pengajian hadis

24
© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis 87 1. Setiap individu muslim wajib menuntut ilmu berdasarkan hadis Rasulullah yang berbunyi : ل ا ر أ : و ا ل ال ر : وا ا آ وا إ رواMaksudnya : Anas bin Malik R.A. berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda, Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. 2. Kategori ilmu yang wajib dipelajari : a. Ilmu fardhu ain- Ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. Contohnya ilmu akidah, syariah ,akhlak dan sebagainya. b. Ilmu fardhu kifayah- Ilmu yang wajib dipelajari untuk memenuhi ﻋﻦ ﺃﰊ ﺍﻟﺪﺭﺩﺍﺀ ﺭﺿﻰ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ ﻗﺎﻝ: ﲰﻌﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ ﻣﻦ ﺳﻠﻚ ﻃﺮﻳﻘﺎ ﻳﺒﺘﻐﻲ ﻓﻴﻪ ﻋﻠﻤﺎ ﺳﻬﻞ ﺍﷲ ﻟﻪ ﻃﺮﻳﻘﺎ ﺇﱃ ﺍﳉﻨﺔ، ﻭﺇﻥ ﺍﳌﻼﺋﻜﺔ ﻟﺘﻀﻊ ﺃﺟﻨﺤﺘﻬﺎ ﻟﻄﺎﻟﺐ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﺭﺿﺎ ﲟﺎ ﺻﻨﻊ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﻌﺎﱂ ﻭﻓﻀﻞ ﺍﻟﻌﺎﱂ ﻋﻠﻰ ﻳﺴﺘﻐﻔﺮﻟﻪ ﻣﻦ ﰱ ﺍﻟﺴﻤﻮﺍﺕ ﻭﻣﻦ ﰱ ﺍﻻﺭﺽ ﺣﱴ ﺍﳊﺘﻴﺎﻥ ﰱ ﺍﳌﺎﺀ ﺍﻟﻌﺎﺑﺪ ﻛﻔﻀﻞ ﺍﻟﻘﻤﺮ ﻋﻠﻰ ﺳﺎﺋﺮ ﺍﻟﻜﻮﺍﻛﺐ. ﻭﺇﻥ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ ﻭﺭﺛﻪ ﺍﻻﻧﺒﻴﺎﺀ ﻭﺃﻥ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ ﱂ ﻳﻮﺭﺛﻮﺍ ﺩﻳﻨﺎﺭﺍ ﻭﻻ ﺩﺭﳘﺎ ﻭﺃﳕﺎ ﻭﺭﺛﻮﺍ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻓﻤﻦ ﺃﺧﺬﻩ ﺃﺧﺬ ﲝﻆ ﻭﺍﻓﺮDaripada Abu Darda R.A. berkata : aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan ke Syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka kepada mereka. Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehinggalah ikan di air dan kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid sama seperti bulan purnama berbanding cakerawala-cakerawala yang lain . Sesungguhnya para Nabi sedikit tidak pun meninggalkan harta walau satu dinar atau satu darham, sesungguhnya mereka hanyalah mewarisikan ilmu, Maka sesiapa yang mendapatkan ilmu bererti ia telah memperolehi bahagiannya yang besar.

Upload: aimiafifah

Post on 23-Dec-2015

136 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengajian Hadis ting4

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

87

1. Setiap individu muslim wajib menuntut ilmu berdasarkan hadis Rasulullah yang berbunyi :

: ��ل ر��ل ا� ��� ا� ���� و��� : �� أ�� �� ��� ر� ا� ��� ��ل � �� وا������ –�� آ" �!�� �� ا���� وا�� روا� إ��

Maksudnya : Anas bin Malik R.A. berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda, Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.

2. Kategori ilmu yang wajib dipelajari : a. Ilmu fardhu ain- Ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap

muslim. Contohnya ilmu akidah, syariah ,akhlak dan sebagainya. b. Ilmu fardhu kifayah- Ilmu yang wajib dipelajari untuk memenuhi

مسعت رسول اهللا عليه وسلم يقول من سلك طريقا يبتغي فيه : عن أيب الدرداء رضى اهللا عنه قال

وإن املالئكة لتضع أجنحتها لطالب العلم رضا مبا صنع وإن العامل ، علما سهل اهللا له طريقا إىل اجلنة

العابد كفضل يستغفرله من ىف السموات ومن ىف االرض حىت احلتيان ىف املاء وفضل العامل على

وإن العلماء ورثه االنبياء وأن األنبياء مل يورثوا دينارا وال درمها وأمنا . القمر على سائر الكواكب

ورثوا العلم فمن أخذه أخذ حبظ وافرDaripada Abu Darda R.A. berkata : aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan ke Syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka kepada mereka. Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehinggalah ikan di air dan kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid sama seperti bulan purnama berbanding cakerawala-cakerawala yang lain . Sesungguhnya para Nabi sedikit tidak pun meninggalkan harta walau satu dinar atau satu darham, sesungguhnya mereka hanyalah mewarisikan ilmu, Maka sesiapa yang mendapatkan ilmu bererti ia telah memperolehi bahagiannya yang besar.

Page 2: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

88

.

keperluan diri, masyarakat dan negara seperti ilmu perubatan, perniagaan, teknologi, pertanian dan sebagainya.

3. Kelebihan menuntut ilmu :

a. Allah akan memudahkan jalan ke syurga. b. Para malaikat sentiasa bersama orang yang menuntut ilmu. c. Sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah. d. Semua makhluk sentiasa memohon keampunan untuk mereka. e. Mereka bagaikan bulan purnama menyinari alam berbanding

dengan cakerawala yang lain. 4. Kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah :

a. Allah meningkatkan darjat serta kemuliaan di dunia dan akhirat. b. Hamba yang takut kepada Allah kerana sentiasa mengkaji

ilmunya. c. Hatinya sentiasa hidup dengan cahaya hikmah. d. Memperolehi pahala yang berterusan kerana ilmunya yang diajar

menjadi amalan dan panduan manusia. 5. Kedudukan orang yang tidak berilmu :

a. Manusia akan menjadi jahil sebab malas mencari ilmu pengetahuan.

b. Membinasakan diri kerana tiada semangat untuk belajar. c. Kemungkaran akan berleluasa kerana kejahilan mereka. d. Berlaku pengangguran dan suka berpeleseran membuang masa.

Page 3: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

89

1. 2. 3.

Ulama ialah orang yang mewarisi ilmu Nabi dan menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat. Di antara ciri-ciri ulama ialah :

a. Sentiasa takutkan Allah. b. Ikhlas menyampaikan ilmu yang dimiliki. c. Tempat rujukan masyarakat mengenai kemuyskilan agama. d. Mempunyai ilmu pengetahuan agama yang mendalam. e. Sentiasa mengkaji dan mempelajari al-Quran serta hadis. f. Sentiasa cinta ilmu pengetahuan. g. Bersedia menerima dan membetulkan kesalahan dan kesilapan. h. Bersabar dan teguh pendirian dalam memperjuangkan yang hak dan

benar. Sebab-sebab kepupusan ulama dan ilmu pengetahuan :

a. Allah mematikan ulama dan para cendikiawan. b. Orang Islam semakin kurang berminat mempelajari ilmu

pengetahuan. c. Tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki menjadikan ia ilmu tidak

bermanfaat. d. Menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan duniawi semata-mata.

Ketiadaan para ulama menyebabkan lahirnya pemimpin yang tidak

إن اهللا ال : يقول ) ص(مسعت رسول اهللا : عن عبداهللا بن عمرو بن العاص رضى اهللا عنهما قال

ولكن يقبض العلم يقبض العلماء حىت إذا مل يبق عاملا اختذ الناس يقبض العلم إنتزاعا ينتزعه من العباد

)رواه البخاري ( .رؤوسا جهاال فسئلوا فأفتوا بغري علم فضلوا وأضلوا

Maksudnya :Daripada Abdullah bin Amru Al-As R.A katanya : Beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan ilmu pengetahuan daripada hamba begitu sahaja tetapi Allah akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama sehingga tiada lagi seorang alim, orang ramai akan melantik ketua yang jahil, maka apabila ditanya, mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu pengetahuan, maka mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain.

Page 4: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

90

berpengetahuan agama, keluarnya fatwa yang mengelirukan, wujud ajaran sesat dan berleluasa kemungkaran.

1. 2. 3 4 5.

Akhlak ialah perbuatan, perkataan dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah. Iman menjadi asas bagi pembentukan akhlak mulia muslim sejati. Orang yang berakhlak mulia ialah orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah dan melakukan kebaikan pada setiap masa dan tempat. Di antara ciri-ciri akhlak yang baik ialah :

a. Bersifat mahmudah. b. Berfikir sebelum bertindak. c. Dikasihi oleh orang ramai. d. Mudah mendapat hidayah. e. Sentiasa mendapat rahmat Allah.

Di antara ciri-ciri akhlak yangburuk :

a. Dibenci oleh orang ramai. b. Sisukai oleh syaitan dan musuh-musuh islam. c. Bersifat mazmumah. d. Membebankan masyarakat dengan berbagai masalah,

Cara menjauhi akhlak buruk :

a. Sentiasa mengingati mati. b. Tidak bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya. c. Sentiasa mengingati azab di akhirat.

أكمل املؤمنني إميانا أحسنهم خلقا وخياركم ) : ص(قال رسول اهللا : عن أيي هريرة رضى اهللا عنه قال

)رواه الترميذي(خياركم لنسائكم خلقا

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A berkata bersabda Rasulullah S.A.W.,

Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik

akhlaknya dan orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang paling

banyak berbuat baik kepada isterinya.

Page 5: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

91

6

d. Sentiasa memohon keampunan kepada Allah. e. Sentiasa mendampingi para ulama. f. Sentiasa menghadiri majlis ilmu. g. Sentiasa mencontohi akhlak Rasulullah.

Kaedah membentuk keluarga bahagia :

a. Mencontohi keluarga Rasulullah S.A.W. b. Membentuk keluarga yang beriman dan bertakwa. c. Bersiar-siar dan berehlah bersama keluarga. d. Saling memahami antara satu sama lain.

Page 6: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

92

1. 2. 3. 4

Sebab nikmat sihat dan masa lapang dilupai : a. Memperolehi nikmat secara percuma menyebabkan mereka tidak

menghargainya. b. Leka dengan nikmat dunia. c. Dalam keadaan nikmat yang terlalu banyak menyebabkan

manusia lupa kepada Allah. d. Kurang penghayatan agama dalam kehidupan.

Cara menjaga kesihatan :

a. Makan makanan yang berkhasiat. b. Sentiasa beriadah. c. Makan makanan yang bersih dan halal. d. Tidak makan berlebihan. e. Waktu rehat yang cukup. f. Mengamalkan makanan seimbang.

Cara mengisi masa lapang :

a. Membaca buku-buku ilmiah. b. Berehlah bersama keluarga. c. Menyertai badan-badan kebajikan. d. Merenung dan berfikir mengenai makhluk ciptaan ilahi. e. Membersih kawasan rumah. f. Memperbanyakkan zikir.

Nikmat kesihatan kepada manusia :

a. Dapat beribadah dengan sempurna. b. Dapat melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah. c. Dapat memberi peluang manusia keluar berjihad di jalan Allah.

.نعمتان مغبون فيهما كثري من الناس الصحة والفراغ) ص(عن ابن عباس رضى اهللا عنهما قال النيب

Maksudnya : Daripada ibnu Abas R.A berkata , telah bersabda Rasulullah

S.A.W, terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupakan iaitu

nikmat sihat dan nikmat masa lapang.

Page 7: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

93

5. 6. 7.

d. Dapat melakukan kerja-kerja kebajikan sesama manusia. e. Dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Kepentingan menjaga akal : a. Dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk. b. Dapat berfikir dengan waras. c. Dapat mengenal Allah sebagai pencipta. d. Dapat melahirkan tubuh badan yang sihat. e. Sempurna melakukan tuntutan Allah. f. Membezakan di antara haiwan dan manusia.

Perkara-perkara yang melalaikan manusia :

a. Bergaul atau berkahwan dengan orang yang melakukan maksiat. b. Tamak akan harta. c. Membaca dan menonton bahan lucah. d. Berhibur di tempat-tempat hiburan dan maksiat. e. Banyak makan dan minum f. Terpedaya dengan kemewahan dunia.

Cara untuk mengatasi perkara yang melalaikan :

a. Memberi pendidikan agama yang sempurna kepada kanak-kanak . b. Menghapuskan tempat-tempat maksiat bagi menangani gejala

sosial. c. Mengelakkan diri dari tempat-tempat maksiat. d. Banyakkan membaca al-Quran , berzikir dan beribadah kepada

Allah.

Page 8: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

94

1. 2. 3.

Islam melarang umatnya daripada bersifat negatif : a. Lemah - Islam melarang umatnya daripada bersifat lemah samada

jasmani atau rohani kerana ia boleh melemahkan umatnya. b. Malas – Sikap malas boleh menghalang umat Islam daripada

mencapai kemajuan. c. Penakut – Umat Islam perlu mempunyai kekuatan dari aspek

rohani dan jasmani. d. Kedekut – Umat Islam dilarang bersifat kedekut kerana setiap

sesuatu adalah hak Allah mutlak. Rasulullah melarang umatnya bersifat negatif kerana :

a. Umat Islam umat yang terbaik dan terpilih. b. Umat yang bersifat sederhana. c. Akan menimbulkan kesusahan pada diri sendiri dan orang lain.

Akibat bersikap negatif :

a. Ekonomi negara merosot. b. Negara menjadi mundur. c. Masyarakat dipandang hina. d. Masyarakat kucar- kacir. e. Hidup tidak berkat.

يقول اللهم إين أعوذبك من العجز والكسل واجلنب ) ص(عن أنس بن مالك قال كان رسول اهللا

وضلع الدين وغلبة : ن عذاب القرب ومن فتنة احمليا واملماتز وىف رواية واهلرم والبخل وأعوذبك م

.الرجال

Maksud : Daripad Anas bin Malik R.A berkata Rasulullah S.A.W. bersabda :

Ya Allah , Aku memohon perlindungan dengan engkau daripada sifat lemah,

malas, pengecut, sifat nyanyuk dan kedekut, dan akku memohon

perlndungan dengan engkau ya Allah daripada azab kubur dan daripada

fitnah semasa hidup dan mati dalam riwayat lain ( beban hutang dan

penindasan ).

Page 9: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

95

4 5.

f. Sikap pentingkan diri. g. Iman semakin lemah.

Langkah mengatasi sifat negatif :

a. Mendalami ilmu islam seperti menghadiri majlis-majlis ilmu. b. Mendampingi orang yang berakhlak mulia. c. Mempunyai kemahuan untuk berubah. d. Berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Peranan doa dalam kehidupan :

a. Untuk memenuhi sesuatu yang dihajati. b. Untuk mendekatkan hamba kepada Allah. c. Melambangkan pengabdian kepada Allah.

Page 10: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

96

اإلميان باهللا : أي االعمال أفضال قال ، قلت رسول اهللا : عن أيب ذر رضى اهللا عنه قال

.واجلهاد يف سبيل اهللاMaksudnya : Daripada Abu Zar R.A berkata , Aku telah bertanya Rasulullah, Apakah amalan yang paling baik di sisi Allah ? Baginda menjawab, beriman kepada Allah Dan berjihad pada jalan Allah.

1. 2. 3. 4.

Peranan iman dalam kehidupan :

a. Sebagai benteng daripada melakukan maksiat atau kemungkaran. b. Menenangkan perasaan daripada keluh kesah. c. Menentukan segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah. d. Untuk membezakan di antara orang yang beriman atau tidak. e. Memastikan segala yang dilakukan mengikut landasan yang

ditetapkan oleh syara’. f. Memupuk semangat untuk berkorban, g. Panduan berfikir sebelum bertindak,

Cara menjaga iman ;

a. Menjauhi amalan yang membatalkan iman. b. Sentiasa menjaga batas hukum Allah. c. Sentiasa mengingati mati. d. Segera bertaubat apabila melakukan kesalahan.

Jihad bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga serta kekuatan demi untuk mencapai matlamat dan cita- cita mulia iaitu Islam. Bidang-bidang jihad :

a. Pendidikan. i. Sanggup bersaing dengan bangsa lain demi kecemerlangan. ii. Menggunakan ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Page 11: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

97

5. 6

iii. Mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

iv. Sanggup menyebarkan ilmu kepada yang memerlukan.

b. Siasah . i. Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan dalam pemerintahan. ii. Membenarkan rakyat menyatakan kebenaran melalui saluran yang betul. iii. Berusaha mengekalkan keamanan dan perpaduan nasional. iv. Mengutamakan pimpinan ilmuan yang bertakwa.

c. Nafsu. i. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam kehidupan. ii. Menjauhkan diri daripada unsur-unsur maksiat. iii. Menjauhi sifat-sifat mazmumah.

d. Ekonomi i. Mempertingkatkan taraf ekonomi umat Islam. ii. Membahagikan sumber ekonomi secara adil. iii. Mengamalkan sistem ekonomi negara.

e. Sosial i. Memperjuangkan hak individu dan masyarakat mengikut syariat. ii. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. iii. Berusaha memurnikan aktiviti sosial. iv. Mengamalkan kebudayaan Islam.

f. Dakwah i. Sanggup menerangkan Islam kepada sesiapa sahaja. ii. sanggup melakukan pengorbanan untuk Islam. iii.Sanggup menegakkan hukum Allah.

Pengorbanan semasa berjihad :

a. Wang dan harta kekayaan- kesanggupan mengorbankan harta pada jalan Allah.

b. Diri dan nyawa- Kesanggupan mengorbankan nyawa dan syahid demi kerana agama yang tercinta.

c. Tenaga- Setiap jihad memerlukan kekuatan rohani dan jasmani. d. Masa- Memperuntukkan masa untuk melakukan jihad.

Kelebihan jihad pada jalan Allah :

Page 12: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

98

a. Dibalas dengan syurga. b. Menjadi sebaik-baik manusia.

Mendapat keampunan daripada Allah.

أال كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته : أنه قال ) ص(عن إبن عمر رضىاهللا عنهما عن النىب

والرجل راع على أهل بيته وهو مسئول ، فاألمري الذي على الناس راع وهو مسئول عن رعيته.

والعبد راع على مال سيده وهو ، واملرأة راعية على بيت بعلها وولده وهي مسئولة عنهم ، عنهم

)متفق عليه( أال فكلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته، عنه مسؤلMaksudnya : Daripada Ibnu Umar R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W. baginda bersabda : Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinan kamu dan orang yang kamu pimpin. Seorang ketua adalah pemimpin ke atas manusia dan dia bertanggung jawab terhadap orang bawahnya. Seorang lelaki adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan dia bertanggung jawab terhadap mereka. Seorang perempuan adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dia bertanggung jawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah pemimpin ke atas harta tuannya dan bertanggung jawab terhadapnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggung jawab terhadap kepimpinanmu dan orang yang kamu pimpin.

1. 2.

Tanggungjawab adalah amanah yang dipikul seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas. Setiap amanah menjadi kewajipan untuk dilaksanakan dan akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat. Kelebihan bersifat amanah :

a. Menunjukkan kesempurnaan iman seseorang. b. Akan dihormati oleh masyarakat dan segala urusannya

boleh dipercayai. c. Menjadi masyarakat harmonis dan saling percaya-

mempercayai.

Page 13: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

99

3. 4. 5.

d. Menjadi seorang yang lebih produktif dalam kerjayanya kerana menganggap tugasan yang diberikan kepadanya sebagai amanah.

e. Boleh menyumbang kepada kemajuan negara. Keburukan bersifat Khianat :

a. Menunjukkan orang yang tidak sempurna imannya. b. Tidak dihormati dan dipercayai oleh masyarakat. c. Punca kepada rasuah, penyelewengan kuasa, penindasan

dan sebagainya. d. Menjadikan seorang yang pemalas, tidak produktif dan

sentiasa mengelak daripada tugas yang dibebankan kepadanya.

e. Membantu kemajuan negara. Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa semua manusia adalah pemimpin dan bertanggung jawab di atas kepimpinannya. Kepimpinan dibahagikan kepada :

a. Al-Amir – Pemimpin diperingkat tertinggi seperti pemimpin masyarakat atau pemimpin negara.

Tanggung jawab mereka ialah :

- Menjaga kebajikan rakyat. - Memelihara perpaduan dan keamanan negara. - Menguat kuasakan undang-undang. - Memimpin rakyat ke jalan yang diredoi Allah.

b. Al-Rijal – Pemimpin yang memimpin diperingkat rendah

seperti bapa atau suami dalam sebuah keluarga. Tanggung jawab sebagai bapa :

- Memberi bimbingan agama kepada anak –anak.. - Menyediakan keperluan rohani dan jasmani yang

sewajarnya kepada anak -anak. - Memberi galakkan dan dorongan untuk kejayaan

anak-anak. - Mengajar dan menunjukkan akhlak yang baik

dengan anak-anak . Tanggung jawab sebagai suami :

- Mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga dan suasana yang harmonis.

Page 14: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

100

6.

- Bertimbang rasa dan pandai bermesra dengan isteri.

- Menyuburkan perasaan kasih sayang kepada isteri.

- Saling bertolak ansur dan hormat menghormati antara suami dan isteri.

c. Al-Mar’ah – Ibu atau suami yang membantu bapa atau

suami memimpin dalam sesebuah keluarga. Tanggung jawab sebagai ibu :

- Menjadi guru yang mendidik anak-anaknya dirumah dengan penuh kasih sayang.

- Menjadi rakan karib kepada anak-anak kerana kebiasaannya ibu lebih banyak bergaul dengan anak-anak berbanding bapa.

- Mengambil berat tentang keperluan anak-anak dan perkembangan mereka di luar dan di dalam rumah.

- Bijak membahagikan masa untuk tugas rutin di rumah dan untuk anak-anak.

Tanggung jawab sebagai isteri :

- Mentaati perintah suaminya selagi perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum Allah.

- Menegur dan membetulkan kesalahan suami di dalam dan di luar rumah.

- Mengurus rumah tanggga dan harta benda suami terutama ketika ketiadaannya.

d. Al-Abdu – ialah pekerja yang diamanahkan oleh majikan

dengan tanggung jawab tertentu. Tanggung jawab utama seorang pekerja :

- Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap dan jujur.

- Amanah dan bertanggung jawab dengan tugas. - Mengutamakan tugas. - Mematuhi peraturan dan perintah majikan.

Langkah-langkah menjahui sifat khianat :

a. Sentiasa bermuhasabah diri.

Page 15: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

101

b. Menanam nilai-nilai murni dalam kepimpinan. c. Mengutamakan disiplin dalam tugas d. Mengingati balasan-balasan yang dijanjikan oleh Allah. e. Menyedari kelebihan atau kedudukan yang dimiliki

merupakan amanah bukannya suatu kemegahan. f. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa.

عن أمري املؤمنني أيب حفص عمر عن أمري املؤمنني أيب حفص عمر بن اخلطاب رضى اهللا عنه قال

إمنا األعمال بالنيات وإمنا لكل : يقول ) ص(مسعت رسول اهللا :بن اخلطاب رضى اهللا عنه قال

ومن كانت هجرته ، فمن كانت هجرته إىل اهللا ورسوله فهجرته إىل اهللا ورسوله،امرئ ما نوى

يا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إىل ما هاجرإليهلدنMaksudnya : Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar bin Al-Khattab R.A. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat dan sesungguhnya bagi seorang itu apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya untuk Allah dan rasulnya. Sesiapa yang berhijrah kerana mencari keduniaan atau seorang seorang perempuan untuk dikahwini maka hijrahnya untuk apa yang diniatkan.

1. 2.

Sebab diwarudkan hadis Para ulama’menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yang berhijrah dari Mekah bukan kerana menyahut perintah Allah dan rasulnya, tetapi kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Ummu Qaiys.Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin mengahwininya. Ekoran peristiwa tersebut, Sahabat itu dikenali sebagai “ Muhajir Ummu Qaiys” yang bermaksud Orang yang berhijrah kerana Ummu Qaiys. Pengertian niat dari segi bahasa ialah kehendak hati atau tujuan hati. Manakala dari segi istilah ialah gerak hati ke arah melaksanakan suatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhoan Allah.

Kamal
Stamp
Kamal
Stamp
Kamal
Stamp
Kamal
Stamp
Kamal
Stamp
Page 16: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

102

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Di dalam ibadah niat penting untuk membezakan antara fardhu dengan sunat. Puasa fardhu dan puasa sunat adalah sama cuma niat yang menbezakannya. Sesetengah aspek seperti akidah dan beberapa jenis ibadah tertentu, tetap diambil kira walaupun dilakukan tanpa niat. Contohnya seseorang yang menolak kepercayaan kepada rukun iman atau rukun Islam dianggap telah kufur walaupun secara olok-olok atau tanpa niat. Pengertian ikhlas dari segi bahasa ialah bersih dan suci manakala dari segi istilah ialah niat yang tulus dan murni kerana Allah dalam melakukan segala amalan dan pekerjaan. Ciri-ciri sifat ikhlas :

a. Mempunyai prinsip hidup dan matlamat kerja yang jelas iaitu mencari keredoan Allah.

b. Menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan sebagai ibadah. c. Berusaha memperbaiki mutu kerja dari masa ke semasa d. Gigih dalam mengejar cita-cita dan tabah dalam menghadapi

ujian. e. Merendah diri dengan kekayaan dan kedudukan yang dimiliki. f. Menggunakan kekayaan dan kedudukannya untuk berkhidmat

kepada orang ramai. g. Sentiasa mengingati Allah dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Kelebihan orang yang bersifat ikhlas :

a. Sentiasa bertakwa. b. Amalannya diterima oleh Allah. c. Mendapat balasan yang berlipat ganda di akhirat. d. Mendapat ketenangan jiwa.

Akibat tidak ikhlas :

a. Dipandang hina oleh masyarakat tempatan dan luar. b. Tidak ada kesungguhan dan ketekunan dalam sesuatu usaha. c. Melahirkan budaya negatif dalam masyarakat seperti

mengampu untuk kepentingan diri. d. Ibadat tidak diterima Allah. e. Ibadah menjadi rosak dan tidak diberi pahala oleh Allah.

Perkara yang boleh merosakkan amalan :

a. Mengungkit-ungkit dengan kebaikan yang pernah dilakukan dengan tujuan mengharapkan balasan manusia daripada kebaikan atau pemberiannya.

Page 17: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

103

1. 2. 3. 4

b. Menyakiti orang lain seperti memperkecilkan atau memandang hina orang yang menerima bantuan daripadanya.

c. Riya’ iaitu suka menunjuk-nunjuk sesuatu kebaikan yang dilakukan dengan tujuan mendapat pujian daripada orang lain.

d. Tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat serta tidak percaya dengan balasan pahala dan dosa yang dijanjikan Allah di akhirat.

PENGERTIAN HIJRAH Pengertian hijrah dari segi bahasa ialah berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain. Hijrah dalam konteks sejarah Islam bermaksud perpindahan Nabi Muhammad dan para sahabat baginda dari Mekah ke Madinah untuk mengembangkan Islam. Pengertian hijrah yang diberikan oleh ulama’ iaitu :

a. Berpindah ke satu tempat ke satu tempat yang lain seperti berpindahnya Nabi Muhammad dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.

b. Perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih hampir kepada rahmat Allah.

Tuntutan hijrah dalam kehidupan pelajar :

a. Menguasai cabang-cabang ilmu pengetahuan semasa seperti I.C.T., bahasa inggeris, sains dan lain-lain.

b. Menghargai masa remaja dengan menuntut ilmu pengetahuan sebaik mungkin.

c. Mengamalkan ilmu-ilmu yang diperolehi dalam kehidupan harian.

d. Membina jati diri dan tidak terpengaruh dengan gejala-gejala yang kurang sihat.

Page 18: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

104

عمل : أي الكسب أفضل ؟ قال ) ص(سئل رسولت اهللا : عن إبن عمر رضىاهللا عنهما قال

)رواه الطرباين( الرجل بيده وكل بيع مربور Maksudnya : Daripada Ibnu Umar R.A. , beliau berkata : Rasulullah telah ditanya : Pekerjaan apakah yang paling baik? Jawab baginda : Usaha seorang dengan tangannya dan semua jenis jual beli yang mabrur 1. 2. 3. 4.

Pekerjaan adalah suatu ibadah dalam syariat islam. Orang yang rajin bekerja lebih baik daripada orang yang malas dan mengharapkan bantuan orang lain. Para Anbia juga berkerja di samping tugas-tugas Rasul seperti Nabi Noh sebagai tukang kayu dan arkitek yang handal, Nabi Daud seorang tukang besi dan Nabi Muhammad juga mahir berniaga. Kelebihan berkerja :

a. Menghasilkan keluaran berguna untuk keperluan negara. b. Meningkatkan taraf ekonomi seseorang hasil pendapatan

daripada pekerjaannya. c. Dapat memenuhi masa dengan kegiatan berfaedah. d. Dapat memelihara maruah dan harga diri. e. Meningkatkan taraf sosial sesebuah masyarakat.

Keburukan meminta-minta :

a. Merendahkan diri seseorang kerana meminta-minta ihsan

Kamal
Stamp
Page 19: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

105

5. 6.

daripada orang lain. b. Malas dan menghabiskan masa dengan tidak melakukan

aktiviti yang berfaedah. c. Kurang pendapatan yang boleh merendahkan taraf ekonomi

seseorang. d. Mencemarkan imej bangsa di mata antarabangsa. e. Membantutkan usaha-usaha kerajaan membangunkan negara.

Bidang perniagaan adalah pekerjaan yang diberkati dan memberi pulangan keuntungan. Berniaga mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam Islam, antaranya:

a. Membantu pengguna mendapatkan barang-barang keperluannya.

b. Membantu peniaga memasarkan barangannya. c. Menjadikan kehidupan lebih mudah dan lancar. d. Menjadi sumber pendapatan yang berkat dan menguntungkan. e. Meningkatkan martabat ekonomi umat.

Ciri-ciri peniaga yang berjaya :

a. Menunaikan zakat perniagaan. b. Bersifat jujur dan amanah. c. Berusaha gigih. d. Mengutamakan kebajikan di samping keuntungan.

Page 20: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

106

تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن : أنه قال ) ص(عن النيب ، عن أيب هريرة رضى اهللا عنه

.وسنة رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم كتاب اهللا: متسكتم ما Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi Muhammad S.A.W. baginda bersabda : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu : Kitab Allah ( Al-Quran ) dan sunnah Rasullullah. 1. 2. 3.

Al-Quran dan al-Sunnah menjadi panduan hidup manusia dalam semua perkara. Orang yang mengikuti petunjuk al-Quran dan al-Sunnah akan diberi hidayah oleh Allah manakala orang yang tidak mengikut petunjuknya akan tersesat daripada jalan yang benar. Sebab-sebab perlu berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah :

a. Menjadi panduan utama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan.

b. Mengelakkan perselisihan pendapat dan perpecahan di kalangan umat Islam.

c. Ajaran yang terkandung di dalam keduanya adalah benar dan tidak diragui.

d. Kandungannya sesuai untuk diamalkan sepanjang masa. e. Mendapat taufik dan hidayah Allah.

Kelebihan al-Quran berbanding kitab samawi lain. i. Kelebihan al-Quran :

Kamal
Stamp
Page 21: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

107

4. 5. 6. 7

a. syariat yang terkandung di dalamnya kekal sepanjang masa walaupun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

b. Kandungannya dijamin selamat daripada penambahan atau pengurangan selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

c. Ia satu-satunya mukjizat yang masih kekal hingga sekarang. d. Membacanya dikira ibadah khusus.

ii. Kitab samawi lain :

a. Syariatnya terbatas untuk kaum tertentu dan semasa hayat seseorang rasul sahaja.

b. Kandungannya telah banyak ditokok tambah oleh para pendita selepas kewafatan rasul mereka.

c. Tidak lagi dianggap mukjizat kerana telah berlaku penambahan dan pengurangan pada kandungannya.

d. Membacanya tidak dikira ibadah khusus. Setiap permasalahan yang timbul samada berkaitan kepercayaan, ibadah atau kehidupan manusia mestilah dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah supaya mendapat keputusan yang betul dan terselamat daripada kesesatan di dunia dan akhirat. Kaedah penyelesaian masalah menurut al-Quran dan al-Sunnah :

a. Cara motivasi – Menggalakkan manusia berlumba-lumba membuat kebaikan.

b. Cara ancaman – mengingatkan manusia supaya berhati-hati terhadap perkara-perkara buruk.

c. Cara teguran yang membina – Memberi teguran yang baik kepada seseorang.

d. Cara perdebatan yang harmonis – Berhujjah menegakkan sesuatu kebenaran.

e. Cara permesyuaratan – Berbincang mencari penyelesaian. f. Cara penyerahan ( Tawakkal ) – menyandarkan harapan

kepada Allah. g. Cara penyeksaan ( Azab ) – Menghukum sesiapa yang

menyalahi perintah al-Quran dan al-Sunnah. Amalan yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah dinamakan sebagai syirik, fasik, khurafat dan bid’ah. Akibat tidak berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah :

a. Umat Islam tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah. Akibatnya amalan buruk berlaku dalam masyarakat.

b. Pelbagai bidang pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran

Page 22: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

108

dan al-Sunnah tidak dikaitkan dengan unsur-unsur ketuhanan menyebabkan manusia menjadi sesat.

c. Manusia akan menyimpang daripada sifat fitrahnya seperti berlakunya sumbang mahram, seks bebas, pembuangan bayi dan sebagainya.

d. Manusia akan menerima azab dan laknat daripada Allah di dunia dan akhirat.

املؤمن القوي خري وأحب : قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسل : عن أيب هريرة رضى اهللا عنه قال

إىل اهللا من املؤمن الضعيف ويف كل خري إحرص على ما ينفعك واستعن باهللا والتعجز وإن

أصابك شيء فال تقل لو أىن فعلت كان كاذاوكاذا ولكن قل قدر اهللا وما شاء فعل فإن لو تفتح

)رواه مسلم ( الشيطان عملMaksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi Muhammad S.A.W. Baginda bersabda : Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah. Tiap-tiap mereka memiliki kebaikan. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana janganlah berkata : Kalaulah aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini, tetapi katakanlah ,Allah yang telah mentakdirkannya. Apa-apa sahaja yang Allah kehendaki akan dibuatnya. Sesungguhnya ungkapan “ kalau “ itu membuka peluang kepada syaitan.

1.

Nabi Muhammad mengharapkan supaya setiap mukmin mempunyai kekuatan dalam segala bidang seperti :

a. Iman – Iman ialah asas utama kekuatan seseorang mukmin. b. Ilmu pengetahuan – Dapat mengikuti dan menguasai

perkembangan dunia semasa. c. Ekonomi - Mampu berdikari dan tidak bergantung kepada

Kamal
Stamp
Kamal
Stamp
Page 23: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

109

2. 3. 4 5.

pihak lain. d. Politik – Mengukuhkan perpaduan dan kekuatan umat islam. e. Teknologi – Dapat memakmurkan bumi dengan menghasilkan

produk-produk baru yang bermanfaat. f. Pertahanan – Dapat menjaga kedaulatan negara daripada

ancaman musuh dari dalam dan luar. Bentuk-bentuk kelemahan umat Islam dan akibatnya :

a. Bidang politik – Menyebabkan suatu kaum tidak mempunyai kekuatan dalam memperjuangkan hak-hak mereka dan nasib saudara mereka di tempat lain.

b. Bidang ekonomi – Menjerumuskan mereka kepada penindasan seperti menanggung beban hutang dan riba kerana terpaksa bergantung kuasa lain.

c. Bidang pendidikan – Menyebabkan banyak pengetahuan dan teknologi tidak dapat dikuasai dan berlaku kemunduran.

d. Bidang sosial – Masyarakat akan berpecah belah, perbuatan fitnah berleluasa dan akhirnya mereka lemah dan dihina.

Ciri-ciri mukmin yang kuat ialah :

a. Memiliki kekuatan iman kepada Allah. b. Istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah dan Rasul serta

yakin dengan janji-janji Allah. c. Bersemangat melakukan perkara-perkara baik samada untuk

dirinya sendiri atau terhadap orang lain. d. Memenuhi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah. e. Sentiasa bersabar dan memohon pertolongan Allah apabila

menghadap kesusahan. Ciri-ciri mukmin yang lemah :

a. Memiliki iman yang lemah. b. Malas melaksanakan tanggung jawab dan kurang yakin dengan

amaran Allah. c. Melakukan perintah-perintah Allah secara sambil lewa. d. Suka buang masa. e. Sering bergantung kepada manusia dan mudah berputus asa.

Ciri-ciri iman yang sempurna :

a. Bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian. b. Mengeratkan ukhuwah sesama manusia. c. Memohon keampunan daripada dosa dan kesalahan. d. Simpati dengan golongan yang lemah dan membantu mereka

Page 24: Pengajian Hadis

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

110

6. 7. 8.

dengan apa yang dimiliki. e. Amanah dengan tanggung jawab terhadap Allah dan sesama

manusia. f. Memelihara keikhlasan dalam setiap pekerjaan.

Seorang mukmin tidak boleh berkata “ kalau” apabila menerima sesuatu ujian daripada Allah. Ini kerana ungkapan kalau :

a. Menunjukkan sikap tidak redha terhadap qada’ dan qadar Allah kerana perkara yang telah berlaku tetap berlaku.

b. Menunjukkan sikap seorang yang mudah kecewa dan berputus asa dengan sesuatu ujian.

c. Meletakkan kesalahan dan menimbulkan prasangka buruk terhadap orang lain.

d. Membuka peluang kepada syaitan menghasut manusia menyalahkan ketentuan yang telah berlaku.

Peranan tawakal dalam kehidupan manusia :

a. Menimbulkan keyakinan terhadap kebesaran Allah. b. Melahirkan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman dalam

diri seseorang. c. Mendorong seseorang untuk terus berjaya dan bangun semula

apabila gagal. d. Mengukuhkan keimanan seseorang kepada Allah setelah

melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. e. Bersyukur dengan pemberian Allah dan sabar di atas ujiannya.

Antara hikmah beriman dengan qada’ dan qadar ialah : a. Menanam kefahaman akidah yang betul tentang kekuasaan

Allah. b. Boleh memberi ketenangan jiwa apabila menghadapi sesuatu

ujian. c. Menerima ketentuan Allah dengan hati yang redha. d. Membentuk semangat juang, gigih berusaha dan sentiasa

bertawakkal.