folio sejarah
Post on 14-Aug-2015
290 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEJARAH 21/2
KERJA KURSUS
Nama Calon : Norsyuhailin Herdawati binti Mohamad Ghazali
Tingkatan : 3 KAA
Nombor Kad Pengenalan : 971226-08-5556
Angka Giliran :
Nama dan Alamat Sekolah : SMK Tengku Menteri, 34850 Changkat Jering
Tajuk Kerja Kursus : Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita :
Makanan Tradisional – Bahulu dan Rempeyek
Nama Guru : Puan Noriah binti Basherudin
Skor:-
Elemen Markah
Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah
Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian
.........................................................
( Tandatangan Guru)
ELEMEN 1
Tajuk : Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita :
Makanan Tradisional – Bahulu dan Rempeyek
Senarai Semak
.........................................................
( Tandatangan Guru)
Bil. Sumber Tindakan ( / )
i Buku ilmiah
ii Jurnal
iii Akhbar
iv Majalah
v Orang Sumber
vi Melawat tempat kajian
vii Internet
viii Televisyen
ix Radio
x VCD / DVD
xi Sumber lain
Markah
ELEMEN 2
Tajuk : Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita :
Makanan Tradisional – Bahulu dan Rempeyek
Senarai Semak
.........................................................
( Tandatangan Guru)
Bil. Perkara Tindakan ( / )
i Tajuk Kajian
ii Senarai Kandungan
iii Penghargaan
iv Objektif Kajian
v Kaedah Kajian
vi Hasil kajian
vii Rumusan
viii Lampiran
ix Rujukan
Markah
ELEMEN 3
Tajuk : Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita :
Makanan Tradisional – Bahulu dan Rempeyek
Senarai Semak
.........................................................
( Tandatangan Guru)
Unsur Patriotisme Tindakan ( / )
1
2
3
4
5
Markah
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas segala
petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan
dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fuziah binti Tak
selaku Pengetua SMK Tengku Menteri yang telah banyak memberi sokongan kepada para
pelajarnya.
Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Puan Noriah binti Basherudin selaku
guru Sejarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai
pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.
Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat Papa dan Mama saya , En.Mohamad
Ghazali bin Shuib dan Puan Azizah bt Abd Razak , kerana tanpa tunjuk ajar , bantuan dan
sokongan moral yang begitu jitu dan padu daripada mereka , mana mungkin saya akan dapat
menghasilkan Kerjas Kursus Sejarah sebaik ini.
Jutaan terima kasih dan penghargaan juga diucapkan kepada Puan Saripah binti Abdul
Rahman dan kakitangannya yang telah memberikan kerjasama semasa saya mengadakan
lawatan ke bengkel mereka di Batu Kurau tempoh hari.
Akhir sekali, kepada semua rakan-rakan dan individu-individu yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini, terima kasih saya
ucapkan. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hamba-
Nya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Amin.
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini , saya dapat:
1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar dan memberikan
pengalaman secara langsung dalam membuat satu kajian sejarah yang bersifat ilmiah.
2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika
menjalankan kajian ini , saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk
mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat
dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda
yang lain. Dengan kajian ini, masyarakat akan lebih menghargai produk-produk
tempatan dan tradisional hasil usaha serta sumbangan penduduk setempat dalam
mengekalkan warisan nenek moyang mereka.
KAEDAH KAJIAN
Dalam usaha menyiapkan tugasan kajian ini agar dapat memenuhi keperluan dalam setiap
elemen , saya telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:
1. KAEDAH TEMUBUAL
Melalui kaedah temubual,saya telah berjaya mengumpul maklumat dengan lebih
terperinci terutamanya daripada pengusaha bengkel makanan tradisional dan 2 orang
pekerja nya.
2. KAEDAH MELAWAT TEMPAT KAJIAN
Saya juga telah melawat bengkel makanan tradisional di Kg Changkat Madrasah, Batu
Kurau untuk mendapatkan maklumat. Lawatan ini di buat pada 15 Mac 2012 secara
berkumpulan iaitu bersama 3 orang rakan sekelas. Saya telah mengambil beberapa
keping gambar disamping menemubual pengusaha dan pekerja nya.
3. KAEDAH MELAYARI INTERNET
Saya juga telah melayari internet untuk memperolehi maklumat tugasan . Segala
maklumat yang diperolehi itu dikumpul dan di muat turun di dalam pendrive untuk
ditafsir dan dikelaskan.
HASIL KAJIAN
Tajuk : Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita :
Makanan Tradisional – Bahulu dan Rempeyek
PENGENALAN
Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang berasal dari pelbagai negeri.
Antara makanan tradisional yang terkenal di Malaysia ialah bahulu dan rempeyek. Makanan
ini turut mendapat sambutan di luar negara. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi
mengkomersilkan makanan tersebut bukan sahaja di dalam malah ke luar negara.
Bahulu adalah kuih tradisional kaum Melayu di Malaysia. Ia juga sudah menjadi makanan
kegemaran bangsa lain seperti masyarakat Cina dan India. Terutamanya semasa musim
perayaan. Kuih ini dipercayai berasal dari suatu tempat bernama Bangkahulu, Sumatera
Selatan, Indonesia dan dibawa masuk ke Malaya oleh orang-orang Jawa. Pada asalnya, kuih
ini berbentuk bulat dan leper, sama seperti pizza kerana ia dibakar atas tudung periuk. Satu
lagi kemungkinan nama kuih itu begitu adalah kerana ia dicipta oleh orang di hulu sungai.
Apabila berziarah, seringkalinya kuih ini akan dibawa mereka sebagai buah tangan. Lama
kelamaan,orang menyebutnya sebagai ‘buah tangan dari hulu’ sehingga ia dikenali sebagai
‘bahulu’. Begitulah asal usul nama kuih itu. Kuih ini diusahakan menerusi dua cara, iaitu
cara tradisional dan menggunakan pendekatan moden. Tetapi disebabkan cara moden lebih
pantas dan mudah melalui penggunaan mesin pengisar dan ketuhar, maka sukar bagi kami
mencari sumber perusahaan cara asli. Pendekatan moden juga membolehkan bahulu terhasil
dalam pelbagai perisa. Malahan terdapat bahulu berperisa strawberi dan cappuccino.
Rempeyek ialah sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung gandum dan
campuran ramuan yang ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti kacang, ikan bilis, dan
sebagainya. Rempeyek biasanya digoreng tipis-tipis di dalam minyak yang panas, dengan
bentuknya mirip sekali dengan keropok. Makanan ringan ini dapat ditemukan di gerai
makan, pasar, ataupun pasar raya. Rempeyek biasanya dihidangkan semasa perayaan .
MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN
( i ) Nama produk
Produk utama yang dikeluarkan oleh pengusaha ini ialah bahulu dan
rempeyek. Selain daripada itu, pengusaha ini juga mengeluarkan produk - produk
makanan sampingan seperti kerepek pisang, kerepek ubi, dodol,kerepek pegaga, kuih
bakar, kuih loyang dan minyak kelapa dara (VCO).
( ii ) Kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah makanan ringan tradisional iaitu bahulu dan rempeyek. Semua produk ini dipasarkan atas jenama Sri Melati.
( iii ) Nama pengusaha / syarikat / status hakmilik
Produk bahulu dan rempeyek ini telah diusahakan oleh Puan Sarifah binti Abd. Rahman. Beliau telah menubuhkan Syarikat KPW Enterprise mulai tahun 1993 hingga sekarang. Puan Sarifah adalah merupakan pemilik tunggal perusahaan makanan tradisional ini.
( iv ) Lokasi
Kajian ini telah dilakukan di Kg Changkat Madrasah, Batu Kurau . Ianya terletak lebihkurang 20 kilometer dari bandar Taiping. Lokasi tempat kajian ini berada di kawasan luar bandar. Rujuk peta dilampiran.
top related