kertas cadangan kajian tindakan “program kelas intervensi awal membaca dan menulis”(kia2m)
Post on 27-Jul-2015
575 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
1.0 Nama dan alamat penuh organisasi
Sk.Kitapol,Peti surat 594,89208,Tuaran Sabah.
2.0 Nama
Aily Binti Dusup
3.0 Tajuk kajian
“Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M)Membantu murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis Bahasa Melayu di kalangan murid tahun 1.
4.0 Refleksi Masalah
Kajian ini dibuat supaya murid dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis,mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan sendiri serta meningkatkan keyakinan diri dan berminat untuk belajar.Untuk menentukan samada pelajar tersebut dikelaskan untuk masuk Program ini :
Antara masalah yang dikenalpasti punca kelemahan murid menguasai kemahiran
Menulis dan membaca ialah:
a) Tidak menguasai suku kata tertutup b) Tidak boleh membaca dan menulis hurufc) Tidak boleh membatang suku kata d) Tidak boleh membaca suku kata terbuka yang mudah jika tidak dibantu
5.0 Fokus Kajian
Sehubungan dengan masalah yang telah dikenal pasti ini,maka penyelidik telah memfokuskan kepada aktiviti program ini ,oleh itu diharap dengan memberikan perspektif yang lebih terperinci terhadap permasalahan ini.Sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan penguasaan murid membaca dan menulis.
6.0 Objektif Kajian
6.1 Objektif Am:
i. Mengenalpasti punca kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis
ii. Mengenalpasti aspek-aspek kelemahan penguasaan membaca dan menulis
iii. Mengenalpasti tahap keberkesanan program KIA 2M
6.2 Objektif Khusus
Meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 1 dalam proses membaca dan menulis
Dalam Bahasa Melayu.
7.0 Kumpulan Sasaran
2 daripada 7 orang murid Tahun 1, Sk.Kitapol,Tuaran.
8.0 Teknik/Metodologi Kajian
8.1i. Mengenalpasti fenomena yang hendak dikaji
ii. Meramal masalah-masalah yang akan dihadapiiii. Mengenalpasti subjek kajianiv. Olahan hipotesisv. Pengumpulan data (Pemerhatian,catatan dan sorotan sumber-sumber lain)
vi. Analisis vii. Membuat rumusan
8.2 Perancangan
i. penyediaan bahan yang bersesuaian yang memenuhi konsep program ini secara sistematik, lebih teliti dan rapi.
8.3 Perlaksanaan Tindakan
i. Soal selidik
Bagi kajian 1 dan 2 soal selidik digunakan untuk mengesan punca-punca
Kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis Program KIA 2
ii. Ujian penapisan,pelepasan 1 dan 2,ujian bimbingan.
Bagi persoalan kajian 3 ujian penapisan,pelepasan 1 dan 2 dan ujian bimbingan
Gunakan untuk mengetahui aspek-aspek kelemahan penguasaan kemahiran
Membaca dan menulis oleh pelajar program KIA 2M
iii. Pemerhatian
Semua aspek pemerhatian diambilkira seperti:
a) Respon muridb) Bantuan guru-guru lain untuk membuat penilaian tentang keberkesanan
program.c) Buat sesi bimbingan khas dalam bentuk latih tubi membaca dan menulisd) Pemerhatian berterusan oleh penyelidik bagi memastikan berlakunya
peningkatan penguasaan murid membaca dan menulis semasa dalam pengajaran dan pembelajaran
8.5 Refleksi
Di akhir kajian,penyelidik akan membuat refleksi melalui keputusan ujian yang
Akan dijalankan bagi menentukan keberkesanan kaedah yang telah digunakan
Serta usaha penambahbaikan konsep yang digunakan.Sekiranya keputusan tidak
Memuaskan,maka perlu berusaha lebih untuk mengubah kaedah dalam program
Supaya lebih berkesan.
Rasional Kajian
Penglibatan dalam program khas kelas Intervensi Awal membaca dan menulis Bahasa Melayu merupakan satu nilai tambah terhadap kerjasama dari pelbagai pihak.Melaluinya dapat pendedahan terus terhadap permasalahan dan,isu-isu semasa dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah disamping sama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik serta dapat menghapuskan masalah keciciran dan buta huruf dalam kalangan murid-murid dan rakyat dengan lebih cemerlang
9.0 Anggaran Kes Kajian
BIL JENIS ALATAN/BAHAN JUMLAH KOS
01 Kertas A4 2 rim x RM11.00 RM 22.00
02 Dakwat Printer (Colour) 1 buah x RM75.00 RM 75.00
03 Dakwat Printer ( Black) 1 buah x RM65.00 RM 65.00
04 Markerpen(Whiteboard) 1 kotak x Rm15.00 RM 15.00 05 MountingBoard, kertas warna dan alat tulis RM105.00
JUMLAH RM282.00
10.0 Jadual Perlaksanaan Kajian
BIL AKTIVITI TARIKHPERLAKSANAAN
01 Penyediaan Kertas cadangan kajian Awal April
02 Pembentukan Ajk KIA 2M Awal April
03 Ujian pelepasan 1 bagi murid tahun 1 Awal Mei
04 Analisis kelemahan dan kekuatan murid Awal Mei
05 Membina profile perkembangan murid Awal Jun
06 Mesyuarat perbincangan menangani KIA2M dengan ibu bapa murid
Awal Julai
07 Bimbingan bersemuka siri 1(BM,PJK,MU & PS) Pertengahan Julai
08 Bimbingan Bersemuka siri 2 Awal Ogos
09 Program motivasi Murid KIA2M siri 1 Pertengahan Ogos
10 Bimbingan ujian pelepasan KIA2M Awal September
11 Ujian pelepasan 2 KIA2M Pertengahan Sept
12 Pemerhatian dan refleksi Sepanjang Program dijalankan
13 Penyelidikan keberkesanan Bimbingan Bersemuka KIA2M
Awal Oktober
14 Refleksi Kajian Awal Nov
15 Laporan Penuh KIA2M Awal Nov
Disahkan oleh
…………………………………….. ………………………………………………..
Guru Besar, Pegawai Teknologi Pendidikan
Sk.Kitapol,Tuaran Pusat Kegiatan Guru,
Daerah Tuaran.
Tarikh : ……………………………… Tarikh:………………………………………
Cop Sekolah Cop Jabatan
top related