maklumat am kukum program ijazah - unimap portal

18
Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) 1 KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA MAKLUMAT AM MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2007/2008 LATARBELAKANG DAN SEJARAH Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) diluluskan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai, 2001 dan mula beroperasi pada Jun, 2002. Ia bertujuan melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustrian Negara. Pembelajaran dilaksanakan secara ‘lab intensive’ atau ‘practical oriented’ bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik KUKUM adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf. MISI KUKUM Merealisasikan aspirasi negara dan menyumbang kepada ketamadunan dunia. VISI KUKUM Institusi akademik dan penyelidikan bertaraf dunia yang menjana pemimpin terbilang negara. KEDUDUKAN SEKARANG Kampus tetap KUKUM (Kampus Alam) adalah di Ulu Pauh seluas (1028 ekar) dan di Sg. Chuchuh seluas (300 ekar) dan masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus KUKUM adalah merupakan kampus yang bersifat bertaburan (distributed). KUKUM kini beroperasi di lokasi-lokasi seperti berikut: Kangar: Jabatan Canselori (Pejabat Rektor, Pejabat Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) dan Pejabat Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi)), Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Perpustakaan, Jabatan Pembangunan, Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Pengurusan Kluster & Penyelidikan, Pusat Kerjasama Industri, Unit Pembangunan Korporat, Unit Kebudayaan, Jabatan Keselamatan, Dewan/Bilik Kuliah serta Makmal. Kubang Gajah: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), PALAPES, Dewan Kuliah dan Makmal. Jejawi : Pusat-pusat Pengajian, Dewan/Bilik Kuliah dan Makmal. Bintong: Kolej Kediaman Kuala Perlis: Kolej-Kolej Kediaman, Pusat Kejuruteraan, Bilik Bersih (Clean Room), Kilang Mengajar, Unit Pengajian Diploma, Dewan Kuliah dan Makmal. Wang Ulu: Kolej Kediaman MATLAMAT DAN FALSAFAH Program Sarjana Muda Kejuruteraan di KUKUM mempunyai matlamat untuk menghasilkan graduan kejuruteraan yang berketerampilan dalam pelbagai bidang strategik yang berupaya mencari penyelesaian kepada pelbagai bentuk masalah menerusi pemikiran yang inovatif. Program kejuruteraan yang dijalankan di Universiti ini menitikberatkan kepada pendekatan 'lab-intensive', iaitu dengan memberi lebih penekanan kepada aspek amali. Kursus-kursus yang ditawarkan juga menyatukan teori dengan amali mengikut keperluan industri. Semasa mengikuti program akademik, pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran berkomunikasi, keusahawanan, pengurusan, perakaunan, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah. Pelajar juga diwajibkan mengikuti kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta Budaya dan Hubungan Etnik. Ini bertujuan untuk melahirkan jurutera yang bukan sahaja cekap dalam bidang kejuruteraan yang mereka ikuti, tetapi juga berkebolehan untuk berdikari serta mempunyai sikap yang mulia dan terpuji. SISTEM PENGAJIAN KUKUM mengamalkan sistem semester iaitu satu Sidang Akademik dibahagikan kepada dua (2) semester yang tiap-tiap satunya mengambil masa 14 minggu pembelajaran. Penilaian akademik pelajar-pelajar

Upload: others

Post on 06-Nov-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

1

KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA

MAKLUMAT AM MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2007/2008

LATARBELAKANG DAN SEJARAH Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) diluluskan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai, 2001 dan mula beroperasi pada Jun, 2002. Ia bertujuan melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustrian Negara. Pembelajaran dilaksanakan secara ‘lab intensive’ atau ‘practical oriented’ bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik KUKUM adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf. MISI KUKUM Merealisasikan aspirasi negara dan menyumbang kepada ketamadunan dunia. VISI KUKUM Institusi akademik dan penyelidikan bertaraf dunia yang menjana pemimpin terbilang negara. KEDUDUKAN SEKARANG Kampus tetap KUKUM (Kampus Alam) adalah di Ulu Pauh seluas (1028 ekar) dan di Sg. Chuchuh seluas (300 ekar) dan masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus KUKUM adalah merupakan kampus yang bersifat bertaburan (distributed). KUKUM kini beroperasi di lokasi-lokasi seperti berikut: Kangar: Jabatan Canselori (Pejabat Rektor, Pejabat Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) dan Pejabat Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi)), Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Perpustakaan, Jabatan Pembangunan, Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Pengurusan Kluster & Penyelidikan, Pusat Kerjasama Industri, Unit Pembangunan Korporat, Unit Kebudayaan, Jabatan Keselamatan, Dewan/Bilik Kuliah serta Makmal. Kubang Gajah: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), PALAPES, Dewan Kuliah dan Makmal. Jejawi : Pusat-pusat Pengajian, Dewan/Bilik Kuliah dan Makmal. Bintong: Kolej Kediaman Kuala Perlis: Kolej-Kolej Kediaman, Pusat Kejuruteraan, Bilik Bersih (Clean Room), Kilang Mengajar, Unit Pengajian Diploma, Dewan Kuliah dan Makmal. Wang Ulu: Kolej Kediaman MATLAMAT DAN FALSAFAH Program Sarjana Muda Kejuruteraan di KUKUM mempunyai matlamat untuk menghasilkan graduan kejuruteraan yang berketerampilan dalam pelbagai bidang strategik yang berupaya mencari penyelesaian kepada pelbagai bentuk masalah menerusi pemikiran yang inovatif. Program kejuruteraan yang dijalankan di Universiti ini menitikberatkan kepada pendekatan 'lab-intensive', iaitu dengan memberi lebih penekanan kepada aspek amali. Kursus-kursus yang ditawarkan juga menyatukan teori dengan amali mengikut keperluan industri. Semasa mengikuti program akademik, pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran berkomunikasi, keusahawanan, pengurusan, perakaunan, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah. Pelajar juga diwajibkan mengikuti kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta Budaya dan Hubungan Etnik. Ini bertujuan untuk melahirkan jurutera yang bukan sahaja cekap dalam bidang kejuruteraan yang mereka ikuti, tetapi juga berkebolehan untuk berdikari serta mempunyai sikap yang mulia dan terpuji. SISTEM PENGAJIAN KUKUM mengamalkan sistem semester iaitu satu Sidang Akademik dibahagikan kepada dua (2) semester yang tiap-tiap satunya mengambil masa 14 minggu pembelajaran. Penilaian akademik pelajar-pelajar

Page 2: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

2

adalah dilakukan sepanjang semester dan gred-gred pencapaian dari tahun pertama pengajian sehingga tahun akhir pengajian akan diambil kira untuk menentukan pencapaian keseluruhan pelajar di akhir pengajian. PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DAN PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia menawarkan lima belas (15) Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan melalui lapan (8) buah Pusat Pengajian seperti berikut:

1) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mikroelektronik) - RK05

Program ini direkabentuk untuk membekalkan tenaga mahir yang juga cekap dan berkebolehan mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari untuk menyokong pertumbuhan pesat industri mikroelektronik di negara kita. Graduan program ini akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua bidang rekabentuk dan fabrikasi litar terkamir (integrated circuits, ICs), dengan pengkhususan di bidang fabrikasi litar terkamir. Peluang kerjaya para graduan di bidang ini amat meyakinkan.

b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik) - RK86

Program ini telah diperkenalkan untuk menentukan Malaysia terus mampu berdaya saing dalam industri semikonduktor. Para graduan yang dilahirkan akan boleh menyumbang sebagai tenaga mahir tempatan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam bidang-bidang elektronik dan rekabentuk serta fabrikasi litar terkamir (integrated circuits, ICs), dengan pengkhususan dalam merekabentuk sistem-sistem mikroelektronik. Dengan kelebihan kemahiran secara 'lab-intensive', para graduan akan dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat, sebaik sahaja berkhidmat sama ada di sektor industri mahupun penyelidikan dan pembangunan (R&D).

2) Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer) - RK20

Program ini telah diperkenalkan untuk membekalkan tenaga pekerja mahir serta cekap dalam merekabentuk perkakasan dan perisian di mana penumpuan diberikan kepada rekabentuk sistem terbenam dan sistem komputer. Ia selaras dengan pertumbuhan pesat industri perkakasan dan perisian komputer di Malaysia. Dengan berbekalkan kelebihan sistem pengajaran secara 'lab-intensive' perisian-perisian dan perkakasan-perkakasan yang berkaitan dan terkini diperkenalkan di dalam pengajaran. Dengan pengetahuan tersebut para graduan akan mempunyai keyakinan yang tinggi serta dapat menyesuaikan diri dengan cepat sama ada dalam sektor industri atau R&D ke arah merealisasikan wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju.

b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Perhubungan) - RK53

Program ini diperkenalkan untuk menghasilkan graduan profesional yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus dalam bidang kejuruteraan perhubungan yang berkait rapat seperti industri telekomunikasi tanpa kabel, teknologi sistem gelombang mikro, sistem gentian optik, sistem perhubungan satelit dan teknologi antena. Graduan program Sarjana Muda Kejuruteraan Perhubungan berpeluang menceburi industri telekomunikasi negara yang kini pesat membangun. Para lulusan juga mempunyai pilihan kerjaya yang luas dalam sektor pengendalian perkhidmatan telekomunikasi sama ada di sektor industri, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta firma-firma perundingan.

3) Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Sistem Elektrik) - RK23

Program ini tertumpu kepada beberapa bidang utama iaitu sistem kuasa, mesin elektrik dan kejuruteraan voltan tinggi. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan mempelajari keseluruhan operasi di dalam sistem kuasa merangkumi penjanaan, penghantaran, perlindungan dan pengagihan kuasa. Selain itu, kursus ini turut meliputi rekabentuk mesin elektrik dan teknik-teknik kawalan. Pelajar juga akan mempelajari bidang kejuruteraan voltan tinggi bagi mengukuhkan pengetahuan mereka. Secara umumnya bidang kejuruteraan sistem elektrik mempunyai skop yang luas terutamanya di sektor penjanaan kuasa dan pembaharuan tenaga elektrik.

Page 3: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

3

b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik Industri) - RK45

Program ini tertumpu kepada proses dan teknik kawalan mesin industri yang menggunakan litar elektronik. Pelajar yang mengambil kursus ini akan mempelajari aplikasi dan kawalan litar-litar elektronik di dalam sistem pengaturan, kawalan motor dan kawalan proses. Secara umumnya, bidang elektronik industri merangkumi skop yang luas terutamanya di dalam penggunaan robot, pemacu halaju berubah, pengawal mesin PLC dan sebagainya.

4) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan

a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Bahan) - RK12 Program ini bertujuan melahirkan jurutera bahan yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan tinggi terutama dalam bidang asas sains bahan, sifat-sifat bahan, pengujian, pemilihan dan pemprosesan bahan iaitu terdiri daripada semikonduktor, superkonduktor, seramik, polimer dan komposit yang amat diperlukan dalam usaha menghasilkan produk dengan kebolehpercayaan yang tinggi di dalam lapangan automotif, penerbangan, aeroangkasa dan elektronik.

Sejajar dengan Pelan Pendidikan 2001-2010, program ini bertujuan menjayakan hasrat negara untuk menghasilkan jurutera bahan yang berupaya menangani cabaran-cabaran globalisasi dan K-ekonomi ke arah mencapai tahap negara maju sepenuhnya.

b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Metalurgi) - RK56

Program ini bertujuan untuk menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi permintaan yang sangat tinggi terhadap jurutera metalurgi di dalam sektor industri pengekstrakan logam daripada bijih serta pemprosesan logam seperti penggelekan, penyemperitan dan penuangan. Keadaan ini juga disokong oleh pertumbuhan pesat sektor industri besi dan keluli itu sendiri dalam menampung kepesatan pembangunan negara seperti mana respon yang dibuat oleh MISIF (Malaysian Iron Steel Industries Federation). Selain itu, perkembangan kejuruteraan dalam bidang ujian tak musnah turut menuntut keupayaan jurutera metalurgi yang berkemahiran tinggi dalam usaha menghasilkan produk bermutu pada kos yang optimum.

5) Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan) - RK13

Objektif utama program ini adalah untuk melatih pelajar dalam bidang kejuruteraan pembuatan melalui penjanaan dan penyebaran teknik-teknik berinovasi dalam pengajaran dan penyelidikan. Perjalanan kursus telah dirangka ke arah melahirkan jurutera yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari. Pelajar-pelajar dibekalkan dengan kebolehan merekabentuk, membangun dan melaksanakan sistem bersepadu yang menggabungkan unsur-unsur kemanusiaan, bahan, peralatan, maklumat dan tenaga.

Dengan itu, kemahiran yang diterapkan akan membantu melahirkan jurutera yang berkebolehan menangani sebarang masalah dalam pelbagai industri. Graduan kursus ini juga dilatih supaya bersikap profesional dalam menjalankan tugas dengan mempraktikkan proses pembelajaran berterusan sama ada secara formal atau tidak formal.

Graduan jurusan ini mempunyai pengetahuan berbentuk 'inter-disciplinary', berkebolehan dalam bidang teknikal, pengurusan industri dan teknologi. Graduan ini berpeluang untuk bertugas sebagai jurutera pembuatan dalam pelbagai industri seperti automotif, elektronik, farmasiutikal, tekstil serta industri pemprosesan makanan.

b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Rekabentuk Produk) – RK84

Objektif program ini adalah untuk melahirkan tenaga manusia di peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang kejuruteraan rekabentuk produk. Para graduan juga akan diterapkan dengan budaya ilmu supaya mempunyai personaliti dan keperibadian yang unggul dan mampu berdikari sebagai usahawan profesional.

Terdapat permintaan yang tinggi untuk jurutera rekabentuk produk yang mempunyai ilmu pengetahuan asas dalam bidang teknologi pembuatan, sifat-sifat bahan, rekabentuk, pengujian, pemilihan dan pemprosesan bahan untuk menjadi produk kegunaan pelanggan seperti dalam industri automotif, aeroangkasa, elektronik dan sebagainya.

Prospek pekerjaan dan kerjaya para graduan setelah tamat kursus amatlah memberangsangkan.

Page 4: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

4

6) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik) - RK24

Program ini bertujuan melahirkan tenaga profesional yang mahir dan mempunyai semangat profesionalisme yang tinggi serta mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Justeru itu, struktur kurikulum telah dibentuk dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara ‘lab-intensive’ agar pelajar mempunyai kebolehan untuk merekabentuk, mengendali dan menyelenggarakan peralatan-peralatan elektrik & elektronik, mekanikal & kawalan, perisian komputer dan teknologi maklumat. Graduan mempunyai prospek pekerjaan yang luas sama ada dalam syarikat-syarikat swasta, industri, jabatan kerajaan atau badan-badan berkanun. Ia merangkumi bidang-bidang seperti bidang kejuruteraan, pengeluaran, penyelidikan, rekabentuk, analisis, pembangunan, pengujian dan lain-lain bidang yang berkaitan.

b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal) – RK08

Objektif program ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir di peringkat iktisas serta mempunyai semangat profesionalisme dan pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Struktur kurikulum juga dibentuk dengan memberi penekanan secara ‘lab-intensive’ agar para graduan mempunyai kebolehan serta kepakaran dalam merekabentuk dan menghasilkan produk serta mampu mengadaptasi perubahan-perubahan sektor pekerjaan yang bakal ditempuhi. Selain daripada itu, para graduan diwajibkan menjalani latihan industri bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan teknikal alam kerja sebenar di industri .

Para graduan mempunyai prospek pekerjaan yang meluas di sektor awam dan swasta iaitu industri pembuatan, pengeluaran, institusi pembangunan dan penyelidikan, jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan lain-lain. Graduan juga bakal memperolehi kompetensi ilmu asas ‘broad-based knowledge’ yang perlu dimiliki setelah tamat kursus. Graduan juga berpeluang menjadi perekabentuk dan pembangun segala aspek yang berkaitan mekanikal, thermal, aliran bendalir serta membangun produk-produk kejuruteraan dan produk pintar (smart products) yang mengintegrasikan bidang elektronik, mikropemproses, sistem kawalan dan bidang mekatronik.

c. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan) - RK85

Program Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan berperanan untuk menghasilkan jurutera yang berkemampuan tinggi dari sudut teori dan praktikal yang diperlukan oleh pihak industri samada dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, rekabentuk, pembuatan, penyelenggaraan, pemasaran dan pengurusan. Struktur kurikulum yang dibentuk menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran ‘lab-intensive’ iaitu hampir keseluruhan subjek teras mempunyai komponen teori dan amali.

Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan merupakan bidang baru yang menggabungkan ilmu kejuruteraan elektrikal, elektronik, mekanikal dan bahan serta ilmu perubatan seperti anatomi, fisiologi, dan radiologi. Hasil dari gabungan-gabungan ilmu tersebut digunakan untuk membangunkan teknologi terkini dalam bidang perubatan.

Bakal graduan kursus ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi sebagai seorang jurutera bioperubatan dengan pengaplikasian kejuruteraan elektronik, pemahaman dari sudut sistem manusia dan biomekanik serta manipulasi bahan yang sesuai untuk tubuh manusia kepada instrumen bioperubatan dan peralatan perubatan yang lain. Selain daripada kursus teras kejuruteraan, pelajar diberikan juga kemahiran sokongan terutamanya di dalam bidang ‘soft skills’ seperti etika, pengurusan, keusahawanan, komunikasi dan IT.

Mereka yang bergraduasi dari program Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan bakal berkhidmat di hospital-hospital kerajaan mahupun swasta, syarikat-syarikat penyelenggaraan dan servis peralatan perubatan, institusi penyelidikan dan pembangunan produk perubatan serta juga kilang-kilang dan syarikat-syarikat berkaitan dengan peralatan elektronik.

7) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Bioproses) – RK28

Program ini bertujuan melahirkan tenaga mahir di peringkat profesional serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang kejuruteraan bioproses dan juga bidang berkaitan seperti bioteknologi yang semakin berkembang selaras dengan pelan perindustrian negara dan Dasar Bioteknologi Negara. Untuk itu, graduan yang dilahirkan mampu untuk mengaplikasikan

Page 5: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

5

pengetahuan dan kemahiran untuk berdepan dan menyelesaikan masalah kejuruteraan, terutamanya kejuruteraan bioproses. Disamping itu, graduan yang dihasilkan dapat memenuhi aspirasi negara menjadikan bidang bioteknologi sebagai suatu bidang dalam penjanaan sektor ekonomi negara melalui perkembangan bidang teknologi bioproses yang merupakan teras dan pendokong utama dalam proses pengkomersialan hasil penyelidikan bioteknologi.

Struktur kurikulum telah dibentuk dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara ‘lab-intensive’. Lebih kurang 60% dari masa pertemuan merupakan aktiviti praktikal yang merangkumi amali makmal, pembelajaran berbantu komputer, kerja bengkel, latihan industri dan projek yang berlandaskan rekabentuk atau penyelesaian masalah teknologi. Para graduan mempunyai prospek pekerjaan yang luas di mana keperluan terhadap tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan bioproses amat tinggi selaras dengan matlamat kerajaan untuk memajukan bidang bioproses.

8) Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar

a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Alam Sekitar) – RK07

Objektif program ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga manusia di peringkat iktisas yang mahir serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar. Para graduan juga diterapkan dengan budaya ilmu supaya mempunyai personaliti dan keperibadian yang unggul dan mampu berdikari sebagai usahawan profesional. Kurikulum Kejuruteraan Alam Sekitar boleh dikaitkan dengan kurikulum yang dibina berpandukan falsafah pencegahan penjanaan sisa/sisa minuman dan pendedahan pelajar kepada aspek kejuruteraan sistem sekitaran (termasuk teknologi elektrik/elektronik/mekanikal/komputer instrumentasi/kawalan proses dan informatik sekitaran) serta kurikulum yang holistik dan unik.

Prospek pekerjaan dan kerjaya para graduan setelah tamat kursus amatlah luas kerana mereka dilatih secara multidisiplin yang melibatkan kajian mikrobiologi, kimia, ekologi selain dari prinsip-prinsip kejuruteraan. Antara sektor-sektor yang menawarkan peluang pekerjaan adalah seperti industri-industri berasaskan komoditi, industri petrokimia, industri kimia, industri olahan air, air sisa, sisa pepejal, sisa berbahaya, industri pemprosesan dan pembuatan, institusi-institusi penyelidikan dan pembangunan dan pendidikan, jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, JPS dan JKR, badan-badan berkanun seperti MARDI, PORIM, SEDC, NIOSH dan lain-lain serta NGO sekitar dalam dan luar negara.

PUSAT-PUSAT PEMANTAPAN AKADEMIK Selain dari pusat-pusat pengajian yang menawarkan program-program ijazah, terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan bagi menyokong kepentingan akademik KUKUM iaitu:

1) Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan (PKKK) adalah sebuah pusat perkhidmatan akademik. Ia tidak menawarkan apa-apa program akademik yang membawa kepada penganugerahan ijazah. Sebaliknya, ia menawarkan kursus-kursus keperluan universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar termasuk ko-kurikulum tanpa mengira program akademik yang diambilnya. Selain itu, PKKK turut menawar kursus teras seperti Matematik Kejuruteraan I, II & III serta Kemahiran Komunikasi & Teknologi Maklumat.

2) Pusat Kerjasama Industri (Center For Industrial Collaboration, CIC) Pusat Kerjasama Industri berperanan menjalin hubungan dengan pihak industri dari pelbagai aspek, terutama dalam program-program yang berkait terus dengan pembelajaran pelajar. Program seperti Pendedahan Industri (IndEx), Program Syarahan Industri (InTeLect), Latihan Industri (InTra), Ceramah Industri (Industrial Talk), Latihan Staf Akademik (Staff Internship) dan lain-lain lagi diselia dan diselaraskan oleh pusat ini. Selain itu Program Keusahawanan Industri (IndEnt) juga diselaraskan oleh CIC dan ianya merupakan sebahagian daripada Kursus Keusahawanan Kejuruteraan. Sebahagian besar dari program ini wajib diikuti oleh semua pelajar. Maklumat mengenai program-program ini dihebahkan kepada pelajar dari masa ke semasa.

3) Pusat Kejuruteraan Pusat Kejuruteraan ditubuhkan bagi mengendalikan makmal dan bengkel umum (gunasama) yang diperlukan oleh pelbagai program yang ditawarkan di KUKUM. Oleh kerana program-program kejuruteraan yang dijalankan pada dasarnya menitikberatkan kepada kaedah 'lab-intensive', maka penekanan yang lebih diberikan kepada amalan praktikal secara intensif. Di samping itu, Pusat Kejuruteraan juga menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di KUKUM. Antara makmal yang terdapat di sini termasuklah Makmal Fabrikasi PCB, Makmal Teknologi Mikropemproses, Makmal Asas

Page 6: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

6

Komputer, Makmal CAD/CAM, Bengkel Kejuruteraan Elektrik, Bengkel Kejuruteraan Mekanikal, Makmal Kejuruteraan Pembuatan dan juga Teaching Factory. MAKLUMAT LANJUT Maklumat lanjut boleh didapati di laman web KUKUM di www.kukum.edu.my atau menghubungi Pejabat Pendaftar (Unit Kemasukan & Rekod Pelajar) seperti di alamat di bawah:

Jabatan Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia

Tingkat 1, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Bukit lagi

01000 Kangar, Perlis Tel: 04-979 8701/8702/8706/8008 (Talian Am)

Faks: 04-979 8703

Page 7: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

1

SYARAT-SYARAT MINIMUM KEMASUKAN BAGI LEPASAN MATRIKULASI/SETARAF KE PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2007/2008

(i) Program Pengajian (ii) Kod (iii) Tempoh Pengajian

BIL

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

dan Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Aliran Sains

1.

Kejuruteraan Mikroelektronik RK05 (8 Semester)

2.

Kejuruteraan Mekanikal RK08 (8 Semester)

3.

Kejuruteraan Pembuatan RK13 (8 Semester)

4.

Kejuruteraan Komputer RK20 (8 Semester)

5.

Kejuruteraan Sistem Elektrik RK23 (8 Semester)

6.

Kejuruteraan Mekatronik RK24 (8 Semester)

7.

Kejuruteraan Elektronik Industri RK45 (8 Semester)

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam mata pelajaran berikut:-

• Fizik/Kimia; dan • Matematik

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Kimia pada peringkat Matrikulasi perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

Page 8: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

2

(i) Program Pengajian (ii) Kod (iii) Tempoh Pengajian

BIL

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang

8.

Kejuruteraan Perhubungan RK53 (8 Semester)

9.

Kejuruteraan Metalurgi RK56 (8 Semester)

10.

Kejuruteraan Rekabentuk Produk RK84 (8 Semester)

11.

Kejuruteraan Elektronik RK86 (8 Semester)

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam mata pelajaran berikut:-

• Fizik/Kimia; dan • Matematik

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Kimia pada peringkat Matrikulasi perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

12.

Kejuruteraan Alam Sekitar RK07 (8 Semester)

13.

Kejuruteraan Bahan RK12 (8 Semester)

14.

Kejuruteraan Bioproses RK28 (8 Semester)

15.

Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan RK85 (8 Semester)

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam mata pelajaran berikut:-

• Fizik/Kimia/Biologi; dan • Matematik

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Kimia/Biologi perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

Page 9: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

1

SYARAT-SYARAT MINIMUM KEMASUKAN BAGI LEPASAN STPM/SETARAF KE PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2007/2008

(i) Program Pengajian (ii) Kod (iii) Tempoh Pengajian

BIL

Kelayakan Minimum STPM

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

dan

Mendapat sekurang-kurang Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

ALIRAN SAINS

1. Kejuruteraan Mikroelektronik RK05 (8 Semester)

2.

Kejuruteraan Mekanikal RK08 (8 Semester)

3.

Kejuruteraan Pembuatan RK13 (8 Semester)

4.

Kejuruteraan Komputer RK20 (8 Semester)

5.

Kejuruteraan Sistem Elektrik RK23 (8 Semester)

6.

Kejuruteraan Mekatronik RK24 (8 Semester)

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

• Physics/Chemistry; dan • Mathematics T/Further Mathematics T

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry pada peringkat STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

Page 10: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

2

(i) Program Pengajian (ii) Kod (iii) Tempoh Pengajian

BIL

Kelayakan Minimum STPM

7.

Kejuruteraan Elektronik Industri RK45 (8 Semester)

8.

Kejuruteraan Perhubungan RK53 (8 Semester)

9.

Kejuruteraan Metalurgi RK56 (8 Semester)

10.

Kejuruteraan Rekabentuk Produk RK84 (8 Semester)

11.

Kejuruteraan Elektronik RK86 (8 Semester)

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

• Physics/Chemistry; dan • Mathematics T/Further Mathematics T

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry pada peringkat STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

12.

Kejuruteraan Alam Sekitar RK07 (8 Semester)

13.

Kejuruteraan Bahan RK12 (8 Semester)

14.

Kejuruteraan Bioproses RK28 (8 Semester)

15.

Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan RK85 (8 Semester)

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

• Physics/Chemistry/Biology; dan • Mathematics T/Further Mathematics T

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry/Biology pada peringkat STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

Page 11: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

1

SYARAT-SYARAT MINIMUM KEMASUKAN BAGI LEPASAN DIPLOMA/SETARAF KE PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2007/2008

BIL i) Program Pengajian

ii) Kod iii) Tempoh Pengajian

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

Syarat Am

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai ;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

atau

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya ;

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2)

mata pelajaran lain.

atau Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2005 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurang Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Aliran Sains 01

Kejuruteraan Mikroelektronik RK05 (8 Semester)

02

Kejuruteraan Mekanikal RK08 (8 Semester)

03

Kejuruteraan Pembuatan RK13 (8 Semester)

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Kelayakan Diploma Memiliki Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi-institusi lain yang diiktiraf dalam bidang yang sesuai dengan kursus yang dipohon. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 di peringkat Diploma.

Page 12: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

2

BIL i) Program Pengajian ii) Kod iii) Tempoh Pengajian

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

04

Kejuruteraan Komputer RK20 (8 Semester)

05

Kejuruteraan Sistem Elektrik RK23 (8 Semester)

06

Kejuruteraan Mekatronik RK24 (8 Semester)

07

Kejuruteraan Elektronik Industri RK45 (8 Semester)

08

Kejuruteraan Perhubungan RK53 (8 Semester)

09

Kejuruteraan Metalurgi RK56 (8 Semester)

10

Kejuruteraan Rekabentuk Produk RK84 (8 Semester)

11

Kejuruteraan Elektronik RK86 (8 Semester)

Pengecualian daripada beberapa mata pelajaran yang berkaitan boleh diberi tertakluk kepada keputusan peperiksaan yang diperolehi di peringkat diploma. (Calon perlu sertakan transkrip akademik dari semester satu hingga semester akhir). Kelulusan pada peringkat Sijil TIDAK akan dipertimbangkan.

atau Kelayakan STPM (Tahun 2005 atau sebelumnya) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

• Physics/Chemistry; dan • Mathematics T/Further Mathematics T

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry pada peringkat STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

atau Kelayakan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang (Tahun 2005 atau sebelumnya) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:-

• Fizik/Kimia ;dan • Matematik

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Kimia pada peringkat Matrikulasi perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

12

Kejuruteraan Alam Sekitar RK07 (8 Semester)

13

Kejuruteraan Bahan RK12 (8 Semester)

14

Kejuruteraan Bioproses RK28 (8 Semester)

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Kelayakan Diploma Memiliki Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi-institusi lain yang diiktiraf dalam bidang yang sesuai dengan kursus yang dipohon. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 di peringkat Diploma.

Page 13: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

3

BIL i) Program Pengajian ii) Kod iii) Tempoh Pengajian

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

15

Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan RK85 (8 Semester)

Pengecualian daripada beberapa mata pelajaran yang berkaitan boleh diberi tertakluk kepada keputusan peperiksaan yang diperolehi di peringkat diploma. (Calon perlu sertakan transkrip akademik dari semester satu hingga semester akhir). Kelulusan pada peringkat Sijil TIDAK akan dipertimbangkan.

atau Kelayakan STPM (Tahun 2005 dan sebelumnya) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

• Physics/Chemistry/Biology; dan • Mathematics T/Further Mathematics T

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry/Biology pada peringkat STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

atau Kelayakan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang (Tahun 2005 atau sebelumnya) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:-

• Fizik/Kimia/Biologi;dan • Matematik

Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Kimia/Biology pada peringkat Matrikulasi perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

Page 14: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

1

KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA

MAKLUMAT AM MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA

SIDANG AKADEMIK 2007/2008

LATARBELAKANG Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) diluluskan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai, 2001 dan mula beroperasi pada Jun, 2002. Dalam era menuju ke status negara maju dan perindustrian, Malaysia dijangka akan terus membangun dengan pesat pada tahun-tahun mendatang. Bidang kejuruteraan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan industri. Pembangunan yang pesat ini sudah pasti diikuti dengan keperluan dan penggunaan tenaga profesional dan separa profesional yang mempunyai semangat profesionalisme yang tinggi serta pengetahuan yang kukuh di dalam bidang kejuruteraan. Keperluan ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam Laporan Pelan Induk Perindustrian Negara dan perkembangan teknologi ICT masakini. Untuk mencapai matlamat perindustrian ini, Juruteknik/Pembantu Jurutera yang berkemahiran tinggi adalah sangat diperlukan. MISI KUKUM Merealisasikan aspirasi Negara dan menyumbang kepada ketamadunan dunia. VISI KUKUM Institusi akademik dan penyelidikan bertaraf dunia yang menjana pemimpin terbilang negara. KEDUDUKAN SEKARANG Kampus tetap KUKUM (Kampus Alam) adalah di Ulu Pauh seluas (1028 ekar) dan di Sg. Chuchuh seluas (300 ekar) dan masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus KUKUM adalah merupakan kampus yang bersifat bertaburan (distributed). KUKUM kini beroperasi di lokasi-lokasi seperti berikut: Kangar: Jabatan Canselori (Pejabat Rektor, Pejabat Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) dan Pejabat Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi)), Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Perpustakaan, Jabatan Pembangunan, Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Pengurusan Kluster & Penyelidikan, Pusat Kerjasama Industri, Unit Pembangunan Korporat, Unit Kebudayaan, Jabatan Keselamatan, Dewan/Bilik Kuliah serta Makmal. Kubang Gajah: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), PALAPES, Dewan Kuliah dan Makmal. Jejawi : Pusat-pusat Pengajian, Dewan/Bilik Kuliah dan Makmal. Bintong: Kolej Kediaman Kuala Perlis: Kolej-Kolej Kediaman, Pusat Kejuruteraan, Bilik Bersih (Clean Room), Kilang Mengajar, Unit Penyelaras Program Diploma, Dewan Kuliah dan Makmal. Wang Ulu: Kolej Kediaman MATLAMAT DAN FALSAFAH Program Diploma Kejuruteraan di KUKUM mempunyai matlamat untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran teknikal yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti Pembantu Jurutera dan Juruteknik yang berkemahiran tinggi. Permintaan dan keperluan bagi tenaga teknikal separa profesional di pelbagai sektor industri semakin meningkat selaras dengan perkembangan perindustrian negara. Keperluan ini semakin bertambah dengan meningkatnya pelaburan asing di negara kita terutamanya di sektor industri. Selaras dengan itu, program-program diploma yang ditawarkan di KUKUM dicadangkan untuk menyediakan tenaga kerja di bidang kejuruteraan yang menepati keperluan sektor industri. Para graduan diploma juga akan dilatih untuk menjadi Pembantu Jurutera/Juruteknik yang berkemampuan menjalankan tugas di dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan berkemampuan menjalankan tugas-tugas pengurusan di sektor awam.

Page 15: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

2

SISTEM PENGAJIAN Jangka masa kursus adalah selama 3 tahun (6 semester) dan akan dijalankan dalam bentuk ‘lab intensive’ atau ‘practical oriented’ yang mana peratusan yang tinggi dari masa pertemuan merupakan aktiviti praktikal yang merangkumi amali makmal, pembelajaran berbantu komputer, kerja bengkel, latihan industri, dan projek tahun akhir. PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DAN PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia menawarkan enam (6) Program Diploma Kejuruteraan melalui enam (6) buah Pusat Pengajian seperti berikut :

1) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik – R2427 Program ini direkabentuk untuk membekalkan tenaga separa profesional dalam bidang Kejuruteraan Mikroelektronik bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor negara. Penyusunan program akademik memberi penekanan kepada aspek teori, praktikal dan pembangunan jati diri. Graduan akan didedahkan secara khusus kepada susun atur litar terkamil, fabrikasi wafer, pempakejan elektronik dan analisa kegagalan, di samping subjek teras yang berlandaskan elektronik. Peluang pekerjaan dalam bidang ini amat meyakinkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional di sektor semikonduktor negara selaras dengan perkembangan Pelan Induk Perindustrian Negara. Antara industri yang terlibat adalah seperti Intel, Infineon, Silterra, Motorola, MIMOS, Flextronics, Agilent Technologies, Avago Technologies dan lain-lain lagi. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mikroelektronik mahupun elektronik yang ditawarkan oleh universiti di dalam mahu pun di luar negara.

2) Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan Diploma Kejuruteraan Komputer – R2404

Objektif program ini adalah untuk melahirkan tenaga manusia di peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Komputer. Para graduan juga akan diterapkan dengan budaya ilmu supaya mempunyai personaliti dan keperibadian yang unggul dan mampu berdikari sebagai usahawan profesional. Selaras dengan matlamat ini, dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3 (RRJP3) adalah dijangkakan seramai 137,200 jurutera dan pembantu jurutera dalam pelbagai bidang diperlukan menjelang tahun 2010. Ini termasuklah keperluan untuk jurutera dan pembantu jurutera yang berkemahiran dalam elektronik & perkakasan komputer selaras dengan perkembangan teknologi ICT. Justeru itu, program yang bakal ditawarkan dapat membentuk generasi berkenaan yang berupaya dan berkebolehan dalam mengaplikasi teknologi terkini dan sebagai penyumbang tenaga kerja terlatih dalam bidang elektronik dan komputer. Jika dilihat dari sudut pembelajaran para pelajar di dalam program diploma ini, maka memang banyak peluang pekerjaan yang boleh didapati di negara ini. Sebagai contoh Intel, Agilent, Motorola, Sapura, Telekom, SIRIM dan lain-lain lagi. Di samping pekerjaan yang banyak ditawarkan kepada pelajar selepas tamat pengajian, pelajar juga boleh menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah sarjana muda dan seterusnya ke peringkat ijazah tinggi di dalam bidang komputer, perhubungan atau elektronik samada di universiti tempatan ataupun di universiti luar negara.

3) Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan

Diploma Kejuruteraan Pembuatan –R2432 Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir serta mempunyai pengetahuan berbentuk ‘inter-disciplinary’, berkebolehan dalam bidang teknikal, pengurusan dan teknologi. Para graduan dibekalkan dengan kebolehan merekabentuk, pembuatan dan melaksanakan sistem yang bersepadu dengan menggabungkan unsur-unsur kemanusiaan, bahan, peralatan, maklumat dan tenaga. Para graduan diploma akan dilatih untuk menjadi Pembantu Jurutera Pembuatan yang berkemampuan menjalankan tugas di dalam bidang pembuatan, merekabentuk, penyelenggaraan, perundingan dan pendidikan.

Page 16: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

3

Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi para graduan, dapat membantu menangani sebarang masalah dalam pelbagai industri. Antara industri yang terlibat adalah seperti Perodua, Proton, NAZA, Honda, Nissan, INOKOM, Silterra, Motorola, Flextronics, Solectron, Agilent Technologies dan lain-lain lagi. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mekanikal, pembuatan, rekabentuk produk, marin, aeronautik, automasi dan robotik yang ditawarkan oleh universiti di dalam mahu pun di luar negara.

4) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Diploma Kejuruteraan Metalurgi – R2433

Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga teknikal separa mahir di dalam bidang metalurgi bagi memenuhi permintaan yang tinggi di dalam sektor industri pemprosesan dan pembuatan logam. Keadaan ini disokong teguh dengan pertumbuhan pesat pembangunan negara di dalam sektor industri besi, aluminium dan keluli pada masa kini. Melalui program ini para pelajar akan didedahkan dengan bidang metalurgi terutamanya di dalam kerja-kerja pemprosesan dan pembuatan logam, pemesinan logam di bengkel dan penggunaan peralatan terkini untuk menguji sifat dan kelakuan logam seperti Instron, mesin UTM (Universal Testing Machine), Mikroskop Imbasan Elektron (SEM), Pembelauan Sinar-X (XRD), Brinell, Izod dan Charpy, Rockwell dan Ujian Tak Musnah (NDT). Selain itu pelajar juga akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelbagai jenis kimpalan logam seperti kimpalan arka, gas, TIG dan MIG. Graduan Diploma Kejuruteraan Metalurgi mempunyai prospek pekerjaan yang luas sama ada di dalam jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, institusi penyelidikan atau sektor swasta dan industri. Antara bidang-bidang atau industri-industri yang berkaitan dengan graduan program ini adalah pemprosesan dan pembuatan logam, automotif, pengujian bahan, perkhidmatan dan penyelenggaraan, mutu dan kawalan produk, kejuruteraan rekabentuk produk, analisa kegagalan dan kimpalan logam. Manakala industri yang berkaitan dengan bidang ini antaranya adalah Antara Steel, Intel, Komag, Proton, Perwaja steel, Produa, Malaysian Smelting Corporation dan banyak lagi. Selain bidang pekerjaan, graduan juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan metalurgi atau kejuruteraan bahan yang ditawarkan oleh universiti-universiti di dalam mahu pun di luar negara.

5) Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik Diploma Kejuruteraan Elektrik – R2420 Program ini adalah untuk melahirkan tenaga separa mahir serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Para graduan diploma akan dilatih untuk menjadi Pembantu Jurutera Elektrik yang berkemampuan menjalankan tugas di dalam bidang pengeluaran, pembinaan, penyelenggaraan, jualan, perundingan, pendidikan dan latihan. Semasa pembelajaran, para graduan akan didedahkan dengan penggunaan peralatan-peralatan yang setaraf dengan peralatan yang terdapat di industri. Para graduan juga berkemampuan menjalankan tugas-tugas pengurusan yang memerlukan kebolehan membuat pertimbangan yang teliti dan tepat. Para graduan juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di universiti tempatan mahupun luar negara atau pun layak untuk meduduki peperiksaan kompetensi dengan Suruhanjaya Tenaga (ST).

6) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

Diploma Kejuruteraan Mekatronik – R2423 Diploma Kejuruteraan Mekatronik ditawarkan sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, yang bertujuan untuk melahirkankan graduan-graduan yang mahir dan profesional yang boleh terus menyesuaikan diri dengan industri di Malaysia. Adalah penting untuk mereka mempunyai pengetahuan yang boleh diintegrasikan di dalam pelbagai bidang. Pelajar-pelajar akan didedahkan dan ditekankan kepada pembelajaran secara ‘lab-intensive’ agar pelajar mempunyai kebolehan untuk merekabentuk, mengendali dan menyelenggarakan peralatan-peralatan elektrik & elektronik, mekanikal & kawalan, perisian komputer dan teknologi maklumat. Graduan mempunyai prospek pekerjaan yang luas sama ada dalam syarikat-syarikat swasta, industri, jabatan kerajaan atau badan-badan berkanun. Ia merangkumi bidang-bidang seperti bidang kejuruteraan, pengeluaran, pengujian dan lain-lain bidang yang berkaitan. Antara industri-industri yang terlibat adalah seperti Siemen VDO, Sony EMCS, Elna-Sonic, Sanyo Electronics, Schott Glass, Action Industries dan lain-lain lagi. Selain daripada terus ke bidang pekerjaan, pelajar juga berpeluang untuk menyambung

Page 17: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

4

pelajaran mereka ke peringkat ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekatronik mahupun Mekanikal yang ditawarkan di mana-mana universiti tempatan ataupun universiti di luar negara.

PUSAT-PUSAT PEMANTAPAN AKADEMIK Selain dari pusat-pusat pengajian yang menawarkan program-program diploma, terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan bagi menyokong kepentingan akademik KUKUM iaitu:

1) Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan (PKKK) adalah sebuah pusat perkhidmatan akademik. Ia tidak menawarkan apa-apa program akademik yang membawa kepada penganugerahan diploma. Sebaliknya, ia menawarkan kursus-kursus keperluan universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar termasuk ko-kurikulum tanpa mengira program akademik yang diambilnya. Selain itu, PKKK turut menawar kursus teras seperti Matematik I, II & III serta kemahiran teknologi maklumat.

2) Pusat Kerjasama Industri (Center For Industrial Collaboration, CIC) Pusat Kerjasama Industri berperanan menjalin hubungan dengan pihak industri dari pelbagai aspek, terutama dalam program-program yang berkait terus dengan pembelajaran pelajar. Program seperti Pendedahan Industri (IndEx), Program Syarahan Industri (InTeLect), Latihan Industri (InTra), Ceramah Industri (Industrial Talk), Latihan Staf Akademik (Staff Internship) dan lain-lain lagi diselia dan diselaraskan oleh pusat ini. Selain itu Program Keusahawanan Industri (IndEnt) juga diselaraskan oleh CIC dan ianya merupakan sebahagian daripada Kursus Keusahawanan Kejuruteraan. Sebahagian besar dari program ini wajib diikuti oleh semua pelajar. Maklumat mengenai program-program ini dihebahkan kepada pelajar dari masa ke semasa.

3) Pusat Kejuruteraan Pusat Kejuruteraan ditubuhkan bagi mengendalikan makmal dan bengkel umum (gunasama) yang diperlukan oleh pelbagai program yang ditawarkan di KUKUM. Oleh kerana program-program kejuruteraan yang dijalankan pada dasarnya menitikberatkan kepada kaedah 'lab-intensive', maka penekanan yang lebih diberikan kepada amalan praktikal secara intensif. Di samping itu, Pusat Kejuruteraan juga menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di KUKUM. Antara makmal yang terdapat di sini termasuklah Makmal Fabrikasi PCB, Makmal Teknologi Mikropemproses, Makmal Asas Komputer, Makmal CAD/CAM, Bengkel Kejuruteraan Elektrik, Bengkel Kejuruteraan Mekanikal, Makmal Kejuruteraan Pembuatan dan juga Teaching Factory.

MAKLUMAT LANJUT Maklumat lanjut boleh didapati di laman web KUKUM di www.kukum.edu.my atau menghubungi Pejabat Pendaftar (Unit Kemasukan & Rekod Pelajar) seperti di alamat di bawah:

Jabatan Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia

Tingkat 1, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Bukit lagi

01000 Kangar, Perlis Tel: 04-979 8701/8702/8706/8008 (Talian Am)

Faks: 04-979 8703

Page 18: MAKLUMAT AM KUKUM Program Ijazah - UniMAP Portal

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

1

SYARAT-SYARAT MINIMUM KEMASUKAN BAGI LEPASAN SPM/SETARAF KE PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA SIDANG AKADEMIK 2007/2008

Bil. Program Pengajian Kod

Syarat Minimum

(Kategori A)

Syarat Minimum

(Kategori C)

Syarat Am Universiti

1. Memiliki kelayakan SPM/setaraf

dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.

Syarat Am Universiti

1. Memiliki kelayakan SPM/setaraf

dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik (6 semester) Diploma Kejuruteraan Komputer (6 semester) Diploma Kejuruteraan Pembuatan (6 semester) Diploma Kejuruteraan Metalurgi (6 semester) Diploma Kejuruteraan Elektrik (6 semester) Diploma Kejuruteraan Mekatronik (6 semester)

R2427

R2404

R2432

R2433

R2420

R2423

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta Syarat Khas Program

1. Kepujian Matematik 2. Kepujian Matematik Tambahan 3. Kepujian dalam salah SATU (1)

daripada mata pelajaran berikut:

- Fizik - Kimia - Biologi - Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal - Pengajian Kejuruteraan

Awam - Pengajian Kejuruteraan

Elektrik & Elektronik - Teknologi Kejuruteraan - Teknologi Elektrik - Teknologi Elektronik

4. Mendapat kepujian dalam

mana-mana salah SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira.

dan

5. Lulus Bahasa Inggeris

Memenuhi Syarat Am Universiti

serta Syarat Khas Program

1. Lulus dengan memiliki Sijil atau

setaraf dalam bidang yang berkaitan dari Politeknik atau Kolej Komuniti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00.

Nota: Kategori A – Pemohon lepasan SPM 2006. Kategori C – Pemohon lepasan Sijil/setaraf yang diiktiraf oleh IPTA.