peranan pendidik-di-dalam-kelas

19
Bincangkan peranan pendidik dalam mengurus pembelajaran 1.0 Definisi pengurusan Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai guru. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja kerusi,mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan secara teratur mengikut rancangan. Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksana guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran (Weber,1999). Pengurusan bilik darjah ialah proses mengatur dan melaksana segala urusan bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan sempurna (Moore,2001) 2.0 Definisi pembelajaran Pembelajaran merupakan suatu proses pengenalpastian tentang sesuatu yang boleh memberikan kefahaman kepada kita melalui proses mempelajari dan pengajaran yang berlaku samada secara formal atau tidak formal. Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning”. Ini menunjukkan bahawa bentuk pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan. (Fry et al., 2003). Oleh itu, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang di didik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. 1 1 Academic Staff Development Center (ASDC), KUKTEM 2005, 31 Januari 2009 1

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 06-Jul-2015

2.716 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Bincangkan peranan pendidik dalam mengurus pembelajaran

1.0 Definisi pengurusan

Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai guru.

Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya

menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan

menyusun meja kerusi,mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah,

mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran

dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih

berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan secara teratur mengikut

rancangan.

Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksana guru untuk membentuk

dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan

pengajaran (Weber,1999). Pengurusan bilik darjah ialah proses mengatur dan melaksana segala

urusan bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan

sempurna (Moore,2001)

2.0 Definisi pembelajaran

Pembelajaran merupakan suatu proses pengenalpastian tentang sesuatu yang

boleh memberikan kefahaman kepada kita melalui proses mempelajari dan pengajaran yang

berlaku samada secara formal atau tidak formal.

Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is about how we

perceive and understand the world, about making meaning”. Ini menunjukkan bahawa bentuk

pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan

kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan. (Fry et al., 2003).

Oleh itu, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang di didik

hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.1

1 Academic Staff Development Center (ASDC), KUKTEM 2005, 31 Januari 2009

1

Page 2: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Apabila ditakrifkan makna pembelajaran ini, skop perbincangan terlalu luas. Maka

beberapa domain atau pengkelasan dilakukan. Terdapat tiga klasifikasi yang sering digunakan

iaitu domain kognitif, domain efektif dan domain psikomotor.

Domain kognitif merupakan pembelajaran yang berlaku menerusi pemikiran dan minda,

manakala domain afektif merupakan pembelajaran yang berhubung kait dengan perasaan dan

emosi sementara domain psikomotor merupakan pembelajaran yang melibatkan pergerakan

anggota tubuh badan.2

2 Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pedagogi Asas Pendidikan, Kayazano Enterprise, 2004, ms 152

2

Page 3: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

3.0 Konsep mengurus pembelajaran

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan elemen-elemen

pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Ini bermakna guru sebagai

pengurus bilik darjah memainkan peranan sebagai perancang, pengelola, pengarah dan

pengawal3. Jesteru itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, guru hendaklah

memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha menguasai kemahiran-

kemahirannya.

3.1 Elemen dan kemahiran mengelola (mengurus)

Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran. Malah,

keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang

Berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Seharusnya segala usaha pengajaran adalah

semata-mata ditumpukan untuk merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka belajar.

Oleh itu, pengajaran mempunyai dua fungsi utama iaitu merangsangkan pembelajaran dan

mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.

Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut motif atau motivasi tersebut.

Oleh itu, di dalam bilik darjah tugas pengajaran ialah membekalkan motivasi tersebut sebagai

rangsangan untuk menimbulkan minat dan menggerakkan mereka belajar.

Disamping itu, segala aktiviti pengajaran adalah ditujukan untuk menghasilkan aktiviti

pembelajaran yang berkesan. Dengan perkataan lain, objektif utama pengajaran ialah membawa

hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah ke

suatu tahap yang lebih tinggi.

Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal mewujudkan situasi

pembelajaran yang berkesan. Sesunguhnya segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

mengajar adalah berlandaskan kepada segala teori dan cirri pembelajaran. Hal ini adalah

memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran dengan

berkesan. Jesteru itu, kaedah demonstrasi serta strategi pembelajaran seperti strategi pemusatan

3 Mok Soon Sang, Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan, Edisi ke-8, 2004, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor, muka surat 41

3

Page 4: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

murid dan bahan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan mengurus aktiviti pembelajaran

di dalam bilik darjah.

3.2 Pengurusan persekitaran pengajaran-pembelajaran

Organisasi bilik darjah KBSRdan KBSM mengandungi suatu ciri keistimewaan iaitu

disamping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain,

khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan ini, banyak

aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik,

ruang Pendidikan Seni, ruang bacaan dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah

aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan,

bercerita dan aktiviti jual-beli. Disamping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk

mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.

Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa

sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta

dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang

menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang

ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-

rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul.

4

Page 5: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

4.0 Fungsi-fungsi pembelajaran

Di dalam memahami definisi dan konsep pembelajaran, kita dapati bahawa pembelajaran

merupakan suatu proses mengajar belajar tentang sesuatu yang perlu diamalkan agar ia menjadi

sebahagian dari ilmu pengetahuan.

Oleh yang demikian, dalam proses belajar dan mengajar terdapatnya fungsi-fungsi yang

perlu ditekankan agar proses tersebut memberikan suatu hasil yang baik dan sempurna. Dalam

konteks hari ini, guru mestilah berperanan dalam mencorakkan fungsi pembelajaran di dalam

kelas berpusatkan tiga elemen penting iaitu berpusatkan akademik, berpusatkan pelajar dan

berpusatkan ideal dan berwawasan.

Berpusatkan akademik memberi maksud dengan proses pembelajaran yang berlaku dapat

menghasilkan pelajar yang dapat menguasai sesuatu topik atau ilmu yang diajarkan serta dapat

mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Hal ini juga boleh disebut elemen

intelek.

Manakala berpusatkan pelajar pula adalah melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi

serta kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan ilmu tersebut. Elemen yang terlibat adalah

elemen rohani dan emosi.

Berpusatkan ideal dan berwawasan memberikan impak bahawa pelajar yang dilahirkan

dapat menghasilkan sesuatu yang atau memberikan idea-idea yang berkaitan dalam usaha

penambahbaikan tentang ilmu yang dipelajari. Elemen yang terlibat pula adalah lebih kepada

elemen jasmani.

5

Page 6: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Fungsi-fungsi pembelajaran boleh di huraikan menerusi beberapa prinsip antaranya

ialah:-4

1) Perhatian

Di dalam mengajar guru perlu dapat membangkitkan perhatian pelajar kepada pelajaran

yang diajarkan oleh guru. Perhatian akan memberi impak yang lebih besar apabila pelajar

mempunyai minat dan bakat.

Bakat merupakan suatu kepribadian yang telah dipunyai oleh seseorang pelajar sejak

kecil lagi namun ianya dapat berkembang kerana pengaruh pendidikan dan persekitaran.

Perhatian dapat ditimbulkan secara langsung kepada pelajar kerana mereka sudah tahu tujuan

dan kegunaan mata pelajaran yang diperolehinya. Manakala perhatian secara tidak langsung

yang baru dapat dirangsang menerusi kaedah pengajaran yang menarik, ransangan untuk berfikir

serta menghubungkan pengetahuan yang telah dimiliki.

Apabila pelajar mempunyai perhatian di dalam kelas, maka dengan mudah pelajaran yang

diajarkan dapat diterima, dihayati, diolah sehingga pelajar tersebut mampu menghubungkan

antara suatu pengetahuan dengan pengetahuan yang lain.

Oleh yang demikian, menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran diperlukan supaya guru dapat mengawal keadaan bilik darjah dengan baik dan

melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberikan perhatian di dalam sesuatu perkara yang

penting dalam hidup mereka khususnya pembelajaran akademik di dalam kelas.

2) Aktiviti

Dalam proses mengajar pelajar, guru perlu melakukan aktiviti samada berfikir mahupun

melakukan atau melaksanakannya sesuatu aktiviti.

Hal ini mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar itu sendiri iaitu ilmu yang

diajarkan tidak berlalu begitu sahaja tetapi dapat difikirkan, diolah kemudian dikeluarkan dalam

bentuk yang berbeza.

4 Belajar dan Faktor-Faktor Yang Memepengaruhinya, Drs Slameto, Rineka Cipta, Jakarta, Januari 1995

6

Page 7: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Melalui aktiviti juga membolehkan pelajar bertanya, mengajukan pendapat serta

melakukan perbincangan dengan guru serta mematuhi arahan guru yang mengajar, melaksanakan

tugas, membuat grafik, diagram serta maklumat yang diberikan oleh guru. Apabila pelajar

terlibat secara aktif dalam aktiviti maka pelajar lebih mudah memiliki dan menggunakan ilmu itu

dengan baik.

Justeru, aktiviti perlu dilaksanakan dan diberikan perhatian dalam memastikan fungsi

pembelajaran digunakan sepenuhnya agar tumpuan pelajar dapat dikumpulkan pada satu titik

fokus utama. Dengan ini, akan lahirlah pelajar yang kreatif menggunakan ruang dan peluang

yang ada untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian.

3) Integrasi

Menghubungkan pembelajaran yang baru dengan pengetahuan atau pengalaman yang

sedia ada dapat menjadikan pelajar berfikir dengan kreatif dan kritis. Proses ini akan menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta membantu pelajar untuk memerhatikan

pelajarannya dengan lebih baik.

Hal ini sedikit sebanyak melahirkan pelajar-pelajar yang dapat mengadaptasikan

pengetahuan yang mereka pelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar mereka diluar

khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan mereka di masa-masa yang

mendatang.

4) Pengulangan

Tidak semua pelajar mempunyai tahap yang sama di dalam proses mengingati tentang

sesuatu pembelajaran yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu, pembelajaran yang dibantu ulang

untuk proses mengingati diperlukan untuk memberikan tanggapan yang lebih jelas dan tidak

mudah dilupakan.

Perkara ini boleh dinyatakan apabila kita mengulang dengan cara dan kaedah yang baik

di dalam bilik darjah, semakin lama ia akan menjadi semakin jelas sehingga dapat digunakan

oleh pelajar untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Pengulangan secara teratur, pada

waktu-waktu yang tertentu atau setelah setiap topik itu diberikan, maka ia sangat membantu

proses pengajaran dan pembelajaran.

7

Page 8: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Hal yang demikian memberikan pengetahuan kepada pelajar bahawa pengulangan

merupakan suatu proses pendidikan yang mereka boleh aplikasikan dalam kehidupan mereka. Ini

menjadikan bahawa proses pengulangan adalah suatu konsep bagi fungsi pembelajaran itu

sendiri.

5) Sosialisasi

Dalam diri seseorang pelajar, mereka perlu terdedah kepada pergaulan sosial yang

bermanfaat bagi menjadikan diri mereka satu generasi yang mampu menjadi kebanggaan bagi

sesebuah masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Ini adalah kerana, pelajar merupakan individu yang mempunyai segi sosial yang perlu

diperkembangkan. Dengan itu, adalah suatu kebaikan jika para pelajar diberikan ruang dan

peluang untuk menjalankan aktiviti bersama-sama dengan rakan sekelas mereka supaya

pergaulan sosial dapat dipelajari secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan bersama-

sama rakan mereka di dalam kelas.

Perkara ini dengan sendirinya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang saling bekerja sama

antara satu sama lain, saling bergotong royong dan saling tolong menolong. Penerapan sosialisasi

ini dapat membuka pemikiran pelajar bahawa banyak permasalahan tidak dapat diselesaikan

secara bersendirian tetapi boleh diselesaikan dengan bantuan orang lain.

Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga mampu meningkat cara pelajar itu berfikir

sehingga dapat memecahkan masalah dengan baik dan lancar. Oleh yang demikian, sosialisasi

atau pergaulan sosial dapat terbina dan menjadikan pelajar mampu untuk mengaplikasikan

kewibawaan untuk menempatkan diri di dalam masyarakat kelak.

Oleh yang demikian, melalui beberapa prinsip yang dinyatakan diatas dapat memberikan

gambaran bahawa perhatian, aktiviti, integrasi, pengulangan dan sosialisasi dapat menjadi satu

fungsi pembelajaran efektif yang berperanan bagi pendidik dalam menguruskan pembelajaran di

dalam kelas.

8

Page 9: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

5.0 Bagaimana mengurus pembelajaran yang efektif

Untuk melaksanakan pembelajaran yang efektif memerlukan syarat-syarat yang berikut:

5.1 Belajar secara aktif dari segi mental mahupun fizikal

Di dalam belajar pelajar harus mengalami aktiviti mental. Misalnya pelajar dapat

mengembangkan kemampuan intelektualnya, kemampuan berfikir secara kritis, kemampuan

menganalisis, kemampuan mengucapkan pengetahuannya.

5.2 Guru harus menggunakan banyak method pada waktu mengajar

Variasi method mengakibatkan penyajian bahan pelajaran lebih menarik perhatian

pelajar, mudah diterima pelajar, dan kelas menjadi hidup. Kaedah persembahan yang selalu

sama akan membosankan pelajar.

5.3 Motivasi

Pengurusan kelas yang konvensional atau biasa, beranggapan bahawa pelajar-pelajar

mestilah dimotivasikan melalui sesuatu selain daripada kandungan pembelajaran. Ganjaran luar

berupa grades/pangkat, pujian, recognition, treats/belanja, dan kebebasan/privilege adalah faktor

yang dikenalpasti sebagai prime/ perangsang utama dalam pembelajaran pelajar-pelajar.

Sebaliknya, pengurusan kelas yang cemerlang menganggap pelajar-pelajar haruslah

dimotivasikan melalui kandungan pembelajaran itu sendiri5.

Sebagai contohnya, tugasan Matematik seharusnya menyeronokkan, tugasan membuat

karangan seharusnya menarik perhatian, dan pembelajaran yang menggunakan bahasa asing

merupakan sesuatu yang mengujakan. Bagi guru dan pelajar yang berkeadaan dalam pengurusan

konvensional, matlamat seumpama ini adalah semata-mata tidak praktikal dan adakalanya

mustahil. Manakala bagi pengurusan yang cemerlang, perkara ini adalah sebagai keperluan dan

asas yang rutin dalam motivasi pelajar.

5 Carl H. Rinne, Excellent Classroom Management, 1997, Wadsworth Publishing Company, Belmont, muka surat 5

9

Page 10: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Hal ini sangat berperanan pada kemajuan, perkembangan pelajar selanjutnya melalui

proses belajar. Bila motivasi guru tepat mengenai sasaran akan meningkatkan kegiatan belajar.

Dengan tujuan yang jelas pelajar akan belajar lebih tekun, lebih giat dan bersemangat.

5.4 Kurikulum yang baik dan seimbang

Proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada sistem yang digunakan dalam proses

tersebut. Sistem atau kurikulum memainkan peranan utama dalam mencorakkan hala tuju

pembelajaran yang berlaku.

Kurikulum merupakan perkara atau tahap-tahap yang perlu dilalui dalam suatu proses

pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah dalam mencapai matlamat tertentu dalam

pendidikan.6

Justeru, sesuatu pembelajaran dapat diuruskan dengan sempurna berdasarkan nilai tambah

yang ada pada sesebuah kurikulum yang baik. Kurikulum ini pula diatur dan disediakan melalui kajian

serta analisis yang dilakukan oleh jabatan-jabatan yang terlibat khususnya kementerian pelajaran

Malaysia yang mencorakkan konsep kurikulum yang digunakan di sekolah.

Selain itu, kesimbangan juga perlu dipertimbangkan dalam menentukan konsep kurikulum yang

diguna pakai di sekolah. Ini melibatkan keseimbangan kepada pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani,

intelektual serta spiritual. Keseimbangan kurikulum ini juga perlu dilihat dari aspek kebolehan pelajar

mengikut tahap umur serta keupayaan sekolah dalam mengaplikasikan pembelajaran yang disediakan

agar memberi peluang sama rata kepada semua pelajar di semua sekolah untuk mendapat

pembelajaran yang baik menerusi kurikulum yang seimbang.

Oleh itu, pembelajaran di dalam kelas mampu diuruskan dengan baik serta menjadikan aktiviti

pembelajaran dapat diikuti dengan sempurna oleh semua pelajar.

5.5 Guru perlu menimbangkan perbezaan individual

6 Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Quantum Books, 2008, ms 89

10

Page 11: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Perbezaan individual seperti ini sudah disebutkan sedikit di bawah sub topik kurikulum

yang baik dan seimbang di atas. Namun, kurikulum yang disediakan oleh kementerian yang

terlibat perlu diikuti oleh semua sistem persekolahan agar keseimbangan dapat diwujudkan di

antara semua sekolah.

Namun yang demikian, kurikulum yang seimbang belum menjamin pembelajaran dapat

diuruskan dengan baik di dalam bilik darjah. Terdapatnya perbezaan bakat dan kebolehan antara

pelajar di dalam sesebuah kelas di mana kecakapan dan ketangkasan pelajar berbeza secara

individual.7 Ada di antaranya yang cerdik dan cerdas sehinggakan mampu untuk menerima

dengan cepat ilmu pelajaran yang disampaikan kepadanya. Tahap ini merupakan tahap keboleh

penerimaan yang tinggi. Namun, perlu diingat bahawa masih ramai pelajar yang mempunyai

tahap keboleh penerimaan yang biasa dan rendah.

Disebabkan tahap keboleh penerimaan yang berbeza-beza ini menyebabkan guru yang

terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu menyeimbangkan

kaedah, skop serta aktiviti pembelajaran agar semua pelajar yang mempunyai tahap penerimaan

yang berbeza dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Dengan cara ini, ianya dapat

mengembangkan kemampuan-kemampuan pelajar secara individual.8

Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai tahap keboleh penerimaan yang tinggi hanya

perlu mendapat penerangan yang lebih ringkas kerana pengetahuan sedia ada serta kebolehan

memahami yang cepat. Ini berbeza dengan pelajar yang berada pada tahap sederhana dan rendah

yang memerlukan lebih penerangan dan kaedah yang lebih mudah difahami supaya mereka dapat

mengikuti memahami pelajaran dengan baik.

Oleh yang demikian, perbezaan individual perlu dipertimbangkan agar guru dapat

menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai untuk semua pelajar dan memberi peluang sama

rata kepada pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan yang diajarkan.

5.6 Membuat perencanaan sebelum mengajar

7 Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Rineka Cipta, Jakarta, Januari 1995, ms 738 ibid, ms 93

11

Page 12: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Dalam memastikan sesuatu pembelajaran dapat dilakukan dengan baik, maka sebuah

perencanaan perlulah dilakukan oleh guru yang mengajar supaya proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar.

Ini dapat dilihat dari sudut perencanaan yang terperinci dengan turutan perencanaan

tersebut sebagai alat rujukan. Perencanaan sebelum mengajar perlu mempunyai objektif, teknik

dan kaedah yang akan digunakan semasa, serta penanda aras kefahaman para pelajar terhadap

penguasaan sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran.

Dengan persiapan mengajar, guru akan mantap di hadapan kelas, perencanaan yang

matang dapat menimbulkan banyak inisiatif dan daya kreativiti guru sewaktu mengajar serta

dapat meningkatkan interaksi belajar dan mengajar antara guru dan pelajar.9

Dengan adanya perencanaan sebelum mengajar ini, ia bukan sahaja memberikan suatu

kemudahan kepada guru untuk mengajar dan mendidik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, malah murid turut mudah mengikuti dan memahami pembelajaran yang diajarkan

oleh guru tersebut. Perkongsian pemudahcara yang dilakukan oleh guru sebelum mengajar ini

mampu memberikan kesan yang lebih baik serta lancar kepada proses pengajaran dan

pembelajaran.

Oleh yang demikian, perencanaan sebelum mengajar adalah penting supaya para guru

mempunyai satu rujukan yang jitu mengikut kebolehan guru dan pelajar yang diajarkan suapaya

ilmu yang ingin disampaikan dapat diajarkan oleh guru dengan baik dan pelajar dapat menerima

ilmu tersbut dengan baik juga mengikut objektif-objektif, teknik dan kaedah serta penilaian yang

dilakukan terhadap pelajar.

5.7 Pada penyajian bahan pelajaran pada pelajar, guru perlu memberikan masalah-masalah yang boleh merangsang pelajar untuk berfikir

9 Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Rineka Cipta, Jakarta, Januari 1995, ms 93

12

Page 13: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Semasa proses pengajaran di dalam kelas, guru sememangnya perlu menyediakan kaedah-

kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih baik serta menerimanya sebagai sebuah bentuk pengajaran yang menarik.

Namun yang demikian, dalam menjadikan sesebuah kelas lebih menarik serta

memberikan rangsangan minda pelajar, guru seharusnya menyediakan bahan pengajaran yang

mampu memberikan permasalahan yang boleh menyebabkan pelajar berfikir serta merangsang

daya kreativitinya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Dengan cara ini, pelajar bukan

sahaja menerima pembelajaran secara pasif, tetapi juga dapat terlibat aktif secara rangsangan

berfikir dalam mengikuti kelas yang dilakukan oleh guru.

Di dalam belajar, pelajar seharusnya mengalami aktiviti mental seperti pelajar dapat

mengembangkan kemampuan intelektualnya, kemampuan berfikir secara kritis, kemampuan

menganalisa dan kemampuan mengucapkan pengetahuannya disamping mengalami aktiviti

jasmani seperti mengerjakan sesuatu, menyusun intisari pelajaran, membuat peta dan lain-

lainnya.10

Hal ini secara langsung menjadikan pelajar tersebut memberikan fokus kepada proses

pengajaran yang berlangsung dan guru mampu mengawal proses pembelajaran di dalam kelas

dengan lebih baik dengan menjadikan permasalahan yang diberikan sebagai pokok utama

pengurusan guru di dalam bilik darjah.

5.8 Semua pelajaran yang diberikan kepada pelajar perlu diintegrasikan, sehingga pelajar memiliki pengetahuan bersepadu iaitu tidak terpisah-pisah

10 Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Rineka Cipta, Jakarta, Januari 1995, ms 92

13

Page 14: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Kebiasaannya, pelajar hanya menerima proses pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukan oleh guru sahaja seandainya guru tersebut tidak menggunakan teknik dan kaedah yang

bersesuaian dalam mengajar.

Namun yang demikian, guru seharusnya memainkan peranan mengajar dan menghubung

kaitkan diantara sesuatu topik dengan topik yang lain yang berkaitan agar para pelajar peka dan

memahami serta dapat mengaplikasikannya dengan baik.

Hal ini dapat menjamin penguasaan pelajar di dalam proses pembelajaran serta

memberikan ruang untuk guru menggunakan kawalan yang minima di dalam kelas kerana pelajar

itu sendiri sudah terdorong untuk fokus atau memberikan tumpuan disepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Oleh yang demikian, guru perlu kreatif dalam mengajar supaya proses pembelajaran

dapat dikaitkan antara satu konsep dengan satu konsep yang lain yang berkaitan agar minat

pelajar dapat mendorong mereka menjadi pelajar yang berkeyakinan dan berjaya didalam kelas

dengan mengintegrasikan pengetahuan yang baru dan sedia ada.

Mata pelajaran yang diajar di sekolah seharusnya diintegrasikan berpadu menjadi suatu

ilmu yang bersepadu. Pelajaran yang dipelajari bukan sekadar pengetahuan dalam bilik darjah

sahaja, bahkan bermanfaat di luar kelas serta dalam kehidupan seharian mereka.

5.9 Pelajaran di sekolah perlu dihubungkan dengan kehidupan nyata dalam masyarakat

14

Page 15: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Pengetahuan sedia ada pelajar dapat mengukuhkan kefahaman pelajar di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Aspek kemasyarakatan tidak boleh dipandang remeh oleh guru.

Dalam norma ketamadunan manusia, setiap individu pasti akan menghadapi, mendepani,

berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka.

Oleh itu, guru sangat berperanan di dalam menyelitkan unsur dan pendidikan yang

bercorakkan masyarakat. Guru bukan semata-mata mengajarkan sesuatu mata pelajaran tetapi

juga mendidik pelajar khususnya dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Namun, perlu

diingat bahawa, elemen kemasyarakatan mestilah berbudaya atau bercorakkan masyarakat

setempat agar penerapan yang dilakukan oleh guru dapat diterima oleh pelajar dan ibubapa

mereka serta masyarakat di sekitarnya.

Dengan mengaitkan elemen pendidikan di dalam bilik darjah dengan kehidupan nyata di

dalam masyarakat, para pelajar dapat membuka ruang untuk diri mereka sendiri merasai dan

menghayati pendidikan yang sedang diajarkan oleh guru mereka. Ini adalah kerana pelajar itu

sendiri biasanya sudah memiliki pengetahuan asas dalam kehidupan mereka, hanya mereka

kurang berkemampuan untuk mengaitkan antara proses pembelajaran atau ilmu pengetahuan

yang mereka peroleh dengan kehidupan sebenar di luar sana.

Justeru, perkaitan yang terbina di dalam kelas dengan menghubungkaitkan pembelajaran

di dalam kelas dengan kehidupan masyarakat setempat dapat menjadikan agen kawalan bagi

guru di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

6.0 Carta-carta berkaitan

15

Page 16: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Nota Kuliah Pedagogi: Encik Nasir

Pendekatan Pembelajaran

16

ELEMEN PENGURUSAN:

mengelola

Mengurus aktivitipenilaian

Mengurus rutinbilik darjah

Mengurus aktivitimurid

Mengurus keadaan fizikal dan kemudahan

Mengurus baha-bahan pelajaran

Mengurus aktivitikumpulan

Mengurus disiplin bilik darjah

Rajah 1: Perkaitan elemen pengurusan mengelola dengan pelbagai aktiviti pengurusan bilik darjah

Tentukan suasana Bilik Darjah yang diingini

Analisis suasana Bilik Darjah semasa

Pilih & guna strategi pengurusan

Pantau & nilai keberkesanan pengurusan

1

4

3

2

Proses pengurusan Bilik Darjah

Page 17: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Secara umumnya terdapat tiga pendekatan pembelajaran yang biasa digunakan:

Pendekatan Cetek (Surface Approach), Pendekatan Mendalam (Deep Approach) dan Pendekatan

Strategik (Strategic Approach).

Ciri dan hasil pembelajaran bagi setiap pendekatan ditunjukkan oleh jadual berikut:

Pendekatan Ciri-Ciri Hasil

Pendekatan Cetek

• Digerakkan oleh keinginan untuk hanya menghabiskan kursus

• Bergantung kepada menghafal fakta

• Tidak membezakan antara pengetahuan baru daripada pengetahuan sedia ada

• Menggunakan teknik hafalan

• Proses kognitif pada tahap minimum/rendah

• Pemahaman secara am/umum bagi keseluruhan kursus/topik yang dipelajari

Pendekatan Mendalam

• Digerakkan oleh minat yang mendalam terhadap subjek/kursus

• Mencari makna bagi sesuatu yang dipelajari

• Mengaitkan konsep dan pengalaman sedia ada dengan yang baru

• Membuat penilaian secara kritikal

• Mengenal pasti konsep dan tema-tema utama

• Menghubungkaitkan pengetahuan dengan pandangan sendiri

• Menggunakan logik dan urutan dalam menilai

• Pemahaman secara mendalam tentang subjek/ kursus/bahan yang dipelajari

• Penghayatan terhadap makna daripada fakta yang dipelajari

Pendekatan Strategik

• Digerakkan oleh keinginan untuk mendapat gred yang baik

• Mengaplikasi strategi daripada Pendekatan Cetek atau Pendekatan Mendalam sesuai dengan kehendak tugasan.

• Pelbagai tahap pemahaman sesuai dengan kehendak kursus/ tugasan/ penilaian

7.0 Bibliografi

17

Page 18: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Quantum Books,

2008

Academic Staff Development Center (ASDC), KUKTEM 2005, 31 Januari 2009

Carl H. Rinne, Excellent Classroom Management, 1997, Wadsworth Publishing Company,

Belmont

Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Rineka Cipta, Jakarta, Januari

1995

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pedagogi Asas Pendidikan, Kayazano

Enterprise, 2004

Mok Soon Sang, Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Di Malaysia untuk Kursus Diploma

Perguruan, Edisi ke-8, 2004, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor

18

Page 19: Peranan pendidik-di-dalam-kelas

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Quantum Books,

2008

Academic Staff Development Center (ASDC), KUKTEM 2005, 31 Januari 2009

Carl H. Rinne, Excellent Classroom Management, 1997, Wadsworth Publishing Company,

Belmont

Drs Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Rineka Cipta, Jakarta, Januari

1995

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pedagogi Asas Pendidikan, Kayazano

Enterprise, 2004

Mok Soon Sang, Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Di Malaysia untuk Kursus Diploma

Perguruan, Edisi ke-8, 2004, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Selangor

18