72 hadis mengenai nafkah
Post on 22-Jun-2015
979 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
72 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-
TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU DAUD
MENGENAI NAFKAH.
1 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0949. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Dinar (wang atau
harta) yang anda nafkahkan untuk membela agama Allah (fi sabiiillah), atau yang
anda nafkahkan untuk kesejahteraan (memerdekakan) budak, atau yang anda
sedekahkan untuk kesejahteraan orang-orang miskin, dan yang
anda nafkahkan untuk keluarga anda, maka yang paling besar pahalanya ialah yang
anda nafkahkan untuk keluarga anda."
2 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2760. Mewartakan kepada kami 'Imran bin Musa Al-Laitsiy, mewartakan kepada kami
Hammad bin Zaid, mewartakan kepada kami Ayyub dari Abu Qilabah, dari Abu
Asma-, dari Tsauban, dia berkata: Rasulullah saw; bersabda: "Seutama-utama
dinar yang dinafkahkannya oleh seorang lelaki yaitu dinar
yang dinafkahkan olehnya untuk keluarganya. Dinar yang dinafkahkan olehnya
untuk kuda di jalan Allah. Dan dinar yang dinafkahkannya oleh seorang lelaki
untuk teman-temannya di jalan Allah".
3 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1190. Hannad menceritakan kepada kami, Jarir memberitahukan kepada kami dari
Mughirah dan As Sya'bi berkata: Fatimah binti Qais berkata: "Suamiku
menceraikan saya sekaligus tiga pada masa Rasulullah saw, maka Rasulullah saw
bersabda: "Tidak ada tempat tinggal untukmu dan tidak ada nafaqah". Mughirah
berkata: "Maka saya beritakan hadis ini kepada Ibrahim, ia berkata: Umar telah
berkata: Kami tidak meninggalkan kitab Allah dan sunnah NabiNya, untuk
(mempercayai) ucapan seorang perempuan (yaitu Fatimah binti Qais), yang kami
tidak tahu apakah dia (masih) hafal (hadisnya) apa dia lupa, padahal Umar
menjadikan perempuan cerai bain rumah dan nafkah. Ahmad bin Mani'
menceritakan kepada kami, Husyaim memberitahukan kepada kami, Husain,
Ismail, dan Mujalid memberitahukan kepada kami. Husyaim berkata: Dawud juga
memberitahukan kepada kami dari As Sya'bi berkata: Saya masuk kepada Fatimah
bind Qais dan Saya bertanya kepadanya tentang putusan Rasulullah SAW, dia
berkata; Bahwasanya suaminya menceraikannya tiga sekaligus dan dia bermasalah
di dalam tempat tinggal dan nafaqah. Maka Nabi memutuskan kepadanya tidak ada
tempat tinggal dan tidak ada nafakah. Di dalam hadis Dawud, Fatimah binti Qais
berkata: Dan Rasulullah SAW memerintahkan kepada saya untuk menghabiskan
masa iddah di rumah ibnu Ummi Maktum. Hadis ini hasan sahih. Inilah pendapat
sebahagian Ulama' di antaranya Al Hasan Bashri, Atha' bin Abu Rabah dan As
Sya'bi dan dengan Hadis ini Ahmad dan Ishaq sependapat, mereka berkata: Tidak
ada perempuan yang dicerai dia mendapatkan tempat tinggal dan nafakah, jikalau
suaminya tidak bisa meruju'nya. Sebahagian Ulama dari sahabat-sahabat Nabi saw
di antaranya Umar dan Abdullah, berkata: Perempuan yang dicerai tiga, ia
mendapatkan tempat tinggal dan nafakah, dan inilah pendapat Sofyan Ats-Tsauri
dan ahli Kufah. Sebahagian Ulama berkata: Dia mendapatkan tempat tinggal dan
tidak mendapatkan nafkah dan inilah pendapat Malik bin Anas, Al Laits bin Sa'ad
dan Asy Syafi'i. Syafi'i berkata, Kita memutuskan untuknya tempat tinggal dengan
berdasar dari Kitab Allah Ta'ala: kami dari As Sya'bi berkata: Saya masuk kepada
Fatimah bind Qais dan Saya bertanya kepadanya tentang putusan Rasulullah SAW,
dia berkata; Bahwasanya suaminya menceraikannya tiga sekaligus dan dia
mempermasalah di dalam tempat tinggal dan nafaqah. Maka Nabi memutuskan
kepadanya tidak ada tempat tinggal dan tidak ada nafakah. Di dalam hadis Dawud,
Fatimah binti Qais berkata: Dan Rasulullah SAW memerintahkan kepada saya
untuk menghabiskan masa iddah di rumah ibnu Ummi Maktum. Hadis ini hasan
sahih. Inilah pendapat sebahagian Ulama' di antaranya Al Hasan Bashri, Atha' bin
Abu Rabah dan As Sya'bi dan dengan Hadis ini Ahmad dan Ishaq sependapat,
mereka berkata: Tidak ada perempuan yang dicerai dia mendapatkan tempat
tinggal dan nafakah, jikalau suaminya tidak bisa meruju'nya. Sebahagian Ulama
dari sahabat-sahabat Nabi saw di antaranya Umar dan Abdullah, berkata:
Perempuan yang dicerai tiga, ia mendapatkan tempat tinggal dan nafakah, dan
inilah pendapat Sofyan Ats-Tsauri dan ahli Kufah. Sebahagian Ulama berkata: Dia
mendapatkan tempat tinggal dan tidak mendapatkan nafkah dan inilah pendapat
Malik bin Anas, Al Laits bin Sa'ad dan Asy Syafi'i. Syafi'i berkata, Kita
memutuskan untuknya tempat tinggal dengan berdasar dari Kitab Allah Ta'ala:
(Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka
(dii,zinkan) keluar kecuali kalau mereka mengerjakan keji yang terang). Para
Ulama berkata: Perbuatan keji di sini ialah melakukan perbuatan keji (berkelakuan
tidak sopan) terhadap keluarganya (mertua, ipar, bisan, dll). Nabi SAW
memutuskan bagi Fatimah binti Qais tidak mendapatkan tempat tinggal, sebabnya
ia berbuat keji terhadap keluarganya. Syafi'i berkata: Fatimah juga tidak
mendapatkan nafkah dari suaminya berdasar Hadis Rasulullah SAW di dalam
kissah hadisnya Fatimah binti Qais.
4 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4084. aksudnya : "Ishaq bin Manshur menceritakan kepada kami, Abdullah bin Bakar As
Sahmi memberitahukan kepada kami, Humaid memberitahukan kepada kami dari
Anas, ia berkata : Tatkala turun ayat ini : (Kamu sekali-kali tidak sampai kepada
kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang
kamu cintai), (Ali Imran: 92) atau ayat : (Siapakah yang mahu memberi pinjaman
kepada Allah pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah). (Al
Baqarah : 245). Abu Thalhah punya kebun, ia berkata :"Hai Rasulullah, kebunku
saya wakafkan ke jalan Allah, kalau saya mampu saya (wakafkan) dengan rahsia,
Rasulullah bersabda : "Nafkahkanlah (sedekahkanlah) kepada kerabat-kerabatmu
yang terdekat". Hadis ini hasan sahih, Malik bin Anas telah meriwayatkan hadis ini
dari Ishaq bin Abdillah bin Abi Thalhah dari Anas bin Malik.
5 Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1431. Dari Fatimah binti Qais r.a., katanya dia ditalak (tiga) oleh suaminya pada masa
Rasulullah saw., tetapi suaminya masih memberinya nafkah dengan tidak
memadai. Setelah ku pertimbangkan baik-baik, aku bertekad hendak
memberitahukannya kepada Rasulullah saw. Jika sekiranya aku masih berhak
untuk mendapatkan nafkah dari bekas suamiku itu, akan ku ambil yang patut, dan
jika aku tidak berhak lagi, aku tidak akan mengambil apa-apa daripadanya. Lalu
hal itu ku katakan kepada Rasulullah saw. Jawab beliau, "Engkau tidak berhak lagi
mendapatkan nafkah dan tempat tinggal daripadanya."
6 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3403. Mengkhabarkan padaku Abdur Rahman ibnu 'Ashim bahawasanya Fatimah binti
Qais telah berkisah padaku, bahawa dulu ia pernah menjadi isteri lelaki dari Bani
Makhzum, tiba-tiba suaminya menceraikannya dari jauh dengan talak tiga iaitu
ketika sedang pergi untuk suatu peperangan. Kemudian ia (suaminya) menyuruh
wakilnya untuk memberi nafkah padanya, maka ia tolak pemberian itu. Kemudian
ia pergi pada salah seorang isteri Rasulullah saw yang kebetulan beliau datang
ketika Fatimah masih di rumah isteri beliau. Kata isteri Rasulullah; "Wahai
Rasulullah, ini Fatimah binti Qais, ia telah diceraikan suaminya dengan talak tiga,
kemudian ia dikirim nafkah melalui seseorang, tetapi ia menolaknya. Maka kata
orang itu : "Nafkah itu diberikan kerana sukarela." Sabda beliau: "Orang itu
benar". Kemudian sabda beliau lagi "Kalau begitu, pindahlah kamu ke rumah
Ummu Kulsum, dan tinggallah kamu bersamanya, tetapi Ummu Kulsum itu
banyak tamunya pindah sajalah kamu ke rumah Abdullah Ibnu Ummu Maktum,
kerana ia lelaki yang buta". Maka Fatimah segera pindah ke rumah Abdullah dan
ia tinggal di sana hingga habis masa iddahnya. Selama itu ia telah dipinang oleh
Abul Jham dan Mu'awiyah ibnu Abu Sufyan. la datang pada Rasulullah untuk
meminta pendapat tentang dua peminang tersebut. Sabda beliau; "Adapun Abul
Jahm, ia adalah lelaki yang suka memukul isteri, dan aku khuwatir atas dirimu.
Sedangkan Mu'awiyah, ia adalah lelaki yang miskin harta." Akhirnya ia menikah
dengan Usamah ibnu Zaid."
7 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4072. Maksudnya : "Abdullah bin Abdurrahman menceritakan kepada kami Ubaidullah
bin.Musa memberitahukan kepada kami dari Israil dari As Sudy dari Abu Malik
dari Al Barak (Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu
kamu nafkahkan dari padanya). Al Barra' berkata : Ayat itu diturunkan untuk kami
golongan kaum Ansar, kami adalah pemilik kebun kurma, yang sebahagian lelaki
memberikan kurmanya menurut banyak sedikitnya kurmanya, ada sebahagian
lelaki yang memberikan kurmanya setandan atau beberapa tandan kemudian
menggantungkannya di masjid, dan orang-orang ahli "Shuffah"(1 ) mereka tidak
punya makanan, apabila mereka datang, terus menuju ke tandan kurma dan
memukulnya dengan tongkatnya, dan jatuhlah buah kurma yang belum masak
maupun yang sudah masak, kemudian mereka memakannya. Adapun orang-orang
yang tidak senang pada perbuatan baik, mereka memberikan kurmanya yang
mentah dan kering dalam tandan yang pecah kemudian mereka
menggantungkannya di Masjid. Maka Allah Tabaraka Wa Ta'ala menurunkan ayat
: (Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (dijalan Allah) sebahagian dari
hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari
bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk lalu
kamu nafkahkan dari padanya padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya
melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya). Barra' berkata : "Kalau
seseorang diberi hadiah seperti apa yang telah kamu berikan, pasti ia tidak mahu
mengambilnya kecuali dengan memicingkan mata atau dengan rasa malu. Barra'
berkata; "Setelah turunnya ayat itu, kita selalu mengeluarkan yang baik-baik dari
yang kita punya". Hadis ini hasan gharib. Abu Malik adalah AI Ghifaari, ada yang
memanggil Ghazawan. At Tsauri meriwayatkan sesuatu dari hadis ini dari As
Sudie. (1 ) Orang-orang dari sahabat Nabi yang ahli ibadah yang kebanyakan
waktunya di Masjid.
8 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3410. Dari Az Zuhry dari Ubaidullah ibnu Abdulah ibnu 'Utbah berkata: "Abdullah ibnu
'Amr ibnu Utsman telah menceraikan isterinya untuk ketiga kalinya. Maka bibi
Binti Sa'id, Fatimah binti Qais menyarankan keponakannya itu pindah dari rumah
Abdullah ibnu 'Amr. Ketika Marwan mendengar hal itu, ia mengutus seseorang
menyusul Binti Said supaya Binti Said kembali ke rumah Abdullah. Maka Binti
Said berkata pada utusan itu, supaya jawabannya disampaikan pada Marwan,
bahawa mak ciknya, Fatimah binti Qais telah memberi fatwa padanya supaya
pindah sebagaimana Rasulullah dulu telah menganjurkan Fatimah supaya pindah
dari rumahnya. ketika ia diceraikan tiga kali oleh Abu 'Amr (Hafesh Al
Mahzumy). Kemudian Marwan mengutus Qabishah ibnu Dzu-aib kepada Fatimah
untuk menanyakan hal itu. Kata Fatimah, bahawa ia dulu isteri Abu 'Amr. Ketika
Rasulullah saw mengutus Ali ibnu Abu Thalib menaklukkan Yaman, Abu 'Amr
turut dalam penaklukan itu. tiba-tiba dari jauh Abu 'Amr mengirim padanya cerai
ketiga, dan Abu Amr mengutus Al Harits ibnu Hisyam dan 'Ayyasy ibnu Rabi'ah
memberikannafkah padanya. Lalu ia (Fatimah) mengutus seseorang kepada Al
Harits dan 'Ayyas untuk menanyakan pada mereka tentang nafkah iddah yang
harus diberikan padanya oleh suaminya. Jawab mereka "Demi Allah, ia tidak
berhak menuntut nafkah pada kami, kecuali kalau ia sedang hamil, dan ia tidak
berhak tinggal di rumah kami kecuali dengan izin kami." Akhirnya Fatimah datang
pada Rasulullah dan menyampaikan semuanya pada beliau, ternyata beliau
membenarkan mereka. Kata Fatimah: "Kemana aku harus pindah, wahai
Rasulullah?" Sabda beliau: "Pindahlah ke rumah Ibnu Ummu Maktum, si buta
yang disebutkan Allah dalam Kitab-Nya". Maka Fatimah pindah ke rumah Ibnu
Ummu Maktum, dan tinggal di sana, hingga Rasulullah saw menikahkannya
dengan Usamah ibnu Zaid."
9 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0948. Dari Tsauban r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang
atau harta) yang dinafkahkan seseorang, ialah yang dinafkahkannya untuk
keluarganya, untuk ternak yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama
Allah (fi sabilillah) dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang fi
sabilillah."
10 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4137. Maksudnya : "Ahmad Ibnu Mani' menceritakan kepada kami, Yazid bin Harun
memberitahukan kepada kami, Muhammad bin Ishaq memberitahukan kepada
kami dari Abi Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW.
bersabda :"Tangan kanan (kekayaan) Zat Ar Rahman adalah Maha Kaya yang
terus menerus mengalir yang tiada kurang, baik siang maupun malam. Abu
Hurairah berkata : Beritahukan kepada ku, apa yang dinafkahkan Allah sejak Allah
menciptakan beberapa langit, sesungguhnya apa yang telah dinafkahkan Allah
tidak mengurangi kekayaan yang ada pada tangan kanan-Nya yang lain ada
timbangan yang bisa ke bawah dan ke atas". Hadis ini hasan sahih, hadis ini
menafsirkan ayat : (Orang-orang Yahudi berkata : "Tangan Allah terbelenggu
(kikir) dan merekalah yang dilaknat di sebabkan apa yang mereka katakan itu
(tidak demikian) tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan
sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Quran yang diturunkan kepada mu dari
Tuhan mu sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan
diantara mereka). Para Imam (ulama) berkata : Hadis ini harus dipercaya, seperti
halnya tidak boleh ditafsirkan, atau dikira-kira, yang berpendapat seperti ini adalah
banyak dari beberapa imam diantaranya : Sufyan As Tsauri, Malik bin Anas, ibnu
Uyainah, dan Ibnul Mubarak, hadis-hadis seperti ini banyak diriwayatkan dan
dipercayanya dan tidak boleh dikatakan: bagaimana ya ?
11. Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0045.
Dari Abu Mas'ud r.a., katanya Nabi saw., bersabda: "Apabila seorang laki-laki
memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu
sama dengan (pahala) sedekah."
12. Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0733.
Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang wanita yang
menafkahkan makanan dari rumah tangganya tanpa merugikan, dia memperoleh
pahalanya kerana menafkahkan, suaminya mendapat pahala kerana menghasilkan,
dan khadamnya begitu pula. Pahala yang satu tidak akan mengurangi pahala yang
lain sedikit pun."
13. Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0954.
Dari Ummu Salamah r.a., dia bertanya kepada Rasulullah saw., katanya:
"Mungkinkah aku mendapat pahala atas nafkah yang ku belanjakan untuk
mengasuh anak-anak Abu Salamah (anak tiri bagi Ummu Salamah) sehingga
mereka tidak tersia-sia, di mana mereka ku anggap seperti anak-anakku sendiri?"
Jawab Rasulullah saw., "Ya, kamu dapat pahala atas nafkah yang kamu keluarkan
untuk biaya mengasuh mereka."
14. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3264.
Dari Abu Salamah dari Fatimah binti Qais berkata, bahawa Abu Amr ibnu Hafes
AJ Makhzumy telah menceraikannya dengan talak tiga. kemudian Khalid ibnu
Walid, seorang dari Bani Makhzum datang pada Rasulullah dan menyampaikan
hal itu pada beliau: "Wahai Rasulullah, Abu 'Amr ibnu Hafes telah menceraikan
Fatimah dengan talak tiga; adakah bagi Fatimah nafkah selama masa iddah?"
Jawab beliau: "la tidak berhak mendapat nafkah mahupun tempat tinggal.''
15.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0952.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Abu Thalhah adalah orang Ansar terkaya di
Madinah. Dan harta yang paling disukainya ialah sebuah taman yang dinamainya
'Bairaha' yang letaknya berhadapan dengan masjid. Rasulullah saw. pernah masuk
ke dalam taman itu dan meminum air yang terdapat di dalamnya, yang ternyata
manis. Kata Anas selanjutnya, "Ketika turun ayat: "Sekali-kali kamu tidak dapat
mencapai kebajikan (yang sempurna), sehingga kamu nafkahkan sebahagian harta
mu yang kamu cintai (Al Imran : 92). Maka Abu Thalhah pergi menemui
Rasulullah saw. seraya berkata: "Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam
KitabNya: Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai kebajikan (yang sempurna)
sehingga kamu nafkahkan sebahagian harta mu yang kamu cintai. Maka hartaku
yang paling ku cintai ialah 'Taman Bairaha'. Mulai saat ini taman itu aku
sedekahkan kerana Allah, di mana aku mengharapkan pahala dan tabungan di sisi
Allah. Kerana itu manfaatkanlah taman itu sesuai dengan kepentingan anda, ya
Rasulullah." Sabda RasuluUah saw., "Wah! Harta yang sangat menguntungkan.
Harta yang betul-betul menguntungkan. Aku telah mendengar apa yang kamu
ucapkan mengenai harta itu. Namun aku berpendapat, sebaiknyalah taman itu
kamu bagi-bagikan kepada keluargamu yang terdekat." Lalu Abu Thalhah
membahagi-bahagikan tamannya itu kepada keluarga-keluarganya yang dekat,
termasuk anak-anak pakciknya."
16. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2138.
Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami Isma'il
bin 'Ayyasy, dari Bajir bin Sa'ad dari Khalid bin Ma'dan, dari Al-Miqdam bin
Ma'dikariba Az Zubaidiy, dari Rasulullah saw., beliau bersabda: "Tidak ada hasil
usaha yang didapat oleh seorang hamba yang lebih baik dari hasil kerja tangannya
sendiri. Dan apa yang dinafkahkan seseorang untuk dirinya, istrinya, anaknya dan
pembantunya, maka nafkahnya adalah sedekah." Dalam Az-Zawa-id: Dalam
Isnadnya ada Isma'il bin 'Ayyasy. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud,
At-Tirmidziy dan An-Nasa-iy
17.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3262.
Menceritakan padaku Abu Salamah Asy Sya'by dari Fatimah binti Qais berkata, ia
telah datang pada Rasulullah saw. dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku adalah
anak perempuan dari keluarga Khalid. Suamiku Fulan telah mengirim pernyataan
cerai talak tiga padaku.Kemudian pada masa iddahku, aku meminta pada
keluarganya nafkah dan tempat tinggal, tetapi mereka menolak ku." mereka
mengatakan:"Wahai Rasulullah, suaminya telah mengirim padanya pernyataan
talak tiga kali." Sabda beliau: "Sesungguhnya nafkah dan tempat tinggal yang
diberikan pada wanita yang menghadapi masa iddah, ialah bila suaminya boleh
rujuk padanya."
18.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2377.
Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw. katanya: "Biasanya apabila Rasulullah saw.
hendak melakukan suatu perjalanan jauh, beliau mengadakan undian di antara para
isteri beliau. Siapa yang menang undiannya dialah yang berhak ikut mendampingi
Rasulullah saw. dalam perjalanan itu. Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengundi
kami untuk ikut mendampingi beliau dalam suatu peperangan yang dipimpin
beliau sendiri. Aku beruntung, kerana undian ku lah yang keluar sebagai
pemenang. Kerana itu akulah yang berhak pergi bersama beliau. Peristiwa ini
terjadi sesudah turunnya Ayat Hijab (lihat surat Ahzab, 33:53-59). Lalu aku
dinaikkan ke dalam sebuah sekedup dan diturunkan dalam setiap perhentian (tanpa
aku keluar tetapi sekedupnya yang diturun naikkan). Setelah selesai perang,
Rasulullah saw. serta rombongan pulang kembali ke Madinah (membawa
kemenangan). Hampir sampai ke Madinah, beliau memberi izin seluruh pasukan
istirehat malam. Ketika istirehat itu, aku keluar dari sekedup dan berjalan menjauhi
pasukan untuk buang hajat. Setelah selesai buang hajat aku segera kembali ke
pasukan. Ketika aku menyentuh dada ku terasa kalung ku yang terbuat dari
permata zhafar buatan Yaman telah putus. Kerana itu aku kembali mencari kalung
ku sehingga aku terlambat kembali ke pasukan. Sedangkan para pengawal yang
bertugas menjaga ku selama dalam perjalanan telah mengangkat sekedup ku dan
menaikkannya ke punggung unta yang ku kenderai (tanpa memeriksa lebih dahulu
apakah aku ada di dalam atau tidak) lalu mereka berangkat. Mereka menyangka
bahawa aku berada dalam sekedup. Ketika itu berat badan ku sangat ringan.
Sehingga kalaupun aku berada dalam sekedup, para pengawal tidak akan merasa
lebih berat bila mereka mengangkat sekedup itu. Dan ketika itu aku masih
merupakan wanita muda usia. Mereka terus berjalan menggiring unta ku (tanpa
aku). Aku mendapatkan kalung ku kembali setelah pasukan berjalan agak jauh.
Ketika aku sampai di tempat peristirahatan, ku dapati di sana telah sepi. Aku
memutuskan untuk tetap menunggu di tempat ku semula. Kerana aku berpendapat,
bila rombongan tidak menemukan ku tentu mereka akan kembali mencari ku.
Ketika aku duduk menunggu mereka di tempat itu, aku mengantuk dan tertidur.
Kebetulan Shafwan bin Mu'aththal As Sulami ketinggalan pula oleh rombongan
kerana dia tertidur. Ketika terbangun dia segera menyusul mereka dan lewat di
dekat tempat ku menunggu. Ketika dia terlihat sesusuk tubuh sedang tidur, dia
menghampiri dan mengenali ku, dia memang sudah pernah melihat ku sebelum
ayat hijab turun. Aku terbangun ketika dia dengan terkejut mengucapkan kalimah
istirja' (inna lillaahi wa inna ilaihi raji'un) setelah dia mengenali ku. Dan aku
segera menutup muka ku dengan jilbab (kain penutup muka). Demi Allah! Dia
tidak pernah mengucapkan sepatah kalimat pun kepada ku selain kalimah istirja'
yang menyebabkan aku terbangun. Dia segera menyuruh untanya menunduk, dan
aku disilakannya menaiki kenderaan itu. Sedangkan dia sendiri berjalan kaki
menuntun unta sampai induk pasukan tersusul oleh kami sesudah mereka berhenti
berehat dari terik panas tengah hari. Tetapi sungguh celakalah orang yang sengaja
membuat fitnah terhadap diri ku mengenai peristiwa itu, yang diikhtiarkan oleh
pemimpin mereka 'Abdullah bin Ubay bin Salul. Setelah kami sampai di Madinah
aku jatuh sakit sebulan lamanya. Sementara itu dalam masyarakat telah meluas
khabar bohong mengenai diri ku. Sedangkan aku tidak tahu berita itu telah meluas
sedemikian rupa kerana aku sedang sakit. Tetapi ada suatu hal yang
membimbangkan ku, ialah sikap Rasulullah saw. yang tidak memperlihatkan kasih
sayang seperti biasanya kalau aku sedang sakit. Beliau pernah datang menengok
ku sekali, setelah memberi salam beliau bertanya, "Bagaimana keadaan mu?"
Itulah yang membimbangkan ku. Aku tidak mengetahui sama sekali heboh
mengenai diri ku, sampai pada suatu hari setelah aku agak sembuh, aku pergi
bersama Ummu Misthah ke lapangan di pinggir kota untuk buang hajat. Kerana
memang di sanalah tempat kami buang hajat. Dan kami tidak pergi ke sana kecuali
hanya pada malam hari saja. Yang demikian itu ialah sebelum kami membuat
tempat tertutup di sekitar rumah kami. Memang sudah menjadi kebiasaan orang
Arab pada masa dahulu, kalau buang hajat pergi ke lapangan di pinggir kota.
Kerana mereka merasa jijik membuat tempat tertutup di sekitar rumah mereka.
Ummu Misthah (nama aslinya Salma), ialah anak perempuan Abu Ruhma bin
Muththalib bin Abdu Manaf. Sedangkan ibunya ialah anak perempuan Shakhar bin
Amir bibi Abu Bakar Siddiq. Anak lelakinya ialah Misthah Ibnu Utsatsah bin
Abbad bin Muththalib. Ketika kami pulang setelah selesai buang hajat, Ummu
Misthah tersandung sandalnya lalu dia menyumpah: "Celaka si Misthah." katanya.
Maka ku tegur dia, "Tidak baik berkata begitu. Bukanlah engkau memaki orang
yang ikut dalam peperangan Badar?" Jawab Ummu Misthah, "Alangkah bodohnya
engkau! Apakah engkau tidak mendengar apa yang dikatakannya?" Tanya ku,
"Apa yang dikatakannya?" Dia menghabarkan kepada ku omongan tukang-tukang
fitnah (yang memburuk-burukkan diri mu)." Semenjak aku mendengar berita
Ummu Misthah itu, sakit ku semakin menjadi-jadi. Ketika Rasulullah saw. datang
ke rumah ku, beliau memberi salam, lalu dia bertanya, "Bagaimana keadaan sakit
mu?" Lalu aku bertanya kepada beliau, "Sudikah Tuan mengizinkan aku pulang ke
rumah orang tua ku?" Kata 'Aisyah, "Sebenarnya aku ingin hendak menanyakan
kepada orang tua ku kebenaran berita yang disampaikan Ummu Misthah kepada
ku." Ternyata Rasulullah saw. mengizinkan ku, lalu aku pulang ke rumah orang
tua ku dah bertanya kepada ibu ku, "Wahai ibu! Benarkah ada berita buruk yang
dipercakapkan orang mengenai diri ku?" Jawab ibu, "Wahai anak ku sayang!
Jangan engkau hiraukan. Demi Allah, jarang sekali wanita cantik yang disayangi
suaminya, padahal dia mempunyai banyak madu yang tidak diomongi orang."
"Subhanallah!" kata ku. "Kalau begitu, memang benarlah kiranya orang banyak
mempercakapkan ku." Malam itu aku menangis semalam-malaman sampai Subuh.
Air mata ku mengalir tak dapat ditahan dan aku tak dapat tidur kerananya.
Sementara itu Rasulullah saw. memanggil Ali bin Abi Thalib dan Usamah bin
Zaid untuk bermusyawarah dengan mereka - kerana waktu itu wahyu terhenti -
Beliau bermusyawarah dengan keduanya apakah beliau harus menceraikan ku atau
tidak. Usamah bin Zaid menyatakan pendapatnya, bahawa dia tahu benar para
isteri Rasulullah saw. semuanya suci (setia) dan dia tahu benar mereka semuanya
mencintai Rasulullah saw. Katanya, "Mereka adalah para isteri Anda. Aku yakin
benar bahawa semuanya adalah para isteri yang setia." Adapun 'Ali bin Thalib
berkata, "Allah Ta'ala tidak akan mempersulit Anda. Masih banyak wanita selain
dia ('Aisyah). Tika Anda menghendaki seorang gadis, tidak seorang pun yang akan
menolak Anda." Kemudian beliau panggil pula Barirah (pembantu rumah tangga
'Aisyah), lalu beliau bertanya, "Hai Barirah! Adakah engkau melihat sesuatu yang
mencurigakan mengenai diri 'Aisyah?" Jawab Barirah, "Demi Allah yang
mengutus Anda dengan agama yang benar. Sungguh, aku tidak melihat sedikit pun
yang mencemarkan dirinya, selain hanya dia itu seorang wanita muda yang manja,
yang pergi tidur meninggalkan adonan kuih, lalu datang haiwan peliharaan (kucing
atau kambing) memakan adonan itu." Kemudian Rasulullah saw. berpidato di
mimbar, menyatakan keberatannya atas tuduhan yang diprarasai Abdullah bin
Ubay bin Salul." Sabda beliau di mimbar, "Hai kaum muslimin! Siapakah di antara
tuan-tuan yang setuju dengan penolakan ku atas tuduhan yang telah mencemarkan
nama baik keluarga ku? Demi Allah, aku yakin keluarga ku bersih dari tuduhan
kotor yang tidak benar itu. Mereka juga telah menyebut-nyebut seorang lelaki
(Shafwan bin Mu'aththai As Sulami) yang aku yakin bahawa dia itu orang baik.
Dia tidak pernah masuk ke rumah ku kecuali bersama ku." Maka berdirilah Sa'ad
bin Mu'adz Al Anshari, lalu dia berkata, "Aku membela Anda dalam masalah ini,
ya Rasulullah! Jika tuduhan itu datang dari suku Aus, kami penggal lehernya. Dan
jika datangnya dari saudara-saudara kami suku Khazraj, kami menunggu perintah
Anda. Apa yang Anda perintahkan segera kami laksanakan." Maka berdiri pula
Sa'ad bin Ubadah, pemimpin suku Khazraj dan seorang yang soleh tetapi
diperdayakan oleh rasa kesukuan. Lalu dia berkata kepada Sa'ad bin Mu'adz,
"Engkau bohong! Demi Allah, engkau tidak boleh membunuhnya dan memang
engkau tidak sanggup melakukannya." Maka bangun pula Usaid bin Hudhair, anak
pakcik Sa'ad bin Mu'adz. Katanya kepada Sa'ad bin Ubadah, "Engkaulah yang
bohong! Demi Allah! Bila saja dan di mana saja kami sanggup membunuhnya!
Engkau munafik, kerana engkau membela orang-orang munafik!" Pertengkaran
antara suku Aus dan Khazraj itu menjadi hangat, sehingga hampir terjadi
perkelahian antara mereka. Tetapi Rasulullah saw. yang masih berdiri di mimbar
dapat menenangkan mereka sehingga mereka diam. Kata Aisyah selanjutnya,
"Sehari-harian kerja ku hanya menangis dan menangis siang malam. Sehingga
kedua orang tua ku cemas, kalau-kalau jantung ku pecah kerana menangis. Selama
aku menangis, kedua orang tua ku selalu berada di samping ku. Tiba-tiba seorang
perempuan Ansar minta izin hendak bertemu dengan ku, lalu ku izinkan dia
masuk. Setelah dia masuk, dia pun menangisi ku (menambah kesedihan ku).
Sementara itu Rasulullah saw. pun datang. Beliau memberi salam, lalu duduk di
samping ku. Sejak berita bohong itu tersiar, beliau tidak pernah duduk di samping
ku. Dan sudah sebulan wahyu tidak turun kepada beliau. Iaitu semenjak peristiwa
ku ini. Ketika beliau duduk di samping ku, mula-mula beliau membaca tasyahhud.
Kemudian beliau bersabda: "Hai 'Aisyah! Telah sampai kepada ku berita mengenai
diri mu begini dan begitu. Jika engkau bersih dari tuduhan itu maka Allah Ta'ala
akan membebaskanmu. Jika engkau memang berdosa, Minta ampunlah kepada
Allah Ta'ala dan taubatlah kepadaNya. Kerana apabila seorang hamba sadar
bahawa dia telah berdosa, kemudian dia taubat, nescaya Allah menerima
taubatnya." Setelah ucapan beliau itu selesai diucapkannya, air mata ku
mengambang dan tak tertahankan oleh ku dia jatuh berderai. Aku berkata kepada
bapa ku. "Pak, tolonglah aku menjawab sabda Rasulullah." Jawab bapa ku, "Demi
Allah! Aku tidak tahu apa yang harus ku ucapkan kepada Rasulullah." Kemudian
ku minta ibu ku, "Ibu, tolonglah aku menjawab sabda Rasulullah sebentar ini."
Jawab ibu ku, "Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus ku katakan kepada
Rasulullah." Maka terpaksalah aku sendiri yang harus menjawabnya. Kata ku,
"Aku ini adalah seorang wanita muda usia yang belum banyak mengetahui isi Al
Quran. Demi Allah! Sekarang aku telah tahu bahawa Anda telah mendengar berita
mengenai tuduhan terhadap diri ku, sehingga tuduhan itu tertanam dalam diri Anda
dan nampaknya Anda seperti membenarkan berita itu. Walaupun aku mengatakan
kepada Anda aku bersih dari tuduhan itu - demi Allah, hanya Allah sajalah yang
maha tahu bahawa aku memang bersih Anda tentu tidak akan mempercayai ku
juga. Dan seandainya aku mengatakan bahawa aku telah bersalah dan berbuat
dosa, - demi Allah, Dia jugalah yang Maha Tahu bahawa aku bersih lentil Anda
akan mempercayainya. Demi Allah! Aku tidak memperoleh sebuah contoh pun
yang paling tepat mengenai peristiwa ini, selain ucapan yang diucapkan Nabi
Ya'qub, bapa Nabi Yusuf, katanya : Sabar jualah yang paling indah, dan hanya
Allah sajalah tempat minta tolong atas segala tuduhan yang dituduhkan mereka."
Kemudian aku berpaling dan berbaring di tempat tidur ku. Kata 'Aisyah
selanjutnya, "Demi Allah! Aku benar-benar bersih dari tuduhan itu, dan aku yakin
bahawa Allah Ta'ala akan membersihkan nama baik ku dari tuduhan itu. Namun
sejauh itu demi Allah, aku tidak menduga sama sekali bahawa Allah akan
menurunkan wahyu dalam kaitannya dengan kes yang sedang ku hadapi ini.
Sehingga akhirnya wahyu itu selalu kita baca. Kerana kes itu sangat cemar terasa
oleh ku dibanding dengan keagungan firman Allah Ta'ala yang selalu kita baca.
Tetapi aku berharap semoga Rasulullah saw. dapat melihat dalam mimpi beliau, di
mana Allah Ta'ala memperlihatkan kepada beliau bahawa aku sungguh-sungguh
bersih. Maka demi Allah, belum lagi Rasulullah saw. meninggalkan tempat
duduknya, dan belum seorang jua pun yang keluar dari rumah kami, Allah Ta'ala
menurunkan wahyu kepada Nabinya. Terlihat Nabi saw. seperti orang yang
keberatan memikul beban berat, sebagai biasanya bila wahyu sedang diturunkan
kepada beliau, sehingga beliau bersimbah peluh. Ketika Wahyu telah selesai turun,
Rasulullah saw. tertawa. Kalimat yang mula-mula diucapkannya ialah:
"Gembiralah, wahai 'Aisyah! Allah Ta'ala telah mengatakan bahawa engkau
sungguh-sungguh bersih dari tuduhan itu." Lalu berkata ibu ku kepada ku,
"Bangunlah engkau, nak! Mintalah maaf kepada beliau!" Jawab ku, "Demi Allah!
Aku tidak perlu minta maaf kepada beliau. Aku hanya wajib memuji Allah, kerana
Dialah yang menurunkan wahyu yang menyatakan bahawa aku memang bersih
dari tuduhan kotor itu. Wahyu itu tersebut turun dalam Al Quran, surat An Nur
sebanyak sepuluh ayat: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong
ini adalah dari golongan kamu juga (lihat An Nur, 24 : 11 20). Kata 'Aisyah
selanjutnya, "Selama ini Misthah dibelanjai oleh (bapa ku) Abu 'Bakar Siddiq
sebagai keluarga dekat bapa. Semenjak kes itu terjadi, bapa ku bersumpah akan
menghentikan bantuannya kepada Misthah untuk selama-lamanya. Maka turun
pula wahyu yang melarang penghentian bantuan itu: "Dan janganlah orang-orang
yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa
mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya....sampai
dengan...Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuni mu?" (An Nur,
24:22). Berkata Hibhan bin Musa, kata Abdullah bin Muharak. "Inilah ayat yang
istimewa di dalam kitab Allah." Maka berkata Abu Bakar, "Demi Allah! Aku lebih
suka mendapat ampunan Allah Ta'ala." Maka nafkah untuk Misthah diteruskannya
kembali. Dan aku tidak pernah menghentikan nafkah untuk Misthah sepeninggal
beliau."
19.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3082.
Dari Ubaidullah ibnu Abdullah ibnu Utbah berkata; "Ketika Abdullah ibnu 'Amr
ibnu Usman (pemuda dari keluarga Marwan) menceraikan isterinya (Anak
perempuan Sa'id ibnu Zaid dengan Binti Qais) dengan talak tiga, maka ibunya
menyuruh mak ciknya yang bernama Fatimah binti Qais untuk menjemputnya dan
menyuruhnya meninggalkan rumah Abdullah ibnu 'Amr. Setelah Marwan
mendengar hal itu, maka ia mengirim seseorang untuk menjemput Binti Said agar
kembali ke tempat tinggalnya semula, dan bertanya padanya, apa yang
menyebabkannya pindah sebelum masa idahnya habis?" Maka Binti Said
mengirim surat padanya, dan memberitahu bahawa mak ciknya, Fatimah binti Qais
yang menyuruhnya demikian. Kata Fatimah binti Qais; Ketika itu aku adalah isteri
Abu 'Amr ibnu Hafsh. Ketika Rasulullah saw. mengutus Ali ra ke Yaman, maka
Abu 'Amr pergi bersamanya, tiba-tiba ia mengirim talak cerai padaku dari jauh,
dan ia menyuruh Al Harits ibnu Hisyam dan 'Ayyasy ibnu Abu Rabi'ah untuk
mengirim nafkah padaku, Aku bertanya kepada dua pesuruh itu: "Apa yang hendak
diperbuat oleh bekas suamiku padaku dengan apa yang ada di dalam makanan ini."
Tetapi mereka berkata: "Demi Allah, sebenarnya kamu tidak berhak mendapat
nafkah dari kami kecuali jika kamu hamil, dan kamu juga tidak berhak tinggal di
rumah ini kecuali dengan izin kami." Maka segera datang pada Rasulullah dan
menyampaikan hal itu pada beliau. Kemudian aku berkata; "Ke mana aku harus
pindah, wahai Rasulullah?" Jawab beliau: "Pindahlah ke rumah Abdullah ibnu
Ummu Maktum, si buta yang namanya telah disebut Allah dalam Al Quran. Maka
aku segera pindah ke rumah ibnu Ummu Maktum, seorang yang buta, tetapi aku
selalu meletakkan kainku di dekatnya untuk tabir. Demikian itu hingga Rasulullah
saw. menikahkan ku dengan Usamah ibnu, (maula Rasulullah)."
20.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4163.
Mewartakan kepada kami Isma'il bin Musa; mewartakan kepada kami Syarik, dari
Abu Ishaq, dari Haritsah bin Mudharrib, dia berkata: "Kami datang ke tempat
Khubbab untuk menjenguknya. Lalu dia berkata: "Sungguh telah lama sakitku ini,
seandainya aku tidak mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kalian
menginginkan mati", pasti aku sudah mengangankannya. Dan beliau bersabda:
"Sesungguhnya seorang hamba itu akan sentiasa diberi pahala atas semua nafkah -
yang dibelanjakannya-, kecuali nafkah untuk tanah". Atau bersabda: "Untuk
bangunan".
21.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0955.
Dari Abu Mas'ud Al Badri r.a., dari Nabi saw. sabdanya : "Apabila seorang
muslim memberi nafkah kepada keluarganya kerana Allah, maka pahala nafkahnya
itu sama dengan pahala sedekah."
22 .Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0001.
Dari Yahya bin Ya'mar r.a., katanya: "Orang yang mula-mula bicara di Bashrah
menentang adanya Qadar, ialah Ma'bad Al Juhani. Maka pada suatu ketika, aku
dan Humaid bin Abdurrahman Al Hamairi, sama-sama pergi haji atau umrah.
Kami berdua sepakat, jikalau bertemu dengan salah seorang sahabat Rasulullah
saw., kami akan menanyakan kepada mereka masalah Qadar' itu. Justeru kami
bertemu di dalam masjid, dengan 'Abdullah bin 'Umar bin Khaththab. Kami
langsung mendekati dan mengapitnya di kanan-kiri beliau. Dalam pada itu aku
telah menduga, bahawa sahabatku Humaid akan menyerahkan pembicaraan
kepada ku. Kataku kepada Abu 'Abdurrahman, "Telah muncul di hadapan kita para
pembaca Al Quran dan para ilmuwan. Mereka mendakwakan bahawa Qadar itu
tidak ada. Segala sesuatu terjadi menurut Qudratnya, tanpa didahului Qadar dan
Ilmu Allah." Jawab 'Abdullah bin 'Umar, "Apabila engkau bertemu dengan
mereka, katakan bahawa aku tidak sependapat dengan mereka. Demi Allah!
Kalaulah mereka mempunyai sebungkal emas, kemudian emas itu dinafkahkannya,
maka Allah swt. tidak akan menerima nafkah mereka itu sehingga mereka iman
dengan Qadar." Kemudian dilanjutkannya, Pada suatu hari ketika kami sedang
berada di sisi Rasulullah saw., sekonyong-konyong muncul di hadapan kami
seorang lelaki berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam. Tidak terlihat
padanya bekas perjalanan dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya.
Dia terus duduk ke dekat Nabi saw., lalu disandarkannya lututnya ke lutut Nabi,
dan diletakkannya kedua tapak tangannya ke pahanya." Dia berujar, "Ya,
Muhammad! Terangkanlah kepada ku tentang Islam." Jawab Nabi saw., "Islam
ialah:(1) Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad
Rasulullah; (2) Mendirikan solat; (3) Membayar zakat; (4) Puasa Ramadhan; dan
(5) Haji ke Baitullah, jika engkau sanggup melaksanakannya." "Engkau benar!"
kata orang itu. Kata ayahku, "Kami hairan terhadap orang itu; dia yang bertanya
tetapi dia pula yang mengatakan benar." Kemudian orang itu berkata pula,
"Terangkanlah kepada ku tentang Iman!" Jawab Nabi saw., "Iman ialah: (1) Iman
dengan Allah; (2) Iman dengan para malaikat-Nya; (3) Iman dengan Kitab-kitab-
Nya; (4) Iman dengan para Rasul-Nya; (5) Iman dengan qadar baik maupun
buruk." Kata orang itu, "Engkau benar!" Kemudian dia berkata pula,
"Terangkanlah kepada ku tentang Ihsan.". Jawab Nabi saw., "Ihsan ialah:
menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekalipun engkau tidak
melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu." Katanya pula, "Terangkanlah kepada
ku tentang Kiamat!" Jawab Nabi saw., "Orang yang ditanya tidak lebih tahu
daripada yang menanya." Katanya, "Terangkanlah kepada ku tanda-tandanya!"
Jawab Nabi saw., "Apabila hamba-sahaya perempuan telah melahirkan
majikannya, dan apabila orang-orang dusun yang melarat telah bermewah-mewah
di gedung-gedung nan indah." Kata ayahku, "Kemudian orang itu berlalu. Tetapi
tidak berapa lama antaranya, Rasulullah saw. bertanya kepada ku, "Tahukah
engkau, siapakah gerangan yang bertanya itu?" Jawab ku, "Allah dan Rasul-
Nyalah yang lebih tahu." Sabda Rasulullah saw., "Dia adalah Jibril. Dia datang
kepada mu mengajarkan agamamu."
23.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2032.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid menceritakan kepada
kami, dari Ayyub dari Abi Qilabah dari Abi Asma' dari Tsauban dari Rasulullah
SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar adalah dinar yang dinafkahkan oleh seorang
kepada keluarganya dan dinar yang diinfaqkan oleh seseorang atas kenderaannya
(untuk dipakai) di jalan Allah, dan dinar yang diinfaqkan oleh seseorang kepada
teman-temannya di jalan Allah." Abu Qilabah berkata: "Beliau memulai dengan
keluarga" kemudian beliau bersabda: Siapakah orang yang lebih besar pahalanya
dari pada orang yang menafkahkan hartanya atas keluarganya yang masih kecil
maka Allah memelihara mereka kerananya dan mencukupi mereka." Hadis ini
adalah hasan sahih.
24. Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1015.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Seorang wanita yang
menafkahkan (hasil) usaha suaminya tanpa perintah suaminya, maka untuk wanita
itu seperdua pahalanya."
25. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3263.
Dari Asy Sya'by dari Fatimah binti Qais berkata: "Rasulullah saw. bersabda;
"Wanita yang diceraikan dengan talak tiga, ia tidak berhak mendapat tempat
tinggal dan nafkah."
26.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2502.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Orang-orang yang berusaha
mencari nafkah untuk perempuan-perempuan yang tidak (belum) bersuami dan
untuk orang-orang miskin, sama dengan orang-orang yang berperang fi sabilillah."
27.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2169.
Said bin Yahya bin Said AI-Umawi menceritakan kepada kami, Muhammad bin
Amr menceritakan kepada kami, dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW
bersabda: "Barang siapa mati dengan meninggalkan keluarga yang terlantar maka
aku bertanggung jawab urusan mereka." Hadis ini adalah hasan sahih. Az Zuhri
juga meriwayatkan dari Abi Salamah dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW
hadis yang lebih panjang dan lebih sempurna dari pada hadis ini. Dalam bab ini
terdapat hadis dari Jabir dan Anas. erti kata "Mantarakadhayaa ann" orang yang
terlantar tidak punya apa-apa, erti "faa ilaiiya" aku menanggungnya dan memberi
nafkah kepadanya.
28.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3675.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami
Sufyan bin 'Uyainah, dari Ibnu Ajlan, dari Sa'id bin Abu Sa'id, dari Abu Syuraih
Al-Khuza'iy, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah
dan hari akhir, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan memberinya hadiah
(makanan istimewa) sehari semalam yang pertama. Dan tidak halal bagi seorang
tamu tinggal di rumah saudaranya-lebih dari tiga hari-sehingga membuatnya
terganggu. Dhiyafah (menjamu tamu) itu adalah selama tiga hari. Sedang apa yang
dinafkahkan kepada seorang tamu sesudah tiga hari itu dihitung sebagai sedekah".
29. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3389.
'Atha' berkata dari ibnu Abbas berkata: "Ayat iddah ini, iaitu ber'iddah di rumah
keluarga, dinasakh dengan ayat iddah: "Walladziina yutawaffauna minkum wa
yad/.aruuna a/waajan washiyyatal li azwaajihim mataa'an ilal haul; ghaira ikhraajin
(Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan
isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga
setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika
mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang
meninggal). Maka wanita itu boleh ber'iddah di tempat mana saja yang ia
kehendaki."
30.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5263.
Dari Salamah ibnu Kuhail dari Atha' dari Jabir ibnu Abdullah berkisah: "Seorang
Ansar telah menjanjikan kemerdekaan bagi budaknya bila dia telah meninggal,
padahal dia seorang miskin dan ida mempunyai tanggungan hutang. Setelah
Rasulullah saw mendengar hal itu, maka beliau menjual budak itu dengan harta
lapan ratus dirham. Kemudian dari hasil penjualan itu beliau berikan pada sahabat
Ansar seraya bersabda: "Lunasilah hutangmu dan berilah nafkah pada
keluargamu."
31.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1188.
Dari Ja'far bin Muhammad r.a., dari bapanya, katanya: "Kami datang ke rumah
Jabir bin 'Abdullah r.a., lalu dia menanyai kami satu persatu, siapa nama kami
masing-masing. Sampai giliranku ku sebutkan nama ku Muhammad bin Ali bin
Husein. Lalu dibukanya kancing baju ku yang atas dan yang bawah. Kemudian
diletakkannya tapak tangannya antara kedua susu ku. Ketika itu aku masih muda
belia. Lalu dia berkata, "Selamat datang wahai anak saudara ku! Tanyakanlah apa
yang hendak engkau tanyakan. Lalu aku bertanya kepadanya. Dia telah buta.
Ketika waktu solat tiba, dia berdiri di atas sehelai sejadah yang selalu dibawanya.
Tiap kali sejadah itu diletakkannya ke bahunya, pinggirnya selalu lekat padanya
kerana kecilnya sejadah itu. Aku bertanya kepadanya, "Terangkanlah kepada ku
bagaimana caranya Rasulullah saw. melakukan ibadah haji." Lalu dia bicara
dengan isyarat tangannya sambil memegang sembilan buah anak jarinya. Katanya,
"Sembilan tahun lamanya beliau menetap di Madinah, namun beliau belum haji.
Kemudian beliau memberitahukan bahawa tahun kesepuluh beliau akan naik haji.
Kerana itu berbondong-bondonglah orang datang ke Madinah, hendak ikut
bersama-sama Rasulullah saw. untuk beramal seperti amalan beliau. Lalu kami
berangkat bersama-sama dengan beliau. Ketika sampai di Zulhulaifah, Asma' binti
'Umais melahirkan puteranya, Muhammad bin Abu Bakar. Dia menyuruh tanyakan
kepada Rasulullah saw. apa yang harus dilakukannya (kerana melahirkan itu).
Sabda Rasulullah saw. "Mandi dan pakai kain pembalut mu. Kemudian pakai
pakaian ihram mu kembali." Rasulullah saw. solat dua rakaat di masjid
Zulhulaifah, kemudian beliau naiki untanya yang bernama Qashwa. Setelah
sampai di Baida', ku lihat sekeliling ku, alangkah banyaknya orang yang
mengiringkan beliau, yang berkenderaan dan yang berjalan kaki, di kanan kiri dan
di belakang beliau. Ketika itu turun Al-Quran (wahyu), di mana Rasulullah saw.
mengerti maksudnya, iaitu sebagai petunjuk amal yang harus kami amalkan. Lalu
beliau teriakkan bacaan talbiyah: "Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la
syarika laka labbaika; innal hamda wan ni'mata laka, wal mulka la syarika laka
labbaika." Maka talbiyah pula orang ramai seperti talbiyah Nabi saw. itu.
Rasulullah saw. tidak melarang mereka membacanya, bahkan sentiasa
membacanya terus menerus. Niat kami hanya untuk mengerjakan haji, dan kami
belum mengenal 'umrah. Setelah sampai di Bait Allah, beliau cium salah satu
sudutnya (hajar aswad), kemudian beliau tawaf, lari-lari kecil tiga kali dan berjalan
biasa empat kali. Kemudian beliau terus menuju ke maqam Ibrahim 'alaihis salam.
Lalu beliau baca ayat: "Jadikanlah Maqam Ibrahim sebagai tempat solat.." (Al
Baqarah:125). Lalu ditempatkannya maqam itu di antaranya dengan Bait.
Sementara itu ayah ku berkata bahawa Nabi saw. membaca dalam solatnya "Qul
huwallahu ahad..." (Al Ikhlas: 1-4) dan "Qul ya ayyuhal kafirun " (Al Kafirun: 1-
6). Kemudian beliau kembali ke sudut Bait (hajar aswad) lalu di ciumnya pula.
Kemudian melalui pintu beliau pergi ke Safa. Setelah dekat ke bukit Safa beliau
membaca ayat: "Sesungguhnya saai antara Safa dan Marwah termasuk lambang-
lambang kebesaran agama Allah." (Al Baqarah: 158). Kemudian mulailah dia
melaksanakan perintah Allah. Maka dinaikinya bukit Safa. Setelah kelihatan
Baitullah, lalu dia menghadap ke kiblat seraya mentauhidkan Allah dan
mengagungkan-Nya. Ujarnya : "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu, lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syaiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu,
anjaza wa'dahu wa nashara 'abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu." Kemudian
beliau mendoa. Ucapan tahlil itu diulangnya sampai tiga kali. Kemudian beliau
turun ke Marwah. Ketika sampai di lembah, beliau berlari-lari kecil. Dan sesudah
itu beliau menuju bukit Marwah, sambil berjalan kembali. Setelah sampai di
puncak bukit Marwah, beliau perbuat apa yang diperbuatnya di bukit Safa. Tatkala
beliau mengakhiri saainya di bukit Marwah, beliau berujar: "Kalau aku belum
lakukan apa yang telah ku perbuat, nescaya aku tidak membawa hadiah,dan
menjadikannya umrah." Lalu bertanya Suraqah bin Malik bin Ju'syum, katanya:
"Ya, Rasulullah! Apakah untuk tahun ini saja ataukah untuk selama-lamanya?"
Rasulullah saw. memperpancakan jari-jari tangannya yang satu ke jari-jari
tangannya yang lain seraya berkata: Memasukkan 'umrah ke dalam haji? (2x)
Tidak! Bahkan untuk selama-lamanya." Sementara itu 'Ali datang dari Yaman
membawa haiwan korban Nabi saw. didapatinya Fatimah termasuk orang yang
tahallul; dia mengenakan pakaian bercelup dan bercelak mata. Ali melarangnya
berbuat demikian. Jawab Fatimah, "Ayahku sendiri yang menyuruh ku berbuat
begini." Kata 'Ali, "Aku pergi menemui Rasulullah saw. minta fatwa beliau
terhadap perbuatan Fatimah itu. Ku jelaskan kepada beliau bahawa aku
mencegahnya berbuat demikian." Sabda beliau, "Fatimah benar! Fatimah benar!"
Kemudian tanya beliau, "Apa yang engkau baca ketika hendak melakukan haji?"
Jawab 'Ali, aku membaca "Wahai Allah! Aku niat menunaikan ibadah haji seperti
yang dicontohkan Rasul Engkau." Tanya 'Ali, "Tetapi aku membawa haiwan
korban, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Engkau jangan tahallul." Kata Ja'far,
"Jumlah hadiah yang dibawa Ali dari yaman dan yang dibawa Nabi saw., ada
seratus ekor. Para jemaah telah tahallul dan bercukur semuanya, melainkan Nabi
saw. dan orang-orang yang membawa hadiah beserta beliau. Ketika hari Tarwiyah
(8 Zulhijah) tiba, mereka berangkat menuju Mina untuk melakukan ibadah haji.
Rasulullah saw. menunggang kenderaannya. Di sana beliau solat Zohor, Asar,
Maghrib, Isyak, dan Subuh. Kemudian beliau menanti sebentar hingga terbit
matahari; sementara itu beliau menyuruh orang lebih dahulu ke Namirah untuk
mendirikan khemah di sana. Sedangkan orang Quraisy mengira bahawa beliau
tentu akan berhenti di Masy'aril Haram (sebuah bukit di Muzdalifah). sebagaimana
biasanya orang-orang jahiliyah. Tapi ternyata beliau terus saja menuju 'Arafah.
Sampai ke Namirah didapatinya khemah-khemah telah didirikan orang. Lalu
beliau berhenti untuk istirehat di situ. Ketika matahari telah condong, beliau
menaiki untanya meneruskan perjalanan. Sampai di tengah-tengah lembah beliau
berpidato. Sabdanya: "Sesungguhnya menumpahkan darah dan merampas harta
sesama mu haram, sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, Pada bulan ini,
dan di negeri ini. Ketahuilah! Semua yang berbau jahiliyah telah dihapuskan di
bawah undang-undang ku, termasuk tebusan darah masa jahiliyah. Tebusan darah
yang pertama-tama ku hapuskan ialah tebusan darah Ibnu Rabi'ah bin Harits yang
disusukan oleh Bani Sa'ad, lalu ia dibunuh oleh Huzail. Begitu pula telah ku
hapuskan riba jahiliyah; yang mula-mula ku hapuskan ialah riba yang ditetapkan
'Abbas bin Abdul Muththalib. Sesungguhnya riba itu ku hapuskan semuanya.
Kemudian jagalah diri mu terhadap wanita. Kamu boleh mengambil mereka
sebagai amanah Allah dan mereka halal bagi mu dengan mematuhi peraturan-
peraturan Allah. Setelah itu kamu punya hak atas mereka, iaitu supaya mereka
tidak membolehkan orang lain menduduki tikar mu. Jika mereka melanggar,
pukullah mereka dengan cara yang tidak membahayakan. Sebaliknya mereka
punya hak terhadap mu. Iaitu nafkah dan pakaian yang patut. Ku wariskan kepada
mu sekalian suatu undang-undang yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan
tersesat sepeninggal ku, iaitu Kitabullah! Kamu semua akan ditanya mengenai diri
ku. Apakah akan jawab mu?" Jawab mereka, "Kami menjadi saksi bahawa engkau
telah menyampaikan risalah ini kepada kami, telah menunaikan tugas mu dan telah
memberi nasihat kepada kami." Lalu beliau bersabda sambil mengangkat
telunjuknya ke langit, dan menunjuk kepada orang ramai. "Wahai Allah!
Saksikanlah!" (3x). Sesudah itu beliau azan, kemudian qamat lalu solat Zohor,
kemudian qamat lagi, lalu solat Asar tanpa solat sunat antara keduanya. Sesudah
itu beliau meneruskan perjalanan menuju ke tempat wukuf. Sampai di sana,
dihentikannya unta Qashwa di tempat berbatu-batu dan orang-orang yang berjalan
kaki berada di hadapannya. Beliau menghadap ke kiblat dan sentiasa wukuf
sampai matahari terbenam dan mega merah hilang. Kemudian beliau teruskan pula
perjalanan dengan membonceng Usamah di belakangnya, sedang beliau sendiri
memegang kendali. Beliau tarik tali kekang unta Qashwa, sehingga kepalanya
hampir menyentuh bantal palana. Beliau bersabda dengan isyarat tangannya, "Hai,
orang ramai! Tenang! Tenang!" Tiap-tiap beliau sampai ke pinggang bukit
dikendurkannya tali unta sedikit untuk memudahkannya mendaki. Sampai di
Muzdalifah beliau solat Maghrib dan Isyak dengan satu kali azan dan dua qamat,
tanpa solat sunat antara keduanya. Kemudian beliau tidur hingga terbit fajar.
Setelah tiba waktu Subuh, beliau solat Subuh dengan satu azan dan satu qamat.
Kemudian beliau tunggangi pula Qashwa meneruskan perjalanan sampai ke
Masy'aril Haram. Sampai di sana beliau menghadap ke kiblat, mendoa, takbir,
tahlil dan membaca kalimah tauhid. Beliau wukuf di sana hingga langit kekuning-
kuningan dan berangkat sebelum matahari terbit sambil membonceng Fadhal Ibnu
'Abbas. Fadhal seorang lelaki berambut indah dan berwajah putih. Ketika beliau
berangkat, berangkat pulalah orang-orang besertanya. Fadhal menengok kepada
mereka, lalu mukanya ditutup Rasulullah dengan tangannya. Tetapi Fadhal
menoleh ke arah lain untuk melihat. Rasulullah saw. menutup pula mukanya
dengan tangan yang lain, sehingga Fadhal mengarahkan pandangannya ke tempat
lain. Sampai di tengah lembah Muhassir, dipercepatnya untanya melalui jalan
tengah yang langsung menembus ke Jumratul Kubra. Sampai di Jumrah yang dekat
dengan sebatang pohon, beliau melempar dengan tujuh buah batu kerikil sambil
membaca takbir pada setiap lemparan. Kemudian beliau terus ke tempat
penyembelihan korban. Di sana beliau menyembelih enam puluh tiga haiwan
korban dengan tangannya dan sisanya diserahkannya kepada 'Ali untuk
menyembelihnya, iaitu sebagai haiwan korban bersama-sama dengan anggota
jemaah yang lain. Kemudian beliau suruh ambil dari setiap haiwan korban itu
sepotong kecil, lalu disuruhnya masak dan kemudian beliau makan dagingnya
serta beliau minum kuahnya. Sesudah itu beliau naiki kenderaan beliau menuju ke
Baitullah untuk tawaf. Beliau solat Zohor di Mekah. Sesudah itu beliau datangi
Bani 'Abdul Muththalib yang sedang menimba sumur Zamzam. Beliau bersabda
kepada mereka, "Hai Bani Abdul Muththalib! Berilah kami minum! Kalaulah
orang ramai tidak akan salah tanggap, tentu akan ku tolong kamu menimba
bersama-sama. Lalu mereka timbakan seember, dan beliau minum daripadanya."
32.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1773.
Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami dari
Amr bin Dinar dari Ibnu Syihab dari Malik bin Aus bin Al-Hadatsan berkata: "Aku
mendengar Umar bin Al-Khaththab berkata: "Sesungguhnya harta Bani Nadhir
adalah termasuk harta fai' yang diberikan Allah kepada RasulNya kerana orang-
orang muslim sama sekali tidak melarikan kuda maupun kenderaan lainnya, maka
harta itu murni bagi Rasulullah saw, lalu Rasulullah saw memisahkan dari harta itu
sebanyak nafkah keluarga Beliau untuk satu tahun, kemudian menjadikan sisanya
terdiri dari kuda dan pedang untuk persiapan perang di jalan Allah." Hadis ini
adalah hasan sahih.
33.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1834.
Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad; mewartakan kepada kami Abu
Mu'awiyah, dari Al-A'ir.asy, dari Syaqiq, dari 'Amr bin Al-Harits bin Al-
Mushthaliq, anak saudara (kemenakan) Zainab, isteri 'Abdullah, dari Zainab isteri
'Abdullah, dia berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah Saw.: Apakah
mencukupiku dari zakat, apabila aku nafkahkan (zakat itu) kepada suamiku dan
anak-anak yatim yang berada dalam pengasuhanku?" Rasulullah Saw. menjawab:
"Baginya ada dua pahala; pahala zakat dan pahala kekerabatan." Mewartakan
kepada kami Al-Hasan bin Muhammad bin Ash-Shabbah: Mewartakan kepada
kami Abu Mu'awiyah; mewartakan kepada kami Al-A'masy, dari Syaqiq, dari
'Amr bin Al-Harits, kemenakan Zainab, dari Zainab isteri 'Abdullah, dari Nabi
Saw. seperti hadis di atas.
34.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3404.
Dari Ibnu Syihab dari Abu Salamah ibnu Abdur Rahman berkata: "Fatimah binti
Qais berkisah, bahawa ia pernah menjadi isteri Abu 'Amr ibnu Hafesh Ibnu Al
Mughirah, kemudian ia diceraikan suaminya untuk ketiga kalinya. Kemudian ia
datang pada Rasulullah saw, dan meminta fatwa beliau tentang perihal keluarnya
ia dari rumah. Maka beliau menyuruhnya pindah ke rumah Ibnu Ummu Maktum si
buta. Akhirnya Marwan menolak memberi nafkah padanya (Fatimah) kerana ia
keluar dari rumah ketika masih iddah." Kata Urwah: "Aisyah mengingkari
peristiwa itu atas diri Fatimah.''
35. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3105.
Dari Ibnu Al Qasim dan Malik dari Abdullah bin Yazid dari Abu Salamah ibnu
Abdur Rahman dari Fatimah binti Qais ra bahawa Abu 'Amr ibnu Hafs
menceraikan dari jauh dengan talak tiga,kemudian ia (Abu 'Amr) menyuruh
seseorang mengirim gandum padanya hingga hal itu membuatnya marah. Maka
kata pesuruh itu: "Demi Allah, sesungguhnya kamu tidak ada hak apapun atas
kami." Lalu Fatimah datang kepada Rasulullah saw. dan menyampaikan hal itu
kepada beliau. Kata beliau: "Kamu memang tidak berhak atas nafkah itu."
Kemudian beliau menyuruhnya tinggal di rumah Ummu Syarik. Tetapi ia tidak
mahu, sebab Ummu Syarik wanita yang banyak tamunya. Kalau begitu kamu
tinggal saja di rumah Ibnu Ummu Maktum, kerana dia seorang yang buta, maka
kamu tidak usah takut terlihat olehnya. Jika iddahmu telah habis, maka beritahu
aku". Kata Fatimah: "Setelah mana iddahku habis, aku sampaikan kepada beliau,
bahawa Mu'awiyah ibnu Abu Sufyan dan Abu Jahm telah melamar ku". Kata
beliau: "Abu Jahm ia adalah seorang yang suka memukul isteri; Adapun
Muawiyah, ia bagaikan burung, yang tidak punya apa-apa. Bagaimana kalau kamu
menikah dengan Usamah ibnu Zaid." Pada mulanya ia menolak sebab ia tidak
mencintainya. Sampai Rasulullah mengulanginya sekali lagi: "Menikahlah kamu
dengan Usamah ibnu Zaid." Kata Fatimah:"Akhirnya aku menerimanya. Ternyata
Allah memberikan kebaikan pada diriku, dan aku merasa senang dengannya." |
36.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4104.
Mewartakan kepada kami Al-Hasan bin Abur-Rabi'; mewartakan kepada kami
'Abdurrazzaq; mewartakan kepada kami Ja'far bin Sulaiman, dari Tsabit, dari
Anas, dia berkata: "Salman mengeluh sakit, lalu Sa'ad menjenguknya. Maka Sa'ad
melihatnya sedang menangis, lalu dia mengatakan padanya: "Apa yang
membuatmu menangis? Wahai saudaraku! Bukankah engkau telah bersahabat
dengan Rasulullah saw.? Bukankah engkau (demikian dan demikian"?" Salman
menjawab: "Aku tidak menangis kerana salah satu dari dua hal yang kau
sampaikan itu. Dan aku tidak menangis kerana bakhil meninggalkan dunia atau
benci terhadap akherat. Akan telapi aku menangis kerana Rasulullah saw. pernah
berpesan sesuatu kepadaku. Dan aku tidak melihat diriku ini kecuali telah
melampauinya". "Apa yang dipesankan padamu?" Tanya Sa'ad. Salman menjawab:
"Beliau berpesan padaku bahawa cukuplah bagi salah seorang diantara kalian
(harta) seperti bekal seorang pengendara. Maka aku tidak melihat diriku ini kecuali
telah melampauinya. Dan engkau sendiri ya Sa'ad. Maka bertakwalah kepada
Allah dengan hukummu apabila engkau menghukum. Dan dengan pembagianmu
apabila engkau membagi. Dan dengan cita-citamu apabila engkau bercita-cita".
Tsabit berkata: "Maka sampai khabar kepadaku, bahawa dia mati tidak
meninggalkan apapun kecuali wang kira-kira dua puluh Dirham lebih, dari nafkah
yang dimilikinya". Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada Ja'far bin Sulaiman
Adh-Dhuba'iy, dia itu meskipun Muslim mengeluarkan hadisnya serta dinyatakan
tsiqqah oleh Ibnu Ma'in, namun Ibnul-Madiniy berkomentar: "Dia tsiqqah di sisi
kami, hanya saja banyak meriwayatkan hadits-hadits munkar dari Tsabit. Al-
Bukhariy berkata dalam kitabnya "Adh-Dhu'afa-": "Dia menyelisihi perawi lain
yang lebih kuat dalam beberapa hadisnya. Ibnu Hibbah berkata dalam
"AtsTsiqqat": "Adalah Sulaiman membenci Abu Bakar dan 'Dinar. Dan Yahya bin
Sa'id menganggapnya lemah".
37.Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0931.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa
menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa
pintu syurga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan! Maka siapa yang mengerjakan
solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang, ia akan
dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa, ia akan dipanggil dari pintu rayyaan,
dan siapa yang bersedekah, ia akan dipanggil dari pintu sedekah. " Kata Abu
Bakar, "Aku tebus engkau dengan Bapa dan Ibuku, hai Rasulullah! Tiadalah suatu
kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah
seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?" Jawab Nabi saw., "Ya, dan
aku mengharapkan supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu."
38.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3667.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami
Zaid bin Al-Hubab, dari Musa bin 'Ulay; Aku mendengar ayahku menyebut hadis,
dari Suraqah bin Malik, bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Mahukah aku
tunjukkan kepada kalian tentang sedekah yang paling afdhal? Anak perempuan mu
akan kembali kepadamu (jika dicerai suaminya), dan dia tidak mempunyai orang
yang mencarikan nafkahnya, selain engkau". Dalam Az-Zawa-id: Para perawi
dalam isnad hadis ini tsiqqat, hanya saja 'Ulay bin Rabah tidak mendengar dari
Suraqah.
39.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3406.
Dari Asy Sya'by berkata: "Aku datang pada Fatimah binti Qais untuk bertanya
tentang keputusan Rasulullah saw atas dirinya. ia berkata: "Suamiku menceraikan
ku untuk ketiga kalinya, kemudian adukan ia pada Rasulullah, kerana ia tidak
memberiku tempat tinggal dan nafkah selama aku masih iddah. Maka Rasulullah
menyuruhku tinggal di rumah Ibnu Ummu Maktum."
40.Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0741.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:
Perumpamaan orang yang kikir dengan orang yang pemurah, seperti dua orang
memakai baju besi yang menutupi susu sampai ke leher. Orang yang pemurah,
bajunya lapang dan sempurna menutupi badan sampai ke anak-anak jarinya dan
menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kikir, kerana ia tidak
hendak menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap pertemuan bajunya menyempit di
tempatnya. Ia berusaha hendak melonggarkan, tetapi tidak boleh longgar."
41.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1835.
Mewartakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibali; mewartakan kepada kami
Yahya bin Adam; mewartakan kepada kami Hafsh bin Ghiyats, dari Hisyam bin
'Urwah, dari ayahnya, dari Zainab bint Ummu Salamah, dari Ummu Salamah, dia
berkata: Rasulullah Saw. memerintahkan kami zakat. lalu Zainab isteri 'Abdullah
bertanya: "Apakah mencukupiku dari zakat, apabila aku sedekahkan (zakat itu)
kepada suamiku yang miskin, dan kemenakan-kemenakanku yang telah yatim?
sedangkan sayalah yang memberi nafkah kepada mereka demikian dan demikian,
dan setiap keadaan." Dia melanjutkan: Rasulullah Saw. menjawab: "Ya, boleh."
Dia, 'Urwah, berkata: "Dia, Zainab, adalah seorang pengrajin tangan." Dalam Az-
Zawa-id: Isnad hadis ini sahih, dan mempunyai syahid yang sahih, yaitu yang
diriwayatkan para imam dalam Kutubus-sittah, kecuali Abu Dawud, dari hadis
Zainab isteri 'Abdullah bin Ma'ud.
42.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2738.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami
Syababah. Mewartakan kepada kami Muhammad bin AL-Walid, mewartakan
kepada kami Muhammad' bin Ja'far. Mereka-yakni; SyAbabah dan Muhammad
bin Ja'far-berkata: Mewartakan kepada kami Syu'bah, mewartakan kepadaku
Budail bin Maisarah Al-'Uqailiy, dari 'Ali bin Abu Thalhah, dari Rasyid bin Sa'ed,
dari Abu 'Amir Al-Hauzaniy, dari AlMiqdam, yaitu Abu Karimah, seorang lelaki
dari penduduk Syam, termasuk sahabat Rasulullah saw. dia berkata: Rasulullah
saw. bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan harta, maka untuk ahli warisnya.
Barangsiapa yang meninggalkan keluarga-yang wajib dinafkahi-, maka adalah
urusan kami (Terkadang beliau mengatakan: Maka adalah urusan Allah dan Rasul-
Nya). Aku adalah pewaris orang yang tidak mempunyai waris. Akulah yang
membayar diyatnya dan mewarisinya. Dan pakcik dari ibu adalah pewaris orang
yang tidak mempunyai ahli waris. Dialah yang membayar diyatnya dan
mewarisinya".
43.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 2035.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan 'Ali bin Muhammad,
mereka berkata: Mewartakan kepada kami Waki', mewartakan kepada kami
Sufyan, dari Abu Bakr bin Abul-Jahm bin Shukhair Al-'Adawiy, dia berkata: Saya
mendengar 'Aisyah binti Qais mengatakan: Bahwasanya suaminya mentalaknya
tiga. Maka Rasulullah SAW. tidak memberinya rumah -kediaman dan tidak pula
nafkah.
44.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1430.
Dari Fatimah binti Qais r.a., katanya Abu 'Amru bin Hafash menceraikannya untuk
kali ketiga. Sedangkan dia jauh di rantau. Lalu Fatimah dikiriminya jagung melalui
wakilnya, tetapi Fatimah menolaknya. Wakil 'Amru berkata, "Demi Allah! Kami
tidak punya kewajiban apa-apa lagi terhadap anda." Kerana itu Fatimah datang
kepada Rasulullah saw. menanyakannya. Jawab beliau, "Memang, dia tidak wajib
lagi memberi mu nafkah." Sesudah itu Rasulullah saw. menyuruh Fatimah
menghabiskan masa 'iddahnya di rumah Ummu Syuraik. Tetapi kemudian beliau
berkata, "Ummu Syuraik banyak tetamu, banyak dikunjungi para sahabat ku.
Kerana itu pindahlah ke rumah Ibnu Ummi Maktum. Dia seorang buta. Engkau
boleh bebas di sana. Setelah 'iddah mu habis, beritahulah kepada ku." Kata
Fatimah, "Setelah 'iddah ku habis, lalu ku beritahukan kepada beliau bahawa
Mu'awiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jaham melamar ku." Jawab Rasulullah saw.,
"Abu Jaham tidak pernah meninggalkan tongkatnya (suka memukul). Sedang
Mu'awiyah bin Abi Sufyan miskin. Kerana itu sebaiknya kamu kahwin dengan
Usamah bin Zaid. "Aku tidak menyukainya, ya Rasulullah!" jawab Fatimah. Sabda
Nabi saw., "Kahwinlah dengan Usamah!" Lalu aku nikah dengan Usamah. Maka
Allah melimpahkan keberkatan bagi perkahwinan kami, sehingga aku merasa
bahagia di samping Usamah."
45.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 3074.
Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami Hatim
bin Isma'il; mewartakan kepada kami Ja'far bin Muhammad, dari ayahnya, dia
berkata: "Kami pergi mengunjungi Jabir bin 'Abdullah. Ketika telah sampai di
tempatnya, Jabir bertanya tentang orangorang (yang hadir di situ) hingga akhirnya
sampai padaku. "Aku adalah Muhammad bin 'Aly bin Al-Husain;" Kataku. Lalu
dia mengulurkan tangannya ke kepalaku, dan melepas kancing bajuku yang paling
atas, kemudian melepas kancing bajuku yang paling bawah. Kemudian meletakkan
telapak tangannya diantara kedua susuku. Ketika itu aku masih muda. Dia berkata:
"Selamat datang kepadamu, tanyalah apa saja yang engkau maul" Maka akupun
bertanya, saat itu dia sudah buta. Lalu waktu solat tiba, dia berdiri untuk
mengambil kain tenun yang dipakainya untuk selimut. Setiap kali dia menaruh
kain itu di dua bahunya, maka kedua hujungnya kembali lagi, kerana kecilnya.
Sementara selendangnya ada di alas gantungan di sampingnya. Lalu dia
mengimami solat kami. Lalu aku bertanya: "Beritahulah kami tentang haji
Rasulullah saw." Dia memberi isyarat dengan tangan, dan mengatupkan sembilan
jarinya, lalu berkata:" Sesungguhnya Rasulullah saw. tinggal selama sembilan
lahun di Madinah, dan tidak mengerjakan ibadah haji. Kemudian pada tahun yang
kesepuluh, diumumkan kepada khalayak, bahawa Rasulullah saw. hendak pergi
haji. Maka banyak sekali orang yang datang ke Madinah. Semuanya bermaksud
untuk mengikuti Rasulullah saw., dan beramal seperti amalnya. Maka beliau
keluar, dan kami keluar bersamanya, -Ketika-, kami tiba di Dzul-Hulaifah, Asma-
bint 'Umais melahirkan Muhammad bin Abu Bakar. Maka dia mengutus seseorang
untuk bertanya kepada Rasulullah saw. (dan isi pesannya adalah): "Apa yang harus
kuperbuat?" Beliau bersabda: "mandilah dan bercawatlah dengan kain dan
berihramlah". Lalu Rasulullah saw. solat di masjid. Kemudian mengenderai
Qashwa-(1) Hingga apabila unta beliau membawanya sampai di Baida-(2), (Jabir
berkata:) 1. Nama unta Nabi saw. 2. Sebuah tempat dekat masjid Dzul-Hulaaifah
Aku melihat sejauh-jauh pandangan mataku, di hadapan Rasulullah saw., beliau
berada diantara orang-orang yang berkendaraan dan orang-orang yang berjalan
kaki. Disebelah kanan beliau seperti itu juga, di sebelah kiri beliau seperti itu juga
dan di belakang beliau seperti itu juga. Ketika ayat-ayat Al-Quran turun
kepadanya, kami berada di dekatnya. Dan beliau mengeTahui takwilnya. Dan apa
saja yang beliau kerjakan dari suatu amalan, maka kami mengerjakan pula. Beliau
bertalbiyah dengan kalimat Tauhid " Labbaik allahurama labbaik labbaik la
syariika laka labbaik. Innal hamda wan-ni'mata laka, wal-mulka laa syarika laka''.
Dan orang-orangpun bertalbiyah dengan talbiyah seperti itu ketika mereka
bertalbiyah. Rasulullah saw. tidak menolak sedikit pun atas talbiyah mereka,
namun beliau tetap mengucapkan talbiyahnya sendiri. Jabir berkata: "Kami tidak
berniat selain haji, kami tidak bermaksud 'umrah. Sehingga apabila kami sampai di
Baitullah bersama Nabi saw., beliau mengusap rukun Aswad. Lalu berlari-lari
anjing tiga kali putaran dan berjalan biasa empat kali putaran. Kemudian beliau
datang ke Maqam Ibrahim, dan membaca: Wat-takhidzuu nsin maqaami ibrahima
mushaHa. Lalu beliau menjadikan Maqam tersebut di antara dia dengan Baitullah
(maksudnya solat). Dan ayah ku mengatakan (Aku tidak mengetahuinya kecuali
dia menyebutnya dari NabI Saw.): "Sesungguhnya beliau membaca dalam dua
rakaat itu: Qui yaa ayyuhal-kaafiruun (surat Al-KaSruun) dan qui huwallaflu shad
(surat Al-Ikhlas) Kemudian beliau kembali ke Baitullah, dan mengusap rukun
Aswad. Kemudian keluar dari Baitullah menuju Shafa. Sehingga apabila telah
dekat dengan Shafa, beliau membaca: "Innash-shafaa wal-mar wata min Sya'a-
irillah. Kita mulai dengan apa yang disebut Allah lebih dahulu". Maka beLiau
memulai dari Shafa. Lalu menaiki Shafa hingga dapat melihat Baitullah. Lalu
beliau bertakbir serta bertahmid. Lalu beliau membaca: "Laa iLaaha il laflaahu
wahdah laa syariika lah iahui-mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumit wa huwa
'alaa kulli syai- in qadiir. Laa ilaaha illaliaahu wadhah laa syariika lah anjaza
wa'dah wanashara 'abdah wa hazamai-ahzaaba wahdah Artinya; Tidak ada Tuhan
kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah kerajaan itu, dan
MilikNyalah pujian itu, Yang Menghidupkan, dan Yang Mematikan, dan Dia
berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada Tuhan kecuali Allah saja, tidak ada sekutu
bagi-Nya, Dia telah menyempumakan janji-Nya, Yang telah menolong hamba-
Nya, Yang telah mengalah golongan yang bersekutu dengan sendiri-Nya).
Kemudian berdoa diantara itu. Sementara membaca seperti itu tiga kali. Kemudian
turun ke Marwa, beliau berjalan hingga kedua kakinya menginjak di tengah-tengah
lembah itu, lalu berlari-lari anjing di tengah lembah tersebut. Sehingga apabila
keduanya naik (yakni kedua kakinya), beliau berjalan biasa hingga sampai di
Marwa. Di atas Marwa beliau mengerjakan sesuatu seperti yang beliau kerjakan di
atas Shafa. Tatkala telah menyelesaikan thawafnya di atas Marwa, beliau bersada"
Seandainya aku telah menyelesaikan urusanku, tentu aku tidak akan berbalik ke
belakang menggiring binatang kurban. Dan aku jadikan haji kali ini 'umrah. Maka
barangsiapa diantara kalian yang tidak membawa binatang qurban, maka
hendaklah dia tahallul, dan menjadikan hajinya itu 'umrah saja. Maka semua orang
tahallul dan mencukur rambut, kecuali Nabi saw. dan orang yang membawa
binatang kurban. Kemudian Suraqah bin Malik bin Ju'syum berdiri, lalu bertanya:
"Ya Rasulullah! Apakah ini hanya untuk tahun kita ini saja atau untuk selama-
lamanya?" Jabir melanjutkan: Maka Rasulullah saw. mentautkan jari-jari
tangannya satu sama lain, seraya bersabda: "'Umrah telah masuk dalam haji seperti
ini". Beliau mengulangnya dua kali, dan (menjawab pertanyaan Suraqah): "Tidak,
bahkan untuk selama-lamanya". Jabir melanjutkan: "Sementara itu 'Ali datang
dengan membawa Budn (unta) Nabi saw., dan dia mendapati Fathimah termasuk
diantara orang yang tahallul. Dia mengenakan baju yang dicelup warna, dan
bercelak mata, maka 'Ali mengingkari (perbuatan)nya itu. Akan tetapi Fathimah
menjawab: "Ayah memerintahku untuk mengerjakan ini". Dan adalah 'Ali ketika
berada di Irak mengatakan: "Maka aku datang menemui Rasulullah saw.
mengadukan Fathimah atas apa yang telah dia kerjakan, dan minta fatwa
Rasulullah saw. mengenai apa yang dikatakan Fathimah dari beliau, dan aku
mengingkari (perbuatan)nya itu. Maka beliau berkata: "Dia benar ... Dia benar.
Apa yang engkau ucapkan ketika engkau memutuskan untuk haji?" Dia menjawab:
"Aku membaca: "Ya Allah! Sesungguhnya aku berihram dengan ihram Rasul-Mu
saw". Beliau berkata:" Sesungguhnya aku membawa binatang qurban, maka dari
itu engkau tidak halal (tahallul.". Jabir melanjutkan: "Adalah kumpulan binatang
kurban yang dibawa oleh 'Ali dari Yaman, dan yang dibawa oleh Nabi saw. dari
Madinah, sejumlahnya seratus ekor. Kemudian semua orang tahallul dan
mencukur rambut, kecuali Nabi saw. dan orang-orang yang membawa binatang
kurban. Ketika (tiba) hari Tarwiyah, mereka bertolak ke arah Mina, berihram
untuk haji, sedangkan Nabi saw. sendiri mengenderai binatang. Kemudian beliau
solat Zuhur, 'Asar, Maghrib, 'Isya dan Subuh di Mina. Kemudian tinggal sebentar
hingga matahari terbit. Dan beliau memerintah agar dipasangkan Khemah dari
bulu, maka dipasanglah khemah tersebut buatnya di Namirah. Maka Rasulullah
saw. berjalan. Adapun orang-orang Quraisy tidak ragu lagi, kalau beliau akan
wuquf di Masy'aril-Haram atau Muzdalifah, sebagaimana yang diperbuat orang-
orang Quraisy dahulu pada masa jahiliyyah. Maka Rasulullah saw. melalui
(Muzdalifah) hingga datang ke 'Arafah. Dan beliau mendapati khemah tersebut
telah dipasang buatnya di Namirah, lalu beliau turun di situ. Hingga apabila
matahari telah tergelincir, beliau memerintah, agar Qashwa-disiapkan, maka unta
tersebut disiapkan baginya. Lantas beliau mengenderainya hingga datang ke
tengah-tengah lembah itu, lalu berkhutbah di hadapan khalayak, beliau bersabda:
"Sesungguhnya dari kalian dan harta kalian adalah haram atas kalian, sebagaimana
haramnya dari kalian ini, di bulan kalian ini, di negeri kalian ini. Ketahuilah!
Bahwasanya segala sesuatu dari perkara di masa jahiliyyah terletak di bawah dua
kakiku ini (batal). Dan darah jahiliyyah adalah batal. Dan darah yang pertama kali
aku batalkan adalah darah Rabi'ah bin Al-Harits (dia mencari wanita tukang
menyusui di perkampungan bani Sa'ad. dan Hudzail membunuhnya). Dan riba
jahiliyyah adalah batal. Dan riba yang pertama kali aku batalkan adalah riba kami,
riba Al-'Abbas bin 'Abdul-Muththalib, sesungguhnya semuanya itu batal. Dan
takutlah kalian perihal wanita. Karena sesungguhnya kalian mengambil mereka itu
sebagai amanat Allah, dan kalian menghalalkan farj mereka itu dengan Kalimat
(hukum) Allah. Dan sesungguhnya hak kalian yang ada pada mereka adalah,
supaya mereka tidak mengidzinkan seseorang yang tidak kalian senangi masuk
rumah kalian. Dan apabila mereka mengerjakan itu, maka pukullah mereka dengan
pukulan yang tidak terlalu keras. Dan kalian wajib memberi nafkah mereka dan
pakaian mereka dengan cara yang ma'ruf. Dan sungguh telah aku tinggalkan pada
kalian (perkara), jika kalian berpegang teguh dengannya, nescaya kalian tidak akan
tersesat. yaitu Kitabullah. Dan kalian semua akan ditanya tentangku. maka apa
yang akan kalian katakan?" Para sahabat menjawab: "Kami bersaksi, bahawa
engkau telah menyampaikan, dan telah melaksanakan, serta telah memberi
nasihat". Lalu beliau mengacungkan jari telunjuknya ke langit, dan
mencondongkan telunjuk tersebut ke arah khalayak seraya bersabda: "Ya Allah!.
Saksikanlah. Ya Allah saksikanlah." Beliau mengulang ucapannya itu tiga kali.
Kemudian Bilal mengumandangkan adzan, kemudian dia membaca iqamat. Maka
beliau solat Zuhur. Kemudian Bilal membaca iqamat, maka beliau solat asar. Dan
beliau tidak mengerjakan solat apapun diantara kedua solat itu. Kemudian
Rasulullah saw. mengenderai (Qashwa) hingga datang ke tempat wuquf. Dan
beliau menjadikan perut untanya rapat ke batu-batu gunung, dan menjadikan
tempat berkumpul orang orang yang berjalan itu di hadapannya, dan beliau
menghadap kiblat. Dan beliau tetap berdiri hingga matahari terbenam, serta hilang
sedikit warna kuningnya, yaitu hingga hilang bulatannya. Dan Usamah bin Zaid
membonceng di belakangnya. Maka Rasulullah saw. berangkat, dan menarik tali
kekang Qashwa, hingga hampir-hampir kepalanya itu menyentuh tempat duduk di
kenderaan itu. Dan beliau memberi isyarat (kepada orang ramai) dengan tangan
kanannya, seraya berkata: "Hai orang-orang! Tenang. Tenang". Dan setiap kali
sampai ditanah pasir yang lebar, beliau longgarkan kendalinya hingga (waktu)
mendaki. Kemudian datang ke Muzdalifah, lalu solat Maghrib dan 'Isya- di situ
dengan satu adzan dan dua iqamat. Dan beliau tidak solat -apapun diantara kedua
solat itu. Kemudian Rasulullah saw. berbaring hingga terbit fajar, Lantas beliau
solat Subuh ketika nampak baginya waktu subuh dengan satu adzan dan satu
iqamat. Kemudian beliau mengenderai Qashwa-hingga sampai di Masy'aril -
Haram, lalu beliau mendakinya seraya bertahmid, bertakbir, dan bertahlil kepada
Allah. Beliau tetap berhenti (wuquf) hingga pagi bercahaya. Kemudian beliau
berangkat sebelum matahari terbit. Dan beliau memboncengkan Al-Fadhl bin Al-
'Abbas. Al-Fadhl adalah seorang laki-laki yang berambut bagus, putih kulitnya dan
elok mukanya. Ketika Rasulullah saw. berangkat, beberapa orang wanita lewat
dengan berlari, maka dia, Al-Fadhl mulai melihat mereka itu. Lantas Rasulullah
saw. meletakkan tangannya dari arah yang lain. Dan Al-Fadhl memalingkan
mukanya dari arah yang lain untuk melihat. Sehingga sampai di lembah Muhassir.
Lalu beliau mempercepat sedikit (kendaraannya). Kemudian beliau mengambil
jalan tengah yang dapat membawamu keluar ke Jamrah Kubra, hingga beliau
sampai pada Jamrah yang dekat pohon. Lalu beliau melempar tujuh batu, dan
bertakbir dengan setiap (lemparan) batu dari batu-batu itu, seperti batu ketapel.
Beliau melempar dari tengah-tengah lembah, kemudian pergi ke tempat
sembelihan. Maka beliau menyembelih enam puluh tiga ekor unta dengan
tangannya sendiri. Dan memberikan (yang lain) kepada 'Ali, lalu 'Ali menyembelih
unta yang tersisa. Beliau menyertakan 'Ali dalam binatang qurbannya. Kemudian
Beliau memerintah (seseorang) untuk mengambil sepotong daging dari setiap
untanya. Maka potongan daging tersebut ditaruh dalam periuk, lalu dimasak.
Lantas mereka berdua (Nabi saw. dan 'Ali) makan dagingnya dan minum kuahnya.
Kemudian Rasulullah turun ke Baitullah. (untuk tawaf). Kemudian beliau solat
Zuhur di Mekah, lalu mendatangi Bani 'Abdul-Muththalib, mereka sedang
memberi minum di atas (sumur) Zam-zam. Maka beliau bersabda: "Timbakan air
hai bani 'Abdul-Muththalib! Seandainya saja orang-orang itu tidak membuat kalian
sibuk dalam urasan memberi minum, nescaya aku akan menimba bersama kalian".
Maka mereka memberikan ember kepada beliau, lalu beliau minum airnya.
46. Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2511.
Mewartakan kepada kami Ahmad bin Tsabit Al-Jahdariy mewartakan kepada kami
Ya'qub bin Ishaq Al-Hadhramiy; mewartakan kepada kami Sulaiman bin Hayyan;
aku mendengar ayahku mewartakan hadis dari Abu Hurairah, dari Nabi saw.,
beliau bersabda: "Dahulu, pada masa orang sebelum kamu, ada seorang laki-laki
yang membeli sebidang tanah. Lalu dia menemukan bejana dari emas dalam tanah
tersebut. Maka dia berkata: "Aku hanya membeli tanah darimu, dan aku tidak
membeli emas darimu (maka ambillah emas ini)!" Lantas orang yang dibeli
tanahnya itu menjawab: "Sesungguhnya aku telah menjual tanah itu kepadamu
beserta isinya". Kemudian keduanya memperkarakannya kepada seorang laki-laki.
Laki-laki tersebut bertanya: "Apakah kalian berdua mempunyai anak?" Maka salah
seorang dari mereka berkata: "Aku punya seorang anak laki-laki". Dan yang lain
berkata: "Aku punya seorang anak perempuan". Laki-laki tersebut berkata: "Jika
demikian nikahkan saja anak laki-laki itu dengan anak perempuan tersebut. Dan
hendaknya keduanya menafkahi diri mereka dengan emas itu. Dan hendaknya
mereka berdua bersedekah".
47 .Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3277.
Dari Abu Bakrah (Abul Jahm) berkata: "Fatimah binti Qais berkisah: "Setelah
suamiku mengirimkan talaknya padaku, maka aku segera mengemasi bajuku,
kemudian aku datang pada Rasulullah saw. untuk mengadukannya. Tanya
Rasulullah: "Berapa kali ia menceraikanmu". Jawabku: "Tiga kali". Sabda beliau:
"Kamu tidak berhak menuntut nafkah, dan tinggallah kamu di rumah sepupumu
Abdullah ibnu Ummu Maktum, kerana ia seorang yang buta, hingga kamu aman
dari pandangannya. Bila iddahmu telah habis masanya, maka beritahulah aku."
48.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2433.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami
'Affan; mewartakan kepada kami Hammad bin Salamah; mengkhabarkan
kepadaku 'Abdul-Malik, Abu Ja'far, dari Abu Nadhrah, dari Sa'ad bin Al-Athwal,
bahawasanya saudaranya mati dan meninggalkan hutang sebanyak tiga ratus
dirham serta meninggalkan tanggungan keluarga. Lalu aku bermaksud untuk
memberi nafkah kepada keluarganya. Namun Nabi saw. berkata: "Sesungguhnya
saudaramu tertahan kerana hutangnya, maka dari itu bayarlah hutangnya itu".
Maka dia menjawab: "Ya Rasulullah, aku telah membayar hutangnya kecuali dua
dinar. Ada seorang wanita yang mengaku mempunyai pinjaman dua dinar itu,
padahal dia tidak punya bukti". Beliau memerintah: "Berikan wang itu padanya,
kerana sesungguhnya dia itu berhak (atas wang tersebut.". Dalam Az-Zawa-id:
Isnadnya sahih. 'Abdul-Malik, Abu Ja'far disebut oleh Ibnu Hibban dalam Ats-
Tsiqqat. Dan sisa perawi yang lain sahih. Shahibuz-Zawa-id berkata: Sa'ad tidak
memiliki dalam kitab hadis yang enam kecuali satu hadis ini.
49.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2440.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami
Waki', dari Zakariyya, dari Asy-Sya'biy, dari Abu Hurairah, dia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: "Punggung binatang itu boleh dinaiki jika menjadi
barang gadaian. Dan susu yang memancar boleh diminum, apabila menjadi barang
gadaian. Dan bagi orang yang menunggangi serta meminum (susunya)
berkewajiban memberinya nafkah (makan).
50.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0525.
Abu Sa'i Al-Asyaj meneeritakan kepada kami, 'Abdah bin Sulaiman dan Abu
Khalid Al-Ahmar memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Muhammad
bin Ishaq dan Nafi' dari Ibnu 'Umar dari Nabi s.a.w. dimana beliau bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu semua mengantuk pada hari Jumaat maka
hendaklah ia bergeser pada tempatnya dimana dia mengantuk." Abu 'Isa berkata:
"Hadis ini adalah hadis hasan sahih." 525. Ahmad bin Mani' menceritakan kepada
kami, Abu Mu'awiyah memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Al-Hajjaj
dari AlKakam dari Miqsam dari Ibnu 'Abbas dimana dia berkata: "Nabi s.a.w.
mengutus 'Abdullah bin Rawahah dalam suatu peperangan dan saat itu bertepatan
dengan hari Jumaat. Pada waktu pagi, teman-temannya siap berangkat dan ia
berkata: "Saya akan berangkat belakangan dan solat (Jumaat) bersama Rasulullah
s.a.w. kemudian saya akan menyusul mereka". Ketika selesai solat bersama Nabi
s.a.w., beliau melihatnya lantas bertanya kepadanya: "Kenapa kamu tidak
berangkat pagi bersama-sama dengan teman-temanmu?" la menjawab: "Saya ingin
solat bersama engkau kemudian saya akan menyusul mereka". Beliau lantas
bersabda: "Seandainya kamu menafkahkan segala apa yang ada di bumi, nescaya
kamu tidak akan mendapatkan sebagaimana keutamaan mereka berangkat pagi."
Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis yang tidak kami ketahui kecuali dari
riwayat ini saja". Ali bin Al-Madini mengatakan bahawa Yahya bin Sa'id
mengatakan bahawasanya Syu'bah berkata: "Al-Hakam tidak mendengar dari
Miqsam kecuali lima hadis saja", kemudian Syu'bah menghitung kelima hadis itu,
dan hadis ini tidak termasuk hadis-hadis yang dihitung oleh Syu'bah, seolah-olah
hadis ini tidak pernah didengar oleh Al-Hakarr. dari Miqsam. Pada ulama' berbeza
pendapat tentang berpergian pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat dilaksanakan.
Sebahagian di antara mereka berkata: "Apabila salah seorang berada pada waktu
pagi (di hari Jumaat) maka hendaklah ia tidak bepergian sebelum mengerjakan
solat Jumaat,"
51 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1932.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Tiada boleh iri hati
selain dalam dua hal: 1. Orang yang diberi Allah pengetahuan tentang Quran, lalu
dibacanya di waktu malam dan siang. Lalu dia mengatakan: Kalau kiranya saya
diberi serupa yang diberikan kepada orang itu, nescaya saya akan berbuat
sebagaimana yang diperbuatnya." 2. Orang yang diberi Allah harta, lalu
dinafkahkannya harta itu menurut mestinya. Lalu dia mengatakan: "Kalau kiranya
diberikannya kepada saya serupa yang diberikan kepada orang itu, saya akan
memperbuat pula sebagaimana yang diperbuatnya."
52. Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0731.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada seorang laki-laki berkata: "Saya akan
bersedekah. "Lalu ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke
tangan seorang pencuri. Orang banyak memperkatakan, "Ada pula orang
bersedekah kepada pencuri." Orang yang bersedekah itu berkata: "Ya, Allah!
Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah." Lalu ia keluar membawa
sedekahnya, kebetulan diberikannya kepada seorang perempuan lacur. Orang
banyak memperkatakan, "Semalam ada orang memberikan sedekah kepada wanita
pelacur." Orang itu berkata, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan
bersedekah." Ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan
orang kaya. Orang banyak memperkatakan pula, "Rupanya orang kaya pun
menerima sedekah juga." Kata orang yang memberi sedekah, "Ya, Allah! Untuk
Engkau segala puji. Saya berikan sedekah saya kepada pencuri, kepada wanita
lacur dan kepada orang kaya." Kemudian ia bermimpi. Rasanya ada malaikat yang
mengatakan kepadanya, "Sedekah engkau kepada pencuri, semoga menyebabkan
ia berhenti mencuri. Sedekah engkau kepada pelacur, semoga menyebabkan ia
berhenti melacur. Dan sedekah engkau kepada orang kaya, semoga
menyedarkannya dan mendorongnya untuk menafkahkan apa yang diberikan Allah
kepadanya."
53. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3402.
Dari Ikrimah berkata: "Firman Allah: "Walladziina yutawaffauna minkum
wayadzaruuna azwaajaw washiyyatal li-azwaajihim mataa'an ilal hauli ghaira
ikhraaj (Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan
meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi
nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari rumahnya.".
Ayat tersebut dinasakh dengan ayat: "Walladziina yutawaffauna minkum
wayadzaruuna azwaajay yatarabbashna bi-anfusihinna arba'ata asyhuriw wa'asyraa
(Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-
isteri, (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan
sepuluh hari)."
54 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1981.
Muhammad bin Wazir Al-Wasithi menceritakan kepada kami, Muhammad bin
Ubaid menceritakan kepada kami, Muhammad bin Abdul-Aziz Ar Rasibi
menceritakan kepada kami dari Abu Bakar bin Ubaidillah bin Anas bin Malik
berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mencukupi nafkah kedua anak
perempuan, maka kelak aku dan dia masuk syurga seperti dua jari ini." Beliau
memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah. Hadis ini adalah hasan
gharib. Muhammad bin Ubaid meriwayatkan dari Muhammad bin Abdul Aziz
tidak hanya satu hadis dengan sanad ini dan dia berkata dari Abu Bakar bin
Ubaidullah bin Anas. Yang benar adalah Ubaidullah bin Abi Bakar bin Anas.
55.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0947.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah
berfirman kepada ku: Berinfaklah kamu, Aku akan berinfak kepada mu." Sabda
Rasulullah saw., "Pemberian Allah selalu cukup, dan tidak pernah berkurang
walaupun mengalir siang dan malam. Adakah terfikir olehmu, sudah berapa
banyakkah yang dinafkahkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi?
Sesungguhnya apa yang di dalam tangan Allah tidak pernah berkurang kerananya.
'Arasynya di atas air, sedangkan di tanganNya yang lain maut yang selalu naik
turun."
56.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3401.
Dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ra. berkata; "Firman Allah: Walladzina
yutawaffauna minkum wa yadzaruuna azwaajaw washiyyatal liazwaajihim
mataa'an ilal hauli ghaira ikhraaj (Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di
antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya,
(iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari
rumahnya), ayat tersebut dinasakh/dihapus dengan ayat waris yang menetapkan
hak wanita sebanyak seperempat dari harta yang ditinggalkan suaminya, jika
suaminya tidak mempunyai anak, atau seperlapan dari harta itu.jika suaminya
mempunyai anak. Kemudian iddahnya selama setahun dinasakh tinggal empat
bulan sepuluh hari."
57.Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0994.
Dari Abu Umamah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Hai, anak Adam!
Sesungguhnya jika engkau sedekahkan kelebihan harta mu, akan lebih baik bagi
mu daripada jika engkau tahan-tahan (simpan). Yang malah akan berbahaya bagi
mu. Dan engkau tidak akan dicela jika menyimpan sekadar untuk keperluan.
Dahulukanlah memberi nafkah kepada orang yang menjadi tanggunganmu."
58.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1218.
Al Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an menceritakan kepada kami, Malik
menceritakan kepada kami, dari Sa'ad bin Ishaq bin Ka'ab bin 'Ujrah;
Sesungguhnya Furai'ah binti Malik bin Sinan iaitu saudara Abu Sa'id Al Khudzri
memberitahukan kepadanya; Bahwasanya ia datang kepada Rasulullah saw dengan
meminta (izin) kepadanya untuk pulang kepada keluarganya Bani Khudrah.
Karena suaminya keluar mencari hamba-hamba sahayanya yang minggat (lari) dan
ketika ia sampai di luar kota "Qudum" (6 mil dari Madinah) hamba-hamba itu
membunuhnya. Furai'ah binti Malik berkata: "Maka saya meminta (ijin)
Rasulullah saw untuk pulang ke keluargaku, kerana sesungguhnya suamiku tiada
meninggalkan untukku tempat tinggal dan nafkah yang ia miliki". Maka
Rasulullah saw bersabda: "Ya". Kemudian saya berangkat pulang sehingga ketika
saya sampai di bilik (atau di masjid) Rasulullah saw memanggil ku atau (rawi
ragu) Rasulullah memerintahkan untukku dan saya dipanggil untuk
menghadapnya. Lalu Rasulullah bersabda: "Bagaimana kamu tadi berkata7" Maka
saya mengulangi cerita kepadanya tentang kejadian yang menimpa suamiku.
Rasulullah bersabda: "Tinggallah di rumah mu sampai masa iddah mu habis".
Maka saya melakukan iddah selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian ketika
Usman (menjadi khalifah) dia mengutus kepada ku dan dia bertanya tentang itu
kepada ku dan saya memberitahukannya, lalu ia mengikuti dan memutuskan
dengan itu.
59. Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1629.
Dari Ummu Salamah r.a., katanya: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya
Rasulullah, kalau saya membelanjai anak-anak Abu Salamah dan saya tidak mahu
meninggalkan mereka dalam keadaan terlantar, kerana mereka adalah juga anak-
anak saya, apakah saya memperoleh pahala?" Rasul menjawab: "Benar, engkau
akan memperoleh pahala atas segala nafkah yang engkau belanjakan."
60.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3459.
Menceritakan pada kami Tsabit dari Anas ra. berkata: "Ketika turun ayat: "Lan
tanaalul birra hattaa tunfiquu mimmaa tuhibbun. (Kamu sekali-kali tidak sampai
kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian. harta
yang kamu cintai), maka kata Abu Thalhah: "Sungguh, Tuhan kami pasti akan
meminta pertanggungan jawab pada kami tentang harta kami. Kini aku
persaksikan engkau, wahai Rasulullah, bahawa aku telah menyerahkan tanahku
untuk Allah". Sabda beliau- "Sedekahkanlah tanah itu untuk sanak kerabatmu,
iaitu untuk Hassan ibnu Tsabit dan Ubay ibnu Ka'ab."
61.Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2442.
Dari 'Iyadh bin Himar Al Mujasyi'iy r.a. katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw.
bersabda dalam khutbah sebagai berikut: "Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhan ku
memerintahkan kepada ku supaya mengajarkan kepada kamu sekalian apa-apa
yang belum kamu ketahui. Iaitu pengajaran yang diajarkan Allah kepada ku hari
ini. Firman Allah: Setiap harta yang Aku (Allah) berikan kepada seseorang hamba
adalah halal. Dan sesungguhnya Aku telah menciptakan hamba-hamba-Ku
semuanya berada dalam agama yang lurus. Tetapi mereka kemudian didatangi oleh
syaitan-syaitan lalu syaitan membelokkan mereka dari agama mereka dan
mengharamkan apa-apa yang telah Ku halalkan bagi mereka, dan menyuruh
mereka supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak diberi kekuasaan
apa-apa. Sesungguhnya Allah mengawasi penduduk bumi dengan kemarahan, baik
bangsa Arab maupun bangsa Ajam, kecuali sisa-sisa Ahli Kitab. Firman Allah
Ta'ala, "Sesungguhnya Aku mengutus engkau untuk mengujimu dan menguji
orang lain dengan engkau. Aku turunkan kepada mu Kitab yang tidak hilang kena
air, yang dapat engkau baca di waktu tidur dan bangun. Dan sesungguhnya Allah
memerintahkan kepada ku supaya membangkitkan kemarahan orang-orang
Quraisy." Jawab ku, "Ya, Tuhan ku! Nanti mereka pecah kepala ku dan mereka
tinggalkan seperti (pecahan) roti." Firman Allah, "Usir mereka seperti mereka
mengusirmu. Perangi mereka, nanti Kami bantu kamu memerangi mereka.
Keluarkan segala dana, nanti Kami beri dana engkau. Kirim pasukan tentera, nanti
Kami kirim pula tentera membantumu lima kali lipat. Perangilah olehmu bersama-
sama orang yang taat kepada mu, mereka yang durhaka kepada mu. Firman Allah
Ta'ala, "Penduduk syurga ada tiga macam: (1) Penguasa yang adil, pemurah, dan
bertindak sesuai dengan hukum. (2) Orang yang berhati pengasih dan berhati
lembut terhadap karib kerabat dan kaum muslimin. (3) Orang daif yang tidak
terkendalikan otaknya, mereka di samping kamu hanyalah ikut-ikutan, mereka
tidak mahu berkeluarga dan tidak menghendaki kekayaan. Penduduk neraka ada
lima macam: (1) Orang daif yang tidak mempergunakan otaknya, mereka hanya
menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya. (2)
Pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal kecil dikhianatinya juga. (3)
Orang yang pagi petang berusaha hendak menipumu, tentang keluargamu, dan
harta mu, (4) Orang bakhil atau pendusta. (5) Orang yang bermulut kotor (orang
yang berperangai buruk dan suka menggunjing).
62 .Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0046.
Saad bin Abi Waqas r.a., menceritakan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda:
"Nafkah (infak) yang Anda berikan semata-mata kerana Allah, nescaya diberi
pahala oleh Allah; bahkan apa yang Anda berikan untuk makan isteri Anda
(belanja rumah tangga) akan diberi pahala juga oleh Allah."
63. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1271.
Abu Kuraib bin Yusuf bin Isa menceritakan kepada kami, mereka berkata: Wakie'
menceritakan kepada kami dari Zakaria dari Amir dari Abu Hurairah berkata:
Rasulullah saw bersabda: "Punggung hewan yang digadaikan boleh dinaiki dan
susu yang ada diteteknya boleh diminum kalau hewan itu digadaikan. Dan bagi
orang yang menaikinya dan meminum susunya wajib memberi nafkahnya". Hadis
ini hasan sahih. Saya tidak mengetahui hadis ini marfu', kecuali dari hadisnya
Amir As Sya'bi dari Abu Hurairah. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa rawi dari
A'masy dari Abu Shaleh dari Abu Hurairah berupa hadis mauquf. Yang
melaksanakan hadis ini adalah sebahagian ulama'. Seperti inilah pendapat Ahmad
dan Ishaq. Sebahagian ulama' berkata: Tidak boleh bagi orang yang menerima
gadai, memanfaatkan barang gadaiannya.
64.Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1695.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Sufyan, pernah datang
kepada Rasulullah saw., lalu katanya: "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Abu Sufyan
itu seorang lelaki yang bakhil. Dia tidak pernah memberi ku nafkah yang
mencukupi bagi keperluanku dan keperluan anak-anakku, kecuali bila kua mbil
hartanya tanpa setahunya. Berdosakah aku berbuat seperti itu?" Jawab Rasulullah
saw., "Boleh kamu ambil sekadar perlu untuk mencukupi keperluanmu dan anak-
anakmu."
65. Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3387.
Dari Zainab binti Ka'ab dari Al Furai'ah binti Malik bahawa ketika suaminya
keluar mencari para pekerja untuk bekerja padanya, tiba-tiba suaminya dibunuh
oleh mereka. Kemudian ketika ia menyampaikan hal itu pada Rasulullah saw dan
berkata: "Kini aku tidak tinggal di rumah suami ku, dan aku juga tidak mengambil
nafkah dari hartanya. Apakah boleh aku pindah kepada keluarga ku dan tinggal
bersama mereka sambil menunggu habisnya masa iddahku?" Sabda beliau:
"Lakukanlah". Kemudian beliau bertanya: "Apa yang kamu tanyakan tadi?" Maka
Furai'ah mengulangi pertanyaannya. Maka sabda beliau: "Tinggallah di mana
kamu mudah menerima berita."
66. Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1608.
Dari 'Amir bin Sa'ad r.a., dari bapanya, katanya: "Rasulullah saw. mengunjungi ku
ketika Haji Wada', kerana aku sakit keras hampir meninggal. Lalu aku berkata
kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Sebagaimana Anda lihat sendiri, kini aku sedang
terbaring sakit keras. Sedangkan aku mempunyai harta, tetapi tidak ada yang akan
mewarisinya selain hanya seorang anak perempuan ku. Bolehkah ku sedekahkan
dua pertiga dari harta ku itu?" Jawab Rasulullah saw., "Jangan!" Tanya ku,
"Bagaimana kalau ku sedekahkan seperduanya, bolehkah itu?" Jawab beliau,
"Tidak!" "Sepertiga?" "Sepertiga pun terlalu banyak. Sesungguhnya, adalah lebih
baik engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, daripada mereka
engkau tinggalkan dalam keadaan miskin, menadahkan tangan mereka meminta-
minta kepada orang banyak. Dan apa yang engkau nafkahkan kerana Allah, maka
engkau diberi pahala kerananya, hingga sesuap nasi sekalipun yang engkau
berikan untuk makan isteri mu." Tanya ku, "Aku masih tertinggal di Mekah setelah
kawan-kawan ku kembali ke Madinah, bagaimana itu?" Jawab beliau,
"Sesungguhnya engkau tidak tertinggal. Setiap amal yang engkau lakukan kerana
Allah, selalu mengangkat darjatmu ke tingkat yang lebih mulia. Mudah-mudahan
engkau panjang umur, sehingga bermanfaat bagi kaum muslimin, dan
mencelakakan bagi kaum kafir. Wahai Allah! Lanjutkanlah hijrah sahabat-sahabat
ku, dan janganlah engkau biarkan mereka mundur kembali. Tetapi sayang bagi
Sa'ad bin Khaulah, dia wafat di Mekah, dan Rasulullah saw. menangisinya."
67. Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1736.
Dari 'Umar r.a., katanya: "Harta rampasan dari Bani Nadhir termasuk harta yang
didapati tanpa pertempuran. Maka kerana itu harta tersebut khusus untuk Nabi
saw., untuk nafkah keluarganya setahun, sedang selebihnya dimanfaatkan untuk
perlengkapan perang dan alat senjata persediaan perang fi sabilillah."
68.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2351.
Menceritakan kepadaku Abu Umamah ibnu Sahel bin Hunaif mengkhabarkan pada
saya telah maksud dari firman Allah: "Wa laa tayammamul khabiitsa minliu
lunfiquun". (Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk, kemudian kamu
nafkahkan dari padanya). Ayat ini berkenaan dengan kurma Al-Ja'rur dan kurma
Launu Hubyaq, keduanya termasuk jenis kurma yang jelek, dan Rasulullah saw
telah melarang mengambil zakat dari jenis yang jelek."
69.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2035.
Al-Anshari menceritakan kepada kami, Maan menceritakan kepada kami, Malik
menceritakan kepada kami, dari Shafwan bin Sulaiman yang meriwayatkannya
secara langsung dari Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang bekerja untuk
memberi nafkah kepada wanita janda dan anak miskin adalah seperti orang yang
berperang di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa di waktu siang dan
melakukan solat di waktu malam."
70.Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 2036.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami
Jarir dan Mughirah, dari Asy-Sya'biy, dia berkata; Fathimah binti Qais berkata:
Suamiku mentalak -mencerai- aku, pada masa Rasulullah SAW. Kemudian
Rasulullah SAW. bersabda: "Tidak ada rumah -tempat tinggal dan tidak ada
nafkah".
71.Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2031.
Ahmad bin Muhammad menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al-Mubarak
menceritakan kepada kami dari Syukbah dari Adi bin Tsabit dari Abdillah bin
Yazid dari Abi Masud Al-Anshari dari Rasulullah SAW bersabda: "Nafkah
seseorang kepada keluarganya adalah sedekah." Dalam bab ini terdapat hadis dari
Abdillah bin Amr, Amr bin Umayyah dan Abu Hurairah. Hadis ini adalah hasan
sahih.
72.Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3409.
Dari Abu Bakar ibnu Hafesh berkata: "Aku dan Abu Salamah ibnu Abdur Rahman
datang pada Fatimah binti Qais dan bertanya tentang peristiwanya. la berkisah:
"Suamiku telah menceraikan ku untuk ketiga kalinya, dan ia tidak memberiku
tempat tinggal dan nafkah untuk ketiga iddahku, melalui sepupunya ia hanya
mengirimku sepuluh bungkusan, lima bungkus gandum dan lima bungkus kurma.
Maka aku datang pada Rasulullah dan mengadukan hal itu. Sabda beliau: "la
benar". Kemudian beliau menyuruhku pindah ke rumah Fulan.
top related