amir hazlin bin lin - dewan bahasa dan pustaka

1
AMIR HAZLIN BIN LIN Beliau dilahirkan pada tahun 1967 di Kampung Gajah, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga Kiri, Perak dan Sekolah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Petaling, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh Sijil Perguruan Asas di Maktab Perguruan Seri Kota dan Ijazah Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama serta Sarjana Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Berpengalaman mengajar di sekolah rendah selama lima tahun dan sekolah menengah selama 20 tahun. Beliau pernah menjadi Pakar Runding Metodologi dan Isi Kandungan bagi projek Sekolah Bestari dengan Multimedia Synergy Corporation, Kuala Lumpur selama dua tahun. Selain itu, beliau juga pernah menjadi penulis buku ulang kaji dengan beberapa penerbit swasta dan menjadi penulis beberapa buah buku teks Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Antara buku teks yang pernah ditulis dengan Dewan Bahasa dan Pustaka termasuklah Pakej Buku Teks KBSR Tahun 2 SK (1996), Pakej Buku Teks KBSR Tahun 4 SK (1998), Pakej Buku Teks Tahun 4 SJK (2007), Pakej Buku Teks KBSR Tahun 6 SJK (2009), Pakej Buku Teks KSSR Tahun 1 SK (2010) dan Pakej Buku Teks KSSR Tahun 1 SK (2017). Beliau merupakan penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (2017), Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 (2018) dan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (2019) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kini, beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak. ROZITA BINTI MOHAMAD YUNEH Beliau dilahirkan pada 18 September 1979 di Felda Jengka 5, Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Jengka 5 dan kemudian, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Maran dan Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh, Pahang. Beliau melanjutkan pengajian peringkat diploma di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2007. Beliau menyambung pengajiannya di peringkat sarjana dan memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2011. Beliau merupakan seorang Guru Cemerlang dan berpengalaman sebagai Jurulatih Utama Program MBMMBI Peringkat Negeri Pahang (2015). Beliau turut terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Teknikal penyemakan Naskhah Sedia Kamera buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Tiga (2018) dan buku teks Kimia Tingkatan Empat (2019). Kini, beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang. ZURAIMAH BINTI MOHAMAD Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1966 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Padang Tembak 1, Kuala Lumpur dari darjah satu hingga darjah lima dan kemudian di Sekolah Kebangsaan King George V, Seremban semasa darjah enam. Beliau seterusnya menyambung pengajian di SMK King George V, Jalan Zaaba, Seremban dari Tingkatan satu sehinggalah Tingkatan enam atas. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (HONS) daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1990. Beliau pernah bekerja di sebuah syarikat penerbitan, iaitu Pustaka Cipta milik Sasterawan Negara, iaitu Baha Zain sebelum menyambung pengajian untuk Diploma Pendidikan pada tahun 1991- 1992 di Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI), Tanjung Malim, Perak bagi mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI). Beliau memulakan tugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari tahun 1992 sehingga tahun 2000. Seterusnya, beliau bertugas di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dari tahun 2001 hingga tahun 2007 sebelum menjadi guru di SMK Seri Pagi, Senawang dari tahun 2008 hingga tahun 2013. Pada tahun 2010, beliau telah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Pada tahun 2014, beliau telah dilantik sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coach (SISC+) Bahasa Melayu dan bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Negeri Sembilan sehingga kini. Beliau ialah penulis Buku Teks Bahasa Melayu Cambridge IGCSE (Malay as a First Language) untuk buku pelajar dan buku panduan guru tahun 2019 yang diterbitkan oleh Collins, London. Selain itu, beliau pernah menjadi Panel Peningkatan Mutu bagi Buku Teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 (2018), dan Buku Teks Amalan Bahasa Melayu (2019). Beliau juga merupakan antara panel penilai beberapa buah buku teks di bawah Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. ZANARIAH BINTI ABDOL Beliau dilahirkan pada 12 April 1963 di Segamat, Johor dan merupakan Guru Cemerlang Gred Khas C yang mengajarkan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sains Johor sejak tahun 1986 hingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 5 September 2020. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan (Kepujian), Universiti Malaya dengan pengkhususan Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Bidang kepakaran beliau ialah tatabahasa, kemahiran menulis, kemahiran membaca, kemahiran bertutur, kemahiran berfikir, perealisasian item, penilaian dan pentaksiran, kurikulum dan pedagogi. Beliau ialah Munsyi Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka), Munsyi Muda (Jabatan Perkhidmatan Awam), dan berpengalaman sebagai Ahli Majlis Akademik Sekolah Berasrama Penuh (Bahasa Melayu), Ketua Pentaksir Kebangsaan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (Bahasa Melayu), Jurulatih Utama Perealisasian Item, dan lain-lain. Beliau juga terlibat sebagai ahli kumpulan pemikir dan penilai di Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Bahagian Perkembangan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Selain berpengalaman menjadi penulis skrip dan penyampai rancangan “Bahasa Kita” di Radio Malaysia Johor, beliau juga banyak menghasilkan kajian tindakan dan penulisan ilmiah yang yang telah dibentangkan bukan sahaja dalam seminar atau konvensyen peringkat kebangsaan, malahan antarabangsa. Bahkan, beberapa idea inovasi yang dihasilkan melalui kajian telah dibukukan, antaranya, Peribahasa Watafa (Pelangi Publication), dan Peribahasa Bulan Ini (Dewan Pelajar, DBP). Beliau merupakan penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (2017), Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 (2018) dan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (2019) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Upload: others

Post on 23-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMIR HAZLIN BIN LIN - Dewan Bahasa dan Pustaka

AMIR HAZLIN BIN LIN Beliau dilahirkan pada tahun 1967 di Kampung Gajah, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga Kiri, Perak dan Sekolah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Petaling, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh Sijil Perguruan Asas di Maktab Perguruan Seri Kota dan Ijazah Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama serta Sarjana Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Berpengalaman mengajar di sekolah rendah selama lima tahun dan sekolah menengah selama 20 tahun. Beliau pernah menjadi Pakar Runding Metodologi dan Isi Kandungan bagi projek Sekolah Bestari dengan Multimedia Synergy Corporation, Kuala Lumpur selama dua tahun. Selain itu, beliau juga pernah menjadi penulis buku ulang kaji dengan beberapa penerbit swasta dan menjadi penulis beberapa buah buku teks Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Antara buku teks yang pernah ditulis dengan Dewan Bahasa dan Pustaka termasuklah Pakej Buku Teks KBSR Tahun 2 SK (1996), Pakej Buku Teks KBSR Tahun 4 SK (1998), Pakej Buku Teks Tahun 4 SJK (2007), Pakej Buku Teks KBSR Tahun 6 SJK (2009), Pakej Buku Teks KSSR Tahun 1 SK (2010) dan Pakej Buku Teks KSSR Tahun 1 SK (2017). Beliau merupakan penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (2017), Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 (2018) dan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (2019) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kini, beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak.

ROZITA BINTI MOHAMAD YUNEH Beliau dilahirkan pada 18 September 1979 di Felda Jengka 5, Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Jengka 5 dan kemudian, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Maran dan Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh, Pahang. Beliau melanjutkan pengajian peringkat diploma di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2007. Beliau menyambung pengajiannya di peringkat sarjana dan memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2011. Beliau merupakan seorang Guru Cemerlang dan berpengalaman sebagai Jurulatih Utama Program MBMMBI Peringkat Negeri Pahang (2015). Beliau turut terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Teknikal penyemakan Naskhah Sedia Kamera buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Tiga (2018) dan buku teks Kimia Tingkatan Empat (2019). Kini, beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang.

ZURAIMAH BINTI MOHAMAD Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1966 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Padang Tembak 1, Kuala Lumpur dari darjah satu hingga darjah lima dan kemudian di Sekolah Kebangsaan King George V, Seremban semasa darjah enam. Beliau seterusnya menyambung pengajian di SMK King George V, Jalan Zaaba, Seremban dari Tingkatan satu sehinggalah Tingkatan enam atas. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (HONS) daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1990. Beliau pernah bekerja di sebuah syarikat penerbitan, iaitu Pustaka Cipta milik Sasterawan Negara, iaitu Baha Zain sebelum menyambung pengajian untuk Diploma Pendidikan pada tahun 1991- 1992 di Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI), Tanjung Malim, Perak bagi mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI). Beliau memulakan tugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari tahun 1992 sehingga tahun 2000. Seterusnya, beliau bertugas di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dari tahun 2001 hingga tahun 2007 sebelum menjadi guru di SMK Seri Pagi, Senawang dari tahun 2008 hingga tahun 2013. Pada tahun 2010, beliau telah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Pada tahun 2014, beliau telah dilantik sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coach (SISC+) Bahasa Melayu dan bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Negeri Sembilan sehingga kini. Beliau ialah penulis Buku Teks Bahasa Melayu Cambridge IGCSE (Malay as a First Language) untuk buku pelajar dan buku panduan guru tahun 2019 yang diterbitkan oleh Collins, London. Selain itu, beliau pernah menjadi Panel Peningkatan Mutu bagi Buku Teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 (2018), dan Buku Teks Amalan Bahasa Melayu (2019). Beliau juga merupakan antara panel penilai beberapa buah buku teks di bawah Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia.

ZANARIAH BINTI ABDOL Beliau dilahirkan pada12 April 1963 di Segamat, Johor dan merupakan Guru Cemerlang Gred Khas C yang mengajarkan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sains Johor sejak tahun 1986 hingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 5 September 2020. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan (Kepujian), Universiti Malaya dengan pengkhususan Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Bidang kepakaran beliau ialah tatabahasa, kemahiran menulis, kemahiran membaca, kemahiran bertutur, kemahiran berfikir, perealisasian item, penilaian dan pentaksiran, kurikulum dan pedagogi. Beliau ialah Munsyi Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka), Munsyi Muda (Jabatan Perkhidmatan Awam), dan berpengalaman sebagai Ahli Majlis Akademik Sekolah Berasrama Penuh (Bahasa Melayu), Ketua Pentaksir Kebangsaan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (Bahasa Melayu), Jurulatih Utama Perealisasian Item, dan lain-lain. Beliau juga terlibat sebagai ahli kumpulan pemikir dan penilai di Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Bahagian Perkembangan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Selain berpengalaman menjadi penulis skrip dan penyampai rancangan “Bahasa Kita” di Radio Malaysia Johor, beliau juga banyak menghasilkan kajian tindakan dan penulisan ilmiah yang yang telah dibentangkan bukan sahaja dalam seminar atau konvensyen peringkat kebangsaan, malahan antarabangsa. Bahkan, beberapa idea inovasi yang dihasilkan melalui kajian telah dibukukan, antaranya, Peribahasa Watafa (Pelangi Publication), dan Peribahasa Bulan Ini (Dewan Pelajar, DBP). Beliau merupakan penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (2017), Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 (2018) dan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 (2019) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.