendapat sokonganCina.

43samsudin.saad@iptho.edu.my

Perubahan besar proses politik di Sarawak selepasMalaysia berlaku kepada etnik Cina, Melayu danMelanau.

Etnik Melayu dan Melanau:• perpaduan politik semakin kukuh sejak

penggabungan Berjasa dan PANAS dlm PartiBumiputera yg dipimpin oleh Abd Rahman Yakubdan Abd Taib Mahmud.

• Kekuatannya meningkat apabila TemenggongJugah membawa Pesaka bergabung dgn PartiBumiputera utk membentuk PBB (Parti PesakaBumiputera Bersatu) pd pertengahan 1970-an.

44samsudin.saad@iptho.edu.my

Kini, dalam konteks percaturan politik;

- etnik Dayak dan Iban berpecah kepadaPBB, SPDP, PRS dan SUPP yang berada dalamBarisan Nasional,

- juga di antara SNAP dan beberapa puakdaripada peninggalan pengharaman PBDS iaitukumpulan Moggie-Tajeim dan MDC (MalaysianDayak Congress) yang masih menunggupendaftarannya diluluskan.

45samsudin.saad@iptho.edu.my

Sabah Pelbagai etnik bumiputera di negeri Sabah seperti

Kadazandusun, Bajau, Murut dan lain-lain terpisahberasaskan anutan agama.

Justeru, parti-parti yang ditubuhkan akan mendapatsokongan daripada pribumi beragama Islam atauKristian.

Sejak menyertai Malaysia pada tahun 1963, Sabahdiperintah oleh semua etnik utama negeri.

46samsudin.saad@iptho.edu.my

48samsudin.saad@iptho.edu.my

Ini bermula dgn Donald Stephen:

menubuhkan parti UNKO (United KadazanNational Organization) pada Ogos 1961.

bagi menyatupadukan Kadazandusun danbumiputera bukan Islam.

Kemudian Mustapha Harun:

• menubuhhkan USNO (United Sabah NationalOrganisation) pd Disember 1961.

• Menyatukan Bajau, Murut dan etnik lain

Cina bernaung di bawah SCA (Sabah ChineseAssociation).

49samsudin.saad@iptho.edu.my

Antara beberapa parti politik di Sabah:

I. UNKO – Donald Stephen

II. USNO – Mustapha Harun

III. Parti Berjaya – Harris Salleh

IV. Parti Bersatu Sabah (PBS) – JosephPairin Kitingan.

V. UMNO

50samsudin.saad@iptho.edu.my

Kejatuhan PBS membawa perubahan besarkepada proses politik di Sabah daripadabeberapa sudut.

1. UMNO telah berjanji sekiranya parti tersebutberjaya merampas pemerintahan negeri,jawatan Ketua Menteri akan mengikut gilirandi antara bumiputera Islam, bumiputerabukan Islam dan Cina supaya semuamempunyai peluang untuk memerintah.

51samsudin.saad@iptho.edu.my

Kejatuhan PBS membawa perubahan besarkepada proses politik di Sabah daripadabeberapa sudut.

2. Keruntuhan PBS melahirkan beberapa buahparti baru seperti PBRS (Parti Bersatu rakyatSabah), dan PDS (Parti Demokratik Sabah),yang melibatkan pemimpin utama daripadaPBS yang telah meninggalkan parti tersebut.

52samsudin.saad@iptho.edu.my

PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA FORMAL

Selepas Persekutuan Tanah Melayu merdekadaripada Inggeris pada tahun 1957, satu perjanjian -kontrak sosial dicapai antara Melayu dan bukanMelayu.

Kontrak sosial ini bertambah kompleks a/bPersekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963dengan pencatuman wilayah Persekutuan TanahMelayu, Sabah dan Sarawak dan Singapura untukseketika.

Kewujudan Malaysia menambahkan lagi elemen-elemen khasnya yang turut termaktub dalamPerlembagaan Persekutuan Malaysia.

53samsudin.saad@iptho.edu.my

Kontrak Sosial 1957Berdasarkan perjanjian antara Raja-raja Melayu danRaja British (1948), Malayan Union telah dimansuhkandan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

1. Ketuanya adalah Pesuruhjaya Tinggi (merupakanwakil Raja British), yang mempunyai kuasa yangluas dalam hal membuat undang-undang danmenjalankan pentadbiran negeri.

2. Mempunyai Majlis Perundangan Persekutuanyang berhak membuat undang-undangsebagaimana termaktub dalam Jadual Perjanjian1948 dan sehubungan itu lahirlah PerlembagaanMalaya 1948.

54samsudin.saad@iptho.edu.my

Tahun 1956 satu persidangan telah diadakandi London antara pemimpin Parti Perikatandengan pihak British.

Persidangan tersebut telah memutuskanbahawa Persekutuan Tanah Melayu akanmenjadi sebuah negara yang merdeka pada31 Ogos 1957.

Lanjutan daripada persidangan tersebut, satuSuruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reidtelah dibentuk pada bulan Mac 1956.

55samsudin.saad@iptho.edu.my

Tugas utama Suruhanjaya Reid: Merangka satu perlembagaan persekutuan

bagi mewujudkan satu kerajaan pusat yangkuat dan dapat memerintah dengan baik.

Perkara yang dicadangkan oleh SuruhanjayaReid:

1. kewarganegaraan2. kedudukan Raja-raja Melayu3. pembahagian kuasa antara negeri dan

kerajaan pusat4. hak-hak istimewa orang Melayu

56samsudin.saad@iptho.edu.my

Dalam usaha merangka perlembagaan,Suruhanjaya Reid turut memintapandangan daripada Raja-raja Melayu,pemimpin-pemimpin parti-parti politik,dan pandangan serta cadangandaripada orang ramai.

Antara perkara yang menjadi perhatianutama adalah tuntutan-tuntutandaripada orang Melayu dan bukanMelayu.

57samsudin.saad@iptho.edu.my

Antara perkara penting “kontraksosial” adalah seperti berikut:

1. Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaanRaja-raja Melayu tidak boleh dipersoal.Perlembagaan 1948 menubuhkansebuah negara beraja. Raja memerintahberdasarkan Perlembagaan.

58samsudin.saad@iptho.edu.my

Antara perkara penting “kontrak sosial” adalahseperti berikut:

2. Hak Istimewa Melayu tidak bolehdipersoalkan. Hak ini sememangnyamengutuhkan dominasi Melayu diPersekutuan Tanah Melayu dan menjaminperanan mereka daripada semua aspekkenegaraan, sama ada politik, pentadbiran,perdagangan atau pelajaran.

59samsudin.saad@iptho.edu.my

Antara perkara penting “kontrak sosial”adalah seperti berikut:

3. Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jussoli bagi yang lahir selepas PersekutuanTanah Melayu. Hak kerakyatan jugaboleh dipohon melalui kaedah-kaedahyang ditetapkan.

60samsudin.saad@iptho.edu.my

4. Islam adalah agama persekutuan,tetapi agama-agama lain bolehdiamalkan tanpa sebarangsekatan.

5. Bahasa Melayu adalah bahasarasmi tetapi bahasa lain (Cina danTamil) boleh digunakan.

Antara perkara penting “kontrak sosial”adalah seperti berikut:

61samsudin.saad@iptho.edu.my

Perjanjian Malaysia, 1963

Tidak mengubah kontrak sosial.

Merupakan persetujuan yang dicapaidi antara para pemimpin PersekutuanTanah Melayu, Sabah, Sarawak danSingapura semasa mereka sama-samabersetuju untuk menubuhkanPersekutuan Malaysia.

62samsudin.saad@iptho.edu.my

Perjanjian Malaysia, 1963

Mengandungi semua tuntutan Sabah,Sarawak dan Singapura yang dipersetujui dandimaktubkan ke dalam PerlembagaanPersekutuan Malaysia tahun 1963.

Dua puluh perkara merupakan suatudokumen yang mengandungi tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Sabahsebagai syarat negeri itu bersetuju menyertaiMalaysia.

63samsudin.saad@iptho.edu.my

Dua puluh perkara tersebut menyentuh:

1. Agama.2. Bahasa.3. Perlembagaan.4. Imigresen.5. Kewangan.6. Bumiputera Sabah.

64samsudin.saad@iptho.edu.my

Bagi mengetahui perkara yang dipersetujui dandimaktubkan dalam Perlembagaan PersekutuanMalaysia untuk Sabah dan Sarawak hasil rundinganMalaysia, beberapa perkara harus dirujuk, diantaranya:

1. Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak,dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual ke-9.

2. Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak,dalam Senarai III (Senarai Konkuren), Jadual ke-9.

65samsudin.saad@iptho.edu.my

3. Perlindungan-perlindungan khas bagiSabah dan Sarawak.

4. Pemberian khas kepada Sabah danSarawak (dalam peruntukan kewangan).

Asas ini penting utk memahami prosespolitik antara etnik dan hubungan antarakerajaan pusat serta negeri, khasnyaberkaitan sabah dan Sarawak.

66samsudin.saad@iptho.edu.my

Bentuk

Perpaduan dan integrasi adalah proses semula jadi dan bolehberlaku dengan sendiri apabila individu-individu yang terlibatmelihat faedah daripada proses tersebut.

Di negara ini, proses perpaduan dan integrasi memerlukanpenglibatan langsung pihak kerajaan dengan dasar-dasarbersifat top-down.

Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasar yg selanjutnya, iaituDasar Pembangunan Nasional dan Dasar PembangunanWawasan merupakan suntikan penting daripada kerajaanyang cuba mewujudkan perpaduan.

HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA

67samsudin.saad@iptho.edu.my

Pencapaian Dalam pembangunan ekonomi memang wujud

ukuran tertentu yang boleh dijadikan penandaaras pencapaiannya.

Mengukur pencapaian perpaduan nasional bolehdilihat melalui pelaksanaan dan prestasi setiapdasar kerajaan yang menyentuh soal perpaduannegara.

Dasar pelajaran kebangsaan misalnya,penggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasapengantar ialah salah satu langkah mewujudkanperpaduan.

68samsudin.saad@iptho.edu.my

KESIMPULAN

Tiada satu etnik dapatmenegakkan kerajaan sendirikecuali melalui kerjasama antarapelbagai etnik agar tiadakelompok dianiayai keranapercaturan kuasa dan politiksempit.

69samsudin.saad@iptho.edu.my

KESIMPULAN

Cabaran terbesar terhadappembangunan ekonomi dan kestabilanpolitik boleh dilihat dlm keadaan timbal-balik iaitu:I. Jika ekonomi merosot – akan

menjejaskan kestabilan politik.II. Politik tidak stabil – membawa

kesan negatif pada kemakmuranekonomi.

70samsudin.saad@iptho.edu.my

KESIMPULAN

Survival Malaysia dari segiekonomi dan politik bergantungkepada integrasi nasional yangberpanjangan.

71samsudin.saad@iptho.edu.my

71

RUMUSAN ANDA BAGI KULIAH HARI INI.

72samsudin.saad@iptho.edu.my

72

top related