alquds in malay issue 89

10
Al-Quds Weekly News 27 APR 2016, Issue no 89 UNESCO MENAFIKAN HUBUNGAN ANTARA YAHUDI DAN AL-AQSA Majlis pelaksanaan UNESCO dalam persidangannya yang diada- kan di Paris pada hari Jumaat (15/4) menjalankan sebuah undian berke- naan hak Yahudi di Al-Aqsa. Hasil- nya, majoriti 33 negara bersetuju, 6 negara menentang, dan 17 negara menghalang Israel dari melaku- kan apa- apa perkara di Al-Aqsa. Ini kerana Yahudi sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Al-Aqsa, dan menurut sumber yang diyakini, Masjid Al-Aqsa merupak- an tempat nabi Muhammad S.A.W naik ke langit di malam Isra’ dan Mikraj. Mereka dalam persidangan itu turut mengutuk agenda- agenda yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin dan Al-Aqsa di ka- wasan Timur Jurusalem. Berikutan keputusan itu, Perdana Menteri Israel “Benjamin Netanya- hu” pada hari Sabtu (16/4) menge- cam UNESCO dan mengatakan bahawasanya UNESCO buat- buat tidak tahu tentang apa yang di- katakan hubungan sejarah antara Yahudi dengan Haikal dakwaan mereka. Katanya lagi, “Haikal pertama dan kedua bertahan selama 1000 tahun dan seluruh Yahudi di dunia ini menunaikan solat mereka di sana selama ribuan tahun.” Setiausaha Agung Jawatankuasa Kebangsaan Palestin untuk pendidikan, kebu- dayaan dan sains “Murad As- Sudani” berkata: bahawasanya keputusan ini jika tidak dapat dilaksanakan, hanya akan tinggal di atas kertas sahaja, apatah lagi dengan banyak perlanggaran yang dilakukan oleh Israel terhadap undang- un- dang antarabangsa. Justeru, beliau menyeru Negara Israel, Negara- Negara Islam, dan PBB untuk bekerja keras bagi memastikan Israel mematuhi semua undang- undang antarabangsa. Isu minggu ini : PELAN PEMBINAAN ISRAEL BERTAMBAH 3 KALI GANDA SEJAK AWAL TAHUN 2016 HUKUMAN PENJARA 9 BULAN KE ATAS SYEIKH RAED SOLAH PENDATANG ISRAEL MENYERANG LAPANGAN MASJID AL-AQSA.. PERCUBAAN MELAKUKAN UPACARA KORBAN TALMUD SEMPENA PERAYAAN PASKAH, HUKUMAN PENJARA 9 BULAN KE ATAS SYEIKH RAED SOLAH

Upload: alquds-malaysia

Post on 29-Jul-2016

240 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Alquds in malay issue 89

| 1Issue No 89 // 27 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 89 // 27 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

27 APR 2016, Issue no 89

UNESCO MENAFIKAN HUBUNGANANTARA YAHUDI DAN AL-AQSA

Majlis pelaksanaan UNESCO dalam persidangannya yang diada-kan di Paris pada hari Jumaat (15/4) menjalankan sebuah undian berke-naan hak Yahudi di Al-Aqsa. Hasil-nya, majoriti 33 negara bersetuju, 6 negara menentang, dan 17 negara menghalang Israel dari melaku-kan apa- apa perkara di Al-Aqsa. Ini kerana Yahudi sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Al-Aqsa, dan menurut sumber yang diyakini, Masjid Al-Aqsa merupak-an tempat nabi Muhammad S.A.W naik ke langit di malam Isra’ dan Mikraj. Mereka dalam persidangan itu turut mengutuk agenda- agenda yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin dan Al-Aqsa di ka-wasan Timur Jurusalem.Berikutan keputusan itu, Perdana Menteri Israel “Benjamin Netanya-hu” pada hari Sabtu (16/4) menge-cam UNESCO dan mengatakan bahawasanya UNESCO buat- buat tidak tahu tentang apa yang di-katakan hubungan sejarah antara Yahudi dengan Haikal dakwaan

mereka. Katanya lagi, “Haikal pertama dan kedua bertahan selama 1000 tahun dan seluruh Yahudi di dunia ini menunaikan solat mereka di sana selama ribuan tahun.” Setiausaha Agung Jawatankuasa Kebangsaan Palestin untuk pendidikan, kebu-dayaan dan sains “Murad As- Sudani” berkata: bahawasanya keputusan ini jika tidak dapat dilaksanakan, hanya akan tinggal di atas kertas sahaja, apatah lagi dengan banyak perlanggaran yang dilakukan oleh Israel terhadap undang- un-dang antarabangsa. Justeru, beliau menyeru Negara Israel, Negara- Negara Islam, dan PBB untuk bekerja keras bagi memastikan Israel mematuhi semua undang- undang antarabangsa.

Isu minggu ini : PELAN PEMBINAAN ISRAEL BERTAMBAH 3 KALI GANDA SEJAK

AWAL TAHUN 2016HUKUMAN PENJARA 9 BULAN KE ATAS SYEIKH RAED SOLAH

PENDATANG ISRAEL MENYERANG LAPANGAN MASJID AL-AQSA.. PERCUBAAN MELAKUKAN UPACARA KORBAN TALMUD

SEMPENA PERAYAAN PASKAH,

HUKUMAN PENJARA 9 BULAN

KE ATAS SYEIKH RAED SOLAH

Page 2: Alquds in malay issue 89

2 | Issue No 89 // 27 APR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

AKHBAR YAHUDI MENGESAHKAN BERLAKUNYA AKAD PERKAHWINAN PENDATANG ISRAEL DI

DALAM MASJID AL- AQSA

Akhbar Yahudi “Yediot Ahronot” pada hari Rabu (13/4) mendedahkan baha-wasanya telah berlaku akad perkahwinan sepasang pasangan Israel di dalam Masjid Al-Aqsa beberapa hari lalu, dan perkara ini juga telah disahkan oleh “Organisasi Haikal”.Akhbar itu melaporkan bahawa seorang rabbi pelampau Yahudi “Hayem Rich-man”, yang juga merupakan pengerusi Organisasi Haikal telah menerima per-mintaan pasangan terbabit untuk dikahwinkan di dalam Al-Aqsa. Malah peristi-wa itu dikatakan yang pertama dalam sejarah dan tidak pernah berlaku sebelum ini, sejak keruntuhan Haikal dakwaan mereka. Adapun, peristiwa ini secara ti-dak langsung menjadi penyumbang kepada keadaan tegang dan panas di Pal-estin, apatah lagi setelah berlakunya pesta perayaan Paskah beberapa hari lalu.

Page 3: Alquds in malay issue 89

| 3Issue No 89 // 27 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

SOBRI: PENGUSIRAN RAKYAT PALESTIN DARI AL- AQSA MERUPAKAN LANGKAH

PERTAMA ISRAEL DALAM PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DARI SUDUT MASA

Syeikh Ikramah Sobri, Pengerusi Hal Ehwal Islam Tinggi Palestin, memberi amaran bahawasanya Israel sedang berusaha keras untuk melaksanakan pembahagian dari sudut masa di Al-Aqsa, dan yang terbaru menggunakan cara menahan dan mengusir penduduk Palestin dari Al-Aqsa.

Syeikh Sobri pada petang Khamis (14/4) berkata: “sejak 5 tahun lalu Israel cuba menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan Al-Aqsa, namun semuanya berakhir dengan kegagalan. Oleh itu, mereka kini menggunakan cara baru iaitu melancarkan polisi penahanan dan pengusiran rakyat Palestin dari al-Aqsa. Syeikh Sobri dalam ucapannya merujuk kepada kes penahanan bas- bas yang membawa penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa, dan dilarang untuk masuk ke sana. Ini bertujuan mengurangkan bilangan orang Islam di Al-Aqsa. Katanya lagi: “yang lebih mendukacitakan adalah alasan yang diberikan oleh mereka adalah untuk menjaga keselamatan semasa di Al-Aqsa, sedangkan mereka berselindung di sebalik tujuan jahat lainnya.”

Page 4: Alquds in malay issue 89

4 | Issue No 89 // 27 APR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PENGHARAMAN KEPADA ANGGOTA THE KNESSET DARI MEMASUKI MASJID AL-AQSA

PELAN PEMBINAAN ISRAEL BERTAMBAH 3 KALI GANDA SEJAK AWAL TAHUN 2016

Sumber berita Yahudi melaporkan bahawa Ketua Polis Negara Israel, Rooney Syeikh, meneruskan keputusannya mengharamkan anggota The Knesset dari menziarahi Masjid Al-Aqsa sehinggalah ke masa yang diberitahu kelak.Rooney telah menghantar surat kepada Ketua The Knesset, Yuli Edelstein, menerangkan bahawa undang- undang ini dibuat berdasar-kan syor pihak berkuasa keselamatan dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan. Tam-

Parti Israel “Peace Now!” pada hari Selasa (12/4) mengumum-kan bahawa projek- projek pembinaan di Tebing Barat ber-tambah lebih dari 3 kali ganda sejak suku pertama tahun ini berbanding dengan suku perta-ma tahun lalu. Parti itu berkata pihak berkenaan telah mengelu-arkan proposal untuk membina sebanyak 674 unit penempatan diantara bulan Januari dan Mac, sedangkan pada suku pertama tahun lalu hanya 194 unit pen-empatan dicadangkan.Menurut Hagat Ofran dari Parti

bahnya lagi, terdapat percubaan dari pihak- pihak pelampau tertentu dari 2 pihak untuk melakukan tindakan provokasi beberapa hari sebelum hari perayaan Paskah. Justeru, ziarah Dewan Rakyat ke sana akan me-nambahkan lagi ketegangan, sekaligus menggugat keselamatan awam. Isu ini akan dipertimbangkan semula selepas berakhirnya perayaan Paskah nanti.

Peace Now!, fakta ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan Benjamin Netanyahu sedang melebarkan kawasan jajahannya secara diam- diam dengan tujuan utamanya menjadikan penyelesaian kedua- dua Negara adalah mustahil.

Page 5: Alquds in malay issue 89

| 5Issue No 89 // 27 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

JORDAN MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGHENTIKAN PEMASANGAN KAMERA

CCTV DI AL-AQSA

Ketua Menteri Jordan, Abdul-lah An-Nasur, dalam satu ke-nyataannya kepada akhbar Jordan “Petra” pada hari Isnin (18/4) menjelaskan bahawa mereka akan menghentikan pemasangan kamera CCTV di Masjid Al-Aqsa kerana ti-dak mendapatkan persetujuan ramai dari penduduk- pen-duduk Palestin. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk menghentikan pelaksanaan-nya. Tambahnya lagi, “Ses-ungguhnya kami menghorma-ti pendapat- pendapat semua saudara- saudara di Palestin, dan kami sentiasa akan men-yokong penuh keputusan dan pandangan rakyat Palestin ap-atah lagi berkait dengan nega-ra mereka sendiri.”An- Nasur berkata: “tujuan utama kami adalah untuk me-masang kamera di lapangan Masjid Al-Aqsa, dan bukan-

nya di dalam masjid, supaya dapat memantau aktiviti serangan Israel di kawasan luar masjid yang luasnya 144 ekar.” Tambahnya, kamera itu akan mendatangkan faedah undang- undang, politik, dan media dalam menen-tang serangan berterusan Israel ke atas Al-Aqsa, dengan cara merekodkan segala perbuatan mereka dan dijadikan bukti. Manakala, manfaat paling besar adalah menghubungkan Al-Aqsa dengan umat Islam di seluruh du-nia, sekaligus meningkatkan simpati dan sokongan mereka terhadapnya. Menurut Ketua Menteri Jordan itu, Yahudi pada awalnya cuba menghalang perkara itu dengan cara mereka, namun masalah itu berjaya kami atasi.Dalam konteks berkaitan, Pemimpin “Gerakan Islam” di wilayah yang diduduki pada 48, Sheikh Raed Salah, menghargai tindakan kerajaan Jordan membatalkan pemasangan kamera, dan mengatakan bahawa “itu adalah keputusan yang betul oleh kerajaan Jordan.” Beliau berkata peruba-han keputusan itu bersesuaian dengan pendirian kami di Al-Quds dan seki-tarnya, begitu juga dengan orang- orang yang memberi peringatan tentang-nya dulu, juga pejuang- pejuang kami.Sebaliknya, Pemimpin Parti “Al-Wafa’ Wal Islah” di wilayah yang didudu-ki pada 48, Hossam Abu Leil, berpendapat bahawa isu kamera ini “sangat membimbangkan bagi rakyat Palestin, terutama kepada pejuang-pejuang Masjid Al Aqsa, kerana ia akan digunakan untuk mengawal mereka, dan akan menjadi sejata kepada pejuang-pejuang, orang- orang yang berikti-kaf dan orang-orang yang berkunjung ke Al-Aqsa. Abu Leil berkata, tin-dakan kerajaan Jordan menarik balik keputusan itu merupakan “langkah positif”, dan beliau menghargai perkara ini, dan menggesa Jordan untuk “mendapatkan kedaulatan penuh ke atas masjid Al Aqsa, dan menamatkan penjajahan Israel ke atasnya.

Page 6: Alquds in malay issue 89

6 | Issue No 89 // 27 APR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PENDATANG ISRAEL MENYERANG LAPANGAN MASJID AL-AQSA.. PERCUBAAN MELAKUKAN UPACARA KORBAN TALMUD SEMPENA PERAYAAN PASKAH

Pendatang- pendatang Israel pada hari Rabu (13/4) mengulangi serangan mereka ke atas Al-Aqsa dalam kumpu-lan- kumpulan kecil dan berulang- ulang melalui Pintu Al- Mugharabah, dengan kawalan ketat dari polis- polis Israel sendiri. Pekerja- pekerja masjid mengesahkan bahawa sebilangan pendatang membacakan petikan tentang mitos sejarah Haikal, dan mengkhususkan sejarah berkaitan Pintu Rahmah yang disebut dengan nama “Al-Hursh” yang terletak di antara Pintu Al-Asbath dan Tempat Solat Al-Marwani di Al-Aqsa.

Pada hari Khamis (14/4) pula, sekumpulan pendatang lain didapati menyerang melalui Pintu Al-Mugharabah di bawah kawalan unit khas dan campur tangan pihak polis Israel yang mengiringi mereka sepanjang keberadaan mereka di sana.

Manakala hari Ahad (17/4) menyaksikan sekumpulan pendatang dan tentera Israel berpakaian tentera dan meny-erang Al-Aqsa juga melalui Pintu Al-Mugharabah, dan mencetuskan provokasi di sana. Namun, mereka ditentang oleh orang- orang yang berada di masjid dengan laungan takbir. Begitu juga dengan perlakuan seorang warga Is-rael yang cuba melakukan ritual keagamaan Talmud di kawasan Pintu Rahmah, sehinggakan polis Israel terpaksa mengeluarkannya dari masjid.

Organisasi Haikal pada petang Isnin melakukan raptai upacara korban Paskah di kawasan penempatan Beit Orot di Bukit Zaitun di Kota Lama Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, dengan penyertaan rabbi- rabbi besar Yahudi, sep-erti rabbi Arieh Syatron, rabbi Samoel Eliyahu, rabbi Yehuda Glick, Ori Syariki, anggota parti Likud Mickey Zohar dengan kawalan ketat dari polis dan tentera Israel. Termasuk dalam raptai itu adalah laungan- laungan menghalau orang- orang Islam dari Al-Aqsa dan mempercepatkan pembinaan haikal di sana sambil menggantung gambar- gambar Haikal dakwaan mereka berhampiran dengan kawasan upacara. Saluran Sembilan televisyen Yahudi mengadakan soal jawab berkenaan keberkesanan upacara ini, dan disertai oleh 681 orang. Sebanyak 70% orang bersetuju dengan keberkesanannya, manakala 30% lagi berkata bahawa belum sampai waktunya lagi untuk dilaksanakan.

Hari Isnin (18/4) mencatatkan satu lagi serangan yang dilakukan ke atas Al-Aqsa melalui Pintu Al-Mugharabah dan dikawal ketat oleh polis dan tentera serta campur tangan tentera. Namun, ianya dihalang dengan laungan tak-bir oleh penduduk Palestin yang berada di masjid pada ketika itu.

Page 7: Alquds in malay issue 89

| 7Issue No 89 // 27 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

SUMBER MEDIA: ISRAEL MEMBUNUH 12 ORANG RAKYAT PALESTIN DAN MEMUSNAHKAN 46 INFRASTRUKTUR AWAM DI JURUSALEM SEPANJANG SUKU PERTAMA

TAHUN INI

Sebuah laporan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Jurusalem di Kementerian Sumber Maklumat Palestin pada hari Rabu (13/4), melaporkan peningkatan serangan Israel di Jurusalem melalui pelbagai cara. Antaranya ialah, seramai 12 rakyat Pal-estin mati syahid termasuklah seorang kanak- kanak dan seorang ibu kepada 5 orang anak akibat ditembak dengan 3 butir peluru di kepala dan perut ketika sedang berjalan di Jalan Al-Wadi di Kota Lama Jurusalem. Malah, 12 mayat as- syahid itu masih kekal dalam simpanan Israel sejak 8/10/2015 sehingga 9/3/2016.

Selain itu, kira- kira 46 infrastruktur awam telah dimusnahkan, dan kes perobohan didapati banyak berlaku di sekitar Sil-wan, Issawiya, dan Bukit Scopus. Israel turut menangkap 456 warga Palestin yang ada diantara mereka 16 orang wanita dan 216 orang kanak- kanak. Adapun, dalam aspek pencerobohan kawasan pula, sebanyak 18 keluarga dari keluarga besar Ar-Rajabi di Silwan, diancam untuk dirampas tanah mereka yang telah diduduki sejak puluhan tahun lalu, dengan dakwaan ia adalah milik warga Yahudi dari Yaman sejak tahun 1881. Banyak retakan- retakan didapati di rumah- rumah dan jalan- jalan sekitar Wadi Hilwah dan Silwan akibat dari penggalian terowong- terowong bawah tanah. Beberapa orang pendatang juga didapati menulis slogan- slogan berbaur perkauman di dinding beberapa buah gereja dan sekolah milik Kristian Ortodoks.

Menurut laporan lagi, pihak berkuasa Israel telah mengusir seramai 11 warga Palestin dari Masjid Al-Aqsa dalam tempoh 6 bulan, merampas 4 kad pengenalan, menyenaraikan puluhan nama rakyat Palestin di senarai hitam mereka yang mana dengan itu mereka diharamkan untuk mendapat hak- hak perlindungan kesihatan, keselamatan dan elaun. Ramai diantara mereka yang disenarai hitamkan merupakan wanita- wanita yang menjadi pejuang- pejuang Al- Aqsa kerana menentang serangan pendatang- pendatang Israel.

Page 8: Alquds in malay issue 89

8 | Issue No 89 // 27 APR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

HUKUMAN PENJARA 9 BULAN KE ATAS SYEIKH RAED SOLAH

Mahkamah Tinggi Israel pada hari Isnin (18/4) menolak ra-yuan untuk perbicaraan semula kes “Khutbah di Wadi Joz” yang mana beliau didakwa melaku-kan kesalahan menghasut orang ramai supaya melakukan ke-ganasan. Namun begitu, beliau berjaya mendapat pengurangan tempoh hukuman iaitu penja-ra selama 9 bulan. Mahkamah menetapkan Syeikh Raed Solah dimasukkan Penjara Ramlah bermula pada 2/5/2016.Perbicaraan kes ini dikatakan telah bermula lebih dari 7 ta-hun lalu di Kota Jurusalem, ketika beliau menyampaikan ceramahnya di Wadi Joz selepas serangan Yahudi sampai ke Pintu Mugharabah berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa. Syeikh Raed menyifatkan hukuman ini sebagai mengecewakan, dan ia merupakan percubaan pan-jang Israel bagi menghalangnya dari mempertah-ankan isu Jurusalem dan Al-Aqsa. Beliau berkata: “Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, me-nyangka bahawa dengan tertangkapnya saya, akan berakhirlah isu kehadiran rakyat Palestin di Juru-salem dan isu berkenaan Haifa, Yafa dan wilayah- wilayah lain di situ. Akan tetapi, saya adalah seorang rakyat yang menyedari tanggungjawab dan isu- isu yang berlaku, dan juga mengetahui peran-an- peranan yang sepatutnya diambil.”Dalam hal ini, Syeikh Raed bertindak menulis be-berapa wasiat. Yang pertamanya ditujukan kepada umat Islam di seluruh dunia, katanya: “Masjid kamu semua iaitu Masjid Al-Aqsa memerlukan pertolon-gan kamu, untuk membebaskannya dari konspirasi- konspirasi jahat Yahudi, lebih- lebih lagi percubaan mereka untuk membahagi- bahagikannya diantara kaum muslimin dan yahudi. Justeru, kalian perlu bergerak pantas bersama Negara- Negara kamu bagi menyelamatkannya”. Manakala, wasiat yang kedua

ditujukan kepada Negara- Negara Arab dan Is-lam, katanya: “Al-Quds, bahkan rakyat- rakyat Palestin memerlukan kamu dari sudut politik dan ekonomi. Kerana ia memerlukan pendirian kamu dalam isu ini, sedangkan setiap hari yang berlalu bagi mereka (rakyat Palestin) meninggal-kan luka yang dalam di hati mereka”. Adapun, wasiat yang ketiga ditujukan kepada dunia barat, katanya: “Sesungguhnya fakta mengenai kezali-man Israel bukan lagi satu perkara yang rahsia, bahkan amat memalukan bagi sesiapa yang me-nyokong mereka. Justeru, sesiapa yang inginkan keamanan di atas bumi ini, maka wajib baginya menyatakan pendirian dalam menyokong hak rakyat Palestin, dan menghentikan kezaliman ke atas mereka.” Kamal Khatib, timbalan pengerusi Gerakan Islam Palestin, mengecam hukuman yang dikenakan ke atas Syeikh Raed dan mengibaratkannya seb-agai politik bijak, dan bertepatan dengan ugutan terang- terangan Netanyahu kepada Syeikh Raed yang disifatkan sebagai bom jangka. Netanya-hu turut dikatakan menggesa agar Syeikh Raed diusir dari Jurusalem. Kata Khatib lagi, tujuan utama mereka adalah untuk mendiamkan Syeikh Solah dari berterusan mempertahankan Al-Aqsa.

Page 9: Alquds in malay issue 89

| 9Issue No 89 // 27 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

ISU-ISU JURUSALEM, SEKATAN DAN PELARIAN MENCETUSKAN PERSIDANGAN PALESTIN- EROPAH (14)

Penganjur Persidangan Palestin- Eropah (14) yang akan diadakan di Bandar Malmo, Sweden pada 7 Mei akan datang, berkata bahawa mereka akan membincangkan beberapa isu Palestin yang penting dan perlu diselesaikan sesegera mungkin. Mereka menjelaskan yang beberapa fail akan dibuka dan dikaji, seterusnya mengkhususkan isu itu sepanjang persidangan. Ini membuktikan usaha bersungguh- sungguh institusi- institusi Eropah yang ber-juang mempertahankan Jurusalem dan perlanggaran- perlanggaran yang menimpa mereka, pengepungan di Gaza, penderitaan pelarian Palestin di Syria, dan banduan- banduan Palestin di penjara Israel.

Sementara itu, Yahya Abid, orang kuat persidangan itu, menjelaskan keutamaan untuk melipat gandakan usaha bagi mempertahankan saudara- saudara kita di Jurusalem, dan membawa isu itu ke peringkat antarabangsa, kat-anya sambil menambah yang Syeikh Ikramah Sobri, khatib masjid Al-Aqsa dan Mufti wilayah- wilayah di Juru-salem, akan turut serta menghadiri persidangan berikut bagi membawa bersama penderitaan rakyat Palestin dan semua isu- isunya. Selain itu, beberapa pembentang juga akan menayangkan dokumentari- dokumentari berke-naan penderitaan rakyat Palestin dengan pelbagai bahasa. Akhir sekali, beliau akan membawa delegasi Kesatuan Eropah (EU) melawat Kota Jurusalem untuk melihat sendiri perlanggaran hak- hak asasi manusia yang berlaku ke atas penduduk Palestin.

Page 10: Alquds in malay issue 89

10 | Issue No 89 // 27 APR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News