konsep kecerdasan emosi dalam...
Post on 01-Feb-2018
254 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
783
KONSEP KECERDASAN EMOSI DALAM ISLAM
DR. NORSALEHA MOHD. SALLEH
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
norsaleha@kuis.edu.my
DR. NOOR HAFIZAH MOHD. HARIDI
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
noorhafizah@kuis.edu.my
ABSTRAK
Tulisan ini bertujuan menerangkan tentang konsep Kecerdasan emosi dalam Islam. Ramai pengkaji dan sarjana
daripada Barat telah membuat kajian berkaitan dengan psikologi manusia dan mengemukakan beberapa model
yang berkaitan dengan kecerdasan emosi seperti Artkinson, Lazarus dan Goleman. Walau bagaimanapun, konsep
kecerdasan emosi yang dibincangkan oleg sarjana Barat adalah bersifat humanistik dan fizikal sahaja tanpa
menyentuh isu tauhid dan hubungan hati dengan Tuhan. Menurut sarjana Barat, seseorang akan mencapai tahap
kecerdasan emosi yang tinggi apabila dia berkemampuan mengungkap dan mengenali perasaan sendiri dan
perasaan orang lain, berkemampuan memotivasi diri sendiri dan berkemampuan mengelola emosi sendiri dengan
baik dan membina hubungan dengan orang lain. Keupayaan yang dibentuk ini adalah nilai luaran yang wajar ada
pada seseorang yang mencapai tahap yang tinggi dalam kecerdasan emosi. Berbeza dengan konsep kecerdasan
emosi dalam Islam. Menurut al-Ghazali seseorang boleh mencapai tahap yang tinggi dalam kecerdasan emosi
apabila berjaya memandu hatinya mengenal diri, mengenal Allah, mengenal akhirat dan mengenal alam. Hati yang
dimaksudkan oleh al-Ghazali ialah hati yang sentiasa mengikat dirinya dengan peraturan dan tuntutan agama
bukan hati yang dikawal selia oleh nafsu yang merosakkan. Walaupun hati berperanan seperti raja kepada seluruh
anggota badan dan menjadi penentu kepada baik buruknya diri seseorang, namun hati itu sendiri mempunyai ikatan
dan hubungan yang kukuh dengan penciptanya iaitu Allah SWT. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa ingat
kebesaran Allah SWT, melakukan yang halal, meninggalkan yang haram dan menjauhi yang syubhah, takut jatuh
kepada yang haram. Mana kala hati yang rosak adalah hati yang mudah dipengaruhi nafsu dan hasutan syaitan
sehingga mudah melakukan maksiat kepada Allah SWT dan meninggalkan suruhanNya. Berdasarkan kenyataan ini,
kajian akan mengemukakan satu model kecerdasan emosi Islam yang mengandungi elemen tauhid dan ubudiah
kepada Allah SWT.
Kata kunci: kecerdasan, emosi, Islam, humanistik, Barat
Pendahuluan
Kajian-kajian tentang kemanusiaan dan psikologi manusia yang diperkenalkan oleh ahli-ahli
falsafah Greek seperti Plato (423-347 SM) dan Aristotle (470-399 SM) telah berjaya
dikembangkan oleh ahli-ahli falsafah Islam seperti al-Kindī (801-873), Ibn Sīna (980-1037), al-
al-Ghazālī (1058-1111) dan Ibn Khaldūn (1332-1395). Banyak tulisan dan manuskrip para
1061
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
784
sarjana ini yang membincangkan tentang iman dan amal soleh serta hubungan elemen ini dalam
membentuk kecerdasan emosi dan spiritual seseorang. al-Kindī (801-873) merupakan salah
seorang sarjana Islam berpendapat seseorang boleh mengalami gangguan emosi sekiranya tidak
mempunyai hubungan yang baik dengan Allah Taala. Begitu juga dengan Ibn Sīna (980-1037)
yang berpandangan hati manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang
membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda, kerana hati itu sendiri boleh mencapai idea yang
tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap
kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku. Mana kala al- Ghazālī (1058-
1111) pula mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi dalam penulisannya yang ulung
Kitab Ihya’ Ulum al-Din. Beliau berpendapat hati adalah suatu entiti spiritual yang mengawal
fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk melaksanakan keperluan-
keperluan tubuh badan (al- Ghazālī t.th.).
Pendirian dan pandangan al-Kindī, Ibn Sina, al- Ghazālī dan lain-lain sarjana Islam
tentang psikologi manusia turut dikembangkan oleh pakar-pakar psikologi Barat sehingga
muncullah teori kecerdasan minda yang dibangunkan oleh Alfred Binet (1857-1911), Theodore
Simon (1872-1961), Jean Piget (1896-1980) dan lain-lain. Mana kala kecerdasan emosi
dibangunkan oleh Daniel Goleman (1998), Peter Salovey (1990) dan John Mayer (1990). Begitu
juga kecerdasan spiritual yang dibangunkan oleh Zohar dan Marshall (2010) dan Robert
Emmons (2008) serta ramai lagi sarjana Barat yang muncul dengan berbagai-bagai pendekatan.
Walau bagaimanapun, kemunculan sarjana Islam moden membicarakan tentang emosi dan
spiritual dalam konteks pendekatan Islam membantu mengimbangi pandangan masyarakat
terhadap isu-isu yang berkaitan dengan hati, perasaan dan kerohanian. Antara sarjana Islam
moden yang membicarakan tentang emosi dan spiritual ialah Otsman Najāty (2008), Said Hawa
(1994), Malik Badri (1989), Hasan Langgulung (1983), Zakiah Daradjat (1970) dan lain-lain
lagi.
Latar Belakang Kajian
Dalam usia muda, remaja mengalami perkembangan hati yang agak ketara. Mereka akan
mengalami berbagai-bagai jenis tekanan termasuk perubahan fizikal akibat daripada akil baligh,
mengenal pasti identiti diri sendiri dan kelompok sosial mana paling sesuai dengan mereka
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
785
(Diyana Rose 2009). Pandangan turut diakui oleh Josephson (2007) yang berpendapat dalam usia
sebegini, golongan remaja mempunyai perkembangan dan hubungan biologinya yang tersendiri
yang menyebabkan mereka mudah terdedah dengan gejala gangguan mental. Dalam diri mereka
mula berlaku konflik hati yang terumbang-ambing oleh berbagai-bagai pengaruh perkembangan
yang bersumberkan diri sendiri dan pengaruh persekitaran atau luaran. Hati mereka masih belum
mencapai tahap matang bagi menghadapi sebarang gangguan dan pengaruh dalaman dan luaran.
Dalam waktu yang sama, golongan remaja ini terpaksa mengimbangi antara
keperihatinan dan keakraban hubungan sesama rakan, kejayaan akademik, kurikulum dan
pembangunan jati diri yang kukuh serta bermoral (Diyana Rose 2009). Kemampuan
mengimbangi antara keperluan diri sendiri dan tuntutan sekeliling termasuk tuntutan ibu bapa,
rakan-rakan dan guru-guru mengakibatkan golongan remaja dan pelajar berhadapan dengan
tekanan perasaan. Masalah tekanan perasaan yang tidak terkawal dan berterusan akan
mengakibatkan kepada gangguan hati dan mental yang boleh membawa kepada simpton
kemurungan dan kebimbangan yang melampau dalam kalangan pelajar. Hal ini didedahkan
dalam kajian yang dilakukan oleh Josephson (2007) terhadap kemurungan yang berlaku dalam
kalangan kanak-kanak dan remaja adalah disebabkan oleh sikap lepas tangan dan kurang
perhatian ibu bapa dan penjaga serta sikap terlalu mengongkong kebebasan kehidupan anak-anak
mereka.
Di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh pendidikan agama bagi mempengaruhi
golongan remaja supaya mampu mengatasi konflik dan gejolak batin yang ada dalam diri
mereka. Pendidikan agama sangat penting bagi mendatangkan rasa ketenteraman dan sejahtera,
apatah lagi pada usia ini nilai-nilai sosial mula tumbuh dalam diri mereka. Bimbingan agama
akan membantu golongan remaja menghadapi konflik dalaman dan luaran dengan lebih bersedia
dan sedar. Salahlaku paling banyak direkodkan oleh Kementerian Pendidikan sepanjang tahun
1999 ialah kes ponteng sekolah (Jamali Basri 2001). Mengikut Abdul Raof (2000), daripada
98,449 kes salahlaku pelajar dilaporkan di sekolah rendah dan menengah seluruh negara, seramai
38,053 atau 38.6% adalah kes ponteng sekolah. Di Sekolah Menengah Kebangsaan, masalah
demikian selalu berlaku terutama kepada pelajar yang berada di kelas lemah.
Masalah penyakit mental semakin serius dan ia boleh melanda sesiapa saja tanpa mengira
lingkungan umur atau jenis pekerjaan yang dilakukan. Bilangan pesakit mental yang menerima
rawatan di hospital awam telah meningkat 15.6 peratus kepada 400,227 orang pada 2010
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
786
berbanding tahun sebelumnya (Mohammad Shatar Sabran 2011) 1
. Laporan yang dikeluarkan
oleh Kementerian kesihatan (2008) melalui kajian yang dilakukan oleh The 2nd
National Health
and Morbidity Survey ( NHMS II 1996) turut menunjukkan 6.4 peratus orang pernah terlintas
dalam fikiran untuk membunuh diri. Mana kala kajian The Third National Health and Morbidity
Survey (NHMS III 2006) terhadap kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kesihatan
mental di Malaysia menunjukkan jumlah peningkatan yang agak tinggi. Masalah kesihatan
mental kanak-kanak dan remaja Melayu telah meningkat daripada 11.9% pada tahun 1996
kepada 20.4% pada tahun 2006.
Manakala masalah kesihatan mental kanak-kanak dan remaja yang beragama Islam pula
telah meningkat daripada 14.0% pada tahun 1996 kepada 20.4% pada tahun 2006. Peningkatan
jumlah ini amat membimbangkan kerana pelajar sekolah atau golongan remaja ini merupakan
aset yang sangat penting kepada negara. Berikut adalah jadual yang menunjukkan kadar
peningkatan masalah kesihatan mental dan gangguan emosi dalam kalangan remaja yang berusia
12 hingga 16 tahun dalam tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1996 sehingga tahun 2006.
Dalam jadual 2.3 di bawah menunjukkan peningkatan sebanyak 8.5% bilangan remaja
Melayu yang mengalami masalah kesejahteraan hati dalam tempoh 10 tahun, di mana remaja
Cina mengalami peningkatan mendadak sebanyak 13.2%. Begitu juga dalam kes bunuh diri yang
melibatkan golongan remaja di mana 42% daripada sampel remaja yang dikaji menunjukkan
kecenderungan untuk membunuh diri. Berikut pula adalah jadual yang menunjukkan kes cubaan
membunuh diri yang cuba dilakukan oleh golongan remaja dalam tahun 2006.
Jadual 1: Kadar peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja
dalam tempoh 10 tahun (National Health and Morbidity Survey III 2006).
Etnik NHMS II % NHMS III % Julat %
Melayu 11.9 20.4 8.5
Cina 3.6 16.8 13.2
India 24.6 26.7 2.1
Bumiputra lain 23.6 20.5 - 3.1
Lain-lain 27.7 20.0 -7.7
Agama
Islam 14.0 20.4 6.4
Kristian 15.3 20.2 4.2
Buddha 3.5 17.5 14.0
1 Temu bual dengan Profesor Madya Dr. Shatar Sabran, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia
(UPM) dan pakar motivasi oleh wartawan Utusan Malaysia Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah pada 23 Jan 2011.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
787
Hindu 26.8 27.1 0.3
Lain-lain 10.8 14.7 3.9
Jadual 2: Bilangan kes cubaan membunuh diri mengikut usia (NHMS III 2006)
Umur Besar Sampel Bil. KET
16-19 1428 539
20-24 3068 990
25-29 2871 774
30-34 2601 689
35-39 2516 603
Remaja yang mengalami masalah emosi dan hati ini bukan sahaja merosakkan diri mereka
sendiri, bahkan mereka sanggup melakukan kesalahan yang mengganggu ketenteraman dan
kesejahteraan orang lain seperti membunuh, merogol, mencabul dan mendatangkan kecederaan
kepada orang lain. Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (2014)
menunjukkan peningkatan kadar jenayah kekerasan membabitkan juvana berusia lapan tahun
hingga 18 tahun sebanyak 15 peratus. Menurut laporan tersebut sebanyak 12, 103 kes juvana
dilaporkan dalam tempoh dua tahun, iaitu 3,399 kes pada tahun 2012 dan 8,704 kes pada tahun
2013. Mengikut statistik ini, daripada tujuh ketegori kes jenayah kekerasan yang dilaporkan, tiga
kategori kes dilihat meningkat tinggi secara mendadak. Kes rogol telah meningkat pada tahun
2013 kepada 824 kes berbanding 386 kes pada tahun 2012. Manakala kes mencederakan telah
meningkat kepada 745 kes pada 2013 berbanding 325 kes pada tahun 2012. Begitu kes samun
tanpa senjata sebanyak 238 kes pada tahun 2012 telah mendadak meningkat kepada 685 kes pada
tahun 2013.
Jadual 3: Peningkatan kes jenayah juvana dalam tempoh dua tahun (2012-2013)
Jenis Kesalahan 2012 2013 Kadar peningkatan
Merogol 386 kes 824 kes 213%
Mendatangkan Kecederaan 325 kes 745 kes 229%
Samun tanpa senjata api 238 kes 685 kes 288%
Lain-lain jenayah 2,405 kes 6,450 kes 268%
Total 3,399 kes 8,704 kes 256%
Salah satu punca mengapa golongan remaja mengalami gangguan emosi seperti stres ialah
tiada sokongan sosial seperti rakan dan ibu bapa. Ramai ibu bapa suka menyalahkan anak
mereka jika berlaku sesuatu dan ini menyebabkan anak mereka tidak berani berkongsi masalah.
Punca stres juga banyak berlaku disebabkan kawasan persekitaran. Seumpama rakan-rakan yang
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
788
tidak mahu mendengar masalahnya. Statistik cubaan bunuh diri juga semakin meningkat.
Dengan pendedahan awal cara mengatasi masalah mental di sekolah, pelajar dapat mengetahui
cara menyalurkan masalah mereka dengan betul (Shatar Sabran 2011) 2
.
Seramai 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti
kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar tetapi kurang separuh daripada mereka menerima
rawatan yang diperlukan (WHO 2009). Peningkatan jumlah pesakit mental dilihat selari dengan
ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental
dijangka akan terus meningkat pada kadar 15 peratus menjelang 2020. Menjelang 2020 juga,
salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari
segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Oleh sebab itulah Kementerian Kesihatan mulai
bulan Januari 2011 telah memperkenalkan modul kesihatan mental di sekolah menengah untuk
menangani masalah stres yang semakin meningkat dengan sebanyak 400,227 pesakit mental
menjalani rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2010. Program menangani kesihatan
mental seawal umur remaja itu buat permulaan diperkenalkan di empat sekolah perintis selama
enam bulan sebelum dikembangkan ke seluruh negara menjelang akhir tahun 2011. Empat
sekolah perintis yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi,
Seberang Perai; Sekolah Menengah Simpang Bekoh, Jasin; Sekolah Menengah St. Michael,
Penampang dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.
Modul ini antaranya bertujuan memberi pendedahan kepada guru untuk mengenal pasti
pelajar yang berdepan stres dan kemurungan bagi memastikan pelajar berkenaan menerima
rawatan dan bimbingan seawal mungkin. Program ini dilaksanakan bersama dengan
Kementerian Pendidikan dan perbincangan akan dilakukan sama ada ia akan dilaksanakan dalam
kurikulum pelajaran atau melalui aktiviti kokurikulum (Liow Tiong Lai 2011). Pendidikan
kesihatan mental telah mula diperkenalkan di sekolah menengah di United Kingdom pada tahun
2001 dan Scotland pada tahun 2004 (Woolfson, L. Mooney & D. Bryce 2008). Menurut Weist
& Murray (2007) pendidikan kesihatan mental di sekolah sebagai satu pakej yang mengandungi
pencegahan, pengenalan dan gabungan antara masalah emosi dan tingkah laku sebagaimana
memperkenalkan kemahiran hidup dan sosial.
2 Temu bual dengan Profesor Madya Dr. Shatar Sabran, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia
(UPM) dan pakar motivasi oleh wartawan Utusan Malaysia Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah pada 23 Jan 2011.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
789
Oleh yang demikian, ada program yang mempunyai spektrum yang luas berpotensi untuk
disampaikan, bermula dengan pemilihan murid yang menjadi sasaran dilihat pada peningkatan
risiko gangguan emosi dan tingkah laku (Stewart et al. 2001), kepada satu sasaran fokus yang
menyeluruh bagi setiap remaja di sekolah dengan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan
serta pencegahan masalah (Pfeiffer & Reddy 1998; Graeff-Martins et al. 2008). Satu program
yang menyeluruh mungkin menumpukan kepada pencegahan daripada penyalahgunaan diri
sendiri (Perry et al. 2003), pencegahan daripada masalah tingkah laku (Greenberg et al 1995)
atau pun promosi kepada kesihatan secara general (Patton et al. 2003). Remaja yang mengalami
kemurungan akan menunjukkan perubahan emosi dan tingkah laku seperti kurang tumpuan dan
fokus, tiada nafsu makan dan rasa ingin tidur yang berterusan. Tindakan membunuh diri
merupakan simpton yang ada kaitan dengan kemurungan. Penyakit ini terdedah kepada golongan
kanak-kanak dan remaja yang dilingkungi oleh persekitaran yang menekan emosi dan perasaan
mereka.
Peningkatan peratus kemurungan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak daripada 1%
kepada 3% dan kemurungan dalam kalangan remaja daripada 3% kepada 9% mendapati usia
yang semakin meningkat mempunyai potensi yang lebih mudah untuk mendapat kemurungan.
Justeru itu, kemurungan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja harus dilihat dari
sudut faktor yang menyumbang ke arah berkembangkannya penyakit itu. Kanak-kanak sendiri
mempunyai hubungan biologinya yang tersendiri yang menyebabkan ia mudah terdedah dengan
gejala ini (Josephson 2007).
Gejala gangguan emosi yang timbul ialah sering merasa cemas yang tidak menentu,
perasaan malas serta tiada kegairahan untuk melaksanakan tugasan, rasa lesu dan tidak bermaya.
Semua masalah ini perlu dirawat dan diatasi dengan segera. Sekiranya permasalahan ini
dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang rawatan, ia akan membawa kepada penyakit
kebimbangan dan kerisauan yang melampau (anxiety), neurasthenia, histeria dan sebagainya.
Fungsi hati seperti fikiran, perasaan, pandangan dan keyakinan hidup harus dapat saling
membantu dan bekerja sama antara satu sama lain, sehingga wujudnya keharmonian yang
mampu menjauhkan seseorang daripada perasaan ragu-ragu, kebimbangan, kegelisahan dan
konflik dalaman dirinya. Keharmonian antara hati dengan tindakan dapat dicapai melalui
keyakinan kepada ajaran agama, kepercayaan kepada norma-norma sosial, undang-undang,
moral dan sebagainya.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
790
Setiap orang perlu mempersiapkan dirinya untuk menerima perubahan dalam kehidupan.
Fungsi hati dan semua unsur yang berkait dengannya haruslah bertindak menyesuaikan
perubahan tersebut dengan dirinya dan orang lain. Kerja sama ini hendaklah berlaku dalam
harmoni dan saling bantu-membantu. Kadang-kadang perubahan yang berlaku dalam kehidupan
seseorang begitu besar sehingga berada di luar batas kemampuan seseorang untuk memikulnya,
seperti kematian orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, kelaparan dan kemiskinan
hidup. Di sinilah berlakunya gangguan emosi yang membawa kepada kebingungan, kemurungan,
menjauhkan diri dari orang lain dan masyarakat.
Kecerdasan Emosi dari Perspektif Sarjana Barat
Perkataan emosi dalam Kamus Dewan (2013) merujuk kepada batin, perasaan dan hati.
Perkataan emosi lazim digunakan oleh pengkaji Barat seperti Atkinson et al. (1999), Goleman
(1997), Santrock (1988) dan Lazarus (1991) dalam menggambarkan tindak balas yang wujud
dalam perasaan manusia yang melahirkan perasaan marah, takut, sedih, sayang, terkejut dan lain-
lain. Menurut Goleman (1997) emosi itu sebagai suatu perasaan dan fikiran yang khusus, suatu
keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Manakala
kecerdasan emosi pula ialah kemampuan mengungkap dan mengenali perasaan sendiri dan
perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi
sendiri dengan baik dan membina hubungan dengan orang lain.
Manakala Cooper dan Sawaf (2000) pula berpendapat kecerdasan emosi ialah apabila
hati mampu mengaktifkan nilai-nilai yang paling dalam dan berjaya mengubah apa yang ada
dalam fikiran menjadi amalan. Ia merupakan sumber semangat dan keberanian, intergriti dan
komitmen, ia menuntut kita belajar, mencipta kerjasama, memimpin dan melayani. Salovey dan
Mayer (1990) pula berpendapat, kecerdasan emosi ialah kebolehan seseorang memantau
perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain, membezakan antaranya dan menggunakan
maklumat tersebut untuk membimbing pemikiran dan tindakan. Covey (2007) pula berpendapat
kecerdasan emosi ialah pengetahuan diri, kesedaran diri, kepekaan sosial, empati dan keupayaan
untuk berkomunikasi dengan orang lain. Manakala kecerdasan spiritual pula merupakan
dorongan kepada pencarian makna dan perhubungan dengan yang Agung.
Menurut Weisenger (2000), kecerdasan emosi merupakan kebolehan untuk merasa,
memahami dan mengaplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam hidup manusia sehari-hari.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
791
Kecerdasan emosi berpunca daripada emosi, perasaan dan gerak hati. Emosi bukanlah sesuatu
yang boleh dirasional secara intelek. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat
dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi
kegagalan. Termasuk pula kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-
lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak
melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan terdalam daripada orang lain.
Pengertian yang dikemukakan oleh pengkaji dan sarjana Barat terhadap emosi dan kecerdasan
emosi keseluruhannya berkait rapat dengan kemampuan dan kebolehan diri sendiri mengurus
dan mengawal emosi menggunakan berbagai-bagai pendekatan.
Menurut al-Najātī (2008) kecerdasan emosi menurut sarjana Barat lebih memandang
kepada kejayaan menjalani kehidupan material, kemampuan melaksanakan tanggungjawab,
kemampuan mengurus masalah hidup dan keupayaan membina kemahiran sosial dengan orang
lain. Hal ini ditegaskan lagi oleh Ibn Hazam (1989), Ibn Taimiyah (t. th.) dan Ibn Qayyim al-
Jawzi (2008) yang menjelaskan peranan keimanan kepada Allah SWT, mengikut panduan yang
betul sebagaimana yang terdapat al-Quran al-Karim, mengikuti ajaran Rasulullah SAW dan
beribadat kepada Allah SWT sebagai jalan yang boleh menyelamatkan manusia daripada keluh
kesah dan gelisah serta mencapai ketenangan hati dan kebahagian jiwa.
Pandangan Sarjana Islam terhadap peranan hati
al-Ghazālī (1058-1111) banyak membahaskan tentang fenomena emosi, tindak balas
emosi manusia terhadap persekitaran serta penyakit hati yang membelenggu kehidupan manusia
untuk terus hidup tenang. Begitu juga Ibn Taymiah (1989) dan Aidh al-Qarny (1999) telah
mengupas perkara-perkara yang menghalang seseorang mencapai bahagia, antaranya ialah
penyakit hati dan jauhnya manusia daripada Tuhan. Menurut Najati (1993) golongan sarjana
Islam mendahului sarjana Barat dalam pengkajian terhadap jiwa dan emosi manusia dengan
mengemukakan kaedah dan penyelesaian yang menyeluruh terhadap permasalahan jiwa dan
emosi. Yang menarik dalam kajian dan metodologi mereka kaitkan permasalahan jiwa dan hati
dengan pentauhidan kepada Allah SWT serta kekuasaan Allah SWT ke atas semua makhlukNya.
al-Ghazālī (2005) berpendapat dorongan yang mendominasi fikiran dan penilaian baik dan
buruk hendaklah dikawal dan diselenggara dengan baik. Hati manusia haruslah
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
792
ditransformasikan menuju kesempurnaan. Tingkat yang paling tinggi adalah hati yang bersih
daripada sebarang kejahatan dan perasaan yang buruk kepada orang lain dan terselamat daripada
hasad dengki serta sentiasa berhubungan dengan Allah Taala. Menurut al-Ghazālī (1994), rahsia
ketenangan hati seseorang ialah apabila ia kembali menyerahkan dirinya kepada Allah Taala. al-
Ghazālī (1972) juga berpendapat manusia sebenar mampu berubah, boleh diubah dan dibentuk
serta melakukan transformasi dalam kehidupannya.
Tingkahlaku manusia boleh diubah dan dididik menjadi sebagaimana yang kita
kehendaki. Dalam hal ini al-Ghazālī berpendapat, proses pendidikan yang boleh merubah sikap
manusia iaitu melalui teknik mujahadah dan riadah. Mujahadah adalah satu aktiviti pendidikan
dalam usaha untuk melawan hawa nafsu yang menjadi penyumbang kepada banyaknya
perbuatan dan tingkah laku manusia yang buruk. Biasanya manusia yang melakukan kejahatan
dan keburukan akibat terpengaruh dengan hawa nafsu yang sentiasa berusaha merosakkan jiwa
manusia. Riadah pula adalah aktiviti pendidikan bersifat pelaziman yang mesti sentiasa
diusahakan berulang-kali agar nafsu manusia biasa dengan amalan tersebut dan akhirnya menjadi
tabiat manusia. Apabila manusia berjaya menguasai hawa nafsunya, memandu nafsunya ke arah
kebaikan dan jalan yang diredai Allah SWT ketika itulah sebenarnya manusia telah mencapai
darjat kebahagiaan yang sebenar.
Ketika membahaskan isu kebahagiaan yang sebenar, al-Ghazālī (2000) berpendapat
manusia boleh mencapai bahagia apabila manusia berjaya mendidik dirinya mengenal empat
perkara, iaitu Mengenal Diri sendiri, mengenal Allah SWT, mengenal alam dunia dan mengenal
alam akhirat. Mengenal Diri sendiri menjadi konteks pendidikan pertama seseorang, sekiranya
ingin mencapai bahagia. Dalam hal ini, al-Ghazālī (2000), berpendapat diri manusia terbahagi
kepada fizikal dan batin. Sebagaimana manusia mengenali tabiat dan sifat fizikal yang
dimilikinya, manusia juga perlu mengenali tabiat dan sifat batin yang tersembunyi dalam dirinya.
Sehubungan dengan itu, hati manusia diibaratkan seperti raja kepada segala anggota badan
manusia, di mana dalam hati itulah bertempatnya nafsu dan emosi manusia.
Allah SWT menciptakan hati manusia dengan berbagai-bagai sifat dan ragam. Ada
masanya hati manusia itu keluh kesah, ada masanya hati manusia itu tenang, ada masanya dia
pendendam, marah, gembira dan ada waktunya hati manusia itu dalam ketakutan dan
kebimbangan. Semua perasaan yang wujud dalam hati manusia ini memerlukan bimbingan dan
panduan agar dia terus berada dalam landasan yang benar dan diredai Allah SWT. Menurut al-
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
793
Ghazālī (2000), apabila manusia Mengenal Dirinya sendiri, lebih mudahlah dia mengawal dan
menentukan halatuju dirinya dan tidak membiarkan dirinya musnah dan hancur kerana pujukan
hawa nafsu yang tidak pernah puas dan menerima segala ketentuan Allah SWT. Beliau juga
berpendapat mengenal jiwa manusia akan membawa kepada mengenal Allah SWT dan
menerima hakikat kejadian mereka sebagai hamba yang perlu patuh dan taat kepada ketentuan
Allah SWT.
Hati adalah nukleus dan pusat segala arahan. Menurut Imam al-Nawawi, hati adalah
tempat bersemayannya akal dan rumah kepada roh. Ia adalah seketul daging dalam tubuh
manusia yang membentuk, menggerak dan mengelokkan hidup seseorang. Ia juga bertindak
mencederakan dan mengawal tingkah laku seseorang. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa
ingat kebesaran Allah SWT, melakukan yang halal, meninggalkan yang haram dan menjauhi
yang syubhah, takut jatuh kepada yang haram. Hati yang rosak adalah hati yang mudah
dipengaruhi nafsu dan hasutan syaitan sehingga mudah melakukan maksiat kepada Allah SWT
dan meninggalkan suruhanNya.
Hati berperanan mengawal tingkah laku dan penampilan diri seseorang. Menurut Ibn Sina
(t. th.) setiap manusia mempunyai daya emosi yang membantunya membina hubungan
kemasyarakatan dengan orang lain. Seseorang akan melahirkan perasaan gembira dan ketawa
apabila dirinya merasa kagum dan takjub pada diri sendiri. Begitu juga seseorang itu akan
menangis apabila dia merasa malu akibat perasaannya disakiti. Perasaan takut akan muncul
dalam diri seseorang yang merasa masa depannya boleh terancam. Menurut Ibn Sīnā lagi daya
dalaman kita akan menunjukkan reaksi takut, marah, segan, malu, ketawa dan sebagainya kesan
tindak balas daripada perasaan yang wujud di dalam diri. Malah apa jua perubahan yang ada
dalam perasaan seseorang akan mempengaruhi perubahan fizikal sama ada dari sudut bahasa
badan, air muka dan tindakan.
Seseorang akan mencapai ketenangan hati apabila mempunyai hubungan yang rapat
dengan Allah SWT apabila banyak menyerahkan urusan hidupnya di bawah ketentuan dan takdir
Ilahi. Menurut al- al-Ghazālī (t. th.) ketenangan hati seseorang akan tercapai apabila ia
mengetahui tentang hakikat dirinya sebagai seorang hamba, menyedari hubungannya dengan
Allah SWT sebagai seorang hamba yang mesti akur dan pasrah kepada ketentuan Tuhannya,
mengakui kewujudan alam akhirat sebagai tempat terakhir kehidupan dan sentiasa membina
hubungan yang baik dengan manusia, binatang dan alam keseluruhannya. Apabila manusia
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
794
berjaya memperoleh keempat-empat nilai ini dalam hidup ini, ia akan mendapat ketenangan hati
yang sebenar.
Kerangka Konsep Kecerdasan Emosi dalam Islam
Kerangka kecerdasan emosi dalam Islam membincangkan tentang konsep Kecerdasan emosi
yang dikemukakan oleh beberapa sarjana Islam. Konsep ini dikemukakan berdasarkan
pandangan sarjana Islam seperti Imam al-Ghazālī (1058-1111), Ibn Qayim al-Jawzī (1292-1350),
Ibn Taimiyah (1263-1328) dan Hamka (1908-1981).
1- Konsep Ketenangan Hati al-Ghazali
Tulisan ini membincangkan tentang Konsep Ketenangan Hati al-Ghazali yang menggariskan
empat laluan menuju Ketenangan Hati iaitu Mengenal Diri (Makrifat Al-Nafs), Kesedaran
Rabbani (Makrifatullah), Mengenal Akhirat (Makrifat Al-Akhirat) dan Kesedaran Sosial
(Makrifat Al-Alam). Konsep ini mempunyai elemen tauhid dalam setiap konstruk yang
diperkenalkan. Antara sarjana yang mengunapakai konsep ini ialah Najāty (2001) dan al-Bilali
(1997).
Rajah 1 Konsep Ketenangan Hati (Insan Sa
cadah) al-Ghazali
Kecerdasan emosi dalam Islam adalah apabila seseorang berjaya mencapai ketenangan
hati dan kebahagian jiwa kerana Allah SWT. Menurut al-Ghazālī (2005) ketenangan hati yang
sebenar (Insan Sacadah ) boleh dicapai apabila manusia berkemampuan mengenali diri sendiri
dalam erti kata mampu mengawal tingkah lakunya berpandukan hati nurani, mengenali Allah
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
795
Taala, mengenali alam yang terkandung di dalamnya manusia, haiwan dan tumbuhan serta
kemampuannya mengenali hari akhirat yang terdapat di sana hari pembalasan dan ganjaran di
atas semua perbuatan di dunia. Kemampuan mengenali empat domain utama ketenangan hati
(Insan Sacadah) ini iaitu kenali diri, kenali Allah, kenali alam dan kenali hari akhirat akan
membawa seseorang itu menyerahkan kehidupannya kepada Allah Taala dalam setiap perbuatan
dan ketentuan yang ditakdirkan Allah Taala ke atasnya seterusnya menjadi Insan Kamil yang
dekat dengan Allah SWT (Ibn Taimiyah 1988).
Hati manusia itu akan menjadi tenang apabila ia menyerahkan segala kehidupannya
kepada Allah SWT yang menentukannya. Keadaan ini berlaku apabila ia benar-benar mengenali
Allah SWT dengan sifat-sifat dan nama-namaNya yang mulia, serta memahami kekuasaan dan
perbuatan Allah Taala ke atas makhlukNya. Dalam hal ini al-Ghazālī (1994) telah menjelaskan
ciri-ciri hati yang bagaimana yang akan mencapai tahap ketenangan dan kebahagiaan yang
hakiki. Apabila al-Ghazālī membuat perumpamaan hati manusia dan anggota tubuh badan
dengan sebuah kota yang mempunyai raja, menteri, askar dan pegawai-pegawainya.
Sebagaimana seluruh pegawai dan askar perlu dikawal dan ditadbirkan dengan baik, begitulah
juga dengan seluruh anggota badan manusia ini perlu dikawal dengan baik oleh hati yang
menjadi raja. Kemampuan hati mengawal urus seluruh anggota badannya ini agar mematuhi
kehendak hati dan akal akan membentuk kecerdasan emosi yang baik yang disebut juga oleh al-
Ghazālī sebagai kimiya’ al-sa’adah.
Berikut adalah EMPAT domain yang terdapat dalam konsep ketenangan hati al-Ghazali;
i- Mengenal Diri – Macrifat al-Nafs
Mengenal Diri menjadi konteks pendidikan pertama seseorang, sekiranya ingin mencapai tahap
emosi yang stabil dan cerdas. Dalam hal ini, al-Ghazālī (2000), berpendapat diri manusia
terbahagi kepada fizikal dan batin. Sebagaimana manusia mengenali tabiat dan sifat fizikal yang
dimilikinya, manusia juga perlu mengenali tabiat dan sifat batin yang tersembunyi dalam dirinya.
Sehubungan dengan itu, hati manusia diibaratkan seperti raja kepada segala anggota badan
manusia, di mana dalam hati itulah bertempatnya nafsu dan emosi manusia. Allah SWT
menciptakan hati manusia dengan berbagai-bagai sifat dan ragam. Ada masanya hati manusia itu
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
796
keluh kesah, ada masanya hati manusia itu tenang, ada masanya dia pendendam, marah, gembira
dan ada waktunya hati manusia itu dalam ketakutan dan kebimbangan. Semua perasaan yang
wujud dalam hati manusia ini memerlukan bimbingan dan panduan agar dia terus berada dalam
landasan yang benar dan diredai Allah SWT. Menurut al-Ghazālī (2000) dalam diri manusia ada
sifat yang boleh merosakkan hati sekiranya tidak dirawat dan dikawal dengan baik. Dengan
pendekatan Mengenal Diri, seseorang boleh mengenali kekuatan dan kelemahan dirinya dan
seterusnya berusaha berubah menjadi individu yang lebih baik dan mulia di sisi Allah SWT.
ii- Kesedaran Rabbani – Macrifat Allah
Kesedaran rabbani adalah pintu kepada alam ghaib yang wajib diimani oleh semua orang-orang
Islam. Al-Ghazālī (2000) berpendapat apabila manusia melihat keajaiban kejadian mereka yang
terdiri daripada tangan, kaki, kepala dan seluruh anggota badan yang saling berperanan dan
membantu antara satu sama lain, itu sebenarnya menunjukkan kehebatan Allah SWT dalam
penciptaanNya. Pemerhatian ini akan membawa manusia mengenal sifat-sifat dan nama-nama
Allah SWT serta kekuasaanNya ke atas manusia, seterusnya meletakkan manusia sebagai hamba
yang sentiasa bersyukur dan berserah diri kepadaNya. Persediaan untuk mengenali Allah SWT
bukanlah dengan anggota badan semata, tetapi juga perlu dirasai oleh emosi dan rohani. Hamdi
(2010) ketika mengulas pandangan al-Ghazālī berpendapat hati itulah yang mengetahui Allah
SWT mendekati dan bekerja kerana Allah Taala serta berusaha kepadaNya, manakala anggota
badan pula adalah pengikut yang akan melaksanakan segala perintah hati tersebut. Subdomain
bagi kesedaran Rabbani ialah menghayati sifat-sifat Allah Taala, amanah dalam mengurus diri,
kekuasaan Allah Taala ke atas diri, niat amal kerana Allah Taala dan pergantungan hidup
kepada Allah Taala.
iii- Kesedaran Sosial – Macrifat Alam
Macrifat alam (Kesedaran Sosial) adalah menjadikan dunia dan alam nyata ini sebagai tempat
persinggahan dan kehidupan manusia yang sementara. Dunia merupakan tempat manusia
melakukan kebaikan, menerima ujian dan cabaran kerana selepas itu manusia akan mendapat
balasan dan ganjaran mengikut amalan yang dilakukan sewaktu di dunia. Allah SWT
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
797
menyediakan dunia sebagai medan ujian untuk manusia membina kehidupan dan mengumpulkan
sebanyak mungkin amalan kebaikan yang boleh menjadi syafaat sewaktu dikumpulkan di padang
mahsyar. Oleh sebab itu Allah Taala menguji manusia dengan ketakutan, kelaparan, kehilangan,
kemiskinan, kematian dan lain-lain adalah semata-mata untuk melihat siapakah dalam kalangan
hambaNya yang paling baik amalannya. Subdomain bagi Kesedaran Sosial ialah memenuhi
keperluan asas, menerima peraturan alam (sunnatullah), kehidupan dunia bersifat sementara dan
mengurus godaan dan tipu daya dunia.
iv- Mengenal akhirat – Macrifat Akhirat
Mengenal Akhirat adalah menyedari bahawa alam akhirat dipenuhi dengan berita-berita tentang
syurga dan neraka serta perjalanan untuk sampai ke syurga dan neraka. Syurga disediakan Allah
SWT kepada mereka yang beriman yang sabar dengan ujian dan ketentuan Allah SWT sewaktu
hidup di dunia. Manakala neraka pula dipenuhi dengan orang-orang kufur yang mengingkari
perintah Allah SWT serta mereka yang menolak takdir dan ketentuan Allah SWT sewaktu di
dunia. Mengenal alam akhirat seumpama memperkenalkan tentang pembalasan buruk dan baik
yang dilakukan oleh manusia sewaktu di dunia. Mereka yang bersabar dan redha dengan
ketentuan Ilahi dan menyerahkan kehidupannya kepada Allah SWT akan mendapat ganjaran
yang besar di sisi Allah SWT. Subdomain bagi Mengenal Akhirat ialah mencapai keredaan
Allah Taala sebagai matlamat hidup, akhirat tempat pembalasan baik dan buruk, mencintai Allah
Taala dalam setiap perbuatan, mengutip kebaikan di dunia, persediaan untuk berubah dan
menerima kesusahan di dunia demi kebahagiaan di akhirat.
Keempat-empat pendekatan al-Ghazālī ini, merupakan kemuncak bagi menghasilkan
kecerdasan emosi dalam diri seseorang. Mempunyai hati yang tenang adalah syarat untuk
mencapai kebahagiaan yang sebenar. Dalam hal ini, amatlah penting saranan yang dikemukakan
oleh al-Ghazālī dalam konteks ketenangan hati. Ia bermula dengan Mengenal Diri (macrifat al-
nafs), Kesedaran Rabbani (macrifatillah), Kesedaran Sosial (ma
crifat al-
calam) dan Mengenal
Akhirat (macrifat al-akhirat). Inilah kesyumulan konsep Ketenangan Hati yang diperkenalkan
oleh al-Ghazālī. Melalui pemusatan kepada pengawalan hati dan ketundukan hati kepada
kehendak agama dan keperluan akal manusia, al-Ghazālī cuba mengajak manusia mensucikan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
798
hati daripada segala bentuk kejahatan dan kehinaan kerana kebaikan hati tersebut akan
mempengaruhi seluruh anggota badan fizikal manusia dan begitulah sebaliknya.
Konsep Ketenangan Hati yang diperkenalkan oleh al-Ghazālī merangkumi aspek dunia
dan akhirat apabila melibatkan kepercayaan dan akidah dalam membentuk ketenangan hati.
Mengenal Allah SWT dan mengenal hari akhirat adalah dua elemen akidah yang menjadi
tonggak dan kekuatan hati seseorang untuk mudah menerima ketentuan dan ujian Allah SWT.
Inilah juga elemen yang diterap dan ditanam oleh Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah
terhadap para sahabat sebelum berhijrah ke Madinah. Menurut al-Ghazālī (t. th.) dalam diri
manusia ada unsur perasaan dan emosi yang bertindak balas hasil daripada tindak balas
sekeliling yang berlaku di sekitarnya. Tindak balas ini adalah satu bentuk fitrah yang wujud
secara spontan dalam diri manusia. Fitrah ini bertindak balas bagi memenuhi kehendak asas
kehidupan seperti keperluan kepada makanan, minuman, pakaian, perhubungan jenis serta apa
jua usaha yang mendorong seseorang bagi memelihara kelangsungan hidup dan mengekalkan
kewujudannya di dunia ini. Manusia juga bertindak balas apabila berhadapan dengan sesuatu
yang mengancam nyawa dan diri. Tindak balas ini mungkin akan membawa kepada berperang
mempertahankan diri atau berdendam dengan musuh yang mengancam dirinya.
Pandangan al-Ghazālī tentang keperluan manusia ini diakui benar dengan keluarnya
Teori Kepuasan Maslow. Maslow (1943) pula memperkenalkan konsep kesempurnaan kendiri
(self-actualization) iaitu mencapai potensi diri yang bermakna kepada seseorang. Menurut
Maslow, manusia dilahirkan dengan mempunyai kuasa dalaman untuk menghasilkan potensi diri
maksimum yang dikenali sebagai kesempurnaan kendiri (self-actualization). Untuk mencapai
kesempurnaan kendiri, perlu melalui beberapa tahap. Ia bermula daripada tahap asas ia itu
keperluan fisiologi diikuti oleh keperluan keselamatan seterusnya kepada keperluan sosial
kemudian meningkat kepada keperluan penghormatan dan akhirnya tahap mencapai
kesempurnaan kendiri.
al-Ghazālī (2005) menggambarkan dalam diri manusia mempunyai empat sifat iaitu sifat
binatang buas, sifat binatang biasa, sifat syaitan dan sifat ketuhanan. Sebab itulah, apabila
seseorang itu dikuasai perasaan marah, dia boleh menyerang, memukul atau mencela orang yang
dianggap musuhnya tanpa belas kasihan. Malah sifat ketuhanan yang ada dalam dirinya
mendorongnya untuk menguasai orang lain, sombong, menjadi ketua dan sebagainya. Dia
berbangga apabila dilihat sebagai orang yang hebat, mengetahui segala benda dan emosinya
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
799
boleh merudum jatuh apabila dia dianggap sebagai bodoh atau jahil. Kesemua tindak balas ini
berkait rapat dengan dorongan manusia untuk memelihara diri dan menjaga kelangsungan hidup
di dunia ini.
2- Konsep Tazkiyah al-nafs al-Bilālī
Seorang kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal lagi tentang keimanan dan kekuasaan
Allah SWT mengatasi segala kuasa yang lain dan kekuasaan Allah SWT yang menentukan
segala perkara di dunia ini, akan mudah berhadapan dengan ujian dan cabaran ketika mereka
dewasa, malah apabila mereka berhadapan dengan situasi seumpama ini, mereka akan terus
menyerahkan diri kepada Allah SWT dan menerima ketentuan Allah SWT dengan penuh redha
dan bersabar. Manakala, bagi mendidik jiwa dan nafsu agar sentiasa patuh dan tunduk kepada
Allah SWT. Abdul Hamid Al-Bilālī (1992) telah menganalisa bagaimana para tabien mendidik
nafsu dan jiwa agar sentiasa berada dalam jalan yang benar dan istiqamah.
Menurut al-Bilālī (1992) nafsu manusia boleh dididik melalui penanaman rasa takut
kepada Allah SWT dengan mencegah jiwa dari mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan,
mendidik nafsu untuk bersabar, merawat nafsu dengan kesusahan dan keperitan, mengelak
daripada bersifat kedekut dan bakhil, sentiasa bertawakal atau berserah diri kepada Allah SWT,
membuat semakan dan muhasabah diri, sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT melalui
solat tahajud, membaca al-Quran, berdoa, solat sunat dan lain-lain, menghayati bacaan ayat al-
Quran al-Karim sebagai penawar kepada segala penyakit, memelihara fizikal dan tubuh badan
kita daripada perkara-perkara yang merosakkan seperti menjaga kesihatan, pemakanan dan
pergaulan, membina hubungan antara dunia dan akhirat, mengurus nafsu untuk tahu berkata
tidak atau ya, membina hubungan persaudaraan dengan ramai orang dan yang terakhir adalah
berdoa. Kaedah yang dikemukakan oleh al-Bilālī dalam mendidik nafsu berdasarkan kekuatan
tiga paksi iaitu menjaga kepentingan diri sendiri, menjaga hubungan dengan Allah SWT dan
menjaga hubungan dengan manusia. Ketiga-tiga faktor ini dapat membantu sesorang mendidik
nafsunya mengikut dan tunduk kepada kehendak syarak dan agama.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
800
Rajah 2 Konsep Tazkiyah al-nafs al-Bilālī
Dalam Konsep Ketenangan Hati, al-Ghazālī telah menyentuh empat aspek yang penting
dalam kehidupan manusia bagi mencapai tahap kebahagiaan yang hakiki iaitu manusia dengan
diri sendiri, manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam, manusia dengan akhirat. Konsep
ketenangan hati al-Ghazālī mengambil kira paksi ketuhanan dan tauhid dalam setiap pendekatan
yang dikemukakan. al-Ghazālī yang merupakan tokoh pendidikan Islam zaman klasik telah
berjaya mengemukakan idealisme dan pandangan yang diterimapakai oleh dunia pendidikan
melalui kitabnya Ihya Ulum al-Din.
Konsep Ketenangan Hati al-Ghazālī telah digunakan oleh Utsman Najātī dalam kajiannya
terhadap ilmu kejiwaan dalam al-Quran dan Hadis yang membawa kepada empat indikator
ketenangan hati;
(i) Hubungan individu dengan Allah Taala dari aspek keimanan kepada Allah,
Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar Allah Taala. Begitu
juga mentaati segala perintah dan menjauhi segala laranganNya.
(ii) Hubungan individu dengan diri sendiri dari aspek mengetahui potensi diri,
berupaya menyelaras kehendak sesuai dengan kemampuan, berusaha mencapai
optimalisme kemanusiaannya sesuai dengan kemampuannya, memenuhi
keperluan nafsu dengan cara yang halal dan syara’, berupaya mengurus sifat-sifat
negatif yang tidak menepati kehendak syara’.
(iii) Hubungan individu dengan orang lain, dari aspek berkasih sayang, tolong-
menolong, melaksanakan tanggungjawab sosial, pesan memesan antara satu sama
lain dan sebagainya.
(iv) Hubungan individu dengan alam semesta dari aspek menyedarikan kedudukannya
sebagai makhluk yang mulia di alam ini serta tugasnya sebagai khalifah Allah
Menjaga kepentingan diri sendiri Menjaga hubungan dengan Allah SWT Menjaga hubungan dengan manusia
Tazkiyah al-Nafs al-Bilālī
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
801
Taala di muka bumi, berusaha memakmurkan bumi dan menjaga keamanan dunia
dari sebarang kejahatan dan kekacauan.
Penutup
Kesimpulannya, konsep kecerdasan emosi dalam Islam adalah satu konsep yang unik dan
tersendiri. Tauhid menjadi paksi utama dalam menentukan garis panduan kecerdasan
emosi dalam Islam. Dalam waktu yang sama, menjelaskan tentang peranan akidah Islam
dalam menyuburkan perasaan reda dan syukur dalam diri terutamanya golongan remaja
dalam menghadapi pancaroba kehidupan. Hal ini berbeza dengan kecerdasan emosi yang
diperkenalkan oleh Sarjana Barat. Kecerdasan emosi Barat meletakkan faktor humanis
sebagai neraca seseorang itu mampu mencapai tahap kecerdasan yang baik atau tidak.
Penghayatan dalam agama bukanlah neraca nilai bagi seseorang itu mencapai tahap
kecerdasan emosi yang tinggi. Oleh sebab itu, konsep kecerdasan emosi dalam Islam ini
wajar dikembangkan dan dijadikan sebagai satu garis panduan bagi melihat tahap
kecerdasan emosi sebenar menurut Islam.
Rujukan
Al-Quran al-Karim
Abdul Raof Hussin. 2000. Situasi disiplin pelajar sekolah kini: Isu, masalah dan
penyelesaian. Kertas kerja seminar PIBG kebangsaan kali ke-5. Melaka. 9 Ogos.
Adnan Yusopp. 2002. Kurikulum baru Pendidikan Islam kementerian Pendidikan Malaysia
menghadapi era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). KISDAR,
Bangi, Selangor, 16 Julai.
American Psychiatric Association. 1979. DSM-III: Diagnostic and statistical manual of
mental disorders. Ed. 3. Washington, DC.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=337756 6 Jun 2008. 16:37
PM.
Cooper, R. K. & Sawaf, A. 2000. Executive EQ: Emotional intelligencein leadership and
organizations. London: Orion Business Books.
Cotton, S., Larkin, E., Hoopes, A., Cromer, B. A. & Rosenthal, S. L. 2005. The impact of
adolescent spirituality on depressive symptoms and health risk behaviors. Journal
of Adolescent Health. 36(6). 592.e7-592.e14.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
802
Covey, S. R. 2007. The seven habits of highly effective people. New York: Fireside Simon
& Schuster Inc.
Diyana Rose Kamalludin. 2009. Kemurungan beri kesan kehidupan remaja. Utusan
Malaysia. 27 Jan 2009.
Elkind, D. 1967. Children and adolescence: Interpretive essays on Jean Piaget. New
York: Oxford University Press.
Erskine, R.G. 1975. The ABC’s of effective psychotherapy. Transactional Analysis
Journal. 5. 163-165.
Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. T. Th. Ihya’ ulum al-din. Kaherah:
Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. 1988. Ihya’ ulumuddin. Terj. Ismail
Yaacub. Jil. Ke-4. Singapura: Pustaka Nasional.
Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. 2008. Ringkasan ihya’ ulumuddin.
Terj. Abdul Rosyad Siddiq. Jil. Ke-2. Jakarta: Penerbit Akbar Media.
Al-Ghazālī , Abū Hamīd Muhammad ibn Muhammad. 1994. Majmu’ah rasa’il al-Imam
al-Ghazālī . Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Goleman, Daniel. 1997. Kecerdasan emosional. Terj. T. Hermaya. Jakarta: Penerbit PT
Gramedia Pustaka Utama.
Goleman, D. 1998. Working with emotional intelligence. New York: Bantam Books.
Goleman, D. 1999. Emotional competence excecutive excellent. New York: Bantam
Books.
Graeff-Martins, A., Flament, M., Fayyad, J., Tyano, S., Jensen, P. & Rohde, L. 2008.
Diffusion of efficacious interventions for children and adolescents with mental
health problems. Journal of Child Psychology and Psychiatry. 49. 335–352.
Greenberg, M., Kusche, C., Cook, E. & Quamma, J. (1995) Promoting emotional
competence in school-aged children: the effects of the PATHS curriculum.
Development and Psychopathology. 7. 117–136.
Hamka. 2003. Kesepaduan iman dan amal soleh. Shah Alam: Pustaka Dini.
Hasan Langgulung. 1983. Psikologi dan kesihatan mental di sekolah-sekolah. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasan Langgulung. 1983. Teori-teori kesihatan mental. Kajang: Penerbitan Pustaka Huda.
Hawa, Said. 1994. Induk pensucian diri. Terj. Syed Ahmad Semait & M. Abdai Rathomy.
Singapura: Pustaka Nasional.
Hazman Hassan. 2011. Pengaruh satanisme dalam fenomena metal di Malaysia: Analisa
dari perspektif akidah Islam. Tesis Ph.D. Akademi Pengajian Islam: UM.
Ibn Khaldūn. 1986. Muqaddimah Ibn Khaldūn. Terj. Ahmadie Thoha. Jakarta: Pustaka
Firdaus.
Ibn Khaldūn. 2009. Mukadimah Ibn Khaldūn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Qayyīm, Abū Bakr bin Ayūb al-Jawziyah. 2008. Madārij al-Sālikin. Terj. Arifin
Ladari. Puchong: Berlian Publication.
Ibn Taymiyah, Ahmad. T. th. Amrādh al-qulūb wa syifā’uha. Jil. 10. Majmū’ah fatāwa
Syeikh al-Islam Ahmad bin Taymiyah. Saudi: al-Ri’āsah al-cāmah li syu’ūn al-
haramayn al-syarīfayn.
Ibn Qayyīm, Abū Bakr bin Ayyūb al-Jawziyah. 1997. Miftāh Dār al-Sa’adah. Kaherah:
Dār al-Hadīth.
Ibn Sīnā. T. th. al-Syifā’. Kaherah: Matbacah al-Khayriyah.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
803
Institute for Public Health (IPH). 2008. The Third National Health and Morbidity Survey
(NHMS III) 2006. Psychiatric Morbidity. Ministry of Health. Malaysia.
Institute for Public Health (IPH). 1999. The Second National Health and Morbidity Survey
(NHMS II) 1996. Psychiatric Morbidity. Ministry of Health. Malaysia.
Jamali Basri. 2001. Pengurusan konflik di sekolah menengah: Satu kajian kes. Tesis Ph.D.
Fakulti Pendidikan. Bangi: UKM.
Josephson, Allan M. 2007. Depression and suicide in children and adolescents: A spiritual
perspective. Southern Medical Journal. Vol. 100. Num. 7 July 2007. Page: 744-745.
Karzūn, Anis Ahmad. 1998. Manhaj al-Islāmī fī tazkiyah al-nafs. Jil. Ke-2. Beirut: Dār Ibn
Hazm.
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2004. The 2nd National health and morbidity survey.
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2006. The 3nd National health and morbidity survey.
Kementerian Dalam Negeri. 2014. Statistik kes jenayah juvana dalam tempoh dua tahun
2012-2013..
al-Kindī, Abū Yūsuf Yacqūb ibn Ishāq. 1980. Risālah al-hīlah li dafci al-ahzān.
Dlm. Abd al-Rahmān Badawī (pnyt.). Rasā’il falsafiyah. Bayrūt: Dār Andalus.
Lazarus, R. & Folkman, S. 1984. Stress, apprasisal and coping. New York: Springer
Publishing.
Malik Badri. 1989. Konflik ahli psikologi Islam. Petaling Jaya: IBS Buku.
Maslow, A. H. 1943. A Theory of Human Motivation. Psychology Review, July. 388-389.
Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. 2009. Pengaruh budaya Barat dalam kehidupan belia. Dlm.
Norbaya Ahmad, Haslinda Abdullah, Abd. Halim sidek, Sarjit S. Gill dan
Dzulhailmi Dahalan. Pembangunan belia abad ke-21. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Mohd. Sabri Mamat, Syed Najmudin Syed Hassan dan Ab Halim. 2010. Amalan ibadat
harian dan sumbangannya kepada kecerdasan emosi remaja. Journal of Islamic and
Arabic Education. 1(1). 29-40.
Monat, A. & Lazarus, R. 1991. Stress and coping. An anthology. New York: Columbia
University Press.
Najāty, Muhammad Uthmān dan al-Sayid, Abd al-Halīm Mahmūd. 2008. ilm al-nafs fī al-
turāth al-Islāmī. Kaherah: Dār al-Salām.
Najāty, Muhammad Uthmān. 2001. al-Qur’ān wa ilm al-nafs. Cet. Ke-7. Kaherah: Dār al-
Syurūq.
Najāty, Muhammad Uthmān. 2001. Hati manusia dalam sorotan al-Quran. Terj. Ibn
Ibrahim. Jakarta: Cendekia Sentra Muslim.
Najāty, Muhammad Uthmān. 1993. al-Hadīs al-nabawy wa ilm al-nafs. Beirut: Dār al-
Syurūq.
Najāty, Muhammad Uthmān. 1993. al-Dirāsāt al-nafsāniyah cinda al-
culamā’ al-muslimīn.
Beirut: Dār al-Syurūq.
Patton, G., Bond, L., Butler, H. & Glover, S. (2003) Changing schools, changing health?
Design and implementation of the gatehouse project. Journal of Adolescent Health.
33 231–239.
Perry, C., Komro, K., Veblen-Mortenson, S., Stigler, M., Munson, K.,Stigler, M. & Lytle,
L. 2003. A randomized controlled trial of the middle and junior high school
D.A.R.E. and D.A.R.E. Plus programs. Archives of Pediatrics and Adolescent
Medicine. 157. 178–184.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
804
Peter A. Boelens, Roy R. Reeves, William H. Replogle & Harold G. Koenig. 2009. A
randomized trial of the effect of prayer on depression anxieti. International Journal
of Psychiatry in Madecine. Amityville: 2009. Vol. 39. Iss. 4. Hlm: 377-378.
Petersen, A. C. 1988. Adolescent development. Annual Review of Psychology. 39. 583-
607.
Pfeiffer, S. & Reddy, L. 1998. School-based mental health programmes in the United
States: present status and a blueprint for the future. Educational and Child
Psychology. 15. 109–125.
al-Rasyīd, Solāh Sālleh. 2000. Kun Mutma’innan. Kuwait: Markaz al-Manar al-Islamiy
Rorlinda Yusof. 2009. Kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan sumbangan terhadap
komitmen tugas guru kaunseling sekolah menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan.
UKM.
Saemah Rahman, Noriah Mohd. Ishak, Zuria Mahmud dan Ruslin Amir. 2008. Indeks dan
profil kecerdasan emosi pelajar sekolah menengah. Jurnal Teknologi. 48(E). Jun
2008: 187-202.
Salovey, P. & Mayer, J. D. 1990. Emotional intelligence, imagination, cognition and
personality. Intelligence. 9. 185-211.
Santrock, J. W. 1998. Psychology: The science of mind and behavior. Iowa: Wm. C.
Brown Publishers.
Siti Rahayah Ariffin dan Nor Azaheen Abdul Hamid. t.th. Profil kemahiran pemikiran
kritikal antara pelajar aliran Sains dan bukan sains. Malaysian Education Dean’s
Council Journal. Vol.3. hal. 1-22.
Stewart, D., Carter, J., Drinkwater, J., Hainsworth, J. & Fairburn, C. 2001. Modification of
eating attitudes and behaviour in adolescent girls: a controlled study. International
Journal of Eating Disorders. 29. 107–118.
Stewart, A. J., & Salt, P. 1981. Life stress, life-styles, depression and illness in adult
women. Journal of Personality and Social Psychology. 40(6). 1063–1069.
Teuku Iskandar. 2004. Kamus dewan. Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Weist, M. & Murray, M. 2007. Advancing school mental health promotion globally.
Advances in School Mental Health Promotion. Inaugural issue, 2–12.
Woolfson R. , Woolfson L., Mooney L. & Bryce. D. 2008. Young people’s views of
mental health education in secondary schools: a Scottish study. Renfrewshire
Educational Psychology Service. Glasgow: Paisley and University of Strathclyde.
Zakiah Daradjat. 1972. Kesihatan mental. Jakarta: Gunung Agung.
Zakiah Daradjat. 1970. Peranan agama dalam kesihatan mental. Cet. Ke-2. Jakarta:
Gunung Agung.
Zohar, D. & Marshall, I. 2004. Spiritual capital: Wealth we can live by. San Francisco:
Berrett-Koehler Publishers Inc.
Zohar, D. & Marshall, I 2000. SQ: Spiritual intelligence – The ultimate intelligence. Great
Britain: Bloomsbury.
top related