allahyarham tan sri omar mohd hashim …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/buletin psm...

20
Bil. 60 / 19 APR / JUN 2019 Martabatkan Sejarah Malaysia ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMA-LAMANYA Menarik di dalam: Muka 5 Muka 6 Muka 8 Kita terkejut dan sedih di atas pemergian Tan Sri Omar Mohd Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia yang kita kasihi pulang ke rahmatullah pada 6 Jun 2019 yang lalu. Dengan kembalinya Tan Sri Omar Mohd Hashim, negara kehilangan sebutir permata tak ternilai yang terjelma dalam seorang hamba Allah tokoh yang sukar digantikan. Moga-moga Allah mencucuri ke atas rohnya dan meletakkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amin. Tan Sri Omar Mohd Hashim merupakan tokoh terbilang dalam bidang pendidikan. Sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan, beliau berkhidmat dengan tekun dan cekap sehingga memperoleh kepercayaan untuk memimpin beberapa buah agensi antaranya Jabatan Pelajaran Sabah dan Johor, Majlis Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Pilihanraya. Sepanjang tempoh perkhidmatan, Omar dikenali sebagai pegawai kerajaan yang jujur dan ikhlas. Persatuan Sejarah Malaysia amat terasa kehilangan Tan Sri Omar Mohd Hashim yang telah meneraju dan memimpin PSM hampir lebih 30 tahun. Beliau telah memberi sumbangan dan jasa yang amat besar yang akan dikenangi dan diabadikan kepada sebuah bangunan indah tersergam indah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. SERI PATTANI KOLEKSI SURAT-SURAT FRANCIS LIGHT (1771-1794) BELANGSUNGKAWA TAN SRI OMAR MOHD HASHIM

Upload: others

Post on 10-Jul-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

Bil. 60 / 19 APR / JUN 2019

Martabatkan Sejarah Malaysia

ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM MENINGGALKAN KITA

BUAT SELAMA-LAMANYA

Menarik di dalam:

Muka 5

Muka 6

Muka 8

Kita terkejut dan sedih di atas pemergian Tan Sri Omar Mohd Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia yang kita kasihi pulang ke rahmatullah pada 6 Jun 2019 yang lalu. Dengan kembalinya Tan Sri Omar Mohd Hashim, negara kehilangan sebutir permata tak ternilai yang terjelma dalam seorang hamba Allah tokoh yang sukar digantikan. Moga-moga Allah mencucuri ke atas rohnya dan meletakkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Tan Sri Omar Mohd Hashim merupakan tokoh terbilang dalam bidang pendidikan. Sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan, beliau berkhidmat dengan tekun dan cekap sehingga memperoleh kepercayaan untuk memimpin beberapa buah agensi antaranya Jabatan Pelajaran Sabah dan Johor, Majlis Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Pilihanraya. Sepanjang tempoh perkhidmatan, Omar dikenali sebagai pegawai kerajaan yang jujur dan ikhlas. Persatuan

Sejarah Malaysia amat terasa kehilangan Tan Sri Omar Mohd Hashim yang telah meneraju dan memimpin PSM hampir lebih 30 tahun. Beliau telah memberi sumbangan dan jasa yang amat besar yang akan dikenangi dan diabadikan kepada sebuah bangunan indah tersergam indah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

SERI PATTANIKOLEKSI SURAT-SURAT

FRANCIS LIGHT (1771-1794)

BELANGSUNGKAWA TAN SRI OMAR MOHD HASHIM

Page 2: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

Warkah PSM diterbitkan oleh:

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIAAras 3, Anjung, Wisma Sejarah,230, Jalan Tun Razak,50400, Kuala Lumpur.

DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR)MOHD AROF ISHAKDATIN ZURAIDAH MOHAMAD

SIDANG REDAKSITel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388Faks : 03 - 2681 4388Email : [email protected] / [email protected]

MARTABATKANSEJARAH

MALAYSIA

PRESIDENPERDANA MENTERI MALAYSIA

DATO’ HAJI JUMAAT DATO’ HAJI MOHD NOOR(FELO PSM)

PROF MADYA DR MOHD SHAMSUDDIN

NAIB RESIDENMENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAMENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

Senarai Filem Berjiwa Patriotik dan Kenegaraanyang Pernah Dihasilkan

APR / JUN 2019

Page 3: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

3

Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan dan citra kepimpinan organisasi PSM daripada kaca mata tokoh utamanya, Allahyarham Tan Sri Omar Mohd Hashim.

Siri-siri terbitan WARKAH yang terdahulu, beberapa tahun sejak dimulakan, memuatkan pelbagai idea dan fokus kenyataan yang bernas serta bermotivasi daripada Allahyarham Tan Sri.

Elok sekali kita merujuk kembali kepada tulisan-tulisan dan cetusan-cetusan pemikiran tersebut, agar dengannya dapat diperolehi serba peringatan dan renungan bagi kita seterusnya lanjut mengasaskan pergerakan PSM yang sentiasa teguh dan progresif.

Agak begitu kaya dan pelbagai pengalaman memimpin dan membentuk satu pasukan berpadu, bergiat dan bergiat yang telah beliau wariskan kepada kita.

Inilah satu perspektif bimbingan kemajuan kehadapan yang wajar kita tangani.

Sekian lama kita telah berjaya menerbitkan WARKAH sebagai satu cerminan PSM menampilkan pelbagai renungan dan refleksi mengenai bibit-bibit sejarah yang mahu kita ungkapkan. Kecil atau kasar rupa dan hakikat unsur-unsur sejarah ini, pastinya ada menzahirkan nilai-nilai kesedaran sejarah tempatan atau ……….., dan mungkin lebih tinggi memberikan kesan kebangsaan yang tidak boleh diabaikan.

Unsur-unsur sejarah ini bukan sahaja merupakan warisan kerakyatan dan kebangsaan, tetapi lebih bersifat sebagai ‘khazanah’ yang ada tempat, peranan dan aplikasi dalam pembangunan Negara. Khazanah lazimnya membawa implikasi milik dan modal. Justeru wajar sekali kita takrif dan namakan sejarah itu sebagai suatu “modal budaya” (Cultural capital). Iaitu satu modal keturunan yang kita miliki dan dilestarikan dari zaman ke zaman.

Terkini oleh kerana tumpatan daripada globalisasi dan pelbagai aplikasi kaitan-internet banyak menekankan asas dan penggunaan ‘modal ekonomi’ dan ‘modal pelaburan’ (economic and investment capital), demi menentukan karektor atau watak “manusia pekerja” yang hanya memajukan produktiviti dan keuntungan, maka kelihatan manusia pekerja serupa itu, bergerak, bertugas dan wujud sebagai “manusia jentera” berketerampilan berasaskan jiwa ekonomi tetapi kurang atau tanpa lengkap dengan ‘jiwa sosio-budaya’ yang mensejahterakan.

Manusia pekerja atau warga masyarakat tanpa berjiwa sosio-budaya yang sepatutnya dapat didikan atau asuhan melalui “cultural capital” bangsa atau kaumnya, adalah merupkan kelompok pekerja atau warga yang rugi, hambar dengan kehilangan kesejahteraan jati diri. Mereka tidak mesra budaya.

Terkini di peringkat asuhan awal kanak-kanak (early years education), telah timbul kesedaran betapa perlunya diberikan tekanan kepada proses asuhan-didik yang tidak mengenepikan “cultural capital”. Matlamat murninya ialah demi mempersiap dan melahirkan warga kecil dan dewasa lengkap mewarisi segala aspek sosio-budaya yang mensejahterakan.

Sejarah sebagai “cultural capital” memberikan imbangan yang logikal dan humanistik kepada rangka dan agenda pembangunan Negara dan rakyat.

Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif

APR / JUN 2019

Dato’ Haji Jumaat Dato’ Haji Mohd NoorPengerusi

Jawatankuasa EksekutifPersatuan Sejarah Malaysia

Page 4: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

4

PSM DI SANA SINI

Pada 23 April 2019, Dr Zahidi dalam rangka menyiapkan biografi Tan Sri Elyas telah berkunjung ke rumah kelahiran Tan Sri Elyas Omar di alamat rumah No 460, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Sebelum berkunjung ke rumah tersebut, Dr Zahidi telah singgah di Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mendapatkan salinan foto pidato umum ketika Tan Sri Elyas Omar mendapat ijazah doktor kehormat dari USM dan juga mendapatkan salinan akhbar Straits Echo tahun 1936, iaitu tahun kelahiran Tan Sri Elyas di mana pada waktu itu, Pulau Pinang merayakan ulangtahun ke-150 pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light. Ketika berkunjung ke rumah kelahiran Tan Sri Elyas, Dr Zahidi mendapat bantuan Tuan Hj Zakaria Mohd Noh iaitu abang ipar kepada adik Tan Sri Elyas yang tinggal di Tanjung Tokong. Keluarga Tan Sri Elyas tinggal di rumah tersebut yang kini berbumbung zink dan berlantai papan. Rumah tersebut kini telah dijual tetapi masih tersergam indah. Dr Zahidi juga telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong dan Masjid Tuan Guru Haji Hassan yang merupakan datuk kepada Tan Sri Elyas. Selepas itu, Dr Zahidi telah menemui En Effendi Nordin, seorang peguam di Batu Feringgi. Beliau adalah anak saudara kepada Tan Sri Elyas Omar yang mengumpul maklumat tentang salasilah keturunan keluarga Tuan Haji Hassan Alfusanah iaitu datuk sebelah ibunya.

KUNJUNGAN KE RUMAH KELAHIRAN TAN SRI ELYAS OMAR

Majlis telah diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Bilik Kuala Lumpur, PWTC. Majlis bermula pada jam 3.00 petang dengan taklimat tentang pengenalan bengkel oleh Prof Madya Dr Roosfa Hashim dari Penerbit UIAM. Tiga pembentang kertas kerja ialah: 1. Sasterawan Negara Dato’ Dr Zurinah Hassan 2. Puan Sri Fatini Yaakub 3. Sri Diah Shaharuddin

RUMUSAN 1. Bengkel ini adalah satu saluran pertemuan antara peserta-peserta bengkel yang terdiri dari penulis-penulis biogra�; 2. Di dalam penulisan biogra�, penyelidikan perpustakaan/arkib amat perlu dan penting; 3. Banyak mengadakan wawancara untuk mendapatkan sumber maklumat; 4. Mengikut Sri Diah, adalah tidak seharusnya mengikut plot dan tema dalam penulisan. Apa yang dilakukan beliau ialah mengumpul anecdote mengikut folder lepas itu dicantumkan penceritaan tersebut; 5. Fatini mengunakan kaedah mengemukakan soalan–soalan untuk mendapatkan maklumat; 6. Beliau menghadapi masalah apabila tokoh menyemak setiap ayat dan mengedit tulisan beliau; 7. Tidak semua orang bersetuju untuk diwawancara; dan 8. Perlu ada kaedah lain untuk mendapat maklumat dari mereka.

LAPORAN BENGKEL MENULISMEMOIR, BIOGRAFI DAN AUTOBIOGRAFI

ANJURAN UIAM DAN MAPIM

APR / JUN 2019

Page 5: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

55

SERI PATTANISeri Pattani adalah sepucuk meriam seberat 10 tan milik Kerajaan Patani Darusalam di zaman silam. Sejarahnya bermula sebelum tahun 1785 lagi apabila Raja Perempuan kedua Raja Biru (1616-1624) melaksanakan kawalan dan keselamatan yang ketat ke atas negerinya untuk menghadapi ancaman dan serangan dari Siam. Pembuatan bedil atau meriam besar juga telah juga diusahakan tiga laras daripadanya masing-masing diberi nama “Seri Negara”,”Seri Pattani” dan “Maha Lela” dapat disiapkan oleh sekumpulan tukang di bawah pimpinan seorang pandai ina bernama Lim Taw Kin. Beberapa siri serangan dan peperanggan berlaku antara Siam dengan Patani. Namun, Patani tidak dapat ditundukkan dengan mudah. Hanya pada tahun 1785 ketika di bawah Sultan Muhammad Shah, barulah Patani dapat ditewaskan.Tentera Siam melakukan kekejaman ke atas rakyat Patani dan bertindak membakar hangus istana Sultan di Kerisik. Ribuan rakyat Patani ditawan, kaki dan keting mereka dicucuk dengan rotan dibawa kembali ke Bangkok. Di sana, mereka dipaksa menggali sebatang sungai yang terletak di tengah tengah Bandaraya Bangkok yang kini dikenali sebagai “Sungai Sejuta Airmata”. Dua laras meriam besar iaitu “Seri Negara” dan “Seri Pattani” juga dibawa pulang ke Bangkok sebagai cenderamata. Malangnya “Seri Negara” jatuh di Kuala Patani sewaktu diangkut naik ke kapal manakala “Seri Pattani” seberat 10 tan selamat dibawa ke Bangkok dan dipamerkan di hadapan Kementerian Pertahanan Thailand sebagai simbol tawanan dan kemenangan mereka di samping puluhan meriam-meriam lainnya yang terus terperap disini sejak dua abad yang lalu.

OlehDATO’ DR WAN SHAMSUDDIN MOHD YUSOF

APR / JUN 2019

Meriam agung di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand.

Page 6: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

6

KOLEKSI SURAT-SURAT FRANCIS LIGHT(1771 - 1794)@USM:

Sumber Sejarah Awal Rantau Kepulauan Melayu

School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London baru-baru ini telah memberi hak kepada Universiti Sains Malaysia (USM) mengendalikan imej digital koleksi untuk kegunaan penyelidik, sejarawan, sarjana dan orang awam. Sejumlah 2,400 imej daripada 1,200 surat yang disusun dalam 11 jilid (MS40320) telah diserahkan kepada USM. Usaha mendapatkan hak dari SOAS untuk memapar dan menggunakan surat-surat itu telah dimulakan sejak tahun 2011.

Label ‘Francis Light Letters’ telah sekian lama digunakan oleh SOAS sejak tahun 1916 apabila ia diasaskan. Sebelum itu, koleksi tersebut tersimpan di King’s College. Ia pada asalnya dirangkumkan sebagai the Marsden Collection, sempena pemilik awalnya William Marsden (1754-1836), seorang peneroka awal kajian Melayu yang dilahirkan di Dublin, Ireland. Surat-surat Light telah dibeli oleh Marsden dari sebuah lelongan di London pada awal 1800. Apabila beliau meninggal dunia, surat-surat itu diserahkan oleh balunya kepada King’s College. Marsden, juga seorang pentadbir, berkhidmat di bawah Syarikat Hindia di Sumatera antara 1717 hingga 1779.

Dalam katalog Indonesian Manuscripts in Great Britain ditulis

Malay correspondence, consisting chiefly of letters from the Rajahs and principle native merchants of the Peninsula and neighbouring islands, addressed to Capt. Francis Light and Capt. James Scott of Pulo Pinang. In several Portfolios (Marsden, 1827: 304)

(Bibliotheca Marsdeniana Philologica et orientalis. A catalogue of books and manuscripts, collected with a view to the general comparison of languages, and of the study of oriental literature (London). Printed by J.L. Cox.

OlehPROF AHMAD MURAD MERICAN

INSTITUT ANTRABANGSA PEMIKIRAN DAN PERADABAN MELAYU (ISTAC)

APR / JUN 2019

Perbincangan dengan Profesor Urich Kratz, SOAS, University of London di British Library, November 2013. Kratz adalah sarjana yang banyak mengkaji dan memulihara Koleksi tersebut di SOAS. Gambar penulis bersama Datuk Dr. Annabelle Teh Gallop (British Library), dan rakan penyelidik Abdur-Rahman Mohamed Amin dari Jabatan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS.

Page 7: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

7

APR / JUN 2019

Ditulis dalam M.C. Ricklefs, P. Voorhoeve and Annabel Teh Gallop (2014) Indonesian Manuscripts in Great Britain. Jakarta: Ecole franÇaise d’ExtrÊme-Orient, Perpustakaan Nasional Republik Indonesia and Yayasan Pustaka Obor Indonesia seperti berikut:

MS 40320A collection of several hundred Malay letters in 11 bundles. Consisting primarily of correspondences received (with some copies of letters sent) by Capt. Francis Light and Capt. James Scott of Penang from (and to) rulers and dignitaries of Malay sultanates in the A.D. 1780s and 1790s. But there are also items from Acheh. Jambi, Indragiri, Minangkabau, Palembang, Pedir, Siak, and other places in Sumatera, from Brunei and Sambas, and from Tidore.Various papers, various sizes. Marsden collection. See Marsden, 1827, p. 304. Some of these letters published with English translations in Marsden, 1812, pp. 137-57.

Koleksi itu mengandungi surat-surat dari Kedah, Selangor, Perak, Terengganu, Kelantan, Acheh, Asahan, Batu Bahara, Siak, Palembang dan Pontianak. Juga terdapat surat dari saudagar raja. Pelbagai kajian dapat kita jalankan melalui surat-surat tersebut. Antaranya ialah: Sistem ekonomi kepulauan Melayu sebelum 1800 Diplomasi dan perhubungan luar Filologi Perniagaan dan perdagangan

School of Oriental and Afcican Studies yang menempatkan koleksi Light Letters.Gambar: http://suratlight.blogspot.com/

Light Letters yang telah dijilidkan, iaitu jilid 1, 2 dan 3. Kesemuanya berjumlah 11 jilid.Gambar: http://suratlight.blogspot.com/

Page 8: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

8

APR / JUN 2019

BELANGSUNGKAWA

TAN SRI OMAR MOHD HASHIM:Aktivis Sejarah yang Tak Kenal Erti Lelah

OlehMOHD NOR LONG

Perkenalan saya dengan Allahyarham Tan Sri Omar Mohd Hashim bermula di sekitar permulaan tahun tujuh puluhan ketika kami berdua berkhidmat di Jabatan Pendidikan Sabah. Saya sebagai penolongnya sementara beliau ialah Pengarah Pelajaran, dari situlah bermula satu titik perhubungan erat di antara kami berdua, lagi harmoni dan intim sehingga kami kembali berkhidmat semula di Semenanjung membawa haluan masing-masing dalam profesion yang sama tetapi kadang-kadang bertemu semula di pentas perguruan atau rapat sejarah. Kami punya kegemaran hampir sama – menulis, minat sejarah dan gemar lagu Keroncong Indonesia yang kebanyakan tercipta ketika Indonesia menentang Belanda.

Dari jauh saya telah lama kenali Allahyarham melalui penerbitan tersiar dalam majalah Bahasa, terbitan mahasiswa Melayu Universiti Malaya Singapura atau akhbar, sering bergerak dalam kalangan intelektual Melayu, persis pejuang bahasa dan penggiat sastera lebih tepat ASAS 50, ketika masih menuntut di Universiti Malaya Singapura kemudiannya di Kuala Lumpur. Di antara mereka ialah Ismail Hussein (Prof), Taib Osman (Prof), Usman Awang (Tongkat Warrant) dan seumpama. Keakraban dengan mereka terserlah apabila beliau menghasilkan sebuah ulasan antologi cerpen berjodul Pertentangan terbitan DBP 1968.

Sebaik sahaja tamat pengajian tinggi lantas beliau terjun ke bidang pendidikan sebagai guru, di mana ketika itu jarang sekali pemuda Melayu yang mendapat pendidikan tinggi memilih kerjaya sebagai guru malah kebanyakan memilih bidang pentadbiran Malayan Civil Service. Sekolah pertama bertugas sebagai guru ialah Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star dan di situ tersemi bibit cinta dengan seorang pelajar wanita yang akhirnya menjadi isteri sepanjang hayatnya ialah Aishah binti Mohd Zahir (Puan Sri) dan hasil perkahwinan dikurnia empat orang puteri.

Bermula sebagai guru biasa bermulalah pendakian beliau dalam satu hirarki pegawai pendidikan bertapak satu demi satu lantas mula menjawat jawatan kanan sebagai Pengarah Pengajian Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi, lalu menyusul begitu pantas sebagai Pengarah Pelajaran di

Hawa Bee Haji Md Noor (Emak)

Cikgu Mohd Hashim Mohd Kapi(Bapa)

Page 9: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

9

APR / JUN 2019

beberapa buah negeri sebelum diangkat sebagai Pengarah Peperiksaan ketika sistem pendidikan mengalami satu reformasi hebat, menurutnya “…ia merupakan satu kekuatan dan keperluan bagi sebuah institusi, terutama pusat khidmat pakar…memerlukan pegawainya punya keahlian tinggi dan pengumpulan pengalaman agar dapat menentukan supaya perhitungan dan pertimbangan dapat dibuat dengan baik, jitu dan wajar.” (Menongkah Gelombang Pendidikan, DBP 2014) ketika itu juga revolusi sistem peperiksaan paling hebat bermula sekitar tujuh dan lapan puluhan antaranya: peperiksaan Sijil Pelajaran dalam bahasa Melayu diikuti Sijil Tinggi Pelajaran, beliau menangani dengan tabah serta berpegang kepada lunas profesionalisme. Berulang-alik beberapa kali menemui rakan sejawat di University Cambridge selain memorandum demi memorandum dihantar kepada mereka demi mencari tapak penyesuaian agar tidak menjejas taraf peperiksaan kita telah pun dikenali dunia sekalipun telah bertukar bahasa pengantar. Lantaran itu beliau menulis “…pengiktirafan yang diterima sebelum peperiksaan MCE/SPM itu selesai dijalankan merupakan kejayaan yang besar dalam cara Lembaga Peperiksaan mengendalikan peperiksaan awam untuk tujuan

memenuhi kepercayaan luar Negara di samping menunjukkan keteguhan kepercayaan badan-badan antarabangsa kepada kewibawaan dan keupayaan kita…” (Pengisian Misi Pendidikan, DBP 1991).

Di antara institusi pendidikan paling lama beliau berkhidmat ialah Lembaga Peperiksaan sehingga ada yang melihat Omar Hashim dan peperiksaan begitu sinonim. Mengapa begitu? Baginya integriti peperiksaan amat penting justeru penyelewengan atau penipuan mesti dibanteras. Saya masih ingat satu ketika di mana keputusan peperiksaan Darjah Enam digantung beliau selaku Pengarah Pelajaran Sabah apabila mendapati lebih 100 buah pusat peperiksaan di luar bandar melakukan penyelewangan lebih tepat meniru secara berleluasa. Peristiwa ini hampir mencetus kegawatan politik kerana implikasi amat luas, ketiadaan sijil akan sukar calon mendapat kerja atau menjadi guru pelatih. Beliau berpegang tegas kepada pendirian keputusan itu. Ketua Menteri terpaksa masuk campur tangan, turun datang menemuinya agar keputusan itu disemak semula. Bagaimanapun beliau dapat meyakinkan kepimpinan politik betapa pentingnya integriti peperiksaan harus dipelihara sentiasa.

Pada peringkat permulaan pentadbiran negeri Sabah, pejabat Pelajaran menumpang di kompleks bangunan pejabat Ketua Menteri yang ternyata ruang pejabat amat terhad. Kami terpaksa berkongsi ruang pejabat, saya ditempatkan dalam sebuah bilik bersama seorang lagi penolong pengarah. Dalam bilik itu, semacam arkib, penuh dengan surat-surat rasmi, laporan tahunan, fail, minit mesyuarat dan seumpama tinggalan North Borneo Chartered Company. Semua bahan itu merupakan elemen sejarah terpenting. Beliau sering datang ke bilik saya dan melihat timbunan khazanah itu lantas mengesyor agar saya menulis. Hasil galakannya saya menulis dan terhasil sebuah buku Perkembangan Pelajaran di Sabah, DBP 1982 buat kali pertama tertulis dalam bahasa Melayu dengan kata pengantar beliau menulis “…Saya mengalu-alukan kelahiran buku yang mengisahkan perkembangan

Bersama dengan kakak, Salmah. Diambil semasa baru berumur 3-4 tahun di perkarangan sekolah

Perai Butterworth, 1938. Rakan di tepi ialah sepupunya, Ari�n Puteh.

Page 10: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

10

APR / JUN 2019pendidikan di Sabah…Ada banyak perkara yang dapat ditulis tentang Sabah, tetapi sehingga hari ini banyak daripada usaha ini dibuat oleh orang Barat – F.G.Whelan, Tregonning..”.

Kali kedua beliau mendorong saya menulis dikira sebuah projek ‘raksasa’ iaitu: Tun Hamdan, Guru Sepanjang Hayat, Fajar Bakti, 1999, satu usaha mengambil masa dalam satu tahun dan bukan mudah menyiapkan almaklum menulis tentang orang besar Negara. Namun Alhamdulillah tercipta jua akhirnya dengan bantuan beliau dan Tun Hamdan sendiri. Paling akhir baru-baru ini selaku pengerusi PSM demi galakan kepada warga sejarah agar menulis sesuai dengan konsep charity begins at home maka sempat saya menyelesaikan dengan menghimpun rencana, cerpen, coretan, sajak dsb tersiar selama 50 tahun dipelbagai penerbitan, berjodol Qalam Menari, ITBM, 2019. Beliau sempat menukil penanya menulis Sekapur Sirih “…buku Tuan Haji Mohd Nor Long menghimpun pelbagai genre coretan terhimpun sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan bacaan anak muda”. Namun saya amat terkilan, sedih dan hiba, kerana buku ini tidak sempat ditatapinya kerana buku siap tercetak tiga minggu selepas pemergian beliau buat selama-lamanya, Al fatihah!

Minatnya kepada sejarah sudah lama terpendam dan mendalam, sesuai dengan jurusan pengajiannya di universiti, Sejarah dan Pengajian Melayu. Paling ketara Persatuan Sejarah Cawangan Sabah lahir ketika kami masih berkhidmat di sana, merupakan usaha gigihnya demi meyakinkan pihak Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan negeri agar turut terlibat kelahiran sebuah wahana sejarah. Saya sendiri sebagai setiausaha dan sempat kami menerbit sebuah jurnal sejarah sambil mengabadikan wajah Tun Mustapha, Ketua Menteri sebagai hiasan kulit jurnal pada tahun 1975. Kami berdua turut menulis sebagai galakan agar kalangan pencinta sejarah turut berbuat demikian bukan sahaja menulis tetapi juga menyelidik. Di Sabah, ratusan bahan sejarah masih terpendam sedang menunggu untuk dipugar serta diselidik

Penang Free School, yang tertubuh pada tahun 1816 adalah sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara

Bergambar bersama dengan rakan Malay Hostel di Ayer Hitam, Pulau Pinang kira-kira pada tahun 1952

Page 11: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

11

APR / JUN 2019

seperti Mat Saleh, Long March of Australian Soldiers World War 2, Kota Kinabalu berpinda nama dari Jesselton, Elopura, Kereta api North Borneo, dan banyak lagi sekalipun lagenda dan mitos.

Menulis dan mengumpul rekod, catatan diari, nukilan peribadi amat memberahikan beliau semenjak lagi kecil, disimpan untuk nukilan demi komuniti akan datang. Hasilnya beliau telah mengumpul bahan dalam satu spektrum, mencakupi pelbagai elemen kemasyarakatan dan kewarganegaraan lantas dikumpulnya dalam empat buah buku – paling dominan pendidikan, sejarah, tokoh, politik, keguruan, nilai murni dsb. sarat termuat dalam dokumentasi penting masing-masing berjodol: Pengisian Misi Pendidikan, DBP,1991; Pendidikan – Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, DBP,1993; Menongkah Gelombang Pendidikan, DBP,2013; dan Sejarah dan Masyarakat, PSM, 2013. Sebagai rumusan kepada apa yang ditulis Allahyarham, saya menurun di sini ulasan Usman Awang (Sasterawan Negara) berbunyi: “… bukan lahir dari sebuah bilik studi atau sekadar renungan dari sebuah meja tulis. Proses ini lahir daripada suatu pengalaman lama dan panjang 30 tahun – setelah dicanai dan dipertajam dengan teori dan ilmu yang diuji dan diadun dengan amalan dan pelaksanaannya…Pengisian Misi Pendidikan adalah satu perspektif pendidikan yang menggelombangi zaman sebelum merdeka, zaman awal kemerdekaan serta zaman pengisian kemerdekaan sehingga kini.”

Persatuan Sejarah Malaysia sebagai degup jantungnya bergerak cergas diterajui hampir 30 tahun. Bangunan tersergam Wisma Sejarah menjadi simbul perjuangan tanpa kenali penat lelah selain mengorbankan waktu bersama keluarganya. Beliau terhutang budi kepada beberapa individu sebelumnya seperti Tun Hamdan, bekas Yang Dipertua Negeri

Tahun 1975, Dr Mahathir di Sabah, setibanya di padang kapal terbang Kota Kinabalu dan disambut oleh Tan Sri Omar dan pegawai-pegawai Jabatan

Page 12: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

12

APR / JUN 2019APR / JUN 2019yang berusaha mendapat sebuah tapak untuk dijadikan markas, nadi penggerak simbul wacana perjuangan untuk mengekalkan warisan bangsa agar tidak ketinggalan zaman. Dengan kepimpinan yang bijaksana penuh kearifan tidak sahaja terbatas dalam negara malah sudah menembusi sempadan geografi negara apabila hubungan dengan masyarakat antarabangsa khasnya Indonesia dan Filipina, melalui pertemuan berkala dengan mereka yang senada – Masyarakat Sejarawan Indonesia (MSI) dan The Philippines Historical Association (PHA). MSI pernah mengundang PSM menyertai simposium atau konferensi Sejarah secara aktif di Tanjung Pinang Riau 2009, Jakarta 2011, dan Bukit Tinggi paling akhir; sementara Filipina (2018) Seminar On Oral History Research in Malaysia and Philippines di Manila. Pada hujung tahun ini satu seminar anjuran bersama oleh ketiga-tiga entity PSM, MSI dan PHA mengenai Panglima Awang bertema “Melaka, Manila dan Maluku: Arrival, Conflict and Transformation in Early

Modern Southeast Asia: Circa 1400-1800”, Allahyarham secara aktif mengatur beberapa perjumpaan agar seminar ini akan menghasilkan sesuatu. Sekali lagi hanya kita melihat bekas tangannya meneraju kejayaan seminar.

Satu keghairahnnya sepanjang memimpin PSM ialah lawatan sambil belajar (LASBELA) khasnya ke bumi jiran tetangga berawal tahun 1999 bermula di Acheh. Hampir seluruh Nusantara dijelajahi: Sumatera, Tanah Jawa, Sulsel dan Kalimantan boleh dikatakan hampir seluruh wilayah itu dijelajahi kecuali Maluku. Lawatan bukan dilihat sebagai dermawisata bersantai tetapi penuh makna. Setiap lawatan diatur sedemikian rupa menemui para sejarawan, akademia di universiti, tugu-tugu atau tapak perjuangan terpenting bangsa, kuburan tokoh-tokoh ulama juga pahlawan kemerdekaan. Di samping bertukar pandangan juga maklumat dan hadiah buku-buku terbitan PSM. Hasil lawatan membuahkan perhubungan intim khasnya dengan beberapa tokoh sejarawan dan budayawan Indonesia sehingga kini.

Ketika seluruh umat Islam bersiap-sedia menyambut satu Ramadhan 1440 pada awal pagi Allahyarham menghembus nafas terakhir dengan dikelilingi anak menantu, isteri dan cucu-cucu tersayang dalam suasana penuh syahdu lagi qudus sambil mewarisi satu gagasan amat berharga bakal dilangsungkan oleh generasi akan datang, insyaAllah. Saya mengakhiri belangsungkawa dengan sebuah cebisan sonata.

Gambar Empat Serangkai “Dunearn Road Ma�a” diambil pada hari Tan Sri Murad Md Noor bersara pada tahun 1985 di Kementerian Pelajaran di

bangunan Bank Pertanian Kuala Lumpur

Page 13: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

13

APR / JUN 2019

Tahun 1983. Bergambar pada satu majlis makan di Kuala Lumpur

Gambar keluarga

Page 14: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

14

APR / JUN 2019

Hidup ini bagai segumpal awanBergerak lembut di langit cerahSeputih salju tenunan indahBertukar rupa dalam lembayung senja…kuning, merah, hitamApabila langit itu tenggelamWajahnya terus bertukar rupaNamun esoknya mengintai semulaPada pancaran pertama mentari pagiDemikian lumrah penghidupan iniPasang surut, turun naik, silih bergantiYang pasti ia tetap datangDalam gumpalan berlainan wajahPula menanti…esok pasti berubah.

ALFATIHAH.

Penulis bersama Tan Sri Omar Hashim dan Dato' Ahmad Nawab di majlis Sembang-sembang Sejarah PSM

Page 15: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

15

APR / JUN 2019

Kuala Lipis terletak di pertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan bekas ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Pahang mulai Jun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada 27 Ogos 1955. Kuala Lipis merupakan pusat perlombongan emas di negeri ini sebelum British tiba pada tahun 1887.

Sehubungan itu, terdapat banyak bangunan peninggalan sejarah telah dibina antara tahun 1898 hingga 1955. Diantara bangunan bersejarah yang masih tersergam indah hingga kini ialah Bangunan Residensi yang terletak di Bukit Residen, Kuala Lipis.

Ia asalnya dibina sebagai rumah kediaman untuk Residen British ketika Sir Hugh Clifford yang memangku jawatan Residen. Sebelum bangunan ini dibina, beliau mendiami sebuah rumah yang terletak di tapak Kelab Pahang, Kuala Lipis sekarang.

Memandangkan kediaman lama kurang sesuai untuk kegunaan Residen, satu kediaman baharu yang lebih sesuai serta terletak di atas puncak bukit telah dibina di bandar Kuala Lipis. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1922 dan dijadikan kediaman rasmi Residen British ketika Kuala Lipis masih lagi ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Pahang. Penghuni pertama bangunan ini ialah Sir Hugh Clifford, yang juga digelar “Superintendent of Ulu Pahang”.

SEJARAH BANGUNAN RESIDENSI KUALA LIPIS

OlehABDUL RAHMAN JOHARI

(Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang)

Bangunan Residensi Kuala Lipis

Page 16: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

16

APR / JUN 2019

Selepas Sir Hugh Clifford, residen-residen British yang lain terus mendiami bangunan ini sehingga Perang Dunia Kedua pada tahun 1942 hingga 1945. Pada tahun 1958 hingga 1965 bangunan ini telah dijadikan sebagai asrama murid-murid lelaki Sekolah Clifford, Kuala Lipis. Kemudian asrama ini telah ditutup pada 31 Disember 1965 dan bangunan ini terbiar kosong hingga ke tahun 1983 apabila ia dijadikan Rumah Rehat Kerajaan. Pada 1 Disember 1985, sebuah sudut Muzium Lipis telah diwujudkan untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan Daerah Lipis.

Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang telah berpindah dari Kuala Lipis ke Kuantan. Berikutan itu, bangunan Residensi ini dikosongkan beberapa ketika sehingga tahun 1958 apabila ia digunakan semula sebagai asrama pelajar lelaki Sekolah Clifford, Kuala Lipis. Asrama ini kemudiannya ditutup pada 31 Disember 1965 setelah sekolah tersebut mempunyai asrama tambahan yang boleh menampung para pelajarnya sendiri. Bangunan Residensi ini dipulihkan kembali oleh Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1983 dan dijadikan Rumah Rehat Kerajaan dan mula beroperasi pada awal tahun 1984 dengan mempunyai 17 bilik penginapan.

Dalam usaha memperkenalkan serta mengindahkan lagi kawasan Rumah Rehat ini, pada 1 Disember 1985 Pameran Tetap Sudut Budaya Lipis telah diwujudkan di bangunan ini. Pameran bertujuan mempamerkan sejarah Daerah Lipis dan kebudayaan tempatan.

Andai kita berkesempatan ke Kuala Lipis, pasti kita bersua dengan sebuah bangunan klasik bercat merah di atas puncak bukit, berdiri tersergam indah. Itulah Rumah Rehat Kerajaan atau dahulunya dikenali sebagai Bangunan Residensi yang pernah merakam beberapa peristiwa penting dalam sejarah negeri Pahang.

Page 17: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

17

APR / JUN 2019

KEPENTINGAN SEJARAH LISANSEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

DI MALAYSIA

Sejarah lisan adalah satu kaedah yang penting dalam merakam peristiwa lampau yang pernah ditempuhi oleh seseorang. Ia merupakan sumber maklumat sejarah yang berguna untuk membantu proses kajian pensejarahan. Sejarah lisan mampu memainkan peranan penting dalam penyelidikan sejarah, terutama sekali jika dokumen bertulis tiada atau berkurangan. Sumber sejarah lisan boleh membantu memberikan gambaran yang lebih lengkap dan jelas mengenai sesuatu peristiwa sejarah Ia dapat membantu sejarawan menghasilkan pensejarahan berdasarkan ilmu pengetahuan masa lalu dan dapat mebantu mengahsilkan pensejarahan yang unggul dari kepelbagaian sumber, termasuk sejarah lisan.

Terdapat masih banyak lagi maklumat yang berpotensi yang tidak terdapat dalam bentuk dokumen-dokumen bertulis. Bahan ini masih terpendam pada individu yang terkemuka dan juga orang awam yang masih hidup dimana maklumat masih tersimpan di dalam memori individu yang terlibat. Temubual sejarah lisan ini merangkumi berbagai lapisan masyarakat agar satu perspektif baharu tentang peristiwa-peristiwa sejarah dapat dihasilkan. Pemahaman tentang pentingnya sejarah lisan untuk menyokong bahan penulisan dan memberi sumbangan kepada penyelidikan dan sejarah menggalakkan perkembangan sumber ini sebagai salah satu sumber maklumat. Telah tiba masanya masyarakat kita yang kini sedang digalakkan berlumba-lumba mengejar ilmu pengetahuan supaya mengetahui, bekerjasama dalam program sejarah lisan dan seterusnya menggunakan di mana sesuai. Contoh sumber lisan ialah percakapan, pertuturan hasil temubual; perbincangan; dan temuduga.

Umumnya, tujuan menjalankan sejarah lisan adalah untuk mendapatkan maklumat daripada individu-individu terpilih yang mengalami sesuatu peristiwa pada zamannya dan merekod serta memelihara pengkisahan yang merupakan salah satu daripada rekod-rekod sejarah yang semakin berkurangan atau hilang. Jika tiada usaha-usaha pemuliharaan dilakukan banyak sumber-sumber sejarah yang dianggap penting akan pupus. Kegunaan sumber lisan adalah amat penting kepada generasi baru terutamanya generasi yang tidak melalui zaman peperangan, penjajahan dan perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Para ilmuan tidak boleh bergantung hanya kepada sumber primer yang terdapat di arkib dan sumber sekunder di perpustakaan. Sebaliknya mereka perlu melakukan usaha-usaha mengumpul maklumat-maklumat sejarah lisan yang masih banyak terdapat pada generasi tua di Malaysia (Rozeman, 2004).

Sejarah lisan boleh menghubungkan masa kini dengan masa lampau dan dapat memberi pemahaman kepada generasi muda tentang sejarah kehidupan masyarakat di masa lalu. Sejarah lisan merupakan sumber utama yang boleh menyokong dokumen-dokumen bertulis untuk penyelidikan sejarah dan dapat memberi sumbangan kepada penyelidikan ilmiah pada umumnya. Maklumat hasil dari sejarah lisan dapat digunakan untuk mengetahui keadaan, motivasi dan sebab-sebab latar belakang yang mendorong sesuatu tindakan dilakukan, perasaan ('mood’), kecenderungan pemikiran atau perlakuan masyarakat ketika itu yang kesemuanya tidak tercatit dalam sumber penulisan primar atau sekundar. Maklumat ini dapat menambahkan keindahan dan memberi pemahaman tentang sesuatu perkara atau peristiwa. Berdasarkan maklumat yang diceritakan,

OlehPROF DATO DR HAJI RAJA ABDULLAH YAACOB

KEGUNAAN

Page 18: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

18

APR / JUN 2019kadangkala penyelidik dapat membuat penelahan bahawa sesuatu peristiwa yang telah terjadi mungkin dapat dielakkan. Atau rahsia di sebalik apa yang telah berlaku yang mungkin tidak dapat direkodkan atas dasar sensitiviti atau penentangan dari pihak-pihak tertentu atau keluarga.

Sejarah lisan adalah proses yang melibatkan pencerita peristiwa dengan pengumpul maklumat yang menerangkan peristiwa yang lepas dan dirujuk daripada ingatan seseorang. Ia dianggap unik kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu dan zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang. Sejarah lisan mampu mencungkil maklumat yang tidak terdapat dalam sumber sekondari dan dapat memenuhi ruang lingkup perkembangan sebagai maklumat bukti sejarah. Di Malaysia sumber-sumber sejarah yang asal bagi sejarah negeri-negeri Melayu masih berkurangan. Sejarah lisan adalah untuk mendapat dan memelihara rekod-rekod sejarah yang semakin berkurangan atau sudah hilang untuk membantu kajian dan adakalanya hanya sumber lisan yang merupakan satu-satunya sumber yang boleh diperolehi tentang sesuatu peristiwa tersebut. Sejarah lisan juga boleh membina semula peristiwa-peristiwa sejarah bagi menggantikan rekod-rekod yang telah hilang atau dimusnahkan oleh pihak penjajah seperti Jepun dan British. Ia dapat mengisi ruang lingkup yang terdapat dalam sumber-sumber bertulis, dan menambah sumber bertulis yang sedia ada dengan keterangan-keterangan sejarah yang telah dicatitkan. Ianya dapat dengan sendirinya menyelamatkan keterangan-keterangan sejarah yang akan hilang dan mendorong kepada penyelidik untuk membuat penyelidikan ke atas perkara-perkara yang telah disediakan dengan sumber-sumber lisan. Sejarah lisan juga boleh memainkan peranan yang besar:

Sungguhpun tumpuan harus diberikan kepada tokoh-tokoh ternama dan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku di sesuatu zaman. cerita dan peristiwa rakyat biasa perlu juga dimasukkan. Mereka juga kaya dengan tradisi lisan dan perlu juga dirakamkan. Sejarah lisan mempunyai peranan sebagai satu alat pengajaran berasaskan maklumat mengenai kenangan individu yang terlibat secara langsung semasa peristiwa-peristiwa yang penting. Maklumat yang diterima dianggap bernilai untuk memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku kerana mungkin ada perkaitan dan tiada dari mana mana rekod,

Sejarah lisan merupakan sumber utama yang boleh menyokong dokumen-dokumen bertulis untuk penyelidikan sejarah dan dapat memberi sumbangan kepada penyelidikan ilmiah pada umumnya. Maklumat dari sejarah lisan dapat juga digunakan untuk mengetahui keadaan, motivasi dan sebab-sebab latar belakang yang mendorong sesuatu sesuatu tindakan dilakukan, 'mood,’ atau kecenderungan pemikiran masyarakat ketika itu yang kesemuanya tidak tercatit dalam sumber penulisan. Maklumat ini dapat menambahkan keindahan dan pemahaman tentang sesuatu perkara atau peristiwa. Berdasarkan maklumat yang diceritakan, kadangkala penyelidik dapat membuat penelahan bahawa sesuatu peristiwa yang telah terjadi mungkin dapat dielakkan.

Sejarah lisan merupakan sumber maklumat yang unik kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu dan zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah. Selain itu, sumber lisan juga amat penting kepada generasi baru, terutamanya generasi yang tidak melalui zaman peperangan, penjajahan dan perjuangan untuk kemerdekaan. Sumber lisan, dapat mengenali dan mendalami peristiwa-peristiwa yang telah berlaku melalui kaca mata orang yang telah mengalami dan menyaksikan peristiwa tersebut. Ia juga dapat memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui pengkisahan, penting kepada generasi baru, serta menjadi sumber bagi sejarawan untuk menulis sejarah bercorak tempatan kerana rakyat biasa tidak meninggalkan sumber bertulis.

KEPENTINGAN

Page 19: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

19

RESENSI BUKUJudul : LENSA KACA MATAPenyusun : DR ZAHIDI DATO HAJI ZAINOL RASHIDPenerbit : PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN KEDAHCetakan : 2011Halaman : 556Pengulas : SHAHAROM TS SULAIMAN

Buku berjudul “Lensa Kaca Mata” setebal 556 halaman diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah adalah koleksi artikel yang ditulis oleh Dr Zahidi Dato’ Zainol Rashid, Mantan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Dalam tradisi kepustakawanan di Malaysia amat jarang golongan pustakawan yang menceburi dalam dunia penulisan. Dr Zahidi Zainol Rashid merupakan antara segelintir pustakawan yang menceburi dalam dunia penulisan. Di tangannya pernah lahir buku Mahathir Menjulang Martabat Malaysia, Mahathir Di Mata Umum dan Che Det dan Pekan Rabu. Minatnya yang mendalam dalam bidang sejarah khususnya sejarah tokoh menyebabkan beliau memberi tumpuan menulis bercorak biogra�. Dalam buku “Lensa Kaca Mata” Zahidi telah mencatat sisi-sisi menarik tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahhman (Perdana Menteri Malaysia yang pertama) berdasarkan sejarah lisan yang tidak ditemui dalam buku-buku sejarah biogra� Tunku Abdul Rahman. Tokoh-tokoh lain yang diliputi ialah Seniman Omar Rojik, kisah tragis Tan Sri Abd Rahman Hashim (Mantan Ketua Polis Negara), Tun Mohamad Zahir Ismail (Bekas Yang DiPertua Dewan Rakyat) yang juga seorang sasterawan, Tun Syed Ahmad Shahabudin (Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka) dan kisah cinta penyanyi tahun 1950an R. Azmi. Zahidi juga menelusuri tokoh-tokoh yang namanya jarang dikenali tetapi memberi sumbangan dalam bidang tertentu dan mencipta nama di peringkat antarabangsa seperti A. B. Ibrahim (Pelukis kelahiran Kedah), Dr Katni Kamsono Kibat (Ahli Akademik Bidang kepustakawanan), Dato’ Abdul Halim R. (Pejuang sastera tradisi), Haji Mat Lala yang seangkatan dengan Tok Kenali. Dalam buku ini, Zahidi telah memperkasa kisah tokoh-tokoh besar negara dan dalam masa sama memperkenalkan tokoh-tokoh kecil yang banyak berjasa. Antara yang besar dan kecil sebenarnya tiada perbezaan yang pentingnya perlu banyakkan kajian dan penulisan tentang tokoh-tokoh tersebut agar masyarakat Malaysia mengenalinya. Dan sumbangan–sumbangan yang diberikan. Bak kata Almarhum Sukarno “Bangsa yang tidak mengenali pemikir bangsanya adalah bangsa yang kerdil”. Melalui tokoh-tokoh, Zahidi tidak hanya menulis hal-hal rasmi sahaja tetapi turut memuatkan sisi-sisi menarik tentang kemanusiaan dalam diri tokoh-tokoh tersebut. Dalam buku ini, Zahidi melakarkan pengetahuan yang meluas dalam bidang sains, sejarah dan kepustakawan melalui pelbagai tulisan yang menyentuh tersebut. Berdasarkan sejarah tradisi kepustakawan silam khususnya dalam peradaban Islam, para pustakawan adalah seorang ilmuan kerana terdedah secara langsung dengan dunia ilmu dan perbukuan. Kerana itulah mereka mampu memahami banyak hal berkaitan pelbagai ilnu pengetahuan kerana minat budaya membacanya yang mendalam. Namun yang menarik tentang buku ini beliau menceritakan pengalaman kembaranya mengunjungi kampung-kampung buku di Eropah iaitu Hay-On-Wye, Redu, dan Bredevoort. Pengalaman memburu buku di kampung buku tentu sekali pengalaman yang unik dan istimewa berbanding pengalaman memburu barang-barang di shopping mall atau kompleks-kompleks membeli-belah mega. Buku ini sewajarnya dimiliki oleh perpustakaan–perpustakaan di Malaysia kerana ianya ditulis oleh seorang pustakawan yang memberi sumbangan bermakna kepada penulisan.

APR / JUN 2019

Page 20: ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/Buletin PSM Bil.60.pdf · 3 Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan

20

APR / JUN 2019

BUKU AUTOBIOGRAFI TAN SRI OMAR MOHD HASHIM

(1935 - 2019)