tuntutan hadhanah & nafkah anak

19
FaridahllanimbtOmar lwn. Abd. LatiffAshaari [Dalam Mahkamah ringgi Syariah Negeri pulau pinang (y.ATuan othman bin Ibrahim,HMTS)I Kes Mal No: 07 ln-028-0144-2D3, 07 tw-024-0145 -zCf,l3, 07 100-016- 0146-2003. u 1 wu3 -0 | 47 -2N3, Wtcolcf9, -0 1 48-2n3 undang'undang Kelaarga Islan-hadhanah-umur anak melebihi umur mumayy iz- anak tidak dipang g il memb eri kete ran gan -nffiah anak- cara mene ntukan kadar naJkah-p enyaks ian dalam p erbic araan nafkah- p e guam defendan berhujah ianya harus dibuktikan dengan saksi-saksi yang mengetahui-mahkamah tidak menerima hujahan peguam defendan kerana nafl@h kepada anak jarang berlaku di dalam keadaan penyaksian dan orang lain tidak mengetahui hal tersebut- jika bapa ingin menyatakan beliau tidak perlu memberi naJkah maka beban pembuktian terletak kepada beliau sendiri- muta'ah- penentuan kadar mutaah-nalkah tertunggak - s. 56, s.59(l), s. 61, s.72(1), s.79, s.81(I), s.82, s.84. undang-undang Keterangan -ikrar Defendan di hadapan hakim lain di dalam mahkamah adakqh mengikat atau tidak- sek. l7(2). FaktaKes Plaintif dan defendan berkahwin pada22/9/1983 dan telah bercerai pada 6/2/ 2003. Pasangan ini telah dikurniakan 3 orang anak iaitu:- Farhana binti Abd Latif berusia19tahun Muhammad Syahmi bin Abd Latif berusia 14tahun IrfanWafiy binAbd Latif berusia 12tahun Plaintif hadir ke mahkamah memohon perintah seperti berikut:- bahawaplaintif diberi hak jagaan (hadanah) anak-anak; bahawa defendan dibenarkan melawat dan bersama anak- anak tersebutpada waktu munasabah tertakluk kepada satu notis terdahulu kepada plaintif; L ii iii. 21

Upload: dibahumaidi

Post on 25-Nov-2015

470 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

ini adalah contoh kes sebagai rujukan bagi kes berkaitan tuntutan hadhanah dan nafkah anak

TRANSCRIPT

  • FaridahllanimbtOmarlwn.

    Abd. LatiffAshaari

    [Dalam Mahkamah ringgi Syariah Negeri pulau pinang (y.ATuan othman binIbrahim,HMTS)I

    Kes Mal No: 07 ln-028-0144-2D3, 07 tw-024-0145 -zCf,l3, 07 100-016- 0146-2003.u 1 wu3 -0 | 47 -2N3, W tcolcf9, -0 1 48-2n3undang'undang Kelaarga Islan-hadhanah-umur anak melebihi umurmumayy iz- anak tidak dipang g il memb e ri kete ran gan -nffiah anak- c aramene ntukan kadar naJkah-p enyaks ian dalam p e rbic araan nafkah- p e guamdefendan berhujah ianya harus dibuktikan dengan saksi-saksi yangmengetahui-mahkamah tidak menerima hujahan peguam defendan kerananafl@h kepada anak jarang berlaku di dalam keadaan penyaksian dan oranglain tidak mengetahui hal tersebut- jika bapa ingin menyatakan beliau tidakperlu memberi naJkah maka beban pembuktian terletak kepada beliau sendiri-muta'ah- penentuan kadar mutaah-nalkah tertunggak - s. 56, s.59(l), s. 61,s.72(1) , s .79, s .81( I ) , s .82, s .84.undang-undang Keterangan -ikrar Defendan di hadapan hakim lain di dalammahkamah adakqh mengikat atau tidak- sek. l7(2).

    FaktaKes

    Plaintif dan defendan berkahwin pada22/9/1983 dan telah bercerai pada 6/2/2003. Pasangan ini telah dikurniakan 3 orang anak iaitu:-

    Farhana binti Abd Latif berusia 19 tahunMuhammad Syahmi bin Abd Latif berusia 14 tahunIrfan Wafiy binAbd Latif berusia 12 tahun

    Plaintif hadir ke mahkamah memohon perintah seperti berikut:-

    bahawa plaintif diberi hak jagaan (hadanah) anak-anak;

    bahawa defendan dibenarkan melawat dan bersama anak-anak tersebutpada waktu munasabah tertakluk kepada satunotis terdahulu kepada plaintif;

    Liiiii.

    21

  • JHXXII/I

    tr'Nriilah Eilim bt OMlwn

    Abd. Latiff Ashmri (r427IJ)

    iii bahawa defendan dilarang membawa anak-anak tersebutkeluar daripada Negeri Pulau Pinang tanpa mendapatkankebenaran terlebih dahulu daripada plaintif;

    iv. bahawa defendan diperintahkan membayar nafkah anak-anak sejumlah RM1,250.00 sebulan kepada plaintif;

    v. Defendan diperintahkan membayar mutaah sebanyakRM20,000.00 kepada plaintif;

    vi. Defendan dikehendaki membayar plaintif wang perbelanjaanyuran tahunan dan/atau semester anak-anak sebanyakRM14,230.00 setahun;

    vii. Bahawa defendan diperintahkan membayar perbelanjaan. raya anak-anak sejumlah RMl,500.00 setahun kepadaplaintif;

    viii. Bahawa defendan diperintahkan membayar tunggakannafkah diri plaintif selama perkahwinan sejumlahRM96,000.00 kepada plaintif;

    iL Bahawa defendan diperintahkan membayar kos kepadaplaintif; dan

    x Lain-lain perintah atau relif sampingan yang adil mengikutHukum Syarak dan undang-undang sedia ada.

    Peguam plaintif berhujah anak sekarang berumur 20 tahun, 15tahun dan 14 tahun dan masih bersekolah dan masih di dalamjagaan plaintif sekarang ini. Peguam juga berhujah bahawawalaupun berumur lebih tetapi tidak ada keterangan daripadadefendan bagi menyangkal tuntutan ini. Inijuga telah dihujahkanpeguam defendan supaya budibicara mahkamah berkaitanhadhanah ini.

    Diputuskan

    Mahkamah dengan ini membuat keputusan seperti berikut:-

    i Bahawa plaintif diberi hakjagaan (hadhanah) 3 orang anak;

    28

  • Faridah Hanim bt OmarIwn.

    JH XXII / I Abd. LatiffAshmd (lfr1.rt\

    Bahawa defendan dibenarkan melawat dan bersama anak-anak tersebut selama seminggu setiap bulan dan mengambilseparuh cuti persekolahan atau semester;

    iii. Bahawa defendan diperintahkan membayar nafkah anak-anak kepada plaintif seperti berikut:-

    1V.

    vi.

    a. FarhanabintiAbdul Latif sebanyak RM450.00 sebulansebagai nafkah harian, RM400.00 setiap semesteruntuk perbelanjaan buku dan tuisyen dan RM800.00setahun sebagai yuran pembelajaran;

    b. Muhammad Syahmi bin Abdul Latif sebanyakRM350.00 sebulan sebagai nafkah harian RM200.00setiap tahun untuk perbelanjaan buku dan tuisyen danRM200.00 setahun sebagai yuran pembelajaran;

    c. Ifran Wafiy bin Abdul Latif sebanyak RM300.00sebulan sebagai nafkahharian, RM200.00 setiap tahununtuk perbelanjaan buku dan tuisyen dan RM100.00setahun sebagai yuran pembelajaran.

    Bahawa defendan diperintahkan membayar perbelanjaanraya anak-anak sejumlah RM1fi)0.00 setahun kepada plaintif;

    Mahkamah meluluskan nafkah diri tertangguh RM720.00;

    Mutaah sebanyak RM5000.00;

    Kos ditanggung oleh pihak-pihak; dan

    Perintah interim yang diluluskan oleh mahkamah inidibatalkan.

    vlt.

    vltl.

    PeguamSyarie:

    Plaintif: Ahmad Munawir dari Tetuan Lim Kean Siew

    Defendan: RosdeeAbd Razak dari Tetuan Rosdee Razak & partner

    29

  • Fgridah Hanim bt 0m' lwn.

    Abd, I[tllf AfhaariJH)OfiI/I 04nH)

    Al-Quranyangdinduk

    1. Surah a/-Ba qarah ay at 233, 236, 241

    2. Surah al-Nisa' ayat 171

    2. Surah al-Tal.ak ayatT

    Iladithyangdirujukl. Sunan Abu Daud Bab Talak

    2. Riwayat Muslitn

    Kitab-kitab yang din{iuk

    l. I'aanah al-Talibin, Juzuk4 ham. 357

    2. Fadhul Wahab bi Syarhil Minhaj al-Tullab3. Kifayah al-Akhyar Juzuk2,hlm. 42

    4. Syed Sabiq, Fiqh at-Sunnah, JihdS

    Undang-undang yang dirujuk

    l. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pul'au Pinang) 1985(PindaanThhun 1993) s.56, s.59(1), s.61, s.72(I),s.79, s.81(1), s' 82, s. 84

    2. (Indang-undang Keterangan Mahl

  • Hak hadhanah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalahtamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun,jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jikakanak-kanak itu perempuan, tetapi mahkamah boleh, ataspermohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilantahun, jika kanak-kanak itu lelaki dan umur sebelas tahun.jika kanak-kanak itu perempuan.

    Seksyen 84(2)Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepadabapa, dan j ika kanak-kanak i tu te lah mencapai umurkecerdikan (mumaiyiz) maka kanak-kanak itu adalah berhakmemilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya,melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya.

    Jika kita teliti seksyen inijelas menunjukkan bahawa hadhanah anak yangmelebihi umur mumaiyiz itu terpulang kepada anak-anak tersebut. walaupunbegitu mahkamah berpandukan keterangan yang diberikan di dalam perbicaraanyang lalu plaintif tidak mengemukakan anak-anak untuk disoal oleh mahkamahberkaitan had hadhanah ini walaupun mahkamah masih berpegang kepada asalsesuatu perkara itu adalah kepada ibu dan defendan gagal untuk membantah halini.

    oleh itu mahkamah berpegang kepada kaedah asal dan mahkamah dapatiplaintif masih mempunyai kelayakan tersebut. Ini sesuai dengan seksyen gl(l) -"Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segalaorang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalamperkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan." seksyen itujelas menyatakan ibu masih mempunyai kelayakan dari segi amnya untuk menj4gaanak-anaknya.

    Mahkamah ini merujukkepadaHukum Syarak di antaranyahadith riwayatAbu Daud di dalam bab talak, telah diriwayatkan dari Ibnu omar maksudnyabahawa seorang perempuan berkata, "ya Rasulullah, sesungguhnya bagi anaklaki-laki ku ini perutku lah yang mengandungnya, tetek saya menyusuinyadan pangkuan saya tempat perlindungannya, tetapi tiba-tiba ayahnya rnerasaberhakmengambilnya dari ku" maka Rasulullah s.a.w. bersabda "engkau lebihberhak terhadapnya selama engkau belum berkahwin lagi.',

  • Faridah Hanim bt Omar' lwn.

    Abd. Latiff AshaariJH XXII/ I (r427H)

    Seorang ulama Syed Sabiq di dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah Jllid 8 telahmenyatakan antara maksudnya "sesungguhnya setiap yang menjaga dan yangdijaga (anak) mempunyai hak di dalam hal pemeliharaan tetapi hak yangdijaga (anak) Iebih kuat dari hak yang menjaga".

    Menurut pandangan Syed Sabiq di atas, menunjukkan bahawakepentingan anak-anak harus diberi keutamaan sebab anak-anak akan membesarhasil dari usaha ibu-bapa, anak-anak lemah dari mencari nafkah, sebab itu bapasebagai pengawal anak wajib memastikan anak-anak hidup dengan baik dansempurna supaya menjamin masa hadapan mereka. Kegagalan bapa memberinafkah dengan sempurna akan menjejaskan semua perkara seperti yang telahdijelaskan di atas apayang dimaksudkan nafkah itu.

    Keselesaan hidup anak akan melambangkan bapa atau ibu yang mengasuh.Ini sesuai dengan hadith Nabi s.a.w.:-

    q*s ,f J:y Ltt ,F t Ctr r

  • Faridah Hanim bt Omar' Iwn.

    JH XXII / I Abd. LatiffAshmri (1427H)

    Beragama Islam, yang bererti orang kafir tidak mempunyai hak mengasuhanaknya yang Islam.

    Yang dapat menjauhkan diri daripada melakukan yang haram dalamagama, seperti minum arak atau meninggal sembahyang yang wajib. Inibererti orang yang fasik tidak berhak menjadi pengasuh.

    Orang yang amanah atau dipercayai, yang bererti orang yang tidakdapat dipercayai atau pengkhianat tidak berhak menjadi pengasuh.

    6. Orang yang tetap dalam negeri anak yang diasuhnya itu.

    1. Keadaan ibu si anak itu tidak bersuami lagi, kecuali dengan orang yangmahrim dengan anak itu seperti bapa saudaranya dari pihak bapanya,dengan syarat bapa anak itu redha atau setuju.

    Pandangan Mazhab Shafie di atas secara nyata dalamjelas bersesuaiandengan seksyen 82 di dalam Undang-undang Keluarga Islam pulau pinangtersebut.

    Pada pandangan mahkamah ini plaintif mempunyai syarat-syarat di dalamHukum Syarak dan Undang-undang untuk memboleh beliau sebagai hadhinahdan tidak mempunyai kecacatan atau perkara yang boleh menggugurkankelayakan sebagai penjaga yang sah kepada 3 orang anaknya dan defendangagal untuk menyakinkan mahkamah berkaitan syarat dan kelayakan itu patutdigugurkan. Oleh yang demikian, mahkamah ini berpendapat plaintif wajar diberihak sebagai hadhinah kepada 3 orang anak tersebut.

    NafkahAnak

    Menurut istilah Fuqahak nafkah bererti mengeluarkan belanja atau nafkahkepada mereka yang wajib atas seseorang itu menafkahinya atau mengeluarkanbelanjanya apa yang dimaksudkan dengan belanja ialah semua hajat dan keperluanyang berlaku menurut keadaan dan tempat seperti makanan, pakaian, tempattinggal dan seumpamanya.

    Takrifan di atas bersesuaian dengan seksyen 72(l) Undang-undang IslamPulau Pinang 1985 (Pindaan Tahun 1993) iaitu -

    33

  • JHXXII/]Faridrh lfsnim bt Omar' l w

    Abd. Litilf Ashuri 04nH)

    Seksyen 72(1)Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamahmemperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseoranglelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalamjagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakanbagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaransebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan tarafkehidupannya atau dengan membayar kosnya.

    Berdasarkan seksyen di atas jelas memperuntukkan bidangkuasamahkamah ini membuat perintah seperti yang dipohon itu, walaupun begitumahkamah akan merujuk kepada Hukum Syarak supaya lebih menyakinkan danmenepati kehendakAllah s.wt. di antaranya-

    (a) Al-Quran Svrah al-Talak ayatT -

    UK l iirr 66T ,b'# iil;* )r ,yt * $g :i',N.t'A

    -#.r*,- jiJr 'F* 166T 6 !t Lif ijtr

    Bermaksud :"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya,dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaHah memberi nafkahdari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu) Allahtidak akan memberati seseorang melainkan sekadar kemampuan yangdiberikan Allah kepadanya, (orang-orang yang dalam kesempitan)hendaklah ingat bahawa Allah akan memberikan kesenangan sesudahberlakunya kesusahan."

    oi r:Jlt ge ,# i,lGlertu qFrif

    Bermaksud:"Memadailah seorang itu mendapat dosa apabila dia menahanmakanan orang yang ditanggungnya."

    o)

    34

  • Faridah Hanim bt Omar

    (c) Hadith Riwayat SaidatinaAisyah r.h. yang berkatabahawaHindunberkata -Maksud:"Wahai Rasulullah bahawa Abu Suffian seorang yang kedekut tidakada baginya saya selamat daripada masuk ke rumah saya,', makajawab Rasulullah "Ambillah apa yang memadai bagi engkau dananak engkau apa yang sepatutnya.',

    (d) Al-Quran surah al-Baqarahayat233 :t4t :rrtprtikt gslFu:WF, *ir'i )jdt uv:

    Bermaksud :"dan kewajipan kepada bapa memberi makan dan pakaian kepadaisteri dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkansekadar kemampuannya.,'

    Ayat ini menjelaskan suami atau bapa wajib memberi nafkah kepada isteridan juga anak yang dilahirkan oleh isteri itu yang harus difahami dengan jelassupaya bapa faham dan tidak keberatan untuk mengabaikan tanggungiawabtersebut. Semua nas Hukum Syarak dan undang-undang di atas menjelaskantentang kewajipan bapa menanggung nafkah anak-anak.

    Mengikut keterangan plaintif beliau telah membelanjakan untuk keperluananak-anaknya dan defendan ada juga memberi tetapi tidak menentu. walaupunexhibit yang ditunjukkan itu sebagai asas pertimbangan mahkamah untuk

    ._

    me-nentukan kadar yang munasabah bagi nafkah anak-anak. Mengikut keterangandefendan sendiri semasa memberi keterangan beliau menjelaskan pendapatan diantara RM2000 - RM4000 sebulan. Ini adalah asas yang boleh mahkamah inipertimbangkan kerana pendapatan yang tinggi.

    Sudah tentu belanja hidup tinggi sesuai dengan taraf kehidupan pihak-pihak yang terbabit. Ini bersesuaian dengan Seksyen 6l ..

    "Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar,

    Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali ataskemampuan dan keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkahitu berbanding dengan pendapatan seorang yang terhadapnya perintahitu dibuat."

    35

  • Faridah Hmim bt Omu' lw.

    Abd. Latiff AshuiJHXXII/I (r427H)

    Mahkamah harus melihat tentang keperluan anak-anak dan tarafkehidupan, ini disebabkan keperluan anak-anak menjadi tanggungjawab bapa.Bagi menjelaskanlagi syaratwajib nafkahbagi anakiaitukewajipannafkahkepadaanak-anak bergantung kepada tiga syarat berikut:-

    l . Asal bagi seseorang kanak-kanak adalah berkemampuan baikdisegi pemilikan harta atau mempunyai keupayaan bekerja. Inibererti seseorang yang mempunyai harta yang mencukupi wajiblahmelaksana tanggungjawab tersebut. Kalau tidak mempunyai hartatidak berkeupayaan bekerja, maka wajiblah ia bekerja bagimenanggung nafkah bagi kanak-kanak yang menjaditanggungjawabnya.

    Kanak-kanak adalah seorang yang miskin, tidakmemiliki apa-apaharta dan tidak berkeupayaan bekerja. Mereka berikut dianggapsebagai tidak berkemampuan: -

    i kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang masih kecilyang belum baligh atau pun kerana menghidapi kecacatanbaik dari segi fizikal atau pun mental sekali pun ia seorangyang sudah meningkat umur baligh.

    Kanak-kanak perempuan yang sudah baligh tetapi belumberkahwin atau sudah berkahwin tetapi telah dicerai olehsuami. Bagaimana pun bapa boleh meminta anak-anakperempuan melakukan kerja-kerja yang tidak mendatangkanfitnah untuk menyara hidupnya.

    Mereka yang menuntut ilmu dianggap sebagai orang yangtidak berkemampuan. Ini adalah sekiranya keda-kerja yangdilakukan akan menjadi halangan kepada mereka di dalammenuntutilmu.

    iii.

    Mahkamah melihat kepada syarat-syarat di atas jelas bahawa walau punanak-anakitu membesar tetapi masih belajar ianya dikiralemah dari mencari nafkahuntuk dirinya. Jika anak-anak sibuk mencari nafkah dia akan ketinggalan di dalampelajaran atau masa hadapannya akan terganggu. Oleh itu mahkamah bersetujubahawa kewajipan bapa masih tidak terlepas dari tanggungjawab memberi nafkahkepada anak-anaknya. Kehidupan pihak-pihak di dalam keadaan yang tinggijuga harus diambil kira oleh mahkamah bagi mentafsirkan nafkah anak-anak ini.

    36

  • lwn. mar

    JH XXIJ / J Abd. LariffAshaari /r /r"u\

    Ibu yang menjaga dan mengawal anak-anak dan telah membelanjakansebahagian dari pendapatannya untuk menjaga anak yang menjadi kewajipanbapa. Kesanggupan ibu berkorban harus diberi sanjungan dan terima kasih didalam keadaan bapa yang gagal memainkan tanggungjawab dan anak-anakmasihlagi boleh meneruskan kehidupan ini dengan selesa. Jika ibu juga tidakmengorbankan sebahagian dari pendapatan itu akan menyulitkan anak-anakuntukbelajar atau meneruskan kehidupan dengan sempurna.

    Berdasarkan semua alasan Hukum Syarak di atas mahkamah iniberpandangan semua anak-anak tersebut masih lagi layak untuk mendapatkannafkah daripada bapa mereka.

    Mut'ah

    Menurut Hukum Syarak, " mut'ah iaitu suatu pemberian sagu hati selepasperceraian di atas suatu perceraian sebab yang patut dan ianya tertanggungke atas suami yang menceraikan isteri. Mut'ah ini tidak gugur dalam apakeadaan kecuali jika perceraian itu disebabkan keaiban di pihak isteriterhadap suami atau perceraian mati."

    Di dalam Kitab Kifayah al-AkhyarJuzuk 2 muka surat42bermaksud

    "Mut'ah ialah nama bagi harta yang dibayar atau diberikan oleh seoranglelaki kepada isteri disebabkan oleh perpisahan dengan perempuan itu.Dan setiap perpisahan daripada atau dari orang luar sama hukumnyadengan talak seperti saling bertuduhan berzina atau bapa si suami atauanaknya menyetubuhi isteri secara subahat dan sebagainya _setiapperpisahan dari pihak perempuan atau dengan sebab_sebab pada isteritidak terkena mutaah pada perpisahan itu seperti ia memfasakhkan nikahkerana ketidakmampuan suami pada memberi nafkah zahir atau keranaia menghilangkan diri atau difasakh oleh suami kerana keaiban yang adapada isteri."

    Berdasarkan takrifan di atas, dapat difahamkan mut'ah ialah pemberiansagu hati yang diwajib ke atas suami selepas perceraian berlaku bukan disebabkanfasakh atas aib isteri tersebut menurut Hukum Syarak.

    Di dalam kes ini danjuga keterangan yang ada menunjukkan perceraianberlaku di atas kehendak suami dan tidak ada keaiban dari pihak isteri. Mahkamahberpendapat plaintif masih mempunyai kelayakan untuk mendapatkan sagu hatiatau mut'ah tersebut. Mahkamah rnerujuk kepada nas Hukum syarak diantaranya -

    J I

  • Ftridah Hmim bt Omarlw.

    Abd. LatiffAshaariJHXXII / I (1427H)

    1. Al-QuranSurahal-Baqarahayat Al

    a,iXJr e6LA:J"b e, *:j;Ju.Lg

    66' i')\t SiAt ,rv:: t':u

    Bermaksud .'"Dari isteri-isteri yang diceraikan itu berhak mendapat mut'ah dengancara yang patut sebagai tanggungan yang wajib bagi orang-orang yangbertakwa."

    Ayatini menunjukkanbahawa mut'ah itu menjadi kewajipan suami apabilaperceraian yang berlaku itu tidak disebabkan keaiban daripada isteri sendiri.

    2. Al-Quran surah al-Baqarah ayat 236

    r

    'A\* F il'$kp r;,r:.3r i.*li ol "{* ca I

    Bermaksud "Tidak ada kewajipan membayar (mahar) atas kamu, jikakamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur denganmereka dan sebelum kamu menentukan mahamya. Dan hendaklah kamuberikan suatu mut'ah (pemberian) kepada mereka. Orang yang mampumenurut kemampuannya dan orang-orang yang miskin menurutkemiskinannya (pula), yaitu pemberian menurut yang patut. Yang demikianitu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebajikan."

    Ayat ini memberikan panduan untuk menilai kehidupan pihak-pihak.PanduanAllah s.w.t. berdasarkantaraf kehidupan pihak-pihakitu sendiri mengikutkeadaan semasa dan waktu mereka masih suami isteri sebagai kayu ukur untukmahkamah membuat penilaian bagi memutuskan kelayakan plaintif mendapat hakmut'ah tersebut.

    Seksyen 56 Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 1985(Pindaan 1993) menyatakan :

    ajt'*"s\

    1 . o t t ) . .tP,fl*s

    . 6t , P w )lrb)V

    r

    38

  • a "Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yangtelah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohonmut'ah atau pemberian saguhati, kepada Mahkamah dan Mahkamahboleh selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawaperempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkansuami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut HukumSyarak."

    Seksyen ini menjelaskan maksud nafkah sepertimana yang telah dihuraikanD di atas dan mahkamah dapati ianyatelahmenepati kehendakHukum Syarak untuk

    menerangkan maksud mut'ah tersebut.

    Menurut Hukum Syarak mut'ah sepatutnya dibayar di atas persetujuankedua belah pihak selepas perceraian berlaku di atas dasar persetujuan bersama,itulah yang lebih baik sesuai dengan tanggungjawab sebagai suami yang inginbercerai dengan tujuan menjaga hati dan perasaan isteri akibat perceraian berlakusesuai dengan maksud mut'ah tersebut.

    c

    Ini bersesuaian dengan Hukum Syarak seperti yang dijelaskan di dalamKitab I'aanah al-Talibin Juzuk 4 ms 357 iaili;u -

    oS]*'12 otL-_ r.f dO .rr& (."rtill tU$ tejtJ Jltrafu7f.r

    Bermaksud .."Sekiranya kedua-dua suami isteri tidak ada kata sepakat ataupersefahaman tentang kadar bayaran mut'ah, eadi/Hakim hendakrahmenilai mengikut bahagian yang ianya berhak dengan mengambilkirakedudukan kewangan suami dan keturunan serta sifat istefi.',

    Tbraf kehidupan pihak-pihak di dalam kes ini berkeadaan biasa denganpendapatan di antara RM3000 ke RM5000 sebulan. walau pun keadaan biasatetapi perbelanjaan juga mengikut adat atau kebiasaan mereka hidup denganpendapatan tersebut mahkamah menerima pakai keadaan dan taraf teniaupanini. walau pun pendapatan di antarajumlah tersebut, seandainya kehidupan dibandar sudah tentu juga masih di dalam keadaan biasa sahaja.

    Hukum syarak tidak menjelaskan cara terperinci hanya garis panduanumum dan ianya masih di dalam budi bicara Hakim. sesuai dengan ou, Huko-syarak di atas dan konsep mut'ah itu sendiri dan juga maksud al-Qu.* surah a/-Baqarah ayat 236 di atas. Kekayaan dan kemiskinan menjadi asas mahkamahmemberi pertimbangan wajardi dalampemberian mut,ah ini.

  • Di dalam kes Tengku Anum hharah lwn Dr Hussein bin Mohd YusofHakim bicara telah menetapkan mut'ah berdasarkan mahar sahaja kerana telahdisebut di dalam aqad nikah. Walaupun begitu, mengulas kes ini Dr. Siti Zulaikhabt Mohd Nor menyatakan ini berpunca dari kurang faham masyarakat yangmeletakkan mahar tersebut terlalu kecil dan mohon mahar seperti ini tidaksepenuhnya diikuti sebagaimana yang disarankan oleh agama Islam.

    Walaupun begitu, jelas beliau lagi ini masih menjadi budibicara hakim/qadi di dalam memutuskan kadar tersebut sesuai dengan nas yang telah pundijelaskan di atas. Jika mahkamah menilai berdasarkan mahar sudah tentu kecilsahajajumlah mut'ah.

    Oleh yang demikian, mahkamah ini bersetuju supaya mut'ah itu dinilaiberdasarkan kehidupan pihak iaitu kesenangan dan kesusahan, sesuai denganHukum Syarak seperti nas yang telah pun dijelaskan al-Quran sendiri.

    Oleh yang demikian, tidak ada hujahan yang boleh menafikan mut'ah,walaupun peguam defendan menyatakan ada keadaan di mana isteri tidakmenghormati pandangan suarni dan tidak merujuk kepada suami di dalam perkaraanak dan defendan sanggup tidak tinggal bersama hampir 2 tahun.

    Semua yang dihujahkan itu tidak ada kaitan dengan mut'ah sepertimanamaksud mut'ah tersebut. Oleh yang demikian, mahkamah ini bersetuju untukmensabitkan mut' ah sepertimana tuntutan Plaintif.

    Tirntutan Yuran Persekolahan

    Peguam plaintif berhujah mahkamah seharusnya menggunapakai seksyen72dan79 -

    Seksyen 72(1):Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamahmemperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseoranglelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalamjagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakanbagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaransebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan tarafkehidupannya atau dengan membayar kosnya.

    40

  • Faridah Hanim bt Omar

    SeksyenKecuali(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyatakansebagai selama tempoh yang lebih singkat; atau(b) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk _

    l. seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang,oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidakberkebolehan menanggung nafkah dirinya.

    seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilang upayanyadar i segi otak atau jasmani , t idak berkebolehan menanggungnafkah dirinya; perintah nafkah hendaklah tamat apabila anakrtu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh,atas permohonan oleh anak itu atau seseorang lain, melanjutkanperintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahanyang di f ik i rkannya munasabah, bagi membolehkan anak i tumengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggr.

    Jika kita teliti seksyen 72 jelas menunjukkan tanggungjawab bapa menyaraanak-anak berkaitan nafkah mereka kerana semuanya telah diketahui secara umumtanggungjawab tersebut.

    Ianya meliputi makanan, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran dan apa_apakeperluan lain yang diperlukan oleh anak-anakkerana nafkah menurut Hukumsyarak iaitu apa-apa yang diperlukan oleh anak-anak tanpa terlibat kepada 4perkara di atas sahaja

    Seksyen 79 menjelaskan tempoh nafkah akan tamat jika anak lg tahuntetapi mahkamah masih mempunyai bidangkuasa melanjutkan tempoh nafkahsekiranya anak-anak masih belajar sehingga yang lebih tinggi seiertirjazahLanjutan dan seumpamanya. walau pun anak-anak mendapat bantuan tetapibapa masih mempunyai tanggungjawab tersebut.

    Peguam defendan berhujah ianya harus dibuktikan dengan saksi-saksiyang mengetahui hal ini. Nafkah tidak wajar jika mahkamah menerima hujahanpeguam defendan kerana nafkah kepada anak jarang berlaku di dalam keadaanpenyaksian dan orang lain tidak mengetahui hal tersebut.

    Mahkamah menggunakan hujahan iaitu kewajipan bapa tetap berkaitandan bapa tidak boleh melepaskan diri dari tanggungiawab yang ,"-"*ongnyumenjadi kefarduan daripada Allah s.w.t. Jika defendan ingin mengelak daripadahal ini menjadi tanggungjawab beliau untuk membuktikan kepada mahkamahbahawa anak-anak tersebut tidak memerlukan nafkah kerana yang asal itu adalahwajib kepada bapa. Jika bapa ingin untuk menyatakan beliau tidak patut maka

    4T

  • JHXXII / I

    Faridah Hsnim bt Omarlwn.

    Abd. LatiffAshaari (1427H)

    7-

    L

    beban pembuktian terletak kepada beliau sendiri kerana kaedah ada menyatakan

    o K & d K b J - l rBermaksud :"Asal sesuatu itu kekal apa yang ada pada asalnya."

    Jadi bersesuaian dengan asal tanggungjawab nafkah kepada bapa keranaanak-anak tidak mampu mencari nafkah sendiri. Oleh itu jika daripada asalkewajipan itu wujud oleh yang demikian mahkamah ini bersetuju dengan hujahanpeguam plaintif bahawa nafkah anak di dalam pelajaran masih wajib ditanggungoleh bapa berpandu nas Hukum Syarak seperti yang telah pun dijelaskan di atas.

    Tirnggakan Nafkah Diri

    Plaintif hadir mahkamah untuk memohon nafkah diri sebanyak RM96,000.00sepanjang perkahwinan mereka masih berkuatkuasa. Pihak peguam plaintif tidakmengemukakan hujahan berkaitan nafkah diri, peguam defendan berhujah bahawatidak munasabah tuntutan nafkah diri dari awal perkahwinan ini dibuat.

    Walaupun begitu, mahkamah ini tidaklah boleh menerima bulat-bulat apayang dihujahkan peguam defendan tetapi harus diambilkira keadaan dan suasanakes di hadapan mahkamah ini.

    Peguam defendan berhujah lagi permohonan ini tidak munasabah dibuatkerana akan menzalimi defendan kerana jika defendan tidak menunaikan nafkahdiri sewajarnya dituntut semasa perkahwinan sedang berjalan dan bukannyaselepas bercerai kerana akan menyusahkan defendan untuk mengeluarkan bukti-bukti kerana defendan mengikut adat masyarakat Melayu pemberian nafkahkepada isteri disebutkan walaupun tidak ditulis tetapi di dalam tuntutan fasakhmisalnya "isteri boleh memohon supaya difasakhkan jika suami gagal memberinafl

  • Faridah Hanim bt Omar. lwn.

    JH XXII / I Abd. LatiffAshaari 0427H)

    "dan gugurlah nafkahnya (isteri) dengan dia makan bersamanya (suami)dengan ridhanya isteri seperti adat kebiasaan dan dia telah matang."

    Berdasarkan nas Hukum Syarak tersebutjelas bahawa nafkah diri isterimestilah dituntut semasa atau ketika suami gagal memberi nafkah supaya isterimempunyai pilihan jika perintah mahkamah tidak berlaku isteri boleh memohonfasakh supaya beliau boleh memilih cara hidup sendiri tanpa terganggu jika ianyaberlarutan pihak-pihak mempunyai peluang tersebut.

    walaupun begitu mahkamah meneliti hujahan peguam plaintif bahawaianya tidak memberi nafkah selama 2 tahun sebelum bercerai mengikut p3 yangdikepilkan semasa permohonan perceraian oleh defendan sendiri. Mahkamahbersetuju dengan hujahan ini kerana dokumen yang diekshibitkan itu salah satusebab pihak-pihak bercerai dan mahkamah mempunyai asas untuk merujuk perkaratersebut. Mahkamah berpegang kepada konsep iqrar yang digunakan di dalamundang-undang keterangan iaitu ianya mengikat pihak defendan. walaupun tidakdi hadapan mahkamah ini tetapi di hadapan seorang Hakim yang lainjugamenepatikonsep iqrar itu.

    Undang-undang Keterangan Mahkamah Syar iah pulau p inangmenjelaskan Seksyen 17(2) :

    "sesuatu ikrar hendaklah dibuat di dalam mahkamah di hadapan hakim.,'

    Jika dilihat, jelaslah bahawa keterangan tersebut telah pun dibuat dihadapan Hakim bicara dahulu dan mahkamah ini berpendapat ianya wajar digunapakai supaya memberi peluang dan mengikat pihak defendan dan juga plaintifsendiri supaya tidak menuntut nafkah kebelakangan yang masa terlampaupanjang seolah-olah mereka menganiayai defendan yang tidak ada peluang untukmemberi keterangan yang jelas.

    Jika kita lihat nas Hukum Syarak di atas sudah tentu plaintif langsungtidak mendapat haknya dan jika kita membaca nas tersebut dengan seksyen 17 diatas ianya mempunyai peluang untuk mendapat haknya yang tidak melampau.

    Al-Quran surah a/-Nisa ' ayat 17l

    Bermaksud :"Wahai ahli kitab janganlah kamu melampau batas dalam agama

    &"r ei;u'l *6i' ,yiu

    43

  • JHXXI I / I

    Faridah Hanim bt Omar, lwn.

    Abd. LatiffAshaari (1427H)

    Walaupun ayat tersebut berkaitan ahli kitab tetapi peringatan Allah s.w.tditujukan kepada kita semua supaya jangan melampau batas dalam urusan agama.Mahkamah ini menganjurkan semua pihak agar tidak melampau di dalam urusanagama Allah supaya terselamat di dunia dan akhirat kelak.

    Mahkamah melihat pendapatan pihak defendan di antara RM4000 -RM5000 sebulan dan sewajarnya dibelanjakan ke atas isteri sebahagian daripendapatan tersebut untuk menjaga maslahah isteri yang perlu kepada semuakeperluan diri seperti alat solek, pakaian, perkakas rumah dan lain-lain yangmenjadi adat atau uruf masyarakat Melayu di Malaysia. Mahkamahmenggunapakai kaedah ini kerana lazimnya yang dibelanjakan ke atas diri beliaukerana asas pertimbangan ialah perbelanjaan yang telah dibelanjakan itu.

    Di dalam kaedah fiqh "adat kebiasaan sebagai sumber hukum". Jikadilihat nas ini jelaslah bahawa adat kebiasaan pihak di dalam menguruskanrumahtangga patut diberi pengiktirafan oleh mahkamah dan menjadi adatmasyarakat Melayu apabila beri wang kepada isteri, sudah pasti dia tidak akanmenuntut baki dikembalikan kepadanya. Ini menurut adat setempat. Dalam hal inikaedah ini harus digunapakai supaya dapat menyelesaikan tuntutan ini. Jikatidak bagaimana hendak diselesaikan dan mahkamah tidak seharusnya menjadipertikaian pihak-pihak untuk tidak mengeluarkan perintah seperti yang dipohon.Oleh yang demikian, mahkamah berpandukan alasan ini bersetuju mensabittuntutan tunggakan nafkah diri kebelakangan selama 2 tahun dengan kadarRM300.00 sebulan selama 24 bulan berjumlah RM7,200.00.

    Berpandukan alasan Hukum Syarak dan undang-undang yang dijelaskandi atas mahkamah dengan ini membuat keputusan seperti berikut:-

    i. Bahawa plaintif diberi hak jagaan (hadhanah) 3 orang anak;

    Bahawa defendan dibenarkan melawat dan bersama anak-anaktersebut selama seminggu setiap bulan dan mengambil separuhcuti persekolahan atau semester;

    iii. Bahawa defendan diperintahkan membayar nafkah anak-anakkepada plaintif seperti berikut:-

    Farhana binti Abdul Latif sebanyak RM450.00 sebulan sebagainafkah harian, RM400.00 setiap semester untuk perbelanjaan bukudan tuisyen dan RM800.00 setahun sebagai yuran pembelajaran;

    44

  • Faridah llanim bt Omar

    vl.

    b. Muhammad Syahmi bin Abdul Latif sebanyak RM350.00 sebulansebagai nafkah harian RM200.00 setiap tahun untuk perbelanjaanbuku dan tuisyen dan RM200.00 setahun sebagai yuranpembelanjaran;

    c. Ifran Wafiy bin Abdul Latif sebanyak RM300.00 sebulan sebagainafkah harian, RM200.00 setiap tahun untuk perbelanjaan bulkudan tuisyen dan RM100.00 setahun sebagai yuran pembelajaran.

    Bahawa defendan diperintahkan membayar perbelanjaan rayaanak-anak sejumlah RM1000.00 setahun kepada plaintif;Mahkamah meluluskan nafkah diri tertangguh RM720.00;

    Mut'ah sebanyak RM5000.00;

    Kos ditanggung oleh pihak-pihak; dan

    Perintah interim yang diluluskan oleh mahkamah ini dibatalkan.vlll,

    45