aliran surealisme saadah

34
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU KAMPUS BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: SAADAH BINTI MAH HASSAN SAADAH BINTI MAH HASSAN PISMP 1D PISMP 1D AMBILAN JANUARI 2010 AMBILAN JANUARI 2010 EN. SALLEHUDDIN ZAKARIA EN. SALLEHUDDIN ZAKARIA

Upload: hidayah-mohamed

Post on 21-Jul-2015

4.707 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU

BAHASA VISUAL DAN PERBANDINGAN DISEDIAKAN OLEH: SAADAH BINTI MAH HASSAN PISMP 1D AMBILAN JANUARI 2010 EN. SALLEHUDDIN ZAKARIA

MENYINGKAP TENTANG

ALIRAN SUREALISME

PENGENALAN SUREALISME Surealisme adalah sebuah aliran seni dankesusasteraan yang tercetus dengan menjelajahi alam mimpi dan fikiran bawah sedar oleh pelukis dan diluahkan melalui penciptaan karya visual, puisi, dan filem. Surealisme ini telah diasaskan oleh Andre Breton dan telah dilancarkan secara rasmi di Paris pada tahun 1924 . Andre Breton ialah seorang penyair Perancis. Beliau telah menerbitkan MANIFESTE DU SUREALISME iaitu Manifesto Pertama yang memperjelaskan skop pergerakan itu.

Breton menganggap Surealis sebagai

Pure Psyhic Automatism, iaitu satu ekspresi secara pertuturan, tulisan dan cara-cara lain, sebagai proses berfikir yang sebenar.

Pada peringkat awalnya, Surealisme ini lebih

menitikberatkan aktiviti-aktiviti penyair sahaja. Namun, di antara 1924 hingga 1928, beberapa orang pelukis menunjukkan keupayaan menyalurkan serta meluahkan prinsip-prinsip Surealisme melalui seni lukis. Ia berkembang pesat sebagai pergerakan estetik yang bergerak pantas di antara Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kini, Surealisme lebih dikenali menerusi karya-karya pelukis, bukan penyair.

Seperti Dadaist, pemimpin Surealisme berjuang

dengan konsep artistic Freethinking (pemikiran bebas yang artistik, bebas dari ikatan moral dan agama). Surealisme berkembang dengan dua cara: 1. Fantasi sebenar 2. Satu perakaman terhadap alam bawah sedar.

Andre Breton menyebut,

Surealisme menekankan soal psikik atau yang berkaitan dengan kerohanian yang disampaikan samada dengan pertuturan, penulisan atau apa juga cara dan aktiviti, sebagai satu pemikiran yang bebas dari sebarang kawalan estetik atau moral. Surealisme meletakkan kepercayaan dalam bentuk-bentuk kenyataan realiti yang tinggi dalam nilai alam bawah sedar yang hebat serta minat yang seimbang dalam pemikiran . (Ibid, 115)

Karya-karya surealis merupakan pendekatan

baru terhadap karya-karya yang mempunyai aspek-aspek fantastic dan grotes (ganjil, pelik) seperti karya-karya Bosch, Gayo dan Piranesi. Di antara pelukis-pelukis awal surealism ialah Redon, Chirico dan Chagali. Ciri-ciri estetik Surealis dibentuk oleh penyair-penyair Perancis seperti Andre Breton, Paul Eluard dan Paul Recerdy.

Teori Freud tentang nilai-nilai bawah

sedar dikaji sebagai satu cara pengawalan atau alasan dalam berkarya. Mengikut Freud, terdapat satu aspek dalam manusia yang bertugas secara non-rasional yang disebut bawah-sedar (subconciou) dan kepentingannya sama dengan keadaan rasional. Lantas Surealis membina unsur estetika berdasarkan aspek ini.

Secara sedar, mereka menghasilkan unsurbawah sedar, iaitu menguasai aspek rasional dan dapat memberikan peranan bebas kepada unsur bawah sedar.

CIRI-CIRI SUREALISME Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued. Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

GAYA CATAN /PERSEMBAHAN Menggambarkan imej bawah sedar atau dalam khayalan. Objek-objek yang tidak ada kenamengena atau tidak berhubungan diletakkan bersisi dalam situasi yang tidak dijangka.

PELUKIS ALIRAN SUREALISMEPELUKIS BARAT: -Max Ernst (Jerman 1891-1976) -Joan Miro (Sepanyol 1893-1983) -Salvador Dali (Sepanyol 1904-1989) -Rene Magritte -Alberto Giacometti PELUKIS TEMPATAN: -Ali Rahamad -Zulkifli Mohd. Dahlan (1952-1977)

Contoh- contoh karya tokoh barat:

1. Max Ernst Two Children Are Threatened by a Nightingale (1924). 2. Joan Miro Harlequins Carnival (1925). 3. Salvador Dali The Persistence of Memory (1931) 4. Rene Magritte The Human Condition (1934). 5. Alberto Giacometti The Invisible object (1934).

KARYA-KARYA SUREALISME

KARYA-KARYA SALVADOR DALI

Perang saudara

SEKIAN TERIMA KASIH