aliran mazhab akidah

7
Aliran Mazhab Akidah Selepas zaman Rasulullah dan zaman para sahabat ilmu tauhid ini berkembang dengan pesat dan telah dibahaskan oleh beberapa tokoh ilmuan Islam dengan sedetailnya. Dari ini, timbullah beberapa aliran mazhab dalam ilmu tauhid seperti Qadariah, Jabariah, Murjiah, Muktazilah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab Qadariah Qadariah adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah berikutan timbulnya perbahasan hangat orang Islam mengenai dengan masalah qadha dan qadar Allah. Asal nama mazhab ini diambil dari perkataan Al-Qadar yang membawa maksud sifat qudrat. Mereka berpendapat segala kerja baik dan buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa diri sendiri dan bukan kerana Allah, Segala baik dan buruk manusia itu telah ditetapkan oleh Allah. Pengasas mazhab ini bernama Ma’bad Ibnu Khalid Al-Juhani dan Ghailan Al-Dimasyqi. Diantara pendapat mereka ialah seperti : Mereka mengatakan manusia itu bebas untuk melakukan segalanya menurut apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri. Mereka percaya bahawa Allah tidak menentukan apa-apa takdir kepada manusia. Mazhab Jabariah Jabariah muncul di Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, pengasas mazhab ini ialah Jaham Ibnu Safuan yang berasal dari Khurasan. Asal Jabariah ini diambil dari perkataan Al-Jabr atau Jabrun yang membawa maksud digagahi atau tergagah. Mereka berpendapat bahawa manusia dan makhluk itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata atau sepenuhnya. Mereka juga mengatakan tidak ada sedikit pun bagi manusia ikhtiar dan tidak boleh memilih sama sekali. Segala perbuatan baik dan buruk manusia itu bukan atas dasar kehendak diri sendiri dan itu semua adalah dari kehendak Allah. Diantara pendapat mazhab ini ialah seperti : Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah. Manusia itu tidak mempunyai apa-apa usaha, pilihan atau ikhtiar dalam melakukan semua perbuatan. Manusia diibaratkan seperti bulu dan kapas yang boleh ditiup angin ke mana sahaja. Syurga dan neraka tidak kekal, kerana yang kekal hanya zat Allah sahaja. Al-Quran itu adalah baru. Allah hanya mempunyai zat dan tidak mempunyai sifat.

Upload: norasikin-awang

Post on 21-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aliran Mazhab Akidah

Aliran Mazhab Akidah

Selepas zaman Rasulullah dan zaman para sahabat ilmu tauhid ini berkembang dengan pesat dan telah dibahaskan oleh beberapa tokoh ilmuan Islam dengan sedetailnya. Dari ini, timbullah beberapa aliran mazhab dalam ilmu tauhid seperti Qadariah, Jabariah, Murjiah, Muktazilah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mazhab Qadariah

Qadariah adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah berikutan timbulnya perbahasan hangat orang Islam mengenai dengan masalah qadha dan qadar Allah. Asal nama mazhab ini diambil dari perkataan Al-Qadar yang membawa maksud sifat qudrat. Mereka berpendapat segala kerja baik dan buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa diri sendiri dan bukan kerana Allah, Segala baik dan buruk manusia itu telah ditetapkan oleh Allah. Pengasas mazhab ini bernama Ma’bad Ibnu Khalid Al-Juhani dan Ghailan Al-Dimasyqi. Diantara pendapat mereka ialah seperti :Mereka mengatakan manusia itu bebas untuk melakukan segalanya menurut apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri.

Mereka percaya bahawa Allah tidak menentukan apa-apa takdir kepada manusia.Mazhab Jabariah

Jabariah muncul di Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, pengasas mazhab ini ialah Jaham Ibnu Safuan yang berasal dari Khurasan. Asal Jabariah ini diambil dari perkataan Al-Jabr atau Jabrun yang membawa maksud digagahi atau tergagah. Mereka berpendapat bahawa manusia dan makhluk itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata atau sepenuhnya. Mereka juga mengatakan tidak ada sedikit pun bagi manusia ikhtiar dan tidak boleh memilih sama sekali. Segala perbuatan baik dan buruk manusia itu bukan atas dasar kehendak diri sendiri dan itu semua adalah dari kehendak Allah. Diantara pendapat mazhab ini ialah seperti :Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah.

Manusia itu tidak mempunyai apa-apa usaha, pilihan atau ikhtiar dalam melakukan semua perbuatan.

Manusia diibaratkan seperti bulu dan kapas yang boleh ditiup angin ke mana sahaja.

Syurga dan neraka tidak kekal, kerana yang kekal hanya zat Allah sahaja.

Al-Quran itu adalah baru.

Allah hanya mempunyai zat dan tidak mempunyai sifat.

Allah tidak boleh dilihat pada hari akhirat nanti.Mazhab Murjiah

Page 2: Aliran Mazhab Akidah

Murjiah berasal dari bekas-bekas ahli politik, mereka mengambil sikap berkecuali di dalam masalah perselisihan umat Islam ketika itu mengenai perebutan jawatan khalifah diantara puak Khawarij dan Syiah. Asal perkataan murjiah ini diambil dari Arja’ yang membawa maksud menangguhkan. Mereka berpendapat iman itu adalah mengenal Allah dan rasulNya. Sesiapa yang mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka sudah cukup dikira sebagai beriman.

Ada juga dikalangan mereka yang melampaui batas dengan mengatakan bahawa orang yang mengaku secara terang-terangan dan menyembah berhala secara terang-terangan dan mati dalam keadaan seperti ini dikira beriman, kerana iman itu adalah iktiqad di hati sahaja.

Mazhab Muktazilah

Muktazilah adalah satu mazhab akidah yang berpegang kuat kepada dasar kebebasan berfikir dan cuba melepaskan umat Islam dari belenggu taqlik buta. Muktazilah diambil dari perkataan I’tazala yang membawa maksud mengasingkan diri dari golongan pada masa itu. Manakala dari segi istilah ia bermaksud golongan yang lahir dalam Islam pada awal kurun kedua Hijrah. Pengasas mazhab ini bernama Wasil Ibnu Ata’ yang mengasingkan diri daripada gurunya Hasan Al-Basri. Ketika itu Wasil keluar dari halaqah gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Hasan Al-Basri tentang hukum orang melakukan dosa besar. Beliau berpendapat orang yang melakukan dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir, bahkan mereka berada di satu tempat di antara dua tempat, iaitu Al-Manzilah Baina Al-Manzilatain. Antara fahaman yang dibawa oleh mereka ialah :Allah tidak bersifat dengan mana-mana sifat bahkan segalanya dengan zat Allah sahaja.

Allah itu bersifat Adil dan mesti membalas baik kepada orang yang membuat baik demikian juga sebaliknya.

Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kehendak mereka.

Allah wajib membuat sesuatu yang baik dan yang lebih baik.

Al-Quran itu baru dan bukan qadim.

Allah tidak dapat dilihat oleh manusia baik di dunia atau pun di akhirat.Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang mengikuti perjalanan sunnah Rasulullah dan orang ramai. Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berbeza dan menentang semua mazhab yang telah lahir sebelumnya. Golongan ini diketuai oleh dua orang tokoh ilmu tauhid yang bernama Abu Hassan As-Syaari di Basrah dan Abu Mansor Maturidi di Samarkhandi. Ada lapan kelompok yang tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti :Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang akidah dan kerasulan. Mereka juga mengikut ulamak mutakallimin Safatiyyah, iaitu golongan yang tidak mentasybihkan Allah, ulamak ini juga berpegang bahawa Allah mempunyai sifat-sifat tertentu dan sifat-sifat itu tidak menyerupai sifat-sifat makhluk.

Page 3: Aliran Mazhab Akidah

Orang Islam yang menjadi tokoh dalam fikah dan mengikut jalan safatiyyah dari sudut akidah dan pegangan mereka. Mereka terdiri daripada pengasas empat mazhab, iaitu Imam Malik, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Syafie serta semua pengikut mereka.

Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud dan sebagainya.

Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang adab, nahu dan saraf atau dikenali sebagai kumpulan ahli bahasa.

Kumpulan orang Islamyang mempunyai ilmu dalam bidang bacaan qaraat Al-Quran dan tafsirnya, mereka ini juga dikenali sebagai ahli qiraat dan ahli tafsir.

Orang Islam yang mempunyai ilmu tasawuf, mereka juga dikenali sebagai orang yang zahud atau sufi.

Orang Islam yang berjihad atau berjuang untuk menentang musuh-musuh Islam dalam peperangan.

Orang Islam yang tinggal di negeri, tempat dan mengikti segala syiar yang terdapat dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.Mereka telah memperbetulkan segala fahaman yang salah berkaitan dengan ilmu tauhid yang diberikan oleh golongan terdahulu. Diantara pendapat mereka ialah :Allah telah menjadikan perbuatan manusia yang berbentuk usaha dan ikhtiar sendiri. Manusia bebas menggunakan segalanya sama ada hendak membuat sesuatu atau tidak. Manusia hendaklah mematuhi segala hukum yang telah diwajibkan ke atasnya.

Allah bersifat dengan sifat kesempurnaan yang lain baginya, seperti kuasa, berkemahuan, berpengetahuan dan sebagainya. Sifat Allah berada pada zat Allah sejak azali lagi dengan sifat kuasa itulah Dia mengada atau mentiadakan segala yang mumkin. Manakala kemahuan Allah pula menentukan sesuatu perkara yang mumkin.

Al-Quran adalah kalam Allah yang qadim dan azali (bukan baru) kerana segala isi dan maksud Al-Quran itu ialah kalam Allah yang qadim.

Orang mukmin dapat melihat Allah di akhirat nanti.

Orang mukmin yang melakukan dosa besar itu boleh gugur imannya dan mereka masih dianggap mukmin. Jenazah mereka boleh disembahyangkan dan mereka dimasukkan di dalam neraka dahulu sehingga bersih dari segala dosa yang telah dilakukan, kemudian mereka dimasukkan ke dalam syurga.

You might also like:

Page 4: Aliran Mazhab Akidah

Mengenai Af’al (  Ciptaan-Perbuatan) Allah berdasarkan penjelasan Al Qur’an ada yang tampak dengan jelas, yaitu penciptaan alam semesta atau alam nyata (Alam Syahadah) yang sudah mulai terbukti kebenarannya melalui teknologi canggih. Penelitian ke angkasa raya melalui satelit yang dilengkapi dengan teleskop Hubble ternyata teori Nur Muhammad, teori big bangbenar.  Tampak bahwa semua benda-benda angkasa bergerak saling menjauh.  Pada saat terjadi ledakan terekam gambarnya persis seperti bunga mawar merah yang mengkilap, sesuai dengan Firman Allah :Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar mengkilap seperti cat minyak ( AR-RAHMAN 55 : 37 )

Af'al Allah ataupun perbuatan Allah adalah berbeza tarafnya dengan af'al dan perbuatan manusia. Pergerakan matahari naik dari timur ke barat, pusingan planet bumi mengelilingi matahari dan kejadian siang dan malam adalah perbuatan or af'al Allah yang tak mampu kita tiru dan buat. Kita semua (manusia) adalah perbuatan Allah. Mampukah manusia mencipta manusia lain tanpa sebarang makhluk allah? Let say bab cloning manusia or kambing, mampukah manusia mencipta manusia lain tanpa guna bahan seperti air mani, sperma lelaki dan telur perempuan ataupun sel tunjang yang asalnya ciptaan Allah? Manusia mampu mencipta tetapi kita tak mampu mencipta seperti Allah mencipta.

Ambil contoh kucing. Kita mampu mencipta robot kucing yang berbunyi, bergerak dan mengiau tetapi kita tak mampu memberikan nyawa dan roh kepada kucing robot tu dan hidup. Allah mencipta kucing yang hidup, bernyawa, mempunyai roh dan hidup, mempunyai naluri dan juga boleh membiak. Af'al Allah adalah esa, iaitu tak mampu kita tandingi dan tak sebanding sempurna seperti ciptaan Allah. Af'al Allah adalah esa ataupun perbuatanNya adalah esa. Keesaan Allah itu pada perbuatannya.

untuk memahami af'al Allah dan Af'al manusia saya buat saya cerita seperti dibawah:-

ambil satu contoh:- anda bwk kereta laju mcm nak racing, tgh2 amik corner , teringat nak tukar cd, tetiba terlanggar keter jiran sebelah. ... anda pun cakap lepas accident kpd jiran anda, minta maaf saya tak nak langgar tetapi dah takdir Allah jadi accident.

perbuatan menyalahkan Allah sama dgn sifat iblis yang senantiasa menyalahkan Allah dalam segala gal termasuklah hal dia dihalau dari langit sebab derhaka. dia yang derhaka, nak salahkan Allah tu kenapa?? iblis ada option dan pemikiran dan ilmu yang tinggi. dia ada pilihan dan kuasa yang Allah bagi. Iblis kene bertanggungjawab atas pebuatannya.

rujuk cerita accident tu, Allah ke yang bwk keter, pengang steering, tukar cd time amik corner tu???...anda yang buat semua kerja tu, anda nak cakap takdir Allah buat anda accident??

takdir jiran anda betul. dia tak salah ...dah kene langgar Allah yang izinkan, tetapi untuk anda, bolehkah anda kata itu perbuatan Allah??? dalam semua hal dalam hidup semua dgn izin Allah pun. Bolehkan kita bunuh orang cakap kat hakim yang Allah yang bunuh??? afal bunuh itu afal manusia yang diizinkan Allah. Allah sentiasa mengizinkan sesuatu dgn syarat kita usaha.

fahamkan definasi khalifah, dan masukkan dalam cerita accident tu..

so..harap2 anda dapat faham maksud saya.

oklah saya cerita sikit lagi.

Page 5: Aliran Mazhab Akidah

bolehkan manusia bunuh manusia?..boleh bukan?? sebab khalifah boleh bunuh khalifah. dua-dua diberi kuasa dan berkuasa. kalau saya bunuh orang, bolehkan saya salahkan takdir??

dalam kes ini sebab saya diberi kuasa oleh Allah boleh mengerakkan tangan amik pisau tikam orang yang sama taraf khalifah maksudnya semua diizinkan Allah. So, saya tetap bersalah dan tak boleh saya salahkan takdir sebab saya yang buat semua kerja tu dan saya ada akal dan pemikiran.

khalifah boleh bunuh sesama khalifah. itu hukum dan peraturan Allah. Allah tak bunuh manusia. tikam itu af'al manusia. cedera parah ..hilang darah sebab luka itu peraturan Allah dan mencabut nyawa itu kerja Izrael. so..saya tak boleh cabut nyawa manusia, saya boleh berusaha untuk membunuh manusia sebab kedua-dua pun khalifah. semuanya Allah izinkan terjadi dalam hal ini. adakah saya boleh letak takdir Allah sebab saya bunuh orang??? padahal saya ada option untuk mengerakkan tangan bersalam minta maaf???

Allah sentiasa mengizinkan sesuatu terjadi dgn syarat kita usaha dan usaha kita itu selaras dgn hukum ciptaannya. hukum Allah seperti kene benda tajam, anda luka dan berdarah. berdarah byk sangat, organ tak cukup oksigen dan anda boleh mati. semua ini adalah dgn izinNya dan didalam pengethuanNya.

so ayat utama itu betul, takkan bergerak sebiji zarah pun melainkan dgn izin Allah. Allah biasanya izinkan kebanyakkan benda selagi benda itu mengikut hukum dan adanya usaha darim manusia dan makluk lain. jarang berlaku or tak pernah kita dgr masukkan gula dalam air air jadi masin kan?? boleh berlaku dgn kuasa Allah tetapi kebarangkaliannya amatlah kecil. jarang Allah membuat pengecualian kepada hukumnya kecuali bab mukjizat Nabi dan orang2 yang terpilih.

untuk makluk lain lagi mudah nak terangkan. jin boleh dibunuh dgn sebab perbuatan manusia. Allah tak bunuh jin, manusia yang bunuh jin. sebabnya Allah dah bagi kuasa kepada manusia. memang Allah yang izinkan manusia bunuh jin dgn bagi ilmu dan kuasa.

penah dengar jin mengamuk sebab anak dia kene bunuh secara tak sengaja oleh petani???...petani nampak ular, libas dgn parang ular mati (ular itu adalah jin dalam kes ni) jin tu pun mati. Afal petani tu melibaskan parang. Bunuh ular itu perbuatan manusia yang Allah iznkan. Nyawa ular Izrael A.s yang cabut. Ajal jin tu dah ditetapkan oleh Allah s,w.t sejak azali. Allah megizinkan semua belaku sebab ajal jin tu dah sampai. asbab matinya jin itu sebab kene cantas dgn parang oleh sipetani. kalau kene cantas bukan setakat ular manusia pun boleh mati.Posted by danish at 8:32 PM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookLabels: Af'al, Allah, Jin, khalifah, makhluk

2 comments:

1.

AnonymousSeptember 10, 2013 at 2:11 AM

menarik penerangan abg ni.terima kasih kerana sudi berkongsi pemahamam.Tapi,tak cukup sampai lagi tu.Sama2 kita belajar lagi.

ReplyReplies

1.

danish September 11, 2013 at 12:18 AM

Page 6: Aliran Mazhab Akidah

Salam adik anon,

terima kasih atas komen. Itu hanya basic tentang tauhid ke esaan Allah pada perbuatananya atau af'al. Ada lagi dalam tetapi bab itu perlu belajar sendiri dengan cikgu.

Blog ini hanyalah untuk memudahkan orang kebanyakkan faham dan sengaja dibuat sesimple yang boleh. 

Akan berlaku pertembungan dalam pemahaman tauhid mostly berkenaan fahaman wahdatul wujud dan mutazillah dalam hal ini.

Anyway silalah dalami lagi bab keesaan Allah pada 4 sifat. Banyak dan agak mendalam.

Wallahu aklam

Reply