assgnment gender issue in cc

21
ISU JANTINA DI DALAM KAUNSELING KERJAYA 1.0 PENGENALAN Beberapa tahun dahulu , program kaunseling kerjaya mengandungi penerokaan peranan wanita bekerja secara tradisional seperti kerani, guru dan jururawat. Pada masa kini, kerjaya menjadi sesuatu keutamaan yang dirancang sepanjang hayat. Di negara-negara barat , terdapat dikalangan wanita yang meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap kerjaya sehingga menyatakan “kerjaya dahulu dan perkahwinan kemudian”. Walaubagaimana pun di dalam era masa kini, golongan wanita mulai menyedari keupayaan dan peranan sebenar mereka dan lebih memilih kerjaya yang sesuai dengan tradisi kewanitaan mereka. Terdapat banyak halangan kerjaya di kalangan kaum wanita terutamanya di negara barat disebabkan masih wujud prasangka yang melibatkan sterotaip jantina di dalam alam pekerjaan. Menurut Betz dan Fitzgerald (1987) kaum wanita bekerjaya yang mempunyai status yang sama dengan suaminya akan menghadapi cabaran penerimaan umum tentang peranan mereka sebenarnya dan kurang 1

Upload: zunariah

Post on 29-Jun-2015

273 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: assgnment gender issue in CC

ISU JANTINA DI DALAM KAUNSELING KERJAYA

1.0 PENGENALAN

Beberapa tahun dahulu , program kaunseling kerjaya mengandungi penerokaan

peranan wanita bekerja secara tradisional seperti kerani, guru dan jururawat. Pada

masa kini, kerjaya menjadi sesuatu keutamaan yang dirancang sepanjang hayat.

Di negara-negara barat , terdapat dikalangan wanita yang meletakkan keutamaan

yang tinggi terhadap kerjaya sehingga menyatakan “kerjaya dahulu dan

perkahwinan kemudian”. Walaubagaimana pun di dalam era masa kini, golongan

wanita mulai menyedari keupayaan dan peranan sebenar mereka dan lebih

memilih kerjaya yang sesuai dengan tradisi kewanitaan mereka.

Terdapat banyak halangan kerjaya di kalangan kaum wanita terutamanya

di negara barat disebabkan masih wujud prasangka yang melibatkan sterotaip

jantina di dalam alam pekerjaan. Menurut Betz dan Fitzgerald (1987) kaum

wanita bekerjaya yang mempunyai status yang sama dengan suaminya akan

menghadapi cabaran penerimaan umum tentang peranan mereka sebenarnya dan

kurang mendapat sokongan daripada masyarakat. Justeru itu, artikel ini akan

membincangkan mengenai teori perkembangan kerjaya wanita dan mengenai

perspektif pelbagai budaya bekerja dikalangan lelaki dan wanita khasnya di

negara Amerika Syarikat. Seterusnya disentuh juga mengenai isu jantina di

tempat kerja dan penerangan megenai keperluan-keperluan istimewa lelaki dan

wanita di dalam kerjaya.

1

Page 2: assgnment gender issue in CC

2.0 TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA DAN WANITA

Perkembangan kerjaya wanita telah diberi perhatian sejak wujudnya teori

Perkembangan kerjaya. Super (1957, 1990) merupakan salah seorang pelopor

teori perkembangan kerjaya yang menekankan corak perkembangan kerjaya

wanita kepada tujuh kategori iaitu pengurus rumahtangga yang stabil,

konvensional, perkerjaan stabil, jejak/laluan berganda, terganggu, tidak stabil dan

percubaan yang banyak. Manakala Ginzberg(1996) pula menerangkan tiga

dimensi kehidupan wanita di dalam kauseling kerjaya iaitu:-

i. Tradisional (berorientasikan hal rumahtangga)

ii. Transitional (lebih mementingkan hal rumahtangga berbanding

kerjaya)

iii. Inovatif (penekanan sama rata di antara rumahtangga dan kerjaya)

Ginzberg juga menjelaskan bahawa semakin ramai wanita yang kini

memegang jawatan penting dan ada juga wanita yang enggan berjawatan tinggi

kerana takut kehilangan identity kewanitaannya.

Pada sekitar tahun 1960-an, Zytowski memperkenalkan corak kerjaya

vokasional di kalangan wanita sebagai:-

i. vokasional halus/lembut

ii. vokasional pertengahan

iii. vokasional luar biasa

Menurut Zytowski (1969) lagi, peranan utama wanita di dalam masyarakat

adalah sebagai pengurus rumahtangga. Walaubagaimana pun, wanita akan

menukar gaya hidupnya melalui penglibatan di dalam vokasional. Corak

perkembangan vokasional yang melibatkan wanita ini ditentukan oleh faktor usia,

masa yang diperuntukkan untuk berkerjaya dan jenis pekerjaan yang dipilih.

Selain itu, faktor-faktor lain adalah seperti motivasi individu, kebolehan dan

keadaan alam sekitar seperti keperluan kewangan.

2

Page 3: assgnment gender issue in CC

Seterusnya, Betz dan Fitzgerald (1987) mencadangkan bahawa kelas

sosial, sikap terhadap perkahwinan, punca kewangan, tahap pendidikan dan nilai

merupakan faktor-faktor yang menentukan pemilihan pekerjaan. Wanita seperti

juga lelaki mempunyai keperluan istimewa yang perlu di ambil kira di dalam

kauseling kerjaya.

Di dalam kajian yang berkaitan oleh Eccles, Barber dan Jozefowicz (1999)

telah melaporkan suatu dapatan yang menarik. Mereka mencadangkan pelbagai

perantara (mediator) dibina daripada interaksi kontekstual di dalam kaunseling

kerjaya wanita. Contohnya aspirasi kerjaya bergantung kepada kepercayaan dan

nilai yang dirujuk sebagai pilihan yang berkaitan dengan pencapaian. Wanita

yang menjangka untuk berjaya di dalam persekitaran kerja yang tertentu akan

lebih berjaya dalam bidang tersebut. Tambahan pula, faktor sosial jantina

mempengaruhi perkembangan nilai personel dan identiti kendiri yang berkaitan

dengan matlamat jangka panjang.

Pada akhir tahun 1970-an, Sanguiliano dan Spencer (1978) mencadangkan

yang wanita mempunyai corak perkembangan yang berbeza dengan lelaki iaitu:-

i. wanita mengalami kekeliruan yang sangat tinggi ketika awal

perkembangannya

ii. wanita lebih memendam ekspresi diri mereka

iii. wanita berpotensi menangguh aspirasi kerjaya mereka kerana

tanggung jawab berkeluarga

iv. corak perkembangan wanita adalah lebih individualistik

Oleh itu, kaunselor perlu menitik beratkan perkembangan konsep kendiri

dan penaksiran nilai di dalam program membuat keputusan kerjaya wanita.

Chusmir (1990) telah mengenalpasti kriteria dan latarbelakang wanita di

dalam dunia pekerjaan bukan tradisional seperti bidang teknikal, sains, undang-

3

Page 4: assgnment gender issue in CC

undang, kejuruteraan dan perubatan. Beliau juga menyatakan bahawa wanita yang

memilih pekerjaan ini mempunyai sedikit sifat kelakian seperti aktif, dominan,

individualistik, mempunyai intelektual dan lain-lain lagi. Mereka juga bermotivasi

seperti lelaki iaitu mementingkan pencapaian,mencari status, serta keinginan yang

tinggi untuk dikenali. Sehubungan dengan itu, rekabentuk strategi pemulihan

untuk meluaskan pilihan kerjaya wanita perlu diperkenalkan di peringkat sekolah

rendah lagi.

Dari kajian-kajian di atas dapatlah dirumuskan bahawa perbezaan

pemilihan kerjaya di kalangan lelaki dan wanita adalah berdasarkan perbezaan

nilai, matlamat dan pandangan diri. Justeru itu, pendidikan dan pekerjaan

dipengaruhi oleh:-

i. pengalaman seseorang

ii. norma-norma budaya

iii. sikap dan matlamat di dalam kerjaya.

3.0 PANDANGAN PELBAGAI BUDAYA DI DALAM PEKERJAAN WANITA

DAN LELAKI

Perkaitan etnik yang berintegrasi bersama pembolehubah-pembolehubah lain

akan memberi kesan keatas perkembangan peranan jantina di dalam kerjaya.

Topik ini akan menyentuh aspek etnik dan jantina masyarakat Afrika-Amerika,

Asia Tenggara, Hispanik dan Asli Amerika (Red-Indian) di negara Amerika

Syarikat.

3.1 Masyarakat Afika-Amerika

Orang Afrika-Amerika atau masyarakat berkulit hitam ini terpaksa

menghadapi tindasan dan diketepikan oleh masyarakat berkulit putih.

Akibatnya, golongan wanita Afrika-Amerika sering kali diberi pekerjaan

4

Page 5: assgnment gender issue in CC

sebagai tukang masak, pembantu rumah, pengasuh anak-anak dan pelbagai

pekerjaan pada skala bayaran rendah. Walaubagaimana pun, pada mas

sekarang mereka telah berjaya dan mulai menceburi pekerjaan profesional

seperti pegawai undang-undang dan ramai juga yang terlibat dengan

perniagaan sendiri.

Menurut Parham (1996), golongan lelaki Afrika-Amerika tidak

menerima layanan yang setimpal daripada masyarakat dominan berkulit

putih. Winbush (2000) pula mencadangkan bahawa kebanyakan golongan

wanita Afrika-Amerika memerlukan latihan pekerjaan dan penjagaan

kanak-kanak. Seterusnya Parham (1996) menegaskan bahawa kaunselor

perlu aktif memberi sokongan untuk mengubah amalan dikriminasi oleh

masyarakat dan membantu golongan lelaki Afrika-Amerika

mengembangkan kesedaran diri, pengetahuan diri serta berkebolehan

untuk meluahkan pandangan secara terbuka dan bebas.

3.2 Masyarakat Asia Tenggara

Populasi orang Asia Tenggara di Amerika Syarikat terdiri daripada orang

Vietnam, Laos dan Kemboja. Warganegara Vietnam dikatakan lebih

berpendidikan dan boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan

lancer. Ini menyebabkan mereka mudah mendapat pekerjaan professional

dan bahagian teknikal.

Golongan wanita Asia Tenggara lebih mementingkan anak-anak

dan keluarga mereka. Oleh itu, konflik akan wujud sekiranya terdapat

percanggahan tentang pekerjaan dan peranannya di dalam kehidupan.

Begitu juga dengan golongan lelakinya yang mengambil berat soal

keluarga dan lebih mementingkan keluarga berbanding matlamat mereka

sendiri. Ini menyebabkan segala keputusan yang dibuat adalah

berdasarkan kebaikan untuk keluarga. Contoh pekerjaan yang biasanya di

ceburi oleh masyarakat Asia Tenggara di Amerika Syarikat adalah seperti

5

Page 6: assgnment gender issue in CC

mengusahakan restoran sendiri, bekerja di sektor perkilangan dan lain-lain

lagi.

Kaunselor akan mendapati bahaawa beberapa klien daripada

golongan ini menghadapi konflik serius di dalam kerjaya masa depan dan

peranan kehidupan. Dari segi hubungan dengan kaunselor, mereka

mengharapkan hubungan hiraki di antara kaunselor dan klien. Oleh itu

kaunselor perlu mempelajari sistem organisasi dan birokrasi, memperbaiki

kemahiran komunikasi serta memahami konsep memberi dan menerima.

3.3 Masyarakat Hispanik

Masyarakat Hispanik di Amerika Syariakat terdiri daripada masyarakat

Sepanyol atau Mexico dari Negara Amerika Latin. Golongan ini lebih

menekankan soal kerjaya kepada golongan lelaki sahaja kerana golongan

wanita dianggap mempunyai ciri-ciri keibuan dan mempunyai tanggung-

jawab sebagai ibu dan isteri di mana perlu memberi perhatian kepada

keluarga. Oleh itu, mereka tidak begitu mementingkan kerjaya dan

kebiasaannya jika bekerja adalah sebagai pembantu rumah, pekerja kilang

atau pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran. Menurut Ortiz(1996),

matklamat utama mereka bekerja adalah untuk menghantar wang kepada

keluarga atau membantu keluarga di negara mereka. Manakala golongan

lelaki Hispanik dikatakan mempunyai ciri-ciri nasionalis dan ‘machismo’

yang bermaksud keangkuhan di mana mereka mempunyai kuasa di dalam

sesebuah sistem kekeluargaan.

Di dalam hal ini kaunselor perlu meluangkan masa untuk

mempelajari mengenai budaya tertentu masyarakat ini.Di antara strategi

mencari pekerjaan yang boleh dimainkan oleh kaunselor seperti

menggunakan komunikasi yang efektif, persekitaran kerja dan organisasi,

informasi kerjaya dan hubungan interpersonal. Kauselor perlu mengambil

berat mengenai pembentukan matllamat, kebolehan menyelesaikan

masalah dan memperbaiki sistem pengurusan kewangan klien.

6

Page 7: assgnment gender issue in CC

3.4 Masyarakat Asli Amerika (Red-Indian)

Neal (2000) menyatakan terdapat jurang perbezaan yang luas di kalangan

budaya masyarakat Asli Amerika. Sosio-ekonomi masyarakat ini

merupakan yang paling miskin di Amerika Syarikat. Golongan wanita

mereka merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mencari nafkah

dan menjaga kebajikan keluarga. Ada di antara sesetengan puak Asli

Amerika mempunyai ahli majlis yang terdiri daripada golongan wanita

yang lebih tua di mana mereka mengawal kehidupan puak tersebut.

Golongan lelaki mereka pula lebih banyak menganggur atau mempunyai

sedikit pekerjaan dan ada yang menjadi pemabuk.

Di dalam hal ini, kaunselor perlu mengambil kira ciri-ciri warisan

budaya mereka seperti menggunakan model atau idola individu berjaya

daripada etnik Asli Amerika dan memilih fasilitator sesi kaunseling di

kalangan ibubapa dan saudara-mara mereka. Selain itu kaunselor perlu

menekankan keupayaan individu di dalam konteks untuk mencapai

matlamat di masa hadapan,

Sehubungan dengan itu, kaunselor yang terlibat dengan klien daripada

pelbagai budaya ini hendaklah bersedia menerima keperluan klien yang telah

dipengaruhi oleh budaya warisannya. Kaunselor juga perlulah sentiasa

mempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai isu di dalam kaunseling kerjaya.

 

4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

KERJAYA

 

Perkembangan kerjaya bagi seseorang individu tidak berhenti setelah tamat

sekolah menengah atau telah berkahwin. Ia merupkan suatu proses yang

berterusan dalam kehidupan kita.  Teori kaunseling wanita diperkenalkan untuk

7

Page 8: assgnment gender issue in CC

memberi perhatian  terhadap perkembangan kerjaya wanita.  Galliano dalam

kajiannya memberi penekanan bahawa lelaki dan wanita adalah sama dalam

kerjaya dan tidak memberi perhatian terhadap perbezaaan. Tetapi pada umumnya

masyarakat melihat lelaki dan wanita  memiliki ciri-ciri yang berbeza sejak

mereka kecil lagi.

4.1 Kanak-kanak lelaki

i. Tidak suka dikaitkan dengan ciri-ciri kewanitaan

ii. Mahu membina kebolehan fizikal yang dikaitkan dengan maskulin.

iii. Lebih agresif

iv. Mahu bebas daripada penyeliaan orang dewasa

v. Akan menampilkan  dirinya sebagai orang dewasa.

 

  4.2 Kanak-kanak perempuan

i. Mahu membina sifat keibuan

ii. Menampilkan  diri dalam peranan sosial dalam rumah tangga

iii. Tahu dan sedar dengan perubahan fizikal diri sebagai wanita

iv. Bahawa status sosial yang lebih rendah sebagai seorang wanita

v. Akan mengaitkan peranan fleksibiliti jantina dalam tingkah laku

dan tindakan

 

Kajian tentang perkembangan jantina kanak-kanak dan orang dewasa memberi

fokus kepada pengaruh ibubapa, adik beradik, sekolah, guru-guru , rakan sebaya

dan media. Pengaruh awal kanak-kanak akan mempengaruhi pandangan mereka

apabila dewasa, ciri-ciri, personaliti, proses pemikiran dan tingkah laku.

 

Oleh yang demikian perkembangan kerjaya dipengaruhi oleh  faktor

dalaman dan luaran, kaunselor hendaklah mengenalpasti bahawa setap klien itu

adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. Ini adalah kerana pandangan klien

itu adalah bergantung kepada pengalaman hidupnya, situasinya , serta keadaan

yang berbeza di antara seorang klien dengan klien yang lain.

8

Page 9: assgnment gender issue in CC

5.0   JANTINA DALAM PERSEKITARAN KERJA

 

Pada awalnya lelaki dan wanita bekerja bersama-sama dan berkongsi

tanggungjawab rumahtangga. Mereka bersama-sama bekerja di ladang, memburu

dan memelihara binatang ternakan. Di rumah pula mereka bersama-sama

menggamnbil berat tentang anak-anak, mengemas rumah dan sebagainya. Selepas

revolusi perindustrian berlaku pembahagian kerja diantara lelaki dan wanita.  Di

mana berlakunya perubahan sosial yang mengakibatkan lelaki bekerja di kilang-

kilang manakala wanita  duduk di rumah menguruskan rumah tangga.

 

Keadaan tersebut berterusan sehingga abad ke 21, wanita mula dilabel

sebagai penduduk kelas kedua atau status yang rendah berbanding lelaki dalam

masyarakat. Golongan wanita ini terus menjadi suri rumah yang menguruskan

hal-hal rumah tangga dan membesarkan anak-anak, manakala golongan lelaki

bertanggungjawab mencari  nafkah dan menjadi ketua keluarga.

 

Walaubagaimanapun selepas bermula perang dunia ke-2, wanita sudah

mula bekerja sebgai pengurus, membantu dalam pembinaan kapal terbang dan

juga menjaga hasil pengeluaran. Selepas perang tamat pada 1945 mereka kembali

menguruskan hal rumah tangga.

 

Pada 1950-an, sebuah keluarga yang ideal digambarkan seperti seorang

suri rumah yang berpakaian kemas dan memakai apron.  Manakala seorang ayah

pula digambarkan sebagai segak memakai sut bekerja. Terdapat tiga perkara

utama yang mempengaruhi kaum wanita kembali ke alam pekerjaan pada 1970-

an, iaitu:

i. Pergerakan hak asasi manusia

ii. Anti peperangan Vietnam

iii. Pergerakan wanita

 

9

Page 10: assgnment gender issue in CC

Situasi di atas mengakibakan perubahan sosioekonomi kerana setiap

keluarga memerlukan kedua-duanya keluar bekerja untuk menyara kos

kehidupan. Pada awal abad ke-21, wanita mula mencari identiti dalam pekerjaan.

Mereka sudah mula memegang jawatan penting seperti  doktor.

Walaubagaimanapun, kuasa pentadbiran dalam pelbagai bidang masih diketuai

oleh lelaki. Ringkasnya kita telah dapat melihat peranan kedua-dua jantina ini

dalam perkembangan kerjaya. Walaupun telah berlaku perkembangan kerjaya

bagi wanita, wanita masih menghadapi steriotaip jantina dalam pekerjaan.

 

 

6.0 ISU-ISU LELAKI DAN WANITA DALAM KERJAYA

 

Isu-isu lelaki dan wanita dalam perkembangan kerjaya adalah mengenai:-

i. Stereotaip jantina .

ii. Sifat-sifat kelelakian dan kewanitaan.

iii. Emosi lelaki dan wanita dalam bersosial.

iv. Gangguan seksual dalam persekitaran pekerjaan

 

6.1 Stereotaip jantina

Di sini membincangkan tentang ciri-ciri pekerjaan yang sesuai bagi lelaki

dan wanita. Matlin (2000), menyatakan bahawa stereotaip menunjukkan

‘bias’ (ketidaksamaan)  dalam katogeri sosial lelaki dan wanita.

Disebabkan oleh stereotaip jantina ini kita sering melihat pekerjaan di

antara dua jantina ini.

 

Di dalam dunia korporat contohnya, golongan wanita mengalami

kesukaran untuk dilantik sebagai pemimpin atau ketua dalam organisasi.

Dalam kaji selidik yang dilakukan oleh Martell, Parker, Emich, dan

Crawford pada1998, hanya 4% wanita yang menjadi ahli lembaga

pengarah /pegawai eksekutif di kebanyakan syarikat. Ini bemaksud wanita

10

Page 11: assgnment gender issue in CC

masih dilabel tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin sebalik layak

menjaga urusan keluarga. Wanita secara tradisionalnya dkaitkan dengan

kewanitaan dan lelaki pula dikaitkan dengan maskulin/kelelakian.

 

6.2 Sifat-sifat kelelakian dan kewanitaan

Kajian membuktikan bahawa orang lelaki takut dan tidak mahu dilabel

sebagai feminin dalam pergaulan mereka.

 

  Maskulin/ kelelakian dikaitkan dengan perkara-perkara berikut.

 

i. Kuasa dikatakan mempunyai kuasa terhadap keluarga dan

sebagainya.

ii. Berpotensi melakukan kerja-kerja yang ganas dan kasar serta

mempunyaiu stamina yang kuat.

iii. Berfikiran logik, analitik dan berfikiran intelektual

iv. Pencapaian, bercita-cita tinggi,berjaya dalam kerja dan maju ke

depan.

 

Feminiti/ kewanitaan pula dikaitkan dengn perkara-perkara berikut :

 

i. Lemah lembut, bersikap asertif dan mudah menjadi mangsa

kepada golongan yang lebih kuat.

ii. Beremosi  dan dikatakan suka membuat  keputusan

berdasarkan  perasaan berbanding analisis secara kritikal

iii. Menjaga keperluan suami dan anak-anak.

iv. Mudah memihak dan menyokong  wanita lain.

 

Galliano berpendapat perkara-perkara yang dikaitkan dengan

kelelakian dan kewanitaan di atas tadi adalah tidak benar, malah lelaki dan

wanita mempunyai potensi yang sama sebenarnya dalam menjawat

sebarang pekerjaan. Jika seorang wanita dibelenggu dengan kepercayaan

11

Page 12: assgnment gender issue in CC

bahawa wanita adalah lemah lembut, asertif, beremosi dan lain-lain lagi

sebagaimana dinyatakan tadi, kaunselor boleh menggunakan pendekatan

Cognitive Behavior dan Rational Emotive Theraoy ( Ellis 1994 ). Sebagai

cadangan ia boleh dijalankan  melalui kaunseling kelompok, latihan 

bersosial, main peranan dan “homework”. Ia bertujuan agar klien dapat

menilai semula sistem kepercayaan mereka.

 

6.3 Emosi lelaki dan wanita dalam bersosial

 

Terdapat dua cara berkomunikasi yang dikaitkan dengan jantina :

 

a) Lelaki : Semasa berkomunikasi lelaki dikatakan tidak memberi

penekanan  kepada hubungan interpersonal, tidak menggmbil berat

perasaan orang lain serta tidak suka menzahirkan emosi/perasaan.

 

b) Wanita : Semasa berkomunikasi wanita menggambil berat

perasaan orang lain, gemar menzahirkan emosi/perasaan  dan

menjaga hubungan baik dengan orang lain.

 

Perbezaan cara berkomunikasi boleh menyebabkan berlaku salah

faham, konflik dalam bersosial, sama ada hubungan di tempat kerja  atau

di dalam rumah. Terdapat lelaki yang beranggapaan jika  mereka

menggambil berat persaan orang lain dalam berkomunikasi, menzahirkan

emosi dan perasaan mereka, menjaga hubungan baik dengan orang lain,

dilihat mempunyai sifat-sifat kewanitaan. Oleh yang demikian kaunselor

boleh memainkan peranan membantu mereka dengan teknik Cognitive

Behavior.

 

6.4 Gangguan Seksual

  Wanita sering menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Berlaku

gangguan seksual dikelasifikasikan sebagai :

12

Page 13: assgnment gender issue in CC

Pandangan berunsur seks

Sentuhan

Temujanji yang dipaksa

Surat atau panggilan telefon berunsur seks.

Cubaan rogol

Rogol

 

Isu gangguan seksual terhadap wanita menyebabkan terdapat

syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi yang memberi latihan  dan

pendedahan kepada pekerja-pekerja baru berkaitan kesedaran  tentang

gangguan seksual serta pencegahan. Antara lainnya bertujuan memberi

panduan bagaimana berinteraksi atau cara membina hubungan yang baik

antara pekerja lelaki dan wanita.

7.0 KESIMPULAN

Terdapat banyak lagi percambahan isu kaunseling kerjaya yang melibatkan isu

jantina di dalam kumpulan budaya yang berbeza. Walaupun artikel di atas adalah

mengenai isu yang terdapat di negara barat, kajian dan maklumat yang diperolehi

boleh menjadi dasar kepada isu yang serupa di negara kita. Justeru itu, adalah

dicadangkan kajian seperti ini dijalankan di negara ini, untuk mendapatkan

pandangan yang menyeluruh di dalam memahami isu jantina dan pelbagai budaya

di dalam kaunseling kerjaya di Malaysia.

13

Page 14: assgnment gender issue in CC

RUJUKAN

Mohamad Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad (2006). Bimbingan dan Kerjaya,

Konsepndan Amalan Kontemporari. Skudai, Johor: Penerbit, Universiti

Teknologi Malaysia.

Zunker, V.G (2006). Career Counseling: Applied Concepts of Life Planning.

Seventh Edition, California: Brooks Cole Pub.

14