kemahiran generik yang diperoleh pelajar … · 2.1 kemahiran generik dari perspektif majikan 24...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) PKPG SEMASA
MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
NOOR HAFISAH BINTI SAPUAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


KEMAHIRAN GENERIK YANG DIPEROLEH PELAJAR SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) PKPG SEMASA
MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
NOOR HAFISAH BINTI SAPUAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008



iii
DEDIKASI
“Syukur kehadrat Ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan tabah
dalam mengharungi liku-liku kehidupan demi memperoleh kejayaan”
KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….
Ayahanda dan Bonda
Sapuan bin Simos dan Supiah binti Sonhat @ Sungib
Abah dan Ibu Mertuaku
Masran bin Ahmad dan Salmah binti Laidi
Pengorbanan kalian tiada taranya untuk dinilai, doa restu kalian tidak pernah putus
buat diri ku. Sesungguhnya ku cuba membalas segalanya..
Khusus buat suami yang tercinta dan dikasihi
Muhamad Noor Faizal bin Masran
Doa, restu dan sokongan mu amat ku hargai. Moga ikatan kasih yang dibina berkekalan hingga
ke akhir hayat.
Buat Kekanda-kekandaku & Adindaku yang tersayang,
Angah, Uda, Alang dan Adik
Segala sokongan dan dorongan kalian adalah sumber kekuatanku…
Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi,
Wan Mohammad Kamal Azman serta Semua Warga 4 SPH (PKPG-IPTI)
Terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga. Semoga kejayaan menjadi
milik kita semua.... Insya Allah

iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala
pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah
s.a.w.
Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi
semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini
bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kemahiran Hidup.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Hanim binti Sulaiman selaku
pensyarah pembimbing projek di atas segala bimbingan, nasihat, pandangan, tunjuk
ajar dan sokongan yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Sekalung penghargaan tidak terhingga juga ditujukan kepada Prof. Madya
Khairi Izwan dari UNIPEN yang banyak memberikan input dan maklumat dalam
penghasilan Projek Sarjana Muda ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing
khususnya kepada Tn. Hj Zainuddin bin Hassan, En. Asnul Dahar bin Minghat,
Cik Sarimah binti Ismail, rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini. Semoga segala
jasa baik yang diberikan mendapat keberkatan di dalam kehidupan kalian semua.
InsyaAllah...........

v
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kemahiran generik yang diperoleh di kalangan pelajar-pelajar tahun empat Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Program Khas Pensiswazahan
Guru (PKPG) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 118 orang
pelajar yang telah menjalani latihan industri selama lapan minggu dan kini berada di
semester akhir pengajian telah terlibat sebagai sampel kajian ini. Antara kemahiran
generik yang dikaji adalah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran
penyelesaian masalah, bekerja secara berpasukan, pembelajaran berterusan dan
pengurusan maklumat, keusahawanan, kepimpinan dan kemahiran proaktif dan etika
dan moral profesional. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan kaedah soal
selidik skala Likert lima mata. Nilai alpha crobanch bagi indeks kebolehpercayaan
item soal selidik dalam kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.894. Data mentah
yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the
Social Science (SPSS) version 14.0. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan
elemen kemahiran generik berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan latihan
industri yang diikuti oleh pelajar dapat membentuk kemahiran generik dalam diri
pelajar. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan
dijalankan.

vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to identify the soft skills among
fourth year students in Bachelor of Technology with Education (Living Skills) PKPG
from Faculty of Education in Universiti Teknologi Malaysia. The respondents of the
study consisted of 118 students who have undergone their eight weeks industrial
training and who are currently in their final semester. This research focuses on the
soft skills in terms of communication skills, creative thinking and problem solving,
team working, lifelong learning and information management, entrepreneurship
skills, leadership skills, proactive and professional ethics code. This research uses a
questionnaire as an instrument. The reliability index value from the pilot test of this
research is 0.894. All data was analyzed by using Statistical Packages for the Social
Science (SPSS) version 14.0. From the outcome of the research, it can be concluded
that most of the elements in the generic skills are at high level. Therefore, this
indicates that the industrial training has helped to instill and develop the students’
generic skills. Several suggestions have been given for further research.

vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11

viii
BAB PERKARA HALAMAN
1.6.1 Universiti Teknologi Malaysia 11
1.6.2 Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan (JPTK)
11
1.6.3 Penyelia Latihan Industri (UTM) 12
1.6.4 Pelajar 12
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Kemahiran Generik 13
1.8.2 Latihan Industri 13
1.8.3 Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)
14
1.8.4 Program Khas Pensiswazahan Guru 14
1.9 Rumusan 15
2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Konsep Kemahiran Generik 17
2.3 Kepentingan Kemahiran Generik 19
2.4 Kemahiran Generik Di UTM 19
2.4.1 Kemahiran Komunikasi 20
2.4.2 Pemikiran Kritis dan Kemahiran
Penyelesaian Masalah
20
2.4.3 Bekerja Secara Berpasukan 21
2.4.4 Pembelajaran Berterusan dan
Pengurusan Maklumat
21
2.4.5 Keusahawanan 22
2.4.6 Kepimpinan dan Kecenderungan
Proaktif
22
2.4.7 Etika dan Moral Profesional 23
2.5 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 23

ix
BAB PERKARA HALAMAN
2.6 Kemahiran Berkomunikasi 25
2.7 Pemikiran Kritis dan Kemahiran Penyelesaian
Masalah
26
2.8 Bekerja Sacara Berpasukan 27
2.9 Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan
Maklumat
28
2.10 Keusahawanan 29
2.11 Kepimpinan dan Kecenderungan Proaktif 30
2.12 Etika dan Moral Profesional 31
2.13 Model Kemahiran Generik 32
2.13.1 Model Kelompok Utama Kemahiran
Generik
33
2.13.2 Model Penerapan Kemahiran Generik
Dalam Pembentukan Kursus
34
2.14 Kajian-kajian Lepas 35
2.14.1 Kajian Luar Negara 35
2.14.2 Kajian Dalam Negara 37
2.15 Rumusan 41
3 METODOLOGI KAJIAN 42
3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian 42
3.3 Persampelan 43
3.4 Instrumen Kajian 43
3.5 Kajian Rintis 45
3.6 Prosedur Pengumpulan Data 47
3.6.1 Peringkat Pertama 47
3.6.2 Peringkat Kedua 47
3.7 Analisis Data 48
3.8 Rumusan 49

x
BAB PERKARA HALAMAN
4 ANALISIS DATA 50
4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang
Responden)
51
4.2.1 Jantina 51
4.2.2 Umur 52
4.2.3 Bangsa 52
4.2.4 Sektor Semasa Menjalani Latihan
Industri
53
4.2.5 Bidang Kerja Yang Diikuti Semasa
Menjalani Latihan Industri
54
4.3 Analisis Data Bahagian B (Persoalan Kajian) 55
4.3.1 Persoalan Kajian 1 55
4.3.2 Persoalan Kajian 2 57
4.3.3 Persoalan Kajian 3 59
4.3.4 Persoalan Kajian 4 61
4.3.5 Persoalan Kajian 5 63
4.3.6 Persoalan Kajian 6 64
4.3.7 Persoalan Kajian 7 66
4.4 Analisis Keseluruhan 68
4.5 Rumusan 69
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 70
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian A 71
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B 72
5.3.1 Persoalan Kajian 1 72
5.3.2 Persoalan Kajian 2 74
5.3.3 Persoalan Kajian 3 75
5.3.4 Persoalan Kajian 4 77

xi
BAB PERKARA HALAMAN
5.3.5 Persoalan Kajian 5 78
5.3.6 Persoalan Kajian 6 80
5.3.7 Persoalan Kajian 7 81
5.4 Rumusan 83
5.5 Cadangan Kajian 83
5.5.1 Pelajar 84
5.5.2 Pihak Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM
84
5.5.3 Pihak Industri atau Majikan 85
5.6 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan 85
5.7 Penutup 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN 96

xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Pelbagai Istilah Yang Digunakan Oleh Beberapa
Negara
2
1.2 Jurang Perbezaan Kemahiran Generik Yang
Ditemui Mengikut Sektor Industri
7
2.1 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan 24
2.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Majikan
Menurut Robinson
24
3.1 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor
Demografi Responden
44
3.2 Pembahagian Item Soal Selidik Bahagian B
Berdasarkan Kemahiran Hidup Yang Diperolehi
Pelajar Semasa Menjalani Latihan Industri
45
3.3 Markat Skala Likert 5 Mata 45
3.4 Pekali Alpha Cronbach 46
3.5 Skor Aras Skala Likert 48
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 49
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina
51
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Umur
52
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa
53

xiii
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Sektor Semasa Menjalani Latihan Industri
53
4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bidang Kerja Yang Diikuti Semasa
Menjalani Latihan Industri
54
4.6 Analisis Peratusan Tahap Kemahiran Generik Di
Kalangan Pelajar Dari Aspek Kemahiran Komunikasi
56
4.7 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran
Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek Pemikiran
Kritis dan Kemahiran Penyelesaian Masalah
58
4.8 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran
Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek Bekerja
Secara Berpasukan
60
4.9 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran
Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
62
4.10 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran
Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek
Keusahawanan
63
4.11 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran
Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek
Kepimpinan dan Kecenderungan Proaktif
65
4.12 Analisis Peratusan dan Min Tahap Kemahiran
Generik Di Kalangan Pelajar Dari Aspek Etika dan
Moral Profesional
67
4.13 Nilai Min Bagi Setiap Persoalan Kajian 68

xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Kelompok Utama Kemahiran Generik 34
2.2 Model Penerapan Kemahiran Generik Dalam
Pembentukan Kursus
35
4.1 Peratusan Keseluruhan Min Bagi Setiap Elemen
Kemahiran Generik69

xv
SENARAI SINGKATAN
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
LI - Latihan Industri
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPSS - Statistical Packages for the Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 96
B Pengesahan Soal Selidik 103
C Keputusan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 100

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kemahiran generik pada hari ini amat sinonim dengan keperluan pengajaran
dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung di peringkat
pengajian tinggi terutamanya di universiti-universiti awam. Penerapan kemahiran
generik amatlah dititikberatkan kepada para graduan memandangkan ianya adalah
medium penting bagi membekalkan sumber tenaga manusia yang seimbang dalam
pembentukan budaya bangsa. Pelaksanaan kemahiran generik selari dengan
pembangunan sahsiah untuk melahirkan bakal pekerja yang seimbang dari segi
intelek, jasmani, emosi dan rohani selain berketrampilan. Ramuan ini merupakan
formula penting dalam era pembangunan negara yang pesat membangun bagi
menghadapi persaingan global pada masa kini.
Reformasi yang berlaku dalam dunia pendidikan adalah untuk membolehkan
negara menghasilkan warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi
akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah diri. Sesuai dengan dasar kerajaan
yang menekankan nilai-nilai tersebut, perancangan rapi harus dilaksanakan
khususnya di peringkat pengajian tinggi. Ini bermakna institut pengajian tinggi harus
peka dengan keperluan guna tenaga negara memandangkan universiti merupakan

2
platform terbaik untuk melahirkan graduan yang mampu berdaya saing dengan arus
globalisasi. Justeru itu, kemahiran generik perlu dititik beratkan terutama kepada
graduan yang bakal bersaing dalam pasaran kerja hari ini.
Kearns (2001), mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran yang
boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ianya bukan
sekadar merangkumi kemahiran asas tetapi juga merangkumi kemahiran kognitif,
personal dan interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan. Manakala
menurut Kartini (2002), beberapa kemahiran generik perlu dikuasai oleh guru bagi
melaksanakan pedagogi bestari seperti kemahiran berfikir, kemahiran mentaksir,
kemahiran pemudahcara, kemahiran mentaksir dan menilai dan kemahiran teknologi
komputer.
Pelbagai istilah telah digunakan di beberapa negara untuk menjelaskan
maksud persamaan terma yang digunakan berkaitan dengan kemahiran generik.
Secara ringkasnya, maksud yang diberikan berfokus kepada kemahiran personal,
sikap, tabiat dan tingkahlaku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah dan
kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi. Penjelasan istilah
kemahiran generik yang digunapakai oleh beberapa negara dapat diterangkan di
dalam jadual 1.1 di bawah.
Jadual 1.1 : Pelbagai Istilah Yang Digunakan Oleh Beberapa Negara
Negara Istilah Kemahiran GenerikUnited Kingdom Kemahiran teras, kemahiran utama, kemahiran umumNew Zealand Kemahiran utamaAustralia Kompetensi utama, kemahiran pekerjaan, kemahiran generikKanada Kemahiran pekerjaan
United StatesKemahiran asas, kemahiran keperluan, kemahiran ruang lingkup tugas tahu-bagaimana
Singapura Kemahiran serba gunaPerancis Kemahiran kritikalGerman Kemahiran kelayakanSwitzerland Kemahiran antara disiplinDenmark Proses kelayakan berdikari
Sumber: NCVER (National Centre for Vocational Education Research Australia), 2003

3
Di negara-negara Barat, pengamal dan pihak industri telah melihat kemahiran
generik ini merupakan salah satu daripada aspek kemahiran yang perlu diberi
perhatian dan sering dikaji (Kearns, 2001). Menurut Yahya (2006), negara Barat
menganggap bahawa aspek kemahiran generik adalah satu aspek kompetensi
pekerjaan yang harus dimiliki oleh setiap pekerja untuk membolehkan mereka
menjadi seorang pekerja yang berketrampilan dan berkeupayaan tinggi dalam dunia
pekerjaan yang diceburi.
Bagi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, United
Kingdom dan New Zealand, mereka memberi penekanan terhadap kemahiran
generik dengan menerapkannya di dalam kurikulum pendidikan (Bennett, 1999).
Kemahiran generik merupakan satu aspek yang penting dalam melahirkan graduan
yang cekap bekerja, berketrampilan dan bernilai pasaran.
Dalam usaha untuk menyaingi negara-negara maju di era globalisasi, negara
perlu melakukan pelbagai rancangan strategik dan pelan pembangunan untuk
menghasilkan perkembangan ekonomi berdaya saing. Melalui pendidikan dan
latihan yang tersusun, modal insan untuk sektor perindustrian ini dapat dilatih
dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam industri yang
terlibat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Institusi pengajian tinggi harus
dijadikan sebagai tempat yang paling sesuai untuk menggilap kemahiran generik
graduan. Graduan institusi pengajian tinggi pula perlu mempunyai keinginan dan
keupayaan untuk melibatkan diri dalam proses pembentukan modal insan dengan
minda kelas pertama ini. Justeru, penerapan kemahiran generik mesti dilaksanakan
secara menyeluruh oleh universiti dengan melibatkan semua pihak yang ada
hubungan dengan pelajar.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu
ucapannya di Majlis Perasmian Operasi dan Pelancaran Pelan Pembangunan
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 3 Ogos 2007, telah menyatakan bahawa
universiti merupakan pusat lahirnya pembangunan modal insan yang bakal
menentukan kemajuan dalam setiap aspek pembangunan yang dirancang. Pelajar
yang mempunyai kecemerlangan dalam kepelbagaian personaliti yang dilahirkan

4
oleh sesebuah universiti boleh menyumbang kepada pembangunan negara (Bernama,
10 Ogos 2007).
Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi
Pengajian Tinggi Malaysia (2006), menyatakan kemahiran generik merupakan
kemahiran umum tentang kualiti, kebolehan dan ciri yang membolehkan seseorang
berfungsi dan memberi sumbangan secara berkesan dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi, berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan kritis, serta bertindak
sebagai anggota kerja berpasukan yang berkesan.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menegaskan tujuh kemahiran
generik untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk semua
pelajar siswazah UTM. Atribut graduan yang meliputi aspek teknikal dan generik
merupakan asas yang paling pratikal dan berkesan dalam rekabentuk, pembangunan
dan perlaksanaan kurikulum sesebuah program akademik. Kebanyakan program
yang direkabentuk dan dibangunkan di UTM berasaskan atribut yang ditetapkan oleh
badan profesional. Salah satu program tersebut adalah program latihan industri yang
mewajibkan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam,
Elektrik, Mekanikal dan Kemahiran Hidup) menjalaninya selama lapan minggu.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan membuka
minda pelajar mengenai operasi dan aktiviti sebenar di tempat kerja selain
mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran yang telah diperoleh di universiti dan
mendapat sesuatu yang baru untuk kemajuan diri (Manual Garis Panduan Amalan
Latihan Industri/Praktikal, 2007). Oleh itu, sewajarnya pelajar menimba sebanyak
mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh diperoleh sepanjang tempoh
menjalani latihan industri.

5
1.2 Latar Belakang Masalah
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah merupakan tempat membentuk dan
melahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang yang mampu membangunkan
negara pada masa depan. Oleh yang demikian, semua institusi pengajian tinggi
disarankan menerapkan komponen kebolehan dan kemahiran generik dalam
kurikulum pengajian bagi menjadikan pendidikan di menara gading lebih relevan
dengan keadaan serta keperluan realiti.
Industri dan pendidikan merupakan dua institusi yang berbeza dari segi
fungsi, matlamat atau aspek organisasinya. Dari segi fungsi, institusi pengajian
tinggi adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berketrampilan di dalam
kemahiran, malahan cemerlang di dalam akademik dan seterusnya melahirkan
graduan yang mampu berdikari serta menjalani kehidupan dengan lebih berkesan,
terutama apabila menempuh alam kerjaya.
Dalam arus k-ekonomi dan globalisasi, persediaan yang cukup untuk bersaing
di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah dirancang supaya pelajar tidak
ketinggalan jauh. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
dalam ucapannya, menekankan bahawa bagi menghadapi cabaran globalisasi, rakyat
Malaysia perlu diperlengkapkan dengan dasar pendidikan dan latihan yang kukuh
serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan
menguasai bahasa (Berita Harian, 17 Mei 2001). Berkaitan dengan itu, satu isu telah
dibangkitkan di mana beliau mengatakan bahawa bukanlah mudah untuk kita
berdepan dengan dunia pekerjaan yang kian mencabar, rumit dan kompleks
keperluannya. Dengan memiliki segulung ijazah belum pasti seseorang itu dapat
meraih pekerjaan. Di samping kelayakan akademik, seseorang itu perlu memiliki
ketrampilan yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan (Esa,
2000).
Institusi pendidikan tinggi perlu memainkan peranan penting menjadi pusat
latihan dan penerapan kemahiran generik di kalangan mahasiswa (Adibah, 2005). Ini
disebabkan negara kita memerlukan bukan sahaja cendekiawan dalam bidang

6
akademik semata-mata malah negara memerlukan ahli bijak pandai yang dilahirkan
dapat memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran termasuklah
kemahiran generik.
Hasliza (2002), menyatakan antara faktor mengapa lulusan institusi pengajian
tinggi tidak dapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak
mempunyai kemahiran-kemahiran generik. Menurutnya lagi, bakal majikan kurang
yakin terhadap lulusan institusi berkenaan terutama pada aspek keperibadian,
penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat
keputusan terbatas dan tidak mampu bekerja dalam kumpulan.
Menurut Quek (2005), keadaan ini berlaku disebabkan para majikan lebih
memfokuskan kepada pekerja-pekerja yang mempunyai ketrampilan generik seperti
kemahiran intrapersonal, kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan serta kemahiran
lisan dan menulis. Para graduan yang bakal menempuh alam pekerjaan gagal untuk
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sewaktu di dalam kelas ke dunia pekerjaan
yang sebenar. Kemahiran mereka ini hanya terhad dalam aspek teoritikal semata-
mata, tetapi gagal untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang mereka hadapi. Nik
Othman (2003), telah menyatakan bahawa bagi mendapatkan ciri-ciri K-workers
dalam era k-ekonomi, seseorang pekerja itu seharusnya mempunyai kemahiran
generik seperti kemahiran di dalam intrapersonal, kemahiran menyelesaikan
masalah, kemahiran komunikasi, adaptabiliti dan proaktif. Dengan mempunyai
kemahiran generik tersebut, individu itu akan lebih bersifat produktif dan pelbagai
kemahiran yang sedia ada itu akan lebih memudahkan objektif sesebuah organisasi
itu akan tercapai.
Pengaplikasian teori-teori pembelajaran ke alam pekerjaan memerlukan
seseorang individu itu mempunyai ketrampilan generik yang tinggi. Quek (2005)
menyatakan bahawa pengangguran di kalangan graduan di Malaysia adalah
disebabkan kekurangan pembelajaran ketrampilan generik di peringkat pengajian
tinggi yang telah mencacatkan pengaplikasian pembelajaran di bilik kuliah kepada
prestasi di tempat kerja yang sebenar. Sebenarnya masalah pengangguran yang
terjadi bukanlah disebabkan oleh tiada kekosongan dalam pasaran kerja.

7
Syarikat Philips di Taiwan turut mengemukakan beberapa kompetensi
mengikut perspektif syarikat mereka sendiri iaitu kompetensi pengurusan, pemikiran
analitikal, inovatif dan kreatif, kawalan mengoperasi, berorientasikan pengguna,
bijak mengawal emosi, fleksibel, berpersonaliti menarik, kerja berpasukan dan
kepimpinan (Bassi, L.J. dan Russ-eft, D., 1997).
Jessica Pumphrey dan Jo Slater (2002), menyatakan dalam kajian mereka
berkaitan penilaian terhadap keperluan kemahiran generik mengikut sektor kerja di
United Kingdom bahawa terdapat jurang perbezaan dan isu pengambilan kerja
apabila ianya melibatkan kemahiran generik yang diperlukan mengikut skop industri.
Secara keseluruhannya, keperluan kemahiran generik yang paling signifikan ditemui
dalam soal selidik mereka adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi dan juga
kemahiran kerja berpasukan. Jadual 1.2 di bawah akan menerangkan tentang jurang
perbezaan kemahiran generik yang ditemui mengikut sektor industri di United
Kingdom.
Jadual 1.2 : Jurang Perbezaan Kemahiran Generik Yang Ditemui Mengikut SektorIndustri
Sektor Industri Jurang Kemahiran Generik Yang DitemuiPembinaan Kemahiran teknologi maklumat
Kemahiran perkhidmatan pelangganKejuruteraan Kemahiran kerja berpasukan
Kemahiran pengurusan Kemahiran komunikasi
Perbankan Kemahiran komunikasi Kemahiran perkhidmatan pelanggan Kemahiran kerja berpasukan
Makanan & minuman Kemahiran kerja berpasukan Kemahiran penyelesaian masalah Kemahiran komunikasi
ICT Kemahiran penyelesaian masalah Kemahiran perkhidmatan pelanggan
Hartanah Kemahiran pengurusan Kemahiran kepimpinan Kemahiran perkhidmatan pelanggan
Pengangkutan Kemahiran kerja berpasukan Kemahiran komunikasi
Sumber: Jessica Pumphrey dan Jo Slater (2002).

8
Jelas menunjukkan di sini bahawa pihak industri juga mempunyai kriteria
kemahiran generik yang diperlukan mengikut kesesuaian jenis pekerjaan. Didapati
di sini, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan boleh menyesuaikan diri
atau fleksibel mempunyai persamaan dengan keperluan penguasaan kemahiran
generik di kebanyakan IPT. Merujuk kepada petikan keratan akhbar daripada Utusan
Malaysia, kemahiran insaniah yang diperlukan oleh graduan hari ini salah satu
daripadanya ialah kepimpinan dan kemahiran berfikir secara kritikal. Ia membantu
graduan untuk meletakkan diri mereka sebahagian daripada keperluan industri pada
hari ini (Utusan Malaysia, 6 Februari 2006).
Sebagai institusi pengajian tinggi yang menjadi pusat dalam pembentukan
modal insan, IPT perlu menjana graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang
dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun ketrampilan
kemahiran generik yang merangkumi aspek sikap, akhlak, dan sebagainya serta
releven dengan keperluan majikan serta industri hari ini.
Pembentukan Atribut Graduan merupakan salah satu strategi yang digariskan
oleh pihak UTM dalam penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar. Fokus
secara khusus dilakukan ke atas pendekatan langsung di mana kemahiran generik
diterapkan secara terancang dan merentasi kurikulum melalui proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran teras atau efektif yang ditawarkan di UTM. Naib
Canselor UTM, Yg. Bhg. Tan Sri Prof. Ir. Dr. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri Mohd.
Ghazali dalam ucapannya, telah menyatakan kepentingan penguasaan kemahiran
generik kepada setiap graduan UTM akan mempertingkatkan employabiliti mereka
dalam pasaran kerja kelak (Buletin Pengajaran & Pembelajaran UNIPEN, Jun 2004).
Dalam kajian, aspek tumpuan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran
generik yang diperoleh di kalangan pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
yang telah menjalani latihan industri semasa di universti dan kini berada di semester
akhir sepanjang mereka menjalani latihan industri. Pelajar dalam bidang kursus ini
diwajibkan menjalani latihan industri selama lapan minggu. Tujuan program latihan
industri ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada

9
pelajar untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah mereka pelajari semasa
mengikuti kuliah selain untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
yang diceburi (Manual Garis Panduan Amalan Latihan Industri/Praktikal, 2007).
1.3 Penyataan Masalah
Pembentukan Atribut Graduan merupakan salah satu strategi yang digariskan
oleh pihak UTM dalam penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar.
Kepentingan penguasaan kemahiran generik kepada setiap graduan UTM akan
mempertingkatkan employabiliti mereka dalam pasaran kerja kelak. Kemahiran ini
juga tidak boleh dipandang remeh jika negara Malaysia ingin menempuh era
globalisasi ke arah membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-
worker, celik dan mahir dalam teknologi, mampu bersaing ke peringkat global,
memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Dalam kajian ini, pengkaji cuba
mengenalpasti tahap kesemua elemen kemahiran generik di kalangan pelajar tahun
empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG yang
telah menjalani latihan industri.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian yang telah dijalankan ini adalah:
1. Mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi di kalangan pelajar semasa
menjalani latihan industri.
2. Mengenal pasti tahap pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah
di kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri.
3. Mengenal pasti tahap bekerja secara berpasukan di kalangan pelajar semasa
menjalani latihan industri.
4. Mengenal pasti tahap pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat di
kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri.

10
5. Mengenal pasti tahap keusahawanan di kalangan pelajar semasa menjalani
latihan industri.
6. Mengenal pasti tahap kepimpinan dan kecenderungan proaktif di kalangan
pelajar semasa menjalani latihan industri.
7. Mengenal pasti tahap etika dan moral profesional di kalangan pelajar semasa
menjalani latihan industri.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian yang telah dijalankan ini, adalah merujuk kepada persoalan-persoalan
berikut:
1. Apakah tahap kemahiran komunikasi di kalangan pelajar semasa menjalani
latihan industri?
2. Apakah tahap pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah di
kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri?
3. Apakah tahap bekerja secara berpasukan di kalangan pelajar semasa
menjalani latihan industri?
4. Apakah tahap pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat di
kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri?
5. Apakah tahap keusahawanan di kalangan pelajar semasa menjalani latihan
industri?
6. Apakah tahap kepimpinan dan kecenderungan proaktif di kalangan pelajar
semasa menjalani latihan industri?
7. Apakah tahap etika dan moral profesional di kalangan pelajar semasa
menjalani latihan industri?

11
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran
generik yang diperoleh pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG yang telah menjalani latihan industri semasa
di universiti dan kini berada di semester akhir sepanjang menjalani latihan industri
selama lapan minggu. Secara khususnya kepentingan kajian ini diharap dapat
memberi kepentingan kepada pihak berkenaan:
1.6.1 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dapatan kajian yang telah dijalankan ini diharap memberi maklum balas
kepada pihak UTM khususnya Fakulti Pendidikan dalam usaha melahirkan pelajar
yang berkualiti. Diharapkan UTM dapat memastikan pelajar UTM adalah mereka
yang benar-benar mampu menjadi pelajar yang berkebolehan, bukan sahaja dari segi
penguasaan ilmu tetapi juga dari segi sikap dan komitmen. Selain itu, diharapkan
dapatan kajian ini dapat membantu pihak universiti mengenalpasti dan meningkatkan
lagi tahap penguasaaan kemahiran generik dan tahap kesedaran tentang pentingnya
kemahiran generik di kalangan pelajar.
1.6.2 Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan (JPTK)
Membantu JPTK membentuk satu garis panduan untuk menilai keberkesanan
penerapan kemahiran generik semasa perlaksanaan latihan industri di kalangan
pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
berdasarkan daripada hasil dapatan kajian. Melalui dapatan hasil kajian yang telah
dijalankan, ia juga dapat memberi panduan dan penambahbaikan kepada pihak JPTK
dalam usaha menerapkan kemahiran generik di kalangan pelajar semasa menjalani
latihan industri bagi membentuk graduan yang berkualiti.

12
1.6.3 Penyelia Latihan Industri (UTM)
Membantu penyelia latihan industri dari Fakulti Pendidikan agar dapat
memberikan bimbingan yang lebih membina kepada pelajar-pelajar sepanjang
menjalani latihan industri serta menilai dan memantau permasalahan yang dihadapi
oleh pelajar. Selain itu, dengan hasil dapatan kajian ini, dapat menjadi bahan rujukan
kepada pihak penyelia latihan industri terhadap penguasaan kemahiran generik di
kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri.
1.6.4 Pelajar
Membentuk pelajar dalam memastikan mereka menyedari kepentingan
penguasaan kemahiran generik di samping mengimbangkannya dengan kemahiran
dan pengetahuan semasa mengikuti latihan industri. Kajian yang telah dijalankan ini
diharap dapat membantu pelajar menguasai kemahiran generik bagi melahirkan guru
teknologi yang cekap dan bertanggungjawab serta berkualiti.
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada sebuah institusi sahaja
iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Pengkaji ingin mengetahui mengenai tahap
kemahiran generik pelajar sepanjang menjalani latihan industri selama lapan minggu.
Kajian yang dijalankan hanya terbatas kepada sampel kajian iaitu pelajar tahun
empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG yang
telah menjalani latihan industri semasa di universiti dan kini berada di semester
akhir.

13
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan
definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan
pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti
berikut:
1.8.1 Kemahiran Generik
Menurut Mohammad (2004), kemahiran generik adalah satu kemahiran
umum selain kemahiran teknikal yang diperlukan oleh seseorang itu untuk berkerja
dengan berkesan di tempat kerja dengan menyelesaikan masalah, berkomunikasi
secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu
menghadapi daya saing dan sebagainya. Dalam konteks kajian yang dijalankan ini,
kemahiran generik merangkumi tujuh Atribut Graduan Universiti Teknologi
Malaysia iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian
masalah, bekerja secara berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat, keusahawanan, kepimpinan dan kecenderungan proaktif dan etika dan
moral profesional.
1.8.2 Latihan Industri
Menurut Manual Garis Panduan Amalan Latihan Industri/Praktik (2007),
Latihan industri adalah penempatan pelajar sekurang-kurangnya lapan minggu di
industri atau organisasi luar agar pelajar dapat mempraktiskan pengetahuan secara
teori kepada amalan dalam bidang kerjaya mereka sebelum mereka dianugerahkan
ijazah sarjana muda. Mereka juga akan didedahkan kepada aspek sosial, interaksi,
budaya dan proses kerja di alam kerjaya.

14
Latihan industri dalam konteks kajian yang dijalankan ini merupakan satu
komponen utama dalam kurikulum Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar disyaratkan lulus latihan
industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar
akan ditempatkan di industri atau organisasi tertentu selama lapan minggu bagi
mendedahkan mereka kepada suasana sebenar industri.
1.8.3 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) ialah program
yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif
program ini adalah untuk memberi peluang kepada pendidik dalam bidang
pendidikan teknikal dan vokasional untuk meningkatkan diri mereka di peringkat
ijazah di mana mereka akan didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran
berkaitan yang terkini di samping bidang pendidikan (Buku Panduan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Sesi 2005/2006).
1.8.4 Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
PKPG dalam konteks kajian yang dijalankan ini, merupakan kumpulan
pelajar yang mempunyai pengalaman mengajar, telah disahkan jawatan dan telah
mengikuti kursus selama setahun di Institut Pendidikan Guru (IPG). Selepas itu
pelajar-pelajar akan memasuki UTM bagi dua tahun seterusnya sebelum
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

15
1.9 Rumusan
Secara keseluruhannya dalam bab ini pengkaji telah menyatakan latar
belakang masalah dengan menyatakan secara global dan seterusnya menjurus kepada
permasalahan yang ingin dikaji. Dalam menyatakan tujuan dan matlamat kajian,
pengkaji telah mengariskan objektif kajian kerana tanpa objektif yang jelas kajian
yang dijalankan akan tersasar jauh. Pengkaji juga telah menyatakan kepentingan
kajian yang membolehkan kajian ini digunapakai oleh pihak yang dinyatakan.