amali 1

5
Amali 1 Tujuan : Menyiasat pecahan dari penyulingan petroleum. Bahan/Radas : Petroleum, serpihan porselin, kertas turas, kaki retot, termometer (-10 - 300°C), kelalang penyulingan, Kondenser Leibig, kelalang kon, kasa dawai, tungku kaki tiga, mangkuk penyejat dan penunu Bunsen. Prosedur : A. Penyulingan Berperingkat Petroleum 1. Radas seperi Rajah 1 disediakan.

Upload: mohd-marzuki-hasan

Post on 02-Aug-2015

60 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 1

Amali 1

Tujuan :

Menyiasat pecahan dari penyulingan petroleum.

Bahan/Radas :

Petroleum, serpihan porselin, kertas turas, kaki retot, termometer (-10 - 300°C),

kelalang penyulingan, Kondenser Leibig, kelalang kon, kasa dawai, tungku kaki tiga,

mangkuk penyejat dan penunu Bunsen.

Prosedur :

A. Penyulingan Berperingkat Petroleum

1. Radas seperi Rajah 1 disediakan.

Rajah 1 : Radas Penyulingan Berperingkat

2. Petroleun di dalam kelalang penyulingan dipanaskan perlahan-lahan.

3. Pecahan pertama petroleum pada suhu 30 - 80°C dikumpulkan.

Page 2: Amali 1

4. Pemanasan diteruskan dan hasil penyulingan bagi suhu-suhu 80 - 120°C, 120

- 160°C dan 160 - 200°C dikumpulkan dalam kelalang kon yang berasingan.

B. Ciri-ciri pecahan yang berbeza.

1. Warna setiap pecahan diperhatikan.

2. Kelikatan pecahan diperhatikan dengan menyondongkan kelalang kon.

3. Setiap pecahan dituang sedikit ke dalam mangkuk penyejat dan dinyalakan.

Warna api dan jelaga yang dihasilkan diperhatikan.

4. Pemerhatian direkodkan dalam jadual.

Keputusan :

Pecahan Julat suhu

(°C)

Warna Kelikatan Kebolehbakaran

1 30 – 80 Tidak

berwarna

Tidak likat Mudah terbakar

2 80 – 120 Kuning muda Likat sedikit Mudah terbakar

3 120 – 160 Kuning Agak likat Susah terbakar

4 160 - 200 Perang Likat Tidak terbakar

Page 3: Amali 1

Soalan :

1. Bincangkan kebolehbakaran pecahan-pecahan petroleum.

Semakin tinggi takat didih petroleum, semakin sukar kebolehbakarannya

kerana semakin bertambah panjang rangkaian karbon.

2. Bincang perkaitan antara takat didih pecahan dengan :

a. warna pecahan

Semakin bertambah gelap daripada pecahan 1 ke pecahan 4.

b. kelikatan pecahan

Kelikatan bertambah daripada pecahan 1 ke pecahan 4 kerana wujudnya

daya tarikan antara molekul yang semakin bertambah apabila saiz molekul

bertambah.

c. kuantiti jelaga yang dihasilkan oleh pecahan.

Kuantiti jelaga yang dihasilkan bertambah dari pecahan 1 ke pecahan 4

kerana pertambahan bilangan karbon per molekul hidrokarbon.

3. Pecahan X mempunyai formula C6H14. Ramalkan warna, kelikatan dan

kuantiti jelaga yang dihasilkan.

4. Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi mewakili pembakaran gasolin

(C8H18)

2C 8 H 18 + 25O 2 16CO 2 + 18H 2 O

5. Pembakaran tidak lengkap bagi gasolin membebaskan gas beracun seperti

gas karbon monoksida dan nitrogen monoksida. Tulis persamaan kimia

seimbang yang mewakili pembakaran tidak lengkap gasolin (C8H18).

Page 4: Amali 1

6. Apakah biodiesel?

Bahan api diesel yang berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang

terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil, propil atau etil) ester. Biodisel

biasanya dihasilkan melalui tindak balas kimia lipid seperti minyak sayuran,

lemak haiwan dengan alkohol.

7. Apakah kepentingan menggunakan biodiesel berbanding bahan api

petroleum?

Ketika biodiesel dibakar, ia menghasilkan pengeluaran karbon yang minimum

dan racun pada tahap yang paling rendah. Ini menjadikan biodiesel menjadi

bahan alternatif yang lebih selamat untuk memelihara atmosfera di samping

menurunkan kadar pencemaran udara. Biodiesel juga lebih bersifat mesra

alam dan dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.