komsas~warkah daripada ibu

17

Upload: 0142361861

Post on 18-Jul-2015

194 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komsas~warkah daripada ibu
Page 2: Komsas~warkah daripada ibu

Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu walaupun neneknya telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan.

Page 3: Komsas~warkah daripada ibu

Keesokan harinya, apabila ibu dan bapanya

berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula

dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya

kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah

dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-

adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai

untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-

rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di

kampung neneknya itu. Bermula dengan

perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula

mengenali kawan-kawan barunya yang lain.

Mira mula bersekolah dan mengulangkaji

pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang

syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-

menyahut, Mira membaca sekali lagi surat

yang dikirim oleh ibunya.

Page 4: Komsas~warkah daripada ibu

Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan, namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggung jawab sebagai ibu bapa. Apa yang ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang Mira ada

Page 5: Komsas~warkah daripada ibu

Pengorbanan seorang ibu untuk

memastikan kejayaan anak-anaknya

pada masa depan.

Page 6: Komsas~warkah daripada ibu

Persoalan masalah sosial di bandar. Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya

Page 7: Komsas~warkah daripada ibu

Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Mira diminta oleh neneknya memakai tudung kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan

Persoalan kesediaan anak untuk melepaskan kemewahan yang dikecapi. Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.

Page 8: Komsas~warkah daripada ibu
Page 9: Komsas~warkah daripada ibu

Watak Utama

Amira :

Anak sulung daripada tiga beradik.

Kakak kepada Aidil dan Manja.

Seorang anak yang patuh dan taat kepada

ibu dan ayahnya.

Seorang yang tabah dalam menghadapi

kesukaran hidup.

Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.

Page 10: Komsas~warkah daripada ibu

Watak Sampingan

Ibu

Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.

Seorang yang lemah lembut.

Setia kepada suami.

Merupakan anak tunggal.

Seorang ibu yang penyayang.

Ayah

Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.

Seorang yang memahami perasaan isteri.

Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.

Seorang bapa yang penyayang

Page 11: Komsas~warkah daripada ibu

Waktu malam

Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya.

Waktu siang

Hari ketika Ibu Mira bersama-sama anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung. Selain itu , semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop.

Waktu senja

Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang bersiap untuk ke masjid.

Page 12: Komsas~warkah daripada ibu

1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu

Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.

2.Di rumah datuk dan nenek Mira.

Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang tamu rumah datuk dan neneknya.

3.Di Kedai Pak Uda Usop.

Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya yang sopan berpakaian.

Page 13: Komsas~warkah daripada ibu

Masyarakat bandar

Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira menyedari tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.

Masyarakat kampung

Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.

Page 14: Komsas~warkah daripada ibu

Sinkope

Contoh: bu (ibu), tak (tidak), nek (nenek), nak (hendak)

Metafora

Contoh: Sembilu rindu (m/s64)

Diksi

Contoh: Bahasa arab - Assalamualaikum, Walaikummusalam (m.s 63)

Peribahasa

Contoh: Tidur-tidur ayam (m.s 62), makan angin (m.s :61)

Page 15: Komsas~warkah daripada ibu

BIL NILAI CONTOH

1Nilai kasih sayang Ibu dan ayah Mira sangat sayang

akan anak-anaknya.

2Nilai pengorbanan Setelah membaca warkah daripada

ibunya, Mira baru faham, betapa

besar pengorbanan dan harapan ibu

dan ayah terhadapnya.

3Nilai kepatuhan

Dapat diperhatikan apabila nenek

Mira menyuruh Mira memakai

tudung apabila keluar daripada

rumah. Mira akur dengan arahan

neneknya walaupun sebelum ini

Mira tidak memakai tudung.

Page 16: Komsas~warkah daripada ibu

Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi

Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan

Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa

Page 17: Komsas~warkah daripada ibu