larian 100 meter 200 meter

17
Larian 100 meter & 200 meter

Upload: xiao-venessa

Post on 20-Nov-2015

158 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

ANSUR MAJU

TRANSCRIPT

Larian 100 meter dan 200 meter

Larian 100 meter & 200 meter

Ansur MajuTujuan utama permainan ini ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid mempraktiskan teknik berlari yang telah mereka pelajari.Berikut adalah beberapa ansur maju yang sesuai untuk dijalankan:Lari lari berganti-ganti antara dua tempatLari ulang alik Nombor sama berlari (bulatan)Pukul berapa datuk harimau?

Peralatan

Kasut SpikeBlok Permulaan

Blok mulaan digunakan untuk menghasilkan suatu daya tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan.

Jarak blok mulaan dari garis mula hendaklan memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada penggunaanya ketika dalam keadaan sedia.Jarak diantara bahagian hadapan blok mulaan dengan garis mula adalah diantara 30-48 cmJarak diantara bahagian belakang blok mulaan dengan bahagian hadapan blok mulaan adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan.

Permulaan Berlari

1. Ke garisan

2. Sedia

Gaya dan Teknik Permulaan Larian

Gaya Peluru( Bullet Crought Start )

Gaya Jarak Sederhana( Medium Crought Start )

Gaya Jarak Panjang( Elongated Crought Start )

Balapan

KEPERLUAN ASAS MEMBINA BALAPANMembina padang balapan memerlukan kawasan yang lapang, berumput dan rata. Padang yang bakal dibina balapan seharusnya mempunyai keluasan yang diperlukan. Keluasan padang akan menentukan panjang dan lebar kawasan balapan yang akan dibina.

BENTUK BALAPAN(Peraturan 160 KOAM) Bentuk balapan adalah bujur. Di mana 2 bahagian adalah lurus (sama jarak) dan 2 bahagian lagi melengkung (sama jarak).

ARAH PERGERAKANArah pergerakan balapan adalah bergerak arah lawan jam

Kesalahan Pelari Berlari di atas tapak kakiKedua-dua tangan dihayun menyilang badanMemandang ke atas semasa berlariKedua-dua tangan diluruskan semasa dihayun.

Undang-undang Jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak pistol sekali lagi serta-merta dan memanggil semula semua pelariPeserta yang melakukan kesilapan diberi amaranPermulaan yang baru akan dilakukanJika peserta yang sama melakukan kesilapan, dia akan disingkirkan daripada bertanding.Peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing.

Pengelolaan & kepegawaian

Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 30 minit sebelum acara-acara mereka bermula.Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai abjad/nombor yang ditentukan di hadapan dan di belakang badan.Semua pembahagian lorong akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Olahraga.Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan diundi untuk menentukan lorong masing-masing.Bagi pusingan berikutnya, maka dua (2) undian akan dibuat seperti berikut:-

- Undian pertama adalah untuk empat peserta atau pasukan yang telah mencatat masa terpantas bagi memutuskan tempat-tempat mereka di lorong 3, 4, 5 dan 6.- Undian kedua adalah untuk empat peserta atau pasukan lain yang telah melayakkan diribagi memutuskan tempat mereka di lorong 1, 2, 7 dan 8.

PEGAWAI TEKNIKALPengadilHakim balapanPenjaga MasaPelepasPenolong PelepasPencatat pusinganPenjaga garisanPengadil lorong