kertas kerja larian 1 malaysia

19
NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HBSS1203 760113085322 1 KERTAS KERJA LARIAN 1 MALAYSIA SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG. 1.0 PENGENALAN Program Larian 1 Malaysia dirancang untuk dilaksanakan sebagai menyahut seruan Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Tujuan konsep ini diperkenalkan adalah untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa dan realiti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ia sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakanSemua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan Warga SK Bandar Tasik Kesuma sememangnya terdiri daripada 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Maka program ini dirancang untuk memupuk perpaduan antara kaum di sekolah ini khasnya dan masyarakat setempat umumnya. Diharapkan program Larian 1 Malaysia ini dapat memantapkan dan mengeratkan lagi silaturahim antara warga SKBTK dengan masyarakat setempat.

Upload: nazfaroon

Post on 05-Jul-2015

2.638 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

1

KERTAS KERJA LARIAN 1 MALAYSIA

SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG.

1.0 PENGENALAN

Program Larian 1 Malaysia dirancang untuk dilaksanakan sebagai menyahut seruan Gagasan

1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Tujuan konsep ini diperkenalkan adalah untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih

berdaya tahan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa dan realiti rakyat Malaysia yang

berbilang kaum dan ia sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan

rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu

diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan

sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan

yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB

Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara

mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk

semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.  Semua kaum perlu

menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati

secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang

akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan

Warga SK Bandar Tasik Kesuma sememangnya terdiri daripada 3 kaum utama di

Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Maka program ini dirancang untuk memupuk

perpaduan antara kaum di sekolah ini khasnya dan masyarakat setempat umumnya.

Diharapkan program Larian 1 Malaysia ini dapat memantapkan dan mengeratkan lagi

silaturahim antara warga SKBTK dengan masyarakat setempat.

Page 2: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

2

2.0 TUJUAN

1. Meningkatkan penghayatan murid pelbagai kaum dan agama terhadap aspek

perpaduan nasional.

2. Melahirkan murid yang cergas dan cerdas agar kelak menjadi rakyat yang boleh

menyumbang ke arah kemajuan negara.

3. Menanam rasa penerimaan terhadap rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum,

berbeza amalan dan kebudayaan.

4. Memberi peluang kepada semua murid menyertai aktiviti yang dianjurkan tanpa

mengira bangsa dan agama.

3.0 OBJEKTIF

1. Murid menyedari pentingnya perpaduan antara kaum dalam membina negara Malaysia

yang aman dan makmur.

2. Murid merasai pengalaman bergaul / berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka yang

berbilang kaum dan agama.

3. Murid dapat memahami dan menghayati konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh

Perdana Menteri.

4. Murid menyedari kepentingan menjaga kesihatan agar mereka menjadi warga

Malaysia yang cergas dan cerdas.

Page 3: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

3

4.0 TENTATIF PROGRAM

LARIAN 1 MALAYSIA

SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG

TARIKH : 26 JUN 2010

HARI : SABTU

MASA : 7.45 PAGI

TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN DAN KAWASAN

PERUMAHAN BANDAR TASIK KESUMA.

7.45 pagi : Murid Mengambil Tempat

Aktiviti Memanaskan Badan dan Regangan

8.00 pagi : Larian Bermula

10.00 pagi : Murid Rehat

10.30 pagi : Murid Berkumpul Semula di Dataran Perhimpunan

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar – Tn. Hj. Abd. Shukor b Ujang

Ucapan YDP PIBG – En. Norazman b Ahmad Kalam

Penyampaian Hadiah

11.30 pagi : Bersurai

Page 4: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

4

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENASIHAT : TN. HJ. ABD. SHUKOR B UJANG

PENGERUSI : EN. NORAZMI B MD ISA

TIM. PENGERUSI : PN. HJH. HALIMAH BT MD JOHAN

NAIB PENGERUSI 1 : PN. HASNIZAR BT KHARUDIN

NAIB PENGERUSI 2 : EN. MOHD ZAKI B ABD RAHMAN

SETIAUSAHA : PN. NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB

BENDAHARI : PN. NORHAYATI BT ARIFFIN

PELEPAS

Guru Besar – Tn. Hj Abd Shukor b Ujang

YDP PIBG – En. Norazman b Ahmad Kalam

PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA

Pn. Suriati Sapuan En. Mohd Roslan Abd Rahim

BUKU PROGRAM P/A SISTEM

Pn. Noor Afzan Abdul Mutalib En. Abd Manab Alwi

HADIAH JAMUAN TETAMU

Pn. Rohaya Yussuf (K) Pn. Najmiyah Mansor (K)

Pn. Norhamiza Hassan Pn. Noraini Yusofe

Pn. Zulina Mat Tasim Pn. Noorny Aliza Mat Ali

Pn. Suzana Mokhtar Rudin Pn. Azlina Jais

Pn. Salina Abd Latib Pn. Kyairani Mustafa

PERSIAPAN TEMPAT BACK DROP

En. Mohd Yusri Abd Hamid(K) Pn. Jamilah Mohd Yusof (K)

En. Mohd Naim Abd Ghani Pn. Rosnamilah Ahmad

Page 5: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

5

MAKANAN & MINUMAN MURID PENGURUS PEMENANG

Pn. Latifah Abd Latif (K) Pn. Junaidah Samsudin (K)

Pn. Siti Laila Morsidek Pn. Norlia Samsuri

Pn. Hazura Abd Rahim Pn. Noor Malisa Md Said

Pn. Aida Rahayu Dalail Pn. Norlizana Kamaruzaman

Pn. Norliza Yahya Pn. Sanisah Dani

Pn. Ruzita Alias

Pn. Rosiah Manap DOKUMENTASI

Pn. Nor Junaidah Othman Pn. Punithevathy Marappan

DISIPLIN KESELAMATAN / CHECK POINT

Pn. Jeyamalar Muthu(K) En. Mohd Ridzuan Mat Saad (K)

Pn. Rosiah Mustafa En. Mohd Khalil Ramli

Pn. Haslinah Mohd Din En. Mohd Zahari Ismail

Pn. Salmah Tahar En. Shahriman Abdullah

Pn. Rozaini Andek Arifin En. Mohd Syafiq Aizat Sujali

Pn. Azniza Abdullah En. Abd Raof Zambari

Pn. Aminah Tahir En. Samsul Anuar Mohd Kamil

JURUGAMBAR PERTOLONGAN CEMAS

Pn. Khaliza Jamaludin(K) Pn. Clinie Anak Jonathan Ujang

Pn. Norshahida Abu Bakar Ahli PBSM

Page 6: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

6

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Hadiah- Tempat Pertama - 6 - Tempat Kedua - 6 - Tempat Ketiga - 6

18 X RM 3 = RM 54.00

2 Cenderahati Perasmian RM 18.00

3 Makanan dan Minuman Murid- RM 2 X 900 orang = RM 1800.00 RM 1800.00

4 Jamuan Guru dan Tetamu- RM 3 X 120 orang = RM 360 RM 360.00

JUMLAH RM 2232.00

Sumber kewangan diperolehi daripada Unit Kokurikulum dan Tabung PIBG.

Page 7: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

7

REFLEKSI

Program yang telah dijalankan pada 26 Jun 2010 berjalan lancar. Walaupun kehadiran

murid tidak penuh, tetapi acara tetap berlangsung dengan meriah. Kehadiran ibu bapa juga

amat menggalakkan. Dari segi keselamatan, tiada sebarang kecederaan serius yang

dilaporkan. Murid-murid yang tidak larat untuk meneruskan larian telah di bawa pulang

ke sekolah dengan menaiki kereta oleh guru yang bertugas bahagian keselamatan.

Kerjasama daripada semua ajk juga sangat baik. Ibu bapa yang hadir juga secara sukarela

telah menghulurkan bantuan dari segi kawalan keselamatan semasa murid berlari dan juga

bantuan semasa murid berehat. Ini menunjukkan bahawa matlamat untuk mengeratkan

hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat sekeliling telah tercapai. Diharap

kerjasama baik ini akan berterusan bagi setiap majlis yang bakal dianjurkan oleh pihak

sekolah.

KEKANGAN

Kehadiran murid didapati tidak mencapai 100%. Ini menyebabkan terdapat lebihan

kepada makanan dan minuman yang telah disediakan. Walaubagaimanapun tiada

pembaziran berlaku kerana makanan yang berlebih dibungkus dan diagihkan kepada

petugas-petugas sukarela. Hasrat sekolah untuk memberi pendedahan tentang program 1

Malaysia juga menjadi tidak menyeluruh kerana ada murid yang tidak hadir. Masalah lain

yang dikesan adalah masalah sistem bunyi ( PA Sistem). ‘PA sistem’ didapati mengalami

masalah yang menyebabkan acara perasmian dan penyampaian hadiah mengalami sedikit

kelam kabut kerana suara tidak kedengaran. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan

pembesar suara dan mikrofon milik sekolah yang sudah uzur. Untuk majlis akan datang

diharap ajk bahagian ‘PA sistem’ dapat meminjam peralatan daripada PKG Semenyih atau

sekolah yang berdekatan.

Page 8: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

8

Page 9: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

9

Page 10: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

10

Page 11: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

Mesyuarat AJK PIBG

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

11

PERINGKAT PERANCANGAN

Page 12: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

Taklimat Oleh Guru Besar

Guru-guru mendengartaklimat dari guru besar

Pendaftaran

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

12

Page 13: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

Memanaskan badan

VIP juga turut sama memanaskan badan

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

13

Page 14: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

14

LARIAN BERMULA

Page 15: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

Ucapan Guru Besar

Tetamu Jemputan

Ibu bapa yang hadir

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

15

PERASMIAN DAN PEYAMPAIAN HADIAH

Page 16: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

16

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

MINIT MESYUARAT

PROGRAM LARIAN 1 MALAYSIA

SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH : 3 Jun 2010

MASA : 12.30 tgh

TEMPAT : Bilik Seminar

Page 17: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

17

KEHADIRAN :

1. Tn. Hj. Abd. Shukor b Ujang2. Pn. Hjh. Halimah bt Md Johan3. En. Norazmi b Md Isa4. Pn. Hasnizar bt Kharudin5. En. Mohd Zaki b Abd Rahman6. Pn. Radziah bt Mat Piah7. Pn. Noor Afzan bt Abdul Mutalib8. Pn. Suriati bt Sapuan9. Pn. Khaliza bt Jamaludin10. Pn. Junaidah bt Samsuddin11. Pn. Latifah bt Abd Latif12. Pn. Clinie Anak Jonathan Ujang13. Pn. Rohaya by Yussuf14. Pn. Najmiyah bt Mansor15. Pn. Jeyamalar a/p Muthu16. Pn. Punithevathy a/p Marappan17. En. Abdul Manab b Alwi18. En. Yusri b Abd Hamid19. En. Mohd Ridzuan b Mat Saad20. Pn. Jamilah bt Mohd Yusof

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Mesyuarat hari ini

dihadiri oleh ketua-ketua setiap jawatankuasa kecil.

2. PENGENALAN PROGRAM2.1 Program Larian 1Malaysia ini dirancang untuk menyahut seruan Perdana Menteri

yang memperkenalkan Konsep 1Malaysia. Program ini juga untuk memberi pendedahan kepada murid maksud 1Malaysia.

2.2 Larian 1Malaysia akan diadakan pada 26 Jun 2010 (Sabtu) dan dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Norazman b Ahmad Kalam.

3. PEMBAHAGIAN TUGAS3.1 Pengacara Majlis – Pn. Suriati Sapuan

Bersedia untuk acara perasmian dan penyampaian hadiah.

3.2 Buku Program – Pn. Noor Afzan Abdul MutalibSediakan buku program untuk guru-guru dan tetamu jemputan.

3.3 Abdul Manab AlwiPastikan P/A sistem berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi tanpa masalah.

Page 18: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

18

3.4 Hadiah – Pn. Rohaya YussufTempah medal daripada pembekal biasa. Setiap aliran diperuntukkan 3 pemenang. Jumlah medal yang perlu ditempah ialah 18. Peruntukan hadiah ialah RM54.00. Cenderahati untuk perasmi adalah sebanyak RM 18.00.

3.5 Jamuan Tetamu dan Guru – Pn. Najmiyah MansorTempah makanan daripada pihak kantin sekolah. Peruntukan jamuan adalah sebanyak RM 360.00

3.6 Makanan dan Minuman Murid – Pn. Latifah Abd LatifTempah makanan daripada pihak kantin sekolah. Peruntukan untuk murid adalah RM2 x 900 orang = RM1800. Makanan dibungkus, minuman diberi dalam cawan setelah murid selesai berlari.

3.7 Persiapan tempat-Yusri Abd HamidSediakan khemah untuk tetamu. Gunakan khemah yang terdapat di stor kokurikulum. Boleh minta bantuan pekerja-pekerja sekolah.

3.8 Back drop – Pn. Jamilah Mohd YusofSediakan back drop di pentas perhimpunan.

3.9 Keselamatan dan Check Point – En. Mohd Ridzuan Mat Saad Laluan yang akan digunakan adalah laluan merentas desa. Tempatkan guru-guru di simpang-simpang yang bahaya dan kawasan sunyi. 2 orang guru perlu meronda menggunakan motosikal.

3.10 Disiplin – Pn. Jeyamalar a/p Muthu

Kawal disiplin murid semasa upacara perasmian dan penyampaian hadiah.

3.11 Pertolongan Cemas – Pn. Clinie Anak Jonathan Ujang

Sediakan peti pertolongan cemas. Boleh dapatkan peti tersebut di bilik kesihatan. Sediakan satu ruang di kantin untuk merawat kecederaan murid, jika ada.

3.12 Dokumentasi- Punithevathy a/p Marappan

Dokumentasi perlu disiapkan dalam tempoh seminggu selepas program berlangsung.

4. HAL-HAL LAIN4.1 Guru besar berharap program ini akan berjalan dengan lancar.4.2 Semua ketua bolehlah mengadakan perjumpaan dengan AJK masing-masing untuk

pembahagian tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Page 19: Kertas Kerja Larian 1 Malaysia

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIBHBSS1203 760113085322

19

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ............................................

NOOR AFZAN BT ABDUL MUTALIB HJ. ABD. SHUKOR B UJANG

Setiausaha Program Larian 1Malaysia Pengerusi Program Larian 1Malaysia