al-farabi tokoh berjiwa pendidik

3
Al-Farabi: Tokoh Falsafah Berjiwa Pendidik Al-Farabi merupakan seorang tokoh Islam yang sangat berpengaruh pada era kegemilangan empayar Islam. Beliau merupakan seorang yang sangat baik hati dan banyak menyumbangkan ilmu dalam dunia Islam. Beliau telah mendalami pelbagai ilmu kehidupan secara meluas yang ialah meliputi bidang sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik. Secara peribadinya, saya mengkagumi al-Farabi iaitu seorang ahli falsafah yang sangat agung dalam dunia Islam. Hal ini kerana beliau telah mengasimilasikan falsafah Plato dan Aristotle dalam kehidupannya. Boleh saya simpulkan di sini bahawa al-Farabi telah menjadikan Plato dan Aristotle sebagai guru dan panduan hidupnya. Antara cara yang mereka gunakan ialah cetusan idea dan pemahaman menerusi dialog dan perbincangan. Berdasarkan pegangan al-Farabi, banyak yang boleh kita kaitkan dengan cabang falsafah. Antaranya ialah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Metafizik berunsurkan kepercayaan kepada tuhan. Oleh itu, Al-Farabi menerapkan unsur ketuhanan seperti mempercayai Allah. Beliau menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan hidup. Pandangan al-Farabi dari aspek Epistemologi ialah bagaimana murid akan mendalami ilmu pengetahuan. Beliau menekankan tentang pentingnya ilmu pengetahuan kepada murid kerana dengan ilmu, murid dapat memajukan diri mereka. Aksiologi pula bermaksud etika dan beretika. Banyak nilai-nilai murni yang dapat diterapkan di dalam diri kita sebagai seorang murid. Sebagai contoh ialah nilai menghormati orang tua. Di dalam al-Quran ada mengatakan bahawa umat Islam mestilah menghormati orang tua. Nilai inilah yang menjadikan kita sebagai seorang manusia yang sangat sempurna. Akhir sekali ialah logik. Murid mendapat jawapan yang tepat dan munasabah melalui setiap alasan yang diberikan. Murid mengetahui mana yang betul dan mana yang salah. Pegangan al-Farabi juga boleh difahami dalam aliran falsafah pendidikan barat iaitu PEPER yang terdiri daripada perenelisme, esensialisme, Al-Farabi ( 870-950 AD)

Upload: marisa-smith

Post on 22-Jun-2015

697 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Al-Farabi Tokoh Berjiwa Pendidik

Al-Farabi: Tokoh Falsafah Berjiwa Pendidik

Al-Farabi merupakan seorang tokoh Islam yang sangat berpengaruh pada era kegemilangan empayar Islam. Beliau merupakan seorang yang sangat baik hati dan banyak menyumbangkan ilmu dalam dunia Islam. Beliau telah mendalami pelbagai ilmu kehidupan secara meluas yang ialah meliputi bidang sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik.

Secara peribadinya, saya mengkagumi al-Farabi iaitu seorang ahli falsafah yang sangat agung dalam dunia Islam. Hal ini kerana beliau telah mengasimilasikan falsafah Plato dan Aristotle dalam kehidupannya. Boleh saya simpulkan di sini bahawa al-Farabi telah menjadikan Plato dan Aristotle sebagai guru dan panduan hidupnya. Antara cara yang mereka gunakan ialah cetusan idea dan pemahaman menerusi dialog dan perbincangan.

Berdasarkan pegangan al-Farabi, banyak yang boleh kita kaitkan dengan cabang falsafah. Antaranya ialah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Metafizik berunsurkan kepercayaan kepada tuhan. Oleh itu, Al-Farabi menerapkan unsur ketuhanan seperti mempercayai Allah. Beliau menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan hidup. Pandangan al-Farabi dari aspek Epistemologi ialah bagaimana murid akan mendalami ilmu pengetahuan. Beliau menekankan tentang pentingnya ilmu pengetahuan kepada murid kerana dengan ilmu, murid dapat memajukan diri mereka.

Aksiologi pula bermaksud etika dan beretika. Banyak nilai-nilai murni yang dapat diterapkan di dalam diri kita sebagai seorang murid. Sebagai contoh ialah nilai menghormati orang tua. Di dalam al-Quran ada mengatakan bahawa umat Islam mestilah menghormati orang tua. Nilai inilah yang menjadikan kita sebagai seorang manusia yang sangat sempurna. Akhir sekali ialah logik. Murid mendapat jawapan yang tepat dan munasabah melalui setiap alasan yang diberikan. Murid mengetahui mana yang betul dan mana yang salah.

Al-Farabi ( 870-950 AD)

Page 2: Al-Farabi Tokoh Berjiwa Pendidik

Pegangan al-Farabi juga boleh difahami dalam aliran falsafah pendidikan barat iaitu PEPER yang terdiri daripada perenelisme, esensialisme, progresivisme, eksistantialisme, rekonstruktivisme. Tetapi, melalui pengamatan saya ini, saya hanya mengemukakan aliran falsafah pendidikan moden barat kerana al-Farabi berpandukan Plato dan Aristotle. Dua tokoh ini merupakan tokoh falsafah moden barat.

Bagi progresivisme, beliau mengatakan bahawa murid sepatutnya bersedia menghadapi perubahan persekitaran. Kesedaran ini sepatutnya berada dalam diri murid. Melalui pendedahan yang diutarakan al-Farabi, murid perlu sedia menerima input baru, contohnya ilmu baru. Ilmu ini bakal mencorakkan kehidupan seseorang. Murid sebagai pencari ilmu dan bersifat aktif manakala guru hanya sebagai pembimbing. Eksistantialisme, iaitu murid merupakan paksi utama dalam pendidikan. Murid mestilah bertanggungjawab terhadap diri masing-masing. Guru hanyalah bertindak sebagai pemangkin ilmu. Hal ini dibuktikan apabila murid bebas memilih haluan kehidupannya tanpa sebarang pengaruh daripada mana-mana pihak. Rekonstruktivisme mengatakan peranan sekolah sebagai landasan untuk membentuk masyarakat baru. Guru bertindak sebagai ejen perubahan manakala murid pula bersifat berani mencuba dan aktif terhadap ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, al-Farabi merupakan tokoh Islam yang sangat berpengaruh. Berpandukan kepada PEPER cetusan Plato dan Aristotles telah menyuntik semangat al-Farabi untuk menyambung terus matlamat falsafah barat iaitu membentuk manusia cemerlang. Akhirnya, matlamat murni ini telah berjaya menjadikan tamadun Islam serta falsafah pendidikan Islam berada pada puncaknya serta boleh bertahan beratus tahun lamanya.

Page 3: Al-Farabi Tokoh Berjiwa Pendidik

RUJUKAN

1) Choong Lean Keow. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2) http://teosophy.wordpress.com/2009/12/07/al-farabi/