koleksi sajak dr tan cl.pptx

Post on 16-Jan-2016

33 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

AKU PETANI BAHASAAku petani bahasamenjual hasil ujana bahasa kepada pembeli setia bahasasetia atas nama peperiksaan semata-matabelajar atas nama calon peperiksaan sahaja Aku petani bahasamenanam benih nahu dan mantikmenyiram bahasa dengan semantikharapanku bahasa jiwa bangsa suburdalam sanubari pembeli setia itu Aku petani bahasamenyemai budi tatkala berbicarakusedar bahawapembeliku hasil murid, guru, dan cendekiawanyang cakna akan pentingnya bahasa kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa 

Aku petani bahasaacap kali mengeluh sendiribukan kerana peluh penat tertitistapi kerana rancu bahasa kebangsaankudinodai pembeli bahasa sendiri Aku petani bahasaterpaksa menggigit lidah berbicaramenahan sebak di dadaapabila melihat rojak bahasameniti di bibir pembeli tegar jua Aku petani bahasaakan kucangkul sekuat-kuatnyaagar bahasaku cukup tanah bajanyaagar bahasaku segar hidup sentiasademi maruah bangsa merdeka. Aku petani bahasatelus terus tegar terimabahasa menunjukkan bangsasampai bila-bila 

TAN CLKelab Golf SAAS, SHAH ALAM

5 April 2015

top related