aliran mazhab akidah

26
http://www.ustaznoramin.com/2012/01/aliran-mazhab-akidah.html Aliran Mazhab Akidah POSTED BY USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL AT 1:42 PM CATEGORIESAKIDAH Selepas zaman Rasulullah dan zaman para sahabat ilmu tauhid ini berkembang dengan pesat dan telah dibahaskan oleh beberapa tokoh ilmuan Islam dengan sedetailnya. Dari ini, timbullah beberapa aliran mazhab dalam ilmu tauhid seperti Qadariah, Jabariah, Murjiah, Muktazilah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab Qadariah Qadariah adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah berikutan timbulnya perbahasan hangat orang Islam mengenai dengan masalah qadha dan qadar Allah. Asal nama mazhab ini diambil dari perkataan Al-Qadar yang membawa maksud sifat qudrat. Mereka berpendapat segala kerja baik dan buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa diri sendiri dan bukan kerana Allah, Segala baik dan buruk manusia itu telah ditetapkan oleh Allah. Pengasas mazhab ini bernama Ma’bad Ibnu Khalid Al-Juhani dan Ghailan Al-Dimasyqi. Diantara pendapat mereka ialah seperti : Mereka mengatakan manusia itu bebas untuk melakukan segalanya menurut apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri. Mereka percaya bahawa Allah tidak menentukan apa-apa takdir kepada manusia. Mazhab Jabariah Jabariah muncul di Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, pengasas mazhab ini ialah Jaham Ibnu Safuan yang berasal dari Khurasan. Asal Jabariah ini diambil dari perkataan Al-Jabr atau

Upload: fasihah-sihah

Post on 30-Nov-2015

293 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aliran Mazhab Akidah

http://www.ustaznoramin.com/2012/01/aliran-mazhab-akidah.html

Aliran Mazhab Akidah

POSTED BY USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL AT 1:42 PM CATEGORIESAKIDAH

Selepas zaman Rasulullah dan zaman para sahabat ilmu tauhid ini berkembang dengan pesat dan telah dibahaskan oleh beberapa tokoh ilmuan Islam dengan sedetailnya. Dari ini, timbullah beberapa aliran mazhab dalam ilmu tauhid seperti Qadariah, Jabariah, Murjiah, Muktazilah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mazhab Qadariah

Qadariah adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah berikutan timbulnya perbahasan hangat orang Islam mengenai dengan masalah qadha dan qadar Allah. Asal nama mazhab ini diambil dari perkataan Al-Qadar yang membawa maksud sifat qudrat.  Mereka berpendapat segala kerja baik dan buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa diri sendiri dan bukan kerana Allah, Segala baik dan buruk manusia itu telah ditetapkan oleh Allah. Pengasas mazhab ini bernama Ma’bad Ibnu Khalid Al-Juhani dan Ghailan Al-Dimasyqi. Diantara pendapat mereka ialah seperti :

Mereka mengatakan manusia itu bebas untuk melakukan segalanya menurut apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri.

Mereka percaya bahawa Allah tidak menentukan apa-apa takdir kepada manusia.

Mazhab Jabariah

Jabariah muncul di Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, pengasas mazhab ini ialah Jaham Ibnu Safuan yang berasal dari Khurasan. Asal Jabariah ini diambil dari perkataan Al-Jabr atau Jabrun yang membawa maksud digagahi atau tergagah. Mereka berpendapat bahawa manusia dan makhluk itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata atau sepenuhnya. Mereka juga mengatakan tidak ada sedikit pun bagi manusia ikhtiar dan tidak boleh memilih sama sekali. Segala perbuatan baik dan buruk manusia itu bukan atas dasar kehendak diri sendiri dan itu semua adalah dari kehendak Allah. Diantara pendapat mazhab ini ialah seperti :

Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah. 

Page 2: Aliran Mazhab Akidah

Manusia itu tidak mempunyai apa-apa usaha, pilihan atau ikhtiar dalam melakukan semua perbuatan. 

Manusia diibaratkan seperti bulu dan kapas yang boleh ditiup angin ke mana sahaja. 

Syurga dan neraka tidak kekal, kerana yang kekal hanya zat Allah sahaja. 

Al-Quran itu adalah baru. 

Allah hanya mempunyai zat dan tidak mempunyai sifat. 

Allah tidak boleh dilihat pada hari akhirat nanti.

Mazhab Murjiah

Murjiah berasal dari bekas-bekas ahli politik, mereka mengambil sikap berkecuali di dalam masalah perselisihan umat Islam ketika itu mengenai perebutan jawatan khalifah diantara puak Khawarij dan Syiah. Asal perkataan murjiah ini diambil dari Arja’ yang membawa maksud menangguhkan. Mereka berpendapat iman itu adalah mengenal Allah dan rasulNya. Sesiapa yang mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka sudah cukup dikira sebagai beriman.

Ada juga dikalangan mereka yang melampaui batas dengan mengatakan bahawa orang yang mengaku secara terang-terangan dan menyembah berhala secara terang-terangan dan mati dalam keadaan seperti ini dikira beriman, kerana iman itu adalah iktiqad di hati sahaja.

Mazhab Muktazilah

Muktazilah adalah satu mazhab akidah yang berpegang kuat kepada dasar kebebasan berfikir dan cuba melepaskan umat Islam dari belenggu taqlik buta. Muktazilah diambil dari perkataan I’tazala yang membawa maksud mengasingkan diri dari golongan pada masa itu. Manakala dari segi istilah ia bermaksud golongan yang lahir dalam Islam pada awal kurun kedua Hijrah. Pengasas mazhab ini bernama Wasil Ibnu Ata’ yang mengasingkan diri daripada gurunya Hasan Al-Basri. Ketika itu Wasil keluar dari halaqah gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Hasan

Page 3: Aliran Mazhab Akidah

Al-Basri tentang hukum orang melakukan dosa besar. Beliau berpendapat orang yang melakukan dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir, bahkan mereka berada di satu tempat di antara dua tempat, iaitu Al-Manzilah Baina Al-Manzilatain. Antara fahaman yang dibawa oleh mereka ialah :

Allah tidak bersifat dengan mana-mana sifat bahkan segalanya dengan zat Allah sahaja. 

Allah itu bersifat Adil dan mesti membalas baik kepada orang yang membuat baik demikian juga sebaliknya.

Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kehendak mereka.

Allah wajib membuat sesuatu yang baik dan yang lebih baik.

Al-Quran itu baru dan bukan qadim. 

Allah tidak dapat dilihat oleh manusia baik di dunia atau pun di akhirat.

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang mengikuti perjalanan sunnah Rasulullah dan orang ramai. Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berbeza dan menentang semua mazhab yang telah lahir sebelumnya. Golongan ini diketuai oleh dua orang tokoh ilmu tauhid yang bernama Abu Hassan As-Syaari di Basrah dan Abu Mansor Maturidi di Samarkhandi. Ada lapan kelompok yang tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti :

Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang akidah dan kerasulan. Mereka juga mengikut ulamak mutakallimin Safatiyyah, iaitu golongan yang tidak mentasybihkan Allah, ulamak ini juga berpegang bahawa Allah mempunyai sifat-sifat tertentu dan sifat-sifat itu tidak menyerupai sifat-sifat makhluk. 

Orang Islam yang menjadi tokoh dalam fikah dan mengikut jalan safatiyyah dari sudut akidah dan pegangan mereka. Mereka terdiri daripada pengasas empat mazhab, iaitu Imam Malik, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Syafie serta semua pengikut mereka.

Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud dan sebagainya.

Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang adab, nahu dan saraf atau dikenali sebagai kumpulan ahli bahasa.

Page 4: Aliran Mazhab Akidah

Kumpulan orang Islamyang mempunyai ilmu dalam bidang bacaan qaraat Al-Quran dan tafsirnya, mereka ini juga dikenali sebagai ahli qiraat dan ahli tafsir.

Orang Islam yang mempunyai ilmu tasawuf, mereka juga dikenali sebagai orang yang zahud atau sufi.

Orang Islam yang berjihad atau berjuang untuk menentang musuh-musuh Islam dalam peperangan. 

Orang Islam yang tinggal di negeri, tempat dan mengikti segala syiar yang terdapat dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka telah memperbetulkan segala fahaman yang salah berkaitan dengan ilmu tauhid yang diberikan oleh golongan terdahulu. Diantara pendapat mereka ialah :

Allah telah menjadikan perbuatan manusia yang berbentuk usaha dan ikhtiar sendiri.  Manusia bebas menggunakan segalanya sama ada hendak membuat sesuatu atau tidak.  Manusia hendaklah mematuhi segala hukum yang telah diwajibkan ke atasnya. 

Allah bersifat dengan sifat kesempurnaan yang lain baginya, seperti kuasa, berkemahuan, berpengetahuan dan sebagainya. Sifat Allah berada pada zat Allah sejak azali lagi dengan sifat kuasa itulah Dia mengada atau mentiadakan segala yang mumkin. Manakala kemahuan Allah pula menentukan sesuatu perkara yang mumkin. 

Al-Quran adalah kalam Allah yang qadim dan azali (bukan baru) kerana segala isi dan maksud Al-Quran itu ialah kalam Allah yang qadim. 

Orang mukmin dapat melihat Allah di akhirat nanti. 

Orang mukmin yang melakukan dosa besar itu boleh gugur imannya dan mereka masih dianggap mukmin. Jenazah mereka boleh disembahyangkan dan mereka dimasukkan di dalam neraka dahulu sehingga bersih dari segala dosa yang telah dilakukan, kemudian mereka dimasukkan ke dalam syurga.

http://eprints.um.edu.my/3670/1/Konsep_Af'al_Allah_dan_Perkembangannya.pdf

Page 5: Aliran Mazhab Akidah

http://ibnu-azhar.blogspot.com/2012/04/perbuatan-allah-dan-perbuatan-manusia.html

J U M A A T , 0 6 A P R I L 2 0 1 2

Perbuatan Allah Dan Perbuatan Manusia

Persoalan kalam lain yang menjadi bahan perdebatan di antara aliran-aliran kalam adalah masalah perbutan Tuhan dan perbutan manusia. Masalah ini muncul sebagai buntut dari perdebaatan ulama kalam mengenai iman. Ketika sibuk menyoroti siapa yang masih dianggap beriman dan siapa yang kafir di antara pelaku tahkim, para ulama kalam kemudian mencari jawaban atas pertanyaan siapa sebenarnya yang mengeluarkan perbuatan manusia, apakah Allah sendiri? Atau manusia sendiri? Atau kerja sama antara keduanya.[1]

Masalah ini kemudian memunculkan aliran kalam fatalis ( predestination ) yang diwakili oleh Qadariyah dan freedan Maturidiyah mengambil sikap pertengahan. Persolan ini kemudian meluas lagi dengan mempermasalahan apakah Tuhan memiliki kewajiban-kewajiban tertentu atau tidak? Apakah perbuatan Tuhan itu tidak terbatas pada hal-hal yang baik-baik saja, ataukah perbuatan Tuhan itu terbatas pada hal yang baik-baik saja, tetapi juga mecakup kepada hal-hal yang buruk?.[2]

Sebagai akibat dari perbedaan paham yang terdapat dalam aliran-aliran teologi Islam mengenai soal kekuatan akal, fungsi wahyu dan kebebasan serta kekuasaan manusia atas kehendak dan perbuatannya, terdapat pula perbedaan paham tentang kekuasaan dan kehendak mutlak Tuhan. Bagi aliran yang berpendapat bahwa akal mempunyai daya besar dan manusia bebas dan berkuasa atas kehendak dan perbuatannya, kekuasaan dan kehendak Tuhan pada hakikatnya tidak lagi bersifat mutlak semutlak-mutlaknya.[3]

Kalau ditinjau dari segi ajaran agama, banyak sekali ayat-ayat Al-Qur’an maupun Al-Hadits yang menerangkan tentang manfaat akal manusia akan tetapi pendapat akal sangatlah terbatas ketimbang dengan wahyu, bukankah Allah SWT memberikan manusia ilmu melainkan sedikit, walaupun demikian Allah SWT menantang manusia lewat wahyu bagaimana supaya manusia memanfaatkan akalnya agar ia mampu untuk berinteraksi baik di langit maupun di bumi.

Namun yang dikehendaki oleh Islam adalah penggunaan akal yang berpandukan wahyu atau yang berdimensi Al-Qur’an dan sunnah Rasul yang berupa ijtihad. Tapi sungguh berbeda dengan apa yang telah disampaikan oleh ajaran agama, dimana manusia justru sebaliknya, yaitu ada sebagian faham yang sangat mendewakan pendapat akalnya bila dibandingkan wahyu, telah terbukti dengan munculnya berbagai aliran-aliran teologi Islam dengan berbagai macam pendapat, seperti Mu’tazilah, Qadariyah, Jabariyah, Ahlussunnah wal jama’ah dan lain-lain.

Page 6: Aliran Mazhab Akidah

Tindakan mengenai perbuatan Allah dan perbuatan manusia dalam pandangan para penganut aliran teologi Islam, masing-masing berbeda. Di antara penganut aliran kalam memiliki persepsi yang berbeda terhadap perbuatan Allah dan perbutan manusia. Perbedaan tersebut terletak pada sebab, cara pelaksanaan dan pencegahan.

Pada prinsip-prinsip pembahasaan yang dikemukakan dalam ilmu kalam adalah berkisar pada persoalan akidah Islam yang termaktub dalam Al-Qur’an yang kemudian dianalisa lebih lanjut dengan menggunakan logika untuk mendapatkan kebenaran dan keyakinan yang lebih kokoh. Kebaikan dan keburukan dalam penilaian akal (husn wa qubh ‘aqli) merupakan salah pembahasan klasik dan rumit dalam teologi Islam dan menjadi diskusi yang berkepanjangan para ilmuan.

Semua aliran dalam pemikiran kalam berpandangan bahwa Tuhan melakukan perbuatan. Perbuatan di sini dipandang sebagai konskuensi logis dari dzat yang memiliki kemampuan untuk melakukannya.[1]

Maksud Perbuatan Allah Dan Contohnya.

Perbuatan Allah(  الله ialah setiap kejadian yang berlaku di alam ini dengan (افعالkehendak dan iradah Allah SWT. Contohnya ialah kejadian siang dan malam, bencana alam, pasang surut lautan dan lain-lain adalah di bawah kekuasaan Allah.[2] Firman Allah SWT:

ÏQr& (#ÿrä‹sƒªB$# ZpygÏ9#uä z`ÏiB ÇÚö‘F{$# öNèd tbrçŽÅ³YムÇËÊÈ  

Surah Al-Anbiy’aa 21: ayat 16.

“Adakah benda-benda dari bumi Yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu Yang mati?”

Berdasarkan ayat diatas, semua ciptaan Allah mempunyai hikmah dan rahasia yang tertentu. Orang yang menggunakan akal fikiran akan dapat murungkai rahasia ciptaan Allah itu.[1]

Perbandingan Antaraliran Terhadap Perbuatan Allah

Disini saya akan memaparkan 3 aliran kalam, terhadap argumen mereka tentang konsep perbuatan Allah:

1.      Aliran Mu’tazilah

Aliran Mu’tazilah, sebuah aliran kalam yang bercorak rasional, mereka berpandangan bahwa perbuatan Tuhan hanya terbatas pada hal-hal yang dikatakan baik. Namun, ini tidak berarti bahwa Tuhan tidak mampu melakukan perbuatan buruk. Tuhan tidak melakukan perbuatan buruk karena ia mengetahui keburukan dari perbuatan buruk itu.

Page 7: Aliran Mazhab Akidah

Di dalam Al-Quran pun jelas dikatakan bahwa Tuhan tidaklah zalim. Ayat-ayat Al-Quran yang dijadikan dalil oleh Mu’tazilah untuk mendukung pendapatnya di atas adalah surat Al-Anbiya (21) ayat 23 yang berbunyi:

Ÿw ã@t«ó¡ç„ $¬Hxå ã@yèøÿtƒ öNèdur šcqè=t«ó¡ç„ ÇËÌÈ  

“Ia tidak boleh ditanya tentang apa Yang ia lakukan, sedang merekalah Yang akan ditanya kelak”.[2]

Dan surat Ar-Rum (30) ayat 8 yang berbunyi:

öNs9urr& (#rã �©3xÿtGtƒ þ’Îû NÍkŦàÿRr& 3 $¨B t,n=y{ ª!$# ÏNºuq»uK¡¡9$# uÚö‘F{$#ur $tBur !$yJåks]øŠt/ žwÎ) Èd,ysø9$$Î/ 9@y_r&ur‘wK|¡•B 3 ¨bÎ)ur #ZŽ �ÏVx. z`ÏiB Ä¨$¨Z9$# Ç›!$s)Î=Î/ öNÎgÎn/u‘ tbrã �Ïÿ»s3s9 ÇÑÈ  

“Patutkah mereka merasa cukup Dengan mengetahui Yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan Dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), Bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya itu melainkan Dengan ada gunanya Yang sebenar, dan Dengan ada masa penghujungnya Yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang Yang sungguh ingkar akan pertemuan Dengan Tuhannya”.[3]

            Berdasarkan ayat yang telah dikemukakan diatas, seorang tokoh Mu’tazilah yang bernama Qadi Abd Al-Jabar menyebutkan bahwa ayat tersebut member petunjuk bahwa Tuhan hanya berbuat yang baik dan Mahasuci dari perbuatan buruk. Dengan demikian, Tuhan tidak perlu sitanya. Ia menambahkan kenyataannya bahwa seseorang yang dikenal baik, apabila secara nyata berbuat baik, tidak perlu ditanya mengapa ia melakukan perbuatan baik itu?. Manakala ayat yang kedua pula, menurut Al-Jabbar, mengandung petunjuk bahwa Tuhan tidak pernah dan tidak akan melakukan perbuatan buruk, pernyataan bahwa Ia menciptakan langit dan bumi serta segala isinya dengan hak, tentulah tidak benar atau merupakan berita bohong.[4]

            Selain itu kelompok Mu’tazilah juga berpendapat bahwa Tuhan mempunyai kewajiban terhadap manusia. Kewajiban-kewajiban tersebut dapat disimpulkan dalam satu hal, yaitu kewajiban berbuat baik bagi manusia. Kelompok Mu’tazilah mengonsekuensikan tentang faham kewajiban Allah sebagai berikut:

a)      Kewajiban Tidak Memberikan Beban di Luar Kemampuan Manusia.

b)      Pengiriman Rasul-Rasul.

c)      Kewajiban Menepati Janji dan Ancaman.

Page 8: Aliran Mazhab Akidah

2.      Aliran Asy’ariyah

Bagi kaum Asy’ariah ini, Tuhan berkuasa dan berkehendak mutlak dan Tuhan memang tidak terikat kepada apa pun, tidak terikat kepada janji-janji, kepada norma-norma keadilan dan sebagainya.[5] Selain itu bagi mereka perbuatan-perbuatan Tuhan tidak mempunyai tujuan, tujuan dalam arti sebab yang mendorong Tuhan untuk berbuat sesuatu. [6]

Dalam pada itu pula menurut aliran Asy’ariyah, faham kewajiban Tuhan berbuat baik dan terbaik bagi manusia, sebagaimana yang telah dinyatakan aliran Mu’tazilah, tidak dapat diterima karena bertentangan dengan faham kekuasaan dan kehendak mutlak Tuhan yang mereka anuti.[7] Dengan demikian, aliran Asy’ariyah tidak menerima faham Tuhan mempunyai kewajiban. Al-Ghazali ada menyatakan, perbuatan-perbuatan Tuhan bersifat tidak wajib (ja’iz) dan tidak satu pun daripadanya yang mempunyai sifat wajib.

Karena percaya pada kekuasaan mutlak Tuhan dan berpendapat bahwa Tuhan tidak mempunyai kewajiban apa-apapun. Disamping itu, aliran Asy’ariah menolak kewajiban tuhan dalam pengiriman rasul. Hal itu bertentangan dengan keyakinan mereka bahwa Tuhan tidak mempunyai kewajiban apa-apa terhadap manusia.

Aliran Asy’ariyah juga berargumen Tuhan tidak mempunyai kewajiban menepati janji dan menjalankan ancaman yang tersebut Al-Qur’an dan Hadis. Di sini timbul persoalan bagi Asy’ariyah karena dalam Al-Quran dikatakan dengan tegas bahwa siapa yang berbuat jahat akan masuk neraka. Untuk mencegah kata-kata Arab “man, alladzina” dan sebagainya yang mengambarkan arti siapa, diberi Interpretasi oleh As-Asy’ari, “bukan semua orang tetapi sebagian”. Denagan demikian kata siapa dalam ayat “Barang siapa menelan harta anak yatim piatu dengan cara tidak adil, maka ia sebenarnya menelan api masuk ke dalam perutnya”, mengandung arti bukan seluruh, tetapi sebagian orang yang berbuat demikian. Adapun yang sebagian lagi akan terlepas dari ancaman atas dasar kekuatan dan kehendak mutlak Tuhan. Dengan Interpretasi demikianlah, Al-Asy’ari mengatasi persoalan wajibnya Tuhan menepati janji dan menjalankan ancaman.[8]

3.      Aliran Maturidiyah

Dalam memahami konsep perbuatan Allah ini, terdapat 2 perbedaan pendapat antaraMaturidiyah Samarkand dan Maturidiyah Bukhara. Aliran Maturidiyah Samarkand, yang juga memberikan batas kekuasaan dan kehendak mutlak Tuhan,

Page 9: Aliran Mazhab Akidah

berpandangan bahwa perbuatan Tuhan hanyalah menyangkut hal-hal yang baik saja. Maka dengan demikian, Tuhan mempunyai kewajiban melakukan hal yang baik bagi manusia. Oleh itu, pengiriman rasul dipandang Maturidiyah Samarkand sebagai kewajiban Tuhan.[9]

Adapun Maturidiyah Bukhara memiliki pendapat yang sama dengan kelompok Asy’ariyah mengenai faham bahwa Tuhan tidak mempunyai kewajiban. Namun, sebagaimana dijelaskan oleh Badzawi, Tuhan pasti menepat janji-nya, seperti member ganjaran kepada orang yang melakukan kebaikan, walaupun Tuhan mungkin saja membatalkan ancaman bagi orang yang berdosa besar. Manakala pendapat yang dikemukakan oleh golongan Maturdiyah Bukhara tentang pengiriman rasul, sesuai dengan faham mereka tentang kekuasaan dan kehendak mutlak Tuhan, tidaklah bersifat wajib dan hanya bersifat mungkin saja.[10]

Aliran Samarkand member batasan pada kekuasaan dan kehendak mutlak Tuhan sehingga mereka menerima faham adanya kewajiban-kewajiban bagi Tuhan, sekurang-kurangnya kewajiban menpati janji tentang pemberian balasan dan pemberian hukuman.

Adapun dalam hal memberatkan beban kepada manusia di luar batas kemampuannya, yang menerima konsep ini adalah kelompok Maturidiyah Bukhara menerimanya. Tidaklah mustahil meletakkan kewajiban-kewajiban yang tidak bisa dipikul atas diri manusia kata Al-Bazdawi. Sebaliknya golongan Samarkand mengambil posisi yang hampir denganMu’tazilah.

Manakala mengenai pengiriman rasul, aliran Maturidiyah kalangan Bukhara,bersesuaian dengan faham mereka yanga sama dengan aliran As’ariyah. Pengiriman rasul menurut mereka, tidaklah bersifat wajib dan hanya bersifat mungkin sahaja. Adapun golonganSamarkand berpendapat tentang persoalan ini, mereka sefaham dengan Mu’tazilah mengenai wajibnya pengiriman rasul yang telah dinyatakan oleh Al-Bayadi.[11]

Mengenai kewajiban Tuhan memenuhi janji dan ancaman-nya, golongan Maturidiyah Bukhara tidak sefaham dengan aliran Asy’ariyah. Menurut mereka, sebagaiman yang dijelaskan oleh Bazdawi, tidak mungkin Tuhan melanggar janji-Nya untuk member ganjaran kepada orang yang melakukan perbuatan baik. Tetapi, bias saja Tuhan membatalkan ancaman untuk memberi hukuman kepada orang yang berbuat jahat.[12]

Adapun menurut golongan Maturidiyah Bukhara, Tuhan tidak mungkin mengkhianati janji untuk member upah kepada orang yang berbuat baik. Manakala

Page 10: Aliran Mazhab Akidah

golongan Maturidiyah Samarkand  mempunyai pendapat yang sama dengan aliran Mu’tazilah bahwa upah dan hukuman Tuhan pasti terjadi kelak.

1.2 PERBUATAN MANUSIA

Maksud Perbuatan Manusia Dan Contohnya.

Perbuatan manusia( (  العباد الفعال  ialah setiap perbuatan dan tindakan manusia bergantung kepada usaha dan ikhtiar manusia sendiri. Contohnya ialah makan, minum, rajin, malas, dan sebagainya. Firman Allah SWT:

ª!$#ur ö/ä3s)n=s{ $tBur tbqè=yJ÷ès? ÇÒÏÈ  

Surah Ash-Shaffat 37: ayat 96.

“Padahal Allah Yang mencipta kamu dan benda-benda Yang kamu buat itu!”[13]

Allah telah menciptakan manusia mempunyai kehendak dan kekuatan untuk memilih samada untuk melakukan sesuatu perkara ataupun tidak.[14] Manusia boleh memilih samada untuk berkerja dengan rajin atau sebaliknya. Begitu juga dengan seorang mahasiswa, dia berkuasa untuk memilih melakukan sesuatu samada ingin belajar dengan rajin atau menjadi malas.

Bahagia-Bahagia Perbuatan Manusia Terbagi kepada 2.

1.      Ijbari( أجباري )

Yaitu sesuatu perkara yang berlaku bukan atas pilihan dan kehendak manusia sendiri. Contohnya ialah kecacatan pada anggota tubuh, warna kulit, denyutan nadi, bersin dan lain-lain.

2.      Ikhtiar(( أختياري

Yaitu sesuatu yang berlaku atas kemahuan, pilihan dan kehendak manusia sendiri seperti makan, minum, rajin, malas, beribadat, bekerja, berzikir dan lain-lain.[15]

Perbandingan Antaraliran Terhadap Perbuatan Manusia

Disini saya akan memaparkan 4 aliran kalam, terhadap argumen mereka tentang konsep perbuatan Allah:

Page 11: Aliran Mazhab Akidah

1)      Aliran Jabariah

Aliran ini mengatakan bahwa semua perbuatan adalah dengan kehendak Allah semata-mata. Manusia tiada kuasa langsung dalam sesuatu perbuatan.[16] Di dalam aliran ini, tampaknya ada 2 perbedaan antara Jabariyah ekstrim dan Jabariyah moderat dalam masalah perbuatan manusia. Jabariyah ekstrim berpandangan bahwa segala perbuatan manusia bukan merupakan perbuatan yang timbul dari kemauan sendiri, tetapi perbuatan yang dipaksakan atas dirinya. Malah menurut salah seorang tokoh Jabariyah ekstrim, mengatakan bahwa manusia tidak mampu berbuat apa-apa. Manusia tidak mempunyai kehendak mahupun tidak mempunyai daya dan tidak mempunyai pilihan sendiri, semua perkara/perbuatan hanyalah dating dari Allah SWT.[17]

Manakala Jabariyah moderat mengatakan bahwa Tuhan menjadikan perbuatan manusia, baik perbuatan jahat maupun perbuatan baik, tetapi manusia mempunyai peranan di dalamnya. Tenaga yang dijadikan dalam diri manusia mempunyai kesan untuk mengadakan perbuatannya.

2)      Aliran Asy’ariyah

Aliran ini berpendapat bahwa Allah menjadikan qudrah dan iradah kepada manusia dan diberi kuasa memilih untuk melakukan perkara tersebut berbetulan dengan keizinan oleh Allah.[18] Dalam faham Asy’ariyah, manusia ditempatkan pada posisi yang lemah. Oleh dengan demikian, golongan ini lebih hampir dengan faham Jabariyah daripada dengan fahamMu’tazilah.

Argumen yang diajukan oleh Al-Asy’ari untuk membela keyakinannya, di dalam firman Allah Surah Ash-Shaffat 37 ayat 96 berbunyi:

ª!$#ur ö/ä3s)n=s{ $tBur tbqè=yJ÷ès? ÇÒÏÈ  

 "Padahal Allah Yang mencipta kamu dan benda-benda Yang kamu buat itu!"[19]

            Wa ma ta’malun pada ayat di atas diartikan Al-Asy’ari dengan apa yang kamu perbuat dan bukan apa yang kamu buat. Dengan demikian ayat ini mengandung arti Allah menciptakan kamu dan perbuatan-perbuatanmu. Pada perbuatan manusia aliran Asy’ariyahberpendapat bahwa Allah yang menciptakan, sedangkan daya menusia tidak mempunyai kesan untuk mewujudkannnya. Allah menjadikan perbuatan bagi manusia dan menjadikan pula pada diri manusia daya untuk melahirkan perbuatan tersebut. Oleh itu, perbuatan manusia atas daya kehendaknya bersama-sama, dan buka atas daya kehendaknya.[20]

Page 12: Aliran Mazhab Akidah

3)      Aliran Qadariyyah

Golongan ini berargumen bahwa manusia berkuasa penuh dalam melakukan sebarang perbuatan tanpa sebarang hubungan dengan Allah. Maka dalam hal ini.[21] Manusia mempunyai kewenangan untuk melakukan segala perbuatannya atas kehendaknya sendiri, baik berbuat baik maupun berbuat jahat. Oleh itu, manusia berhak mendapatkan pahala atas kebaikan yang dilakukannya dan juga berhak pula memperoleh hukuman atas kejahatan yang dilakukan oleh manusia.

4)      Aliran Mu’tazilah

Kaum Mu’tazilah berpendirian bahwa manusia berkuasa penuh dalam melakukan sebarang perbuatan dengan qudrah dan iradah yang diberi oleh Allah kepada manusia.[22]Golongan Mu’tazilah mengatakan bahwa Tuhan sebagai pencipta awal. Sedangkan manusia berperan sebagi pihak yang berkreasi untuk mengubah bentuknya. Untuk mengukuhkan pendapat mereka, aliran Mu’tazilah mengemukakan ayat berikut:

ü“Ï%©!$# z`|¡ômr& ¨@ä. >äóÓx« ¼çms)n=yz ( r&y‰t/ur t,ù=yz Ç`»|¡SM}$# `ÏB &ûüÏÛ ÇÐÈ  

Surah As-Sajdah 32 ayat 7.

“Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah”[23]

            Yang dimaksud dengan ahsana pada ayat di atas, ialah semua perbuatan Tuhan adalah baik. Dengan demikian, perbuatan manusia bukanlah perbuatan Tuhan, karena di antara perbuatan manusia terdapat perbuatan jahat. Bukti ini dinyatakan untuk menegaskan bahwa manusia akan mendapat balasan atas perbuatannya. Jikalau perbuatan manusia adalah perbuatan Tuhan, maka balasan dari Tuhan tidak ada artinya.[24]

Kekeliruan Dalam Memahami Konsep Perbuatan Allah.

            Semenjak zaman Rasululluh SAW hingga zaman ulamak Khalaf, umat Islam beriman dengan Qadha dan Qadar tanpa ada persoalan. Mereka menerima ajaran Islam dengan hati yang ikhlas. Apabila empayar Islam telah berkembang luas, umat Islam bertembung dengan pelbagai budaya. Perbahasan falsafah dan budaya menimbulkan kekeliruan terhadap konsep perbuatan Allah.

Page 13: Aliran Mazhab Akidah

            Antara kekeliruan yang timbul dalam konsep perbuatan Allah SWT ialah mengenai pergerakan makhluk atau manusia. Adakah setiap gerakan tersebut atau kemahuan untuk melakukan sesuatu dikira sebagai perbuatan yang dijadikan Allah atau lahir daripada Qudrah dan kekuasaan makhluk itu sendiri.[25]

            Menurut pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah, Allah member kuasa memilih kepada manusia berdasarkan akal dan wahyu dalam melakukan sesuatu perkra atau perbuatan itu adalah dengan izin Allah. Firman Allah SWT:

$tBur tbrâä!$t±n@ HwÎ) br& uä!$t±o„ ª!$# >u‘�  šúüÏJn=»yèø9$# ÇËÒÈ  

Surah At Takwir 81: ayat 29.

“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali Dengan cara Yang diatur oleh Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam”.[26]

Ayat tersebut menunjukan bahwa manusia mempunyai pilihan dan kehendak mereka sendiri dalam melakukan sesuatu perkara dan perbuatan yang dijadikan oleh Allah. Sekiranya Allah tidak mengetahuai perkara itu terjadi, ia tidak akan terjadi dan itulah kekuatan yang ditakdirkn oleh Allah.[27]

http://cahayamenerangikegelapan.blogspot.com/2011/08/perbezaan-perbuatan-allah-dengan.html

Isnin, 29 Ogos 2011

Perbezaan Perbuatan Allah Dengan Perbuatan Makhluk

Page 14: Aliran Mazhab Akidah

Sungguhpun pada umumnya manusia memahami perbezaan yang ketara di antara perbuatan Allah dengan perbuatan makhlukNya tetapi kadangkala manusia tersalah faham atau tersasar dengan berbagai-bagai tanggapan terhadap pengertianperbuatan Allah dan perbuatan makhluk. Pada umumnya perkembangan pemikiran ini kemungkinan berpunca daripada sistem pendidikan dan pembelajaran ilmu pengetahuan yang diterapkan ke dalam minda manusia memisahkan pemahaman keagamaan dengan konsep ilmu duniawi "sekular" yang dianggap bertentangan dengan ilmu agama yang dikatakan bersifat"ritual" dan "spiritual" yang dalam banyak hal sukar dibuktikan kesahiahnnya melalui kaedah saintifik dan logik akal manusia.   Pemahaman ilmu-ilmu saintifik yang dihasilkan oleh golongan cerdik pandai tertentu yang dikenali sebagai ahli-ahli dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, ahli metamatik, ahli falsafah dan pakar-pakar pelbagai bidang ilmu lagi amat berpengaruh dan dimuliakan di kalangan manusia kerana mereka dikatakan memiliki kecerdasan dan kepintaran akal luar biasa yang menghasilkan penemuan-penemuan terbaru bagi keperluan hidup manusia.

Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang manusia itu berfahaman bahawa alam yang berada di sekelilingnya dipercayai"wujud dengan sendiri" melalui proses tertentu ynag mengambil masa yang sangat panjang seperti ribuan juta, ratusan juta atau ratusan ribu tahun lamanya ataupun alam itu sudah sedia ada. Kepercayaan ini diyakini umum dan  hampir-hampir meluput dan menenggelamkan sama sekali hakikat dan rahsia atau hikmah kejadian dan kewujudan alam ini adalah berpunca daripada perbuatan Allah Yang Maha Berkuasa dan Dia lebih mengetahui segala-galanya.

 Dalam pemahaman iktiqad aqidah keimanan Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran, Hadis-hadis Rasullullah s.a.w. dan ijtihad para sahabat Rasullullah s.a.w.serta para ulama mujtahid  menegaskan bahawa Allah SWT yang mengadakan semua barang/makhluk dengan QadratNya yang Qadim dengan limpah murah kurnia daripada keadilanNya:

"Semua barang perbuatan Allah itu adalah atas keadaan yang sehabis-habis elok sempurnanya, sangat-sangat berbetulan pada tempat letaknya,  susunannya  dan timbangannya. Bahawasanya setiap perbuatan Allah itu mempunyai hikmat yang nyata atau tersembunyi lagi dengan penuh keadilan pada segala hukumannya. Sesungguhnya tidaklah sekali-kali dapat dikiaskan keadilan Allah itu dengan keadilan sekalian hamba-hamba makhlukNya kerana hamba Allah itu boleh berlaku kezaliman yang terbit daripadanya kerana memerintah hak orang lain. Tetapi Allah tidak sekali-kali boleh berlaku zalim kerana tidak ada satu

Page 15: Aliran Mazhab Akidah

barang atau makhluk walau sekecil dan sehalus mana  pun yang tidak dimiliki Allah." 

Bagi memudahkan kefahaman terhadap perbezaan di antara perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk dapat difahami bahawa setiap perbuatan yang wujud boleh dibahagikan kepada dua iaitu  perbuatan makhluk dan perbuatan Allah. Adapun perbuatan makhluk boleh dibahagikan kepada tiga [3] jenis iaitu :

i.  Perbuatan Tabii - Perbuatan ini boleh dilihat umpamanya khasiat sesuatu barang atau benda seperti magnet boleh menarik bahan-bahan logam, kemudaratan sesuatu benda kepada kehidupan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam, khasiat ubat-ubatan boleh menyembuhkan penyakit, cahaya matahari  boleh memanaskan dunia dan sebagainya tetapi ianya tidak mempunyai nyawa .

ii.  Perbuatan Kasbi - Perbuatan ini boleh merujuk kepada perbuatan yang dimiliki oleh haiwan. Umpamanya haiwan boleh makan, minum, berjalan, berkahwin, membiak dan segala perkara yang layak bagi binatang.. Perbuatan ini lebih tinggi daripadaperbuatan tabii kerana binatang mempunyai nyawa, naluri tindak balas dan sebagainya..

iii.  Perbuatan Sina'i - Perbuatan ini lebih tinggi daripada perbuatan tabii dan perbuatan kasbi. Perbuatan ini boleh dikiaskan kepada perbuatan manusia yang boleh melakukan berbagai-bagai pekerjaan seperti boleh bertukang, merekacipta, membuat rumah, mengajar dan belajar, berfikir, daya kreatif seni dan inovatif, mempunyai wawasan, membina ketamadunan dan lain-lain lagi yang tidak berkeupayaan bagi binatang melakukannya. Ini disebabkan manusia  mempunyai nyawa/roh, dan akal.

 Perbuatan Allah pula dinamakan Perbuatan Ijadi.  Perbuatan ini boleh ditakrifkan sebagai:

 "Mengadakan sesuatu daripada semata-mata tiada kepada ada tanpa apa-apa jua asal pun" .

Hal ini  dapat dibezakan sekiranya disuruh sekalian jin dan manusia mengadakan seekor semut yang bukan berasal daripada ibu bapa, telur dan apa juga, nescaya mereka tidak sanggup melakukannya walau sebanyak mana sekalipun yang dibelanjakan dengan upah wang ringgit yang banyak, malah sekiranya dibunuh

Page 16: Aliran Mazhab Akidah

sekalipun mereka tidak terdaya melakukannya.  Perbuatan Ijadi Allah ini diertikan juga sebagai Khalaqa yang bererti mengadakan sesuatu daripada semata-mata tiada kepada adadan ianya dikhaskan bagi Allah sahaja.

Pengertian ini dapat menjelaskan bahawa perbuatan Allah itu tidak sama atau sangat berbeza dengan perbuatan makhlukdalam apa jua hal  sekali pun kerana Allah itu BUKAN makhluk tetapi Dia yang menjadikan/mengadakan semua makhluk dan segala perbuatan makhluk dengan QadratNya yang Qadim berbetulan dengan ilmu dan kehendakNya yang Qadim. Hakikat Qadrat Allah tidak dapat diketahui sama sekali sama ada Nabi-nabi,  Rasul-rasul dan Malaikat sendiri yang sangat luas dan mendalam kefahaman ilmu mereka mengenali Allah.  Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan hakikat QadratNya. Demikianlah betapa ajaibnya perbuatan Allah itu.

[ Lihat : Polemik Wujudiah, Nuur Muhammad dan Awal Makhluk   ]

Bagi memantapkan lagi kefahaman mengenai perbuatan Allah ini rujukan hendaklah dilakukan terhadap kandungan ilmu yang terdapat pada  Asma' Allah Al Husna . Antara sifat-sifat Allah yang terkandung di dalam Asma' Allah Al Husna yang boleh diselaraskan dengan perbuatan Allah ialah :

i.  Al Khaliq bererti : Yang mengadakan makhluk-makhluk daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan QadratNya. Dia telah mentakdirkan tiap-tiap satu daripadanya dengan kadar tertentu dengan kehendakNya menurut hikmatnya [atau] yang mentakdirkan bagi segala perkara.

ii.  Al Bari' bererti :  Yang mengadakan segala barang sesuatu daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan ketiadaan contoh misal yang lalu.

iii.  Al Musawuwir bererti :  Yang mengadakan bagi segala rupa makhluk-makhluk dan memperelok serta menyusun baginya.

iv.  Al Lahtiff  bererti :  Yang Amat Berlembutan dan elok perbuatanNya [ atau ] yang memberi taufik hidayah [atau] Yang Amat Mengetahui segala perkara yang tersembunyi dan segala perkara yang halus-halus.

v.   Al Matin bererti : Yang Bersangatan Kuat dan tidak mengenai kedaifan sama sekali.

vi.   Al Mubdiu' bererti :  Yang mengadakan permulaan sesuatu, yakni yang mengadakan permulaan sesuatu daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan tidak berasal daripada apa-apa pun.

Page 17: Aliran Mazhab Akidah

vii.  Al Mua'id bererti :  Yang mengadakan kesudahan sesuatu.

viii.  Al Qadar dan  ix.  Al Muqtadir bererti :  Yang mempunyai Qadrat yang sempurna.

x.    An Nuur bererti :  Yang Menzahirkan bagi tiap-tiap barang yang tersembunyi [tidak ada] dengan mengeluarkannya kepada ada, yakni Yang Mengadakan bagi tiap-tiap sesuatu yang tidak wujudnya sama sekali kepada ada dengan tidak berasal daripada sesuatu apa pun. Dan Firman Allah SWT yang kira-kira ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman jika kamu sekalian takutkan Allah nescaya ia jadikan bagi kamu Furqanan”. Kata satu qaul 'Furqanan' ialah cahaya yang memperbezakan dengannya di antara yang benar dan yang salah dan mengeluarkan dengannya daripada segala perkara-perkara yang subahat, iaitu “perkara-perkara yang tidak jelas di antara benar dan salahnya” . Demikianlah makna Nuur dengan makna ilmu yang memperbezakan di antara benar dan salah.  Oleh itu al-Quran dinamakanNuur kerana al-Quran menerangkan yang mana benar dan yang mana salah pada hukuman Allah. 

[Sila lihat : Pengertian An Nuur   ].

xi.  Al Badi' bererti : Yang mengadakan barang-barang yang belum pernah ada/wujud dengan tiada ikutan contoh misal yang lalu.

 Kesemua perbuatan makhluk yang terjumlah sebagai Perbuatan Tabii, Perbuatan Kasbi dan Perbuatan Sina'i bukan wujud dengan sendiri tetapi Allah yang mengadakannya bagi menyempurnakan segala takdir yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian dan tujuan serta hikmah setiap makhluk yang diadakanNya.

Perbuatan makhluk juga tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan seperti mempunyai bahan-bahan tertentu, deria pancaindera anggota tertentu, tempoh hayat [masa], ruang, tempat, pergerakan dan sebagainya. Ertinya kesemuaperbuatan makhluk mempunyai kelemahan dan terhad keupayaannya mengikut hikmah atau tujuan Allah mengadakannya..

Huraian ini dapat memberi kefahaman bahawa semua yang ada selain daripada Allah iaitu sekalian manusia, jin, syiatan, malaikat, langit, bumi ,binatang, pokok, batu-batan, segala jenis kebendaan, segala khasiat benda dan kekuatan serta mudaratnya, segala barang yang didapati atau terbit  melalui lintasan-lintasan hati dan segala barang yang didapati melalui segala pancaindera yang lima ,segala jenis cahaya ,rupa, warna, gelap , terang dan apa jua warna ,masa ,lapang ,tempat ,suara ,huruf, bilangan,

Page 18: Aliran Mazhab Akidah

ukuran ,sukatan gerak, diam dan lain-lain lagi itu, semuanya adalah barang yang baharu iaitu barang atau sesuatu [syai'] yang diadakan oleh Allah SWT dengan QadratNya yang Qadim daripada semata-mata tiadanya barang-barang itu sama sekali kepada adanya barang itu diadakan oleh Allah SWT .

Dalam hal ini dapat difahami juga bahawa: 

"ada atau tidak ada atau belum ada,  atau rosak binasa sesuatu barang hasil perbuatan Allah itu maka Allah SWT itu Ianya tetap ADA sebagai mana Ia ADA begitu juga kerana yang ada pada Azal itu ialah Allah SWT yang ADA dan tiada yang lain daripadaNya."

Allah SWT mengadakan segala makhlukNya itu daripada semata-mata tidak ada kepada adanya ialah untuk menzahirkan bagi kuasanya serta mentahkik atau memperkukuhkan lagi bagi barang apa yang telah terdahulu daripada KehendakNya dan kebenaranNya terhadap apa yang ada pada AzalNya daripada KalamNya dan bukan mengambil apa jua faedah daripadanya dan bukan mempunyai sesuatu hajat kepadanya. Bahkan Allah SWT itu amat terkaya daripada yang demikian itu kerana Allah SWT mempunyai kelebihan, kemurahan dan sentiasa memberi berbagai-bagai rahmat yang tiada terhingga banyaknya .

Allah SWT berbuat sesuatu adalah semata-mata kerana limpah murah pengurniaanNya serta nikmat pemberianNya. Adalah bukan satu kewajipan ke atas Allah itu berbuat sesuatu dan tidak termestinya dan tidak termustahak ke atasNya untuk berbuat sesuatu kerana  Allah SWT itu Amat Berkuasa menurunkan berbagai azab seksa ke atas sekalian hambaNya dan mengazabkan mereka dengan bermacam-macam azab kesakitan dan penderitaan.

Allah SWT berbuat demikian ke atas hamba-hambaNya adalah semata-mata kerana KeadilanNya dan tidak sama sekali Allah itu melakukan kezaliman dan sebarang sifat kekejian. Allah SWT juga Amat Berkuasa memberi pahala kepada hamba-hambaNya yang mukmin atas ketaatan mereka itu semata-mata kerana kemurahan dan janjiNya dan bukan hukuman termestinya, terwajibnya dan termustahaknya bagi Allah itu berbuat demikian kerana tiada terwajib ke atas Allah berbuat sesuatu bagi hamba-hambaNya dan tiada sama sekali daripada Allah itu kezaliman dan tiada wajib bagi hamba itu menuntut hak ke atas Allah. HAK setiap orang hamba itu adalah semata-mata mentaati Allah dengan melakukan ibadatsebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran surah Adz-Zaariyaat: 56-58 :

Page 19: Aliran Mazhab Akidah

"Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supya mereka berbahagai kerana beribadatkepada Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi aku makan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi rezki, Yang Mempunyai kekuatan lagi Sangat Kukuh."

Bagi memudahkan pemahaman manusia terhadap perbuatan Allah di luar tabii yang tidak menyamai langsung dengan perbuatan makhluk ialah pengurniaan mukjizat kepada para Nabi dan Rasul seperti yang diperjelaskan di dalam al-Kitab khususnya al-Quran sebagaimana yang berlakunya banjir besar yang menenggelamkan bukit dan gunung di bumi untuk menyelamatkan Nabi Noh AS dan orang-orang mukmin bersamanya dan membinasakan umatnya yang ingkar. Demikian juga Allah menenggelamkan bumi hingga menjadi Laut Mati untuk menyelamatkan Nabi Loth AS daripada kezaliman kaumnya dan membinasakan kaumnya yang ingkar.

 Peristiwa laut terbelah dua dengan serta merta  untuk menyelamatkan Nabi Musa AS daripada kezaliman Firaun dan tentera-tenteranya seperti yang diceritakan di dalam al-Quran adalah contoh paling jelas mengenai perbuatan Ijadi Allah di luar tabii yang tidak mampu difikirkan oleh manusia biasa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya. Justeru mereka mengingkari dan menganggapkannya hanya sebagai satu kisah legenda sejarah agama sahaja yang tidak perlu diberikan perhatian serius dan dilakukan kajian saintifik berteraskan kebenaran al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Walaupun mukjizat itu hanya dikurniakan kepada para Nabi dan Rasul sahaja tetapi pada hakikatnya apa yang berlaku di sebalik peristiwa yang dikaitkan dengan sesuatu mukjizat para Rasul itu adalah kuasa atau perbuatan Ijadi Allah yang tidak mempunyai sebarang kekurangan atau kelemahan dan boleh berlaku dengan amat pantas dan penuh dengan keajaiban yang amat luar biasa berbetulan dengan kehendak dan ketetapan takdir Allah.

Sungguhpun Nabi Musa AS diwahyukan supaya mengetuk air laut menggunakan tongkatnya tetapi dia tidak menjangkakan sama sekali bahawa lautan yang sebegitu luas boleh terbelah dua dengan serta merta. Tongkat di tanganya tidak mempunyai sebarang keajaiban atau kuasa sakti dan Allah mewahyukan kepadanya supaya mengetuk air laut dengan tongkatnaya hanyasebagai syarat sahaja. Kesemua peristiwa ini adalah terlalu mudah bagi Allah untuk mengadakannya, lebih pantas daripada lintasan hati kerana kuasa Qadrat Allah itu Qadim yang tidak mempunyai sebarang sekatan masa, bilangan, keluasan, ukuran, timbangan dan sebagainya seperti kuasa yang diberikan kepada makhluk-makhlukNya.

 Mudah-mudahan penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada kita dan semoga

Page 20: Aliran Mazhab Akidah

Allah memberi rahmat petunjuk dan hidayahNya kepada hamba-hambaNya yang berusaha dan berjihad menuntut ilmu yang hak untuk menyelamatkan diri daripada azab seksa api neraka dan memasukkan kita bersama-sama orang mukmin salih dan ahli muqarabun di Syurga Jannah .Amin.