kualiti pendidik prasekolah

Upload: dyaz-d-hererra

Post on 13-Oct-2015

964 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

harap membantu.

TRANSCRIPT

PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

TAJUK 1 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kualiti pendidik prasekolah yang menjurus kepada kecekapan dalam pengurusan pusat prasekolahHASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :1. Mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam pengurusan pusat kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang pengurus.2. Mengenalpasti proses guru sebagai model dan pembelajaran sepanjang hayat.3. Mengintergrasikan kesedaran kendiri peribadi dan profesional dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.Kerangka Tajuk-tajuk

KONSEP KUALITIKualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu poduk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang tersurat atau tersirat. Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi produk ialah mudah diperolehi, tahan lama, bersih, selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan mudah diangkut.

Manakala kualiti dalam perkhidmatan pula mempunyai ciri-ciri kualiti bagi sesuatu perkhidmatan adalah seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan, jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan keselamatan (Hairuddin Mohd Ali etc. al, 1999)

Berdasarkan konsep kualiti sama ada dari aspek produk atau perkhidmatan dapat kami rumuskan bahawa kualiti dalam pendidikan dapat disimpulkan sebagai satu sistem pengembangan ilmu yang diberi penekanan kualiti dalam melahirkan produk atau pelajar yang berkembang secara menyeluruh hasil daripada perkhidmatan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung yang disediakan oleh guru bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DEFINISI KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH.

Dalam konteks pendidikan prasekolah pula, kualiti dalam pendidikan bukan sahaja memberikan peluang kenak-kanak belajar malah memberi kanak-kanak peluang untuk meneroka alam persekitaran mereka bagi mendapatkan pengalaman berharga tanpa memikirkan risiko atau kebarangkalian berlakunya kecederaan atau kemalangan. Jesteru, guru memainkan peranan dengan utama dengan memastikan kanak-kanak berpeluang meneroka dengan menyediakan sebuah premis belajar yang kondusif selaras dengan pernyat aan Juran (1995), bahawa kualiti dalam pendidkan prasekolah bukan memberi tumpuan kepada bagaimana persekitaran dirancang tetapi penubuhan prasekolah adalah sebuah tempat yang bersedia mencabar kanak-kanak supaya merka berpeluang memenuhi niat dan matlamat kehidupan mereka.Pengetahuan asas guru yang profesional

Sebagai seorang guru prasekolah yang berprofesional ia perlu memahami perkara-perkara berikut:

Akta kanak-kanak 2001 (akta 611)

Akta 550

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Konsep Pendidikan prasekolah

Matlamat Pendidikan prasekolah

Objektif Pendidikan Prasekolah

Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran Prasekolah

Teori Perkembangan kanak-kanak

Amalan yang Bersesuaian dengan perkembangan Kanak-kanak.

GURU SEBAGAI MODEL:Dalam proses pendidikan, guru tidak hanya menjalankan fungsi alih ilmu pengetahuan (transfer of knowledge) tetapi juga berfungsi untuk menanamkan nilai (value) serta membangunkan karakter (Character Building) kanak-kanak secara berterusan.Menurut Ragbir Kour (2007) guru sebagai model harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.BELAJAR SEPANJANG HAYAT

KESEDARAN KENDIRI PERIBADI DAN PROFESIONAL(PERSONAL AND PROFESIONAL SELF-AWARENESS)profesional yang reflektifboleh menilai kekuatan kelemahan peribadiboleh menerima pandangan /idea baru

TUGASAN:

Bincangkan dalam kumpulan sejauh manakah seorang guru prosekolah boleh meningkatkan kesedaran kendiri peribadi dan profesionalnya dengan berdasarkan fakta-fakta berikut: profesional yang reflektif boleh menilai kekuatan kelemahan peribadi boleh menerima pandangan /idea baruTAJUK 2KECEKAPAN PENGURUSAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kecekapan pengurusan yang menjurus kepada pengurusan organisasi, kewangan, personel dan pengurusan kemudahan.HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti pengurusan organisasi yang .2. Mengenalpasti proses pemasaran dan kemahiran menjalin perhubungan awamperkhidmatan makanan dengan berkesan.Kerangka Tajuk-tajuk

KECEKAPAN PENGURUSAN

DEFINISI PENGURUSANSatu proses aktiviti tadbirurus untuk merancang,mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumbersumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.KONSEP PENGURUSANOrganisasiManusia bekerja bersama dan menyelaraskan tindakan mereka bagi mencapai matlamat mereka.MatlamatSasaran yang ditetapkan untuk dicapai oleh organisasi pada masa hadapan.PengurusanProses menggunakan semua sumber organisasi bagi mencapai matlamat organisasi dengan melakukan fungsifungsi pengurusanPengurusan Organisasi1.Mengetahui dan menghayati pelbagai peraturan dan sistem dalampengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak.

2.Menjalankan pengurusan tadika berdasarkan garis panduan dan peraturanyang telah ditetapkan.

3.Menyediakan kemudahan yang sewajarnya untuk pendidikan awal kanak-

kanak.

.

CIRICIRI ORGANISASI

1.Mempunyai identiti tersendiri.2.Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti.3.Mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja.4.Mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi

menjalankan aktiviti.PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan merupakan satu daripada pengurusan yang dipertanggungjawabkan kepada guru-guru Prasekolah untuk diurus dengan cekap dan berakauntabiliti.

Kewangan

Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan digunakan untuk mencapai matlamat mereka. Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan kanak-kanak, berdasarkan formula MESH. a. M (material)

Untuk bahan yang digunakan di pusat tersebut.

b. E (equipment) Untuk peralatan termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan dan hiasan.c. S (space) Untuk tempat (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.d. H (human) Untuk tenaga manusia termasuklah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.

Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dan pengagihan dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.Peruntukan kewangan

Bagi prasekolah Kementerian Pelajaran, peruntukan kewangan diperolehi melalui beberapa sumber seperti berikut;

Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )

Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.Maksud Perbelanjaan Bantuan Per Kapita Prasekolaha. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.b. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.c. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.d. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasacuti

persekolahan atauhari persekolahan( misalnya melawat Zoo pada hari persekolahan semasa tema Haiwan Liar, melawat Muzium semasa tema Masyarakat, Negeri dan Negara, melawat Taman Bunga semasa tema Bunga atau melawat ke dusun buah-buahan semasa tema Buah-buahan )

e.Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

Pemberian Bantuan Makanan PelajarKadar bantuan makanan adalah sama di semua kelas prasekolah seluruh negara.

Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan

Perancangan ini hendaklah disediakan sebelum penggal persekolahan bermula tiap-tiap tahun. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah wang yang diperlukan bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan tahunan ini dapat dijadikan panduan kepada pihak pengurusan prasekolah bagi mengeluarkan wang peruntukan terlebih dahulu kepada guru prasekolah, bagi keperluan membeli bekalan makanan/minuman, untuk bulan tertentu. Guru tidak perlu menggunakan wang peribadi terlebih dahulu untuk perbelanjaan makan/minum murid-murid. Di prasekolah Kementerian Pelajaran, makan minum murid-murid prasekolah hendaklah diuruskan dan disediakan oleh guru/pengasuh kelas prasekolah yang bertugas. Pihak pengurusan prasekolah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan kantin/koperasi sekolah dalam pengurusan/penyediaan makan minum murid-murid prasekolah.Penyata Kewangan Bulanan

Di prasekolah Kementerian Pelajaran, status penyata kewangan bagi catatan penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima oleh guru /pengasuh daripada Guru Besar (sebagaimana perancangan tahunan), perlu disediakan oleh guru/pengasuh secara kemaskini tiap-tiap bulan. Penyata ini perlu disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar pada akhir bulan dan dianggap sebagai dokumen sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Ianya wajar diteliti dan diperiksa oleh audit sekolah. Penyata kewangan ini perlu disediakan di dalam suatu buku tunai khas.

Peruntukan Makanan

1.Perancangan Peruntukan Makanan/Minuman

2.Perancangan Menu Bulanan

3.Anggaran Perbelanjaan i. Bahan Basah

ii. Bahan Kering4.Tuntutan Perbelanjaan Bulanan

5.Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan

6.Fail Kewangan

- Surat Tuntutan Perbelanjaan

- Baucer Bayaran (sertakan resit)

Perbelanjaan wang LPBT Kelas PrasekolahPerbelanjaan wang LPBT di kelas Prasekolah adalah untuk tujuan seperti berikut;

1.Bayaran bil telefon, air, eletrik, telegram, internet dan pembentungan.2. Pembaikan kecil kelas.3. Penyelengggaran perabot dan peralatan kelengkapan kelas termasuk

komputer.4.Perkhidmatan percetakan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran.5. Perkhidmatan pengiklanan (misalnya membuat banner bagi memaklumkan kepada khalayak tentang pendaftaran dan kemasukan murid prasekolah pada tahun berikutnya )6. Pengangkutan barang-barang7. Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat ( misalnya kelas anda kehabisan gas dan anda perlukannya segera maka tambang teksi untuk mengambil gas boleh dituntut kepada sekolah )8. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan rasmi.9. Perolehan harta modal melebihi RM10,000 perlu mendapat kelulusan Ketua PTJ, manakala pembelian komputer mesti mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian.10. Bayaran yuran kursus bagi guru prasekolah.11. Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid dan keselamatan kelas.12. Bayaran teksi bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi.13. Pengangkutan murid dan bayaran insuran untuk murid dan guru pengiring untuk aktiviti sukan dan karnival prasekolah.

Panjar Wang Runcit(PWR)

Ia merupakan sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat pembayaran kecil dengan segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran perbelanjaan. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada guru yang memerlukan untuk membayar perbelanjaan aktiviti kelas.

Belian dengan bil tidak melebihi RM100.00 boleh dituntut menggunakan PWR.

Geran PelancaranPeruntukan ini diberi oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan Kementerian Pelajaran kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi. Ia bertujuan membantu pengurusan sekolah bagi memulakan operasi pentadbiran kelas. Kadar adalah ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis panduan yang disediakan oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggarakan Akaun Subsidiari. Pengurus sekolah boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian bahan yang telah disenaraikan oleh BPP, KPM semasa peruntukan diberi.

Untuk bacaan selanjutnya, rujuk Surat Pekeliling kewangan Bil. 5 Tahun 2002 Lampiran B perkara A dan Lampiran C Jadual 1dalamBuku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah terbitan Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya Edisi Keempat - Tahun 2005.

PENGURUSAN PERSONEL

Menyediakan /menggaji pekerja yang berpotensi tinggi / berkelayakan

Mengekalkan pekerja yang cekap

Memantau keupayaan guru/pembantu

Rancangan perkembangan staf untuk membina bakat dan profesionalise pekerjaPENGURUSAN KEMUDAHAN

Bertanggung jawab menyediakan ruang pembelajaran Penyediaan kemudahan, perabot dan peralatan Merancangkan spesifikasi dan susun atur Ruang selamat, selesa dan sesuai dengan prinsip perkembangan kanak-kanak.TAJUK 3KECEKAPAN HUBUNGAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kecekapan hubungan yang menjurus kepada hubungan kemanusiaan dan kecekapan dalam pemasaran dan perhubungan awam.HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti hubungan kemanusiaan yang bersesuaian dengan pengurusan pusat kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang pengurus.2.Mengenalpasti proses pemasaran dan kemahiran menjalin perhubungan awam

perkhidmatan makanan dengan berkesan.Kerangka Tajuk-tajuk

HUBUNGAN KEMANUSIAAN (HUMAN RELATIONS)

Hubungan Kemanusiaan, teori hubungan antara manusia, teori hubungan kerja kemanusiaan, atau the human relation theory. Hubungan antara manusia dan hubungan kemanusiaan kedua-duanya merupakan terjemahan dari istilah bahasa inggris human relations. Hubungan antara manusia dengan hubungan kemanusiaan sesungguhnya mempunyai pengertian yang tak sama. Hubungan antara manusia merupakan antara personal yang bersifat lahiriah saja, kurang memperhatikan aspek kejiwaan. Sehingga tidak memberikan kepuasan psikologis. Sesuatu hubungan dikatakan mempunyai hubungan kemanusiaan, apabila hubungan tersebut dapat memberikan kesedaran dan pengertian. Sehingga pihak lain (yang menerima informasi) merasa puas.

Pengertian hubungan kemanusiaan dapat diklasifikasi kepada dua perkara. Pertama hubungan kemanusiaan dalam persekitaran sekelilingnya dan yang keduanya ialah hubungan kemanusiaan dalam persekitaran organisasi sendiri. Didalam persekitaran, hubungan kemanusiaan dalam persekiataran sekelilingnya adalah hubungan antara seseorang dengan orang lain yang terjadi dalam segala situasi dan dalam semua bidang kegiatan atau kehidupan untuk mendapatkan kepuasan hati. Manakala dalam hubungan kemanusiaan dengan organisasinya adalah hubungan antara seseorang dengan orang lain dalam sesuatu organisasi, yang bertujuan memberikan kepuasan kepada diri. Sehingga para pegawai mempunyai semangat kerja yang tinggi, kerjasama yang tinggi serta disiplin yang tinggi.

Teori organisasi hubungan kemanusiaan merupakan dari suatu anggapan bahwa dalam kenyataan sehari-hari organisasi merupakan hasil dari hubungan kemanusiaan (human relation). Teori ini beranggapan bahwa organisasi dapat diurus dengan baik dan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan apabila didalam organisasi itu terdapat hubungan antara peribadi yang serasi. Hubungan itu dapat berlangsung antara pimpinan dengan pimpinan yang setingkat, antara pimpinan dengan bawahan, antara bawahan dengan pimpinan, antara bawahan dengan bawahan.

Tujuan dilaksanakannya hubungan kemanusiaan adalah untuk mendapatkan :

1. Menjalin dan mengekalkan hubungan produktif.2. Menjalin hubungan dengan pelbagai pihak.- jabatan-jabatan kerajaan, badan-

badan NGO, pertubuhan-pertubuhan belia, dan komuniti dipersekitaran.3. Menjalin hubungan dengan keluarga kanak-kanak, pekerja, wakil niaga.

4. Membina pasukan (team work) motivasi, kumpulan dinamik.

5. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan teknik-teknik menyelesaikan masalah.

Apabila didalam organisasi ada kepuasan psikologis pada diri para anggota, ada moral, disiplin dan motivasi yang tinggi, maka organisasi itu akan dapat diurus dengan mudah dan dapat berjalan dengan lancarr menuju sasaran yang ditetapkan.

Dari huraian diatas dapatlah diketahui bahawa hubungan kemanusiaan amat penting di ketahui oleh seseorang individu kerana dengan mengujudkan hubungan kemanusiaan akan dapat membina peribadi yang harmonis, iaitu hubungan yang berdasarkan atas kerukunan, kekeluargaan, hormat-menghormati dan saling menghargai. Hanya dalam suasana yang demikian organisasi dapat diurus dengan baik dan dapat mencapai sasaran.

Disamping itu, dalam hubungan kemanusiaan juga dikemukakan cara-cara yang harus ditempuh oleh setiap individu untuk meningkatkan kepuasan anggota-anggota di dalam sesebuah organisasi. Untuk memberikan kepuasan kepada para anggota organisasi, seseorang individu itu akan dapat menaruh perhatian terhadap pelbagai perkara yang merangkumi taraf sosio-ekonomi dan budaya sesuatu masyarakat.

PEMASARAN DAN PERHUBUNGAN AWAM (MARKETING AND PUBLIC RELATIONS)

Sebagai seorang guru prasekolah yang efektif ianya memerlukan strategi yang baik untuk melakukan proses pemasaran prasekolahnya kepada khalayak umum agar pusat prasekolahnya akan menjadi sebutan dan rebutan penduduk setempat untuk kanak-kanak belajar. Pertama, mereka selalu mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai cukup anggaran atau dana promosi yang tersedia terbatas. Dan kedua, bagaimana agar promosi yang dilakukan boleh dilaksanakan dengan menggunakan kewangan dana yang tersedia terbatas. Kedua perkara ini tidak salah. Namun ada bebarapa langkah penting dalamproses pemasaran yang perlu dilakukan. 1) Tentukan target pemasaran:Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memasarkan adalah menetapkan target pemasaran anda . Siapa yang menjadi sasaran untuk prasekolah anda.

Boleh saja misalnya anda mengarahkan pada beberapa kelompok target pemasaran anda. Namun perlu diingat,setiap pemasaran yang berjaya harus berfokus kepada target yang dituju. Dari sekelompok target pemasaran tersebut, temukan juga orang-orang yang mempunyai hasrat lebih kepada prasekolahk anda. Sebab pada merekalah anda boleh mempromosikan pemasaran anda dengan banyak.

2) Berikan penawaran

Langkah kedua pada proses pemasaran adalah penawaran. Pada target pemasaran tersebut, sampaikan penawaran anda. Bukan sekedar penawaran biasa, tapi penawaran yang menarik dan banyak memberi manafaatnya.

3) Media yang dipakaiLangkah ketiga dalam proses pemasaran adalah penggunaan media yang akan digunakan untuk menyampaikan pesanan anda. Terdapat pelbagai media yang boleh digunakan dalam menyampaikan pemasaran anda antaranya menggunakan:

Iklan

Kain rentang

Face book

Flyer

Radio dan telivisyen

Surat khabar

Ceramah

Dan sebagainya.

Berdasarkan Rajah di atas bincangkan Strategi Pemasaran untuk mempromosikan prasekolah anda kepada masyarakat setempat.

PERHUBUNGAN AWAMPerhubungan awam ialah satu reputasi yang dijalinkan oleh pengamal perhubungan awam untuk menunjukkan hubungan yang positif dengan publik dalaman yang terdiri dari kumpulan atau individu yang mempunyai hubungan dengan organisasi samada pembekal pengedar; pelanggan; pengguna; kerajaan; media; pelabur mahupun masyarakat awam (Hamdan, 1988).

Heath (2001) mendefinisikan perhubungan awam sebagai satu sains sosial untuk

menganalisa dan meramal arah aliran; perunding nasihat kepada pihak majikan dan

bertindak melaksanakan program yang terancang dan berterusan untuk kepentingan

organisasi dan khalayak sasaran.

Pengamal perhubungan awam perlu bersaing dengan kemajuan teknologi terbaru

dalam komunikasi. Menurut White (1997), pengamal perhubungan awam hendaklah sentiasa bekerja di dalam batas teknologi terbuka manakala pembangunan teknologi dijadikan sebagai pemudah tugas mereka. Pengamal perhubungan awam juga perlu menggunakan taktik dan alat dalam teknologi baru ini yang telah dipertingkatkan. Antaranya seperti teknologi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan Multimedia (MMS); Personal Digital Assistant (PDA); Blue tooth; forum melalui internet seperti blog, membuat bantahan dalam web, forum komuniti internet dan Internet Phones (I-Phones).

Untuk itu sebagai guru prasekolah yang bertanggungjawab terhadap pusat prasekolahnya ia dengan sendirinya perlulah dapat:

Mengekalkan program pembelajaran yang menarik dan terkini yang banyak menggunakan teknik, strategi dan pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan semasa yang lebih menjurus kepada perkembangan ICT.

Mengekalkan hubungan yang baik dengan keluarga yang berpotensi

Membekalkan dan menawarkan program pembelajaran yang berkualiti dan kondusif kepada kanak-kanak.

Menyumbangkan kepada kesedaran komuniti tentang perlunya mengetahui kepentingan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.TOPIK 4PENGURUSAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN MAKANAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan pengurusan kesihatan, keselamatan dan makanan yang sangat penting untuk guru prasekolah agar lebih memahami tanggung jawab sebagai seorang pengurus perkhidmatan pemakanan di prasekolah.HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti bagaimana untuk menguruskan kesihatan Kanak-kanak.

2. Mengenalpasti bagaimana menguruskan keselamatan kanak-kanak.

3. Mengenalpasti bahan, peralatan, menu makanan yang bersesuaian

dengan kanak-kanak serta pengurusan untuk melaksanakan perkhidmatan makanan dengan berkesan.Kerangka Tajuk-tajuk

PENGURUSAN KESIHATAN

Latihan Kesihatan

Topik ini menceritakan latihan kesihatan, keperluan asas untuk memastikan penjagaan kesihatan kanak-kanak dan menyediakan satu polisi dan prosedur untuk mencapai matlamat kesihatan.

ARAHAN : Sekarang mari kita cuba memahami konsep kesihatan berdasarkan WHO dan Hugh Hawes et.all,1997.

Mengikut WHO kesihatan didefinisikan sebagai satu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental/emosi, rohani dan sosial. Kesihatan juga merupakan satu proses dinamik yang sentiasa berubah serta oleh diperoleh melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap, amalan yang seimbang dan berterusan.

Mengikut Hugh Hawes et.all, kesihatan merupakan keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial bukan hanya sekadar bebas dari penyakit sahaja. Sekiranya salah satu daripada unsur- unsur yang disebutkan mengalami gangguan bermakna individu tersebut tidak sihat.

Setelah anda membaca definisi di atas cuba buat refleksi adakah anda bersetuju dengan definisi tersebut. Jika tidak, sila berikan deifinisi yang lain.

Jika definisi baru dapat dihasilkan, tahniah diucapkan kepada anda. Sekarang anda dikehendaki membaca artikel di bawah dan cubamenjawab soalan-soalan yang disediakan.

Gaya hidup cergas berasaskan kehidupan seharian kepada kegiatan fizikal yang aktif. Gaya hidup cergas berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan sebaliknya gaya hidup tidak aktif pula sentiasa dikaitkan dengan nilai kesihatan yang negatif dan penyakit serta masalah kesihatan yang lain.

Gaya hidup bergantung kepada faktor usia, minat dan tahap kesihatan.Kegiatan seperti berjoging, berkhemah, bersukan atau kembara akan dapatmemupuk kesihatan fizikal yang sihat dan cergas. Kesihatan fizikal yangbaik akan dapat menyumbang kearah pembentukan gaya hidup yang baik kepada sesebuah masyarakat. Individu yang tidak aktif mengundang pelbagai penyakit yang mengancam kehidupan mereka. Di samping pemodenan yang tidak terkawal, menyebabkan timbulnya stres dan pengambilan makanan yang tidak seimbang.

Gaya hidup sihat juga mempunyai hubungan yang kuat dengan kesihatan sosial. Semasa individu bergerak secara aktif mereka akan bergaul danberinteraksi sesama ahli keluarga, rakan atau masyarakat. Gaya hidupsihat dari segi sosial juga merujuk kepada individu yang terlibat di dalamaktiviti persatuan, pertubuhan sukarela, badan beruniform dan sebagainya.

Aspek kesihatan mental dan emosi penting di dalam membentuk gaya hidupsihat. Sekiranya seseorang itu dapat menghadapi situasi bosan dan risauyang melanda diri, maka orang itu biasanya mempunyai kesihatan mental dan emosi yang stabil. Sekiranya mengalami tekanan, kelesuan dan keletihan, individu yang mempunyai kesihatan mental emosi yang sihat berupaya menghadapi dan menguruskannya dengan berkesan. Pelbagaicara boleh dilakukan untuk mengatasi tekanan, kelesuan dan kepenatan.Antaranya adalah dengan tidur yang cukup, beriadah atau melakukan aktiviti permainan ringan seperti catur.

Kesihatan yang sihat dari segi rohani meliputi perkara-perkara mengenai hubungan individu dengan agama. Sekiranya individu mempunyai kepercayaan agama dan mengamalkannya di dalam kehidupan dengan penuh bertanggungjawab, maka individu itu sihat dari segi rohani. Individu yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan bertambah yakin di dalam menjalani hidupnya. Bergaul dengan rakan-rakan secara sihatdan mengelakkan daripada perbuatan mungkar yang merosakkan.

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan sepertikemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedahkepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Dalam teori Keperluan Maslow, beliau menggariskan bahawa salah satu keperluan manusia ialah keperluan keselamatan. Tanpa keselamatan yang terjamin, pendidikan tidak dijalankan secara berkesan kerana dihantui olehkebimbangan dan takut yang tidak menentu.

Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman,kedamaian, perlindungan, bebas dari resah, bebas dari ketakutan di mana semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Setelah anda membaca artikel yang disediakan ini cuba renung sejenak .. Bagaimana gaya hidup anda sekarang ? Adakah anda mengamalkan gaya hidup yang sihat ? Kalau ya . Bagus .

Teruskan dengan menjawab soalan berikut : 1. Apakah yang anda faham mengenai kesihatan? 2. Pada pandangan anda apakah faktor yang membantu pembentukan gaya Hidup yang sihat?

3. Apakah kepentingan penjagaan kesihatan bagi anda?Tahniah! Anda telah dapat menyelesaikan unit ini dengan jayanya.

Selamat sejahtera. Jumpa lagi kita dalam unit keperluan asas untuk memastikan penjagaan kesihatan kanak-kanak

Berhenti dan refleksi.

Reflek tentang pengajaran anda terhadap penjagaan kuku, rambut, badan, tangan, kaki dan pakaian di dalam kelas. Punca, gejala dan pencegahan penyakit-penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak .Cuba anda dapatkan gambar dan penerangan mengenai 4 jenis penyakit kulit daripada laman web.

Jika anda telah dapat mencari bahan-bahan di atas, tahniah seterusnya sila jawab soalan-soalan berikut :

1. Antara jenis penyakit yang anda telah perolehi,penyakit kulit manakah yang sering menyerang kanak-kanak.

2. Bagaimana penyakit ini boleh menyerang kanak-kanak dan cara mengatasinya.

3. Benarkah penyakit kulit ini berlaku disebabkan kekurangan zat makanan dan kurang penjagaan kesihatan diri.

Cara cuci tangan yang betul (dipetik dari CDC Atlanta)POLISI DAN PROSEDUR MENCAPAI MATLAMAT KESIHATAN

Lebih kurang 26,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia setiap hari, dan tarikh sasaran untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) 4 yang bertujuan untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak dua pertiga di antara tahun 1990 dan 2015 semakin hampir, ketika ini beberapa persoalan kritikal muncul: bagaimana momentum terhadap perjuangan para ibu, bayi dan kanak-kanak boleh dikembalikan semula dan kemajuan dapat dipercepatkan dalam masa empat tahun yang akan datang?

Menurut Wakil UNICEF Malaysia, En. Youssouf Oomar, kadar kematian kanak-kanak secara umumnya telah dikenalpasti sebagai petunjuk terbaik bagi kesejahteraan populasi kanak-kanak dan juga merupakan penilaian bagi perkembangan keseluruhan sesebuah negara tersebut.

Isu ini bertindak sebagai barometer yang sensitif bagi perkembangan dan kesejahteraan sesebuah negara tersebut serta menunjukkan bukti tentang keutamaan dan juga nilai-nilai sesebuah negara tersebut. Pelaburan kesihatan kanak-kanak dan ibu adalah merupakan kepentingan hak kemanusiaan dan ia marupakan salah satu cara bagi sesebuah negara itu memastikan arah tujuannya untuk mencapai masa hadapan yang lebih baik, kata En. Oomar.

Di Malaysia, kesihatan ibu dan anak-anak telah mengalami perkembangan yang dramatik semenjak era selepas kemerdekaan, dengan peringkat yang telah dikecapi pada hari ini adalah lebih kurang bersamaan dengan negara-negara yang lebih maju:

Kadar kematian di bawah umur lima tahun (U5MR) telah menurun dari 57 peratus bagi 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1970 dan 22 pada tahun 1990 kepada 12 pada tahun 2006.

Kadar kematian bayi (IMR) telah menurun dari 41 bagi 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1970 dan 16 pada tahun 1990 kepada 10 pada tahun 2006.

Nisbah kematian ibu (MMR) telah menurun sebanyak separuh di antara tahun 1957 dan 1970 apabila ia telah menurun daripada 280 kepada 141 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup. Menjelang tahun 1990an, MMR telah menurun dan sehingga kini ia kekal lebih kurang 33 bagi 100,000 kelahiran hidup (lebih kurang 160 kematian ibu dilaporkan setiap tahun)

Pengalaman Malaysia yang mengagumkan di dalam menurunkan kadar kematian kanak-kanak dan ibu adalah merupakan hasil daripada gabungan pelbagai polisi, strategi dan program yang telah menangani isu akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan melalui dimensi sosio-ekonomi, budaya, pendidikan, gender dan kemiskinan.

Namun begitu, walaupun ianya telah mencapai tahap yang paling rendah, tren terkini yang semakin serata masih menunjukkan perbezaan di antara kawasan bandar dan pedalaman adalah semakin ketara. Punca utama kematian di Malaysia pada hari ini bagi kanak-kanak di bawah umur satu tahun adalah kondisi keadaan*, manakala septicaemia* (keracunan darah) dan pneumonia adalah merupakan punca utama kematian kanak-kanak yang berumur di antara 1-5 tahun.

Bagi kadar kematian para ibu pula, petunjuk proksi telah menunjukkan paras yang lebih tinggi di negeri Sabah, dan begitu juga di kalangan penduduk Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, negara ini pada masa kini berada di peringkat transisi epidemiologikal di mana penyakit yang tidak berjangkit dan penyakit-penyakit kelamin seperti HIV semakin meningkat, terutama sekali di kalangan wanita.

Berdasarkan pengajaran yang didapati daripada beberapa dekad yang lepas, laporan UNICEF ini telah menunjukkan bagaimana pakar-pakar kesihatan ibu, bayi dan kanak-kanak semakin bergerak ke arah satu set prinsip yang strategik untuk kesihatan dan perjuangan kanak-kanak. Prinsip-prinsip ini akan menjadi pemangkin yang diperlukan untuk mencapai MDG yang berkaitan dengan kesihatan, termasuklah:

Mengenalpasti keperluan untuk perkongsian di dalam masyarakat bagi menyokong keluarga di dalam memperbaiki amalan penjagaan mereka terhadap kanak-kanak, terutama sekali di dalam negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan yang agak lemah.

Memberikan penjagaan yang berterusan kepada para ibu, bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak dengan memasukkan intervensi-intervensi di punca utama di dalam kitaran kehidupan mereka.

Mengukuhkan sistem-sistem kesihatan dengan memberikan sokongan yang kuat kepada negara-negara yang sedang membangun di dalam perancangan kebangsaan, rangka kerja polisi dan bajet untuk MDG yang berkaitan dengan kesihatan.

Meningkatkan cara bekerja di peringkat negara dan antarabangsa dengan fokus yang kukuh kepada penyelarasan, keharmonian dan hasil.

Peruntukan penjagaan kesihatan mestilah direka agar ianya bersesuaian dengan had sumber manusia dan juga kewangan, konteks sosio-ekonomi, kapasiti yang sedia ada di dalam sistem kesihatan sesebuah negara tersebut dan, akhir sekali, kedesakan untuk mencapai hasil-hasil yang ingin didapati, tambah En. Oomar. Dengan memeriksa strategi-strategi ini, ia boleh memberikan kita perspektif yang penting terhadap situasi terkini dan membantu memberi panduan kepada kita cara untuk maju ke hadapan di dalam memajukan perjuangan kanank-kanak.

Laporan UNICEF telah menerangkan impak tindakan yang mudah, serta kos efektif, seperti penyususan susu badan sepenuhnya, imunisasi, kelambu yang telah dirawat dengan racun serangga dan Vitamin A, kesemuanya telah membantu menurunkan kadar kematian kanak-kanak beberapa tahun yang lepas. Analisis laporan ini juga telah menunjukkan bahawa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan akses kepada rawatan dan kaedah-kaedah pencegahan, agar kesan yang dibawa oleh pneumonia, diarrhea, malaria, malnutrisi yang teruk dan HIV boleh ditangani dengan lebih baik.

Cabaran kita adalah untuk memastikan kanak-kanak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berterusan, yang disokong oleh sistem kesihatan kebangsaan yang kuat yang juga melibatkan masyarakat tempatan, En. Oomar memberi penekanan.

Maklumat terbaru di dalam laporan Keadaan kanak-kanak sedunia 2008 ini telah diambil melalui data kaji selidik data dari rumah ke rumah, beserta bahan dari rakan-rakan utama, termasuklah Badan Kesihatan Sedunia dan Bank Dunia.

Pengurusan Keselamatan

Praujian

1. Senaraikan faktor-faktor yang perlu diambil ketika anda menyusun atur pusat pembelajaran serta bahan-bahan yang diperlukan di TABIKA anda.

2. Sila nyatakan prosedur dalam pencegahan kemalangan.

3. Tahukah anda bagaimana CPR dilakukan?

Pengenalan

Pengetahuan pelajar mengenai keselamatan prasekolah adalah amat penting untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dan alam persekitaran mereka. Pelajar juga dapat mengambil tindakan pencegahan kemalangan daripada menimpa kanak-kanak.

Definisi

Dalam konteks prasekolah, definisi keselamatan hanya dapat diterangkan dari segi konsepnya. Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kecedaraan atau kematian. Tanpa amalan keselamatan kanak-kanak akan merasa takut, bimbang dan mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya secara sedar atau tidak. Tanpa keselamatan yang terjamin, pendidikan tidak dapat dijalankan secara berkesan kerana kanak-kanak dihantui oleh kebimbangan dan ketakutan yang tidak menentu. Maslow ada menerangkan dalam teori hierakinya mengenai keselamatan yang perlu dititik beratkan.

Kandungan

Modul ini menekankan keperluan keselamatan yang perlu diamalkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Dimensi keselamatan kanak-kanak di Prasekolah merangkumi sifat psikologikal dan sifat fizikal. Keselamataan psikologi merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanak-kanak tentang persekitaran mereka. Keselamatan fizikal merujuk kepada bangunan, peralatan,bahan permainan, perabot yang boleh diperoleh di sekolah, di padang permainan, di rumah dan persekitaran kanak-kanak.

Pelajar perlu mengetahui cara bagaimana mengurus objek, tempat dan situasi yang membahayakan kanak-kanak. Prinsip keselamatan harus diambil kira seperti berikut:

i. Bahan Permainan besar dan berbucu bulat.

ii. Soket elektrik tidak dapat dijangkau oleh kanak-kanak.

iii. Pastikan lantai kelas tidak licin.

iv. Ruang dapur adalah tempat larangan dan bukan laluan bagi kanak-kanak.

v. Di ruang luar kelas, longkang perlu bertutup, alat permainan perlu dipastikan keselamatannya.

vi. Kawasan perlu berpagar.

vii. Latihan kecemasan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Contohnya latihan kebakaran yang mana prosedur-prosedur tertentu perlu diikuti :

a ) Pastikan satu kawasan lapang yang agak

jauh di luar bangunan untuk kanak-kanak

berkumpul.

b) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut.

c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan

bergerak secara tenang jika berlaku

kecemasan.

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas merupakan rawatan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara antara hidup dan mati atau pun antara penyembuhan keseluruhan anggota atau sebahagian daripadanya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik atau pun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas perlu diketahui dan diamalkan oleh pelajar sewaktu menghadapi saat-saat kecemasan:

i. Menyelamatkan nyawa mangsa

ii. Mengelakkan komplikasi atau keadaan

iii. Jangan panik dan perlu bertenang.Fikir;

Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya dengan logik.

Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin.

Jika kita mengesyaki ada bahagian anggota yang patah jangan gerakkan mangsa tersebut. Bantuan Awal Pernafasan (Cardio-Pulmonary Resuscitation)Prosedur Bantuan Awal Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation ( CPR )

Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bantuan awal pernafasan memastikan, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

Prosedur dan kaedah CPR:Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahan-lahan dan tanya, Adakah anda O.K? Sementara itu dapatkan rakan untuk hubungi bantuan (hubungi 999).

CPR Peringkat Awal Saluran udara

Baringkan mangsa

Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa)

Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak dahi mangsa ke bawah dengan menggunakan tangan yang satu lagi.

Pernafasan

Pastikan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak;

Lihat pergerakan dada mangsa

Dengar bunyi pernafasan Rapatkan pipi anda ke hidung mangsa untuk mengesan sama ada mangsa masih bernafas atau sebaliknya. Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku;

Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan; mangsa dibaringkan secara mengiring. Letakan tangan dan kaki mangsa ke hadapan untuk menstabilkannya.

Jika mangsa tidak bernafas, pastikan mangsa dalam keadaan terlentang;

Pastikan ruang pernafasan (mulut dan hidung) tidak mengandungi benda asing. Benda asing perlu dikeluarkan terlebih dulu sebelum CPR;

Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya;

Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa;

Berikan dua hembusan (1 hingga 2 saat bagi setiap hembusan) ;

Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut ;

Lihat kenaikan dan penurunan dada untuk memastikan pernafasan berlaku;

Tentukan denyutan nadi :

Letakkan satu atau dua jari pada saluran nadi contoh di leher belakang telinga atau pergelangan tangan mangsa.

Rasai nadi untuk 5 -10 saat.

Jika terdapat denyutan nadi mangsa;

Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja;

Berikan lebih kurang 12 hembusan dalam seminit (satu hembusan Jika tiada denyutan nadi mangsa;

Mulakan dengan pernafasan (seperti di atas) dan diselang seli dengan pekenanan dada.

Untuk penekanan dada kedua-dua belah tangan perlu berada di bahagian ketiga di bawah sternum (tulang tengah dada).

Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan mengunci pergerakan siku) dan berat badan ditujukan tegak ke bawah dengan mengira secara ritma satu, dua, tiga.

Tekan sternum sebanyak 1 sehingga 2 inci pada kadar 80 hingga 100 tekanan dalam seminit.

Proses di atas diulangi 4 kali kitaran dan diperiksa denyutan nadi dan pernafasan.

* Untuk satu kitar CPR; setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (bantuan pernafasan).

Jika tiada denyutan nadi; teruskan CPR, bermula dengan tekanan dada. Jika ada denyutan nadi tanpa pernafasan; berikan satu pernafasan setiap 5 saat. PASTIKAN RESUSITASI TIDAK DILAKUKAN KE ATAS KANAK-KANAK YANG TERCEKIKdalam setiap 5 saat).

Pengurusan Makanan

Topik ini membincangkan latihan kursus dalam bidang pemakanan, memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak dan program pemakanan berkaitan latar budaya keluarga.PENGENALAN

Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi membentuk konsep dan tingkah laku pemakanan yang sihat (Lee dan rakan-rakan dalam Swadener, 1994). Oleh itu amalan pengurusan perkhidmatan makanan untuk kanak-kanak prasekolah sangat penting kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan, perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan. Perancangan perkhidmatan makananKanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang kerana makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan di prasekolah.

Objektif Program Amalan Pemakanan Berkhasiat kanak-kanak adalah

mempromosi hidup gaya sihat untuk kanak-kanak prasekolah. Di samping memenuhi keperluan sosial, menjadi tanggung jawab pihak pengurusan prasekolah untuk memastikan perancangan perkhidmatan makanan dilaksanakan dengan kesedaran dan komitmen yang tinggi baik dalam pemesanan kelengkapan pembelian makanan mahu pun yang dipertanggungjawabkan untuk memasak di dapur dan menyediakan kemudahan.

Di era moden ini kanak-kanak harus didedahkan dengan kelengkapan dan

penyediaan makanan pelbagai cita rasa seperti makanan bercorak tradisional, kontinental, barat serta makanan ringan yang berkhasiat. Kepekaan ibu bapa perlu dalam aspek penyediaan makanan di prasekolah.

Sebagai guru yang mengurus prasekolah anda perlu mempunyai

pengetahuan dalam aspek pemakanan. Terdapat 5 komponen utama yang perlu dikenal pasti dan dikuasai :

1. Pengetahuan diet

2. Pengetahuan berkenaan vegetarian

3. Pengetahuan keperluan air

4. Pengetahuan keperluan susu

5. Pengetahuan berkenaan keracunan makanan

Seterusnya, anda serta kakitangan yang terlibat dalam mengurus dan

merancang makanan seharusnya arif tentang membuat penilaian bagi kanak-kanak sihat. Antara beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam perancangan perkhidmatan makanan adalah :

Merancang menu yang seimbang yang memiliki nutrien yang baik.

Membeli makanan.

Membuat penyeliaan pada makanan yang ditempah dan masukkannya dalam inventori.

Mengawasi keperluan dapur.

Mengekalkan kepuasan yang tinggi iaitu pengurusan, penyediaan makanan dan tempat membuang sampah.

Mengawal perbelanjaan dan membuat laporan kepada pengurusan.

Menghargai keperluan dan perbezaan budaya dalam pemakanan setiap kanak-kanak.

Mengetahui keperluan dan cara komunikasi yang sesuai berkenaan pemakanan kanak-kanak.

Menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan.

Menyimpan rekod pemakanan kanak-kanak.

Menyediakan rekod dan kapasiti pemakanan.

Membina kerjasama dan persefahaman antara guru, ibu bapa dan pihak pengurusan.

TAJUK 5PENGURUSAN PELAKSANAAN PROGRAM PRASEKOLAH

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan pelaksanaan program pendidikan yang sangat penting untuk guru prasekolah agar lebih memahami tanggung jawab sebagai seorang pengurus perkhidmatan pendidikan prasekolah.HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti bagaimana untuk melaksanakan program pendidikan prasekolah. 2. Memahami penglibatan keluarga dan menghargai pelbagai gaya parenting.3. Mengenalpasti program penilaian yang digunakan untuk mencapai objektif.

Kerangka Tajuk-tajuk

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKANTopik ini membincangkan pelaksanaan program pendidikan dari perspektif yang luas, kemahiran memilih dan melaksanakan pelbagai model kurikulum, memberi sokongan kepada sesuatu program. Strategi penilaian yang sesuai dan program inklusif untuk murid berkeperluan khas dan peka dengan isu berkaitan.Terdapat banyak model-model prasekolah yang boleh dipertimbangkan untuk pendidikan awal kanak-kanak. Model-model pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada komponen-komponen yang terdapat di dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Ia mengandungi objektif model , peranan guru, dalam setiap model , perancangan aktiviti dalam model , perancangan ruang pembelajaran dan pengajaran, peralatan, bahan dan lain-lain lagi yang terlibat dalam setiap model. Terdapat lima model pendidikan awal kanak-kanak yang akan dibincangkan dalam modul ini iaitu:1.Model Kurikulum Berorientasikan Kognitif (Cognitive Oriented Curriculum)

2.Model Pengajaran Terus (Direct Instruction)

3.Model Bank Street

4.Model Montessori

5.Model Konstruktivis

MODEL KURIKULUM BERORIENTASIKAN KOGNITIF (COGNITIVE ORIENTED CURRICULUM)

Model ini diasaskan oleh David Weikart (1979) dan rakan-rakannya di High Scope Institute, Ypsilanti, Michigan. Model ini pada asalnya dikenali sebagai Perry Preschool. Ia berasaskan teori perkembangan Piaget yang menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak dari segi cara kanak-kanak mengatur dan menginterpretasikan hubungan antara objek-objek dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran mereka.Susun atur bilik darjah yang menggunakan model Cognitively Oriented Curriculum ini biasanya mempunyai kawasan terbuka sebagai pusat untuk perjumpaan-perjumpaan kumpulan dan permainan dan ada kawasan kerja (sudut kerja-sudut seni, sudut bongkah, sudut senyap dan lain-lain. Ia mempunyai rutin harian. Unsur-unsur rutin harian adalah seperti jadual 1 dan 2.

Kurikulum Berorientasi Kognitif mempunyai lapan konsep seperti berikut:

Pembelajaran aktif

Pembelajaran yang aktif adalah berdasarkan inisiatif kanak-kanak itu sendiri . Ini melibatkan seluruh deria kanak-kanak,manipulasi,kombinasi material,hubungan antara mereka dan aktiviti pilihan sendiri serta menggunakan peralatan dan perkakasan. Penggunaan bahasa

Penggunaan bahasa adalah galakan kepada kanak-kanak supaya bercakap antara satu sama lain berkenaan pengalaman yang bermakna ,menyatakan perasaan dan bermain dengan bahasa Keterlibatan pengalaman dan idea Keterlibatan pengalaman dan idea adalah mengenali objek-objek melalui deria aksi,bunyi ,main peranan , melukis dan mewarna Klasifikasi

Klasfikasi adalah memahami persamaan dan perbezaan antara objek objek. Kanak-kanak membuat penyiasatan dan menerangkan sifat benda-benda tersebut,padanan, bercakap berkenaan benda yang yang melibatkan semua atau separuh. SeriasiSeriasi adalah kebolehan menyusun objek objek mengikut demensi dan dapat membuat perbandingan. Konsep nomborKonsep nombor adalah asas metematik untuk memahami dan dan membina pengalaman yang konkrit supaya boleh membeza nombor ,mengira dan padanan satu dengan satu Hubungan ruang

Hubungan ruang adalah mengumpulkan dan mengasingkan ,menyususn semula, membentuk semula objek.menerangkan objek berlainan perspektif,kedudukan objek dan persekitaran dan membincangkan peristiwa masa depan . masaMasa adalah konsep yang melibatkan yang memahami unit masa mengikut peristiwa Pengalaman mengajar kanak-kanak memahami bila nak mula dan bila hendak berhenti ,kelajuan,gangguan, dan perubahan musim,membincangkan masa akan datang ,masa yang lepas dan susunan peristiwa.

MODEL PENGAJARAN TERUS (DIRECT INSTRUCTION MODEL)Model ini berorientasikan akademik. Diasaskan oleh Carl Bereither dan Siegfried Engelman (1966). Dalam model ini programnya diasaskan kepada idea bahawa kesediaan pembelajaran dalam diri kanak-kanak adalah satu amalan yang tidak sesuai dengan pendidikan kanak-kanak terutamanya di kalangan kanak-kanak yang kurang beruntung.

Program ini menekankan pengajaran kanak-kanak dalam tiga bidang, iaitu ;

Bacaan

Bahasa

Aritmetikdan matlamatnya ialah untuk menyediakan pengajaran untuk kanak-kanak kemahiran yang sangat khusus. Dalam bacaan, kanak-kanak perlu melihat simbol yang ditulis (huruf-huruf) dan kemudian dengan cepat menyebut bunyi-bunyi tersebut dalam satu siri huruf-huruf dari kiri ke kanan, matlamatnya ialah menyusun huruf-huruf untuk dijadikan perkataan-perkataan. Dalam bahasa, kanak-kanak akan menjawab soalan-soalan ini apa dia? berhubung dengan gambar-gambar objek-objek dan simbol-simbol.

Dalam aritmetik kanak-kanak diajar mengira ke hadapan dan ke belakang dan mengira dalam kumpulan. Mereka di ajar mengenai fungsi simbol-simbol seperti operasi tambah,tolak, dan menjawab soalan-soalan mengenai nombor-nombor dan dinyatakan menggunakan simbol. Kanak-kanak diajar menggunakan perkataan-perkataan yang berlawanan dan konsep-konsep yang berkaitan seperti jika, istilah tidak dan atau dalam membuat pernyataan yang dedaktif. Contohnya, apa jadi jika hujan tidak turun.

Kanak-kanak dibahagikan ke dalam kumpulan untuk pengajaran. Saiz kumpulan adalah pelbagai daripada 3 ke 8 orang dan dibahagikan mengikut kebolehan. Dalam satu bilik darjah di sekolah rendah yang mempunyai kanak-kanak seramai 25 orang ,secara idealnya, perlu ada seorang guru dan 2 orang pembantu untuk mengendalikan program tersebut . Kanak-kanak menghadiri 3 kelas yang setiap satunya mengambil masa 20 minit bagi setiap mata pelajaran. Semasa sesi pengajaran kanak-kanak duduk dalam separa bulatan di sekeling guru yang mengikut arahan khusus yang disediakan dalam buku catatan.Ciri-ciri program yang tersebut adalah seperti berikut:

Pembelajaran yang pantas dan serentak

Penekanan yang kuat ke atas tindak tanduk balas verbal secara menyeluruh daripada kanak-kanak biasanya serentak

Perancangan unit pengajaran pengajaran yang teliti dengan maklum balas yang berterusan

Bekerja kuat ketika sesi pembelajaran adalah diperlukan dengan hanya sedikit toleransi bagi tingkah laku yang lain.

Pengamal model ini hendaklah menjadikan kanak-kanak memberi tindak balas yang betul terhadap kehadiran rangsangan yang betul. Dengan itu akan berlaku peneguhan positif. Soalan disusun dengan berhati-hati untuk membantu tindak balas yang betul. Tindak balas yang betul akan diberi peneguhan seperti pujian dan hadiah. Tindak balas yang salah tidak diterima dan penyoalan akan diteruskan sehingga jawapan yang betul akan diperolehi. Kanak-kanak akan diberi ganjaran kerana memberi perhatian dan bertindak balas. Contohnya tepukan, hadiah, pujian diberi apabila kanak-kanak berjaya menjawab soalan. Dalam Modul Pengajaran Terus bahan-bahan permainan hanya sedikit dan adalah perlu untuk meminimumkan gangguan persekitaran.

MODEL BANK STREET

Model Bank Street dibina untuk Head Start dan Follow Through yang diimplimentasikan oleh Elizabeth Gilkenson dan rakan-rakan. Berikut adalah penerangan model Bank Street Fokus model ini adalah terhadap membina keyakinan, daya cipta, daya tindak balas dan hasil yang ditunjukkan. Daripada matlamat-matlamat umum ini, banyak objektif-objektif khusus disediakan. Pendekatan ini menggambarkan falsafah yang telah dibina lebih dari setengah abad yang lalu di Kolej Ilmu Pendidikan Bank Street di Bandar New York. Pendekatan ini dikenali juga sebagai interaksi perkembangan. Perkembangan merujuk kepada kurikulum yang mempunyai ciri-ciri tersendiri berhubung dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Interaksi merujuk kepada kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui interaksi dengan rakan-rakan sebaya dan orang dewasa dalam persekitaran yang dirancang supaya kaya dengan penglibatan dan pelbagai.

Pendekatan ini memerlukan guru untuk menilai perkembangan kanak-kanak secara berterusan dan menyediakan pilihan-pilihan aktiviti sejajar dengan penilaian. Kurikulum memerlukan guru supaya membuat keputusan berkenaan pengalaman-pengalaman individu yang diperlukan oleh kanak-kanak yang perlu. Sistem penilaian yang terperinci telah dibina untuk tujuan ini. Model Bank Street perlukan persekitaran pembelajaran yang membolehkan kanak-kanak memilih aktiviti-aktiviti dari pelbagai aktiviti, termasuk pengalaman deria dan motor yang banyak. Bahan-bahan seperti blok-blok permainan, baju anak-anak patung, barang-barang mainan pasir, binatang-binatang peliharaan, buku, permainan dan alat-alat mengira disediakan. Bahan-bahan yang dibuat oleh guru dan kanak-kanak menjadi bahan dan alat tambahan untuk memenuhi keperluan.

Semua bidang kurikulum diintegrasikan melalui pembinaan tema atau unit-unit contohnya, biji, membina rumah, pembantu komuniti. Kriteria yang digunakan oleh guru-guru . Ciri-ciri Bank Street adalah seperti berikut: Sesuatu aktiviti yang diminati oleh kanak-kanak.

Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai peralatan membantu untuk membina aktiviti dan perbincangan.

Aktiviti bersesuaian dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh mereka.

membantu dalam perkembangan pembelajaran konsep kanak-kanak Ia bersesuaian dengan umur kanak-kanak.

Ia ada potensi untuk pembelajaran kendiri kanak-kanak.

Apabila tema telah dipilih guru akan membuat keputusan apakah konsep yang boleh dibina menggunakan tema tersebut. Sesuatu aktiviti itu perlu secara tidak langsung boleh membawa kepada beberapa jenis hasil pembelajaran yang terlibat. Misalnya projek kumpulan membuat jem nanas akan melibatkan pengiraan, mengukur, menimbang, memerhati, membaca dan menulis dalam berbagai-bagai kumpulan kecil yang terlibat.

Motivasi diberikan melalui kegembiraan yang lahir dari aktiviti itu sendiri. Ganjaran ekstrinsik tidak digunakan secara sistematik untuk mempengaruhi pembelajaran, pemilihan aktiviti atau tingkah laku kanak-kanak. Guru mendapat kerjasama dari kanak-kanak dengan cara mengambil berat, memberi perhatian dan sokongan yang tekal kepada kanak-kanak. Hubungan guru murid adalah merupakan kunci pelaksanaan program ini.

Jadual harian distrukturkan dengan teliti supaya wujud satu siri penglibatan seimbang. Walau bagaimanapun, ia mempunyai darjah keluwesan yang tinggi guru mungkin akan mengambil jadual untuk mengambil kesempatan dari peluang-peluang yang tidak diduga. Kanak-kanak biasanya bekerja secara sendiri atau dalam kumpulan kecil orang dewasa ada boleh ada membantu atau tidak perlu ada. Banyak aktiviti berjalan secara serentak (simultaneous ). Perjumpaan-perjumpaan untuk seluruh kumpulan diadakan sekiranya ada aktiviti yang memerlukan setiap aktiviti mengambil bahagian. Aktiviti membaca dan menulis adalah antara aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak dalam bilik darjah. Kanak-kanak menulis buku mereka sendiri dan mereka membaca buku yang ditulis oleh kanak-kanak lain. Guru membaca untuk murid-murid mereka setiap hari. Contoh pengajaran membaca secara individu menyediakan banyak buku-buku bergambar dan bahan bacaan yang mudah. Kanak-kanak mengumpulkan perkataan dari bacaan menggunakan cerita-cerita, label, cerita, permainan. MODEL MONTESSORI

Maria Montessori telah membina secara beransur-ansur membuka kelas untuk kanak-kanak di Amerika dan akhirnya program ini telah berkembang. Model Montessori adalah berasaskan kepada idea-idea yang memberikan perhatian yang mendalam mengenai bagaimana kanak-kanak membesar. Ada yang berpegang secara rigid kepada teknik asal sementara yang lain pula telah membuat pengubahsuaian pendekatan untuk diadaptasikan dalam konteks sosial semasa. Adalah menarik untuk diberikan perhatian bahawa Model Montessori mencipta programnya untuk memenuhi keperluan untuk menyediakan kanak-kanak dan untuk membantu mereka mempelajari kemahiran hidup yang penting. Model Montessori hari ini kebanyakan dihadiri oleh kanak-kanak dari keluarga mewah.

Persekitaran Kelas MontessoriDalam bilik darjah Model Montessori kita boleh melihat susun atur wujud. Bahan-bahan dan alat yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak disusun dengan teratur dan jelas di atas rak-rak yang mudah dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat sudut-sudut yang berbeza, setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri untuk menggalakkan sesuatu kemahiran tugasan itu dikuasai dalam sudut tersebut. Berikut adalah sudut-sudut yang dicadangkan :

Sudut Matematik

Sudut Bahasa

Sudut Sains

Sudut Kreatif

Sudut Bacaan

Sudut Komputer

Sudut Melukis

Sudut Pondok-pondok

Sudut Zoo

Sudut Berkebun

Persekitaran juga disusun atur untuk menyuburkan daya estetika kanak-kanak. Bunga-bunga, tumbuh-tumbuhan, alat-alat perabot dan susunan yang teratur disepadukan dengan falsafah Montessori.

Kanak-kanak

Kita dapati kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza terlibat dengan aktiviti individu, sebab intipati Model Montessori ialah bersifat pendidikan individu. Kanak-kanak akan memulakan aktiviti dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja projek yang dipilih, menentukan ruang kerja untuk aktiviti yang dipilih sama ada di atas tikar, lantai atau atas meja. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri secara bebas atau bekerja berdua-dua dalam satu masa. Kanak-kanak yang lebih muda boleh belajar bagaimana cara untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang khusus dengan cara memerhati atau meniru rakan-rakan sekelas lain yang lebih tua/matang. Model Montessori direka bentuk menjadi sekuen 3 tahun untuk berumur dari 3 6 tahun.

Guru

Kawalan orang dewasa adalah sedikit tetapi perlu cekap. Penglibatan guru adalah tidak menonjol dan senyap. Guru hanya memerhati dari jauh atau membuat demonstrasi kepada kanak-kanak bagaimana untuk menggunakan peralatan yang baru. Guru tidak memberikan peneguhan atau pujian kepada kerja kanak-kanak kerana aktiviti adalah berbentuk ganjaran kendiri iaitu motivasi secara intrinsik. Guru-guru yang menjalankan Model Montessori, belajar mengenai kaedah dan kurikulum melalui kursus intensif. Berikut adalah contoh kursus intensif untuk guru prasekolah.

Membuat Rancangan Aktiviti Harian

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar

Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bilik Darjah Berpusatkan Kanak-kanak

Penggunaan komputer dalam Pengajaran & Pembelajaran

Penyediaan menu makanan seimbang

Menguruskan tingkah laku kanak-kanak

Bahan-bahan

Bahan-bahan mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Bahan yang digunakan oleh Model Montessori adalah didaktik (contohnya bahan sebenar yang digunakan dalam kehidupan keluarga iaitu garpu, pisau, pinggan kaca di mana penggunaan adalah di bawah pengawasan orang dewasa) setiap reka bentuk adalah untuk tajuk yang khusus. Ia adalah berbentuk pembentukan diri sendiri dengan itu kanak-kanak mendapat maklumat bahan yang segera daripada bahan selepas pembetulan tugasan diselesaikan. Bahan-bahan adalah berbeza dari mudah kepada kompleks, dengan itu kanak-kanak adalah tercabar dengan cara membina konsep secara progresif dari mudah kepada lebih susah. Bahan dibina dengan teliti dan menarik, biasanya dibuat dari bahan-bahan yang sebenar. (contoh : sikat dan cermin, kosmetik, jangka suhu, stetoskop)KurikulumBahan yang berbeza disesuaikan dalam setiap bidang kurikulum yang berbeza. Apabila kanak-kanak mula-mula memasuki Model Montessori mereka diperkenalkan kepada komponen kehidupan harian, di mana aktiviti-aktiviti amali ditekankan. Aktivitinya adalah berfokuskan kepada pengurusan diri, dan kemahiran-kemahiran mengurus persekitaran seperti membutangkan baju, menyikat rambut, menyiram pokok, mengelap tingkap dan menyapu.

Berikut adalah aktiviti dalam Model Montessori ;

Menjelajah dan meneroka tentang persekitaran kehidupan harian

Mengenali binatang,tumbuh-tumbuhan peliharaan melalui

Penyediaan peralatan dan bahan pengajaran yang disusun di dalam rak

Bahan yang berbeza tetapi disesuaikan kepada tiga bidang yang berbeza. Kanakkanak diperkenalkan komponan kehidupan harian di mana aktiviti amali yang kepada penjagaan diri contohnya kemahiran menjaga diri seperti menyikat rambut membasuh tingkap dan membersih bilik darjah.

Set aktiviti dan bahan yang kedua adalah berkaitan dengan deria, membentuk kanak-kanak membina, menyusun, meluaskan dan menghalusi persepsi deria lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa. Untuk membina diskriminasi visual kanak-kanak boleh menyusun tone warna dari gelap ke terang dan mencampur warna

Melibatkan konseptual atau bahan akademik contohnya membantu membina asas menulis,membaca dan matematik

Aktiviti konseptual adalah konkrit dan melibatkan kanak-kanak secara aktif dan menggunakan pelbagai sensoriMODEL KONSTRUKTIVIS

Model Konstruktivitis ini adalah berasaskan kepada teori pembelajaran Piaget. Model konstruktivitis ini dikenali juga sebagai Model Interaktionis ini dikenali juga sebagai Model Instruktionis (Brewer, 2001) Contoh-contoh program yang menggunakan model Konstruktivitis adalah seperti berikut :

Program High/ Scope yang dibina oleh David Weikart.

Sekolah untuk Permainan Konstruktif dibina oleh George Forman.Berikut terdapat beberapa perkara yang dipersetujui oleh program-program instruktivis di atas di samping terdapat juga beberapa perbezaan

pendapat yang dipersetujui adalah seperti :

Semua bersetuju bahawa objektif asas boleh dibentuk dari hasil kerja-kerja Piaget untuk menggalakkan perubahan dalam pemikiran operational dan sebab akibat kanak-kanak. ( Contohnya biji benih apabila ditanam dan disiram dengan air akhirnya akan bercambah ) Semua menekankan kepentingan asas dan tindak balas kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan. ( Contohnya makan tidak membasuh tangan maka viros akan menyebabkan penyakit ) Semuanya mengambil idea daripada tradisi perkembangan kanak-kanak bahawa bahan-bahan, peralatan-peralatan dan aktiviti menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi aktif. ( Kerja kanak-kanak bermain ) Dalam pengajaran dan pembelajaran kita tidak hanya menggunakan teori Piaget sahaja terdapat had yang tertentu dalam penggunaan teori tersebut. Contohnya Operasi konkrit dari segi isi padu cecair adalah sama walaupun ia dimasukkan ke dalam bekas yang berbeza bentuk )

Bagaimana Kanak-kanak Belajar.

Piaget menyatakan pembelajaran adalah sebagai satu proses yang berasaskan kepada motivasi intrinsik. Beliau juga menerangkan bahawa berfikir sebagai pembinaan melalui tahap-tahap di mana pelajar menjadi bertambah berupaya berfikir dalam keadaan abstrak dan bentuk logik. Menurut Piaget, pengetahuan diperoleh secara berbeza-beza bergantung kepada tahap perkembangan individu dan jenis pengetahuan yang akan diperoleh. Berdasarkan Piaget Pengetahuan adalah melaui pengalaman seperti berikut :

mengenai ciri-ciri fizikal yang wujud pada objektif diperoleh hanya melalui pengalaman bersama objek tersebut. Contohnya kanak-kanak mempelajari konsep segi empat sama dengan cara meneroka objek-objek berbentuk segi empat dengan itu ia akan dapat menentukan ciri-ciri tersebut. Kanak-kanak mempelajari pengetahuan sosial daripada rakan-rakan yang lebih matang dalam kumpulan sosial mereka. Bahasa dan adat resam sosial masyarakat boleh dipindahkan daripada seseorang kepada ahli yang lain. Bahasa dan adat resam tidak boleh dipelajari melalui penerokaan sebab ia tidak berkait dengan objek sebenar. Pembelajaran logik matematik memerlukan tindak balas terhadap objek-objek diikuti oleh membina pemikiran mental. Menyusun objek-objek mengikut seriasi daripada pendek kepada panjang memerlukan pemikiran mengenai hubungan antara objek-objek. Nombor, seriasi dan klasifikasi adalah termasuk dalam pembelajaran logik matematik.

Asas Pendekatan Program Perkembangan adalah meliputi menggalakkan manipulasi objek yang aktif, merangsang motivasi intrinsik, menggalakkan proses asimilasi kanak-kanak, akomodasi dan menggalakkan interaksi dengan orang lain. Kanak-kanak dalam program ini dikehendaki belajar melalui memanipulasi objektif yang aktif dan dibantu oleh guru untuk membuat refleksi ke atas tindakan-tindakan mereka. Sebagai contoh, seorang guru akan memilih untuk mengasingkan objek-objek yang tenggelam dengan yang timbul melalui permainan air manipulasi bahan. Kanak-kanak boleh mencatatkan hasil percubaan mereka. Motivasi intrinsik adalah sangat penting untuk pembelajaran dalam program perkembangan. Ia adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan bahan-bahan dan aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak. Pakar-pakar perkembangan percaya bahawa kanak-kanak mahu belajar, malah mereka sentiasa belajar. Kanak-kanak hendaklah membina kefahaman mereka sendiri, kanak-kanak menerima sangat sedikit daripada pengajaran kumpulan. Kanak-kanak dibantu untuk membina pengetahuan mereka oleh guru dengan menggalakkan mereka membuat refleksi mengenai manipulasi objek-objek yang telah mereka lakukan. Guru adalah merupakan orang yang paling kerap berhubung dengan kanak-kanak dalam kumpulan kecil atau individu. Seorang guru developmentalist selalu merasakan kanak-kanak tidak perlu diberikan kesemua jawapan kepada persoalan yang timbul semasa pengalaman pembelajaran. Mereka percaya soalan yang belum terjawab dalam pemikiran kanak-kanak itu penting. Komponen lain yang penting ialah belajar melalui interaksi dengan orang lain. Kanak-kanak sangat digalakkan bertukar-tukar pendapat dengan orang lain dan main peranan pelbagai situasi dan buat refleksi terhadap peranan dan interaksi tersebut. Orang dewasa perlu membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka sendiri dan mencari penyelesaian yang boleh diterima tanpa memberi tahu mereka jawapan yang betul. Kurikulum atau pengalaman pembelajaran adalah dipilih untuk mengikuti minat kanak-kanak atau mendedahkan kanak-kanak itu kepada bidang baru supaya minat mereka dapat ditingkatkan. Proses mencari maklumat, menganalisis data, dan mencari penyelesaian adalah dikira lebih penting daripada mempelajari fakta. Walaupun demikian, penekanan terhadap proses tidak bermaksud aspek isi kandungan diketepikan. Kanak-kanak boleh belajar lebih banyak fakta dan konsep, tetapi mereka selalunya embeded dalam konteks yang lebih bermakna. Sebagai contoh, kanak-kanak yang belajar mengenai pokok akan memerhati dan meneliti pokok itu selalu untuk melihat perubahannya sepanjang masa.Mereka akan belajar mengenal pasti dan mengklasifikasikan daun-daun pokok dan mungkin terlibat membuat uji kaji untuk mengenal pasti fungsi daun. Kanak-kanak ini juga akan memeriksa lingkaran batang pokok, membuat rumusan atas pemerhatian tersebut. Mereka akan mencari buku-buku berkaitan dengan pokok tersebut di pusat sumber. Dengan kata lain pengalaman kurikulum akan berfokus terhadap pembelajaran kanak-kanak, bagaimana mencari, menganalisis dan menilai informasi, dalam masa yang sama fakta-fakta akan dikenal pasti (presented) sepanjang proses tersebut.

MATLAMAT PROGRAM INTERAKTIONISTHampir ke semua matlamat program perkembangan adalah untuk merangsang keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak. Iaitu perkembangan fizikal, sosial, emosi dan kognitif. Penekanan terhadap perkembangan bahasa dalam proses pembelajaran juga penting. Program adalah bertujuan untuk menyeimbangkan semua aspek perkembangan dan tiada yang diabaikan. Matlamat untuk menggalakkan kanak-kanak terlibat secara aktif dalam pembelajaran adalah juga penting.

Dalam jangka pendek, program interaktionist juga berusaha untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat sosio emosi. (Day and Parker, 1977). Berikut adalah matlamat sosio emosi program Interationist: Merasa selamat (secure) dalam situasi hubungan tanpa paksaan dengan orang dewasa.

Menghormati perasaan dan hak orang lain.

Menjadi kurang kebergantungan, peka dan ingin tahu, menggunakan inisiatif dalam mengejar ingin tahu tersebut, mempunyai keyakinan terhadap kebolehan menyelesaikan masalah sendiri dan meluahkan apa yang terdapat di pemikirannya.

Program ini akan dapat menggalakkan pencapaian objektif kognitif seperti berikut: Mencetus idea-idea, masalah dan persoalan-persoalan yang menarik. Membuat perkaitan dan mengenal pasti kesamaan dan perbezaan.

Sekolah Untuk Permainan Konstruktif

Dalam program Forman ( di bawah Program Konstruktivis ) matlamat adalah untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kognitif mereka melalui aktiviti yang dipilih khusus untuk membantu mereka dengan idea transformasi, hubungan fungsi dan mengubah perspektif. Dalam proses menilai aktiviti kurikulum tersebut, soalan-soalan berikut perlu ditanya.

Adakah aktiviti tersebut digemari kanak-kanak.

Bolehkah kanak-kanak dari kebolehan yang berbeza mengikuti aktiviti secara educational.

Apakah konsep Piagetian yang dapat dikaitkan dengan aktiviti ini.

Bolehkah kanak-kanak meneroka aktiviti ini secara berdikari.

Apakah konflik kognitif yang dapat dikaitkan hasil dari usaha kanak-kanak tersebut dalam menyelesaikan aktiviti itu.

Program High / Scope Program High/Scope (Wirkert di bawah program Program Konstruktivis) berfokus kepada beberapa konsep iaitu pembelajaran aktif, menggunakan bahasa, menggambarkan pengalaman dan idea-idea, klasifikasi, konsep nombor, seriasi, hubungan ruang dan masa. Pengalaman ini dipilih kerana ia penting untuk pembangunan pemikiran dan sangat praktikal sebagai satu program untuk kanak-kanak.

Mendidik Kanak-kanak.Matlamat program Siegel ( Siegel, di bawah Program Kontruktivis ) merupakan perkembangan kompeten persembahan Siegel (representational competence). Siegel menerangkan tiga prinsip sebagai panduan dalam memilih bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti dalam programnya.

Kanak-kanak memahami dunia mereka melalui penglibatan dengan persekitaran (Children Understand their worl through representations of it ). Gambaran kecekapan dibina secara bersekuen (Representational competence develops in an orderly sequence ) contohnya duduk ,berdiri dan berlari. Gambaran kecekapan dibina berdasarkan tindak balas interaksi fizikal dan persekitaran sosial yang bersesuaian. (Representational competence develops fully only in response to interactions with appropriate physical and social environment (Eva, 1997) Walaupun penekanan dan matlamat ketiga-tiga program ini tidak serupa tetapi berkisar tentang perkembangan pemikiran kanak-kanak dan keupayaan memberi sebab musabab (reasoning) dan kebolehan kanak-kanak mempamerkan pengalaman dengan cara bermakna. Setiap program tersebut bergantung kepada penglibatan kanak-kanak secara aktif dengan bahan-bahan dan pembimbing guru yang kemudiannya membantu kanak-kanak membuat refleksi terhadap pengalaman mereka Contohnya, bermain dengan blokblok, memberi peluang kanak-kanak mengembangkan konsep matematik seperti jarak dan persamaannya. Beberapa aktiviti lain memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan kemahiran perkembangan mereka dalam bahasa (literasi).Banyak aktiviti dan pengalaman dipilih bagi membantu kanak-kanak berfikir mengenai penyelesaian sosial dan kognitif. Hubung kait kesemua aspek perkembangan adalah sangat penting bagi mengembangkan whole child isi kandungan bagi sains, sosial, matematik, seni, kesihatan dan keselamatan semuanya disepadukan ke dalam bentuk tema mengikut minat kanak-kanak. Bahasa diajar melalui aktiviti membaca dan menulis. Ahli interactionalist mengharapkan kemahiran bahasa diajar sebaik-baiknya dalam konteks kemahiran yang digunakan.STRATEGI PENILAIAN

Bagi prasekolah penilaian dijalankan secara informal dan berterusan. Penilaian secara kendiri mengenai perkembangan dan lain-lain. Kebolehan ataupun keupayaan kanak-kanak prasekolah sering disalah tafsir sebagai pencapaian. Kesilapan ini menimbulkan implikasi yang besar kerana ia dikaitkan dengan keseluruhan pelaksanaan program prasekolah baik dari segi pembelajaran kanak-kanak mahupun pengajaran guru. Penilaian yang sebaik-baiknya dilaksanakan ke atas kanak-kanak, khasnya kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah adalah secara kendiri dan berterusan. Kita perlu lebih menghargai perkembangan kemahiran kanak-kanak dalam ketiga-tiga domain iaitu : *Afektif *Psikomotor *Kognitif Domain-domain tersebut dipamerkan melalui penaksiran autentik seperti rekod anekdot, rekod berterusan, senarai semak, rekod pensampelan masa dan peristiwa serta penaksiran portfolio. Penaksiran autentik yang dilaksanakan secara berterusan mampu menilai sejauh mana keupayaan ataupun kemahiran yang sudah dikuasai ataupun sebaliknya oleh kanak-kanakPROGRAM INKLUSIF UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.

BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIFPendidikan Inklusif Sepenuh Masa1.Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.2.Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.3.Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.4.Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.

Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)

1.Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu

sahaja.2.Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.3.Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.4.Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. -Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa denganpengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat

khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik

Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di

sekolah biasa.(Octopus Model).5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar

khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.

KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.2. Guru sukar memberikan tumpuan.3. Berlakunya penglabelan4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas.5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.Pendidikan InklusifSecara umumnya, istilah inklusif bermaksud menintergrasikan pelajar-pelajar keperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dengan keadaan normal seperti pelajar-pelajar biasa, tanpa mengira status (Naim, 1997).Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis iaitu, pendidikan inklusif separuh masa, di mana pelajar-pelajar hanya dimasukkan kekelas biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja.Manakala pendidikan inklusif sepenuh masa, iaitu program pelajar-pelajar dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata pelajaran (Naim, 1997).Mengikut Bariah (1995), terdapat empat objektif pendidikan inklusif seperti: meningkatkan keseadaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep diri mereka untuk mengelak daripada berlakunya diskrminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.Mengikut Deschenes et al.(1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dalam strategi pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif iaitu : Saiz menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yang pelajar sepatutnya belajar/capai Masa menyesuiakan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian Tahap sokongan menyesuaikan bantuan secara individu kepada pelajar yang memerlukannya Input- menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan seseorang pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang diajar Penglibatan menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua pelajar terlibat di dalamnya. Kurikulum menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran gaya pembelajaran dan minat pelajar untuk menbantu setiap pelajar mencapai matlamat masing-masingPEKA DENGAN ISU BERKAITANSebagai guru prasekolah, anda dikehendaki peka dengan isu-isu semasa yang berkaitan. Cuba anda fikir dan nyatakan apakah isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah?SOKONGAN KELUARGA

Topik ini membincangkan perkhidmatan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak dan keluarga, pemahaman penglibatan keluarga dan menghargai pelbagai gaya parenting. Begitu juga mengenai komunikasi terbuka dan membina perkongsian pintar dengan keluarga.

Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing.

Menurut Swick penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :

Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru) dan pembantu (para profesional) dalam komuniti.

Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang dirancang dan memerlukan kerjasama setiap ahli.

Satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan melibatkan diri dalam membuat keputusan bersamaJENIS IBU BAPA

Ibu bapa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut tahap penglibatan mereka dengan aktiviti prasekolah. Dalam konteks ini Vandergrift dan Greene (1992) telah mengenalpasti empat jenis ibu bapa seperti di dalam jadual di bawah:+ Menyokong anak (contohnya

sentiasa memberi galakkan kepada

mereka)

+ Penglibatan aktif (contohnya selalu

membantu anak menyelesaikan

kerja rumah)- Tidak menyokong anak ( contohnya

tidak mengambil tahu tentang anak).

+ Penglibatan aktif (contohnya hanya

melibatkan diri dalam aktiviti

prasekolah jika ada ganjaran )

+ Menyokong anak (contohnya

sentiasa memelihara kesejahteraan

anak)

- Penglibatan tidak aktif ( contohnya

jarang melibatkan diri dengan aktiviti

prasekolah)- Tidak menyokong anak ( contohnya

mendera anak )

- Penglibatan tidak aktif (contohnya

tiada komunikasi dengan pihak

prasekolah).

PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa seharusnya berperanan sebagai rakan kongsi dengan pihak sekolah dalam mendidik anakanak mereka. Penglibatan ibu bapa secara sukarela bukan sahaja akan menjimatkan kos pengurusan sesebuah prasekolah bahkan akan meningkatkan keberkesanan dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak. Namun begitu sebaikbaiknya skop penglibatan mereka hendaklah dihadkan kepada bidangbidang tertentu supaya semakin ramai ibubapa boleh menyumbangkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan tenaga mereka dalam bidangbidang tertentu. Peranan ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

A.Peranan yang ada hubungan dengan aspek akademik seperti :

Menjalankan tugas tugas sebagai pembantu guru

Membuat peralatan, mengatur sudut sudut pembelajaran dan menguruskan aktiviti.

Menjaga beberapa orang kanak kanak pada masa-masa tertentu

B.Peranan yang tidak ada hubungan dengan aspek akademik seperti:

Melakukan tugas-tugas perkeranian

Merancang dan menentukan hari untuk membantu dan

membaikpulih tabika

Membantu sesama sendiri misalnya menjemput dan menghantar anak-anak atau menjaga anak-anak kecil yang lain.

Keibubapaan (parental) ialah seseorang yang memberikan kanak-kanak dengan penjagaan asas, arahan, sokongan, perlindungan dan bimbingan. Keibubapaan dapat didefinisikan sebagai pasangan yang berkahwin, single, heterosexual, gay, lesbian, sepupu, ibu saudara, datuk dan nenek, abang, kakak dan lain-lain lagi. Manakala menurut LPPKN ibu bapa ialah yang terdiridaripada sepasang suami isteri yang dihubungkan dengan ikatan perkahwinana yang sah dari segi agama,adat resam dan undang-undang. Scott 1983 menyatakan didikan ibu bapa membantu membentuk konsep kendiri yang positif. Gaya didikan ibu bapa akan memberi kesan adan pengaruh kepadaperkembangan mentaliti, sifat, minat, kecenderunganserta sikap anak-anak.

Terdapat dua dimensi gaya asuhankeibubapaan menurut Baumrind iaituresponsiveness dan demandingness.

Baumrind mengklasifikasikan gaya asuhan keibubapaan kpd 3 iaitu:

Autoritarian

Permissive

AutoritatifAuthoritarianMerupakan gaya asuhan yang berbentukmengarah, dan menghukum.

Menetapkan suatu peraturan tanpa ada tolak ansur

Lemah dalam komunikasi. Tidakmembenarkan anak-anak bersuara dalam memberi pendapat

Tiada kebebasan. Anak-anak terasa terkongkong kerana peraturan yang agak rigid.

Kesan gaya autoritarian Anak menjadi pasif

Mempunyai konsep kendiri k ang rendah

Lemah dalam komunikasi

Tidak kreatif

Anak tidak gembira

Tidak peramah

Moody

Permissive Indulgent Kawalan yg sedikit ke atas kanak-kanak dan tiada kawalan langsung

Memberikan terlalu banyak autonomi kepada kanak-kanak

Percaya kanak-kanak perlu mempunyai banyak kebebasan dan tidak boleh dikawal oleh org dewasa.

Permissive Indifferent/Neglect Melepaskan tanggungjawab dan mendakwa saya tidak peduli dengan apa yang kamu lakukan

Dipanggil juga sebagai uninvolved atau tidakterlibat.

Meluangkan masa yang minima dalam memberikan perhatian dan bersosialisasi dengan kanak-kanakKesan Gaya Permissive

Permissive Indulgent Menentang dan tidak patuh patuh kepada orang yang lebih dewasa

Kurang kawalan diri

Agresif

Cepat marah tetapi mudah riang kembali

Mempengaruhipencapaian akademik

Permissiveindifferent/Neglect Ikut kata hati

Tanpa tujuan atau kurang aktiviti berasaskan matlamat Risiko terlibat dengan delinkuen

AUTORITATIF

Bentuk gaya asuhan di mana anak-anak bebas untuk melakukan sesuatu tindakan tetapi masih dalam pengawalan dan pengawasan daripada ibubapa

Ciri-Ciri:

Menekankan kepada aspek perbincangan serta memberi dan menerima pandangan yang diutarakan oleh ahli keluarga.

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkanpersetujuan bersama

Memberi galakan serta menghormati kepentingan anak-anak.

Tidak terlalu bergantung kepada peraturan.

Mesra dan tegas

Kesan Gaya Autoritatif

1.Kecekapan Sosial

Mempunyai ketinggian dan kecekapan dlmperhubungan sosial.

Anak-anak boleh berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Contoh: Peramah, mudah mesra.2. Pembangunan Psikososial

Kehidupan yang sentiasa bahagia dan gembira

Mempunyai kestabilan emosi yg baik dan keyakinan diri yang tinggi.

Sedar batasan tingkahlaku yg perlu dipatuhi

3.Akademik

Memperolehi kecemerlangan dlm bidangakedemik.

Berinisiatif untuk melakukan sesuatu.4. Masalah Tingkahlaku

Kecenderungan untuk melibatkan diri dalam aktiviti delinkuen adalah kurang.5. Motivasi

Mempunyai gaya motivasi yg tinggi kerana ibu bapa sentiasa memberi dorongan dan sokongan samadaberbentuk implisit dan ekstrisik.

Wujud perkembangan intelektual dalam diri anak-anak.

KOMUNIKASI TERBUKA DAN MEMBINA PERKONGSIAN PINTAR

Guru prasekolah atau tabika perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan ibu bapa. Guru perlu mendengar secara aktif bukan sahaja untuk memahami perkataan yang dilafazkan tetapi apa yang lebih penting ialah memahami perasaan dan menerima latar belakang kehidupan mereka. Guru hendaklah memahami masalah dan minat mereka untuk mewujudkan hubungan mesra yang ikhlas dan saling mempercayai dengan keluarga kanak kanak supaya guru boleh berfungsi sebagai perantara yang berkesan di antara kanak kanak tadika dengan masyarakat. Perkara perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif dengan ibu bapa termasuklah

Guru terlebih dahulu mestilah memperoleh maklumat yang lengkap

mengenai ibu bapa kanak kanak Maklumat lengkap mengenai penglibatan ibu bapa hendaklah

diberikan kepada ibu bapa ketika mereka mendaftarkan anak

anak mereka untuk menyertai tadika

Sekiranya ibu bapa bersetuju untuk menghantar anak mereka ke

tadika maka guru haruslah mengadakan pertemuan untuk membincangkan falsafah, matlamat serta pengajaran dan pembelajaran di tadika Maklumkan kepada ibu bapa tentang kemajuan anak mereka dari semasa

ke semasa Libatkan ibu bapa dalam majlis majlis sosial tadika dan penulisan

berita tadika jika ada supaya mereka juga merupakan sebahagianPROGRAM PENILAIAN

Topik ini mengenalpasti objektif sesebuah tadika dan bagaimana untuk mencapainya serta mengubahsuai amalan untuk memastikan objektif lebih berkesan dan menambah objektif baru yang lebih baik untuk penambahbaikan pusat prasekolah.Sejauhmanakah anda dapat mengenal pasti keberkesanan program prasekolah dan nyatakan ciri-ciri yang boleh menjadi penanda aras kepada