akidah 1

46

Upload: aya

Post on 20-Jan-2016

124 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AKIDAH 1. Bahagian Iman. Iman terbahagi kepada lebih dari 70 bahagian . Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A dari Nabi S.A.W bersabda: - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: AKIDAH   1
Page 2: AKIDAH   1

•Iman terbahagi kepada lebih dari 70 bahagian.•Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A dari Nabi

S.A.W bersabda:Iman itu lebih dari enam puluh atau tujuh puluh bahagian, yang paling utama ialah

(mengakui) tiada Tuhan selain Allah, dan yang paling rendah ialah mengetepikan benda yang menyakitkan di jalan dan malu itu sebahagian

dari iman.(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Page 3: AKIDAH   1

Iman bertambah dengan sebab taat. Berkurang dengan sebab maksiat Contoh:Membaca Al-Qur’anMembuat maksiat

, , وينقص بالطاعة يزيد وينقص يزيد اإليمانبالمعصية

Page 4: AKIDAH   1

{ Cَة CاَلFالص FنG ِإ Cَة CاَلFالص G CِقGِم وCَأ GاِبC Gَت Oِك ال CَنGِم CَكO Cي Gل ِإ CَيGوِحU َأ ِمCا UُلO اْتِمCا UِمC CعOَل ي UُهF وCالَل UُرC Oَب ْك

C َأ GُهF الَل UُرO CِذGْك وCل GُرC OمUنِك وCال اء CَشOْحCَفO ال GَنCع OَهCى Cن ْتCونUعC CصOن ] { ْت 45العنِكَبوت: ]

: المدثُر ] j GيمCانا ِإ Uوا آِمCن CيَنGِذF ال CاَدCَد OزC [31وCي

Page 5: AKIDAH   1

RINGKASAN MUKJIZAT NABI SAW

Page 6: AKIDAH   1

Dari segi bahasa: lemah atau melemahkan (’Ajaza-A’jaza) mensabitkan kelemahan untuk sesuatu

Dari segi Istilah: Perkara luar biasa yang dianugerahkan Alah S.W.T kepada para nabi sebagai bukti kebenaran risalah mereka dan cabaran kepada orang yang memungkiri kenabian mereka.

Page 7: AKIDAH   1

Mukjizat: Khusus untuk para nabi

Karamah: Dikhususkan untuk para wali

Irkhas: Anak kecil

Page 8: AKIDAH   1

Pengkhabaran kedatangan baginda di kitab yang terdahulu

Firman Allah :“ Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah, Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka” (al-A’raaf: 157)

“ Orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya” (al-Qasas: 52)

Page 9: AKIDAH   1

Memperbanyakkan makanan yang sedikit(Perang Khandak)

Membelah bulan:{ َّق� اْن�َش� َو� اَع�ُة� الَّس� َب�ِت� َت�َر� اْق�َر� َم� ] {ال�َق� 1الَقَمَر: ]

Al-Qur’an Batu memberi salam kepada nabi s.a.w. Batang korma menangis setelah dibina

mimbar yang baru.

Page 10: AKIDAH   1

Kefasihan lafaz, uslub (gaya bahasa) dan susunannya Mengandungi berita-berita tentang perkara ghaib

yang telah dan akan berlaku Mengesani jiwa manusia dan terasa yang berkata-

kata kepada kita ialah Allah swt Hukum-hakam di dalamnya telah menghasilkan umat

yang terbaik diantara umat manusia Mengandungi ilmu dan fakta yang bertetapan dengan

peredaran zaman Kandungan yang meliputi pelbagai bidang sedangkan

yang membawanya adalah Nabi yang ummi Sesuai untuk setiap zaman dan tempat hingga ke

akhir waktu

Page 11: AKIDAH   1

Beriman bahawa kitab-kitab yang diturunkan ke atas nabi-nabi menurut undang-undang untuk kebaikan umat , terkandung di dalamnya nasihat dan panduan untuk kepentingan umat.

Cukup sekadar percaya bahawa kitab-kitab ini pernah diturunkan. Tidak perlu membacanya kerana sebahagiannya telah luput & isi kandungan kitab-kitab itu telah berubah kecuali Al-Qur’an.

Page 12: AKIDAH   1

Beriman bahawa Quran adalah kata-kata ALLAH S.W.T bukan Makhluk dan bersifat azali dan ia tertulis di dalam mushaf dan disimpan dalam hati dan dibaca dengan lisan.

Ulama’ berpendapat bahawa terdapat 104 kitab yang diturunkan: 50 kepada Nabi Syiith A.S, 30 kepada Nabi Idris A.S, 10 kepada Nabi Adam A.S, 10 kepada Nabi Ibrahim A.S, Taurat ke atas Nabi Musa A.S, Injil atas Nabi Isa A.S, Zabur ke atas Nabi Daud A.S dan Quran atas Nabi Muhammad S.A.W.

Page 13: AKIDAH   1

KEFASIHAN DAN BALAGHAH AL-QURAN

Page 14: AKIDAH   1

Firman Allah :“ Muhammad ialah Rasulullah dan mereka yang bersamanya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir yang memusuhi Islam dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama umat Islam” (al-Fath: 29)

* Firman Allah dalam surah al-Munafikun (Ayat 1)

Page 15: AKIDAH   1

Hikmah penurunan al-Quran: Sesuai dengan keadaan masyrakat Arab yang ketika itu mahir dalam sastera, syair, sajak dan puisi.

Hanya orang yang pakar bahasa Arab akan memperakui kebenaran Al-Quran apabila mendengarnya

Tidak ada yang mampu meniru kalam Al-Quran Kata-kata hebat ini mustahil keluar dari seorang

yang ummi Al-Quran mampu mematahkan hujah orang

yang paling terpetah di kalangan masyarakat arab ketika itu.

Page 16: AKIDAH   1

Mengatakan Al-Quran sebagai sihir Firman Allah :

“ Kemudian ia berpaling dan berlaku sombong serta berkata, Al-Quran ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari. Ini tidak lain hanyalah kata-kata manusia” (al-Mudaththir: 23-25)

Melarang sesiapa sahaja dari mendengarnyaFirman Allah :

“ dan orang yang kafir berkata, Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia supaya kamu berjaya” (Fussilat: 26)

Page 17: AKIDAH   1

“ Al-Quran adalah sebuah kitab yang mulia dan tinggi kerana selama 14 kurun ia diturunkan, kita tidak berupaya mencari kecacatan uslubnya walaupun sedikit dan ia sentiasa segar seolah-olah ia baru diturunkan semalam” - orientalis – Lyon

“Tidak ada sesuatu pun yang menyamai Al-Quran dari segi kekuatannya meyakinkan manusia, balaghahnya dan susunannya. Ia juga merupakan punca perkembangan ilmu dalam semua bidang di dunia Islam” - Harsyfield

Page 18: AKIDAH   1

Firman Allah :“ Dan kalau kamu meragui tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka cubalah buat satu surah yang sebanding dengan Al-Quran, dan panggillah mereka yang boleh membantu kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar. Maka kalau kamu tidak mampu membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan mampu membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan untuk orang kafir” (al-Baqarah: 23-24)

Page 19: AKIDAH   1

Al-Quran mencabar manusia dan jin supaya mendatangkan sesuatu yang setanding dengan al-Quran dari segi keindahan dan ketakjubannya:

1)Cabaran untuk mendatangkas sesuatu yang sebanding dengan al-Quran seluruhnya

2)Cabaran utk mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan sepuluh surah dari nya

3)Cabaran utk mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan satu surah darinya.

Page 20: AKIDAH   1

AL-QURAN MENDAHULUI ILMU

MODEN

Page 21: AKIDAH   1

Firman Allah :“ Pada bulan ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia…” (al-Baqarah :185)

Ia bukan kitab perubatan jampi/ musabaqah/tangkal

Berbeza dengan kitab-kitab lain: kitab Veda, kitab Bible, kitab Talmud, kitab Tripitaka dan sebagainya dari segi isi dan gaya penyampaian.

Page 22: AKIDAH   1

Al-Quran diturunkan berdasarkan ilmu Allah Al-Quran menjelaskan fakta-fakta sains

yang tidak dapat difahami manusia dahulu Mengatasi ketamadunan agama/ bangsa

lain Fakta-fakta tersebut hanya difahami dengan

bantuan kemajuan teknologi dan ilmu sains Ini menjadi mukjizat yang membuktikan

kebenaran Al-Quran pada zaman moden Ia tidak dapat dipalsukan dari apa jua segi

Page 23: AKIDAH   1

Perjalanan planet di atas orbit masing-masing: dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya

mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (Yasin: Ayat 40)

Pertemuan air masin dan air tawar tanpa sempadan: Surah ar-Rahman: Ayat 19-20. 19. ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir,

sedang keduanya pula bertemu; 20. di antara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya,

masing-masing tidak melampaui sempadannya; 

Page 24: AKIDAH   1

Mengapakah Akidah merupakan asas utama dalam Islam?

Al-Qur’an telah diturunkan pada 14 abad yang lalu namun ia tetap menjadi rujukan utama bagi segala bidang ilmu. Apakah sebab-sebabnya?

Beriman kepada hari akhirat adalah salah satu dari rukun Iman. Sejauh manakah keimanan ini dapat membentuk peribadi seorang muslim?

Page 25: AKIDAH   1

BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

Page 26: AKIDAH   1

Beriman bahawa segala perkara yang dikhabarkan mengenai hari kiamat adakah benar dan bukan dongengan semata contoh percaya bahawa kebangkitan akan terjadi walaupun setelah hancur binasa tubuh badan.

Page 27: AKIDAH   1

1) Alam Alastu: Alam sebelum manusia dikeluarkan ke alam dunia dan menyaksikan ketuhanan Allah S.W.T

2) Alam Dunia:Tempat hidup sementara bertujuan untuk beramal dan mencari bekalan untuk kehidupan bahagian kedua dengan tempoh masa yang telah ditetapkan

3) Alam Barzakh: Alam penantian sebelum dihitung amalan di alam akhirat-sebahagian amalan dibalas

4) Alam Akhirat:Tempat pembalasan. Manusia akan menerima hasil dari apa yang diamalkan semasa di dunia ke syurga ataupun neraka

Page 28: AKIDAH   1

Definasi: Terhentinya nafas, pergerakan dan deria seorang insan setelah rohnya dicabut oleh malaikat maut.

Tujuan diciptakan mati: Untuk menguji hamba siapakah di kalangan mereka yang melakukan amalan yang terbaik (Surah al-Mulk: 2)

Mati adalah perpindahan dari tempat amalan (dunia) ke tempat pembalasan (akhirat)

Firman Allah :“Katakanlah! Nyawa kamu akan diambil oleh malakul maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhanmu. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka seraya merayu, Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami dapat mengerjakan amal yang baik, sesungguhnya kami telah yakin” (as-Sajdah: 11-12)

Page 29: AKIDAH   1

Dalil naqli kebenaran akhirat : Hadis Jibril datang berjumpa Nabi menanyakan tentang Iman

Dalil ‘aqli kebenaran akhirat : Manusia cintakan keadilan tetapi Keadilan

Tuhan adalah lebih sempurna Maka Allah memberikan balasan ke atas

setiap kesalahan dan ganjaran kepada setiap kebaikan dengan apa yang Dia kehendaki

Penepatan janji atas orang beriman dan kafir berdasarkan amalan sewaktu hidup di dunia

Page 30: AKIDAH   1

SUASANA HARI AKHIRAT

Page 31: AKIDAH   1

Yaum al-Kiamat Yaum al-Aakhir Al-Saa’ah Yaum al-Baa’th Yaum al-Khuruuj Al-Qaari’ah Yaum al-Fasl Yaum al-Din Al-Saakhah Al-Thoomatul Kubra Al-Ghaashiah Yaumul Khulud

Page 32: AKIDAH   1

Ia adalah alam kubur- jangkamasa selepas kehidupan dan sementara menunggu hari kiamat

Tempat persemadian walau mcm manapun keadaan kematian seseorang itu.

Allah S.W.T mengembalikan ruh ke dalam jasad tetapi bukan dalam alam kehidupan hakiki

Balasan amalan bermula di alam Barzakh Firman Allah :

“ Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang dan pada hari Kiamat diperintahkan kepada malaikat, Masukkanlah Firaun dan pengikutnya ke dalam azab seksa neraka yang seberat-beratnya” (al-Mu’min: 46)

Page 33: AKIDAH   1

Firman Allah :“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan masing-masing)” (az-Zumar: 68)

“Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar. lalu mereka tidak kuasa membuat suatu wasiatpun dan tidak pula dapat kembali kepada keluarganya” (Yasin: 50)

Page 34: AKIDAH   1

Peniup Sangkakala : Israfil   Hari Ditiup Sangkakala : Jumaat.  Dalil : Sabda Nabi saw:

“Sebaik2 hari di mana terbitnya matahari ialah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam, padanya juga Adam dimasukkan ke syurga, padanya juga Adam dikeluarkan daripada syurga, dan tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat” Hadis riwayat Muslim 

Secara zahirnya Israfil meniup sangkakala sebanyak 2 kali.

Yang pertama semuanya akan mati dan yang kedua semuanya akan dibangkitkan.

Page 35: AKIDAH   1

Definasi: Menghidupkan yang mati dan mengeluarkan mereka dari kubur mereka utk dikumpulkan dan dihitung amalan

Peringkat kedua dari proses hari kiamat. Firman Allah :

“Dan ditiuplah sangkalala , maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya)” (Yasin: 51)

Sabda nabi s.a.w :“Aku penghulu anak2 adam pada hari kiamat aku adalah orang pertama yang akan dibangkitkan dari kubur”

Page 36: AKIDAH   1

Sabda Nabi s.a.w :“manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat berkaki ayam dan telanjang” Berkata Aishah: “wahai Rasulullah! Lelaki dan perempuan?” Rasul menjawab: “Wahai Aishah keadaan terlalu teruk sehingga seseorang tidak ada keinginan untuk melihat sesama sendiri”

Page 37: AKIDAH   1

Definasi: Tempat di mana manusia dikumpulkan utk dihitung amalan dan berbeza dgn tempat kita di bumi sekarang

Firman Allah :“Iaitu pada hari ketika bumi diganti dengan bumi yang lain dan demikian pula langit, dan mereka semuanya di padang Mahsyar berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa” (Ibrahim: 48)

Page 38: AKIDAH   1

Makhluk yang dikumpulkan: Manusia, jin, malaikat dan haiwan.

Firman Allah :“Katakanlah: Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian, banar-benar akan dikumpulkan di waktu tertentu pada hari yang dikenal” (al-Waaqi’ah: 50)

Page 39: AKIDAH   1

Definasi: Lembaran amalan yang dilakukan manusia semasa hidup-satu lembaran catitan amalan utk sehari

Firman Allah :“dan buku amalan dibentangkan. Maka engkau akan melihat yang berdosa merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka berkata : Ah! Celakalah kami. Mengapa buku ini begini rupanya! Ia tidak meninggalkan yang kecil mahupun yang besar melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati semua yang mereka kerjakan itu tertulis didalamnya dan Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada sesiapa” (al-Kahfi: 49)

Page 40: AKIDAH   1

Definasi: Neraca timbangan yang menimbang amalan yang baik dan buruk untuk menentukan tempat tinggal yang abadi (syurga atau neraka)

Firman Allah :“Oleh itu sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, mereka itulah yang berjaya dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, merekalah yang merugikan diri sendiri. Mereka kekal di dalam neraka Jahanam” (al-Mukminun: 102-103)

Page 41: AKIDAH   1

Definasi: Jisim tertentu yang luas penjurunya yang terletak di sesuatu kawasan selepas melalui titian, putih seperti perak, sesiapa meminumnya tidak akan haus selamanya

Setiap nabi mempunyai haudh untuk umatnya sendiri

Haudh Rasulullah saw dinamakan sebagai al-Kaustar

Sifat air al-Kaustar :Lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, lebih wangi dari kasturi, seluas perjalan sebulan dan penghujungnya serupa, timba minumannya lebih banyak dari bintang di langit

Page 42: AKIDAH   1

Dari segi bahasa: Jalan yang luasDari segi Istilah: Sebuah titian yang berada di atas

neraka Jahanam yang mana apabila dilalui oleh segolongan orang kafir, mereka akan tergelincir lalu jatuh ke dalam jurang neraka dan dihujung titian ialah syurga

Lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang

Jaraknya sama seperti perjalanan kaki 3 ribu tahun Menjadi laluan bagi setiap orang selepas

perhitungan Ahli syurga akan lalu di atasnya menuju ke syurga Ahli neraka pula akan jatuh ke dalam neraka

Page 43: AKIDAH   1

Definasi: Dari segi bahasa: Taman Dari segi Istilah: Tempat pembalasan pahala

yang dijanjikan sebagai Perhentian terakhir bagi orang-orang yang beriman

Perhentian yang penuh nikmat Ia adalah ganjaran bagi yang beriman Kekal di dalamnya Rasulullah mensifatkan syurga :

“di dalamnya terdapat nikmat-nikmat yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga dan tidak terlintas di hati manusia”

Page 44: AKIDAH   1

1) Syurga Firdaus:2) Syurga ‘And3) Syurga Khuld:4) Syurga Na’im:5) Syurga Ma’wa:6) Syurga Darussalam:7) Syurga Darul Jalal:

Page 45: AKIDAH   1

Definasi: Dari segi bahasa: Jisim yang bersifat lembut dan bergerak

Dari segi Istilah: Tempat Azab yang disediakan utk orang yang berdosa

Disediakan bagi orang-orang kafir dan munafiq Balasan di atas kekufuran mereka Keadaan orang beriman yang berdosa :

Orang-orang beriman yang berdosa akan dimasukkan ke dalam neraka sementara – tidak kekal – mengikut kadar dosa yang mereka lakukan, kemudian dikeluarkan menuju ke syurga

Page 46: AKIDAH   1

1) Neraka Jahannam: Tempat utk Orang Mu’min yang berdosa

2) Neraka Lazha 3)Neraka Hutomah 4) Neraka Sa’ir 5) Neraka Saqr 6) Neraka Jahim 7) Neraka Hawiyah: Tempat utk orang

Munafik