pembentangan pn fazilah amir & alan.pptx

Upload: khirul-amir

Post on 01-Mar-2016

72 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Slide 1

BMM3112 Sejarah Perkembangan BM, Perkamusan dan Terjemahan

-UNIT 8: PERKAMUSAN-Disediakan Oleh: Khirul Amir Bin Abu HasanMohd Iskandar Alan Bin Norhanuddin

Untuk Perhatian:Pn Fazilah Binti Mat ZainPERKAMUSAN

A) Teori dan prinsip perkamusan Teori dan prinsip perkamusanKata entri / kata masukanKata standard dan variasi

B) Sebutan dan etimologiSebutanEtimologi

C) Tanda dan kependekanTandaKependekan

A. TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN Teori dan prinsip perkamusanKata entri / kata masukanKata standard dan variasi1. TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSANTEORI DAN PRINSIP PENTERJEMAHANMenurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus. Perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan. Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-kata. Dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang dengan menggunakan lambang (linguistik) itu sendiri.Menurut Arbak Othman, penyusun kamus hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan yang digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada kerana gayanya yang berbeza, situasi penggunaannnya atau sifat-sifat pragmatiknya yang berbeza. Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara yang berikutPerancanganPertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu, dan penentuan prasarana.Siapakah yang terlibat?Individu yang terlibat bersangkutan dengan persyaratan keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program perkamusan.Aspek linguistikAspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya.PemasaranAspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produkPra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamusPenguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga perlulah mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan.Selain daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang penting.Bagaimanakah penelitian dilakukan?Penelitian leksikologi termasuklah yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data. Penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan.Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus.PRINSIP PENYUSUNAN KAMUSKeaslian - kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.

Keperwakilan - bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benar-benar mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanak-kanak.

PRINSIP PENYUSUNAN KAMUSKelayakan - penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.

Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan.Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi kamus mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu makna atau semantik.

Semantik mengkaji makna kata dan amat penting bagi seorang penyusun kamus. Lambang mempunyai makna yakni bukan sahaja bahasa tetapi lambang memberikan makna tertentu.

Contoh: Apabila mata melihat sesuatu objek seperti baju pastinya mempunyai ciri-ciri warna, bentuk atau jenis kain. Lyons dalam Semantics (1977) membezakan tiga makna berasaskan bahasa, iaitu

makna deskriptif yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya, misalnya makna dalam kamus; makna sosial yakni makna dalam konteks kegunaan sosial misalnya naga mempunyai nilai tambah bergantung kepada budaya (masyarakat Cina memberikan nilai baik manakala masyarakat Barat memberikan nilai negatif)makna ekspresif yakni makna berkaitan dengan perasaan misalnya kagum atau marah berbeza berdasarkan persepsi individu.2. KATA ENTRI / KATA MASUKANKata Entri /Kata masukan ialah entri yang disusun mengikut urutan abjad yang disertai takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dsb.

Definisi : Perkataan yang dimasukkan ATAU terangkum dalam sesebuah kamus.

Asmah berpendapat bagi sesuatu masukan kata, perlu disertakan dengan terbitannya sekali (1975: 343). Keseluruhan entri tidak dinyatakan maklumat sebutannya. Terdapat pengecualian bagi beberapa entri tertentu yang bermasalah dalam cara sebutannya.

Contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (Rujuk halaman xvii)Entri yang melibatkan penggunaan e-taling. (bearis)Entri yang mengekalkan ejaan dan sebutan bahasa asal (lasagna lezaniye)Entri nama Allah yang dalam tulisan arab bermula dengan Alif Lam Syamsiah.3. KATA STANDARD DAN VARIASIKATA STANDARDBentuk standard difahami sebagai sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan.

Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan.VARIASI KATA Variasi kata pula diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa.

Seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenalpasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini.

Variasi kata yang ketara terhasil daripada pelat atau kegagalan menyebut perkataan dengan betul dan tepat, atau variasi yang difikirkan selama ini amat jarang ditemui, tidak lagi dimuatkan dalam cetakan baru ini; misalnya, khanduri yang bentuk standardnya, kenduri; lafal (lafaz), petenah (fitnah) dan lain-lain. Variasi Ejaan merujuk kepada perkataan-perkataan tertentu diperturunkan sebagai rujuk silang dengan tanda anak panah yang merujuk kepada bentuk dan ejaan yang standard semata-mata untuk kemudahan pengguna yang mungkin masih keraguan iaitu tidak pasti tentang bentuk atau ejaan yang standard.

Kemasukan variasi demikian dibataskan kepada bentuk kata yang tertentu sahaja.

Perkataan-perkataan dalam ejaan lama yang luput oleh pelaksanaan sistem ejaan baru dan difikirkan tidak seharusnya menimbulkan kesulitan pada masa kini tidak dimuatkan sama sekali

B. SEBUTAN DAN ETIMOLOGISebutanEtimologi1. SEBUTANSecara dasarnya sebutan yang diberikan terbatas kepada keterangan bagi sebutan huruf e pada kata dasar.

Huruf e yang disebutkan () iaitu e pepet tidak diberikan keterangan sebutan sedangkan e taling dierokan keterangan sebutannya dengan lambang .bela semakbela (b la)semak (s mak)

Terdapat pengecualian bagi beberapa entri yang bermasalah dengan cara penyebutannya yang berikan maklumat sebutan agar tidak timbul kekeliruan untuk menyebutnya.2. ETIMOLOGIKeterangan etimologi tidak diberikan selengkapnya tetapi hanya sekadar untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu tetapi masih terasa sifat-sifat keasingannya tanpa memperhitungkan taraf atau peringkat kemeresapan perkataan yang berkaitan dalam kalangan pengguna bahasa.

KependekanTandaGlosariC. TANDA DAN KEPENDEKAN1. KEPENDEKANDalam bahasa Melayu, akronim dan kependekan digunakan secara meluas, bukan sahaja dalam media cetak, seperti akhbar dan majalah, tetapi juga dalam media elektronik, seperti internet.

Persamaan yang ketara antara akronim dengan kependekan ialah kedua-duanya terbentuk daripada gabungan huruf pertama.

Misalnya, ADUN dan JAIS yang merupakan akronim untuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor. DEB dan BSN pula merupakan kependekan untuk Dasar Ekonomi Baru dan Bank Simpanan Nasional.Walau bagaimanapun, sebutan bagi akronim dan kependekan adalah berbeza.

Akronim disebut seperti kata biasa. Singkatan pula disebut huruf demi huruf, misalnya [D.E.B] dan [B.S.N].

Selain itu, ada juga akronim yang dibentuk oleh gabungan suku kata daripada dua perkataan atau lebih. Sebagaimana akronim, kependekan juga digunakan dengan meluas dalam media cetak dan elektronik.

Ada juga antara kependekan yang biasa digunakan sememangnya berasal daripada kependekan bahasa Inggeris.

Contoh Kependekan (Bahasa Melayu)KependekanMaksudKependekanMaksudadj.kata adjektifk.hkata hubungk.pm.kata pemerik.s.n.kata sendi namaawl.awalank.k.kata kerjakep.kependekank.n.kata namak.b.kata bantuk.nf.kata nafik.bil.kata bilangank.p.kata penguatk.ty.kata tanyasr.kata seruk.g.kata gantik.pb.kata pembenarung.ungkapanContoh Kependekan (Bahasa Inggeris)KependekanMaksudKependekanMaksuda.adjectiveabbr.abbreviationadjs.adjectivesadv.adverbsAmer.Americanattrib.attributivelyAustr.Australiancolloq.colloquialconj.conjunctionDec.Decemberderog.derogatoryesp.especiallyfem.femininefig.figurativeimper.imperativeInd.Indianint.interjectionsiron.ironicallyIr.IrishJan.Januaryjoc. jocularlyn. nounN. Engl.Northern EnglandNov. Novemberorig.originallypl.pluralposs.possessivep.p past particlepr.pronouncedpref.prefixprep.prepositionpreps.prepositionspres.presentpres. ppresent participlepron.pronounp.t.past tenserel. pron.relative pronounsl.slangU.S.United Statesusu.usuallysb.somebodyvulg.vulgar2. TANDATanda tilde (~) yang terdapat pada kata masukan pecahan (seperti frasa, ungkapan dan sebagainya) dan pada contoh penggunaan kata digunakan untuk menggantikan kata dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya:

Contoh:Abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali ; ~ kuda alat kuda.... (Tanda ~ dimaksudkan menggantikan kata abah-abah)Helah 1. Akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ untuk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya..(Tanda ~ dimaksudkan menggantikan kata helah)Tanda anak panah ( ) bererti lihat;

Tanda persamaan (=) bererti atau, sama dengan.

3. GLOSARIGlosari adalah satu senarai istilah dalam bidangilmutertentu berserta dengan takrifannya secara ringkas.

Biasanya, glosari diletakkan pada akhir sebuah buku yang mengandungi istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut. Istilah-istilah tersebut sama ada masih baru ataupun tidak lazim penggunaannya. GLOSARIMerupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahan.

Halaman glosari diakhiran buku mengandungi penerangan maksud perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempunyai makna yang tertentu di dalam buku yang ditulis oleh pengarang.Contoh glosari di dalam Kamus Dwibahasa adalah seperti berikut:

ISTILAH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASIBAHASA MELAYUBAHASA INGGERISAbjadAlphabetCakeraDiscAplikasiApplicationContoh glosari di dalam Kamus Dwibahasa adalah seperti berikut:

ISTILAH SAINSBAHASA MELAYUBAHASA INGGERISKitar KarbonCarbon CycleGegelungCoilKanta CekungConcave LensContoh glosari di dalam Kamus Dwibahasa adalah seperti berikut:

ISTILAH MATEMATIKBAHASA MELAYUBAHASA INGGERISRumus Sudut BergandaDouble-angle FormulaSama SisiEquilateralGenapEven39TAJUK 13 : PERKAMUSANContoh glosari di dalam Tatabahasa Dewan:ISTILAHMAKSUDKoherenKesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.KlausaSatu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat.Inti Unsur yang diberikan penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, contohnya dalam bapa budak itu, perkataan bapa ialah inti.RujukanArbak Othman. (2000). Teori perkamusan. Seri Kembangan: Weng SengSdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (1969). Perkamusan Melayu. Bahasa, Oktober 1969: 78-87.

Subandi Kasidan. 2012. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Perkamusan danTerjemahan BMM3112. Bintangor.

Sekian, Terima Kasih